peningkatan harga barangan keperluan utama

2
Peningkatan harga barangan keperluan utama menyebabkan masyarakat Malaysia semakin terbeban oleh pelbagai masalah dalam kehidupan. Huraikan penyataan ini. Isu kenaikan harga barang sudah tidak asing lagi didengar pada hari ini. Kebanyakan barangan terutamanya barangan keperluan harian telah mengalami kenaikan harga. Sudah tentu disebabkan masalah ini, banyak keburukan akan timbul terutamanya kepada anggota masyarakat yang sentiasa memerlukan barangan tersebut. Mereka terpaksa mengamalkan langkah berjimat cermat untuk memastikan keperluan harian mereka dapat dipenuhi. Hal ini lebih merunsingkan kita apabila masalah ini terpaksa ditempuhi oleh golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang banyak. Perkara ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah akan berlaku dalam keluarga apabila segala perbelanjaan harian terpaksa dijimatkan. Disebabkan mempunyai tanggungan yang banyak, segala kehendak terpaksa dilupakan dan perlu memberikan penekanan kepada barang-barang yang lebih penting. Akibat daripada kenaikan harga barang, dalam masa yang sama pendapatan kakitangan kerajaan mahupun swasta juga meningkat, namun perkara ini tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat kerana harga barangan lain juga semakin meningkat tidak setara dengan kenaikan gaji pekerja. Hal ini telah menyebabkan kos sara hidup juga meningkat terutamanya bagi golongan yang tinggal di bandar lebih merasai perubahan perkara ini. Apabila harga barang meningkat, dalam masa yang sama sumber makanan seharian seperti kuih-muih, lauk-pauk, dan makanan lain juga terpaksa dinaikkan harganya untuk seseorang peniaga itu mendapat keuntungan tetapi malangnya ada sesetengah pihak yang mencekik darah dengan menaikkan harga dua kali ganda banyaknya. Sudah tentu perkara ini membuatkan masyarakat merungut terutamanya kepada mereka yang gemar membeli makanan di luar apabila tiba masa makan. Oleh itu, di sinilah peranan anggota masyarakat untuk menjalankan langkah yang sewajarnya dan para pengguna pula perlu mengukur baju di badan sendiri dalam menguruskan perbelanjaan harian mereka. Isu kenaikan harga barang ini juga boleh menyebabkan berlakunya konflik dalam hubungan kekeluargaan. Apabila sisu ini timbul, mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan terpaksa merancang perbelanjaan. Masalah ini timbul kerana pasangan suami isteri terpaksa membahagikan tugas untuk membeli sesuatu barangan tetapi ada sesetengah pasangan tidak mahu bertolak ansur dan juga tidak mahu berkongsi perbelanjaan. Perkara ini boleh mengakibatkan tekanan dalam hubungan kekeluargaan sehingga berlakunya pergaduhan, perceraian, sakit hati dan sebagainya. Tambahan pula, mereka terpaksa menanggung perbelanjaan anak sedangkan barangan keperluan anak-anak juga semakin meningkat harganya. Oleh itu, persefahaman amatlah penting dalam sesebuah keluarga itu untuk menjadikan rumah tangga aman damai tanpa sering berlakunya persengketaan terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal yang remeh yang boleh diselesaikan jika adanya persefahaman dan tolak ansur antara mereka. Selain itu, isu ini juga boleh memberi kesan terhadap pekerja iaitu melalui perubahan perlakuannya di tempat kerja. Perkara ini merupakan kesan yang amat negatif dalam masyarakat dan patut dielakkan dengan segera. Perkara ini berlaku apabila ada sesetengah pekerja yang kekurangan pendapatan, mengambil

Upload: logha-anbarasu

Post on 23-Jun-2015

375 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peningkatan harga barangan keperluan utama

Peningkatan harga barangan keperluan utama menyebabkan masyarakat Malaysia semakin terbeban oleh pelbagai masalah dalam kehidupan.

Huraikan penyataan ini.

Isu kenaikan harga barang sudah tidak asing lagi didengar pada hari ini. Kebanyakan barangan terutamanya barangan keperluan harian telah mengalami kenaikan harga. Sudah tentu disebabkan masalah ini, banyak keburukan akan timbul terutamanya kepada anggota masyarakat yang sentiasa memerlukan barangan tersebut. Mereka terpaksa mengamalkan langkah berjimat cermat untuk memastikan keperluan harian mereka dapat dipenuhi. Hal ini lebih merunsingkan kita apabila masalah ini terpaksa ditempuhi oleh golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang banyak. Perkara ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah akan berlaku dalam keluarga apabila segala perbelanjaan harian terpaksa dijimatkan. Disebabkan mempunyai tanggungan yang banyak, segala kehendak terpaksa dilupakan dan perlu memberikan penekanan kepada barang-barang yang lebih penting.

Akibat daripada kenaikan harga barang, dalam masa yang sama pendapatan kakitangan kerajaan mahupun swasta juga meningkat, namun perkara ini tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat kerana harga barangan lain juga semakin meningkat tidak setara dengan kenaikan gaji pekerja. Hal ini telah menyebabkan kos sara hidup juga meningkat terutamanya bagi golongan yang tinggal di bandar lebih merasai perubahan perkara ini. Apabila harga barang meningkat, dalam masa yang sama sumber makanan seharian seperti kuih-muih, lauk-pauk, dan makanan lain juga terpaksa dinaikkan harganya untuk seseorang peniaga itu mendapat keuntungan tetapi malangnya ada sesetengah pihak yang mencekik darah dengan menaikkan harga dua kali ganda banyaknya. Sudah tentu perkara ini membuatkan masyarakat merungut terutamanya kepada mereka yang gemar membeli makanan di luar apabila tiba masa makan. Oleh itu, di sinilah peranan anggota masyarakat untuk menjalankan langkah yang sewajarnya dan para pengguna pula perlu mengukur baju di badan sendiri dalam menguruskan perbelanjaan harian mereka.

Isu kenaikan harga barang ini juga boleh menyebabkan berlakunya konflik dalam hubungan kekeluargaan. Apabila sisu ini timbul, mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan terpaksa merancang perbelanjaan. Masalah ini timbul kerana pasangan suami isteri terpaksa membahagikan tugas untuk membeli sesuatu barangan tetapi ada sesetengah pasangan tidak mahu bertolak ansur dan juga tidak mahu berkongsi perbelanjaan. Perkara ini boleh mengakibatkan tekanan dalam hubungan kekeluargaan sehingga berlakunya pergaduhan, perceraian, sakit hati dan sebagainya. Tambahan pula, mereka terpaksa menanggung perbelanjaan anak sedangkan barangan keperluan anak-anak juga semakin meningkat harganya. Oleh itu, persefahaman amatlah penting dalam sesebuah keluarga itu untuk menjadikan rumah tangga aman damai tanpa sering berlakunya persengketaan terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal yang remeh yang boleh diselesaikan jika adanya persefahaman dan tolak ansur antara mereka.

Selain itu, isu ini juga boleh memberi kesan terhadap pekerja iaitu melalui perubahan perlakuannya di tempat kerja. Perkara ini merupakan kesan yang amat negatif dalam masyarakat dan patut dielakkan dengan segera. Perkara ini berlaku apabila ada sesetengah pekerja yang kekurangan pendapatan, mengambil keputusan untuk membodek majikannya untuk mendapatkan kenaikan pangkat dengan cepat. Isu kenaikan harga barangan ini juga boleh menyebabkan berlakunya amalan

Page 2: Peningkatan harga barangan keperluan utama

rasuah dalam kalangan pekerja untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih dengan cara yang mudah. Amalan ini merupakan satu perlakuan yang salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman yang berat terhadap sesiapa yang mengamalkan aktiviti rasuah. Dalam masa yang sama, usaha untuk mencari pendapatan yang lebih terbantut apabila mereka ditangkap atas kesalahan itu dan terus dibuang kerja menyebabkan tiada lagi sumber kewangan yang boleh diperoleh terutamanya bagi mereka yang mempunyai keluarga sendiri dan tanggungannya.

Masyarakat juga akan dibebani oleh hutang akibat kenaikan harga barangan ini. Sudah tentu perkara ini akan memberi bebanan kepada keluaarga terutamanya apabila sampai hujung bulan. Mereka terpaksa membayar hutang bulanan seperti bayaran ansuran kereta, rumah dan juga keperluan untuk bulan tersebut. Hal ini ditambah pula dengan hutang yang tertunggak dan perlu dibayar seperti hutang kad kredit. Perkara yang lebih menyakitkan apabila ada sesetengah pihak yang perlu membayar hutang kepada Along. Hal sebegini boleh mengakibatkan ketakutan dalam kalangan masyarakat kerana sering dikejar oleh Along. Lebih kejam lagi apabila Along tersebut mencari ahli keluarga penghutang pula untuk dijadikan tebusan. Oleh itu, mereka haruslah mengelakkan diri daripada masalah tersebut kerana terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak perbuatan buruk padahnya.

Masalah jenayah juga akan mudah berlaku dengan adanya isu kenaikan harga barang ini. Masalah jenayah akan berlaku apabila mereka dibebani dengan masalah hutang, pembayaran kos sara hidup dan sebagainya. Mereka akan mengambil jalan mudah dengan melakukan ragut atau rompakan untuk menyara hidup keluarga. Sudah pastinya perkara ini akan memberikan impak yang negatif terhadap mangsa rompakan kerana mereka juga menerima masalah kenaikan harga barang. Ada sesetengah masyarakat yang mengalami tekanan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat dan mereka sukar untuk menempuhinya, seterusnya berlakulah kes jenayah lain iaitu kes penderaan. Akibat mengalami tekanan perasaan, mereka melepaskan tekanan tersebut kepada isteri dan juga anak-anak mereka hingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan seterusnya maut di tangan bapa sendiri.

Oleh hal yang demikian, isu kenaikan harga barang ini merupakan perkara yang sangat sensitif terhadap anggota masyarakat kerana banyak impak negatif yang diterima apabila isu ini timbul. Walaupun tidak menjadi masalah terhadap golongan yang berpendapatan rendah ataupun sederhana yang terpaksa menempuh semua masalah ini dengan hati yang terbuka walaupun sukar untuk diterima. Sememangnya agak sukar untuk untuk menurunkan kembali harga barangan kerana sumber untuk mendapatkan segala barangan tersebut semakin hari semakin sukar akibat arus pembangunan yang semakin maju. Oleh itu, para penggunalah yang harus memikirkan cara untuk berjimat cermat untuk mengatasi masalah kos sara hidup mereka di samping untuk menstabilkan keadaan ekonomi. Para pengguna haruslah mengikut pepatah, sediakan payung sebelum hujan iaitu sebelum perkara yang buruk menimpa mereka berlaku setelah berbelanja dengan boros.