penulisan jurnal minggu ke 11

4
PENULISAN JURNAL MINGGU KE 11 MINGGU PRAKTIKUM : 11 TARIKH : 19 APRIL 2015 HINGGA 23 APRIL 2015 TAJUK JURNAL : MURID TIDAK MEMBERI PERHATIAN SEMASA SAYA MENGAJAR 1. Isu Yang Difokuskan : Pada minggu ini saya berasa lebih selesa dan bersedia untuk mengajar. Hubungan saya dan pelajar mula rapat dan saya juga dapat mengingati nama mereka. Antara masalah yang saya hadapi ialah ada sesetengah murid tidak memberi perhatian semasa saya mengajar dan membuat bising dalam kelas. Mereka tidak memberi tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru, tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru, tidak menunjukkan minat untuk belajar, kurang komitmen terhadap pelajaran dan ada yang tidak pandai melukis dan mereka menggangu rakan. 2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) Daripada masalah di atas saya telah membuat beberapa pemerhatian, siasatan dan temubual dengan guru pembimbing saya dan juga rakan-rakan mereka. Selain itu saya juga banyak mendapat maklum balas daripada guru-guru lain yang juga mengajar mata pelajaran lain di kelas tersebut. Antara dapatan yang saya dapat ialah mereka tidak takut dengan guru praktikum dan mereka menarik perhatian guru dengan membuat bising serta menggangu rakan mereka yang lain.

Upload: sivakhami

Post on 10-Nov-2015

292 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

JURNAL

TRANSCRIPT

PENULISAN JURNAL MINGGU KE 11MINGGU PRAKTIKUM : 11TARIKH : 19 APRIL 2015 HINGGA 23 APRIL 2015TAJUK JURNAL : MURID TIDAK MEMBERI PERHATIAN SEMASA SAYA MENGAJAR1. Isu Yang Difokuskan :Pada minggu ini saya berasa lebih selesa dan bersedia untuk mengajar. Hubungan saya dan pelajar mula rapat dan saya juga dapat mengingati nama mereka. Antara masalah yang saya hadapi ialah ada sesetengah murid tidak memberi perhatian semasa saya mengajar dan membuat bising dalam kelas. Mereka tidak memberi tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru, tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru, tidak menunjukkan minat untuk belajar, kurang komitmen terhadap pelajaran dan ada yang tidakpandai melukis dan mereka menggangu rakan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)Daripada masalah di atas saya telah membuat beberapa pemerhatian, siasatan dan temubual dengan guru pembimbing saya dan juga rakan-rakan mereka. Selain itu saya juga banyak mendapat maklum balas daripada guru-guru lain yang juga mengajar mata pelajaran lain di kelas tersebut. Antara dapatan yang saya dapat ialah mereka tidak takut dengan guru praktikum dan mereka menarik perhatian guru dengan membuat bising serta menggangu rakan mereka yang lain.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :Blair, Jones & Simpson, 1991 menyatakan bahawaapabila guru-guru menjejakkan kakinya ke dalam kelas pertama kali akan menyedari terlalu banyak perbezaan di kalangan pelajar-pelajarnya. Guru harus berusaha menyelidik dengan mendalam bentuk-bentuk perbezaan yang wujud. Sejauh mana kesan perbezaan individu mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu diketahui. Seterusnya, Dunn dan Dunn (1978, 1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai kecenderungan seseorang individu menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima. Kecenderungan seseorang individu ini dipengaruhi oleh lima faktor utama iaitu persekitaran, fisiologi, sosiologi,fizikaldanpsikologi.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:- Menggunakan strategi pengajaran yang efektif iaitu membuat (hands-on) aktiviti yang sentiasa melibatkan penglibatan murid setiap kali P&P dijalankan. Saya juga akan memanggil nama mereka yang selalu membuat bising dan saya akan pandang tepat ke mukanya sebagai amaran tegas. Saya menyuruhnya duduk di meja yang diletakkan khas berdekatan dengan meja guru dan di hadapan kelas. Saya telah menetapkan beberapa peraturan kelas sebelum memulakan sesi pengajaran yang perlu dipatuhi semasa saya sedang mengajar iaitu sebarang bentuk perbualan bukan berkaitan dengan P&P adalah dilarang.

5. Tempoh penyelesaian19/04/2015 23/04/20156. Tindakan susulanSaya akan menggunakan aktiviti sampingan menyanyi dengan melakukan pergerakan seperti lagu pentenaga iaitu Pizza Hut, McDonald dan Kentucky Fried Chicken yang mampu menarik minat murid-murid untuk memberi perhatian semasa saya mengajar. Ini kerana murid-murid Tahap 1 lebih suka belajar sambil bermain. Jadi, nyanyian dapat membantu mereka memberi tumpuan kepada guru dan dalam masa yang sama guru dapat menyelitkan isi p&p. Saya juga perlu menetapkan peraturan awal sebelum mengajar iaitu akan mengambil nama mana-mana murid yang tidak mahu membuat kerja dan membuat bising untuk dihantar kepada guru disiplin. Peraturan sebegini perlu sebelum P&P kerana mereka akan memberi tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :23/04/20158. Keberkesanaan Langkah Yang Dicadangkan :Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat tingkah laku murid yang kerap meminta izin untuk keluar telah berkurangan semasa saya sedang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :Saya merasa berpuas hati dengan tindakan saya, saya dapat menjalankan P&P yang baik dan lancar. Iklim sokongan yang positif hanya dapat dibawa oleh guru yang asertif. Kunci kawalan disiplin pelajar adalah konsisten penguatkuasaan peraturan dengan berkesan. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua keadaan. Walaupun setiap pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan, tetapi tidak semua situasi pelanggaran peraturan adalah sama. Oleh yang demikian, situasi yang berlainan memerlukan kaedah penguatkuasaan yang berlainan.