penulisan akademik

Upload: john-maynard

Post on 08-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penulisan akademik

TRANSCRIPT

II.Pengertian Penulisan AkademikPenulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik.Ia mengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari kaedah-kaedah lain seperti penulisan novel yang berasaskan khayalan atau rekaan dan generalisasi daripada pengalaman. Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaan bahawa mana-mana fenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiap-tiap kesan mempunyai sebab. Kaedah ini berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong oleh bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran hipotesis dan mengabaikan yang tidak mengikut kehendak peribadi penyelidik. Untuk membolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah(sains), ia harus melalui jalan yang panjang. Proses yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat disusun seperti di bawah;(a) Pengumpulan data dan fakta(b) Pengamatan data dan fakta(c) Pemilihan data dan fakta(d) Penggolongan data dan fakta(e) Penafsiran data dan fakta(f) Kesimpulan umum(g) Perumusan hipotesis(h) Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris(i) Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesis(j) Perumusan teori ilmu pengetahuan(k) Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuanRujukLampiran Iuntuk gambaran lebih jelas pengaplikasian kaedah saintifik oleh ahli sains sosial.

III.Ciri-ciri Penulisan AkademikSecara ringkas ciri-ciri penulisan akademik adalah seperti di bawah;(a) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada situasi yang spesifik.(b) Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.(c) Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.(d) Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis.(e) Penulisan ilmiah bersifat sistematik. Setiap langkah direncanakan secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.(f) Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab dan pengertian sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah diidentifikasi.(g) Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.(h) Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.(i) Penulisan ilmiah tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam penulisan ilmiah akan membiarkan fakta berbicara sendiri.(j) Penulisan ilmiah tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya mengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif, argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang berdiri/berbicara sendiri.(k) Penulisan ilmiah tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan merosakkan tujuan penulisan ilmiah. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri sendiri (Keraf, 1981, hlm. 15-19).

IV.Esei Akademik Yang BaikEsei akademik kebiasaannya akan mempunyai tiga bahagian yang jelas, iaitu pengenalan esei, isi esei dan penutup.(a) PengenalanPengenalan akan bermula secara umum dan kemudian memokus kepada suatu idea utama.Pengenalan penting untuk menarik minat pembaca supaya terus membaca. Pengenalan harus mempunyai ciri-ciri menyeronokkan, menyampai dan memberi maklumat yang baru serta merangsang naluri ingin tahu pembaca. Sebaik-baiknya ayat yang digunakan biarlah mudah, tepat dan menarik. Perenggan pengenalan juga perlulah ringkas dan jitu.(b) Isi EseiIsi esei harus mempunyai banyak fakta dan maklumat. Bahagian ini biasanya lebih panjang daripada bahagian-bahagian lain. Maklumat-maklumat tersebut boleh disertakan dengan penjelasan lanjut dalam bentuk statistik, kutipan, anekdot, fakta, carta dan rajah. Ia bertujuan untuk menyokong idea dan pendapat penulis. Di samping itu penjelasan ini juga menjadikan sesebuah esei lebih menarik dan senang difahami dan ditulis dalam bentuk perenggan. Setiap perenggan perlu ada tiga perkara penting iaitu kesatuan idea, urutan idea dan penonjolan idea utama. Ketiga-tiga perkara ini perlu diberikan perhatian untuk memastikan peralihan idea berjalan lancar dan memudahkan pembaca mengikuti perkembangan idea tersebut.Apabila mengemukakan sesuatu idea dalam sesuatu perenggan, adalah perlu untuk menghubungkannya dengan penyambung ayat yang betul. Caranya adalah dengan menggunakan kata-kata penghubung seperti sementara itu, selepas itu, walau bagaimanapun, tetapi, sejajar dengan, dalam perkembangan ini dan sebelum ini. Kata penghubung penting bagi memastikan kelancaran idea dalam sesuatu esei dan memberikan maklumat yang sejelas-jelasnya kepada pembaca.Bilangan perenggan yang ingin digunakan oleh penulis bergantung kepada jumlah isi yang ingin diketengahkan. Bahagian tubuh sebenarnya adalah bahagian atau argumentasi hujah. Penulis perlu mengemukakan hujah yang akan meyakinkan pembaca. Untuk menarik perhatian pembaca, penulis perlu memperkayakan perbendaharaan kata dan menguasai gaya bahasa supaya penulisan menjadi lebih kemas dan efektif. Antara semua ini, yang paling penting ialah hujah-hujah disusun secara logik. Isi yang disusun juga mestilah mengikut keutamaan.(c) PenutupBahagian ini harus kembali kepada pengenalan dan membuat kenyataan umum. Bahagian penutup juga sama penting dengan pengenalan. Penutup harus menarik seperti pengenalan dan jumlah perkataan lebih kurang sama dengan pengenalan.Untuk gambaran jelas mengenai struktur esei yang jelas, rujuk Sulaiman Masri. (1988).Penulisan dalam Bahasa Malaysia Baku.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 56-63.

V.Perkara-perkara Asas DalamMembuat Penyelidikan IlmiahMembuat Penyelidikan IlmiahPenyelidikan ilmiah melibatkan dua kegiatan, pertama, proses penyelidikan dan kedua, cadangan penyelidikan (research proposal). Kedua-dua proses ini harus dijalankan mengikut peraturan-peratauran tertentu untuk memastikan penulisan terakhir adalah lengkap dan tidak mengalami kecacatan.(a) Proses Penyelidikan(i)Mendapatkan masalah atau tajukPenyelidikan bermula dengan masalah; iaitu penyelidik melihat wujudnya masalah di bidang yang hendak dikaji.(ii)Membentuk HipotesisIa merupakan kesimpulan sementara bagi masalah yang hendak dikaji. Hipotesis juga mestilah bersifat khusus dan bukan umum. Sebagai contoh, (a) wanita yang bekerja lambat berkahwin; (b) pelajar rajin lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan (c) petani yang mempunyai bendang yang luas akan menggunakan jentera lebih awal dari petani yang mempunyai bendang yang sempit (Ahmad Mahdzan Ayob,1983, hlm.17). Hipotesis juga tidak harus dipengaruhi oleh nilai, pertimbangan moral atau etika; yang merupakan cadangan-cadangan yang mengatakan sesuatu itu baik atau buruk. Sebagai contoh, (a) melewatkan perkahwinan di kalangan wanita yang bekerja adalah tidak baik (nilaian) (b) petani yang tidak mengunakan jentera adalah ketinggalan zaman (nilaian), (c) petani yang tidak menggunakan benih padi baru perlu mengubah sikap (norma). Ketiga-tiga hipotesis ini akan menyukarkan untuk mengukur kenyataan seperti tidak baik dalam contoh (a) ketinggalan zaman dalam (b) dan (c) perlu mengubah sikap yang lebih merupakan pandangan peribadi yang bersifat pertimbangan nilai. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1983), tidak ada ukuran yang objektif untuk menyukat buruk baik, ketinggalan zaman dan keperluan mengubah sikap. Sesungguhnya suatu hipotiesis mestilah boleh diuji dan untuk itu memerlukan data yang konkrit.(iii)Memungut DataData atau sumber boleh dibahagikan kepada sumber pertama dan kedua. Sumber pertama merujuk kepada data asli yang dihasilkan oleh penyelidik sendiri sama ada melalui ujikaji, ujian kes atau kajiselidik dan juga penerbitan rasmi. Sumber kedua berupa bahan-bahan bercetak yang dihasilkan oleh individu atau institusi. Proses pengumpulan data berbeza-beza mengikut disiplin. Kaedah pemungutan data yang biasa digunakan ialah kajian perpustakaan, siasatan(survey), temuramah (interview), soal-selidik (questionares) dan pemerhatian ikutserta (participation observation).(iv)Analisis DataAnalisis data adalah proses yang berbeza mengikut bidang kajian. Dalam bidang ekonomi, data akan dianalisa dengan menggunakan ilmu statistik dan kaedah saintifik. Manakala dalam bidang Sejarah/Pengajian Melayu, analisa lebih berupa huraian idea secara sistem dengan menggunakan bukti, memapar atau menerang supaya fakta-fakta dapat difahami. Analisa boleh diringkaskan seperti dibawah;- Pengenalan- Idea pokok- Sokongan fakta utama kepada idea pokok- Huraian daripada idea pokok dengan sokongan fakta pecahan atau fakta kecil termasuk misalan dan/atau rajah- Rangkaian idea pokok- Fakta-fakta besar menyokong kepada rangkaian idea pokokAnalisis yang baik tidak harus mempunyai idea yang meloncat. Setiap idea mesti dikembangkan dengan baik dari satu perenggan ke perenggan yang lain. Pendek kata analisis yang baik mesti mempunyaiflow of ideas, thoughts and descriptionsyang baik. (Metodologi dan Penyelidikan dalam Pengajian Melayu, 1990, hlm.55). Harus juga diketahui bila harus diletakkan petikan dan nota kaki supaya maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tidak mengganggu aliran idea dalam para berkenaan. Petikan pula seeloknya digunakan untuk menyokong fakta, tidak banyak dan terlalu panjang. Petikan juga biarlah yang sangat-sangat perlu dan tepat.Catatan kaki pula harus berperanan untuk menyokong huraian dan analisis. Disamping itu untuk membantu pembaca membuat pembacaan lebih lanjut dan untuk memberi perspektif lain tentang isu yang dibincangkan. Ini kerana jika perspektif yang berbeza dibincang dalam teks ia akan menganggu aliran pemikiran (Metodologi dan Penyelidikan dalam Pengajian Melayu, 1990, hlm.56).(b) Menyediakan Cadangan Penyelidikan(i)Masalah KajianDalam masalah kajian, penulis harus menyatakan pernyataan kajian. Pengkaji harus menyatakan persoalan yang ingin dikaji dan persoalan ini pula boleh dibahagikan kepada persoalan pokok dan sampingan.(ii)Skop KajianSkop kajian harus menyatakan batas kajian hingga setakat mana dan kenapa. Dalam bahagian ini juga boleh dinyatakan bab-bab yang dijangkakan. Bab-bab ini seboleh mungkin mestilah berkait antara satu dengan yang lain. Bahagian ini penting untuk pembaca atau penyelia mendapat gambaran menyeluruh kerangka tesis pelajar.(iii)Kepentingan KajianDalam bahagian ini pengkaji harus menjelaskan keistimewaan kajian. Kepentingan kajian ini boleh dilihat dari sudut akademik dan kepentingan kepada negara. Dari segi akademik, pembuktian adalah dengan membuatliterature reviewbidang yang dikaji dan menilaikan sejauh manakah tajuk yang dipilih belum diusahakan dan ia dapat mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kepentingan kepada negara adalah dengan merujuk kepada kajian-kajian bersifat kontemporari. Sebagai contoh masalah keruntuhan moral di kalangan pelajar, kemasukan pekerja tanpa izin dari Indonesia dan lain-lain. Kajian-kajian seperti ini dapat membantu kerajaan mengenalpasti masalah golongan-golongan ini dan merancang dasar-dasar yang bersesuaian untuk menangani isu tersebut secara efektif.(iv)Kaedah KajianKaedah kajian kebiasaannya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama kajian perpustakaan, kajian lapangan dan kajian menemudaga dan persamplen. Kaedah-kaedah kajian ini berbeza mengikut bidang-bidang yang diusahakan. Bagi pengkaji di bidang Sejarah, kajian mereka adalah bersifatlibrary researchdengan merujuk sumber-sumber pertama dan kedua. Bagi pengkaji dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, pengkajiannya akan memerlukan penyelidik ke lapangan dan bersama responden yang diselidiki. Bagi pengkaji dari bidang ekonomi, perlu menguasai ilmu statistik, persamplen dan kaedah menggunakan komputer untuk menganalisis data.RujukLampiran IIuntuk gambaran jelas suatu contoh cadangan penyelidikan