pentaksiran dalam pendidikan seni visual

19
Pentaksiran dalam Pendidikan Seni Visual Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuatpenghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. OBJEKTIF PENTAKSIRAN Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut: 1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. 2. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. 3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. 4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. 5. Mengesan keberkesanan pengajaran 6. vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur. TUJUAN PENTAKSIRAN Tujuan pentaksiran adalah: i. Mengesan keberkesanan pengajaran. ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta. iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa. vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. CIRI- CIRI PENTAKSIRAN 1. Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan 2. Kebolehpercayaan Skor:- merujuk kepada ketekalan dan ketepatan 3. Keobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor

Upload: cikgu-qurain

Post on 24-Jul-2015

4.273 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

Pentaksiran dalam Pendidikan Seni VisualPentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat  dan seterusnya membuatpenghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.KONSEP PENTAKSIRANPentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentuHasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi muridke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.OBJEKTIF PENTAKSIRANPentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:

1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.2. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam

pembelajaran dari masa ke semasa.4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan

pertumbuhan murid.5. Mengesan keberkesanan pengajaran6. vi.        Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan

peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRANTujuan pentaksiran adalah:i. Mengesan keberkesanan pengajaran.ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.CIRI- CIRI PENTAKSIRAN

Page 2: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

1. Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan

2. Kebolehpercayaan Skor:- merujuk kepada ketekalan dan ketepatan

3. Keobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor4. Kebolehtadbiran:- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang

dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah5. Kemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor,

diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian

6. Kekomprehensifan:- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran

 INSTRUMEN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL- Ujian (sejarah dan apresiasi seni)- Kaedah pemerhatian- Kaedah temubual- Kaedah anekdot- Menggunakan senarai semak- Menggunakan soal selidik- Portfolio(Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP. Kementerian Pelajaran Malaysia:1983)Michael (1998), berpendapat penilaian kerja-kerja studio dan hasil kerja seni mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila iaitu meliputi:

1. Komunikasi / ekspresi,2. Keyakinan  diri /self-esteem,3. Perkembangan  persepsi,4. Ketekalan  organisasi estetika,5. Pengetahuan  seni,6. Kreativiti ,7. Kemahiran , dan8. Kepuasan  / keseronokan.

 PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRANTerdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran penduidiakan seni visual. Antaranya juga terdapat berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditentukan mengikut kemahiran dan tahap pelajaran pendidikan seni visual. Penilaian juga boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan.Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu:

Page 3: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

1.                      i.        proses kerja,2.                     ii.        pengendalian bahan,3.                    iii.        penggunaan media,4.                    iv.        kemahiran kritikal, dan5.                     v.        peringkat-peringkat perkembangan

peribadi.Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau keseronokan.Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam estetika. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:

1. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.2. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.3. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.4. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.5. Menentukan tempoh masa pemerhatian.6. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan

pentaksiran.Instrumen penilaian yang dibina juga perlu mempunyai ciri-ciri berikut:i. Tujuan yang jelas.ii. Menepati apa yang hendak dinilai.iii. Item boleh diukur.iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal. a) Penilaian Terkawal:Penilaian ini dijalankan dalam suasana yang terkawal, di mana pelajar menjawab soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan) Penilaian terkawal ini biasanya dijalankan pada setiap penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal juga ialah peperiksaan kendalian Kementerian Pelajaran seperti peperiksaan SPM dan STPM.

Page 4: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat pengetahuan dan kemahiran pelajar.b) Penilaian Tidak Terkawal:Penilaian tidak terkawal ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut. Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, guru akan sentiasa memerhati dan membuat pengujian tidak formal kepada pelajar. Hal ini dilaksanakan semasa pelajar membuat aktiviti dan projek, sama ada secara individu atau berkumpulan. Hal ini sangat penting bagi membantu mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.

Konsep PentaksiranMenurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang

dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian

Pendidikan muka surat 23, pentaksiran

merupakan satu proses mendapatkan

maklumat untuk membuat pertimbangan

tentang produk sesuatu pendidikan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000)

dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian

dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan

pentaksiran sebagai suatu proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod

Page 5: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

(pengujian), memberikan skor atau markah

(pengukuran) dan menterjemah maklumat

(penilaian) tentang pembelajaran seseorang

murid bagi tujuan tertentu. Daripada

penerangan ini, kita boleh mengatakan

bahawa pentaksiran merangkumi pengujian,

pengukuran dan penilaian.

Rajah 1: Perhubungan antara pentaksiran, penilaian, pengukuran dan

pengujian

Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan

bahawa pengujian, pengukuran dan

penilaian adalah di dalam pentaksiran. Oleh

yang demikian, untuk mendalami konsep

pentaksiran, pemahaman konsep pengujian,

pengukuran dan penilaian adalah amat

penting sekali. 

Menurut Gay (1985) dipetik daripada Ee Ah

Page 6: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

Meng (2002), berpendapat bahawa penilaian

ialah satu proses yang dianggap bersistem

semasa mengumpul dan menganalisis data

bagi menentukan sama ada sesuatu objektif

yang ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini

membolehkan guru membuat keputusan

tepat berhubung dengan pengajaran dan

pembelajarannya.

Penilaian mengandungi aspek pengujian,

pengukuran, penganalisisan dan

penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh

dilaksanakan dalam lima peringkat yang

dihuraikan secara ringkas seperti rajah

2 berikut.

Rajah 2: Prosedur Penilaian

Berdasarkan kepada rajah 2 di

atas, pengujian dan pengukuran merupakan

aktiviti-aktiviti utama dalam penilaian.

Untuk menjalankan penilaian, seseorang

Page 7: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

guru perlulah terlebih dahulu

melaksanakan pengujian dan kemudiannya

memeriksa dan mengukur tahap pencapaian

muridnya. Setelah data pencapaian murid

didapati barulah guru tersebut boleh

menjalankan penilaian terhadap pencapaian

muridnya sama ada murid tersebut lemah,

sederhana, baik ataupun cemerlang.

Kemudian, guru akan merancang tindakan

susulan untuk membantu murid-muridnya

meningkat prestasi mereka.

Menurut Azizi Ahmad (2009), Pengukuran

bermaksud satu proses mendapatkan

maklumat secara numerik atau melalui

angka tentang sebanyak mana individu atau

murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur

dengan menggunakan suatu instrumen.

Hasil pengukuran hanya merupakan

penentuan status atau tahap yang tidak

mempunyai nilai. Contohnya, Ali mendapat

70 peratus dalam ujjian Kajian Tempatan,

kita tidak menyatakan sama ada prestasi Ali

Page 8: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

ini baik atau tidak. Pengukuran ini

dilaksanakan tanpa nilai seperti yang

diterangkan dalam rajah 3 di bawah.

Rajah 3: Konsep pengukuran

Pengukuran tidak bersifat mutlak.

Pengukuran ketinggian mental seseorang

adalah sukar dan tidak dapat dilakukan

dengan menggunakan alat ukur yang tepat

seperti pembaris. Oleh yang demikian, kita

tidak boleh menganggap murid yang

mendapat skor 90 itu adalah dua kali ganda

lebih pandai daripada murid yang hanya

mendapat skor 45. Sementara seseorang

yang mendapat skor sifar juga tidak boleh

dianggap sebagai tidak mempelajari

sebarang perkara atau tidak memahami

sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran

yang dilalui.

Antara keempat-empat istilah, pengujian

boleh dikatakan mendukung maksud yang

Page 9: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

labih sempit atau khusus. Menurut

Cronbach, ujian ialah satu prosedur yang

bersistem untuk memerhati perlakuan atau

tingkah laku seseorang individu dan

membuat huraian dengan bantuan skala

bernombor atau satu sistem yang

berkategori.

Ini dikukuhkan lagi oleh Azizi Ahmad Mohd

Isha Awang (2008) yang menegaskan

bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang

diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.

Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk

membuat penilaian atau pengadilan. 

(Azizi, 2008; 4).

Proses pengujian lazimnya bermula dengan

perancangan ujian, diikuti oleh pentadbiran

ujian dan berakhir dengan pemeriksaan

skrip jawapan murid seperti yang

Page 10: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

ditunjukkan dalam rajah 4 di bawah.

Melalui proses pengujian ini, guru boleh

mengetahui kedudukan dan prestasi serta

penguasaan murid terhadap tajuk-tajuk

yang diuji. Ini membolehkan guru

menempatkan murid-murid mengikut

kumpulan dalam bilik darjah untuk

memudahkan pengajaran.

Rajah 3: Proses pengujian

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan

suatu proses yang merangkumi penyediaan

dan perlaksanaan ujian (Pengujian),

penyemakan dan memberi skor

(Pengukuran) dan menterjemah maklumat

atau jawapan (Penilaian). Pentaksiran,

penilaian, pengukuran dan penilaian

mempunyai definisi dan makna yang

tersendiri namun keempat-empat konsep ini

Page 11: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

adalah saling berhubungkait antara satu

sama lain dan tidak boleh dipisahkan.

"Guru tidak akan tahu kejayaannya dalam

menyampaikan isi pelajaran, melainkan dia

membuat pentaksiran"

Prinsip-prinsip Pentaksiran

Rajah 1: Prinsip-prinsip pentaksiran

Seperti dalam rajah 1 di atas, prinsip-

prinsip pentaksiran adalah berkaitan antara

satu sama lain. Contohnya instrumen yang

disediakan hendaklah sesuai dengan

kumpulan murid yang ditaksir. Ini adalah

sangat penting kerana aras kognitif murid-

murid adalah berbeza mengikut tahun

persekolahan. Oleh yang demikian, adalah

amat tidak relevan sekiranya kertas soalan

tahun 5 diberikan kepada murid-murid

tahun 3 dan sebagainya. 

Page 12: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

Instrumen merupakan prinsip pentaksiran

yang pertama. Ini disebabkan oleh,

pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa

satu instrumen ataupun satu alat untuk

menguji pencapaian dan pemahaman murid.

Instrumen yang digunakan dalam

pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu set

kertas soalan yang telah disediakan

berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian

(JSU) yang lengkap dan mencakupi semua

kemahiran yang hendak diuji.

Prinsip pentaksiran yang kedua ialah

kumpulan yang ditaksir. Kumpulan yang

ditaksir merujuk kepada kumpulan murid-

murid yang hendak diuji. Kumpulan yang

ditaksir ini perlu ditentukan dahulu dari

segi tahun persekolahan mereka dan skop

pengetahuan mereka. Ini adalah sangat

penting supaya instumen yang disediakan

adalah relevan dan menepati tujuan

Page 13: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

pentaksiran. Contohnya, sila rujuk situasi

1 di bawah.

Situasi 1

"Cikgu Rahman ingin menjalankan pentaksiran terhadap murid-muridnya. Terlebih dahulu Cikgu

Rahman menentukan tahun persekolahan murid-muridnya iaitu tahun 4. Selain menentukan tahun

persekolahan murid-muridnya, beliau juga perlu menetapkan skop pengetahuan murid-muridnya

iaitu apakah tajuk-tajuk yang telah disampaikan dan apakah kemahiran-kemahiran yang

sepatutnya telah dikuasai oleh mereka untuk suatu tempoh persekolahan (pertengahan semester,

satu semester, setelah satu kemahiran dan sebagainya)."

Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah

respons. Respons merujuk kepada hasil

pengujian iaitu jawapan-jawapan yang telah

diberikan oleh murid-murid di dalam kertas

ujian mereka. Respons-respons murid

memainkan peranan yang sangat penting di

dalam pentaksiran kerana respons-respons

ini mengandungi data-data ataupun

maklumat-maklumat tentang pencapaian

murid-murid untuk suatu tempoh

persekolahan; penguasaan murid-murid

Page 14: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

tentang satu-satu tajuk atau kemahiran; dan

juga keberkesanan strategi yang digunakan

oleh guru. 

Prinsip pentaksiran yang keempat ialah

kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang

mentaksir biasanya merujuk kepada guru-

guru yang menyemak skrip jawapan dan

juga mereka yang menganalisis skrip

jawapan ataupun respons-respons yang

telah diberikan oleh murid-murid. Sebaik-

baiknya, kumpulan guru yang mentaksir

skrip jawapan ini terdiri daripada guru-guru

neutral iaitu guru-guru yang tidak

mengenali kumpulan murid yang ditaksir.

Dengan ini barulah skor yang diperolehi itu

adalah lebih tepat dan menggambarkan

keupayaan dan tahap penguasaan murid-

murid yang sebenar. 

Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah

skor. Skor merupakan data numerik yang

diperolehi daripada analisis respons-respons

Page 15: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

yang diberikan oleh murid-murid. Dengan

kata lain, hasil pentaksiran dinyatakan

dalam bentuk skor. Daripada skor inilah

guru dapat mengetahui pencapaian dan

tahap penguasaan murid terhadap satu-satu

kemahiran atau tajuk pelajaran. Skor ini

juga digunakan oleh guru-guru untuk

menganalisis secara lebih terperinci tentang

pencapaian dan tahap penguasaan murid-

murid.

"Pentaksiran yang baik menentukan

kesahan dan kebolehpercayaan skor yang

diperoleh"

Ciri-ciri Pentaksiran yang Baik

Rajah 1: Ciri-ciri pentaksiran yang baik

Menurut Naapie Mat (2006), kesahan

merupakan satu konsep pengukuran yang

Page 16: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

merujuk sejauh mana ketepatan atau

kesahihan sesuatu alat ujian. Ini bermaksud

sesuatu alat ujian itu dikatakan mempunyai

kesahan yang tinggi sekiranya dapat

mengukur secara tepat kebolehan dan

keupayaan calon-calon yang diuji. Merujuk

kepada manual am pentadbiran instrumen

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kesahan

ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan

dan cakupan. Oleh yang demikian item-item

yang dikemukakan hendaklah akur dengan

kurikulum dan spesifikasi ujian serta

mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan

sasaran, aras kesukaran, konteks dan

situasi. 

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam

(2007), kebolehpercayaan sesuatu ujian

merujuk kepada pencapaian calon adalah

tekal apabila mengambil ujian itu beberapa

kali. Terdapat beberapa faktor yang

mempengaruhi kebolehpercayaan skor

ujian. Antaranya ialah keadaan emosi,

Page 17: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

tempat ujian, suasana persekitaran dan

kesihatan. Faktor-faktor ini boleh

mempengaruhi calon memberi jawapan yang

berlainan. Kebolehpercayaan skor sesuatu

ujian dapat dipertingkatkan dengan

menyediakan bilangan soalan yang

berpatutan. Dengan ini, calon benar-benar

dapat diuji dengan cara yang boleh

dipercayai. 

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam

(2007), Keobjektifan sesuatu ujian merujuk

kepada ketepatan seseorang memeriksa

jawapan calon. Sesuatu ujian dikatakan

mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi

sekiranya pemeriksa memberi markah skim

pemarkahan yang ditentukan. Dengan kata

lain ujian yang mempunyai keobjektifan

yang tinggi adalah ujian yang mempunyai

skema pemarkahan yang telah ditetapkan

dan tidak boleh dipengaruhi oleh emosi

pemeriksa. Ini bermaksud skrip jawapan

yang sama akan menunjukkan markah yang

Page 18: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

sama walaupun diperiksa oleh beberapa

orang pemeriksa. 

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam

(2007) lagi, kebolehtadbiran sesuatu ujian

merujuk sejauh mana kelicinan proses

pengujian dapat dilaksanakann di dalam

bilik atau dewan peperiksaan. Kelicinan

kebolehtadbiran sesuatu ujian merangkumi

aspek-aspek penyediaan bilik peperiksaan,

masa yang singkat, ujian dimulakan tepat

pada masa, arahan yang jelas, pengawasan

yang rapi dan pengutipan skrip jawapan

yang terurus. Selain itu, bilangan soalan

yang disediakan mestilah berpatutan

dengan masa yang diperuntukkan agar

calon dapat menjawap semua soalan-soalan

tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam

(2007) lagi, kebolehtafsiran sesuatu ujian

dapat merujuk kepada setakat mana hasil

pencapaian calon dapat ditafsir dengan cara

Page 19: Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual

yang boleh memberi maklumat yang jelas

mengikut objektif penilaian. Hasil penilaian

daripada proses tafsiran, dapat memberi

gambaran jelas mengenai pencapaian dan

kedudukan calon, kekuatan dan kelemahan

calon, kesesuaian strategi pengajaran dan

pembelajaran (P&P), kesesuaian item ujian

dan pencapai objektif P&P di dalam kelas.

Oleh yang demikian, adalah amat penting

markah pencapaian calon dikumpul dan

ditafsir dengan tepat dan jelas dalam

bentuk angka statistik, jadual dan graf

supaya kebolehtafsirannya tinggi.

"Susah melaksanakan pentaksiran, lebih

susah lagi merancang pentaksiran"