pentaksiran autentik
DESCRIPTION
Pentaksiran yang berkaitan dunia sebenar kanak-kanak.TRANSCRIPT
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Ann Lee Chong Ling Jason Ting Teck
HuatLow Peng Wei
P6A
DEFINISI :Pentaksiran autentik bererti
mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.
RUDNER & BOSTON, 1994Pentaksiran autentik adalah proses
yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Pert (1990) Pentaksiran autentik merupakan
bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi:pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Pentaksiran yang dilakukan secara berterusan.
Pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja.
Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi.
Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahanyang signifikan yang berlaku pada seseorang murid.
CIRI- CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIKPentaksiran autentik adalah untuk
pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
CIRI- CIRI PENTAKSI
RAN AUTENTIK
Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang
dilaksanakan.
Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
Subjek membina maksud yang tersirat.
Berpusatkan kanak-kanak.
Contoh- Contoh Pentaksiran Autentik
Persembahan tarianMempersembahkan karya tulis asli kepada
rakan- rakan sebayaMendemonstrasikan hasil karya dalam
pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
Kebaikan kepada pelajar:Dapat mengungkapkan secara total seberapa
baik pemahaman akademik mereka.Menghubungkan pembelajaran dengan
pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.
Kebaikan kepada guru:Menjadi indikator yang komprehensif
mengenai kemampuan pelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan
Kesimpulan Pentaksiran AutentikPentaksiran autentik ini adalah subset
kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata.
Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.