penjahat-penjahat hapus semuanya, kehidupan ......penjahat-penjahat hapus semuanya, kehidupan kita...

21
PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU: KEMPEN MEMBANTERAS KOMUNIS DI KALANGAN ORANG MELAYU Abdullah Zakaria bin Ghazali * PENDAHULUAN Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan pada tahun 1930,1 telah mengubah taktik perjuangan kepada mengangkat senjata pada tahun 1948 setelah gagal dalam gerakan awalnya mencapai tujuannya melalui perjuangan yang kurang ganas dalam politik dan menghasut pertubuhan buruh. 2 PKM pada tahap awal berjaya menyusup ke dalam pertubuhan buruh. Pada bulan Mei 1946, PKM berjaya mempengaruhi pertubuhan buruh bagi melancarkan perarakan pada hari buruh. Pad a tahun 1947 pula, PKM berjaya mengawal 200 daripada 227 kesatuan sekerja yang mendaftar melalui Pan Malayan Federation of Trade Unions. 3 Pelbagai faktor dalaman dan luaran dikemukakan tentang perubahan taktik perjuangan kepada kekerasan ini.4 Antaranya keputussan persidangan di Cu1cutta, India, pada tahun 1948. Mulai tahun 1948, PKM melancarkan serangan ke kawasan perJombongan dan ladang getah. Seterusnya pada bulan Jun 1948, PKM melancarkan serangan yang mengakibatkan tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput, Perak. Kejadian itu menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan Darurat di negeri Perak dan Johor pad a 18 Jun 1948. Kemudiannya pada tahun yang sama, pengisytiharan Darurat ini diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu. 5 Seterusnya, pelbagai langakh dan tindakan telah diambil untuk menghapuskan kegiatan komunis. Pad a peringkat awal, kerajaan Persekutuan mengambil tindakan paksaan dan kekerasan. Namun begitu, * Penulis ialah Profesor dan pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Parti Komunis Malaya ditubuhkan selepas mesyuarat Nanyang General Labour Union di Singapura pada awal tahun 1930. Hasil daripada mesyuarat ini Nanyang Communist Party dan Nanyang General Labour Union dan digantikan dengan Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party) pada bulan Mac 1930. Aloysius Chin, 1995. The Communist Party of Malaya: The Inside Story. Kuala Lumpur: Vinpress, him. 22; Edgar 0' Balance, Malayan: The Communist Insurgent War, 1948-60. London: Faber and Faber Limited, hlrn. 23; Mahmud Embong, 1992. "Penglibatan Orang Melayu Dalam Pergerakan Komunis Peringkat Awal di Tanah Melayu, 1924-1938", dim Purba, BiI. II , him. 87. 2 Edgar 0' Balance, op. cit., 1948-60, him. 19. 3 J.J. Raj. Jr., 2000. The War Years & After. Subang Jaya: Pelanduk Publications, him. 89. 4 Mengenai perkara ini dibincangkan oleh Wong Siew Kuon, 1999. Masalah-masalah Setinggan Cina Di Daerah Ulu Langat, Selangor Pada Masa Darurat 1948-1960. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, him. 3- 10. 5 Wong Siew Kuon, op. cit., him . 22. Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: others

Post on 15-Dec-2020

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU:

KEMPEN MEMBANTERAS KOMUNIS DI KALANGAN ORANG MELAYU

Abdullah Zakaria bin Ghazali *

PENDAHULUAN

Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan pada tahun 1930,1 telah mengubah taktik perjuangan kepada mengangkat senjata pada tahun 1948 setelah gagal dalam gerakan awalnya mencapai tujuannya melalui perjuangan yang kurang ganas dalam politik dan menghasut pertubuhan buruh.2 PKM pada tahap awal berjaya menyusup ke dalam pertubuhan buruh. Pada bulan Mei 1946, PKM berjaya mempengaruhi pertubuhan buruh bagi melancarkan perarakan pada hari buruh. Pad a tahun 1947 pula, PKM berjaya mengawal 200 daripada 227 kesatuan sekerja yang mendaftar melalui Pan Malayan Federation of Trade Unions. 3 Pelbagai faktor dalaman dan luaran dikemukakan tentang perubahan taktik perjuangan kepada kekerasan ini.4 Antaranya keputussan persidangan di Cu1cutta, India, pada tahun 1948. Mulai tahun 1948, PKM melancarkan serangan ke kawasan perJombongan dan ladang getah. Seterusnya pada bulan Jun 1948, PKM melancarkan serangan yang mengakibatkan tiga orang peladang Eropah t~rkorban di Sungai Siput, Perak. Kejadian itu menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan Darurat di negeri Perak dan Johor pad a 18 Jun 1948 . Kemudiannya pada tahun yang sama, pengisytiharan Darurat ini diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu.5 Seterusnya, pelbagai langakh dan tindakan telah diambil untuk menghapuskan kegiatan komunis. Pad a peringkat awal, kerajaan Persekutuan mengambil tindakan paksaan dan kekerasan. Namun begitu,

* Penulis ialah Profesor dan pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Parti Komunis Malaya ditubuhkan selepas mesyuarat Nanyang General Labour Union di Singapura pada awal tahun 1930. Hasil daripada mesyuarat ini Nanyang Communist Party dan Nanyang General Labour Union dan digantikan dengan Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party) pada bulan Mac 1930. Aloysius Chin, 1995. The Communist Party of Malaya: The Inside Story. Kuala Lumpur: Vinpress, him. 22; Edgar 0' Balance, Malayan: The Communist Insurgent War, 1948-60. London : Faber and Faber Limited, hlrn. 23; Mahmud Embong, 1992. "Penglibatan Orang Melayu Dalam Pergerakan Komunis Peringkat Awal di Tanah Melayu, 1924-1938", dim Purba, BiI. II , him. 87.

2 Edgar 0' Balance, op. cit., 1948-60, him. 19. 3 J.J. Raj. Jr., 2000. The War Years & After. Subang Jaya: Pelanduk Publications, him. 89. 4 Mengenai perkara ini dibincangkan oleh Wong Siew Kuon, 1999. Masalah-masalah Setinggan Cina Di Daerah

Ulu Langat, Selangor Pada Masa Darurat 1948-1960. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, him. 3- 10.

5 Wong Siew Kuon, op. cit., him. 22.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

pendekatan ini berubah kepada mempengaruhi hati dan fikiran mereka yang terlibat. Tiga sebab dikemukakan tentang perubahan pendekatan ini. Pertama, Perang Korea telah menjadi faktor permintaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu bertambah. Dengan itu, ekonomi Tanah Melayu bertambah baik. Keadaan ini memberi kesempatan kepada kerajaan Persekutuan membiayai langkah ini. Kedua, kematian Pesuruhjaya Tinggi, Sir Henry Gur­ney akibat serang hendap komunis pada tahun 1951 di Bukit Fraser mencetuskan langkah kerajaan konservatif Britain mengkajisemula langkah mengatasi gerakan komunis. Seterusnya, pelantikan Sir Gerald Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi dan bermulalah pendekatan mempengaruhi hati dan fikiran. Ketiga, komunis menambah kegiatan kekerasan. Dengan itu, kerajaan Persekutuan perlu mencari langkah baru untuk mengatasi tindakan komunis ini.6 Namun begitu, sebelum tahun 1951, kerajaan Persekutuan telah melaksanakan pendekatan mempengaruhi hati dan fikiran penduduk tempatan supaya tidak menerima komunis. Antara langkah yang diambil ialah menyebarkan risalah tentang kegiatan komunis dalam pelbagai bahasa iaitu, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris kepada penduduk Tanah Melayu supaya mereka tidak terpengaruh dan tidak menyokong perjuangan komunis. Dalam risalah itu, komunis dirujuk sebagai pengganas dan penjahat. Selain itu, kerajaan juga mengambillangkah menjalankan Rancangan Briggs, iaitu penempatan semula di Kampung Baru.7

Dalam konteks perbincangan makalah ini, tumpuan hanya diberi kepada langkah kerajaan Persekutuan menasihati orang Melayu kampung supaya tidak terlibat dalam kegiatan komunis. Dalam usaha mempengaruhi orang Melayu ini, pelbagai slogan digunakan untuk menarik perhatian mereka. Intipati slogan tersebut berkisar di sekitar menyatakan kezaliman komunis, kerajaan berjaya mengambil tindakan dan mengingatkan orang Melayu bahawa perjuangan komunis adalah sia-sia. Oleh itu, dalam makalah itu, percubaan dibuat untuk memaparkan kandungan dokumen yang diedarkan kepada orang Melayu oleh Pejabat Perhubungan Raya Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur. Oleh sebab sasaran mereka orang Melayu, segala risalah yang diedarkan itu adalah dalam bahasa Melayu tulisan jawi.

PERJUANGAN KOMUNIS

Setelah gagal berjuang melalui penglibatan dalam pertubuhan dan politik, PKM menukar taktik perjuangan kepada mengangkat senjata dan meluangkan matlamat menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.8 Pada 12 lun 1948, tiga orang pemimpirr Parti Kuomintang lohor ditembak mati.9 Dalam usaha mencapai hasrat menubuhkan Kerajaan Komunis di Tanah Melayu, komunis merancang melaksanakan perjuangan mereka dalam tiga tahap. Pertama, membantukan sistem ekonomi British melalui serangan gerila dan

6 Richard Stubbs, 1993. Heart and Minds in Guerrila Warfare: The Malayan Emergency 1948·1960. Singapura: Oxford University Press, him. 6.

7 Untuk keterangan lanjut tentang Rancangan Briggs, siIa lihat Anthony Short, 1975. The Communist 1nsurrec· tion in Malaya 1948·1960, London: Frederick Muller Limited, hIm. 231·253; Edger 0' Balance, op. cit., hIm. 97 · 116; Francis Mellersh, 1951. "The Campaign Against The Terrorist in Malaya", dim. Royal United Service Institution Journal, Jil. 96, London, Ogos , him. 403; Victor Purcell, 1955. Malaya: Communist or Free? Stanford: Stanford University Press, hIm. 65 .

8 SUK. J. 441/1949, Issue of facts and advice to Malays in kampungs under the present emergency period (seterusnya diringkaskan sebagai SUK. J, 44111949, IFAME), Risalah No. 85, "Satu Tahun Huru·Hara, Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

9 Yuen Yuet Leng, 1998. Operation Ginger. Kuala Lumpur: Vinpress, hIm. 6.

2

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU

mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan. Kedua, memaksa pasukan kerajaan keluar dari kawasan pedalaman dan mewujudkan kawasan bebas yang dikawal oleh komunis dan seterusnya menguasai Tanah Melayu. lO Pad a tahap awal, perjuangan PKM membentuk Pasukan Gerak Khas (Lau Tong Tui) yang matlamat utamanya ialah membunuh. Selain itu, PKM juga mengambil tindakan menjual harta, memusnah dokumen termasuk senarai ahli dan bergerak ke hutan. Semua arahan dilakukan secara lisan,'l

Dengan semangat perjuangan ini, mereka menyerang dan membunuh tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948. Mangsa pertama aialah Arthur Walker, pengurus ladang Ephil Estate. Tiga orang Cina datang dengan berbasikal. Terus memasuki pejabat Arthur Walker dan melepaskan tembakan. Arthur Walker dibunuh di dalam pejabatnya. Mangsa seterusnya, kira-kira dalam masa yang sarna, pengurus Sungai Siput Estate, John Allison dan pembantunya Ian Christian. Kedua-duanya ditembak mati di

' Iadang Sungai Siput. Keadaan ini mencemaskan kerajaan kerana mereka tidak dapat , menentukan bila dan di mana komunis akan bertindak seterusnya. The Incoporated Society ~ of Planters mendesak Pesuruhjaya Tinggi dan Pesuruhjaya Polis mengambil tindakan dengan , segera dan mencadangkan mengambil tindakan pemerintahan tentera. 12 Komunis terus

melancarkan gerakan. Pada 17 Mei hingga 7 Jun 1948, komunis membunuh 12 orang, termasuk beberapa pengurus ladang.13 Pesuruhjaya Polis, H.B. Langworthy pada peringkat awal gagal mempengaruhi Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent tentang berbahayanya kegiatan komunis. Namun begitu, apabila tiga orang Cina penyokong Kuomintang dan tiga orang peladang Eropah dibunuh, beberapa daerah di negeri Perak dan Johor diisytiharkan Darurat. 14 Seterusnya, Edward Gent mengisytiharan Darurat pada 18 Jun 1948 bagi seluruh negeri Perak dan Johor.15 Kemudiannya, pengisytiharkan Darurat diperluaskan lagi ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 19 Jun 1948.16 Walaupun begitu, PKM hanya diisytiharkan haram pada 23 Julai 1948.17 Dari bulan Mei hingga Oktober 1948, 13 orang peladang Eropah dibunuh oleh komunis. Manakala dari bulan November 1948 hingga April 1949, lima or­ang lagi dibunuh oleh komunis. 18 Pada 27 Jun 1948, komunis menyerang Balai Polis Kuala Krau, Pahang. 19

Walaupun biro politik PKM dianggotai oleh beberapa orang tetapi biro ini dikuasai oleh tiga orang: Chin Peng, Setiausaha Agung; Yeung Kwo dan Lau Lee. Pada 1 Februari 1948, PKM menukar nama tentera pemberontak kepada Malayan Races Liberation Army (MRCA). PKM berharap pertukaran nama ini akan dapat mempengaruhi orang Melayu dan India menyertai perjuangan mereka. MRLA mempunyai kekuatan 4 000 orang dan

10 Gene Z. Hanrahan, 1971. The Communist Struggle in Malaya. Kuala Lumpur. Oxford University Press, him. 109; Edgar 0' Balance, op.cit., him. 78; Francis Mellersh, op. cit., him. 404.

II Anthony Short, 1975. The Communist Insurrection in Malaya 1948-I 960. London: Frederick Muller Limited, him. 95-96.

12 J.J. Raj . Jr., op. cit., him. 92. 13 Yuen Yuet Leng, op. cit., him. S. 14 Utusan Melayu, Sabtu, 19 Jun 1949. IS J.J. Raj . Jr., op. cit:, him. 93. 16 Utusan Melayu, Sabtu, 19 Jun 1949. 17 Edgar 0' Balance, op.cit., him. 82. 18 Nicholas J. White, 1996. Business, Government, and The End of Empire Malaya. 1942-1957. Kuala Lumpur:

Oxford University Press, him. 107. 19 Anthony Short, 1975. The Communist 1nsurrection in Malaya 1948-1960, him. 96.

3

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

dibahagikan kepada 10 rejimen.20 Tentera ini menggunakan senjata seperti raifel, pist automatik ringan dan mortar. Senjata yang mereka miliki ini adalah senjata yang ditinggalk, oleh Malayan Anti-Japanese Army dalam hutan yang digugurkan oleh British untuk pasuk, Force 136 dan ditinggalkan oleh tentera Jepun. Tentera ini dibantu oleh Gerakan Raky. (Min Yuen) yang beroperasi di kampung-kampung setinggan orang Cina. Mereka membek antaranya, dadah, maklumat, tenaga manusia dan wang.21

Sementara itu, hasil mesyuarat rahsia di Kerdau, Pahang yang dihadiri oleh Abdulla C.D., Wahi Anuar, Musa Ahmad dan Chin Peng pada bulan Mei 1949, ialah tertubuhny Rejimen ke-l 0 pada 21 Mei 1949. Rejimen ke-l 0 ialah cabang PKM orang Melayu seper Jadual 1.

Jadual I: Rejimen 10- Nama dan Jawatan

Nama

Abdul Latif Abdullah C.D. Abu Samah Ahmad @ Cikgu SalIeh Ahmad Razali Asmara Dahaman Hasan Ibrahim Ibrahim Mohamed Idris Majid Johan (Cina) Manaf Jepun Mat Jelita Mohd. Amin MusaAhmad Rokas Sulaiman Johar Udin Wahi Anuar Zainab Mahmud

Jawatan

Timbalan Komander Platun 2 Komander/Komasari Politik Pegawai Politik Ibu Pejabat Komander Kompeni Timbalan Komander Platun 4 Timbalan Komander Platun 3 Pegawai Politik Platun 4 Komander Platun 5 Pegawai Politik Platun 2 Pegawai Politik Platun 3 Komander Platun 4 Pegawai Politik Platun 2 Komander Platun 2 Komander Platun 1 Timbalan Komander Platun 1 Pegawai Politik Rejimen/Pengurus Bekalan Timbalan Komander Platun 3 Pegawai Politik Platun 5 Timbalan Komander Platun 5 Timbalan Komander Ketua Bahagian Wanita

Sumber: Aloysius Chin, 1995. The Communist Party of Malaya: The Inside Story, him. 34.

Rejimen ke-l 0 melancarkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan (polis dan tentera) di Pahang.22 Pasukan keselamatan merujuk Rejimen ke-lO sebagai pengganas komunis. Rejimen ke-l 0 ialah pasukan komunis Melayu dan melancarkan gerakan di sekitar Kampung Mengkarak, Bera, Chenor, Pesagi, Kinehir dan Batu Bulis.23 Namun begitu,

20 Edgar 0' Balance, op. cit., him. 89; Francis Mellerlsh, op. cit., him. 403. Namun begitu, R.W. Komer dalam tulisannya, The Malayan Emergency in Retrospect: Organization of A Successful Counter Insrugency Effort. Santa Monica: Rand, him. 9, mencatatkan MRLA pada asasnya mempunyai lapan regimen.

21 R.w. Korner,op. cit, him. 8; Francis Mellerch, op. cit, him. 403. 22 Aloysius Chin, op. cit., him. 35-36. 23 Herbert Andrew, 1995. Who Won The Malayan Emergency? Singapura: Graham Brash, him. 15.

4

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA. KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU

perjuangan Rejimen ke-lO adalah menentang British. Komunis menjalankan kegiatan mengugut dan menuntut wang perlindungan daripada

orang ramai. Daripada jumlah mereka yang membayar wang perlindungan kepada komunis terdapat 35 orang hartawan dari Melaka, Muar dan Johor yang memberi bantuan kewangan kepada komunis.24 Komunis juga melancarkan serangan di beberapa tempat, termasuklah terhadap pasukan polis, tentera kerajaan dan penduduk kampung.25 Dilaporkanjuga bahawa komunis telah membunuh batin Orang Asli. Antara mereka yang dibunuh ialah Batin Diok bin Menteri Yau di Lanchang, Pahang, pada tahun 1951,26 Batin Kan yang tinggal di Estet Lanchang, Pahang pada tahun 195027 dan Batin Puteh, Kampung Sakti, Tebing Tinggi, Pahang pada tahun 1949. Selain itu , Batin Kuning, ketua suku Jah Hut di Bukit Kuin, Kerdau diculik pada tahun 1950.28

Antara bulan April hingga bulan Disember 1949, pengganas melemparkan tiga butir born tangan di kawasan Ipoh. Dalam satu serangan pada 10 April 1949, mereka melemparkan born tangan ke tempat mesyuarat Perak Malayan Chinese Association di Jalan Hale, Ipoh.

'- Serangan ini mencederakan Tan Cheng Lock dan beberapa orang pemimpin Cina yang . lain. Manakala beberapa hari selepas Krismas pada tahun 1949, pengganas komunis melontar

_ born tangan di tempat upacara pengkebumian ibu Cheong Chee di Batu 3, Jalan Gopeng. Akibatnya beberapa orang telah mengalami kecederaan. Antaranya ialah Leong Yew Koh, Chan Wai Who; Lau Pak Khuan dan Leong Kim Nyean. Seterusnya dari tahun 1950 hingga tahun 1951 komunis melancarkan enam serangan born tangan di kawasan Ipoh.29

Keganasan komunis ini terus meningkat pada tahun 1951. Pada bulan Oktober 1951, komunis membunuh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney dalam serang hendap di Bukit Fraser. Pada bulan Juali 1960, kerajaan Persekutuan mengisytiharkan Tanah Melayu bebas daripada Darurat. Sepanjang tahun 1948 hingga tahun 1960, seramai 6710 komunis dibunuh, 1287 orang ditangkap dan 2702 orang menyerah diri. Pasukan polis; polis biasa, 511 orang terbunuh dan 70 orang cedera; polis bantuan, 242 orang terbunuh dan 154 orang cedera. Pasukan tentera pula, 519 orang terbunuh dan 959 cedera. Manakala orang awam, 2474 orang terbunuh, 1385 orang cedera dan 810 orang hilang.30

MENYEBAR MAKLUMAT KEGIATAN KOMUNIS DAN TINDAK BALAS KERAJAAN

Pejabat Perhubungan Raya Persekutuan yang diberi tugas menyebarkan maklumat kegiatan komunis mengambil usaha menyebar risalah kepada kumpulan sasar. Masyarakat Melayu

24 SUK. J. 44111949, Risalah No. 55, "Kerajaan Mengambil Langkah yang Keras kepada Siapa-siapa yang Membayar Wang Perlindungan Kepada Penjahat", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

25 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 67, "Pengganas-Pengganas komunis sudah teruk bantulah kerajaan supaya lekas mereka dikuburkan", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

26 Pejabat Daerah Temerloh (PDT) 307/50, Pegawai Daerah Temerloh (LB. Mendel) kepada Setiausaha Kerajaan Pahang, Kuala Lipis, 24 Oktober 1950.

27 PDT 92150. Pegawai Daerah Temerloh (D.C.L Wemham) kepada Pegawai Polis Daerah (O.C.P.D.) Mentekab, 20gos 1950.

28 PDT 92/50, Penasihat Orang Asli Persekutuan Tanah Melayu (PD. Rider Williams-Hunt) kepada Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan, 31 Januari 1950.

29 Yuen Yuet Leng, op. cit, him. 11 -12. 30 Edgar 0' Balance, op. cit. , him. 177-178.

5

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

MALAYSIA DARI SEGI SElARAH

dimaklumkan bahawa ramai an tara mereka yang terlibat dalam kegiatan komunis dikenakan pelbagai hukuman. Pad a bulan lanuari 1949, kerajaan menghantar pulang 666 orang pendatang ke negara asal setelah didapati bersalah melanggar undang-undang Darurat. Daripada jumlah itu, 106 orang dibuang negeri, 20 orang dagang dikeluarkan dari negeri kerana kepentingan kebajikan negara. 349 orang dihantar balik ke negara asal mengikut undang-undang pindaan Darurat nombor 9. Mengikut pindaan ini fasal 17C, mereka yang ditahan kerana membantu komunis melakukan penbunuhan, kacau-bilau dalam Persekutuan Tanah Melayu boleh dihantar balik ke negara masing-masing. 211 orang bersama-sama anak dan isteri mereka diperintahkan balik ke negara mereka mengikut undang-undang Darurat 17D. Mengikut undang-undang ini, semua tanggungan ke atas mereka yang dijatuhi hukuman mengikut fasal17C mesti dihantar juga keluar bersama. Dalam pada itu, kerajaan Persekutuan juga memaklumkan kira-kira 1000 orang pemuda Melayu memasuki tentera untuk berkhidmat kepada negara dan bangsa bagi menghapuskan kekejaman komunis. 31

Pada 31 Mac 1949, seramai 168 orang Cina dihantar pulang ke negara China. Daripada jumlah ini, 53 orang tahanan di bawah peraturan undang-undang Darurat 17C, 23 orang pekebun sayur yang ditahan mengikut peraturan undang-undang Darurat 17D dan 92 orang yang dihantar balik atas permintaan sendiri.32 Sehingga akhir bulan Mei 1949, seramai 1 062 orang komunis terbunuh dan ditawan. Walaupun demikian, kerajaan masih men gang gap bahawa kegiatan komunis itu berbahaya.33

Dalam pad a itu, dimaklumkan juga bahawa komunis sebagai penjahat bangsa dagang dan membunuh orang yang tidak berdosa. 34 Komunis juga menjalankan kegiatan mendapatkan wang perlindungan daripada orang kaya. Walaupun begitu, kerajaan telah mengambil tindakan untuk membendung perkara ini. Pada 18 November 1948, Pesuruhjaya Tinggi mengingatkan penduduk Tanah Melayu bahawa kerajaan tidak akan dapat menghapuskan komunis selagai mereka masih membayar wang perlindungan kepada komunis. Kesan daripada amaran ini terdapat orang ramai yang tidak memberi wang perlindungan kepada komunis. 35

Dalam risalah no. 56 bertajuk "Perkhabaran Darurat Yang Paling Akhir", rakyat dimaklumkan bahawa 26 orang pengganas komunis telah ditawan di Selayang. Penangkapan ini adalah hasil maklumat orang ramai. Mata-mata gelap yang bertugas di Selayang mendapat maklumat bahawa sekumpulan komunis akan melancarkan serangan di Selayang. Dengan itu, pada 5 Februari 1959, pasukan polis melancarkan gerakan mengejut ke sebuah 10m bong di Selayang, kira-kira enam batu ke utara Kuala Lumpur. Dalam gerakan itu, polis berjaya . menangkap 19 orang Cina yang dikenal pasti sebagai komunis. Tidak lama kemudian, pasukan polis menyerbu pekan Selayang. Di sini, pasukan polis berjaya menangkap tujuh orang lagi; lima orang daripadanya ialah wanita. Pekan Selayang sememangnya dikenal

31 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah tanpa no. dan tarikh. 32 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 68, "Berita-berita darurat yang paling akhir", Pejabat Perhubungan

Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur. 33 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 85, "Satu Tahun Huru-Hara", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan

Tanah Melayu, Kuala Lumpur. 34 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah tanpa no. dan tarikh. 35 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 55, "Kerajaan Mengambil Langkah yang Keras kepada Siapa-Siapa

yang Membayar Wang Perlindungan Kepada Penjahat-Penjahat", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

6

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU

pasti oleh pasukan polis sebagai pusat kumpulan penyokong komunis, Kejayaan pasukan polis ini adalah hasil maklumat yang diberi oleh orang ramai kepada pihak kerajaan, Basil kerjasama daripada orang ramaijuga pasukan polis melancarkan gerakan di daerah Manong, Kuala Kangsar, Perak, Dalam gerakan itu, berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dengan lima orang pengganas pada 5 Februari 1949, Dalam pertempuran itu, pasukan polis berjaya membunuh dua orang pengganas komunis, Tiga orang yang cedera berjaya melarikan diri ke dalam hutan, Selain itu, pasukan polis berjaya merampas selaras stengun, dua laras raifel, lima biji born tangan dan beberapa biji peluru, Dalam maklumat yang lain, pasukan polis dan tentera melancarkan gerakan besar-besaran di sebuah kebun sayur di Bulu Temiang, dalam jajahan Seremban, Kawasan ini telah dikenal pasti sejak pendudukan Jepun lagi sebagai kawasan kegiatan komunis, Sejak pengisytiharan Darurat, 114 orang penggans komunis telah ditangkap di kawasan inL Alat-alat percetakan dan tempat perkhemahan komunis juga ditemui. Sementara itu, penduduk di sini tidak pernah memaklumkan kegiatan komunis ini dan mereka mematuhi amaran yang diberi oleh pihak kerajaan, Dalam serbuan itu, pasukan polis dan tentera berjaya menangkap 630 orang Cina di kawasan ini, Sebahagian daripada mereka dipindahkan dan sebahagian lagi dihantar balik ke negara China, Selain itu, seorang ketua komunis dan penjaga tempat simpanan barang-barang penjahat di Johor telah ditawan oleh askar gurkha,36

Pada 2 April 1949, askar Melayu melancarkan serangan mengejut di daerah Setiawan, Perak. Askar Melayu menembak lapan orang penjahat yang bersenjata dan menangkap enam orang wakil penjahat. Dua buah khemah penjahat yang dijumpai dibinasakan. Selain itu, askar Melayu juga berjaya merampas senjata, peluru dan pakaian. Dalam serangan yang lain pula, dua pasukan (platun) askar Melayu dan satu pasukan polis mengepung daerah yang disyaki tempat persembunyian penjahat pada waktu subuh 2 April 1949. Apabila pasukan ini menghampiri khemah, tujuh orang komunis Cina melarikan diri. Askar Melayu melepaskan tembakan, tiga orang daripadanya terbunuh. Walaupun empat orang lagi sempat melarikan diri tetapi mereka terserempak pula dengan askar Melayu yang sedang menunggu. Askar Melayu melepaskan tembakan dan keempat-empat orang tersebut terbunuh. Askar Melayu menemui selaras tomi gun, selaras stengun, selaras senapang pemburu dan sepucuk pistol. 37

Kemudiannya, serbuan dilancarkan di sebuah lagi tempat perkhemahan penjahat. Empat orang penjahat melarikan diri. Namun begitu, seorang yang memegang born tangan ditembak mati. Tiga orang lagi dapat melepaskan diri . Kedua-dua temp at perkhemahan dibinasak~n .

Askar Melayu meneruskan lagi gerakan dan berjaya menangkap enam orang wakil penjahat. Kejayaan askar Melayu ini mendapat pujian Mejar Jeneral C.B. Boucher, Panglima Agung Daerah Tanah Melayu. 38

Kegiatan komunis di Batu 4 Jalan Ipoh-Chemor telah dikesan oleh pihak kerajaan. Dengan itu, pasukan polis dengan bantuan askar dihantar mengepung kawasan ini. Dalam gerakan itu pihak keselamatan buat pertama kali menggunakan senjata penyembur api (Flame

36 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 56, "Perkhabaran Darurat yang Paling Akhir", Pejabat Perhubungan, Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

37 SUK. J. 44 111 949, IFAME, Risalah No. 68, "Berita-berita darurat yang paling akhir", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

38 Ibid.

7

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

MALAYSIA DARt SEGI SEJARAH

Thrower) terhadap komunis. Senjata itu dihalakan ke pokok lalang dan terus terbakar. Dengan itu, memaksa penjahat yang ada di dalamnya lari keluar. Dalam gerakan ini, pasukan keselamatan berjaya membunuh lima orang penjahat.39

Sehingga 31 Mac 1949, seramai 546 orang penjahat terbunuh, 75 orang cedera dan dapat ditangkap, seramai 299 dapat ditangkap; 168 orang penjahat mengalami kecederaan tetapi dapat melarikan diri. Pada pihak kerajaan pula, 77 orang polis biasa, 53 orang polis khas dan 10 orang polis bantu an terbunuh. Manakala pasukan kerajaan yang. mengalami kecederaan, 94 orang polis biasa, 53 orang polis khas dan empat orang polis bantuan. Selain itu, kerajaan berjaya menangkap 43 orang Cina di Perak yang terdiri daripada sembi Ian orang tauke lombong, empat orang tauke kedai, seorang tauke kebun getah, seorang kontraktor, dua orang overseer lombong dan 26 orang kerani pada 20 dan 21 April 1949 kerana melakukan kesalahan membayar wang kepada penjahat.40

Pasukan polis berjaya merampas dan menjumpai sejumlah senjata komunis dalam serangan yang dilakukan. Sehingga bulan Mac 1949, jumlah senjata yang dirampas atau dijumpai adalah seperti yang berikut: 430 pucuk raifel, 84 karbain dan mesengun, 120 shotgun, 174 born, 19 senjata buatan sendiri, dua bairi pistol, 1 996 butir peluru bedil, 172 revolver, 108 pistol automatik, 32 meriam katak, 162975 butirpeluru dan 1092 born tangan. Manakala di kawasan Telemong, Terengganu, pasukan keselamatan menemui 53 raifel jenis 303 38 senapang Belanda, empat shotgun, satu raifel jenis 45 dan 10 384 pelbagai peluru pada bulan April 1949. Di lohor Bahru pula, pasukan keselamatan menemui sembilan puc uk pistol, 317 peluru jenis 303 dan 1175 peluru pelbagai pistol. 41

Kerajaan Persekutuan memaklumkan kepada orang Melayu bahawa pasukan keselamatan menjumpai sepucuk surat penting dalam khemah komunis yang ditinggalkan. Surat itu menyatakan bahawa komunis telah mengaku kalah dan tidak mendapat sokongan daripada orang ramai untuk memerintah Tanah Melayu. Oleh sebab kawasan mereka setiap hari diserang oleh pasukan keselamatan, mereka terpaksa menyelamatkan nyawa mereka. Selain berpecah-belah, setiap hari ahli mereka lari meninggalkan pasukan. Dalam surat itu juga dinyatakan bahawa ketua komunis tidak berperi kemanusiaan. Orang ramai ditipu dan dipaksa membantu mereka. Kini mereka menghadapi kekurangan senjata dan wang. Komunis juga mengaku bahawa mereka gagal menghalang perjalanan pendaftaran kad pengenalan. Orang ramai, khususnya orang Melayu benci kepada komunis dan berpihak kepada kerajaan. Manakala orang Cina puak Kuomintang tidak menyokong komunis. Dengan itu, kegiatan komunis ketika itu disifatkan sebagai pembunuh, pengugut, pengacau dalam negara dan melakukan kegiatan untuk menjalankan pentadbiran kuku besi. Dalam pada itu, kenijaan juga menyatakan bahawa tindakan keras telah diambil bagi menghapuskan komunis yang disifatkan sebagai sampah-sarap.42

Dalam pada itu, kerajaan juga memaklumkan kepada rakyat bahawa pasukan keselamatan menemui sebuah bintang terukir gambar dua orang Rusia yang dipakai oleh pengganas. Kerajaan menegaskan bintang tersebut sebagai bukti kegiatan penjahat yang

39 SUK. J. 441/1949, IFAME, Risalah No. 73, "Ulang kaji Keadaan Darurat", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

40 Ibid. 41 Ibid. 42 SUK. J. 441 / 194, IFAME, "Komunis Mengaku Kalah Rakyat Tanah Melayu Sebelah Kerajaan", Pejabat

Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

8

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT·PENJAHAT HAPUS SEMUANYA. KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU

menimbulkan huru hara dalam negeri adalah sebagai tali barut komunis Rusia. Dalam usaha mempengaruhi rakyat, kerajaan menyatakan bahawa kerajaan Rusia kejam dan bersifat diktator. Rakyat Rusia tidak langsung diberi kebebasan untuk bercakap dan beragama. Malah mereka tidak boleh menyuarakan pan dang an berlawanan dengan kerajaan dan tidak boleh menyatakan kemusykilan sebagaimana dinikmati di Tanah Melayu. Selain itu, kerajaan Rusia mempunyai beribu-ribu polis rahsia, bentuknya serupa dengan kempetai Jepun dan perisik yang boleh menangkap seseorang hanya dengan menggunakan alasan keci!. Apabila seseorang itu ditangkap, dia akan dihantar ke tempat kurungan tanpa siasatan dan perbicaraan. Sebaik sahaja dikurung, riwayat mereka akan hilang. Tidak ada yang tahu perkembangan seterusnya tentang orang yang ditahan itu. Selain itu, orang tahanan ini dipaksa bekerja seperti kerbau dan lembu. Pada tahun 1949, kira-kira 15 juta orang dikurung seperti binatang di bilik tahanan di Rusia. Walaupun bayaran diberikan tetapi hanya sekadar jangan mati. Keadaan orang tahanan ini lebih dahsyat daripada yang berlaku pada mas a pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama tiga tahun setengah. Mereka dilayan seperti binatang.43

Dalam usaha membanteras komunis, Mesyuarat Undangan Persekutuan yang bersidang pada 31 Mac 1949 di Kuala Lumpur dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi bahawa kerajaan merancang hendak membesarkan pasukan polis dn tentera Tanah Melayu. Rancangan ini ialah mengadakan kelengkapan baru pasukan polis, menambah pegawai polis, mata-mata gelap dan operator way aries menubuhkan pasukan simpanan sukarela tentera laut (Naval Volunteer Reserves) di Pulau Pinang; membesarkan lagi angkatan askar Melayu menjadi dua briged; menubuhkan lagi pasukan sukarela tertentu dan menubuhkan angkatan tentera udara tempatan.44

Kerajaan Persekutuan mendapat bantuan sebanyak $42 85 0000.00 daripada kerajaan British untuk membanteras komunis. Pemberian ini disifatkan sangat berharga bagi usaha kerajaan Persekutuan menghapuskan kegiatan komunis. Kerajaan British 'berjanji akan menimbangkan bantuan pada tahun 1950 jika kerajaan Persekutuan memerlukan. Semen tara itu kerajaan akan mendirikan 41 buah lagi rumah pasung (balai polis) untuk menambah usaha mewujudkan keamanan dalam negara.4S Pada 22 April 1949, Ketua Setiausaha menerangkan bahawa Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan memperuntukkan $3 200 00.00 untuk membina batalion ketiga askar Melayu di Mentakab dan membesarkan lagi depot di Port Dickson untuk batalion keempat. Selain itu, 300 orang baru sudah diambil untuk batalion keempat.46

Pada 24 April 1949, empat orang pengawal Kampung Dinding, kira-kira tiga batu dari . Pekan Beruas, Perak yang berkawal di kawasan hutan simpan terserempak dengan kira­kira 30 orang penjahat. Walaupun hanya memiliki senapang pemburu, mereka menyerbu penjahat tersebut yang lari lintang-pukang. Kemudiannya, pengawal kampung ini melaporkan kepada sarjan. Sarjan pula memanjangkannya kepada pegawai polis. Satu

43 SUKJ. 441/1949, IFAME, Risalah No. 63, ''Tembelang Penjahat Sudah Pecah Rakyat Tanah Me1ayu Tidak Dapat Ditipu oleh Penjahat·penjahat Komunis", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Me1ayu, Kuala Lumpur.

44 SUK. J. 441/1949, IFAME, Risalah No. 68, "Berita-berita darurat yang paling akhir", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

45 Ibid. 46 SUK. J. 441/1949, IFAME, Risalah No. 73, "Ulang kaji keadaan darurat", Pejabat Perhubungan Raya,

Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

9

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

pasukan yang terdiri daripada lapan orang askar Melayu dan lapan orang polis bersama­sarna dengan empat orang pengawal yang menjadi pemandu menuju ke tempat berlakunya kejadian itu. Setelah sampai ke kampung tersebut, pasukan keselamatan berpecah dua untuk mengepung dan menangkap penjahat tersebut. Setelah askar Melayu merangkak kira-kira 500 ela, mereka menemui sebuah pond ok atap. Kemudiannya, enam orang penjahat keluar dari pondok hendak melarikan diri. Tembak-menembak berlaku antara kedua-dua pihak. Dua orang penjahat terkorban dan seorang cedera parah. Tiba-tiba keluar pula an tara 10 hingga 15 orang penjahat dari tepi hutan. Pada ketika itu, pasukan polis sudah tiba membantu pasukan askar Melayu. Dengan itu, kedua-dua pasukan menyerang penjahat tersebut. Dalam kejadian itu tiga orang lagi penjahat terbunuh. Hasil daripada serangan ini, pasukan keselamatan berjaya merampas beberapa pucuk senjata. Anggota pasukan kerajaan tidak mendapat sebarang kecederaan.47

Serangan darat, udara dan laut terhadap komunis menyebabkan mereka berasa terhimpit. Kerajaan memaklumkan kepada orang ramai akibat serangan itu komunis bermesyuarat di kalangan ketua mereka. Surat keputusan mesyuarat ini dijumpai oleh pasukan kerajaan. Keputusan itu berbunyi:

1. Kita telah terpaksa bertahan dan tidak lama lagi harus kita terpulau. 2. Kita tidak bersatu hati. 3. Kita tidak mempunyai sokongan wang yang banyak. 4. Kita sedang menanggung beberapa kesusahan dan kehilangan yang besar

disebabkan serangan yang berterusan oleh pasukan kerajaan. 5. Kita menanggung kesusahan kerana berita-berita rahsia yang kita dapati tidak betul.

Orang ramai tidak mahu bekerjasama dengan kita. Kita tidak boleh bergerak ke mana-mana. Keadaan kita ini semakin lama semakin susah.

6. Semangat anggota kita lemah dan beberapa orang telah belot dengan diam-diam. Dan lagi, perkelahian selalu berlaku di kalangan orang kita dengan ketuanya.48

Selain itu, dalam surat itu juga dinyatakan pertolongan pekerja Cina, peladang dan orang hartawan sudah berkurangan . Malah ada an tara mereka tidak mahu lagi meneruskan pertolongan~ Orang Melayu kini bukan setakat benci komunis, tetapi memasuki pasukan keselamatan untuk menghapuskan komunis.49

Di Kuantan, Sue Hak Pok, salah seorang ketua penjahat datang ke sebuah kampung yang letaknya kira-kira 10 batu dari pekan Kuantan. Beliau mengarahkan ketua kampung tersebut berjumpanya di satu tempat yang tidak berapa jauh dari rumah ketua kampung itu. Ketua kampung tersebut pergi ke temp at yang dijanjikan dengan beberapa orang pasukan kawalan kampung. Apabila kedua-duanya bertemu, Sue Hak Pok mengeluarkan pistol dan menembak ketua kampung itu. Tembakan tersebut tidak mengenai sasaran. Sue Hak Pok cuba menembak sekali lagi tetapi pistol tidak meletup. Ketua kampung menerkam ke arah Sue Hak Pok untuk merampas pistol. Kedua-duanya bergelut. Sementara itu, pasukan kawalan kampung yang ikut serta telah berbalas tembak dengan penjahat yang lain. Dalam

47 SUK. J. 4411194, IFAME, Risalah No. 74, "KeIjasama dan Keberanian Pasukan Kawalan Kampung", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

48 SUK. J. 441/1949, IFAME, Risalah No. 78, "Kami Sedang Kalah Kala Pengganas-Pengganas Komunis", Pejabal Perhubungan Raya, Persekuluan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

49 Ibid.

10

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU

-ada itu, seorang pemuda dari sebuahrumah yang berdekatan datang membantu ketua pung. Beliau berjaya menikam dada Sue Hak Pok dengan pisau dan membunuhnya.50

Pada pukul 5,00 pagi, 7 Jun 1949, sekumpulan penjahat yang terdiri daripada orang C a datang ke sebuah rumah orang Melayu di Kampung Perawang, Benta, Pahang. Penjahat

_ memanggil tuan rumah. Apabila tuan rumah membuka pintu, penjahat terse but -elepaskan tembakan ke arahnya. Tembakan itu terkena kaki orang Melayu tersebut, -enyebabkan beliau meniarap di atas lantai dengan segera dan mencapai senapangnya. 3eliau melihat dua orang Cina sedang menaiki tangga rumahnya. Apabila orang Cina itu xrada kIra-kira lima kaki daripadanya, tuan rumah itu melepaskan tembakan menyebabkan '::.ta orang Cina itu terjatuh. Beliau kemudiannya berundur untuk mencari tempat yang lebih 5elamat. Dua orang Cina yang ditembak itu ditarik oleh kira-kira 15 orang penjahat yang

n. Salah seorang daripadanya ialah penjahat yang terkenal dan dikehendaki polis kerana ~lah melakukan tiga pembunuhan.51

Kerajaan menghantar pasukan askar dalam gerakan mengatasi kegiatan komunis inL Dalam gerakan tersebut pasukan askar ini memotong pokok buah-buahan untuk memudahkan ;:-ergerakan mereka, Antara pokok buah-buahan yang ditebang adalah kepunyaan Muda Ibrahim bin Kesah di tebing barat Sungai Pahang di Temerloh.52 Selain itu, pasukan askar mi juga melakukan kekasaran dan mengambil barangan kepunyaan Orang Asli ketika ::nelaksanakan tugas mereka di Pahang. Sepasukan ten tara Gurkha di bawah pimpinan ;:-egawai British datang ke Kampung Chungkap Lakom di kawasan Bukit Kiab, mukim Ienderak dan Kerdau, Temerloh. Di sini terdapat kira-kira 250 Orang Asli . Pegawai tentera ::nengarahkan Orang Asli meninggalkan kampung mereka dengan segera. Walaupun pasukan rentera ini hanya tinggal dua malam di kampung ini, tetapi mereka tidak membenarkan Orang Asli kembali ke rumah mengambil barangan mereka. Orang Asli diarahkan mengikut pasukan tentera ke Kampung Kerdau dan diserahkan kepada polis, Dengan itu mereka meninggalkan barangan dan harta di kampung. Menteri Ngong melaporkan barangan dan harta yang terpaksa ditinggalkan di kampung tersebut kepada Penasihat Orang Asli Persekutuan, R.D, Rider William-Hunt. Barangan dan harta yang ditinggal ialah hasillad­ing; 30 kapak, 20 parang, 40 bakul galas, 50 tikar tidur, 1 gong, 15 gantang beras, 13 gantang garam, 5 ekor anjing dan 12 ekor ayam. Kesemua barang ini hilang, Di samping iru, Adoi kehilangan keris pusaka milik keluarganya. Orang Asli ini juga kehilangan lembing dan tiga bilah keris, Kehilangan barang dan harta ini menimbulkan rasa tidak puas hati Orang Asli. Dengan itu, Menteri Ngong, ketua suku Jah Hut menuntut kerajaan membayar ganti rugi atas kehilangan barang dan harta mereka.53

Batin Pendeh, ketua suku Jah Hut Kampung Lakom pula menyatakan pada tahun 1949,

50 SUK. l . 44 111949, IFAME, Risalah No. 83, "Pemuda Melayu Membunuh Ketua Penjahat", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

51 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 84, "Orang Melayu Kampung Menembak Seorang Ketua Penjahat"" Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

52 PDT 622/49, Muda Ibrahim bin Kesah kepada Pegawai Daerah Temerloh, 11.11.1949; Cammanding 1st Bn. The Devonshire Regiment kepada Pegawai Tuntutan Daerah, Ibu Pejabat Jajahan Malaya, Kuala Lumpur, 10 lun 1949; A.D. Claims & Hirings, Malaya kepada Setiausaha Pertahanan, Setiausaha Persekutuan, Kuala Lumpur, 11 Jun 1949.

53 PDT 92/50, Penasihat Orang Asli Persekutuan Tanah Melayu (P.D. Rider Williams-Hunt) kepada Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan, Kuala Lumpur, 30 Januari 1950, teriampir kenyataan Menteri Ngong, ketua Suku Jah Hut, Chungkap Lakom, 1enderak dan Kerdau, Temerloh.

11

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 12: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH

pasukan Gurkha datang ke kampung mereka tanpa penterjema}} dan mengarahkan penduduk Orang Asli kampung tersebut meninggalkan rumah mereka. Orang AsH ini tidak dibenarkan mengambil barang keperluan dan harta mereka. Seterusnya, rumah kediaman mereka dibakar. Akibatnya, Orang Asli di kampung tersebut kehilangan 70 ekor ayam, empat ekor anjing, dua gantang garam, tiga buah gong, tujuh batang lembing, lapan bilah beliung, lima bilah parang, tiga batang sumpit, 10 bidang tikar, 12 periuk masak dan kuali serta 30 pinggan dan cawan.54 Dalam pada itu, pasukan polis juga membakar rumah Batin Mat, ketua Suku Semang di Paya Senayan. Dalam kejadian itu, Batin Mat kehilangan $450.00 wang tunai, gelang emas dan perhiasan bernilai $300.00. Rumah Batin Mat ini dibakar kerana beliau disyaki melindungi pengganas di dalam rumahnya.55 Rumah Batin Mat dibakar oleh polis Melayu dari Sanggang. Mereka juga menangkap Tan untuk mendapatkan maklumat tentang pengganas yang bersembunyi di kampung mereka. Tan menyatakan beliau tidak tahu dan beliau telah ditumbuk dan rambutnya dibakar dengan daun kelapa.56 Tindakan polis membakar rumah Batin Mat ini telah disahkan oleh Penghulu Mukim Lipat Kajang, Mohd. Sidek kepada Penasihat Orang Asli Persekutuan, R.D. Rider William-Hunt. Selain itu, Penghulu Mohd. Sidek juga menyatakan bahawa Batin Mat tidak terlibat dalam kegiatan menyembunyikan pengganas. Beliau mengakui pengganas seringkali melintasi di hadapan rumah Batin Mat, namun begitu pengganas tidak singgah di rumah Batin Mat. Beliau juga memberitahu bahawa Batin Mat seringkali melaporkan tentang kegiatan pengganas kepada beliau.57

Segala maklumat ini dilaporkan oleh R.D. Rider William-Hunt kepada 11mbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan dalam suratnya bertarikh 30 Januari 1950. William-Hunt mengharapkan pihak berkuasa menyiasat perkara yang dibangkitkan oleh Orang Asli ini. Beliau juga mengesyorkan supaya pihak tentera menghubungi penguasa tempatan sebelum tindakan diambil untuk memindahkan Orang Asli. Pasukan tentera hendaklah mendapatkan bantuan daripada pemerhati tempatan. Orang yang paling sesuai untuk megarahkan penduduk Orang Asli berpindah ialah penghulu. Selain itu, hendaklah dipastikanjuga bahawa mereka tidak meninggalkan sebarang harta benda yang berharga. Soal bahasa tidak timbul kerana pihak berkuasa boleh mendapatkan penterjemah untuk berhubung dengan Orang Asli ini. Di samping itu, amar secukupnya wajar diberi kepada mereka yang hendak dipindahkan kepada penasihat Orang Asli atau kakitangan pejabat tersebut.58

Kegiatan komunis ini disifatkan sebagai merosakkan ekonomi negara. Dato' Onn Ja'afar dalam ucapannya pad a 26 Februari 1949 di upacara perasmian Persidangan Wakil-Wakil Kesatuan Perdagangan Tanah Me\ayu di Kuala Lumpur menyatakan bahawa pengganas

54 PDT 92/50, Penasihat Orang Asli kepada Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan Kuala Lumpur, 30 Januari 1950, terlampir, kenyataan Batin Pendeh, Ketua Suku Jah Hut, Lakom, 28.1.1950.

55 PDT 92/50, Penasihat Orang Asli Persekutuan Tanah Melayu (PD. Rider Williams-Hunt) kepada Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan, Kuala Lumpur, 30 Januari 1950, terlampir kenyataan Penghulu Mukim Lipat Kajang, Mohd. Sidek.

56 PDT 92/50, Penasihat Orang Asli Persekutuan Tanah Melayu (PD. Rider Williams-Hunt) kepada Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan, Kuala Lumpur, 30 Januari 1950, kenyataan Penghulu Mukim Lipat Kajang, Mohd. Sidek.

57 PDT, 92/50, Penusihat Orang Asli Persekutuan Tanah Melayu (P.O. Rider Williams-Hunt) kepada Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan, Kuala Lumpur, 30 Januari 1950, kenyataan Penghulu Mukim Lipat Kajang, Mohd. Sidek.

58 PDT, 92/50, Penasihat Orang Asli Persekutuan Tanah Melayu (PD. Rider Williams-Hunt) kepada Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan, Kuala Lumpur, 30 Januari 1950.

12

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 13: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU

dan penjahat mencuba untuk meruntuhkan iktisad negeri Tanah Melayu dan menyusahkan kaum buruh.59

Serangan dan kekejaman yang dilakukan oleh komunis menyebabkan terbentuknya pasukan pengawal kampung. Pasukan ini dibentuk untuk menjaga keamanan kampung daripada gangguan komunis. Beberapa buah kampung di Iohor yang terletak jauh dari pekan menubuhkan pasukan pengawal kampung. Kira-kira 6300 orang dari beberapa buah kampung di Iohor menjadi ahli pasukan ini . Bilangan ahli bertambah dan dalarn masa yang singkat meningkat ke angka 10000 orang. Pasukan pengawal kampung di Iohor ini ditubuhkan pada bulan Septem­ber 1948 yang diusahakan oleh Kapten Hussein Onn dan Mejar Ibrahim bin Ismail. Pasukan ini diketuai oleh pegawai polis Iohor dan Kapten Hussein Onn sebagai timbalan. Semua ahli pasukan ini mengangkat sumpah ikrar taat setia. Antara tugas pasukan ini ialah mengawal dan menjaga kampung, membantu dan memandu pasukan polis dan tentera ketika dikehendaki. Pasukan ini menggunakan senjata parang, lembing dan belantan. Manakala di tempat yang difikirkan perlu pasukan ini dibekalkan raifel oleh ibu pejabat.

Pasukan pengawal kampung peringkat daerah di negeri Iohor dipimpin oleh seorang pegawai. Pegawai jajahan atau daerah ini dibantu oleh ketua kampung. Tiap-tiap seorang daripada ketua kampung memimpin 10 orang dibawahnya. Pengawal kampung ini kebanyakannya berumur antara 18 hingga 40 tahun. Namun begitu, ada juga yang lanjut usia berkhidmat dalam pasukan ini. Ahli pasukan ini dilatih oleh bekas tentera atau polis, khususnya dalam penggunaan senjata dan cara berperang. Mereka akan mengawal kampung secara bergilir-gilir. Pasukan mengawal kampung ini mempunyai hubungan yang rapat dengan polis dan tentera. Pasukan pengawal kampung Segamat, Muar dan Tangkak berjaya menghalau pengganas yang menceroboh kampung mereka. Selain itu, mereka berjaya menangkap tali barut dan penyokong penjahat dan juga melaporkan kegiatan penjahat.

Tiap-tiap kampung yang mempunyai pasukan pengawal kampung ini menggunakan ketuk-ketuk yang ada di surau atau masjid untuk memberitahu tentang bahaya yang datang. Sekiranya ketuk-ketuk dipalu, semua pengawal dan orang kampung akan berkumpul untuk mempertahankan kampung mereka.6O

Kegiatan komunis ban yak tersekat kerana tindak balas kerajaan. Pasukan polis, askar Melayu dan polis khas dapat dikuatkan dan dikemaskan lagi. Kerajaan British pula menghantar bantuan tentera, kereta kebal baru, senjata, dan perkakas kawat udara. Selain itu, kapal terbang pemburu dan penggempur digunakan untuk menghapuskan penjahat. . Gerakan ini menyebabkan komunis terpaksa bersembunyi dalam hutan. Komunis juga menghadapi kesulitan mendapat rahsia pasukan kerajaan , bantuan makanan dan wang.61

MENASIHATI ORANG MELAYU

Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Perhubungan Raya yang berpusat di Kuala Lumpur menasihati orang Melayu supaya memberi maklumat segera tentang kegiatan komunis

59 SUK. J. 441/1949, No. 61, "Pekerjaan Memulihkan Keamanan Mestilah Diutamakan", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

60 SUK. J. 441/1949, 1FAME, Risalah No. 62, "Jagalah Kampung Sendiri Sebagaimana Yang Diperbuat Oleh Orang Melayu Johor", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur,

61 SUK. J. 441/1949, IFAME, Risalah No. 85, "Satu Tahun Huru-Hara", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

13

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 14: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

kepada pasukan pengawal keamanan.62 Pendudukjuga dilarang memberi wang perlindungan kepada komunis. Mereka yang memberi wang perlindungan tersebut bukan sahaja menyalahi undang-undang Darurat tetapi juga membantu kegiatan komunis berkembang dan akan memudaratkan diri sendiri. Walaupun bantu an itu diberi secara rahsia, tetapi diketahui juga oleh polis dan sekiranya dapat ditangkap, mereka akan dibicarakan. Sekiranya bersalah, orang asing atau orang dagang akan dihantar pulang ke negara masing-masing. Oleh itu, sebagai rakyat yang patuh kepda undang-undang mereka dinasihati melaporkan kepada kerajaan segala kegiatan dan ugutan komunis terhadap mereka. Laporan ini boleh dibuat kepada mana-mana pegawai kerajaan atau polis atau bolehjuga menulis surat kepada alamat No. 5000 Kuala Lumpur. Melaporkan tentang kegiatan komunis adalah menjadi kewajipan tiap-tiap rakyat yang taat kepada undang-undang. Mereka yang tidak membuat laporan adalah pengingkar. Walaupun begitu, pihak kerajaan menyerahkan kepada penduduk untuk mematuhi arahan atau sebaliknya. Kerajaan juga menarik perhatian rakyat bahawa mereka tidak dapat menolong rakyat sekiranya rakyat tidak bekerjasama.63

Kerajaan mengingatkan orang ramai supaya mendaftar diri untuk membuat kad pengenalan. Melalui pendaftaran kada pengenalan ini kerajaan dapat men genal pasti antara penjahat dengan penduduk tempatan. Tarikh terakhir membuat kad pengenalan ialah pada 28 Februari 1949, kecuali Terengganu dan Pahang. Kelewatan di negeri-negeri ini bukan disebabkan oleh gangguan komunis tetapi adalah kerana kesukaran perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Selepas 28 Februari 1949, polis akan menahan dan mendakwa mereka yang tidak membawa kad pengenalan. Namun begitu, kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang memberi alasan yang kukuh mengapa mereka tidak mendaftarkan diri. Sesiapa yang didapati bersalah bersabit dengan perkara ini boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi $3000.00 at au kedua-dua sekali. Dengan itu, orang ramai diingatkan supaya memiliki kad pengenalan sebelum 1 Mac 1949. Kad pengenalan ini hendaklah sentiasa dibawa ke mana-mana sahaja mereka pergi. Orang ramai juga diingatkan supaya menjaga kad pengenalan mereka dengan baik. Jika sesiapa gagal menunjukkan kad pengenalan mereka ketika diperiksa polis, orang itu akan dianggap belum lagi mendaftar. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini, orang ramai dinasihati supaya menulis nombor kad pengenalan mereka dalam buku kecil dan disimpan dengan baik di rumah. Dengan cara ini orang ramai boleh memaklumkan nombor kad pen genal an mereka kepada pejabat pendaftaran untuk mengesahkan bahawa mereka sudah mendaftar. Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menunjukkan kad pengenalan mereka kepada orang lain, kecuali polis dan tentera yang berpakaian seragam.64

Kerajaan juga menyebar kepada orang ramai bahawa Dato' Onn menyeru supaya pertubuhan yang ada di Tanah Melayu bekerjasama dengan kerajaan untuk memulihkan keamanan. Seruan ini dibuat dalam ucapan perasmian Persidangan Wakil-Wakil Kesatuan Perdagangan di Kuala Lumpur pada 26 Februari 1949. Selain itu, Dato' Onn mengingatkan orang ramai tentang be tapa mustahaknya mengukuhkan ekonomi Tanah Melayu dan

62 SUK. 1. 44111949, !FAME, Risalah tanpa no. dan tarikh. 63 SUK.1. 44111949, !FAME, Risalah No. 55, "Kerajaan Mengambil Langkah yang Keras kepada Siapa-Siapa

yang Membayar Wang Perlindungan Kepada Penjahat-Penjahat", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

64 SUK. 1. 44111949, !FAME, Risalah No. 59, "Tuan Sudahkah ada Kad Pengenalan? Polis akan memeriksa dengan keras selepas 28 Februari", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

14

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 15: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT·PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU

rnernbaiki taraf hidup buruh. Usaha ini tergugat kerana kacau-bilau dan pernbunuhan yang dilakukan oleh kornunis. Dato ' Onn juga rnenyeru supaya kornunis dihapuskan segera dari Tanah Melayu. Sernakin cepat kornunis dihapuskan, sernakin cepat pula Tanah Melayu akan rnenjadi rnaju dan keadaan penduduknya dapat dibaiki. Dato' Onn juga rnenyeru setiap rakyat rnernbantu kerajaan dengan apa cara sekalipun untuk rnenghapuskan kegiatan kornunis bagi rnernulihkan sernula kearnanan dalarn negeri.65

Menteri Besar Pahang juga rnengingatkan orang rarnai, khususnya orang Melayu, bahawa huru-hara dicetuskan oleh "bangs a asing daripada kaurn Cina yang berfaharnan kornunis". Beliau juga rnelahirkan rasa dukacita kerana terdapatnya orang Melayu, khususnya dari daerah Ternerloh yang terpesong rnenyertai penjahat dan pengganas kornunis. Beliau mengingatkan rnereka yang terpesong ini supaya rnernikirkan nasib penduduk Tanah Melayu ketika dalarn ternpoh singkat selepas Jepun rneyerah kalah dan kornunis rnengarnbil alih teraju pernerintahan. Merka diingatkan supaya tidak lupa terhadap kekejaman yang dilakukan oleh kornunis. Selain itu, Menteri Besar juga berkata bahawa rnereka yang terlibat dalarn huru-hara pada rnasa itu adalah orang yang sarna yang rnengarnbil alih pernerintah Tanah Melayu selepas Jepun dan berniat untuk rnerobohkan Persekutuan Tanah Melayu, dan sekali gus rnerobohkan bangsa Melayu. Iktikad faharn kornunis ini dibawa dari luar negara dan tidak sesuai dengan iktikad orang Melayu yang sernpurna fikiran dan bertentangan dengan agarna Islam. Orang Melayu diingatkan bahawa kerajaan Persekutuan "rnernandang dengan perasaan rahirn kepada rakyat bangsa Melayu". Kerajaan rnernberi kernudahan asas kepada rnereka. Ernpangan dan tali air dibina untuk kernudahan penanarn padi. Selain itu, sekolah dibina di rnukirn-rnukirn. Guru-guru serta pegawai perubatan dihantar ke sana. Segala kernudahan ini tidak pernah dikecap oleh orang Melayu sebelurn dan pada awal negeri Melayu di bawah jajahan British. Oleh itu , tidak ada alasan untuk orang Melayu yang terpesong rnengikut faharn kornunis. Mereka hanya sebagai alat yang digunakan oleh kornunis. Orang Melayu ini hanya akan digunakan oleh kornunis sebelurn rnereka berkuasa. Apabila kornunis berkuasa nanti, nasib orang Melayu akan sarna seperti apa yang dialarni oleh orang Melayu sernasa pendudukan Jepun. Dengan itu, kerajaan rnenyeru orang Melayu supaya insaf dan "jangan jadi dua kali orang buta kehilangan tongkat" .66

Orang ramai dinasihati seupaya rnengikutjejak langkah orang Melau Johor rnenubuhkan pasukan pengawal karnpung. Mereka disuruh rnengikut sernangat orang Melayu Johor. Walaupun tidak rnernpunyai pengalaman ketenteraan tetapi dengan kerjasarna dan keyakinan . rnereka akan bersatu. Perkhidrnatan pengawal karnpung ini disifatkan oleh kerajaan Persekutuan sebagai:

suatu teladan yang gemilang menunjukkan bagaimana cara orang kampung yang tiada berkhidmat dalam pasukan polis dan tentera dapat menjaga kampung kita sendiri serta membantu kerajaan menghapuskan penjahat-penjahat komunis yang mencuba hendak menceroboh kehidupan, agama dan kebudayaan kita itU.67

65 SUK. J. 44111949, Risalah No. 61, "PekeIjaan Memulihkan Keamanan Mestilah Diutamakan", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

66 SUK. J. 44111949, !FAME, Risalah No. 65, "Sudah lupakah leita bagaimana dahsyat perbuatan orang-orang komunis waktu mereka berkuasa sekejap dahulu", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

67 SUK. 1. 44111949, !FAME, Risalah No. 62, "Jagalah Kampung Sendiri Sebagaimana Yang Diperbuat Oleh Orang Melayu Johor", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

15

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 16: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Kerajaan menggesa penduduk kampung menubuhkan pasukan pengawal kampung secepat mungkin supaya pengganas komunis dapat dihapuskan. Dengan berpegang kepada pepatah Melayu, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", orang ramai diminta bersatu­padu mengawal kampung masing-masing. Dengan cara ini pengganas komunis tidak akan berani menghampiri kampung dan menceroboh rumahtangga. Jika orang Melayu tidak bersatu kegiatan komunis akan berterusan. Oleh itu, orang ramai digesa membantu kerajaan memulihkan keamanan dalam negeri dengan segera.68

Kerajaan terus mengingatkan orang Melayu bahawa, sejak dari permulaan darurat lagi mereka telah membuktikan taat setia kepada negara. Beribu-ribu orang Melayu memasuki pelbagai pasukan keselamatan: pasukan polis, tentera udara diraja, pasukan polis khas dan askar Melayu. Dalam pada itu, orang Melayu telah membentuk pasukan kawalan kampung di merata-rata kampung di Tanah Melayu untuk menjaga keselamatan kampung. Dengan penglibatan orang Melayu ini, komunis sedar bahawa mereka telah gaga!. Walaupun dikenal pasti ada segelintir orang Melayu terlibat dalam gerakan komunis, kerajaan menyifatkan mereka ini telah ditipu dan dipaksa menjadi komunis. Oleh itu, kerajaan yakin kumpulan ini akan sedar dan kembali ke pangkal jalan.69

Orang Melayu diingatkan bahawa pengganas komunis yang mencetuskan huru-hara adalah tali barut Rusia.70 Perjungan komunis adalah untui kepentingan suku-sakat mereka dan ketua-ketua mereka di Rusia.71 Oleh itu, kerajaan menyeru orang Melayu supaya tidak tertipu oleh "iblis-iblis komunis Rusia ini".72 Malcom MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu menyatakan yang penduduk Tanah Melayu menolak komunis. Mereka tidak menerima fahaman komunis yang menolak tuhan, menafikan hak rakyat dan melakukan kekejaman. Seterusnya, beliau mengingatkan kepada penduduk Tanah Melayu bahawa orang Rusia hanya percaya kepada satu cara kerajaan iaitu kerajaan komunis cap Moscow. Semua penentang kerajaan cap Moscow ini akan dibinasakan. Mereka cuba memaksa orang lain meniru cara pemerintahan cap Moscow ini.73 Pegangan mereka pula, rakyat tidak mempunyai sebarang hak dalam negara, semuanya hak kerajaan.74

Di samping itu, kerajaanjuga menarik perhatian orang Melayu tentang keganasan yang dilakukan oleh komunis ketika mereka keluar dari hutan. Komunis telah membunuh dan melakukan kezaliman kepada penduduk Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Peristiwa ini tidak akan dilupakan oleh penduduk Tanah Melayu. Komunis inilahjuga yang mengganas di Tanah Melayu. Keadaan komunis sudah kucar-kacir. Komunis

68 Ibid. 69 SUK. 1. 44111949, IFAME, Komunis Mengaku Kalah Rakyat Tanah Melayu Sebelah Kerajaan", Pejabat

Perhubungan Rarya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur. 70 SUK. 1. 44111949, IFAME, Risalah No. 63, 'Tembelang Penjahat Sudah Pecah Rakyat Tanah Melayu Tidak

Dapat Ditipu oleh Penjahat-Penjahat Komunis", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

71 SUK. 1. 44111949, IFAME, Risalah No. 67, "Pengganas-pengganas komunis sudah teruk bantulah kerajaan supaya lekas mereka dikuburkan", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

72 SUK. 1. 441/1949, IFAME, Risalah No. 63, "Tembelang Penjahat Sudah Pecah Rakyat Tanah Melayu Tidak Dapat Ditipu oleh Penjahat-penjahat Komunis", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

73 SUK. 1. 44111949, IFAME, Risalah No. 79, "Umat Malaya Menolak Communism", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah MeJayu, Kuala Lumpur.

74 SUK. 144111949, IFAME, Risalah No. 80, "Demokrasi dan Communism", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

16

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 17: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA. KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU

sedar orang Melayu tidak menyokong mereka. Kira-kira 60 orang Melayu yang merasakan mereka tertipu oleh komunis di Kedah telah bertaubat dan meminta ampun daripada Sultan Kedah. Seterusnya, mereka menyeru orang Melayu yang lain supaya menyokong kerajaan, pasukan polis, askar Melayu, polis khas dan bantuan pengawal kampung. Selain itu, mereka juga menyeru kepada orang ramai supaya memaklumkan kepada kerajaan segala rahsia dan sarang komunis untuk dihapuskan dengan segera.75

Kerajaan juga mengingatkan orang Melayu bahawa perjuangan komunis adalah untuk kepentingan mereka dan ketua mereka di Rusia. Selain itu, komunis melakukan pelbagai muslihat, pesona dan pembohongan untuk memikat orang ramai supaya menyokong mereka. Komunis juga melakukan kekejaman kepada pasukan polis, tentera kerajaan dan orang kampung. Orang ramai dimaklumkan bahawa komunis sudah hampa kerana kerajaan dapat mematahkan perjuangan mereka dengan segera. Pekebun sayur dan tauke-tauke lombong serta ladang getah yang dulu diu gut untuk membantu mereka kini tidak lagi berbuat demikian. Selain itu, mereka yang ditangkap dan didapati bersalah bersubahat dengan komunis telah dibuang negeri. Oleh sebab tindakan kerajaan ini, komunis berundur jauh ke dalam hutan. Kerajaan menyeru orang Melayu supaya membantu kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, pasukan polis dan tentera membanteras komunis supaya tidak lagi mengganas di Tanah Melayu untuk selama-lamanya. Pada 31 Mac 1949 Pesuruhjaya Tinggi mengingatkan penduduk Tanah Melayu supaya jangan cuai dan lalai, malah hendaklah sentiasa beringat dan berjaga-jaga.76 Orang ramai juga dimaklumkan bahawa kerajaan sudah mempunyai keretajenis weasles. Keretajenis ini boleh menyeberangi sungai, menempuh kawasan yang curam dan berpaya. Kerajaan yakin kereta itu akan memberi khidmat cemerlang dalam gerakan membanteras komunis di Tanah Melayu.77

Selain itu, kerajaan Persekutuan juga mengingatkan orang ramai tentang bahayanya fahaman komunis. Dengan merujuk komunis di Rusia, orang ramai dimaklumkan bahawa pemerintahan di Rusia adalah pemerintahan diktator. Penduduknya ditindas dengan kejam. Mereka yang engkar perintah tidak akan dimaafkan, sebaliknya akan dihapuskan atau dijadikan hamba abdi.78 Orang ramai juga diingatkan supaya mengambil perhatian bahawa komunis akan menggunakan fahaman demokrasi untuk mencapai cita-cita mereka. Apabila hasrat tercapai, komunis akan berikhtiar menghasut orang ramai untuk menentang kerajaan dengan membuat kacau-bilau dan kekerasan untuk menubuhkan kerajaan komunis. Oleh sebab komunis di Rusia menghadapi tentangan dari negara Barat yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat, penganjur? Rusia mengarahkan pandangan ke Timur.79 Negara Eropah mengadakan perikatan sukarela dengan tentera untuk menentang sebarang pencabulan dan

75 SUK. J. 44111949, !FAME, Risalah No. 63, "Tembelang Penjahat Sudah Pecah Rakyat Tanah Melayu Tidak Dapat Ditipu oleh Penjahat-Penjahat Komunis", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

76 SUK. J. 441/1949, IFAME, Risalah No. 67, "Pengganas-pengganas komunis sudah teruk bantulah kerajaan supaya lekas mereka dikuburkan", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

77 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 68, "Berita-berita darurat yang paling akhir", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

78 SUK. J. 44111949, ifame, Risalah No. 76, "Komunis Membangkitkan Semula Zaman JahiJiyah", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur; Risalah No. 70, "Faham Komunis", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

79 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 70, "Faham Komunis", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

17

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 18: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

mematahkan langkah komunis yang berusaha memaksa Eropah tunduk kepada mereka. Negara Asia yang dituju oleh komunis ialah Burma, Indonesia, India dan Indocina. Dalam negara ini, komunis membangkitkan pelbagai keganasan dan kekejaman untuk merampas kerajaan. Jiwa orang komunis yang menjadi tali barut Rusia ini langsung tidak mengambil peduli tentang kebebasan bangsa di Asia.80

Oleh itu, untuk mencapai cita-cita mereka, komunis di Asia dan Tanah Melayu bertabirkan nama demokrasi yang indah-indah seperti Perikatan Pemuda Demokratik (Demo­cratic Youth League) dan Kesatuan Demokratik (Democratic Unions). Perkara ini disifatkan oleh kerajaan Persekutuan sebagai pura-pura sahaja. Nama kesatuan ini digunakan semata­mata untuk menarik orang ramai menyertai kumpulan mereka. Dengan itu, kerajaan Persekutuan mengingatkan rakyat supaya berhati-hati apabila bertemu dengan ahli-ahli demokratik seperti ini. Kerajaanjuga mengingatkan orang ramai bahawa komunis menghasut pekerja membuat rusuhan dan kekerasan kerana dengan cara ini mereka dapat menyemai benih politik mereka. Pada hal pekerja mempunyai kesatuan perdagangan yang boleh melakukan cara aman membela nasib buruh meningkatkan keadaan kerja yang baik dan upah yang berpatutanY

Dalam pada itu, komunis juga menggunakan taktik menyamar sebagai orang kebanyakan bagi mengelakkan diri daripada ditangkap kerajaan. Mereka menggunakan taktik ini kerana tidak taban dengan serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan. Oleh sebab tekanan pasukan keselamatan ini, komunis membubarkan kumpulan mereka dan menggunakan kad pengenalan yang dicuri untuk menyamar sebagai orang kebanyakan. Kebelakangan ini banyak orang ramai kehilangan kad pengenalan. Kerajaan mengesyaki perkara ini dilakukan oleh komunis. Mereka akan membuang gambar yang ada dan menggantikan dengan gambar mereka sendiri. Dengan cara ini mereka dapat memasuki kampung atau pekan dengan menggunakan kad pengenalan palsu ini. Langkah ini dilakukan untuk melaksanakan cita­cita mereka, seperti mencetuskan huru-hara pada masa yang ditentukan sesuai.82

Oleh sebab banyak berlaku kecurian kad pengenalan, kerajaan mengingatkan orang ramai supaya mengambil ingatan nombor kad pengenalan masing-masing. Selain itu, kerajaan membuat peraturan baru bagi menggantikan kad pengenalan yang hilang. Orang ramai diminta mengambil perhatian ten tang peraturan itu. Peraturan ini disebarkan kepada orang ramai. Peraturannya seperti berikut:

(1) Siapa-siapa yang hendak meminta ganti kad pengenalannya hendaklah ia memberi tanda-tanda kebenarannya dan juga tahu akan nombor kadnya yang hilang itu sebelum ia boleh diberi kad yang lain.

(2) Kad-kad yang hilang atau binasa tiada akan diganti selagi sebelum pangkal kad yang lama itu telah dapat dicari.

(3) Butir-butir keterangan yang tertulis dalam pangkal kad yang lama itu akan diban-

80 SUK. J. 441/1949, IFAME, Risalah No. 79, "Umat Malaya Menolak Communism", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

81 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 70, "Faham Komunis", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

82 SUK. J. 441/1949, IFAME, Risalah No. 75, "Penjahat Menyamar Macam Orang Kebanyakan. Penduduk Ma­laya yang suka Hidup Aman diberi ingat", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur, 7 Mei 1949.

18

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 19: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA. KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU

dingkan dengan butir-butir keterangan yang diberi oleh orang ramai mintak [k] ganti kadnya itu. Cap jarinya akan dibandingkan dengan cap jari yang ada dalam pangkal kad yang lama itu. Demikian juga rupanya

(4) akan dibandingkan dengan rupa gambar yang terlekat di dalam pangkal kad yang lama itu.

(5) Apabila semuanya itu sudah betul belaka, maka baharulah boleh ia diberi ganti kad yang lain.83

Dengan itu, kerajaan berharap orang ramai mengambillangkah memerhati gerak-geri orang baru atau tidak dikenali memasuki karnpung, pekan, kebun sayur, ladang dan lombong. Mereka perlu dikenal pasti sarna ada mereka orang baik atau jahat. Jika disyaki orang baru yang tidak dikenali itu adalah orang jahat, hendaklah dilaporkan segera kepada polis.84

Orang ramai juga dimaklumkan yang komunis kini menggunakan tipu muslihat menyokong pergerakan kebangsaan. Penglibatan komunis ini hanya untuk meraih sokongan orang rarnai. Apabila mencapai kemerdekaan, komunis dengan segera menentang kerajaan. Perkara ini dapat dilihat pada kegiatan komunis di India dan Burma. Tindakan yang sarna akan dilakukan oleh komunis apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kerajaan Persekutuan mengingatkan:

Begitulah juga dengan Tanah Melayu, jika sebuah kerajaan Tanah Melayu yang merdeka ditubuhkan di sini, maka orang-orang kounislah yang mula-mula akan membangkang dan meruntuhkannya.85

Komunis juga akan meneriak sekuat-kuatnya menentang penjajah. Narnun begitu, kerajaan mengingatkan rakyat supaya jangan takut kepda penjajah British. Penjajah British yang lama sudah tidak ada lagi. Pada ketika itu, Britain berikhtiar hendak membentuk kepercayaan, persahabatan dan perkongsian yang setaraf an tara penduduk timur dengan barat. Narnun begitu, kini ada penjajah baru, Rusia yang kejam dan dahsyat. 86 Orang rarnaijuga diingatkan hanya dengan:

.. . menerusi kemajuan masyarakat dan pendidikan; memperoleh perkara-perkara yang terhak bagi buruh dengan menerusi perlembagaan kesatuan perdagangan; maju kehadapan menuju kepada berkerajaan sendiri menerusi pertubuhan-pertubuhan yang demokratik. Hanya dengan. berbuat demikian maka baharulah kita dapat membuatkan serta menjaga Tanah Melayu sebagai suatu tanah di mana orang-orang hidup dalam ketenteraman, aman dalam rumah tangga dan rasa persahabatan di dalam hati mereka.87

83 SUK. 1. 44111949, IFAME, Risalah No. 81 , "Semua Orang Mesti Ingat dan Mengambil Ingatan Berkenaan Nombor Kad Pengenalannya", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan lanah Melayu, Kuala Lumpur, 41un 1949.

84 SUK. 1. 44111949, IFAME, Risalan No. 75, "Penjahat Menyamar Macam Orang Kebanyakan. Penduduk Ma­laya yang suka Hidup Aman diberi ingat", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur, 7 Mei 1949.

85 SUK.1. 44111949, IFAME, Risalah No. 70, "Faham Komunis", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

86 Ibid. 87 SUK. 1. 44111949, IFAME, Risalah No. 70, "Faham Komunis", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah

Melayu, Kuala Lumpur.

19

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 20: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH

Kerajaan juga mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan orang ramai membawa geta pada waktu malam. Sesiapa yang ditangkap kerana melanggar larangan ini hendakla menjelaskan bahawa getah yang dibawa itu milik mereka. Langkah ini diambil bag menghalang kegiatan komunis mendapat hasiJ.88 Dalam pada itu, orang ramai seringkal diingatkan supaya bekeljasama dengan pasukan keselamatan untuk menghapuskan penjaha di Tanah Melayu.89

Darurat, kerajaan tidak menyekat orang Islam untuk menunaikan fardu haji ke Makkah Namun begitu, mereka dinasihati supaya mengikut peraturan yang diedarkan. Setipa jemaal haji dikehendaki mendapatkan pasport daripada pegawai daerah di kawasan masing-masing Selain itu, jemaah juga dikehendaki membawa bank draf bernilai $411.00 yang dialamatkar kepada Menteri Kewangan Arab Saudi; cek pengembara bernilai tidak kurang $560.00 dar tidak melebihi $1457.00. Bank draf $411.00 hendaklah dibayar kepada Syeikh Haji apabila tiba di Jeddah. Bank draf dan cek pengembara ini boleh dibeli daripada Chartered Bank, The Netherland Trading Society dan The Hongkong & Shanghai Banking Corporation. Bank ini mempunyai cawangan di Jeddah. Selain itu, setiap jemaah haji hanya dibenarkan membawa wang tunai $45.00 untuk perbelanjaan di atas kapal ketika dalam pelayaran.90

Kerajaan menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan komunis, walaupun ada bukti komunis mengalami kekalahan.91 Faham komunis yang disebarkan ini adalah daripada komunis Rusia. Mereka ini pula menggunakan kekerasan dan kekejaman serta menafikan tuhan. Orang ramai dimaklumkan yang kekerasan komunis ini dilakukan bukan sahaja di Rusia tetapi juga di negara komunis lain. Di tempat mereka, pemimpin siasah, agama dan kebangsaan yang tidak bersetuju dengan ajaran komunis akan dipenjara dan dibunuh. Mengenai kezaliman komunis dicatatkan oleh kerajaan seperti berikut:

Ketua pihak pembangkang dalam majlis parlimen Bulgaria, telah dibunuh, ketua parti rakyat Poland terpaksa lari keluar negerinya menyelamatkan nyawanya. Ketua parti rakyat Romania yang terkenal telah dihukum penjara seumur hidup, ketua parti sosial demokratik terpaksa menghabiskan harinya dalam penjara selama 15 tahun ... Paderi besar mazhab Katolik dan paderi besar mazhab protesan dalam negeri Hungary kedua-duanya telah dihukum penjara dengan lamanya.92

Segala kekejaman komunis dipaparkan kepada orang ramai sebagai teladan. Sementara itu, kerajaan terns mengingatkan orang ramai, jika komunis memerintah Tanah Melayu, mereka akan melakukan kekejaman seperti itu. Komunis teah pun membunuh Doktor Ong Chong Keong dan cuba membunuh Tan Cheng Lock kerana kedua-duanya menentang komunis. Dengan itu, orang Melayu diingatkan supaya berfikir dengan baik. Jika ingin hidup secara adat Melayu dan mengikut ajaran agama Islam, orang ramai dikehendaki menegakkan keamanan dan menentang komunis. Komunis hendak membinasakan keamanan

88 SUK. 1. 44111949, IFAME, Risalah No. 73, "Ulang kaji keadaan darurat" , Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

89 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 74, "Kerjasamadan Keberanian pasukan Kawalan Kampung", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

90 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 77, "Menunaikan Fardu Haji Ke Mekah", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

91 SUK. 1. 44111949, IFAME, Risalah No. 78, "Karni Sedang Kalah "Kata Pengganas-Pengganas Komunis", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

92 SUK. 1. 44111949, IFAME, Risalah No. 80, "Demokrasi dan Communism", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur.

20

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 21: PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN ......PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU mempertimbangkan serangan terhadap balai polis dan pasukan keselamatan

PENJAHAT-PENJAHAT HAPUS SEMUANYA, KEHIDUPAN KITA TIDAK TERGANGGU

dan agama, sebaliknya ini menggantikannya dengan komunis cap MoSCOW.93

Sultan Pahang dalam titah baginda di Temerloh menyatakan beberapa orang Melayu yang berpihak atau membantu penjahat Cina asing yang telah dan sedang melakukan huru­hara dalam negeri ini adalah orang Melayu yang tidak sayang dan cinta kepada bangsa dan tanah air. Titah Sultan Pahang ini diringkaskan dalam risalah nombor 82 yang diedarkan kepada orang ramai, khususnya masyarakat Melayu.94 Selain itu, kerajaan menyatakan kepada rakyat, terbukti mereka yang menganjurkan gerakan huru-hara ini bukan bumiputera Tanah Melayu, tetapi gerakan khianat yang dibangkitkan dan dikuasai oleh bangsa asing untuk faedah dan kebajikan bangsa serta kerajaan dan bukan untuk faedah dan kebajikan Tanah Melayu. Dengan itu, kerajaan menyatakan:

siapa-siapa yang berpihak atau membantu gerakan penjahat-penjahat bangs a asing itu adalah tertipu dirinya dan menipu bangs a dan tanah aimya sendiri kerana perbuatan mereka itu hanya semata-mata me no long memajukan gerakan penjahat-penjahat bangs a asing untuk menguling bangs a dan tanah aimya, serta tidak syak lagi akan menelan dirinya dan anak isterinya sendiri pada akhimya kelak.95

Seterusnya kerajaan mengingatkan orang ramai, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Golongan komunis ini tidak menjalankan kegiatan untuk kemerdekaan bangsa dan tanah air tetapi menjalankan gerakan supaya bangsa dan tanah airnya ditindas dan dijajah oleh Rusia yang beriktikad komunis membelakangkan tuhan dan agama. Seterusnya, kerajaan mengingatkan lagi supaya orang ramai tidak terjadi sebagaimana pepatah orang tua-tua, yang dikendung berciciran, yang dikejar tidak dapat.96

Kerajaan Persekutuan memaklumkan kepada orang Melayu huru-hara yang dicetuskan oleh komunis ini menyebabkan kerajaan tidak dapat menumpukan perhatian kepada perkem­bangan pendidikan. Kerajaan menyedari pendidikan penting kepada penduduk Tanah Melayu, lebih-lebih lagi ke arah pemerintahan sendiri. Namun begtu, usaha ke arah ini terbengkalai kerana $300 000.00 sehari digunakan untuk perbelanjaan mengatasi kegiatan komunis. 97

KESIMPULAN

Sejak Darurat diisytiharkan pada 16 Jun 1948, kerajaan Persekutuan mengambil pelbagai langkah untuk membanteras kegiatan komunis. Salah satu cara yang diambil ialah menjalankan perang saraf terhadap orang Melayu melalui sebaran risalah menggambarkan kekalahan komunis dan kejayaan pasukan keselamatan, tangkapan hukuman terhadap komunis dan mereka yang terIibat, kekejaman dan kekerasan komunis, menggambarkan keburukan fahaman komunis dan menyeru orang Melayu menyokong kerajaan menghapuskan komunis. Dalam surat edaran kepada or­ang Melayu, dalam tulisan jawi ini, kerajaan lebih banyak menggunakan penjahat daripada komunis. Selain itu, menyatakan ramai pemuda Meiayu datang berkhidmat dengan pasukan keselamatan.

93 Ibid. 94 SUK. J. 44111949, IFAME, RisaJah No. 82, "Fikirlah Baik-baik", Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan

Tanah Melayu, Kuala Lumpur. 9S Ibid. 96 Ibid. 97 SUK. J. 44111949, IFAME, Risalah No. 86, "Keganasan Komunis Menyekat Kemajuan Pelajaran Kita", Pejabat

Perhubungan Raya, Kuala Lumpur.

21

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia