pengurusan tekanan
DESCRIPTION
konsep, definisi punca dan cara mengatasi tekanan.Jika tak dpt dwnload, tinggalkan email.TRANSCRIPT
Berdasarkan temubual dengan guru prasekolah, tuliskan esei tentang konsep dan
definisi tekanan, pengurusan tekanan, jelaskan punca tekanan guru tersebut dan
huraikan cadangan cara mengatasi tekanan pada guru prasekolah berkenaan.
Pengenalan
Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks.
Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya
“Sindrom Baru” yang menyerang manusia iaitu tekanan. Menurut Hatta Sidi
dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) tekanan merupakan sebahagian
daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah
wajah mengikut peredaran masa. Tekanan bukanlah suatu perkara yang
asing bagi masyarakat negara ini. Tekanan biasa dialami oleh semua
manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Secara
umumnya, perkataan stres telah digunakan secara meluasnya dalam
beberapa konteks yang berbeza. Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat
dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, proses
urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang
mendadak.
Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan
kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan
mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain,
kebolehan
dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan
untuk
menyumbang khidmat kepada masyarakat”
(Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000)
Menurut Cox (1978), menjelaskan tekanan merupakan satu keadaan di mana
persepsi terhadap seseorang itu dan kemampuannya untuk mengatasi permintaan
tersebut, ketidakseimbangan ini akan menyebabkan berlakunya stress dalam diri
individu tersebut. Ketidakseimbangan akan bergantung kepada daya tindak seseorang
dalam bentuk psikologikal yang melibatkan strategi, kognisi serta tingkah laku dan
fisiologikal. Stress akan berlaku sekiranya daya tindak secara normal tidak berkesan.
Keadaan ini mungkin akan menyebabkan kerosakan fungsi dan stuktur. Tidak semua
individu akan mengalami proses yang sama.
Di Malaysia, fenomena tekanan di kalangan guru kini sedang hebat
diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-
kajian yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah
bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja yang tinggi (Cooper 1995,
Hart et al.,1995) dalam Mokhtar (1998). Arus pendidikan hari ini semakin
mendesak para profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa
demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping usaha
peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau
sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan ‘demand’ tinggi
bebanan kerjaya pendidikan ini.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang
sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya
peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan,
pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan
(Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-
bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan
tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.
Menurut Dr.Sapora Sipon (2007), tekanan terhadap guru memang
berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan
murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang
gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan
dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha
mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap
kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.
Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar,
bebanan kerja , isu SSB dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini
menuntut kepada perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka.
Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.
Konsep dan Definisi
Berdasarkan temubual yang dijalankan, menunjukkan terdapat kepelbagaian
pendapat terhadap wujudnya tekanan di kalangan guru-guru prasekolah dari semua
aspek. Tekanan didefinisikan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam
bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya dan menjelaskan sekiranya
keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan
mendatangkan kesan yang positif. Dalam erti kata lain, tekanan adalah tindak balas
fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan yang menganggu
ketenangan atau kestabilan seseorang. Tanpa stress kita tidak dapat berfungsi secara
berkesan kerana ketahanan fizikal, mental dan emosi yang kuat akan menyebabkan
kita lebih bermotivasi dan mampu melaksanakan kerja dengan baik.
Teori tekanan
Hans Selye (1974) ialah pakar psikologi yang banyak mengkaji
fenomena tekanan dan aspek biologi dan hasil-hasil penyelidikannya, beliau
mengutarakan satu teori yang menarik mengenainya. Beliau mendefinisikan
teori ini sebagai satu tindak balas yang tidak spesifik oleh tubuh terhadap
apa-apa rangsangan atau permintaan dan dikenali sebagai Sindrom Adaptasi
Am (GAS). Sindrom ini mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan
merangsang satu bentuk pertahanan yang membantu untuk mengatasi
masalah. Ia dinamakan sindrom kerana Manifestasi reaksi adalah berkaitan
di antara satu sama lain. Teori ini adalah berdasarkan tiga tahap asas
perkembangan yang berlaku ketika tekanan iaitu tahap bersedia dan
berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap penentangan (Stage of Resistance) dan
tahap kelesuan (Stage of Exhaustion).
Rajah 1: Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum.
Model tekanan guru
Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina
berpandukan kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan
guru. Lima sumber yang dimaksudkan ialah beban kerja, karenah pelajar,
pengiktirafan professional, sumber pengajaran dan perhubungan dengan
rakan sekerja yang kurang baik.
Rajah 2: Model Tekanan Guru
Punca tekanan
Pendidikan tempatan yang sering mengalami perubahan turut menjadi
satu beban kepada golongan guru. Perubahan besar yang menembusi
bidang pendidikan dalam tahun 1983 iaitu KBSR dan KBSM, ternyata
meningkatkan lagi tanggungan para guru. Perubahan yang berlaku dalam
dunia pendidikan di Malaysia terutamanya masalah pelajar, bebanan tugas,
isu pernilaian prestasi guru, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris serta perubahan dasar-dasar yang tidak pernah selesai.
Kesemuanya ini memerlukan pandangan guru terhadap apa yang dialami.
Perubahan ini juga pasti akan menyebabkan tekanan ke atas guru.
Berdasarkan kajian terhadap guru-guru prasekolah, terdapat beberapa
punca yang menyebabkan berlakunya tekanan ke atas guru iaitu guru selalu
dipersalahkan jika berlaku salah laku atau pencapaian akademik yang rendah. Ibu bapa
masa kini terlalu memanjakan anak-anak sehingga menaruh kepercayaan yang tinggi
terhadap perilaku mereka. Adakalanya, ibu bapa cepat mempertikaikan tindakan guru
terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang
melibatkan anak mereka. Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang tidak mahu
berkompromi atau bertolak ansur dengan guru untuk membincangkan masalah anak-
anak mereka. Lebih memburukkan lagi keadaan, terdapat juga ibu bapa yang
meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru untuk menjaga anak-anak
mereka walaupun selepas tamat sesi persekolahan.
Selain itu, guru juga dibebani dengan perasaan takut akan dimarahi oleh ibu
bapa pelajar. Guru merasa tertekan apabila ibu bapa marah, menentang dan
menyalahkan pihak guru jika berlaku sesuatu terhadap anak-anak mereka. Contohnya,
pelajar melakukan kesalahan dalam latihan yang diberikan, guru tidak menanda secara
cermat buku pelajar tersebut. Apabila kecuaian ini dilihat oleh ibu bapa, ia
mendatangkan kemarahan kepada mereka dan menuduh guru tidak mengajar dengan
baik dan menyampaikan ilmu yang salah kepada pelajar.
Secara amnya, setiap guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas
setiap hari. Mereka juga terpaksa membuat persediaan mengajar,
menyemak buku latihan dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan
menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat,
menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat persatuan,
permainan, kelab dan sukan. Menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel dan
perjumpaan yang terlalu kerap, ini juga amat membebankan guru. Beban
tugas ini menjadi semakin berat dan terpaksa dipikul oleh guru sehingga
menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas
mengajar dan seterusnya akan mendatangkan tekanan kepada para guru.
Sebagai contoh, kesibukan guru yang terpaksa menghadiri pelbagai kursus
dan perjumpaan di luar sekolah semasa sesi persekolahan menyebabkan
masa dan kelas guru tersebut diganti dan diambil alih oleh guru yang lain.
Seterusnya menjadikan jumlah waktu mengajar dan tekanan masa yang
terhad dalam tugas guru terbabit.
Corak pentadbiran sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang
mempengaruhi kepada masalah tekanan yang dihadapi oleh guru. Ini
berlaku apabila terdapat pentadbir yang menjalankan pentadbiran secara
autoratik dan mengamalkan sikap pilih kasih. Sebagai contoh, pentadbir
tidak berlaku adil dalam pengagihan tugas dan jawatan kepada guru-guru
menyebabkan terdapat sebilangan guru yang mendapat beban tugas yang
berat dan sebilangannya mendapat beban tugas yang ringan. Di samping itu
juga, guru yang berkemahiran dalam sesuatu bidang turut menjadi mangsa
di mana pentadbir hanya menggunakan tenaga guru tersebut apabila
diperlukan dan guru-guru lain boleh bersikap lepas tangan.
Selain daripada masalah yang disebutkan, isu tekanan guru ini juga berpunca
daripada suasana persekitaran tempat kerja yang masih tidak selesa walaupun sistem
pendidikan di Malaysia menuju ke arah permodenan. Suasana yang digambarkan
adalah, isu kepadatan dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan
penyediaan perabot yang tidak sesuai serta mencukupi. Masalah ini kerap
berlaku di sekolah yang telah lama digunakan dan terletak jauh di
pedalaman. Bagi guru yang bertugas di sekolah baru dan terletak di bandar,
isu ini tidak mendatangkan masalah kepada mereka.
Masalah disiplin dan tingkah laku negatif pelajar masa kini juga
menjadi penyumbang kepada punca berlakunya tekanan kepada guru.
Bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sebuah bilik darjah menyukarkan
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna. Guru
terpaksa melayani pelbagai kerenah pelajar daripada pelbagai latar
belakang, tahap pencapaian dan kebolehan serta terpaksa memenuhi segala
keperluan mereka.
Isu tekanan dikalangan guru tidak hanya berpunca daripada
persekitaran di sekolah tetapi berlaku disebabkan oleh masalah peribadi yang
dihadapi oleh mereka. Setiap guru mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza
dan mereka juga tidak terlepas dari masalah yang berlaku di persekitaran mereka iaitu
penceraian, masalah keluarga, masalah kewangan dan sikap yang tidak berminat
dengan kerjaya guru. Apabila berada di tahap kritikal, guru tidak mampu mengawal
masalah yang dihadapi dan membawa masalah tersebut ke tempat kerja.
Maka, secara tidak langsung dapat dinyatakan di sini, punca tekanan
kerja di kalangan guru adalah bergantung kepada sejauh mana penafsiran
guru terhadap ancaman yang berlaku ke atas mereka. Oleh yang demikian,
guru-guru perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan dan sentiasa
berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek bagi
menangani tekanan yang dihadapi.
Kesan tekanan
Tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi
negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang
berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru
yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi
mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk
memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi
masyarakat yang berguna.
Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan
membawa kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan
pengabaian kerja. Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi
tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit
kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol,
merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang
berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta
boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan
dengan sebaiknya. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan
mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar
guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam
bidang pendidikan yang diceburinya.
Cadangan cara mengatasi tekanan
Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut
dapatlah dikemukan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan
tekanan guru prasekolah di sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan
ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik
secara amnya. Peranan pihak pentadbir untuk menganjurkan program berkaitan
pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun
seminar perlu memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan
atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan
harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil
perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur,
guru-guru menerima tindakbalas yang positif dan dihargai, pengurangan
tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan
kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan
kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan
dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong
sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga
mestilah ubahsuai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama
sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah
dilibatkan guru-guru. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru
mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga,
pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya
pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau
demokratik.
Disamping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman
yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan
tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas.
Seterusnya, amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian supaya
bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani
dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap
penjagaan aspek tersebut.
Kesimpulan
Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu
kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Perkara ini perlu diberi perhatian
sekurang-kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara
berperingkat. Guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi
cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka
terus berada dalam keadaan tertekan dan menjejaskan karier mereka
sebagai seorang guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi
sokongan dan membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh
guru ini.
Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh
semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal
tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu
terbabit tetapi juga imej organisasi. Oleh itu, dapatlah dikenalpasti punca
dan tahap tekanan guru-guru prasekolah, seterusnya akan mengambil
langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah yang timbul. Ini akan
merugikan negara kita yang sedang menuju kepada sebuah negara industri.
Menjadi tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk merealisasikan
wawasan 2020.
Rujukan
Abdullah, Deraman (2003). “Tekanan kerja guru di sebuah sekolah
menengah di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan”. Thesis (Masters).
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Ahmad Shakir (1998). “Tinjauan Tahap dan Punca Stres di kalangan Guru-
guru Sekolah Menengah Negeri Perlis”. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Muda.
Ahmad Azahari Sarmun (1998). “Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress
di Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam.” Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis 88
Sarjana Muda.
Berita Harian (2005). “Guru dakwa suasana kerja tak kondusif”. Berita Harian 19 Julai.
Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). “Mengurus Stres,
Pendekatan yang praktikal”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). “Strategi Menangani Tekanan di
Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Zon A di Bahagian
Kuching/Samarahan, Sarawak. Satu Tinjauan Projek Sarjana Muda
Pendidikan.” Universiti Sarawak Malaysia.
Sapora Sipon (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi. dlm. “Utusan
Malaysia”. 27 Julai 2007.
LAMPIRAN
Strategi Menangani Tekanan Di kalangan Guru-guru SekolahMenengah Zon A Di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak :
Satu Tinjauan
Oleh
Mohd Razali Othman
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak
Dan
Abang Mat Ali bin Abang Masagus
Jabatan Pendidikan Sarawak
Abstract
Kajian ini merupakan satu tinjauan tentang strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru sekolah menengah Zon A di Bahagian Kuching/ Samarahan. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan, pandangan dan cara-cara para guru memperolehi pengetahuan tentang strategi-strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan. Sampel kajian ini terdiri daripada 209 orang guru terlatih. Data dikumpul menggunakan soal selidik yang dialih bahasa dan diubahsuaikan daripada Cockburn (1996). Analisis data telah dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan 70.3% responden merasakan profesion guru adalah sekurang-kurangnya sederhana tertekan. Kebanyakan responden mengetahui 36 daripada 45 strategi yang dikemukakan. Strategi memastikan diri faham apa yang akan diajar merupakan strategi yang paling diketahui guru dan paling kerap dicuba serta berkesan. Strategi melepaskan kemarahan kepada rakan sejawat merupakan strategi yang paling tidak pernah terfikir dan tidak akan dicuba oleh responden. Strategi yang ingin dicuba pula ialah membincangkan urusan-urusan dengan staf kanan, membaca buku-buku tentang tekanan dan menghadiri tentang seminar tentang tekanan. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan pandangan umum guru tentang strategi menangani tekanan antara kategori guru mengikut ciri-ciri demografi terpilih. Selain itu, kebanyakan responden berpandangan pernah menggunakan strategi yang berlandaskan agama. Sejumlah 62.9% daripada responden menamakan sekolah atau pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas tekanan mereka. Semua pihak termasuk guru perlu melihat persoalan
pengurusan tekanan guru dengan lebih serius bagi memastikan tekanan guru berada tahap optimum dan guru berkhidmat dengan cemerlang.
Pengenalan
Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan tang boleh berpunca dariapada peristiwa- peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya.
Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif.
Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan guru-guru.
Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeloh terhadap kerja-kerja perseidana guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasannya ialah masalh peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan denga keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuia dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996).
Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut kepada perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.
Tujuan Kajian
Secara umumnya kajian ini adalah untuk meninjau tentang pengetahuan serta pandangan guru-guru sekolah menengah Zon A di Bahagian Kuching/ Samarahan tentang strategi menangani tekanan yang mereka alami semasa waktu persekolahan.
Objekti Kajian
1. Mengenalpasti pengetahuan tentang strategi menangani tekanan semasa waktu di sekolah. 2. Mengenalpasti pandangan guru terhadap strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan 3. Mengenalpasti cara guru memperolehi pengetahuan tentang strategi menangani tekanan semasa
waktu persekolahan.
Kaedah Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan keratan rentas, berbentuk deskriptif
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru dari 19 buah sekolah menengah Zon A Bahagian Kuching/ Samarahan/ yang berjumlah eramai 1024 orang (jabatan Pendidikan Sarawak, 1997). Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan kelompok, iaitu 6 buah sekolah telah dipilih secara rawak daripada keseluruhan 19 buah sekolah menengah Zon A. Bagi 6 buah sekolah yang menjadi sampel, jumlah responden adalah 262 orang. Menurut Schumacher dan Mcmillan (1993) bagi kajian tinjauan bilangan subjek kajian yang sesuai adalah lebih kurang 100. Gay (1992) pula menyatakan bahawa saiz sampel yang dapat diterima bagi suatu kajian deskriptif adalah 10 hingga 20 % bergantung kepada saiz populasi.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang dibina ole Cockburn (1996) dengan alih bahasa dan sedikit pengubahsuaian serta tambahan item (dengan kebolehpercayaan alat pada nilai alpha Cronbach .9189). Penterjemahan soal selidik asal telah dibuat oleh dua orang guru Bahasa Inggeris yang juga menguasai Bahasa Melayu. Solah selidik ini dibahgikan kepada 5 bahgian utama. Bahagian I mengandungi soalan berkaitan dengan maklumat diri responden. Bahagian II pula berkaitan dengan maklumat sekolah. Bahagian III mengandungi satu soalan berkaitan dengan tahap tekanan kerja guru dan satu saoalan berkaitan dengan kebolehan menangani tekanan. Bahagian IV mengandungi 45 soalan berkaitan dengan strategi mengurangkan tekanan yang dicadangkan kepada guru-guru. Bagi setiap strategi menangani tekanan yan disenaraikan, responden dikehendaki memberi respon dengan menandakan pada ruang yang berkaitan yang mewakili pandangan mereka bagi setiap respon dengan mnandakan pada ruang yang berkaiatan yang mewakili pandangan mereka bagi setiap strategi menangani tekana yang disenaraikan seperti di dalam Jadual 1. Bahagian V mengandungi pelbagai soalan tentang cara-cara guru memperolehi stategi bagi mengurangkan tekanan, pihak yang bertanggunag jawab menyebabkan tekanan strategi agama yang digunakan dan komen tambahan yang ingin responden ingin berikan.
PengenalanJika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang
menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.
Bagaimana kita boleh stress?
Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oeh datuk nenek kita dahulu apabila mereka berhadapan dengan binatang buas atau musuh dari puak lain. Para penyelidik mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stress badan kita akan menyediakan respons ‘fight-or-flight’ dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan kita untuk kembali kepada tahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkan kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan lain. Walaubagaimanapun keadaan yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah sama seperti yang dihadapi oleh datuk nenek kita dahulu. Keadaan yang kita hadapi mungkin merupakan tugasan-tugasan yang banyak, kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain.
Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress. Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-sistem yang lain. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di perpustakaan) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan 20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur.
Apakah yang patut kita buat?
Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen. Pada asasnya sebahagian besar dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi. Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.
Kunci untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan mempraktikkan cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari. Otot-otot di beberapa bahagian badan kita boleh dikendurkan ketegangannya dengan melakukan latihan relaksasi di beberapa bahagian tertentu. Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan, muka, bahu perut, peha dan kaki. Anda adalah disarankan untuk melakukan latihan relaksasi setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali pada permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda telah memperolehi kemahiran relaksasi.
Seterusnya eloklah kita lihat secara terperinci tanda-tanda yang anda menghadapi tekanan; cara-cara untuk mengurangkan tekanan; mengesan tekanan dan kaedah pengurusan tekanan khusus.