penilaian rakaman video

6
CONTOH PENILAIAN RAKAMAN VIDEO Oleh; Desmond anak Ikal SK SUBA BUAN,BAU. Berdasarkan kepada video yang telah dilihat, terdapat berberapa kriteria atau aspek yang saya rasa amat menarik untuk dibincangkan. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kepada guru yang telah membuat rakaman pengajaran ini sekiranya apa yang akan saya ulaskan ini tidak menyenangkan.Bukanlah maksud saya di sini untuk memperlihatkan kelemahan-kelemahan cikgu berkenaan,tetapi sekadar membuat refleksi yang mana berharap akan dapat membawa kebaikan. Bukan pula saya bermaksud bahawa saya lebih hebat dan pandai, tetapi setiap ulasan dan kupasan ini hanyalah sebagai menerangkan apa yang telah saya perhatikan secara terperinci. Sebelum saya membuat ulasan dengan lebih lanjut, terlebih dahulu saya ingin menerangkan apakah yang didefinisikan sebagai pengajaran.Pengajaran adalah merupakan satu proses yang amat rumit di mana ia memerlukan pelbagai kemahiran mengajar untuk diaplikasikan.Apakah pula Kemahiran Mengajar?Kemahiran mengajar boleh didefinisikan sebagai satu set kemahiran yang berkesan untuk membantu guru untuk mencapai hasil pembelajaran seperti mana yang dihasratkan atau yang telah dirancangkan di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dengan erti kata yang lain, kemahiran mengajar merupakan kemahiran yang membolehkan berlakunya perubahan yang dihasrat dalam tingkah laku murid (definisi ini banyak dipengaruhi teori pembelajaran behaviorisme).

Upload: desmond-dy

Post on 29-Sep-2015

30 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

CONTOH PENILAIAN RAKAMAN

TRANSCRIPT

CONTOH PENILAIAN RAKAMAN VIDEOOleh;Desmond anak IkalSK SUBA BUAN,BAU.

Berdasarkan kepada video yang telah dilihat, terdapat berberapa kriteria atau aspek yang saya rasa amat menarik untuk dibincangkan. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kepada guru yang telah membuat rakaman pengajaran ini sekiranya apa yang akan saya ulaskan ini tidak menyenangkan.Bukanlah maksud saya di sini untuk memperlihatkan kelemahan-kelemahan cikgu berkenaan,tetapi sekadar membuat refleksi yang mana berharap akan dapat membawa kebaikan. Bukan pula saya bermaksud bahawa saya lebih hebat dan pandai, tetapi setiap ulasan dan kupasan ini hanyalah sebagai menerangkan apa yang telah saya perhatikan secara terperinci. Sebelum saya membuat ulasan dengan lebih lanjut, terlebih dahulu saya ingin menerangkan apakah yang didefinisikan sebagai pengajaran.Pengajaran adalah merupakan satu proses yang amat rumit di mana ia memerlukan pelbagai kemahiran mengajar untuk diaplikasikan.Apakah pula Kemahiran Mengajar?Kemahiran mengajar boleh didefinisikan sebagai satu set kemahiran yang berkesan untuk membantu guru untuk mencapai hasil pembelajaran seperti mana yang dihasratkan atau yang telah dirancangkan di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dengan erti kata yang lain, kemahiran mengajar merupakan kemahiran yang membolehkan berlakunya perubahan yang dihasrat dalam tingkah laku murid (definisi ini banyak dipengaruhi teori pembelajaran behaviorisme).Kemahiran mengajar pada dasarnya telah dibahagikan kepada beberapa kemahiran asas yang sangat berguna kepada setiap guru iaitu yang merentas bidang pembelajaran

Berdasarkan kepada rakaman video yang telah saya lihat ini, saya telah mengambil keputusan untuk mengulas dengan lebih lanjut kemahiran mengajar iaitu kemahiran memulakan pengajaran atau lebih dikenali sebagai set induksi.

Kemahiran memulakan pengajaran diperlukan pada fasa permulaan pengajaran. Kemahiran ini adalah merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting kerana ia mempunyai berberapa tujuan. Sebagai seorang guru kita hendaklah mengetahui dan mengakui bahawa murid terdiri daripada latar belakang yang tidak sama.Oleh yang demikian,guru haruslah menggunakan kemahiran memulakan pengajaran kerana kemahiran ini bolehlah dikatakan sebagai kaedah untuk menarik perhatian murid,membantu murid bersedia dari sudut kognitif dan afektif, memperkenalkan objektif pembelajaran,membina aliran pemikiran serta untuk mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi murid.

Namun yang demikian.untuk membolehkan tujuan di atas dicapai, guru haruslah mengaplikasikan berberapa prinsip. Terdapat beberapa prinsip penting yang boleh diikuti gurupada fasa permulaan pengajaran, iaitu permulaan pengajaran pertama mestilah menarik perhatian, iaitu dengan menggunakan suara, pergerakan, isyarat badan dan eye contact, menggunakan bantuan alat pandang dengar serta mempelbagaikan interaksi antara guru dengan murid.Kedua, permulaan pengajaran mestilah menimbulkan motivasi murid, iaitu dengan mewujudkan hubungan baik, menunjukkan keghairahan mengajar serta merangsang sifat ingin tahu bercerita. Ketiga, permulaan pengajaran juga haruslah menstruktur pengajaran dan pembelajaran, iaitu dengan menunjukkan hasil pembelajaran, membuat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview) dan mencungkil idea murid tentang tajuk/konsep yang akan diajar. Prinsip permulaan pengajaran yang keempat pula ialah membuat perkaitan, iaitu dengan membanding dan membezakan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajar, dan menghubungkaitkan pengalaman murid atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan diajar.

Berdasarkan kepada penerangan ini, dengan berpaksikan kepada vedio yang saya lihat, kemahiran-kemahiran dan prinsip-prinsip ini agak kurang diaplikasikan dan inisiatif yang telah diambil oleh guru untuk mencapai kemahiran ini kurang bersesuaian.Contoh yang sangat jelas dapat saya lihat ialah dari segi bahan ilustrasi yang digunakan oleh guru untuk mencukil idea murid. Berdasarkan video, guru telah menunjukkan. berberapa ilustrasi untuk menunjukkan sumber air seperti laut, sungai dan hujan.

Namun, pada pemerhatian saya, ilustrasi yang digunakan sangat tidak jelas dan tidak bersesuaian kerana ia boleh mengelirukan murid.Sebagai contoh, ilustrasi untuk menunjukkan sumber air dari laut tersebut boleh menyebabkan murid untuk memikirkan bahawa itu ialah satu aktiviti perkelahan.Namun yang agak menghairankan saya, murid telah menjawab kesemua ilustrasi-ilustrasi yang tidak jelas dengan jawapan yang tepat dan pada kadar masa yang sangat pantas.

Oleh yang demikian, saya telah mengandaikan bahawa sesi pengajaran ini sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu sebelum dirakam. Pada saya, seeloknya guru haruslah memilih ilustrasi yang lebih jelas dan tidak mengelirukan murid. Sebagai contoh, guru bolehlah memilih pemandangan laut atau sungai sahaja tanpa melibatkan kewujudan benda lain seperti manusia. Secara rasionalnya, sekiranya murid melihat ilustrasi tepi pantai yang dipenuhi oleh manusia, murid akan beranggapan bahawa ilustrasi tersebut menunjukkan suasana perkelahan. Lantas, untuk menjadikan ia lebih jelas lagi, guru boleh menggunakan sumber bahan rakaman seperti video pemandangan hari hujan, video pemandangan lautan dan video pemandangan di sungai yang boleh dilihat dan dinilai dengan jelas oleh murid. Dengan pemilihan sumber seperti ini, sudah pasti ia amat bersesuaian dengan tajuk yang ingin diajar oleh guru untuk menerangkan kepada murid sumber-sumber lain yang boleh digunakan untuk bersuci selain dari air.

Berdasarkan kepada rakaman tersebut juga, saya telah mendapati bahawa guru telah melaksanakan kemahiran memulakan pengajaran tanpa menggunakan kemahiran mencukil idea.Kemahiran mencungkil idea adalah merupakan sebahagian daripada kemahiran memulakan pengajaran.Menurut Ausubel (1978), aktiviti mencungkil idea sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan;

If I had to reduce all of educational psychology to just one principle, I would saythis: The most important single factor influencing learning is what the learneralready knows. Ascertain this and teach him accordingly."(ms. 163)

Mencungkil idea sangat penting kerana ia merupakan langkah pertama ke arah memurni, menstruktur semula, dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang kemungkinan ada pada murid. Dengan berlandaskan kepada aktiviti mencungkil idea ini, murid akan lebih menyedari idea asal mereka seterusnya mebolehkan murid agar lebih mudah untuk membuat perkaitan dengan maklumat baru atau menstruktur semula idea tersebut terdapat percanggahan. Kaedah ini akan membantu guru untuk mengetahui status idea atau tahap pengetahuan sedia ada murid . Dengan yang demikian, guru akan dapat merancang tindakan susulan yang sesuai.

Merujuk kepada rakaman, guru sepatutnya boleh mengaplikasikan kemahiran mencukil idea ini pada awal-awal lagi.Contohnya, sewaktu menunjukkan ilustrasi kepada murid. Bagi memastikan murid dapat menyumbangkan idea, guru pula bolehlah mengamalkan kaedah soal-jawab keseluruhan bilik darjah. Teknik ini merupakan teknik yang paling ringkas tanpa banyak persediaan awal kerana guru boleh terus bertanya soalan yang sesuai dengan maklumat yang ingin diketahui.

Menurut penilaian saya, guru sepatutnya tidak menunjukkan kesemua ilustrasi yang berkaitan degan sumber air. Sebaliknya, mencukupi sekiranya guru hanya menunjukkan ilustrasi sungai kepada murid untuk menunjukkan sumber air. Selebihnya, guru bolehlah membiarkan sendiri murid mencari maklumat lain.Biarkan murid berfikir dan cuba mengetengahkan idea masing-masing. Melalui kaedah ini, murid akan mencukil idea untuk memikirkan apakah sumber-sumber air yang lain. Diikuti dengan langkah seterusnya, guru boleh menyoal murid dengan soalan yang berkaitan dengan sumber apakah yang boleh digunakan untuk bersuci bagi menggantikan air.

Sebagai kesimpulan,kaedah kemahiran memulakan pengajaran yang telah dilaksanakan oleh guru ini secara keseluruhan agak kurang bersesuaian. Guru ini sebenarnya mempunyai idea yang kreatif, namun masih perlu perhalusi dari segi gaya dan teknik penyampaian . Berdasarkan kepada penilaian saya, idea guru ini sememangnya bertepatan kerana ia menjurus kepada tajuk yang ingin diajar. Namun, sebagai seorang guru yang juga manusia biasa, sudah pastinya tidak dapat melarikan diri dari melakukan kesilapan. Apa yang penting,kesilapan yang dilakukan tidak harus diulangi agar tidak melakukan satu lagi kesilapan.

Penghayataan terhadap kemahiran-kemahiran pengajaran haruslah diperdalami agar murid mendapat ilmu yang sepatutnya mereka ketahui untuk perkembangan individu yang seimbang dari segi Jasmani,Rohani,Emosi dan Intelek seperti mana yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.