pentaksiran pendidikan moral.pptx

8
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Upload: sharidah-shahrom

Post on 04-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAHPentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.

Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

BersambungGuru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan.

Tujuan-tujuan Pentaksiran Pelaporan pencapaianmenentukan setakat mana pencapaian seseorang pelajar Dignostik---Ujian Diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran. Membantu guru menentukan strategi pengajaran pemulihan yang perlu digunakan. Penempatan---Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pada pelajar sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan aras bahan pelajaran yang sesuai untuk digunakan.

Bersambung Pemilihan---Ujian pemilihan bertujuan memilih calon-calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Penggerak-----berperanan sebagai alat motivasi bagi pelajar-pelajar. Maklum balas-----Hasil ujian akan memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pensijilan----Sijil-sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar Berjaya lulus ujian atau peperiksaan. Membuat pengumpulan----Di dalam bilik darjah, hasil ujian sering digunakan untuk mengumpulkan pelajar pelajar mengikut kebolehan mereka.

Pentaksiran Secara Formal Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) ---Penilaian secara formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi. Melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon. Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan. Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan.

Jenis-jenis penilaian formalPenilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Pentaksiran Secara Tidak Formal Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian serta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif.

Jenis-jenis pentaksiran tidak formalPemerhatian Merekod PemerhatianAnekdotPort FolioTemu bualSoal SelidikTugasan