penyakit periodontium (gusi)

Upload: michy-tay

Post on 16-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penyakit gusi

TRANSCRIPT

  • 5/4/14 Penyakit Periodontium (Gusi)

    www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/masalah-pergigian/penyakit-periodontium-gusi 1/5

    Cari...

    Mengenai Kami | Hubungi Kami | Peta Laman Bahasa Malaysia

    PERGIGIAN Masalah Pergigian Penyakit Periodontium (Gusi)

    Penyakit Periodontium (Gusi)

    Penyakit Gusi bagi Remaja

    Penyakit Gusi bagi Dewasa

    Penyakit Gusi bagi warga Emas

    Penyakit Gusi bagi Remaja

    Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Gusi?

    Gusi, yang biasa disebut orang, secara saintifiknya adalah dimaksudkan kepada

    periodontium, iaitu, tisu-tisu yang menyokong gigi, termasuk gusi (gingiva).

    Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Penyakit Periodontium (Gusi)?

    Penyakit gusi ialah jangkitan pada gusi dan tisu penyokong gigi. Penyakit ini dibahagikan

    kepada dua peringkat:

    Gingivitis ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gingiva (gusi)

    sahaja.

    Periodontitis pula adalah penyakit periodontium (Gusi) yang lebih parah dan

    melibatkan bahagian akar gigi dan tulang penyokong gigi.

    Gingivitis merupakan penyakit gusi yang sering dihidapi oleh kumpulan remaja,

    manakala, masalah periodontitis pula jarang-jarang sekali terdapat di kalangan mereka.

    Apakah penyebab penyakit gusi?

    Penyebab utama penyakit gusi adalah plak gigi.

    Faktor-faktor sekunder lain yang menyumbang kepada penyakit ini terdiri dari faktor lokal

    dan sistemik :

    Faktor Lokal termasuklah:

    Ketidakupayaan memberus gigi dengan sempurna

    Merokok atau mengunyah tembakau

    Memakai aplians ortodontik

    Tabiat mengetam atau mengetap gigi

    Penyakit diabetes

    Faktor Sistemik pula termasuklah:

    Faktor keturunan

    Perubahan hormon ketika haid atau semasa mengandung

    Stres

    Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan

    Sistem penghadaman yang kurang baik

    Penyakit sistemik yang mengurangkan daya ketahanan badan melawan penyakit

    seperti kencing manis dan HIV/AIDS

    Adakah anda mengalami penyakit periodontium (gusi)?

    Ramai orang tidak menyedari yang mereka menghidap penyakit periodontium (gusi).

    Periodontium (Gusi) berpenyakit selalunya tidak menyakitkan.

    Antara tanda-tanda dan gejala penyakit periodontium (gusi) :

    AHAD, 04 MEI 2014, 21:38:17

    Media Berkaitan

    Tajuk :Rawatan penskaleran

    (BM)

    Masa :2:50 min

    Saiz :19.4 MB

    Tajuk :Penyakit Gusi (BM)

    Masa :2:03 min

    Saiz :14.3 MB

    Tajuk:Gingivitis & Periodontitis

    UT A MAUT A MA BA YI/KA NA K-KA NA KBA YI/KA NA K-KA NA K REMA JAREMA JA DEWA SADEWA SA WA RGA EMA SWA RGA EMA S PEMA KA NA NPEMA KA NA N UBA T & A NDAUBA T & A NDA PERGIGIA N KESIHA T A N MENT A LKESIHA T A N MENT A L UMUMUMUM

  • 5/4/14 Penyakit Periodontium (Gusi)

    www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/masalah-pergigian/penyakit-periodontium-gusi 2/5

    gusi menjadi merah dan bengkak

    gusi mula menyusut dan mendedahkan bahagian akar gigi

    gusi di sekeliling gigi akan bernanah

    nafas berbau (halitosis)

    rasa tidak selesa di dalam mulut

    gigi mulai longgar

    Berita baik

    Penyakit Peridontium diperingkat awal (gingivitis) boleh dicegah dengan memberus gigi

    secara berkesan. Dapatkan nasihat dan pelajari teknik memberus gigi yang berkesan

    daripada doktor pergigian anda.

    Apakah yang patut dilakukan supaya periodontium (gusi) anda

    sentiasa sihat?

    Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik dengan :

    memberus gigi

    menggunakan flos

    Tidak merokok

    Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala dan dapatkan rawatan yang perlu

    Penyakit Gusi bagi Dewasa

    Latar belakang

    Penyakit periodontium (gusi) boleh dikategorikan mengikut peringkat atau tahap

    kerosakan.

    Gingivitis adalah peringkat awal penyakit yang hanya melibatkan gusi (gingiva) sahaja.

    Periodontitis adalah peringkat penyakit yang lebih teruk di mana jangkitan telah

    merebak ke akar gigi dan melibatkan tulang serta struktur tisu penyokong gigi.

    Adakah penyakit perodontium (gusi) biasa terjadi?

    Ya, ramai orang mengalami masalah perodontium (gusi).

    Kajian National Oral Health Survey of Adult 2000, Kementerian Kesihatan Malaysia

    menunjukkan 9 daripada 10 orang dewasa Malaysia mengalami pelbagai peringkat

    penyakit perodontium (gusi).

    Apakah yang menyebabkan penyakit gusi ?

    Plak gigi merupakan penyebab utama penyakit gusi.

    Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kejadian

    penyakit gusi seperti :

    Faktor Lokal :

    Kalkulus atau plak gigi yang telah keras

    Kerosakan gigi

    Gigi palsu ( dentur )

    Mulut kering

    Faktor Sistemik :

    Merokok

    Diabetes

  • 5/4/14 Penyakit Periodontium (Gusi)

    www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/masalah-pergigian/penyakit-periodontium-gusi 3/5

    Stres

    Sebahagian ubat-ubat untuk masalah perubatan seperti epilepsi dan tekanan darah

    tinggi

    Perubahan hormon contohnya semasa mengandung

    Apakah gejala dan tanda-tanda penyakit perodontium (gusi) ?

    Anda mungkin akan mengalami keadaan berikut:

    Gusi berdarah

    Gusi merah dan bengkak

    Gigi longgar

    Berubah dari kedudukan asal (tersesar )

    Nafas berbau ( halitosis )

    Gusi mula menyusut dan mendedahkan bahagian akar gigi.

    Gangguan deria rasa

    Ada kalanya sakit

    Beberapa fakta mengenai penyakit perodontium (gusi).

    Penyakit perodontium (gusi) selalunya tidak sakit dan ramai orang tidak sedar yang

    mereka mengalaminya.

    Semasa mengandung atau datang haid, gusi boleh membengkak dan sakit kerana

    perubahan hormon.

    Penyakit gusi boleh menyebabkan implikasi sosial kerana ia berkaitan dengan nafas

    berbau dan penampilan yang kurang menarik.

    Kehilangan gigi.

    Bagaimana mencegahnya?

    Kesihatan gigi yang baik perlu dicapai melalui amalan :

    Penjagaan kebersihan mulut yang baik dengan:

    Berus gigi sehingga bersih

    Gunakan flos

    Berkumur-kumur

    Makan secara sihat, hadkan pengambilan makanan ringan dan kurangkan gula dalam

    makanan.

    Tidak merokok

    Lawatan berkala ke klinik pergigian.

    Penyakit Gusi bagi warga Emas

    Latar belakang

    Gingivitis ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gusi sahaja.

    Gingivitis

    Periodontitis pula adalah penyakit gusi yang lebih parah dan melibatkan bahagian akar

    dan tisu penyokong gigi. Penyakit gusi merupakan punca utama kehilangan gigi di

    kalangan warga emas.

    Contoh-contoh periodontitis

    Ramaikah yang mengidap penyakit ini?

    Ya, ramai orang mengalami masalah gusi.

    Kajian National Oral Health Survey of Adult 2000, Kementerian Kesihatan Malaysia

  • 5/4/14 Penyakit Periodontium (Gusi)

    www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/masalah-pergigian/penyakit-periodontium-gusi 4/5

    menunjukkan 9 daripada 10 orang Malaysia yang kategori umur 55 tahun ke atas

    mengalami pelbagai peringkat penyakit gusi.

    Apa yang menyebabkan penyakit gusi?

    Plak gigi merupakan penyebab utama penyakit gusi.

    Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah penyakit ini,

    antaranya;

    Faktor Lokal :

    Karang gigi (kalkulus)

    Gigi palsu yang rosak atau kotor

    Mulut kering (xerostomia)

    Faktor Sistemik :

    Merokok

    Stres

    Diabetes

    Ubat-ubatan tertentu untuk merawat masalah kesihatan seperti epilepsi dan tekanan

    darah tinggi

    Masalah hormon terutamanya di kalangan wanita yang berusia

    Apakah tanda-tanda penyakit gusi?

    Ramai orang menghidapi penyakit ini tanpa menyedarinya. Penyakit gusi mempunyai

    tanda-tanda berikut:

    Gusi mudah berdarah

    Gusi merah dan membengkak

    Gigi longgar

    Berubah dari kedudukan asal

    Gigi kelihatan lebih panjang

    Nafas berbau (halitosis)

    Gigi kelihatan tidak rapat

    Penyakit gusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan

    Sakit dan bengkak yang berulang

    Kehilangan gigi

    Apa yang perlu anda lakukan supaya gusi kekal sihat?

    Penyakit periodontium (gusi) dapat dicegah dengan:

    mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik

    berus gigi sehingga bersih

    gunakan flos

    mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala

    Jangan merokok

    Jika anda menghidapi penyakit lain, sila berjumpa / dapatkan rawatan dengan doktor /

    pakar anda.

    Semakan Akhir : 20 April 2012

    Penulis : Dr. Azillah bt. Mohd Ali

    Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar

    Dr. Sharol Lail b. Sujak

    Dr. Chew Yoke Yuen

    Dr. Norrizan bt. Basir

    Dr. Doreyat b. Jemun

    Penyemak : Dr. Ahmad Sharifuddin b. Mohd Asari

    Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Panduan Pengguna Jaminan Kualiti

    Tarikh Kemaskini

    02 Mei 2014, 10:22

    Notis Hakcipta

    Hakcipta Terpelihara 2005-2011 -

    Bahagian Pendidikan Kesihatan,

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    Paparan Terbaik

    Menggunakan Internet Explorer 7 atau

    Mozilla Firefox 3 ke atas atau Google

    Chrome dengan resolusi melebihi 1024

    Bilangan Pengunjung

    Visitors Counter