penilaian bestari (report)
DESCRIPTION
ISU-ISU SEMASA DALAM PENILAIAN BESTARITRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan i
PERKARAMUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 SEKOLAH BESTARI 1
3.0 PENILAIAN BESTARI 3
3.1 Definisi Penilaian Bestari 3
3.2 Ciri-Ciri Penilaian Bestari 4
3.3 Sistem-Sistem Penilaian Bestari 4
3.4 Perbezaan Penilaian Sekarang dengan Penilaian Bestari 5
4.0 ISU-ISU PENILAIAN BESTARI 5
5.0 KESIMPULAN 6
6.0 RUJUKAN 7
i
PENILAIAN BESTARI
1.0 PENGENALAN
Wawasan 2020 adalah satu slogan yang sering kali diucapkan. Ia membawa maksud bahawa
Malaysia akan menuju kearah negara yang maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020
memerlukan pertumbuhan produktif dalam semua bidang terutamanya bidang industri.
Falsafah Pendidikan negara pula berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu
secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pengubahsuaian sistem pendidikan diperlukan dari segi amalan dan budaya di sekolah
rendah dan menengah. Sistem pembelajaran yang hanya menekankan hafalan diubah kepada
pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan
dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang membina konsep
kendiri. Bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 yang selari dengan Falsafah Pendidikan
Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap
dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping
menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.
2.0 SEKOLAH BESTARI
Idea Sekolah Bestari bermula pada tahun 1997 di dalam dokumen dasar iaitu Smart Schools
In Malaysia : A Quantum Leap. Dokumen tersebut adalah asas bagi dokumen The Malaysian
Smart School : A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama
Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, dokumen The Malaysian Smart School
Implemntation Plan turut disediakan bagi penyediaan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh
negara untuk menjadi Sekolah Bestari.
1
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk
menyediakan pelajar bagi zaman ICT. Di Sekolah Bestari, pembelajaran bercorakan kearah
kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Pembelajaran berubah
daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari pula
lebih fleksibel dan terbuka. Ianya dirancang untuk membentuk pelajar mencapai
perkembangan yang seimbang. Ini menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan
kanak-kanak maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira
keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza.
Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi
penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam pendidikan. Program Pembestarian Sekolah
juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi
pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era
teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses
Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang
ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar
kendiri (self-paced).
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di sekolah bestari.
Penjaringan melalui internet membolehkan interaksi di antara pelajar dan guru serta orang
ramai di seluruh dunia. Penjaringan juga mempunyai banyak kelebihan dari segi
membolehkan pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk membuat kerja sekolah dari
rumah. Sekolah Bestari Malaysia juga mengambil konsep inovatif kelas melangkau maya.
2
3.0 PENILAIAN BESTARI
Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan memberi pilihan kepada pelajar untuk membasmi
ketegangan dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas dapat menyiapkan semua kerja
kursus dan penilaian lebih awak daripada tempoh normal. Pelajar kurang berupaya pula
melalui program asas mengikut kadar pembelajaran dan diberi bantuan khas oleh guru. Ia
berlaku kerana penubuhan sistem pengeluaraan item penilaian yang berpusatkan dari dalam
talian. Sistem penilaian fleksibel membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja
pada aras berlainan dalam matapelajaran yang sama. Selain itu, ia membenarkan pelajar untuk
terus ke aras yang lain pada bila-bila masa sahaja. Dengan cara ini, pelajar yang kurang cerdas
dan biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
3.1 Definisi Penilaian Bestari
Penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan serta memberikan maklumat
yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Penilaian sebagai
pertimbangan profesional tentang kebaikan & nilai sesuatu. Penilaian Bestari adalah satu
instrumen yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam program
Sekolah Bestari. Ia memfokuskan kepada penilaian dan merekodkan setiap kemajuan dan
prestasi akademik yang dicapai oleh pelajar.
Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada untuk membantu
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Penilaian Bestari juga hanya dilaksanakan di
Sekolah Bestari. Ia berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran
holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Penilaian Bestari juga berbentuk menyeluruh di
mana, ianya tidak hanya merangkumi pencapaian malahan mencakupi aspek kesedian,
perkembangan dan bakat pelajar. Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah
digunakan, di samping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai
pendekatan dan alat.Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan
pencapaian komulatif pelajar, tetapi juga untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat.
Guru, pelajar dan ibubapa dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer.
3
3.2 Ciri-Ciri Penilaian Bestari
i. Penilaian lebih berbentuk tidak formal, berterusan serta berfungsi sebagai pelengkap
kepada proses P&P.
ii. Fokus pentaksiran adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan
perkembagan pelajar bagi memudahkan tindakan susulan.
iii. Mempelbagaikan alat pentaksiran da bentuk soalan berdasarkan tujuan pentaksiran
dan objektif mata pelajaran.
iv. Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan tahap penerimaan
pelajar.
v. Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau elemen yang ingin dibentuk dalam diri pelajar
merusi hasrat dan kandunagn kurikulum
3.3 Sistem-Sistem Penilaian Bestari
a. Holistik
Pendekatan holistik akan memberi pelbagai maklumat tentang gaya pembelajaran dan
keupayaan pelajar.
b. Elemen
Penilaian berasaskan elemen memberi fokus kepada elemen-elemen yang mesti
ditingkatkan oleh pelajar melalui mata pelajaran dalam kurikulum. Penilaian juga
memberi maklumat tentang kepakaran dan pencapaian elemen-elemen oleh seseorang
pelajar.
c. Rujukan kriteria
Merupakan satu ujian untuk mengukur prestasi pelajar dalam sesuatu tugasan yang
dinilai berdasarkan kriteria tertentu yang ditetapkan. Ia bertujuan untuk menentukan
pencapaian seseorang individu yang dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran.
d. Talian terus (online)
Bermakna item ujian penilaian bestari disimpan oleh komputer yang boleh digunakan
di terminal komputer melalui rangkaian perhubungan.
4
3.4 Perbezaan Penilaian Sekarang dengan Penilaian Bestari
Sistem penilaian bestari berbeza dengan penilaian sedia ada. Penilaian sekarang berfokuskan
pencapaian, berasakan subjek, merujuk norma, berpusatkan sistem, berpusat, terminal dan off
line. Penilaian Bestari lebih holistik dan berasaskan elemen-elemen yang terkandung. Sistem
penilaian bestari juga adalah berdasarkan sistem penilaian online di samping sistem
konvesiokal yang bersesuaian. Ia mengandungi pelbagai bentu dan lebih berpusatkan pelajar,
penilaian juga dilakukan secara formatif dengan menggunakan pelbagai instrumen dan alat.
4.0 ISU-ISU PENILAIAN BESTARI
Pada masa sekarang usaha sedang dijalankan untuk mewujudkan rangkaian komputer di
semua sekolah. Dengan adanya rangkaian komputer ini, penilaian pengajaran dan
pembelajaran berasakan sekolah dapat dijalankan dengan pantas dan berkesan, lantas
meringankan beban guru. Permasalahan utama adalah adakah sistem penilaian bestari ini
betul-betul diaplikasikan di sekolah-sekolah bestari? Bagi memastikan matlamat sistem ini
dapat diaplikasikan, pihak pentadbir sekolah, guru dan pelajar di sekolah bestari mestilah
benar-benar faham dan jelas tentang sistem penilaian sekolah bestari. Pendedahan sepenuhnya
perlu diberikan kepada guru dan pelajar. Ianya amat membimbangkan sekiranya perancangan
yang dijalankan hanyalah sekadar meniru sistem yang dilaksanakan di luar negara. Yang
berbeza hanayalah aspek pendekatan yang perlu dilaksana sebagai penyesuaian dengan realiti
setempat sahaja, tanpa perubahan konsep asas.
Pada tahun 2000, Kementerian pendidikan juga merancang untuk memasukkan
elemen-elemen Penilaian Bestari ke dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi
bukan untuk menggantikan terus peperiksaan tersebut. Usaha-usaha ke arah ini sedang
dilakukan melalui pengajaran kurikulum Penilaian Bestari kepada calon-calon guru di maktab
perguruan dalam penilaian pelajar. Pada tahun 2010, peperiksaan UPSR telah dimansuhkan
dan sistem penilaian telah digantikan dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
5
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa
industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai
gelombangnya. Penilaian bestari semakin penting seiring perubahan teknologi yang kian pesat
kini. Ia membantu pelbagai pihak melaksanakan tugas. Guru contohnya, dapat menilai dan
merekod pencapaian pelajar serta dapat membuat penilaian dan pemantauan pada setiap
pelajar. Pelajar pula dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa dan canggih tanpa perlu
menggunakan kaedah konvensional seperti menghafal. Bagi mencapai objektif Sekolah
Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem. Sistem yang sempurna
membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang dikehendaki seperti
kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran, atau penyertaan yang aktif dan produktif di
kalangan tenaga kerja. Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk
menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari
penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi.
6
6.0 RUJUKAN
1. Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan.
2. Asmelinda, Bahariatulaini, Faizatul. 2001. Pelaksanaan Sistem Penilaian Bestari Satu
Tinjauan Kes Ke Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggung
Ibrahim, Batu Pahat, Johor Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggara Barat
Pontian, Johor. KUITTHO.
3. Syafiq, Mohd, Muhammad. 2015. Penilaian Bestari.
http://www.docfoc.com/penilaian-bestari
4. Utusan Online. 2000. Hanya Elemen Penilaian Bestari Dalam UPSR.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2000&dt=1007&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_03.htm
5. Laman Web Sekolah Kebangsaan Beseri. Konsep Dan Matlamat Sekolah Bestari.
http://skbeseri.edu.my/?page_id=162
7