pentaksiran kendiri
TRANSCRIPT
DEFINISIPENTAKSIRAN KENDIRI merupakan suatu teknik penilaian, di mana murid menilai dirinya sendiri berkaitan dengan status dan proses pencapaian yang dipelajarinya dalam mata pelajaran tertentu.
Tujuan Pentaksiran Kendiri:
Untuk menguji kemahiran dan pengetahuan
Pentaksiran Kendiri dilakukan secara individu
Penilaian ini boleh dijalankan oleh murid sendiri melalui
Pelajar menilai hasil kerja sendiriPerbincangan dengan guru atau rakanPenulisan (mengisi borang penilaian kendiri)Perbandingan hasil kerja
Penilaian Kendiri juga dapat dilakukan oleh pelajar melalui esei mereka sendiri, laporan, projek dan persembahan.
Murid diminta untuk menilai penguasaan pengetahuan dan keterampilan berfikir sebagai hasil pembelajaran dalam mata pelajaran tertentu, berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Proses pentaksiran kendiri:
1.Murid akan mentaksir sendiri2.Membuat pertimbangan sendiri3.Melakukan reaksi sendiri, mentafsirkan pencapaian, tujuan dan menghayati kepuasan hasil reaksi sendiri.
KEBAIKAN:•Percaya diri•Menyedari kekuatan dan kelemahan sendiri•Mendorong diri untuk lebih berusaha•Jujur dalam membuat penilaian
Penilaian Kendiri adalah satu contoh pentaksiran alternatif. Prosedur pentaksiran alternatif biasanya dibina sebagai percubaan untuk menjadikan pengujian dan pentaksiran lebih responsif dan bertanggungjawab kepada pelajar secara individu dalam menggalakkan pembelajaran, untuk meningkatkan etika dan kesamaan dalam pendidikan.
Penilaian Kendiri membantu pelajar untuk kritik karya mereka sendiri, dan membentuk penilaian tentang kekuatan dan kelemahan. Penilaian kendiri sering digunakan sebagai sebahagian daripada proses penilaian formatif.
Murid diminta untuk mencari maklumat untuk mengenalpasti diri mereka daripada konsep-konsep tertentu diri mereka dan pada masa yang sama murid akan menggunakan penilaian kendiri untuk meningkatkan kepastian mereka tentang pengetahuan diri sendiri.
Selain daripada kaedah penilaian yang dikendalikan oleh guru, pelajar hendaklah digalakkan menilai kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran, amalan dan sikap melalui penilaian kendiri.
Setelah pelajar mengenal pasti kelemahan dan masalah, murid perlulah membuat sesuatu tindakan susulan berdasarkan maklumat yang terkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelajarannya.