penyata rasmi parlimen filedr.19.11.92 otk - 2 - (b) kebanyakan kelapa muda diimport dari negara...

139
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGALKEDUA secondSession Jilid 11 Bil. 46 Hari Khamis 19hb November 1992 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18: Penjualan tanah DBKL kepada Kuala Lumpur Golf and Country Club - Y.B. Tuan Wee Choo Keong (Bakit Bintang) (Ruangan 38) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 43/44) RANG UNDANG-UNDANG: Kang Undang-undang Perbekalan 1993 Jawatankuasa — . Jadua.1: Maksud 3.1, B,2, B.3, 3.4, B.5, B.6, B,7, B.8, B,9, B.10, B.ll, B.12 dan B.13 (Ruangan 46) USUL: Anggaran Pembangunan 1992 JawatanKuasa - Maksud P.7 dan P.8 (Ruangan 46)

Upload: danghanh

Post on 17-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHouse of Representatives

PARLIMENKELAPAN

Eighth Parliament

PENGGAL KEDUAsecond Session

Jilid 11 Bil. 46 Hari Khamis 19hb November 1992

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18:Penjualan tanah DBKL kepada Kuala Lumpur Golf andCountry Club - Y.B. Tuan Wee Choo Keong (Bakit Bintang) (Ruangan 38)

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 43/44)

RANG UNDANG-UNDANG:

Kang Undang-undang Perbekalan 1993

Jawatankuasa —

. Jadua.1:

Maksud 3.1, B,2, B.3, 3.4, B.5, B.6, B,7,B.8, B,9, B.10, B.ll, B.12 dan B.13 (Ruangan 46)

USUL:

Anggaran Pembangunan 1992

JawatanKuasa -

Maksud P.7 dan P.8 (Ruangan 46)

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11 .92 otk - 1 -

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Khamis, 19hb November, 1992

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PEKTANYAAN-PERTANYAAN

INPORT KELAPA MUDA - MENJAGA KEPENTINGAN PENGUSAHA TEMPATAN

1 . Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Pertanianmenyatakan:

(a) apakah benar pengeluaran buah kelapa muda di negaraini tidak mampu memenuhi permintaan sehingga terpaksamengimport dari negara jiran;

(b) dari negara mana kelapa muda ini diimport dan berapajumlahnya;

(c) apakah langkah-langkah yang dilaksanakan bagi menjagakepentingan pengusaha tempatan; dan

(d) apakah usaha Kerajaan bagi meningkatkan pengeluaranbuah kelapa muda.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Tuan Mohd. Shariff

bin Haji Omar] : Tuan Yang di-Pertua,

(a) pengeluaran buah kelapa muda di negara ini sebenamya

mampu untuK memenuhi permintaan tempatan. Namun de-

mikian, import kelapa muda dibuat bersesuaian dengan

dasar terbuka Kerajaan dalam pengimportan barangan

pertanian untuk memenuhi permintaan segmen kecil pa-

saran tempatan . Walau bagaimanapun , peratus kuantiti

yang diimport adalah kecil iaiatu 0.01% pada tahun

1988 tetapi meningkat kepada 2.63% pada tahun 1991 .

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 otk - 2 -

(b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand,

Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Pada tahun 1991 negara mengimport sebanyak 90,000

biji kelapa muda dari Thailand, 1,000,071 biji dari

Australia. dan 4.2 juta dari Indonesia.

(c) Untuk menjaga kepentingan pengusaha tempatan, Keraja-

an telah mengenakan kadar cukai sebanyak 5% bagi se-

tiap 100 biji kelapa tnuda yang diimport. Para peng—

usaha tempatan tidak perlu perlindungan yang lain

memandangkan lebih 98Z jumlah penggunaan kelapa muda

adalah hasil dari keluaran tempatan.

(d) Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah keluasan

yang ditanam dengan kelapa dalam tahun 1990 adalah

lebih kurang 330,000 hektar termasuk negeri Sabah dan

Sarawak. Pengeluaran kelapa dari keluasan ini mampu

untuk memenuhi permintaan dalam negeri bagi kelapa

segar dan kelapa muda serta menyediakan bahan mentah

untuk aktiviti hiliran. Usaha-usaha penyelidikan dan

tanaman benih-benih kelapa muda tempatan dan juga

jenis luar negeri telah giat dijalankan oleh MARDI

dan Jabatan Pertanian bagi mempelbagaikan ciri dan

rasa kelapa muda negara.

Tuan Haji Ishak bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tamba-

h a n . S a y a ingin mengetahui sejak Kerajaan menganjurkan kempen

meminum air kelapa muda, setakat manakah kempen itu telah memberi

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 otk - 3 -

kasan dari segi pertambahan kepada pendapatan petani-petani yang

terlibat?

Soalan yang kedua ialah adakah benar dakwaan yang mengatakan

bahawa akibat kempen makan buah kelapa muda ini telah menyebabkan

berlakunya kekurangan penawaran buah kelapa, yakni buah kelapa tua

yang selalu digunakan terutama sekali oleh masyarakat di kampung-

kampung?

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, hasil

daripada promoai yang dibuat oleh Kementerian menggalakkan orang ra-

mai minum air kelapa muda, maka kita dapati sekarang ini masalah

kejatuhan harga kelapa sudah tidak kedengaran. Malahan kelapa muda

yang ada di negara kita pun sudah tidak mencukupi, kita terpaksa

mengimport dan kita berbangga kerana kelapa muda bukan sahaja dijual

di warung-warung tepi jalan, malahan dijual di hotel-hotel bertaraf

lima bintang, hotel antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, metigenai soalan yang kedua, apa perlu kita

menunggu kelapa itu menjadi tua, jika harga kelapa muda lebih baik?

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Tuan Yang di-Per-

tua, soalan tambahan. Dalam jawapan tadi, Setiausaa Parlimen berke-

naan memberitahu bahawa kita mengimport kelapa dari Singapura, Thai-

land dan Indonesia. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen

memberitahu kelapa dari negara manakah yang lebih mujarab untuk

hasrat Ahli Yang Berhormat dari Kangar tadi?

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-pertua, kelapa

dari Malaysia yang paling baik sekali.

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 otk - 4 -

KEMALANGAN LOKOMOTIF-BAS DI BUKIT MERTAJAM - PENYIASATAN

2. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-

(a) adakah Kementerian beliau menyiasat kejadian kemala-ngan yang berlaku pada 28hb Ogos 1992 di mana sebuahlokomotif melanggar sebuah bas di Pekan BukitMertajam. Jika ya, sama ada laporan penyiasatan ituakan diumumkan; jika tidak, mengapa; dan

(b) adakah Kementerian berbincang dengan KementerianKerja Raya dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untukmelicinkan lalu-lintas di Bukit Mertrajam danmencegah kemalangan berulang lagi memandangkankejadian kemalangan telah kerap kali berlaku dankesesakan lalulintias di Pekan Bukit Mertajam adalahakibat daripada laluan keretapi yang begitu banyak.Jika ya, apakah keputusannya, jika tidak, mengapa.

Tibalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajah Zaleha binti

Ismail]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) satu penyiasatan mengenai kemalangan yang berlaku

pada 28hb Ogos, 1992 di pekan Bukit Mertajaiu sedang

dijalankan oleh KTM Bhd. Laporau penyiasatan iai

akan dimnumkan jika ianya didapati wajar demi

kepentingan awam.

(b) Pengurusan lalulintas di Bukit Mertajam adalah di

bawah bidang tanggungjawab Majlis Perbandaran

"Seberang Prai. Adalah difahamkan bahawa Majlis

Perbandaran Seberang Prai telah mengadakan satu

kajian mengenai kesesakan lalulintas di pekan Bukit

Mertajara dan hasil kajian tersebut mendapati bahawa

punca kesesakan bukan disebabkan oleh - laluan

keretapi, Berpandukan perakuan-perakuan dalam kajian

tersebut, satu sistem lalulintas baru telah

dilaksanakan pada Ihb Oktober, 1992 oleh Majlis

Perbandaran Seberang Prai.

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 5 -

Tuan Chian Heng Kai: Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat

Timbalan Menteri mengatakan bahawa siasatan akan diumumkan. Saya

ingin bertanya, oleh kerana kejadian itu telah berlaku lebih kurang

3 bulan lalu, bilakah agaknya laporan itu boleh disiapkan?

Yang kedua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan

bahawa kesesakan lalu-lintas di Pekan Bukit Mertajam bukan disebab—

kan oleh lalu—lintaa keretapi. Saya ingin bertanya sama ada Yang

Berhormat Timbalan Menteri ada pergi ke sana menyiasat? Oleh kerana

saya tidak bersetuju dengan apa yang dikaji oleh MPSp kerana saya

selalu lalu di sana, setiap hari lebih kurang 52 kali pintu keretapi

ditutup. Jadi, itu satu masalah yang menjadikan kesesakan lalu

lintas di Bukit Mertajam. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan

Menteri boleh pergi ke sana menyiasat sendiri.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

memang kejadian berlaku pada 28 Ogos 1992, cuma saya mengatakan,

jika didapati perlu barulah laporan itu diumumkan kepada awam kerana

mungkin kita dapati tak perlu kerana apabila berlaku kemalangan di

antara lokomotif dan sebuah bas di sana., tiada apa-apa kecederaan

pun yang berlaku. Jadi, apa perlunya hendak diumumkan laporan itu.

Yang keduanya, apa yang saya kata tadi itu adalah berpandukan

perakuan-perakuan yang telah dibuat oleh pihak yang mengkaji

mengenai kesesakan lalu-lintas di Bukit Mertajam. Kalau hendak

minta saya bacakan cadangan-cadangan mereka pun boleh, tetapi

panjang sangat, Tuan Yang di-Pertua, tak perlalah saya bacakan.

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tak Perlu.

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR,19.11.92 - 6 -

Tuan Chian Heng Kai: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,Yang Berhormat boleh. minta laporan itu.

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan,

Ini berkenaan dengan lokomotif berlanggar (accident). Baru-baru

ini, lebih kurang satu bulan yang lepas, sebuah lokomotif juga

melanggar masuk ke sebuah restoran di Stesen Suttorworth, Saya

ingin tahu sebab apa lokoraotif itu boleh melanggar masuk ke

restoran? [Ketawa]

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

jawapan yang ini bukan mengenai lokomotif melanggar restoran, kalau

hendak tanyalah pada masa yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, memang soalan

itu terkeluar.

SKUAD SUKARELA BOMBA DI SARAWAK - PENUBUHAN

3. Puan Rohani binti Abd. Karim minta Menteri Perumahan danKerajaan Tempatan menerangkan:-

(a) apakah perancangan untuk menubuhkan Skuad SukarelaBomba di Sarawak; dau

(b) berapa buah skuad pencegah kebakaran sukarela akanditubuhkan di kawasan P.155 Santubong yaag tidakada mempunyai sebarang stesyen bomba langsung,

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Tuan Osu bin

Haji Sukam]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui

Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia memang meng-

galakkan penubuhan pasukan bomba sukarela di

seluruh negara termasuk di Sarawak. Kerajaan sedia

memberi bantuan sewajarnya kepada mana-mana pihak

yang bercadang untuk menubuhkan pasukan bomba

sukarela di kawasan masing-masing.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 7 -

(b) Pada masa ini tidak terdapat pasukan bomba sukarela

di kawasan Santubong. Saya mohon kerjasama Yang

Berhormat sebagai Wakil Rakyat kawasan tersebut

untuk menggerakkan usaha menubuhkan pasukan bomba

sukarela di kawasan tersebut,

Puan Rohani binti Abd. Karim: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Bolehkah saya tahu apakah jenis-jenis bantuan yang

diberikan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi?

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, selain daripada

memberi latihan, Kerajaan juga memberi bantuan berupa pam air untuk

kegunaan bomba sukarela.

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab

bahawa Kementerian telah memberi bantuan para. Di tempat saya ada

pasukan bomba sukarela. Pasukan bomba sukarela ini adalah

"sukarela", kita tahu, tetapi yang saya tahu semua kita kena beli,

terutama sekali Wakil-wakil Rakyat kena beri bantuan iai. Saya

ingin tahu kalau hendak beri paip sahaja, bukanlah hendak air, jadi

saya lihat pasukan bomba sukarela di kawasan saya itu kereta bomba

pun kena beli, topi pun kena beli, serba-serbi pun kena beli. Jadi

saya tngin tahu daripada Kementerian ini, selain daripada paip itu,

kalau hendak beri paip sahaja dia hendak buat apa, bila kebakaran

dia hendak- kena lari dengan kereta bomba juga. Adakah kereta-kereta

lama diberi kepada pasukan-pasukan sukarela?

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-pertua, untuk makluman

Ahli Yang Berhormat bahawa Kerajaan terpaksa membelanjakan untuk

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 8 -

pam air complete dengan segala alat keperluan bagi keguuaan untuk

melawan kebakaran ialah di antara RM42,000 sehingga RM50,000 satu

set. Jadi, ini adalah satu bantuan yang difikirkan cukup besar

untuk diberikan kepada mana-mana bomba sukarela,

Walau bagaimanapun, jika sekiranya terdapat kereta-kereta bomba

yang sudah lama, lanya bolehlah diagih-agihkan mengikut keperluan

dan keutamaan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Tuan Joseph 7oon Shin Choi.

[Soalan No. 4. 7.B. Tuan Joseph Voon Shin Choi tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Tuan Shahidan bin Kassim.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini

selalu dijawab. Soalan No. 5.

TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH

5, Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Luar Negeri menyatakanapakah kedudukan sebenar mengenai tuntutan Filipina terhadap Sabahsekarang.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che

Wan]: Tuan Yang di-Pertua Menteri Luar Filipina, Encik Roberto

Romulo semasa lawatan beliau ke Kuala Lumpur pada 13 hingga 15

September yang lepas telah memaklumkan bahawa Kerajaan Filipina di

bawah pimpinan Presiden Fidel Ramos berhasrat untuk terus

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 9 -

melanjutkan usaha—usaha ke arah menggugur dan menyelesaikan soal

tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Semasa pertemuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan

Presiden Ramos pula di Brunei pada 5 Oktober yang lalu, Presiden

Ramod juga telah memaklumkan hasrat yang sama di samping ingin

meningkatkan hubungan dua haLa antara Filipina dengan Malaysia

dengan cara mencari pendekatan baru dalam menyelesaikan masalah di

antara kedua-dua buah negara.

Kita difahamkan bahawa Kerajaan Filipina sedang mengambil

langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencari penyelesaian akan isu

tuntutan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan kita tetap berpendirian

bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Wilayah Malaysia. Pihak

lain tidak berhak membuat tuntutan ke atas Sabah dan mempersoalkan

kedaulatan Malaysia ke atas Sabah. Masalah tuntutan Filipina dan

langkah-langkah menggugurkannya adalah soal hal ehwal dalam negeri

Kilipina. Kita bersedia menunggu pihak Kerajaan dan Kongres

Filipina mengambil langkah-langkah yang sewajamya untuk menyelesai-

kan masalah tuututan tersebut.

Tuan Haji Abdol Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua,

soalan tambahan. Yang pertama, apakah usaha yang dilakukan supaya

pihak Filipina membuat kenyataan yang lebih terbuka membatalkan

tuntutannya ke atas Sabah?

Yang kedua, apakah sikap dan pendirian kita berhubung dengan

kenyataan yang dibuat oleh aeorang pegawai tinggi Amerika seperti

yang dilaporkan oleh akhbar bahawa Amerika berpihak kepada Filipina

dalam tuntutannya ke atas kepulauan Spratly. Apakah Amerika dan

negara-negara seperti itu juga dapat membuat ataupun memberi suatu

pengiktirafan yang sama seperti itu bahawa Sabah adalah sebahagian

daripada Wilayah Malaysia?

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 10 -

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-pertua,

bagi soalan pertama, kenyataan yang lebih nyata belum dapat dibuat

olah pihak pentadbir Kerajaan Filipina oleh kerana mereka perlu

mendapat kelulusan daripada kedua-dua buah Dewan Kongres dan Senat

terlebih dahulu barulah mereka boleh membuat suatu kenyataan rasmi

tentang ingin menggugurkan tuntutan ke atas negeri Sabah.

Yang keduanya ialah mengenai pendapat seorang pegawai daripada

Kerajaan Amerika Syarikat tentang ingin campurtangan dalam isu

Spratly tidak timbul dan saya kira juga pihak Amerika Syarikat tidak

akan mengambil tahu ataupun campurtangan dalam hal tuntutan Filipina

ke atas negeri Sabah.

Tuan Abdul Mulok bin Awang Damit: Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan. Apakah benar Kerajaan Filipina telahpun

menubuhkan satu jawatankuasa bagi meneliti soal tuntutan Filipina

terhadap negeri Sabah ini iaitu bagi mencari consensus untuk meng-

gugurkan tuntutan tersebut dan saya ingin tahu apakah laporan

mutakhir ataupun perkembangan terakhir daripada jawatankuasa ini?

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan; Tuan Yang di-Pertua,

memang benar setahu kita bahawasanya Kerajaan Filipina telahpun

menubuh sebuah jawatankuasa khusus untuk mencari jalan untuk

menyelesaikan masalah tuntutan ke atas negeri Sabah. Hingga kini

kita belum lagi dapat menerima apa-apa laporan yang terakhir

berkenaan dengan keputusan ataupun kejayaan yang telah dicapai oleh

jawatankuasa, tetapi kita anggapkan ini satu langkah yang positif

terhadap niat Kerajaan pimpinan Fidel Ramos yang ingin menggugurkan

tuntutan ke atas negeri Sabah.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR. 19.11.92 - 11 -

CUKAI IMPORT MINYAK SAWIT

6. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Perusahaan Utama menyatakankadar cukai import untuk minyak sawit dan barangan mengandungiminyak sawit di negara asing yang membeli barangan tersebut darinegara kita dan sejauh manakah perbincangan dengan negara- tersebutdiadakan untuk mengurangkan ataupun menghapuskan cukai importtersebut.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Dato' Haji Tengku Mahmud

bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, beberapa negara pengimport

masih lagi mengenakan cukai import ke atas minyak sawit misalnya

negara-negara Kesatuan Eropah mengenakan cukai import sebanyak 42

terhadap minyak sawit mentah dan 122 kepada minyak sawit diproses.

Bagi negeri China baru-baru ini Malaysia teLah berjaya mendapatkan

Kerajaan negeri China untuk menurunkan cukai import terhadap minyak

sawit daripada 302 kepada 20% untuk menjadikannya sejajar dengan

cukai import yang dikenakan terhadap lain-lain minyak sayuran dan

lemak.

Kerajaan Pakistan juga telah mengurangkan duti import dari

4,500 rupee setan kepada 2,500 rupee setan. Tetapi ini masih lagi

tinggi jika dibandingkan dengati duti import yang dikenakan kepada

kacang soya. Jika Yang Berhormat berminat untuk mendapatkan senarai

penuh duti import tersebut, saya dengan sukacitanya boleh

mengemukakan dengan secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang sentiasa berusaha untuk

menghapuskan jika boleh dan sekurang-kurangnya mengurangkan

rintangan tarif dah bukan tarif yang dikenakan terhadap minyak

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 12 -

sawit Malaysia secara perbincangan duahala dan pelbagai hala dengan

negara-negara pembeli. Dalao hal ini di bawah skim Sistem Keutamaan

Am (GSP), Jepun dan Amerika Syarikat tidak mengenakan duti import

terhadap minyak. sawit. RepubLik Korea pula akan mengurangkan duti

import minyak sawit dari 4% kepada 3%.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sentiasa mengadakan rundingan-

rundingan di peringkat duahala seperti semasa lawatan Ketua-ketua

Kerajaan. Ini termasuk juga sebahagian besar rombongan-rombongan

daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana

Menteri, yang didakwa oleh setengah-setengah Ahli-ahli DAP tidak

memberi manafaat dan faedah, padahal mesyuarat seumpama itu amat

penting dalam menentukan duti-duti import dan lain-lain sekatan dari

negara-negara lain. Di samping itu, Mesyuarat Suruhanjaya Bersama

juga terutama dengan negara-negara pembeli rainyak sawit sering

mengadakan perbincangan bagi maksud yang sama. Di samping itu

perkara-perkara mengenai penghapusan duti import minyak sawit juga

dibangkitkan di peringkat ASEAN semasa dialognya dengan rakan-rakan

perdagangannya. Dt peringkat pelbagai hala Keraj aan Malaysia

sentiasa menimbulkan penghapusan rintangan yang berbentuk tarif dan

bukan tarif kepada minyak sawit di bawah Perjanjian Am Perdagangan

(GSP) dan Tarif (GATT).

Tuan Foo Piew Kok: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tuan

Yang di-Pertua, saya ingin tahu selain daripada rundingan mengurang-

kan ataupun menghapuskan cukai import itu, saya ingin tahu apakah

usaha-usaha lain untuk meningkatkan jumlah eksport minyak kelapa

sawit dan barangannya.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 13 -

Soalan saya yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, Duta Amerika

Syarikat di negara kita pernah memberi jaminan bahawa mulai 8hb

November 1992, pihak Kerajaannya akan berhenti menggunakan label

yang mengandungi perkataan "Tanpa Minyak Kelapa Sawit", saya ingin

tahu sama ada jaminan itu telah ditunaikan, jika tidak kenapa, apa-

kah tindakan yang akan diambil selanjutnya.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang

di-Pertua, sebagaimana yang saya terangkan hasil daripada kegiatan

yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin negara kita maka kita telah

nampak pertambahan eksport minyak sawit begitu ketara. Misalnya

pada tahun 1980 kita hanya mampu eksport sebanyak 2,749,600 tan

sahaja dengan nilai RM2,981,700 sahaja. Tetapi manakala tahun 1991,

eksport ini telah bertambah kepada 7,200,300 tan dengan nilainya

sebanyak RM5,864,900 juta ataupun RM5.9 bilion.

Soal label sebagaimana yang dikatakan, sehingga ini kita

berpuashati dengan jaminan yang diberi dan apa tindakannya, tunggu-

lah selepas daripada perkembangan selanjutnya.

MERCUN DAN BUNGA API DI MUSIM PERAYAAN - LARANGAN

7. Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap minta Menteri DalamNegeri menyatakan memandangkan bahawa Kerajaan telah- mengharamkanorang ramai membakar mercun tetapi semasa hari-hari perayaan sepertiHari Raya Puasa atau Hari Tahun Baru China masih lagi terdapatkanak-kanak dan belia yang tercedera kerana bermain mercun ataubunga api, apakah tindakan Kerajaan akan ambil.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 14 -

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka

Ting]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan di sini bahawa

kecederaan bermain mercun dan bunga api pada musim-musim perayaan

sebenarnya adalah berpunca dari mercun buatan sendiri. Bagi meng-

atasi masalah tersebut, Kerajaan akan sentiasa membuat penguat-

kuasaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Bagi tempoh Ihb

Ogos 1991 hingga 31hb Ogos 1992, sebanyak 220 kes tangkapan telah

dibuat dan didakwa di Mahkamah berhubung dengan kesalahan membakar

mercun.

Selain daripada itu orang ramai sentiasa diberi peringatan

menjelang musim-musim perayaan mengenai bahaya mercun dan tindakan

undang-undang yang boleh diambil kerana membakarnya.

Tuan Foog Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya

ingin bertanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apabila permainan

mercun diharamkan orangramai masih bermain lagi kerana terdapat stok

yang disembunyikan. Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, adakah

Kerajaan sudah menyiasat sama ada stok masih disimpan. Jika ada,

apakah tindakan yang diambil?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, memang adalah menjadi

satu perkara yang serius kalau terdapat mana-mana pihak yang masih

menyimpan stok atau menjual mercun yang telah dilarang untuk dijual

ataupun dibakar. Kalau sekiranya pihak polis dapat apa-apa

maklumat, ki ta akan mengambi]. tindakan mengikut undang-undang oleh

kerana pelarangan ke atas pembakaran mercun masih berkuatkuasa

sehingga kini.

Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap: Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu daripada mana datangnya

bahan-bahan chemical yang dibuat mercun? Umpamanya sulfur, adakah

ia diimport, kerana kita tidak ada gunung berapi. Adakah dari

negara kita dan sekiranya ia diimport, bagaimanakah kawalan-kawalan

akan diambil memandangkan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, ' jadi

bagaimanakah tindakan.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 15 -

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, adalah ketat dari segi

undang-undang untuk mana-mana pihak cuba hendak import barang yang

boleh meletup (explosive) kerana kita sudah ada undang-undang yang

ketat, kecuali mereka yang berlesen untuk sesuatu tujuan yang sah

dan terlebih dahulu memohon kepada pihak-pihak yang berkenaan baru

dapat mereka import dengan kawalan-kawalan yang tertentu. Jadi,

Kerajaan tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pihak cuba

menyalahgunakan bahan-bahan yang mudah meletup.

Mengenai mercun buatan sendiri, mereka mungkin mempunyai

seperti yang dinyatakan tadi, ada stok lama, mungkin mereka cuba

gunakan bahan itu, daripada mercun yang kecil1 jadikan mercun yang

lebih kuat supaya meletup dengan bunyi lebih kuat, dengan itu mereka

cedera dan kemalangan lebth serius akan timbul. Walau bagaimanapun,

perkara ini adalah terkawal. Menjelang musim Tahun Baru nanti

penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

TERNAKAN KHINZIR - DASAR KERAJAAN

8. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Pertanian menyatakan DasarKerajaan mengenai penternakan khinzir (babi);

(a) mengesahkan bahawa semua negeri-negeri dimintamemperuntukkan satu kawasan untuk menternakkhinzir;

(b) sebutkan negeri-negeri yang menghararakanpenternakan khinzir;

(c) sama ada pengharamannya di Terengganu danpengumuman oleh Ketua Menteri Melaka, YAB TanSri Abdul Rahim Tamby Chik melanggari keputusanini; dan

(d) kalau ya, nyatakan apakah tindakan yang akandiambil untuk mengarahkan keputusan ini ditarik-balik dan kalau tidak ada tindakan diarabil, -mengapa.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 16 -

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Tuan Mohd. Shariff

bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Pada 20hb Februari, 1991 Jemaah Menteri telah memutuskan

supaya konsep kawasan pentemakan khinzir dijadikan

pendekatan asas untuk menyelesaikan masalah pencemaran

akibat daripada penternakan khinzir. Pihak negeri diminta

mengenalpasti kawasan-kawasan tertentu untuk maksud

tersebut.

(b) Tiada negeri yang mengharamkan penternakan khinzir.

(c) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di negeri Terengganu

tidak ada penternakan khinzir. Sementara di negeri

Melaka, Kerajaan Negeri raerancang untuk, dengan izin,

'phase out' penternakan khinzir di Paya Mengkuatig.

Kerajaan Negeri telah melantik Universiti Pertanian

Malaysia untuk menjalankan kaj ian aktiviti alternatif

seperti perindustrian dan pelancongan bagi kawasan

tersebut.

(d) Soalan ini tidak berbangkit.

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sama ada beliau sedar bahawa

khinzir pernah diternak di Terengganu, tetapi baru diharamkan pada

tahun yang lepas, selepas kenenangan Barisan Nasional di negeri

Terengganu. Pihak MCA telah juga berjanji akan mengatasi atau

menyelesaikan masalah ini supaya penternakan khinzir dibenarkan

semula. Apakah susulan atau 'feed-back' dari pihak Kerajaan

mengenai masalah ini di Terengganu?

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 17 -

Mengenai pengumuman oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat

Berhormat Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa penternakan khinzir

akan di 'phase out', dengan izin, seperti yang dinyatakan tadi olah

Yang Berhormat Setiausaha Parl imen. Bukankah keputusan ini

bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Jemaah Menteri di

mana getiap negeri telah dirainta membenarkan penternakan khinzir dan

bukan diharamkan seperti yang telah berlaku di negeri Terengganu dan

juga akan berlaku di negeri Melaka? Adakah pihak Kerajaan akan

menegakkan satu dasar, satu keputusan yang telah dibuat oleh pihak

Jemaah Mentari?

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya

ingat Yang Berhormat dari kawasan Kota Melaka cuba hendak

mengelirukan Dewan ini. Saya suka maklumkan kepada Yang Berhormat,

saya sudah jawab tadi, Kerajaan Negeri Terengganu tidak pernah

haramkan. Soalannya, Kerajaan Negeri Terengganu telah menetapkan

syarat-syarat untuk menternak babi. Penternak tidak dapat memenuhi

syarat-syarat yang ditetapkan, oleh kerana itu tidak ada permit

menternak babi di negeri Terengganu. Jadi, bukan haram. Ini ada

perbezaan.

Yang kedua tentang apa yang disebutkan oleh Yang Araat Berhormat

Ketua Menteri Melaka, dia hendak 'phase out' ternakan babi dan

tempat yang dimaksudkan ialah di kawasan yang tertentu', iaitu di

kawasan Paya Mengkuang. Cukup. khusus penternakan babi di Paya

Mengkuang, oleh kerana tempat yang berkenaan dicadangkan untuk

tujuan pelancongan dan perindustrian. Jadi, Yang Berhormat patut

sedar

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 13 -

bahawa pembuangan najis khinzir ini memberi kesan yang sangat serius

kepada pencemaran; pencemaran sungai, pencemaran parit, jalan

kampung di sekitar dan sebagainya. Jadi, kita bukan kerana fasal

orang Cina ternak babi, jadi kita tak beri. Ini soalnya masalah

pencemaran. Jadi, jangan cuba hendak gunakan tempat ini untuk

tujuan politik sempit DAP ini. [Tepuk]

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, bagaimana

pihak Kementerian Pertanian untuk mengawal di antara hak orang-orang

bukan Islam untuk menternak khinzir.... [Disampuk] dan untuk

menjaga sensitif orang-orang Islam terhadap khinzir itu - tak habis

ayat lagi pun, sudah hentam! [Ketaw] Jangan ikut contoh Menteri

Kewangan, dia tak baik. Yang ini orang baik. [Ketawa]

Soalan yang kedua, kadangkalanya mereka menternak dan khinzir

itu terlepas masuk ke kampung-kampung Melayu, kampung orang Islam.

Apakah Kerajaan untuk mendenda lebih berat kepada penternak khinzir

yang khinzir mereka terlepas seperti berlaku di Kampung Selamat,

Tasek Gelugor, selalu masuk ke rumah-rumah orang Islam dan sensitif.

Jadi, apakah tindakan untuk mendenda lebih keras kepada penternak

khinzir yang tidak mengikut peraturan? Jawab baik-baik, jangan jadi

Menteri Kewangan, dia tak guna. [Ketawa]

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Soalan pertama tadi apa?

[Ketawa]

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 19 -

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Mengawal antara hak orang bukan

Islam menternak khinzir dengan sensitif orang Islam terhadap

khinzir.

Yang kedua, adakah undang-undang untuk denda lebih kuat kepada

penternak khinzir yang membiarkan khinzir mereka terlepas dan masuk

rumah-rumah orang Islam seperti berlaku di kawasan Kampung Selamat,

Tasek Gelugor,

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya

sudah sebut tadi Kerajaan tidak mengharamkan penternakan babi.

Maknanya ada kawasan-kawasan tertentu yang dibenarkan untuk

diternakkan. Jadi, saya sudah sebutkan tadi. Jadi, maknanya

kawasan yang boleh itu, bolehlah diternak, jadi ini kuasa Kerajaan

Negeri.

Yang Berhormat kata babi terlepas itu, babi hutan. [Ketawa]

Jadi, itu kena tembaklah. [Ketawa]

PELARIAN BOSNIA-HERZEGOVINA - PERLINDUNGAN

9. Tuan Haji Nik AbdulLah bin Haji Arshad minta Menteri LuarNegeri menyatakan:-

(a) adakah dan apakah usaha Wisma Putra mengajaklain-lain negara umat Islam membentukkhanah-kheraah pelarian khas bagi umat IslamBosnia-Herzegovina di mana-mana tempat yangberhampiran dengan Bosnia bagi melindungi parapelarian khususnya dalam menghadapi musim sejuksekarang;

(b) adakah Wisma Putra menyimpan maklumat tentangjumlah pelarian Bosnia-Herzegovina di mana-mananegara Eropah selain Croatia dan sila sebutkanbilangannya mengikut negara-negara tadi. Adakahlangkah-langkah memindahkan mereka ka Eropahsebagai usaha untuk mengurangkan majoriti umatIslam di Bosnia. Adakah Wisma Putra membantahusaha itu; dan

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 20 -

(c) sebilangan besar bayi dan kanak-kanak lslamBosnia-Herzegovina telah dilarikan ke negara-negara Eropah khususnya Jerman dan Itali yangkemudian mereka ditukar aqidahnya, adakahKerajaan membuat bantuan kepada negara-negaraterbabit baik melalui kerjasama dua hala ataumelalui pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.Apakah langkah-langkah yang Kerajaan ambii bagimemulangkan bayi dan kanak-kanak itu ke pangkuanumat Islam,

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che

Wan]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Ingin saya memaklumkan bahawa tempat-tempat yang dicadang-

kan oleh Yang Berhormat untuk mendirikan khemah-khemah

pelarian Bosnia-Herzegovina adalah membabitkan kawasan

negara-negara yang merdeka. Sekiranya ada khemah-kheraah

dibentukkan di negara-negara jiran tersebut, itu adalah

semata-mata atas jasa baik negara itu sendiri.

(b) Jumlah pelarian dari negara bekas Yugoslavia yang kini

berada di negara-negara Eropah mengikut laporan adalah

seperti berikut:-

German - 220,000 orang

Switzerland- 70,450 orang

Austria - 57,500 orang

Hungary - 50,000 orang

Sweden - 47,600 orang

Turkey . - 15,000 orang.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 21 -

Jumlah sebenar umat Islam Bosnia-Herzegovina antara saya

sebutkan tadi tidak dapat diketahui dengan tepat kerana

ianya bercampur dengan lain-lain agama.

Ingin saya menyatakan bahawa pemindahan orang—orang

pelarian ke negara-negara di Eropah bukanlah untuk

mengurangkan majoriti umat Islam di Bosnia. Mereka adalah

pelarian dari peperangan yang berterusan di negara mereka.

Sehingga kini hanya negara—negara Eropah Barat dan Turkey

yang sanggup menerima orang-orang pelarian ini. Malaysia

pula telah menerima seramai 130 orang kanak-kanak Bosnia

serta ibu mahupun penjaga mereka.

(c) Seperti yang saya terangkan di atas tadi, kanak-kanak

Islam Bosnia-Herzegovina dikeluarkan dari negara mereka

untuk menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa-mangsa

peperangan. Pihak saya belum mendengar secara rasmi

bahawa mereka ditukar aqidah. Sekiranya negara-negara

Islam khuatir mengenai kemungkinan ini, mereka harus

bersedia menerima kanak-kanak ini seperti dibuat oleh

Kerajaan Barisan Nasional dengan sokongan dan kerjasama

ABIM.

Tuan Abmad Shukri bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya ingin tahu adakah mana-mana Kerajaan Negeri yang

telah mempelawa, menjemput orang-orang pelarian Bosnia ini untuk

dijaga di negeri tersebut.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR. 19.11.92 -22-

Yang kedua, mengenai soalan (b) itu, saya ingin bertanya

pendapat Timbalan Menteri nampaknya Yang Berhormat yang bertanya ini

begitu concerned, begitu prihatin terhadap aqidah orang-orang Islam

di Bosnia-Herzegovina. Tetapi dia tidak begitu concerned terhadap

aqidah orang-orang UMNO dan orang Islam di Dewan ini yang mengatakan

kita menolak Al-Quran.

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,

yang pertamanya tidak ada mana-mana negeri di Malaysia lebih-lebih

lagi negeri yang diperintah oleh parti lslam yang membuat mana-mana

pelawaan untuk membawa pelarian Bosnia-Herzegovina ke negeri mereka.

Yang keduanya, memang begitulah politik sebuah parci yang ada

dalam negara kita ini untuk hendak memutar-belitkan keadaan.

Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Apakah rancangan-rancangan yang telah dibuat dan

langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dan negara-negara anggota

OIC yang lain bagi mengekalkan semangat kelslaman dan aqidah,

semangat kecintaan kepada tanahair dan meneruskan perjuangan di

kalangan pelarian-pelarian Bosnia-Herzegovina?

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,

saya telah jawab banyak kali dah tentang apa yang telah dibuat oleh

Malaysia khususnya dan lain-lain negara dalam OIC sendiri. Maka

saya kira tidak perlulah saya ulangi berulangkali kerana jawapannya

telah diberikan oleh saya dan lain-lain Menteri di Dewan yang mulia

ini.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR. 19.11.92 -23-

BELIA MENGANGGUR - PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS

10, Tuan James Jimbun anak Pungga minta Menceri Sumber Manusiamenyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menubuhkanJawatankuasa Khas bagi mengatasi masalah belia menganggur terutama.di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' M. Mahalingam]: Tuan

Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia tidak bercadang untuk

menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengatasi masalah belia menganggur

terutamanya di kawasan luar bandar di seluruh negara. Ini adalah

kerana pada masa ini telah terdapat 50 buah Pejabat Tenaga Rakyat di

seluruh negara yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia

yang telah ditubuhkan bagi membantu para pencari kerja untuk

mendapatkan pekerjaan.

Oleh itu, bagi para belia yang masih menganggur dan sedang

mencari pekerjaan mereka adalah dinasihatkan dan digalakkan untuk

mendaftar dengan Jabatan Tenaga Rakyat bagi membolehkan pihak

jabatan membantu mereka untuk mendapatkan pekerja.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Oleh kerana semua orang yang inginkan sesuatu mereka

terpaksa menubuhkan persatuan. Jadi, apakah Yang Berhormat oleh

kerana tidak mahu menubuhkan jawatankuasa mencadangkan supaya

penganggur-penganggur ini menubuhkan persatuan - "Persatuan

Penganggur" yang mana kitia berharap pemimpin-pemimpin mereka ini

oleh kerana mereka daripada penganggur tidak mendapat gaji yang

mahal seperti yang dibayar oleh TWU kepada Ahli Yang Berhormat dari

Puchong.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -24-

Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat adakah Kerajaan

bercadang untuk menubuhkan persatuan atau menggalakkan mereka,

menubuhkan persatuan untuk memperjuangkan kepentingan ahli-ahli dan

juga Kementerian membuat kawalan supaya pemimpin-pemimpin mereka

tidak mendapat gaji yang tinggi seperti yang dibayar oleh TWU kepada

Ahli Yang Berhormat dari Puchong.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, kalau baik kita

boleh menerima. [Ketawa]

Tuan Lau Dak Kee: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Menurut jawapan daripada Timbalan Menteri yang berkenaan, saya

hendak tahu sama ada Kementeriannya mengaku bahawa ada banyak lagi

pemuda-pemudi yang menganggur khasnya di kawasan-kawasan luar

bandar. Kalau ada, adakah ini satu tanda menunjukkan bahawa Barisan

Nasional tidak dapat mengatasi pengangguran di kawasan-kawasan

terpencil khasnya di luar bandar [Boo!]

Yang kedua, saya hendak tahu apakah langkah-langkah yang telah,

sedang dan akan diambil untuk mengatasi perkara ini oleh kerana

perkara pengangguran pemuda-pemudi telah wujud begiiu lama dan

sampai setakat ini masih menimbulkan persoalan atau pertanyaan?

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, lebih baik saya

jawap kedua-dua soalan sekaligus. Jangan main politik. Sebab

itulah kita bawa, sebab banyak kerja-kerja kosong ada di negara kita

sebab itu kita biar orang asing datang ke negara kita. Economic

growth, dengan izin, so big. That was only brought by the Barisan

Nasional Government. [Tepuk] Fahamlah itu.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -25-

Tuan Lau Dak Kee: [Bangun] [Menyampukl

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Sila ceruskan.

Dato' M. Mahalingan: Saya memberitahu di sini ada jawaCan

koaong di bidang teknikal 2,452, berdaftar. Non-professional

seperti di perladangan 20,679, pembuatan 35,317, pembinaan 446,

hotel 253 dan pada tahun hadapan di perladangan perlukan lagi

10,792. Macam mana ada penganggur?

PERDAGANGAN DUAHALA MALAYSIA DENGAN NEGARA BEKAS SOVIET

11. Tuan Mohamed Khaled bin Nordin minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakan:-

(a) sejauh manakah hubungan perdagangan negara dengannegara-negara bekas Soviet;

(b) sejauh manakah potensi hubungan perdagangan dengannegara-negara bekas Soviec; dan

(c) sejak kewujudan NAFTA dan EEC, sejauh manakah kesan danperkembangan dagangan negara dengan blok-blok tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri [Tuan S. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk

menjawab soalan:

(a) Negara-negara bekas Soviet adalah merupakan pasaran bukan

tradisional Malaysia. Perdagangan duahala Malaysia dengan

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -26-

negara-negara bekas Soviet pada tahun 1991 berjumlah RM431

juta iaitu kira-kira 0.1% jumlah dagangan negara Malaysia.

Eksport Malaysia ke negara-negara Soviet pada tahun

berkenaan berjumlah RM223 juta dan import Malaysia dari

negara tersebut berjumlah RM208 juta. Imbangan

perdagangan adalah menguntungkan Malaysia sebanyak RM15

juta. Perdagangan duahala dengan bekas Soviet sehingga

Julai 1992 berjumlah RM143 juca. Eksport Malaysia ke

negara-negara berkenaan telah mencatit RM36 juta dan

import Malaysia dari negara-negara bekas Soviet berjumlah

RM107 juta. Imbangan dagangan sehingga Julai 1992 adalah

merugikan Malaysia sebanyak RM71 juta.

(b) Negara-negara bekas Soviec mempunyai pocensi baik untuk

perdagangan duahala. Ini jelas kelihatan dari perangkaan

Malaysia untuk tahun-tahun sebelum proses reformasi

politik bermula di negara-negara tersebut. Pada tahun

1989 perdagangan duahala Malaysia dan negara-negara bekas

Soviet mencatit kemuncaknya apabila nilai perdagangan

duahala mencatit PM866 juta. Malaysia telah mengeksport

RM677 juta dan import RM209 juta pada tahun tersebut untuk

mendapat keuntungan dalam imbangan perdagangan sebanyak

RM468 juta.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 27 -

Masalah politik dan ekonomi yang dialami oleh

negara-negara bekas Soviet adalah salah satu sabab

peniaga-peniaga Malaysia tidak mengambil langkah-

langkah yang Lebih agresif untuk menceburi pasaran

Soviet. Walau bagaimanapun, keadaan ini dijangka

berubah apabila sistem politik dan ekonomi negara-

negara bekas Soviet menjadi lebih mantap.

(c) Kewujudan NAFTA dan mana-mana blok perdagangan

memang merupakan fenomena yang perlu diawasi oleh

Malaysia . Walau bagannanapun , perjanjian NAFTA di

antara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico" yang di-

tandatangani pada pertengahan tahun 1992 dijangka

akan berkuatkuasa pada Ihb Januari, 1994. Malaysia

tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap penubuhan

NAFTA selagi ianya tidak bercanggah dengan ketetapan

GATT. Walau bagaimanapun, Malaysia akan sentiasa

mengawasi kemungkinan-kemungkinan berlakunya peng-

alihan perdagangan dan pelaburan yang mungkin berlaku

di samping meneliti peluang-peluang perdagangan dan

pelaburan yang mungkin wujud. Dalam hubungan Ini,

Kerajaan sedang dan akan terus mengadakan

perbincangan dengan pihak swasta untuk mengarobil

peluang—peluang pasaran dan pelaburan yang muncul.

Mengenai EEC pula, adalah didapati bahawa

perdagangan Malaysia dengan negara anggota EEC telah

menunjukkan kemajuan yang baik. Perbandingan angka

perdagangan Malaysia dengan EEC untuk tahun 1990 dan

1991 menunjukkan peningkatan perdagangan sebanyak

18.4%.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 28 -

Perdagangan Malaysia dengan EEC telah meningkat dari-

pada MR23,418 juta yang dicapai pada tahun 1990 ke

MR27,736 juta dalam tahun 1991. Eksport Malaysia ke

EEC berjumlah MRll, 863 Juta Pada tahun 1990 dan

MR13,973 juta pada tahun 1991, manakala import

Malaysia dari SEC untuk tahun-tahun berkenaan adalah

MRl1,555 juta dan MR13,763 juta. Imbangan perdagangan

adalah menguntungkan Malaysia sebanyak MR307 juta

pada tahun 1990 dan MR210 juta pada tahun 1991.

Sehingga Julai 1992, perdagangan Malaysia dengan EEC

bernilai MR15,550 juta, iaitu satu tahap pencapaian

perdagangan yang boleh dibanggakan.

Tuan Chor Chee Heung; Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin bertanya ke pada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen,

dengan kewujudan NAFTA dan EEC, ini adakah pihak Kerajaan membuat

kajian sama ada, jika Malaysia menghadapi kesulitan, eksport

barangan ke pasaran NAFTA dan EEC akan diturunkan beberapa banyak

dart segi ringgit dan sen?

Kedua, memandangkan ekonomi-ekonomi baru seperti China,

Vietnam, Cambodia dan juga negara-negara bekas Soviet begitu luas

pasarannya bagi barangan eksport kita dan jika menghadapi sebarang

kesulitan dengan kewujudan NAFTA dan EEC, bukankah lebih baik kita

menumpukan konsentrasi kita kepada negara-negara yang saya sebutkan

tadi termasuklah Australia dan New Zealand? Sekian.

Tuan S.S. Subramaniam; Tuan Yang dt-Pertua, sebenarnya jika

NAFTA dan EEC akan mengikuti undang-undang yang telahpun ditetapkan

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 29 -

oleh GATT di bawah mana peraturan-peraturan boleh diikuti, saya casa

eksport negara kita kepada NAFTA dan EEC tidak akan diturunkan.

Inilah satu perkara yang sedang diawasi oleh Kerajaan oleh kerana

'rules of the game', dengan izin, oleh NAFTA dan EEC belum dikemuka-

kan dan belum diumumkan. Kita sedang awasi dan jika perlu,pihak

Kementerian sedang bersiap sedia untuk menggalakkan kilang-kilang

dan juga syarikat-syarikat negara kita untuk mewujudkan kilang-

kilang di Mexico dan lain-lain negara untuk mengambil peluang dalam

pasaran NAFTA dan EEC. Inilah satu langkah yang Kerajaan akan-ambil

jika perlu pada masa-masa akan datang. Tetapi selagi mereka meng-

ikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dengan GATT, saya

rasa Kerajaan tidak akan menghadapi apa-apa masalah.

Untuk menjawab soalan yang kedua, pasaran dengan negara-negara

Vietnam, Cambodia, CIS countries, Amerika Selatan dan sebagainya

sedang dikaji kerana ini adalah pasaran yang bukan tradisional.

Memang negara kita sedang mengikuti dan menggalakkan pasaran atau

perdagangan dengan negara-negara ini kerana kita tidak boleh ber-

gantung di atas pasaran tradisional sahaja iaitu EEC, Amerika

Syarikat dan sebagainya. Ini adalah satu langkah yang sedang

diambil oleh Kerajaan. Walaupun NAPTA dan EEC akan menghancur atau

mengancam perdagangan kita, tetapi kita akan terus mengambil

langkah-langkah untuk memajukan pasaran dengan negara-negara bukan

tradisional seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Adakah Yang Berhormat sedar bahawa memandangkan pergolakan pancaroba

politik di negara-negara bekas Soviet - saya nampak perhubungan

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 30 -

perdagangan tidak akan bertambah baik dalam beberapa tahun lagi -

adakah pihak Kementerian akan mempertimbangkan bahawa ada ramai

scientists, ramai technologist di negara-negara bekas Soviet yang

tidak mendapat pekerjaan dan mereka ini memang mempunyai kemahiran

di dalam kepakaran yang tertentu. Bolehkah secara perhubungan

perdagangan, negara kita rnendapatkan pakar-pakar seperti itu untuk

bekerja di negara ini sebagai satu cara untuk perhubungan perdaga-

ngannya? Adakah daripada MR27 bilion perdagangan dengan ESC ini,

sebahagian besarnya terdiri daripada perdagangan dengan United

Kingdom dan bukan dengan EEC pada keseluruhannya? Dengan itu

satu..,

Beberapa Ahli: Soalnya apa?

Dr. Tan Seng Giaw: Ini memang soalan, banyak soalan.

Timbalan Yang di-Pertus. [Tuan Ong Tee Keat]: Tetapi cuma

dibenarkan dua sahaja, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Tetapi ini baru soalan tambahan yang kedua

sahaja!

Beberapa Ahli: Sudah lebih dua. [Disampuk][Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

cukuplah.

Dr. Tan Seng Giaw: Soalan tambahan yang kedua sahaja. Jadi,

Tuan Yang di-Pertua, memang kita nampak sekarang di negara-negara

NAFTA telah wujud perang perdagangan (trade war) di antara Amerika

Syarikat dengan EEC. Adakah ini akan menjejaskan perhubungan

perdagangan dengan pihak Malaysia?

Tuan S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya

nampak ada empat soalan dan bukannya dua.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 31 -

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya keadaan politik di negara—

negara bekas Soviet sedang berubah, sistem ekonomi juga sedang

berubah dan kita masih sedang mengawasi perubahan dan perkembangan

di negara-negara bekas Soviet ini untuk kita mengambil peluang

perdagangan dengan. negara-negara tersebut, Hanya ada satu masalah

yang penting yang kita tidak dapat mengatasi sehingga masa sekarang

ialah untuk mendapatkan foreign exchange ataupun tukaran wang asing

daripada negara-negara itu. Oleh yang demikian, Kerajaan gadang

mengkaji bagaimana Kerajaan boleh mengatasi masalah ini untuk

mendapat lebih perdagangan dengan negara-negara tersebut. Seperti

yang telah saya katakan tadi, dalam tahun 1992 eksport kita ke

negara-negara CIS telah jatuh dan pertukaran wang asing inilah yang

menjadi masalah yang tidak dapat diatasi.

Kedua, untuk menggunakan saintis-saintis dan lain-lain orang

mahir daripada negara-negara bekas Soveit adalah satu cadangan baik,

tetapi saya tidak tahu bagaimana kita boleh menggunakan bahasa

Russia dalam negara kita. Tetapi walau bagaimanapun, kita akan...

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

berilah Setiausaha Parlimen teruskan jawapannya.

Dr. Tan Seng Giaw: Saya minta penjelasan, bolehkah? Beliau

memang gentleman. Kebanyakan pakar-pakar saintis ini memang

memahami bahasa Inggeris. Yang Berhormat Setiausaha. Parlimen mesti

tahu ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat]: Cukuplah, Yang

Berhormat.

Tuan S.S. Subramaniam: Jlka keadaan ialah- begitu, saya rasa

lebih senang dan lebih mudah untuk kita menggunakan bekas saintis-

saintis dan pakar-pakar yang mahir khasnya daripada negara-negara

Islam dalam CIS, dan kita akan mengkaji cadangan ini dengan

meadalam.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 32 -

Berkaitan dengan perdagangan dengan EEC khasnya dengan United

Kingdom, saya rasa $27 bilion itu ialah meliputi semua perdagangan

dengan negara-negara EEC. Sebenarnya perdagangan dengan United

Kingdom sahaja hanya menjadi satu bahagian sahaja, bukan. satu

bahagian yang besar.

Pada akhirnya soalan empat, iaitu masalah berkaitan dengan

trade wall antara negara Amerika Syarikat dengan EEC, saya rasa itu

akan membantu kita untuk kita mendapat lebih pasaran di dalam kedua-

dua negara itu.

LEBUHRAYA SERIAN/TEBEDU/SEMPADAN INDONESIA - PEMBINAAN

12. Tuan Richard Riot Anak Jaem minta Menteri Kerja Raya menyatakantarikh sebenar projsk pembinaan jalanraya besar Serian/Tebedu/Sempadan Indonesia, yang ditunggu-tunggu itu yang sepatutnya dimula-kan pembinaannya pada penghujung tahun lalu dimulakan.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Peter Tinggom anak

Kamarau]; Tuan Yang di-pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

tender bagi pembinaan jalanraya ini telahpun diputuskan . Walau

bagaimanapun, kerja-kerja masih diserahkan kepada kontraktor kerana

masih menunggu keputusan tambahan siling yaug diperlukan. Sektranya

permohonan tambahan siling diluluskan oleh Kerajaan, projek

pembinaan jalanraya besar Serian, Tebedu sempadan Indonesia dijangka

akan dapat dimulakan pada awal tahun 1993.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR. 19.11.92 - 33 -

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Soalan tambahan. Bilakah

feasibility study, dengan izin, untuk pembinaan jambatan Durin di

Sibu di Negeri Sarawak akan dijalankan, dan berapa kosnya.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, berapa lama ia perlu ditunggu untuk

Kerajaan Persekutuan mempertingkatkan jalan-jalan di Negeri Sarawak

sehingga setaraf dengan jalan-jalan di Seraenanjung.

Datuk Peter Tinggom anak Kamarau: Tuan, Yang di-Pertua, perkara

ini tnemang terkeluar dari soalan asal. Jadi, saya rasa kalau Yang

Berhormat dari Sibu akan menanya di dalam Jawatankuasa nanti, boleh

saya beri keterang yang cukup.

AHLI MAJLIS TEMPATAN - LAWATAN SAMBIL BELAJAR

13. Tuan Ahmad bin Nor minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan mengapa Ahli-ahli MajLis Tempatan membazir wangrakyat dan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk menganjur lawatan-lawatan sambil belajar keluar negeri sedangkan setiap MajlisTempatan sentiasa kekurangan pendapatan bagi membiayai programpembersihan dan keindahan di kawasan masing-masing, dan bolehkahdihadkan lawatan-lawatan sambil belajar ini dilakukan antara negeri-negeri di Malaysia sahaja.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Tuan Osu bin

Haji Sukam]: Tuan Yang di-Pertua, lawatan sambil belajar oleh Ahli-

ahli Majlis Pihakberkuasa Tempatan keluar negeri adalah bertujuan

memberi pendedahan kepada ahli-ahli Majlis berkenaan terhadap

pengalaman-pengalaman dan pengetahuan-pengetahuan yang baru yang

mungkin dapat digunakan untuk memajukan lagi Pihakberkuasa Tempatan

yang berkenaan.

Selain daripada itu, beberapa faedah sampingan seperti meng-

galakkan pelancongan dan mewujudkan perhubungan perdagangan dan

pelaburan juga diperolehi. OLeh itu, lawatan tersebut tidak

dirumuskan sebagai membazir. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 34 -

Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedar kemungkinan terdapat sese-

tengah lawatan oleh ahli-ahli Wajlis Pihakberkuasa Tempatan ituyang

matlamatnya dan faedah boleh dipersoalkan. Menyedari hakikat ini,

maka Kementerian Perumahan dan Kerajaan, Tempatan menyediakan satu

garispanduan untuk digunapakai oleh semua Pihakberkuasa Tempatan di

Semenanjung Malaysia dalam merancang dan mengadakan lawatan ke luar

negeri. Dengan adanya garispanduan tersebut lawatan-lawatan yang

tidak berfaedah tidak akan berlaku lagi.

Berhubung dangan pembiayaan Program Bersih dan keindahan

kauasan di dalam kawasan Pihakberkuasa Tempatan, sukacitalah

dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan ada memperuntukkan kepada

pihakberkuasa Tempatan untuk membiayai projek-projek bagi meningkat-

kan mutu kebersihan dan keindahan di kawasan Pihakberkuasa

Tempatan. Kerajaan Persekutuan melalui 'Program Bersih dan Indah'

memperuntukkan sebanyak $31.8 juta untuk tempoh lima tahun kepada

Pihakberkuasa Tempatan yang terlibat melaksanakan projek-projek

pembinaan seperti taadas awam, membekalkan tong sampah, membina

pondok menunggu bas, menanam pokok bunga dan Landscape,

Di samping peruntukan ini, Kerajaan Persekutuan juga memberi

peruntukan kepada pihakberkuasa Tempatan bagi melaksanakan projek-

projek kecil yang dapat membantu membangunkan kawasan Pihakberkuasa

Tempatan berkenaan. Kerajaan persekutuan mengenakan peraturan yang

ketat bagi mempastikan peruntukan yang diberikan kepada Pihak-

berkuasa Tempatan menggunakan tanpa membazir.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Masa untuk

Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut telahpun tamat.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan4 dan

bagi Pertanyaan No. ̂ /14 hiagga 26 akan dimasukkan dalam naskah

bercetak kelak]

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 35 -

Tuan Shahidan bin Kassim: Dengan takzimnya saya bangun di bawah

Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) untuk membawa satu usul supaya Yang

Berhormat Ahli dari Pengkalan Cepa, Tuan Haji Nik Abdullah bin Nik

Arshad dirujuk kepada Jawtankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Usul

saya ini adalah seperti berikut. Bahawa Dewan yang mulia ini

hendaklah merujuk Yang Berhormat dari Pengkalan Cepa, Tuan Haji Nik

Abdullah bin Arshad.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat); Yang Berhormat...

Tuan Shahidan bin Kassim: .. . .kepada Jawatankuasa Hak dan

Kebebasan Parlimen....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat .-...

Tuan Shahidan bin Kassim: ,...atas sebab-sebab seperti berikut:

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat....

Tuan Shahidan bin Kassim; Yang pertama, sewaktu....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Saya panggil Yang

Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, saya taha.

Yang Berhormat, biasanya kalau usul sepertimana yang dibacakan atau-

pun yang ingin Yang Berhormat bacakan, itu cukup jelas dan akan

dimasukkan ke dalam Kertas Aturan Mesyuarat, dan Yang Berhormat

tidak payah membaca isi kandungannya.

Tuan Shahidan bin Kassim: Sebab benda kita hendak rujuk kepada

Hak dan Kebasan dan perlu disegerakan.

Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, saya faham

itu, sebab pernah juga di dalam Dewan yang mulia ini ada usul yang

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 36 -

sedemikian dibangkitkan, Yang Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tapi, apakah peraturan, sebab saya

diminta hantar surat, jadi saya hantar suratlah,sekarang saya

hendak baca.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya .

Tuan Shahidan bin Kassim; Sebab Dewan ini perlu membincang dan

merujuk kepada Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

saya sudah cakap, Yang Berhormat tak payah baca isi kandungannya.

Semua usul yang telahpun diserahkan pada Pejabat Yang di-Pertua,

akan dimasukkan dalam Kertas Peraturan Mesyuarat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Adakah akan dibincangkan dalam

Parlimen ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ini Yang Berhormat

patutlah faham tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14(2) dan juga

15(1).

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Ya, Batang Lupar

yang bangun . Ada apa, Yang Berhormat.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini saya bangun di bawah 14(0)

berhubung dengan perkara....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Kosong, macammana?

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tak adakah?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tak ada, Yang

Berhormat.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: 14(0). Ini "0" macam kosong

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 37 -

Tuan Yang di-Pertua, sebab tidak beri peluang tadi. Di bawah itu

berhubung dengan Perkara 10(4), sudah baca 10(4)?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Apa Yang Berhormat

hendak bangkitkan?

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini persoalan Hansard Semalam

ada satu persoalan dibangkit dan ada suara- suara yang terkeluar

daripada sana mengatakan 'bodoh'.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Yang Berhormat.. . .

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Lepas itu saya jawab percakapan

'bodoh' itu tak ada masuk dalam Hansard ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

nanti dahulu.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Maknanya saya tak jawab, orang

kata bodoh.

Timbalan Yang di-Pcrtna [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini saya hendak masuk dalam

Hansard.

Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

saya rasa perkara semacam ini tak payahlah Yang Berhormat bangkitkan

atas point of order. Yang Berhormat, cukuplah.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; Tuan Yang di-Pertua, macam mana

hendak masuk dalam Hansard, percakapan sudah keluar semalam hendak

masuk dalam Hansard.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Saya rasa

pembetulan Yang Berhormat rasa wajar dibuat, Yang Berhormat boleh

berhubung dengan Urusetia dan buat pembetulan yang dicadangkan.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 38 -

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya minta Urusetia buat

pembetulan, saya tak bawa tape. Lain kali saya boleh bawa tape.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Itu terpulanglah

Yang Berhormat.

USUL MENANGUHKAN MESYUARATDI BAWAH PERATUBAN MESYUARAT 18

Penjualan Tanah DBKL Kepada Kuala Lumpur Golf and Country Club

3.37 ptg.

Tuan Wee Choo Keong [Bukit Bintang]; Terima kasih, Tuan Yang

di-Pertua. Dengan hormatnya saya ingin memberi notis bersurat di

bawah Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat 18(2) untuk mencadang-

kan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan dengan tujuan merunding

satu perkara tertentu berkenaan dengan kepentingan orang ramai yang

berkehendak disegerakan. Usul saya berbunyi seperti berikut:

Bahawa Dewan ini di bawah Peraturan Majlis

Mesyuarat 18 memberi izin kepada Yang Berhormat Wee

Choo Keong, Ahli Parlimen kawasan Bukit Bintang

mencadangkan supaya Majlis Mesyuarat Dewan ini

ditangguhkan untuk tujuan merundingkan suatu perkara

tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang

berkehendak disegerakan iaitu perkara berkenaan

penjualan tanah 365 ekar oleh Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur (DBKL) kepada Kuala Lumpur Golf and Country

Club Sdn. Bhd. dengan harga pemerolehan DBKL daripada

Kerajaan Persekutuan.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 39 -

Yang Berhormat Tuan Wee Choo Keong telah membangkitkan perkara

tersebut pada lOhb November 1992 semasa mengambil bahagian dalam

perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 1993 di mana Dewan ini

telah dimaklumkan bahawa DBKL telah memperolehi sebidang tanah

seluas 365 ekar di Bukit Kiara daripada Kerajaan Persekutuan

beberapa tahun yang lalu dengan harga $59,725 seekar. Tanah

tersebut pada mulanya diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan daripada

pihak swasta untuk tujuan menjadikannya sebagai tanah perkuburan

negara (national mausoleum), dengan izin. Tetapi pada 6hb Jun 1991,

DBKL telah menandatangani dua perjanjian pajakan (lease agreement)

yang berkuatkuasa selama 96 tahun dengan Kuala Lumpur Golf and

Country Club Sdn. Berhad (KLGCC), di mana tanah tersebut diperolehi

oleh KLGCC dengan harga $59,725 seekar, iaitu harga yang sama dengan

harga pemerolehan DBKL daripada Kerajaan. Persekutuan, sedangkan

tanah tersebut pada masa itu sudah berharga lebih kurang $1 juta

seekar.

Tujuan KLGCC memperolehi tanah tersebut adalah untuk

memajukannya menjadi sebuah padang golf dan kelab rekreasi yang

nyata sekali telah menyeleweng daripada tujuan asal Kerajaan

Persekutuan memperolehi tanah tersebut melalui pengambilan tanah

secara wajib (compulsory acquisition), iaitu kononnya merancang

menjadikan tanah tersebut sebagai tanah perkuburan negara.

Penjualan tanah tersebut telah dijalankan tanpa sebarang tawaran

terbuka (open tender) , laporan penilaian (valuation report) ataupun

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 40 -

nasihat daripada Peguam Negara.

KLGCC adalah dikuasai oleh sebuah syarikat asing dari Singapura

iaitu Lam Chang Holding Limited. Syarikat ini menguasai KLGCC

melalui Solarvest 5dn. Berhad. Jumlah modal kedua-dua syarikat

tersebut adalah $12 juta sahaja sementara bayarau keahlian untuk

menyertai KLGCC adalah $70,000 seorang. Bayaran $70,000 daripada

seorang ahli sahaja sudah cukup untuk membeli seekar tanah teraebut,

dan nasih terdapat baki lagi membina sebuah rumah kos rendah.

Pada 26hb Februari 1992, KLGCC telah menerima 698 orang ahli

dan ini bererti KLGCC telahpun berjaya mengumpul wang yuran keahlian

sejumlah $48.96 juta.

Pada ketika ini KLGCC sedang mempelawa kumpulan ahli yang kedua

di mana bayaran keahlian adalah $90,000 seorang. Ini bererti Lam

Chang akan dapat mengumpul wang sejumlah $27 juta lagi tanpa menitis

setitis peluh pun. Ini juga bermakna bahawa jumlah kedua-dua

kumpulan yuran keahlian yang dikumpul sudah mencukupi untuk

membiayai bayaran tanah tersebut.Dengan pengambilan ahli yang

begitu ramai, bersama dengan jumlah wang yang besar, Lam Chang tidak

perlu mengeluarkan sebarang modal untuk membina padang golf.

Kentungan yang berjumlah beratus-ratus juta ringgit juga sedang

menunggu.

Lima perenggan telah dipotong.

Melainkan sesuatu tindakan dilakukan untuk menjelaskan perkara

ini dengan seberapa segera yang mungkin, perkara ini sudah tentu

akan mencemarkan imej dan nama negara ini dan seterusnya menjejaskan

keyakinan rakyat terdapat Kerajaan.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 41 -

Penjualan tanah utama ini dengan harga yang amat murah, sudah

tentu menjejaskan kepentingan negara dan Kerajaan Barisan Nasional

mempunyai tanggungjawab untuk mengambil balik tanah tersebut demi

kepentingan bangsa [Tepuk] dan nusa, agar kita tidak ditertawakan

oleh negara asing,

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang

Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah

Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Yang Berhormat Ahli dari kawasan

Bukit Bintang pada 19 November 1992.

Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan tadi oleh Yang

Berhormat sendiri. Bagi membolehkan perkara iui dipertimbangkan

oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua

hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli

Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Sayrat yang pertama ialah

bahawa perkara adalah perkara yang tertentu. Syarat yang kedua, ia

adalah bagi kepeatingan orang ramai. Dan syarat yang ketiga ialah,

ia berkehendakkan disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara

ini adalah perkara yang tertentu. Dan ia adalah bagi kepentingan

orang ramai. Tetapi pada fikiran saya, perkara ini tidak perlu

disegerakan kerana mana-mana pihak boleh mengambil apa-apa tindakan

pada bila-bila masa pun.

Selain daripada itu, saya telah difahamkan bahawa Kerajaan

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 42 -

telahpun mengambil balik seluas 1,514 ekar tanah di Bukit Kiara itu

semenjak tahun 1975 dengan harga $32,000 seekar. Tanah-tanah iai

adalah untuk kegunaan awam termasuk rekreasi, rancangan perumahan

dan pusara negara. Pusara negara hanya memerlukan beberapa ekar

sahaja dan tanah yang masih baki tidak terpakai adalah sebanyak 492

ekar lagi dan sebahagian darinya boleh digunakan sebagai pusara

negara. lni bukanlah bermakna dengan adanya padang golf ini, pusara

negara tidak boleh diadakan lagi.

Saya difahamkan lagi, pada akhir tahun 1988, Kerajaan berhajat

untuk membangunkan baki tapak tanah tersebut secara penswastaan.

Kerajaan telah bercadang hendak menjadikan sebahagian dari tanah ini

sebagai padang golf yang bertaraf antarabangsa. Keputusan untuk ini

telah dibuat oleh Kerajaan dalam mesyuaratnya di Perbendaharaan

Malaysia pada 8hb Februari 1989 dan Kerajaan telah mengarahkan Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur untuk melaksanakan projek ini. Dan DBKL

telahpun mempelawa beberapa syarikat tempatan dan luar negeri untuk

menyertai projek memajukan tanah tersebut secara penswastaan.

Dua syarikat telahpun mengemukakan cadangan pembangunan dan

setelah penilaian dibuat, ia didapati bahawa cadangan dari Syarikat

Solarvest Sdn. Berhad adalah menepati keperluan yang ditetapkan oleh

DBKL, berdasarkan kepada dua aspek iaitu pelan susunatur yang

komprehensif dan kedudukan kewangan yang kukuh.Dengan demikian,

pemajakan tanah itu telahpun diberikan kepada syari-kat yang

berkenaan dan diharapkan projek ini akan memberi faedah kepada

negara dengan kemasukan pelancong—pelancong ke negara kita. Segala

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 43/44 -

tuduhan rasuah atau penyelewengan yang dibuat oleh Ahli Yang

Berhormat dari Bukit Bintang adalah sebagai tuduhan semata-mata dan

tidak ada apa-apa bukti yang berasas yang telah dikeluarkan.

Oleh yang demikian, saya menolak Usul ini. [Tepuk]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG PERIKANAN (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta

Perikanan 1985; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri

pertanian; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua

pada Mesyuarat kali ini.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1993

DAN

. USUL

ANGGARAH PEMBANGURAN 1993

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi pertirabangan atas "Rang

Undang-undang Perbekalan 1993 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan

1993 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis". [Hari Pertama]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa,

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 45 -

Jadual —

3.50 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Loke Yuen Yow]: Tuan

Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tldak lebih

daripada $21,737,014,060 yang diperuntukkan dalam Anggaran

Belanjawan 1993 di bawah Maksud B. 1 hingga 3.56 bagi Kementerian-

kementeriari dan Jabatan-jabatan berkenaan dijadikan jadual dan wang

sejumlah tidak lebih daripada $11,854,471,720 yang diperuntukkan

dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 1993 di bawah Maksud P. 7,

P.8, P.14, P.16 hingga P.28, P.31 hingga P.32, P.34 hingga P.37,

P.39 hingga P.40 dan P.43 hingga P. 57 bagi Kementerian-kementerian

dan Jabatan-jabatan seperti ditunjukkan dalam Buku Anggaran

Belanjawan Persekutuan 1993 yang dibentangkan sebagai Kertas

Perintah 26 Tahun 1992 dijadikan Anggaran Perbelanjaan.

Tuan Pengerusi, saya tidak berhajat untuk meraberi ucapan yang

panjang dalam peringkat Jawatankuasa ini oleh kerana Yang Berhormat

Menteri Kewangan telahpun menghuraikan tujuan-tujuan utama mengenai

peruntukan Anggaran Perbelanjaan yang dicadangkan itu dalam Ucapan

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 46 -

Belanjawan Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 30hb Oktober, 1992

yang lalu. Di samping itu, penjelasan-penjelasan lanjut mengenai

peruntukan Anggaran Perbelanjaan ini boleh juga didapati dalam

penyata daripada Kementerian Kewangan mengenai Anggaran Perbelanjaan

Persekutuan 1993 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 25 Tahun

1992.

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

Maksud B.l, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9, B.10,B.ll, B.12, dan B.13 [Jadual] -

Maksud P.7 dan P.8 [Anggaran Pembangunan 1993] -

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Kepala 3.1 hingga 3.13 di

bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas, Arau.

3.54 ptg.

Tuan Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Pengerusi, yang pertama

saya hendak membincang di bawah Maksud B.l. Saya sekali lagi

mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat. Menteri

Kewangan kerana telah berjaya menyampaikan Ucapan Belanjawan dan

juga Belanjawan yang begitu baik sehingga mengukuhkan kedudukan

ekonomi negara. Saya hendak ucapkan tahniah ini kerana kedudukan

pasaran saham sekarang ini telah sampai ke tahap yang cukup

membanggakan.

Tuan Pengerusi, yang pertamanya fasal Urusan Parlimen di bawah

01000, saya ingin menyentuh tentang pentadbiran mengenai Dewan

Negara dan juga Dewan Pakyat, Yang pertama, fasal Wakil-wakil

Rakyat. Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana

telah bersimpati dan juga bertimbang rasa untuk menaikkan elaun

Wakil-wakil Rakyat sampai ke tahap yang sesuai dengan pindaan yang

telah dibuat kepada kakitangan Kerajaan di bawab SSR. Tetapi di

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR. 19.11.92 - 47 -

sini ada satu kemusykilan yang saya minta Kerajaan mempertimbangkan

iaitu berhubung dengan hak kelayakan. Kita dapati sebelum kenaikan

eiaun itu dibuat, kedudukan Ahli-ahli Parlimen disamakan dengan

pegawai-pegawai dalam Tingkatan Tertinggi "F" . Tetapi dengan

kenaikan baru ini, saya lihat ia mirip kepada Tingkatan Tertinggi

"E" dan juga "D". Tetapi ada beberapa perkara yang ada hubung-kait

dengan kedudukan Wakil-wakil Rakyat yang berbeza dengan Wakil-wakil

Rakyat daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri kerana elaun Ahli-

ahli Dewan Undangan Negeri diberi sesuai dengan kedudukan elaun

mereka sekarang. Tetapi dari segi hak ataupun perkara-perkara yang

lain, tidak sama di antara sebuah negeri dengan negeri dan juga

Ahli-ahli ParLimen.

Yang lain-lain, saya berpuas hati, cuma yang kita hendak minta

Kerajaan mempertimbangkan ialah berhubung dengan pinjaman perumahan

dan juga kereta. Pada masa sekarang, Kerajaan telahpun memberikan

kenaikan baru iaitu kereta daripada $20,000 telah dinaikkan kepada

$24,000 dan pinjaman perumahan daripada $60,000 kepada $72,000, Ini

adalah satu angka, kalau pegawai-pegawai Kerajaan tengok pun, adalah

satu angka yang susah kita hendak fikir apa yang boleh dibuat dengan

pinjaraan yang dibenarkan.

Dalam masa yang sama, Ahli-ahli Parlimen ataupun Wakil-wakil

Rakyat telah diminta untuk tidak campur dalam perniagaan dan lain-

lain lagi. Jadi, saya minta supaya kedudukan ini disamakan dengan

kedudukan kelayakan elaun mereka. Kalau sekiranya, sama dengan

Tingkatan Tertinggi "E" pads. masa skim yang Lama, maka ianya mesti

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 48 -

disamakan dengan kemudahan-kemudahan lain seperti pinjaman kenderaan

dan juga pinjaman perumahan. Saya tengok kalau Tingkatan Tertinggi

"G", kalau saya masih ingat pada masa Lepas, pinjaman perumahan

ialah $190,000. Kalau Tingkatan Tertinggi "E" , saya kurang pasti

berapa kelayakannya. Demikian juga dengan pinjaman kenderaan.

Kalau boleh, diberikan sampai boleh membeli sebuah kereta Proton

Saga kerana untuk $24,000, kita masih dan terpaksa membeli kereta

Proton Saga yang second-hand dan sebagainya . Jadi, kita min ta

supaya ini dipertimbangkan dan apabila dipertimbangkan, ianya akan

bersesuaian ataupun bersamaan dengan elaun yang telah diberikan.

Kemudiannya, saya minta supaya keistimewaan-keistimewaan atau-

pun hak-hak ini diselaraskan di antara Kerajaan-kerajaan Negeri.

Sebagai contohnya, ada sebuah Kerajaan Negeri membenarkan pinjaraan

untuk Wakil-wakil Rakyat Negeri sampai $100,000 yang berlainan dari-

pada kelayakan yang diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen, pada hal

elaun meraka adalah rendah. Kalau mengikut elaun yang baru ini,

mereka adalah di pertngkat Tingkatan Tertinggi "F" ataupun "G",

tecapi elaun perumahan mereka melebihi. Jadi, saya minta supaya ini

dipertimbangkan dan diselaraskan.

Kemudian yang berikutnya ialah tentang kedudukan Wakil-wakil

Rakyat. Tuan Pengarusi, di bawah Pentadbiran Wakil-wakil Rakyat ini

sudah sampai masanya peraturan-peraturan - ini saya bukan cakap

dasar tetapi ini adalah di bawah Committee Stage berhubung dengan

Pentadbtran WakiL Rakyat - peraturan-peraturan di bawah Persidangan

Parlimen ini ditentukan supaya hak percakapan kita atau hak untuk

kita berbahas ini ialah sebagaimana yang telah ditentukan dalam

Peraturan Mesyuarat.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 49 -

Saya lihat terdapat Wakil-wakil Rakyat, terutamanya pihak

Pembangkang, yang mengambil kesempatan daripada mungkin kekurangan

dalam Peraturan Mesyuarat untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat

dan untuk menunjukkan perbuatan-perbuatan yang kurang-manis semasa

Persidangan dibuat. Sebagai contohnya, perkataan-perkataan kesat

dikeluarkan, kemudian ditarik balik dengan sewenang-wenangnya.

Seolah-olah dengan ditarik balik bermakna kita boleh lemparkan apa

sahaja kepada orang-orang yang kita hendak katakan. Contohnya,

macam perkataan "bodoh", selepas itu ditarik balik tetapi perkataan

itu telahpun dikeluarkan. Jadi, di mana peraturan yang boleh

membenarkan kita tidak boleh sebut "bodoh", tidak boleh sebut

"kurang ajar". Kami ini terikut-ikut sebab kita dituduh. Sebagai

contohnya, dikeluarkan perkataan "bodoh". Jadi, kita tidak ada

pilihan, sebagai manusia biasa yang dalam kedudukan berbahas ini,

kita terpaksa mengatakan balik. Tetapi ini merupakan kekurangan-

kekurangan dalam Peraturan Mesyuarat yang harus diperinci untuk

membolehkan supaya mereka ini tidak berleluasa dengan perkataan-

perkataan.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 50 -

Kemudiannya, ada perkara-perkara yang Ahli Parlimen tidak lut

ataupun hak mereka tidak boleh dipertahankan walaupun mereka

bercakap di Parlimen.

Yang pertamanya, kalau sekiranya mereka menyentuh Raja-raja dan

juga yang melibatkan Akta Hasutan 1948. Jadi, contohnya semalam,

yang saya rasa hak Tuan Yang di-Pertua untuk menentukan bahawa

perkara ini bukan sahaja ditarik balik tetapi diminta maaf. Kalau

sekiranya ini adalah bukan lagi hak Dewan tetapi merupakan hak Tuan

Yang di-Pertua ataupun mungkin. hak Kerajaan. Contohnya, Ahli

dari Pengkalan Chepa yang menuduh Ahli-ahli daripada Barisan

Nasional walaupun dia menyebut di sini perkataan "puak-puak", Saya

minta pengarang-pengarang Harakah dan juga penyokong-penyokong PAS

di belakang sana tolong tengok di sini. Tujuan saya bukan untuk

melibatkan sesiapa tentang perkara ini. Tetapi tengok apa yang dia

kata, "puak-puak ini saya tahu mereka tidak mahu Al-Quran". Ini

satu tuduhan yang dibuat dan saya telah minta supaya perkara ini

ditarik balik. Kita kena ingat ini merupakan satu perkara di mana

di kalangan orang-orang Islam, kalau orang tuduh kafir, dia sanggup

mati kalau sekiranya orang tuduh dia kafir ataupun orang tuduh dia

tidak menerima Al-Quran. Orang Islam mesti menerima Al-Quran.

Kalau tidak menerima Al-Quran, orang Islam apa? Islam mesti

menerima Al-Quran.

Jadi, sekali gus kita mesti ada peraturan yang memastikan orang

yang berkenaan dia terlibat. Kita tidak perlu lagi menunggu saya

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 51 -

bawa usul dan sebagainya tetapi dia harus dirujuk, mesti dirujuk

kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ataupun dia mesti menarik

balik dan meminta maaf kepada semua orang-orang Islam yang ada di

dalam Dewan ini sebab dia menyebut "puak-puak". Jadi, sekali gus

"puak-puak" ini siapa dia? Kononnya, dia tidak sebutkan mana-mana

pihak tetapi dia berbincang dan berbahas sekarang ini dengan

orang-orang Barisan Nasional. Jadi, sekali gus dia mesti meminta

maaf.

Di mana ada peraturan untuk membolehkan kita supaya orang yang

bercakap semacam ini, meminta maaf. Tidak ada peraturan tetapi kita

boleh merujukkan yang dia ini' masuk di bawah Akta Hasutan ataupun

perkara-perkara yang melibatkan agama dan juga Raja-raja yang tidak

boleh disentuh di Parlimen. Saya ingat bukan lagi hak saya sebagai

Ahli Dewan ini tetapi hak Dewan sendiri menentukan supaya ianya

ditarik balik. Kalau tidak, saya terpaksa membawa perkara ini

tiap-tiap hari untuk memastikan perkataan itu ditarik balik.

Tuan Pengerusi, kita pernah mendengar pada masa-masa yang

lepas, orang-orang UMNO telah dituduh kafir. Orang-orang Barisan,

memanglah yang bukan Islam tetapi orang-orang UMNO dituduh kafir.

Kita membiarkan perkara itu berlalu. Sekarang ini dalam Dewan yang

mulia ini orang daripada parti yang sama sanggup menuduh kumpulan

orang Islam lain tidak mengikut Al-Quran. Yang menghairankan saya,

terdapat rakan-rakan yang lain, mungkin Ahli dari Marang boleh

menasihatkan sahabat di sebelahnya ataupun Rantau Panjang

menasihatkan sahabatnya supaya menarik balik. Saya hairan kalau

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 52 -

sekiranya penyokong-penyokong PAS menganggap bahawa apa yang dia

kata itu betul, jadi apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin PAS

semua mesti betul walaupun dalam menuduh orang itu kafir ataupun

orang itu tidak menerima Al-Quran.

Pencatit-pencatit. Saya, Ahli Barisan Nasional dan juga orang

lain sebagai bukti pada hari iuu dia menyebut, "mereka menolak

Al-Quran." Dia tidak kata, "mereka tidak mahu" tetapi

pencatit tulis "tidak mahu". Saya pun tidak. tahu tetapi kalau ada

tape, boleh ulang balik. Saya masih ingat, terawang-awang di kepala

saya, dia kata, "menolak" tetapi pencacit tulis "tidak mahu". Saya

hormat pencacit tetapi macam mana pun, saya hendak dengar tape

balik, yang ini ialah yang sebenarnya dia kata "menolak Al-Quran",

yang lebih berat lagi daripada "tidak mahu". Saya minta Tan Sri

Pengerusi, di bawah Hak dan Kebebasan Ahli-ahli Parlimen ini, bukan

hak dan kebebasan untuk melutu siapa-siapa sahaja ataupun mengata

siapa-siapa sahaja.

Saya menganggap perkara ini ialah perkara yang serius kerana

ianya melibatkan umat-umat Islam dan saya minta supaya Ahli yang

berkenaan atas nama Hak dan Kebebasan di Parlimen ini dan juga di

Parlimen yang mulia ini supaya Ahli yang berkenaan yang pertama

meminta maaf kepada kami semua.

Yang kedua, meminta maaf kepada penyokong-penyokong kami, orang

Islam. Dan yang ketiganya, meminta maaf kepada semua orang Islam.

Saya ingat tidak ada salah kalau sekiranya bukan apa yang dia cakap

itu semuanya betul - tidak salah. Saya ingat kalau dia tarik balik,

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 53 -

kita tidak akan menggunakan ini sebagai mileage politik uncuk

menghantaranya balik - tidak! Ini kesalahan, dia tersilap cakap, dia

bukan manusia yang perfect, dengan izin, maksium. Dia memang

terlibat dengan kata-kata yang mungkin dia tersalah sebut dari masa

ke semasa, Ini kesalahan teknik tetapi kesannya besar. Jadi, apa

salah sebagai seorang pemimpin agama, sebagai seorang yang tahu

tentang agama, memohon maaf secara terbuka. saya ingat tidak ada

orang di sini yang hendak mengambil kesempatan untuk mencari

political mileage dan sebagainya,

Jadi, saya minta Yang Berhormat berkenaan sebab perkara ini

adalah perkara yang cukup sensitif. Kalau sekiranya ada kawan-kawan

kita bawa Hansard balik ke kawasan, ini merupakan tamparan yang

hebat kepada parti yang berkenaan. Tetapi ini bukan soal parti

lagi. Ini adalah soal orang-orang Islam. Orang-orang PAS sendiri

di kawasan saya, saya sudah telefon semalam, mereka kata kalau macam

itu pemimpim PAS cakap, kami tidak akan sokong PAS lagi. Saya kata

jangan menggunakan ini untuk tidak menyokong PAS, saya tidak

bersetuju. Tetapi saya kata kalau tidak mahu sokong PAS sebab dia

punya perjuangan tidak betul, okay, sebab saya tidak mahu

menggunakan ini untuk tujuan politik dan sebagainya. Saya mahu ini

ialah demi kepentingan orang Islam. Kita tidak mahu mana-mana

kumpulan orang Islam yang lain untuk menuduh bahawa ada kumpulan

orang Islam yang menolak Al-Quran.

Saya beritahu Tuan Pengerusi, saya minta maaf supaya ini bukan

lagi menunggu daripada Ahli Parlimen yang mengikut Peraturan

Mesyuarat ini untuk merujuk Ahli yang berkenaan kepada Jawatankuasa

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 54 -

Hak dan Kebebasan tetapi merupakan hak Parlimen dan juga hak Tuan

Pengerusi sendiri untuk mengambil tindakan kerana dia telah

melanggar Akta Hasutan dan dia bercakap perkara-perkara yang tidak

dibenarkan disentuh di dalam Parlimen ini iaitu perkara-perkara yang

berhubung dengan hak istimewa orang-orang Melayu, Raja-raja, agama

Islam dan sebagainya. Jadi, perkara-perkara ini memang tidak boleh

sebut. Apabila tidak boleh sebut, sudah tersebut mesti dibuat

sesuatu supaya perkataan itu ditarik balik dan diminta maaf.

Jadi, saya minta di bawah Pentadbiran Parlimen ini, dibuat

sesuatu untuk membolehkan Peraturan Mesyuarat kita ataupun Peraturan

Mesyuarat kita sekarang sudah jelas, cuma pelaksanaannya dibuat dan

kita memastikan orang-orang yang berkenaan menarik balik apa yang

telah dituturkan. Jadi, saya amat memohon.

Yang keduanya, sekarang ini kakitangan Parlimen sudahpun

di bawah pindaan Perlembagaan baru-baru ini. Mereka telahpun masuk

di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Perkara ini telahpun

diluluskan. Cuma yang saya minta sebab perkhidmatan pegawai-pegawai

yang bertugas di Parlimen ini penting. Kita memerlukan

pegawai-pegawai bukan sahaja pegawai-pegawai yang berpengalaman,

mahir kerana di sini banyak perkara-perkara teknikal kerana

melibakan perkara-perkara penggubalan undang-undang supaya JPA

memikirkan conversion mereka, memikirkan mereka ini sama ada terus

berkhidmat di sini walaupun mereka terpaksa masuk skim perkhidmatan

yang baru ataupun dibuat sesuatu untuk membolehkan mereka diberi

imbuhan ataupun ke arah. corversion yang bersesuaian dengan

pengalaman mereka. Sebab saya tengok ada orang yang bekerja begitu

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 55 -

lama, dia masih di tahap yang lama, mungkin di dalam keadaan skim

perkhidmatan Parlimen yang perlu dipinda dari masa ke semasa.

Yang ketiganya, saya hendak bercakap pasal pembangunan

Parlimen. Sukan saya hendak menegur, saya hendak sebut di sini

bahawa sekarang ini kita terpaksa menambah 12 kerusi. Kalau Tuan

Pengerusi tengok kita hendak tambah 12 kerusi, kita hendak tolak ke

hadapan, Bentara tidak boleh berjalan. Kita hendak tolak ke

belakang, Laluan Ahli Parlimen tidak dapat. Yang saya nampak yang

boleh kita tolak ialah kiri dan kanan. Lagipun kalau tolak ke

hadapan, saya ingat DAP dengan Kerajaan nanti sampai tangan

terutamanya Ahli dari Bayan baru yang tangannya cukup seronok

berkeliaran dengan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jadi, saya

ingat hendak tolak ke hadapan sukar, Biarlah dalam jarak ini supaya

tidak berlaku perkara yang tidak diingini, kiri kanan boleh. Tetapi

yang saya hendak tekankan di sini supaya pembangunan ataupun

mungkin bangunan Parlimen yang baru. Kita tidak mahu jadi seperti

Parlimen British. Tempat duduk 300 orang. Saya ingat kalau tidak

silap, ahli-ahlinya 500-600 orang.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.II.92 - 56 -

Jadi, siapa yang datang dahulu boleh duduk, Ahli Parlimen

yang lain berdiri. Hendak bincang macam mana dok berdiri? Saya

akan sampai misalnya tahun, 2000, saya. ingat Ahli Parlimen akan

berebut masuk dan berdiri. Kalau yang itu sudah tidak sesuai, sebab

nanti DAP duduk di sebelah kita, kita duduk di sebelah DAP, ia

adalah kurang manis. Jadi, bila berlaku pertengkaran berhubung

perkataan 'babi' dan sebagainya, saya ingat yang ini tidak berapa

elok. Jadi, kalau boleh difikirkan supaya dari segi pembangunan

supaya bangunan Parlimen ini mungkin dipindahkan ke tempat baru

pertambahan kepada Ahli-ahli baru.

Dalam masa yang sama saya hendak sentuh sebab ini walaupun ia

ada kaitan dengan Suruhanjaya Pilihanraya, juga masuk di bawah

Bekalan 4 - Suruhanjaya Pilihanraya. Saya hendak minta supaya

undang-undang ataupun Perlembagaan yang kita mesti pinda tiap—tiap

10 tahun itu difikirkan semula, mengapa mesti 10 tahun? Mengapa

tidak 20 tahun dan mengapa tidak 5 tahun? Saya hendak minta supaya

kalau hal ini terjadi, saya ingat tahun 2020 kita terpaksa tambah

sekurang-kurangnya 12 x 3 = 36, sekurang-kurangnya 40 orang lagi

Ahli Parlimen.

Jadi, adakah bersesuaian, mengapa mesti 10 tahun? Mengapa

tidak 5 tahun, mengapa tidak 20 tahun? Saya hendak tanya di sini

supaya difikirkan mengapa 10 tahun? Mengapa tidak 15 tahun untuk

membolehkan supaya perkara ini diselaraskan sebab Ahli-ahli

Parlimen perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun untuk

membolehkan mereka lebih cekap dan matang.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.il.92 - 57 -

Kemudian, di bawah Bekalan 3 - Jabatan Audit, Saya ucapkan

tahniah kepada Jabatan Audit dan juga Ahli-ahli PAC dan Chairman

PAC. Saya boleh pujilah sebab saya pun sudah tidak ada dalam PAC

kerana telah berjaya mengaudit dengan begitu cepat sekali dan PAC

juga berjaya untuk membentangkannya tepat pada masanya. malah,

sekarang ini Pengerusi memberitahu saya, dia kata sekarang ini kami

perlukan lagi banyak laporan sebab kami sudah lama tidak

bermesyuarat kerana tidak ada laporan. Yang saya hendak sentuh di

sini satu sahaja berhubung dengan Jabatan Audit; saya sedar bahawa

semasa auditan dibuat okay, bagus semua, tetapi selepas itu kita

compile dan kita hantar untuk dibentangkan dalam PAC, tetapi ini

masalah kebocoran. Saya lihat teguran-teguran audit semasa kajian

dibuat itu saya tengok ia selari dengan kebocoran yang terdapat.

Di mana berlaku kebocoran ini sebab perkara kebocoran ini tidak

patut berlaku.

Jadi, saya minta oleh kerana setengah fail-fail yang Jabatan

Kerajaan memang ia pastikan dari segi keselamatan terjamian dan

sebagainya, tetapi bila dibuat auditan, ia terpaksa keluarkan

benda-benda atau fail-fail yang penting ini untuk diaudit. Jadi,

apakah dalam masa yang sama kita lihat oleh kerana Jabatan Audit

sekarang ini ia terlampau sibuk, ia terpaksa swastakan setengah

kerja-kerjanya kepada pihak audit luar dan sebagainya. Jadi, yang

saya hendak minta sekarang ini, saya hendak bertanya, di mana yang

membolehkan kebocoran ini berlaku? Saya tak mahu tuduh sesiapa,

Pengerusi PAC, tetapi saya juga tidak menuduh pegawai-pegawai

audit, tetapi saya hendak tanya mengapa, di mana? Kerana ianya

berlaku dalam masa auditan itu selalunya. Macam kes Volvo Dewan

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 58 -

Bandaraya saya kurang pasti, tetapi ada kes-kes yang lain yang

semasa auditan itu berlaku, ia berlaku kebocoran. Adakah berlaku

dalam proses pengambilan fail dan sebagainya? Jadi, inilah kita

minta supaya audit melihat dengan teliti supaya semasa auditan

dibuat tidak ada kebocoran berlaku.

Berhubung dengan Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Maksud B.4.

Saya ucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihanraya kerana telah

berjaya mengelolakan pilihanraya di Malaysia dengan begitu baik dan

adil. Yang paling adil dan baik sekali oleh kerana pemecahan

kawasan yang telah dicadangkan baru-baru ini merupakan satu cara

penyampaian yang boleh diterimapakai oleh rakyat Malaysia. Tetapi

malangnya Tuan Pengerusi, saya hendak ucapkan tahniah kepada

Kerajaan PAS Kelantan kerana tahu undang-undang dan menerima

pindaan yang baru dan juga Dewan Undangan Negeri mereka menerima

pindaan baru yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Tetapi malangnya Tuan Pengerusi, ada satu parti yang bernama DAP

yang selalu memperjuangkan demokrasi, yang selalu memperjuangkan

keadilan dan juga kawan baik PAS dan 46 telah menolak usul ini di

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Saya masih ingat lagi Ahli dari Kepong bangun dan begitu marah,

dan semua Ahli-ahli DAP termasuk Bayan Baru yang marah 'kepada

Suruhanjaya Pilihanraya yang mengatakan bahawa Suruhanjaya

Pilihanraya tidak adil kerana tidak memberi tambahan kerusi kepada

Pulau Pinang dan sebagainya. Mengapa Perlis diberi lebih? Tetapi

saya sudah beri angka-angka pada hari itu iaitu Perlis pertambahan

13Z, yang Pulau Pinang hanya 5%, dia tak boleh menjawab apa-apa.

Tetapi yang kita hairan kalau betul-betul dia parti yang betul-betul

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 59 -

mewakili rakyat, mengapa dia harus menolak hak rakyat untuk

diwakilkan? Itu yang menjadi persoalan. Bila saya cabar dia, saya

cabar di luar pun saya cabar, dalam pun saya cabar supaya dia

mengeluarkan kenyataan oleh kerana dia menolak di Parlimen ini, 12

kerusi yang kita cadangkan dia menolak di Parlimen supaya dia tidak

meletakkan wakil-wakil untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan

datang untuk 12 kawasan baru ini termasuk PAS. Sahabat saya ini

juga menolak, termasuk 46 juga menolak, PAS dua tiga orang yang

menolak, supaya mereka tidak payah meletakkan wakil. Sebab kerana

mereka tolak kawasan baru, tak payahlah hantar wakil. Kalau tidak,

ini adalah merupakan permainan sandiwara yang cukup tidak bermutu

tinggi. Sandiwara yang bermutu tinggi hanya yang dibuat di MATIC

yang dibuat tiap-tiap malam, malam ini pun ada, boleh kita pergi

tonton, itu bermutu tinggi. Tetapi sandiwara DAP ialah sandiwara

yang orang kata paling jijik untuk ditonton.

Sudah pasti dalam pilihanraya yang akan datang dia akan

berlumba-lumba dengan PAS dan juga 46 untuk meletakkan calon

walaupun undi Parlimen ini dia telah tolak. Dan juga dia telah

menunjukkan sifat ketidakjantanannya apabila dia telah menolak

sekali lagi di Pulau Pinang tambahan kawasan yang baru itu. Ini

satu perkara yang tak patut kerana menafikan hak rakyat untuk

menghantar wakil mereka. Saya sedih kepada orang-orang Pulau

Pinang. Minta maaflah Menteri Kewangan, orang-orang dia sekarang

ini tak dapat diwakilkan. Walaupun tiga kawasan itu kita lihat

kalau hendak tengok kawasan yang telah ditambah itu betul-betul

kawasan DAP boleh menang daripada bahagian-bahagiannya, tetapi DAP

menolak. Jadi, sekaligus dia menolak hak rakyat. Jadi DAP bukan

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 60 -

bukan mewakili rakyat, dia mewakili kepentingan peribadi pemimpin-

pemimpin mereka. Sebagai contohnya, pemimpin DAP yang berkhidmat

dalam TWU, Ahli dari Puchong semalam telah didedahkan dia mendapat

gaji RM7,000, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu, RM7,000.

Pengerusi Bank Bumiputera berapa gajinya? Kalau tak silap

RM6,000. Nilam Puri, maaf.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:Yang

Berhormat, kawan di belakang bangun hendak minta jalan.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR. 19.11.92 - 61 -

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya minta penjelasan daripada

Yang Berhormat ini. Jadi Yang Berhormat bersetuju atau tidak pihak

Kerajaan menggubal satu undang-undang khas supaya gaji-gaji pihak

pemimpin-pemimpin pekerja ini dihadkan kepada satu taraf yang

berpatutan. Oleh kerana banyak lagi.....

Tuan Ahmad bin Nor:Point of order.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar:Tunggu, orang yang cakap dulu

belum habis.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat, point of order. Poind of order, sebentar, ya.

Tuan Ahmad bin Nor: Point of order 36.( l). Perbincangan yang

keluar daripada tajuk. Kita bincang tentang Suruhanjaya Pilihanraya

atau bincang TWU? Minta dihentikan!

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya, Yang

Berhormat, kita tidak benarkan. ini dalam Jawatankuasa. Khaskan

kepada tajuk yang berkenaan.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini hendak habis sentence saya

ini. Habiskan perkataan.,...

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

berhormat, tajuk berkenaan dengan. Butiran tertentu, ya.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Jadi Bersetuju atau tidak yang

Tuan Shahidan bin Kassim:Tuan Pengerusi, sebenarnya saya

bincang tadi di bawah parlimen, Bekalan 1 , dia bersambung dengan

Suruhanjaya Pilihanraya Bekalan 3 - hal Wakil Rakyat. Jadi untuk

pengetahuan Yang Berhormat Pengerusi-pengerusi Badan Berkanun, Bank

rakyatkah, FAMAkah, Bank Pertaniankah, kita punya elaun di antara

51,000 dengan 1,500 - padahal tanggugjawab kita cukup hebat dan

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.II.92 - 62 -

berat.Bank Rakyat beratus juta ringgit harus difikirkan, Bank

Pertanian, FAMA - siapa lagi - UDA dan lain-lain lagi. Jadi kita

punya $1,000 ke $1,500, Tetapi ini pemimpin TWU. Lepas itu dia ada

pula dengan Zainal Rampak. Dia $7,000, Zainal Rampak 56,000. Dia

elaun pergi luar negeri $250, Zainal Rampak $200. Mereka boleh buat

skim. gaji sendiri, mereka rujuk dekat mana sayapun tidak tahu.

Tetapi yang penting di sini, Ini bukan merupakan badan perniagaan.

Ini fasal Wakil rakyat tajuknya, tidak lari daripada 36(1). Bukan

badan perniagaan tetapi merupakan persatuan, trade union. Saya

hendak tanya Yang Berhormat daripada Bayan baru, berapa dia dapat

gaji daripada MTUC? Berapa? Jikalau "tidak silap saya, 38,000.

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Pengerusi, oleh kerana dia tanya,

bolehkah saya jawab?

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Itu

terpulang kepada Yang Berhormat,

Tuan Ahmad bin Nor: Saya rasa Yang Berhormat Arau ini banyak

sangat serkap jarang. Banyak, terlalu banyak Bagi diri saya, saya

hendak jawab. Sekurangkan-kurangnya saya tidak jawab bagi pihak

Puchong mahupun orang lain, tetapi sekurang-kurangnya bagi diri

saya, daripada MTUC saya tidak pernah dapat satu sen pun sebulan

walaupun sehari. Jangan buat serkap jarang, nanti. kena teruk!

Terima kasih.

Tuan Shahidan bin Kassim: Makna kata Yang Berhormat ada kurang

cerdik daripada Puchonglah, [Ketawa] Puchong boleh ambil S7,O0O.

Tetapi Yang Berhormat dia pergi luar negeri i t u , M T U C bayar

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 63 -

saya bukan "TIdak tahu, Yang Berhormat jumpa saya di Geneva. Yang

berhormat kata MTUC bayar. Makna kata elaun perjalanan masih

dibayar, jangan cakap tidak dapat satu sen.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Pengerusi[Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Parit

Sulong bangun ya.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Minta penjelasan. Adakah Yang

Berhormat sedar bahawa setiap ahli TWU ini setiap bulan dipotong

gajinya S7.00 untuk yuran kesatuan dan d u i t itu sekarang ini dibayar

untuk bayar gaji mahal-mahal. Adakah Yang Berhormat sedar mengenai

hal ini?

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya cukup sedar. Saya dengar

cerita ahli dia 12,000 orang, Yang Berhormat jadi Pengerusi untuk

l ,000 orang. Tarik baliklah, jangan masuk TWU lagi. Jadi makna

kata 12,000 kali dengan S7.00, 384,000 sebulan. Ini bukan badan

perniagaan. Sepatutnya TWU raenggunakan wang ini untuk membantu

ahli-ahli balik, oleh kerana SOCSO dia lambat bagi bantuan. TWUlah

kena tolong, tetapi dia gunakan untuk bayar gaji dan satu perjalanan

pergi ke Eropah baru-baru ini membelanjakan $42,000 - saya rujuk

kepada kenyataan Timbalan menteri semalam ini tidak boleh bohong,

ini kenyataan Timbalan- Menteri, lebih kuranglah - dan terpaksa

membayar income-tax $27,000. Ini ahli-ahli, orang-orang kecil yang

mencarumkan $7.00 sebulan, terpaksa membantu - dia tidak mari ini -

terpaksa membantu orang-orang seperti ini yang bercakap untuk gaji

pekerja-pekerja, dia sapu S7,000. Kalau dia betul-betul ikhlas....

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

berhormat, Yang Berhormat.....

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 64 -

Tuan Shahidan bin Kassim: ....di bawah tajuk Wakil-wakil

Rakyat ini, Tuan Pengerusi, saya tidak lari.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat: Arau....

Tuan Shahidan bin Kassim: Ya.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: ...sila

kembali kepada tajuk...

Tuan Shahidan bin Kassim: Ya, tajuk ini di bawah Pentadbiran,

Wakil-wakil Rakyat dan Kawasan-kawasan Pilihanraya....

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin] :

...cukuplah itu Yang Berhormat.... Yang Berhormat.,...

Tuan Shahidan bin Kassim: Jadi saya minta Tuan Pengerusi

Wakil-wakil Rakyat Ahli-ahli Parlimen yang menjadi Pengerusi

ataupun memegang jawatan di mana-mana persatuan, dia punya elaun,

untuk yang melibatkan orang-ramai, tidak lebih daripada $1,500. Ini

berkaitan sebab ini kita tidak mahu Ahli Parlimen malu. Kecuali

kalau dia pegang syarikat mana-mana, syarikat sendirian berhad,

okaylah, itupun mana-mana public company, all right, kalau public

company itu kaya dan hendak bayarkan dia, itu terpulang. Ini

persatuan yang dibayarkan oleh pemandu-pemandu, yang dibayar oleh

orang-orang kecil, tetapi pemimpin-pemimpin persatuan cuba

mengeksploitasi. Ini rupanya, barulah terdedah. Selama ini kita

ingat. mereka ini herolah, memimpin, bercakap berapi-api, pergi ke

luar negeri memburukkan negara dan sebagainya, memperjuangkan anak

marhaen, marhaen kepala otak, Tuan Pengerusi. Marhaen. . . , . saya

Kecil. parlimen dia dapat 35,200, dan dengan $7,000 ini, dia dapat

$12.000. saya tidak tahu lagi mana persatuan yang dia dapat

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 65 -

Tetapi. yang penting ini income tax pula kena bayar. Jangan-jangan

dia punya tissue paper lagi, macam-macam saya ingat kena bayar. Itu

saya kurang pasti. Tetapi yang pasti ini sudah termasuklah. Adakah

mungkin dia dapat kemudahan-kemudahan lain. Jadi saya rasa sedih,

dia sebagai sahabat kita Ahli Parlimen tidak sepatutnya memburukkan

nama Ahli Parlimen. Sekarang ini DAP semua sudah terkaku, mulutnya

sudah bisu. Tiap-tiap kali kita cakap dia buat point of order 36(1)

dan sebagainya. Dia tidak berani menjawab mengapa DAP menyokong

MTUC ini. You MTUC sepatutnya you pastikan yang TWU tidak

menyalahgunakan kuasa.

Tuan Ahmad bin Nor: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: bayan

baru minta jalan.

Tuan Ahmad bin Nor: Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya rasa

Arau dia cuba hendak membabitkan Ahli-ahli lain daripada DAP. Saya

sebenarnya diam itu hendak tengok bagaimana dia pandai hendak

mendedah, membongkar ataupun hendak mencerita hal TWU. Tetapi

sekarang dia heret yang lain. Jangan menganggap bahawa apa yang

berlaku ini tidak dalam pengetahuan DAP. Sebab kita mempunyai

prinsip, mempunyai pendirian, bahawa DAP - begitu juga kita harap

Kerajaan, jangan campurtangan dalam rumah tangga orang, pentadbiran

orang. Apa yang berlaku dalam TWU adalah hak ahli-ahlinya. Kalau

ahli-ahlinya melalui Persidangan Perwakilan sudah bersetuju, sudah

melulus, jangan kata $7,000 - $70,000 pun apa salahnya? [Disampuk]

Menterikah, Timbalan Menterikah hendak naik gaji, siapa boleh

halang, kalau kira hendak halang, itu tak boleh. Semuanya majoriti

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 66 -

orang Barisan. Yang duduk pengarah sana, pengarah sini, sapu

sepuluh atau dua puluh ribu ringgit,tidak ada siapa tanya, Ah!

Tuan Ruhanie bin Haji Ahnad: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan Ahmad bin Nor: Saya bukan hendak bela TWU, tetapi caranya

tidak betul... [Tuan Pengerusi mematikan pembesar suara]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Ahli Yang Berhormat, sebentar ya. Saya ingat kita telah menyimpang

jauh daripada Butiran, Yang Berhormat. . . .

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Pengerusi, sebab di bawah

Jawatankuasa saya dibenarkan untuk bercakap berkali-kali, berulang

kali. Saya rujuk balik kepada Parlimen, Bekalan di bawah tajuk

Wakil-wakil Rakyat. Jadi saya tidak lari daripada tajuk. Jadi

sekarang ini saya cukup gembira, sekurang—kurangnya Bayan Baru telah

menyatakan hasratnya iaitu kalau sekiranya ahli boleh bayar, 370,000

pun boleh, dia kata, Alhamdulillah. Inilah dia perjuangan pemimpin

kesatuan sekerja [Ketawa] dan dia kata Kerajaan jangan campur hal

rumah tangga orang! Ha, cukup syok dengar itu! Kerajaan jangan

campur hal rumah tangga orang. Tetapi dia "tidak sedar bahawa Trade

union ini. adalah dibenarkan, ditubuhkan di bawah Akta Parlimen,

bukan dia boleh buat sendiri. Kalau dibuat sendiri, dia jadi kongsi

gelap. Kalau Kerajaan tidak boleh campur, maknanya Ahmad Nor ini

adalah pemimpin kongsi gelap, ketua gangster, m a f i a - m a f i a tidak

boleh, dia rendah diri m a f i a - m a f i a sudah terlampau tinggi. Jadi

sekarang ini kita menganggap bahawa DA? mahu supaya mereka memimpin

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 67 -

kongsi. gelaplah, sebab Kerajaan tidak boleh campur. Tetapi bila

timbul masalah, mari. jumpa Kerajaan.

Saya hendak cadangkan Yang Berhormat Parit Sulong dia pengerusi

kepada satu syarikat yang anggotanya ada seribu orang. Saya minta

dia tarik keluar. Sebab kalau tidak, dia akan membuncitkan perut

Ahli daripada Puchong dan juga rakan-rakanya. Saya amat kesal

kepada Ahli dari Bayan Baru tadi. bahawa ini adalah terpulang kepada

hak ahli-ahli, kalau hendak bayar gaji sepuluh ribu atau tujuh puluh

ribu ringgitpun, itu terpulang kepada ahli-ahli kalau bersetuju.

Ahli-ahli ini kena ingat Yang Berhormat, Kerajaan terpaksa

campurtangan dan kita adalah Wakil-wakil Rakyat yang

bertanggungjawab. Sanggupkah saya headak tanya kepada Vang

Berhormat dari Bayan Baru, berada dalam TWU dan mengarabil $7,000,

pada hal kita tahu yang membayar itu daripada orang-orang yang

gaj inya $400-$500 dan you ambil 37,000, income tax 327,000, pecgl

luar negeri $40,000 satu perjalanan. Kica belom tahu lagi dia

pergi, itu satu perjalanan.

Ini suatu benda yang DAP kata, Lni hal rumahtangga, orang lain

jangan kacau. Kalau begitu mengapa DAP mesti kacau Kerajaan, maki

Karajaan tidak berhenti., maki wakiL-wakil Kerajaan tidak

berhenti-henti? Tidak payahlah kacau. Tidak payahlah datang

Parlimenpun , biar kami berbincang sesama kami, senang cerica. lni.

tidak berhenti, bawa usul sana, bawa usul sini, tak bagi kacau hal

cepi kain orang lain. Kalau tak bagi kacau tepi kain orang lain,

termasuk dari Kota Bharu yang marahkan saya, jangan campur hal orang

lain, mengapa mesti ganggu hal UMNO? (JMNO hendak bersidang, hendak

tunjuk daLam televisyen, UMNO punya fasallah. Apa mesti ganggu?

Kalau Kerajaan hendak bagi live telecast , Kerajaan punya fasal lah.

Apa hendak ganggu? Ini kain kami. Kain kamu, DAP. Ini.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 68 -

kain Barisan Nasional.

Tuan Ahmad bin Nor: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat Bayan Baru bangun. Yang Berhormat hendak beri jalan atau

tidak?

Tuan Shahidan bin Kassim: Tak payahlah.

Tuan Ahmad bin Nor: Sekali sahaja.

Tuan Shahidan bin Kassim: Okay. Saya memang suka bagi

kepadanya.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 _ 69 -

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Pengerusi, sebenarnya untuk raengulas

pandangan Arau tadi, banyak sangat masalah Arau di sini, untuk

mengulasnya saya hendak kata kita ada jauh perbezaan antara DAP

dengan TWU dan DAP dengan Kerajaan. Mengapakah kita membuat

berbagai teguran, berbagai kecaman itu dan ini? Sebab Kerajaan

adalah hakmilik rakyat dan DAP bertanggungjawab untuk cek kalau ada

rasuah, skandal, penyelewengan, salahguna kuasa, [Tepuk] sebab ini

melibatkan negara. TWU cuma sekelompok ahli-ahli yang menjadi

anggota kepada Transport Workers Union, kecil, itu mereka boleh jaga

sendiri. Tidak perlu Arau hendak jaga ahli-ahli TWU, tak payah.

Tetapi kita DAP hendak jaga rakyat. Itu amanah. [Tepuk] Ini dia!

Tuan Yim Chee Chong: [Bangun]

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin] : Yang

Berhormat Arau, Seremban minta jalan.

Tuan Ahmad bin Nor: Eh, eh! Duduk, duduk!

Tuan Yim Chee Chong: Saya hendak tanya kepada DAP tentang

skandal DAP, senantiasa DAP minta derma daripada orang ramai, tetapi

dia tiada kira-kira yang diumumkan kepada orang ramai. Ini apakah

skandal, saya hendak minta penjelasan?

Tuan Shahidan bin Kassim: Okay, dia ada beberapa skandal yang

penting yang dilakukan oleh pemimpin DAP. Yang pertama, pemimpin

DAP dan juga orang DAP sebab dia tak ambil tindakan kepada V. David,

bermakna dia sokonglah, terlihat dalam skandal TWU. Saya menuduh

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 70 -

DAP sebab dia tidak ambil tindakan kepada V. David. Yang kedua, dia

terlibat dengan skandal Bukic ' Cina kerana wang kutipan tidak

diumurakan kepada orang ramai dan ini kita akan bawa berterusan.

Kalau skandal dia, dia tak cerita. Yang dia timbulkan fasal Bukit

Kiara, benda yang ada fakta untuk dibentangkan....

Tuan Ahmad bin Nor: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat, Bayan Baru bangun.

Tuan Shahidan bin Kassin: ....tetapi saya minta kalau dia

berani, dia bentangkan berapa akaun kutipan daripada Bukit Cina.

Tuan Yim Chee Chong: Betul! betul!

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya takut kalau dia gunakan wang

ini untuk pilihanraya dahulu, mana tahu kan?

Tuan Ahmad bin Nor: [Bangun]

Tuan Lim Hock Seng: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin] : Yang

Berhormat, sekejap ya. Ada dua orang ahli bangun, hendak beri

jalankah atau tidak?

Tuan Shahidan bin Kassim: Semua ini, siapa-siapa pun boleh,

any time!

Tuan Lim Hock Seng: Saya ingin membuat sedikit penjelasan

dari Yang Berhormat Arau tentang tabung Bukit Cina telah

berkali-kali DAP mengumumkan. dalan suratkhabar dan Waktl Rakyat dari

Rawang, Yang Berhormat Teng See Hon, saya ingat, dia pun telah buat

laporan Polis terhadap DAP kerana tuduhannya ada menyeleweng dalam

tabung ini. Adakah ini pihak polis tidak menyiasat perkara ini atau

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 71 -

tidak efficiency oleh pihak Polis tidak menyiasat? Kalau ada

apa-apa bukti terhadap ini, boleh tuduh DAP, tak ada salah.

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya minta salah seorang daripada

wakil DAP dalam ucapan mereka bentangkan berapa kutipan daripada

Bukit Cina, apa yang telah dibuat dan siapa yang benarkan dia

mengutip? Adakah dia dapat kebenaran Polis ataupun tidak? Ini

banyak benda-benda, tolong jawab, tolong tulis....

Tuan Yim Chee Chong: Di manakah wang ttu?

Tuan Shahidan bin Kassim: Oh, di mana wangnya itu, kata

Seremban. Saya setuju dengan itu, di manakah wangnya itu?

[Ketawa]

Tuan Lim Hock Seng: [Bangun]

Tuan Shahidan bin Kassim: Tak apalah! Makna kata, you jawab

sekejap lagi bila you ada peluang bercakap. Kemudian, saya hendak

tanya DAP, mengapa tidak ambil tindakan kepada V. David, Ahli dari

Puchong yang telah dituduh terlibat dalam skandal TWU. Yang

Berhormat kena ingat 12,000 itu adalah rakyat, 12,000 bukan kurapulan

kecil dan mereka itu setengahnya adalah pengundi-pengundi saya.

Tiap-tiap orang yang merupakan pengundi saya adalah rakyat, dia

datang report kepada saya, dan. saya ber-itahu. Kena ingat, mereka

ini bukan duduk dalam kumpulan terkepung, seperti Kepong. Tetapi

mereka ini adalah kumpulan rakyat dan juga pengundi-pengundi dan

mereka ini berselerak di seluruh negara. Jadi, pengundi-pengandi

itu bukan rakyat? Oh, jadi dia boleh buat apa sahaja. Itu sebab

rupanya kesatuan sekerja sekarang ini mudah dimanipulasi dan

dieksploitasi oleh pemimpin-pemimpinnya, kononnya ini hak mereka,

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 72 -

bukan hak kita. Kita juga mewakili rakyat. Mungkin daripada 12,000

itu banyak yang mewakili wakil-wakil tertentu di sini,

Ini di bawah tajuk Ahli Parlimen, Tuan Pengerusi, jangan

birabang kerana ini memang berkaitan. Kemudiannya....

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Parit

Sulong bangun.

Tuan Ruhanie bin Haji Abmad: Pertanyaan. Adakah Yang

Serhormat akan meminta DAP atau mencabar DAP supaya membawa Ahli

dari Puchong untuk datang ke Dewan dan menjawab tuduhan-tuduhan.

dalam Dewan?

Tuan Shahidan bin Kassim: Oh, saya memang mencabar tiap-tiap

hari, di Luar dan di dalam. Saya mencabar DAP supaya membawa Ahli

dari Puchong untuk menjawab tuduhan-tuduhan ataupun jawab dalam

suratkhabar berhubung dengan tuduhan-tuduhan ini oleh kerana ia

melibatkan Ahli-ahli Parlimen, Tuan Pengerusi, di bawah tajuk

Parlimen, Bekalan 1 kerana kita tak mahu Ahli-ahli parlimen dituduh

terlibat dengan bukan-bukan. Ini Menteri Tenaga, Telekom dan Pos,

mereka hentam dia habis-habisan, mereka minta siasat dan sebagainya,

tetapi orang dia sendiri yang terlibat dengan TWU, dia diam, tidak

ada siapa timbulkan. Siapa daripada ahli DAP, termasuk MTUC, saya

rasa dia bersubahat bersama, dia tak syer, tapi dia bersubahat

kerana dia tidak ambil tindakan. Dia tidak juga muncul di Parlimen

untuk menuduh kawannya terlibat dalan skandal dan sebagainya. Dia

tunggu ahli daripada Barisan Nasional pula timbulkan. Jadi, ini

bukan merupakan parti yang memperjuangkan keadilan, tetapi parti

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 73 -

yang mementingkan kumpulan pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Mereka

ini lebih berkepentingan sendiri daripada ahli Barisan Nasional yang

sentiasa mementingkan kepentingan rakyat jelata.Itu sebab masalah

12,000 orang ahlt TWU kita bawa di Parlimen, tetapi DAP tak bawa.

Ahli-ahli TWU yang bayar sebulan $7 tiap-tiap orang terpaksa

menanggung derita oleh kerana wang itu digunakan untuk pemimpin-

pemimpin. Alangkah baiknya kalau sekiranya mereka jumpa Menteri

Kewangan, wang $84,000 sebulan, setahun - 12X3 = lebih kurang

3700,000 setahun digunakan untuk membeli saham, lepas itu dapat

keuntungan dan beri balik kepada ahli-ahli, bukan untuk kepentingan

pemimpin-pemimpin mereka. Ini Yang Berhormat Bayan Baru mesti

ingat, ini adalah masalah amanah. Jadi, saya katakan sekali lagi,

terdapat pemimpin DAP yang tidak amanah. Sekurang-kurangnya

ahli-ahli Kerajaan beramanah dan kita mempunyai fakta-fakta untuk

mempertahankan kita,

Di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Bekalan 5. Saya hendak

cadangkan supaya Bahagian Pengambilan, ini mungkin nampak perkara

ini perkara kecil dan saya cuba hendak bergurau. Sebenarnya I am

serious, dengan izin. Perkara ini penting. Saya cadangkan. supaya

Bahagian. Pengambilau diswastakan. Fasal apa, Tuan Pengerusi? Sebab

saya tengok proses birokrasi yang terlibat dalam pengambilan itu

adalah satu perkara yang lambat. Kalau boleh supaya ahli-ahli

Suruhaajaya terdiri daripada mereka yang lebih berlatarbelakangkan,

sedikit-sebanyak yang ada ilmu-ilmu perniagaan. Kerana kita mahu

pegawai-pegawai Kerajaan yang dilantik adalah pegawai-pegawai yang

mahir dalam segala bidang. Saya pernah menegur pegawai-pegawal bank

dahulu supaya diambil orang-orang yang betul-betul bukan sahaja ada

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 74 -

kelulusan dari segi accounting, tetapi yang juga mahir dengan

perniagaan. Sebab kadang-kadang nasihat yang mereka berikan,

sebagai contohnya, tidak bersesuaian. dengan kehendak pasaran

perniagaan. Saya kata sampai ke tahap kalau kamu pandai, wahai

pegawai-pegawai bank, kamu pergi berniaga burger cukup, besok kamu

bankrap. Kalau cara macam itu diberi nasihat. Sebab kita senang

memberi nasihat, kita tidak tahu orang yang terlibat untuk

melaksanakannya. Jadi, saya minta supaya bahagian ini dibuat, sebab

saya tengok untuk sektor swasta bagi jawatan-jawatan penting, dia

buat pengiklanan yang dibuat oleh pihak juruperunding dan sebagainya

yang saya rasa pendekatannya adalah pendekatan yang lebih

proresional sedikit. Kalau boleh pegawai-pegawai yang hendak

diambil ialah pegawai-pegawai yang sebenarnya mempunyai latar

belakang yang luas ataupun yang mampu untuk menghadapi suasana

Wawasan 2020.

Saya sebut perkara ini sebab saya ada seorang kawan iaitu duta

di sebuah negara, dia minta dan kata, sudah sampai masanya, saya

sudah timbulkan benda ini, sudah sampai masanya Kerajaan menghantar

duta-duta kita bukan mereka yang mahir fasal protokol sahaja, bukan

nereka yang mahir dalam politik antarabangsa, tetapi mereka yang

mahir dalam bidang perniagaan. Negara jiran kita di selatan, dia

hantar semua duta-duta dia ke luar negeri ialah yang sesuai dengan

kehendak perniagaan mereka dengan negeri yang berkenaan. Dia hantar

banker untuk pergi Myannar , dia hantar seorang bekas Pengurus Besar

Korporat untuk pergi ke negara-negara bekas Sovist dan dia orang

yang pertatna menghantar Menteri. kanannya, bekas Ketua Menterinya,

Saudara Lee Kuan Yew, untuk pergi ke negara-negara soviet apabila

negara-negara itu dipecahkan daripada Soviet Russia.

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11,92 -75-

Jadi, saya ingat sampai masanya supaya Suruhanjaya Pilihanraya

di bawah Pengambilan Unit Khas atau dibawah kenaikan pangkat

memikirkan supaya, ini duta yang cadang dekat saya bukan saya

bercakap bagi pihak sesiapa. Ataupun duta ini dihantarlah berkursus

ataupun dia masuk bidang korporat dan sebagainya.

Tuan Ahmad bin Nor:[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin] : Yang Berhormat, Bayan Baru minta jalan.

Tuan Ahmad bin Nor: Penjelasan, Tuan Pengerusi. Adakah maksud

Yang Berhormat Arau tadi bahawa perlantikan duta-duta yang ada

sekarang di seluruh dunia daripada Malaysia ini adalah mereka yang

tidak lagi sesuai dengan kelayakan yang ada pada mereka yang telah

diambil melalui kehendak-kehendak dan syarat-syarat yang ditetapkan

oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dan adakah kita perlu sekarang

ini tak usah lagi ambil duta-duta yang telah dipilih daripada awal

oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan lantik orang-orang peniaga

seperti Yang Berhormat sendiri. Tolong jawab. [Ketawa]

Tuan Shahidan bin Kassim: Semua duta-duta kita yang berada di

luar negeri adalah mereka yaag terbaik dalam dunia. Kalau tidak

kita tidak dikenali di dunia. Terbaik. Tetapi yang saya maksudkan

mereka-mereka sekarang ini perlulah ditambah. Walaupun kita tahu

saya akan mendapat jawapan kita sudah ada Pesuruhjaya Perdagangan di

Luar negeri MITC, akan jawab , dia kata "kita sudah ada

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -76-

Pesuruhjaya Perdagangan di luar negeri ." Tetapi itu belum

m e n c u k u p i . S e b a b saya hendak beritahu Yang Berhormat Timbalan

Menteri MITI, Pesuruhjaya Perdagangan di luar negeri dia punya

Pegawai Pemasaran dia ambil daripada penduduk tempatan. You ingat

penduduk tempatan akan memberi khidmat yang betulkah kepada kita,

tidak ada. Sebab dia punya pemikiran lebih ke arah untuk

menguntungkan negaranya daripada negara kita.

Saya pernah berjumpa dengan Pengurus Pemasaran tidak ada

Pengurusan Pemasaran setakat yang saya tahu yang dilantik daripada

orang s i n i pergi ke sana semua dia ambil orang tempatan. Tetapi.

kaLau ada orang Malaysia yang pergi ke Luar negeri kadang-kadang dia

ambil orang daripada Malaysia sendiri ataupun Sri Lanka atau India,

okaylah orang yang boleh bercakap daLara pemikiran yang sama. Tetapi

kadang-kadang dia ambil daripada anak tempatan kita . tanya apa pun

kita lebih pakar daripada dia walaupun kita baru pergi dua tiga hari

ke negeri berkenaan. Dia tidak tahu hendak jawab. Jadi jawatan ini

diadakan demi untuk memenuhi kehendak perjawatan.•

Yang saya sebut sekarang ini duta-duta yang ada sekarang ini•

okay. Tetapi duta-duta ini beritahu dekat saya, ada tiga duta

beritahu dekat saya dalam perjumpaan semasa mereka pulang dulu,

mereka beritahu dekat saya "kalau boleh dilantik untuk negeri-negeri

yang tertentu. Di negeri strategik ini hendaklah dilantik

jrang-orang yang -ada kemahiran dalam bidang perniagaan dan

sebagainya untak membolehkan mereka mengambil peluang untuk membantu

Malaysia", dan bukan kita cari orang-orang yang seperti DAP. Kalau

kita lantik DAP jadi duta mampus Malaysia. Dia perburuk

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -77-

Malaysia tiap-tiap hari. Itu sebab kita tidak pernah terfikir untuk

lantik DAP. Tetapi ahli-ahli Barisan Nasional kebanyakan terlibat

dalam perniagaan ialah mereka yang berkemampuan dan

berkaliber. Jadi mereka boleh dipertimbangkan.

Jadi, saya hendak cadangkan di sini untuk membolehkan Malaysia

mampu, dalam keadaan sekarang ini kita sudah baik tetapi kita hendak

yang terbaik. Sebab cadangan saya Ini bukan cadangan yang tidak

betul tetapi saya minta ditambahkan kemampuan kita sampai

ke peringkat yang tarbaik.

Kemudian di bawah Jabatan Perdana Menteri, Maksud Bekalan B.7

di bawah 010400 Pejabat Pegawai Keselamatan Karajaan. Saya minta

supaya peranan atau fungsi pejabat ini diperbesarkan untuk

menentukan bahawa kebocoran rahsia-rahsia Kerajaan tidak, berleluasa .

Sejauh mana peranan pejabat ini ke arah untuk memastikan segala

rahsia-rahsia Kerajaan terjamin. Kita lihat ramai ahli-ahli DAP

yang telah menyimpan, yang mendapat rahsia-rahsia Kerajaan yang

tidak sepatutnya mereka dapat. Saya minta Kerajaan menyiasat saya

dan ahli-ahli Barisan Nasional yang Lain; ini bercakap bagi pihak

BBC, Ahli-ahli Barisan pun termasuk DAP kepada mereka yang telah

mendapat rahsia-rahsia Kerajaan yaag tidak sepatutnya inereka dapat.

Tindakan mesti diambil kepada kami oleh kerana kami telah terlibat

sama dalam menerima rahsia-rahsia daripada Kerajaan yang tidak

sepatutnya kamL berbuat demikian. Ini bukan sahaja rahsia termasuk

jugi video tape lucah yang telah diterima oleh Ahli-ahli Parlimen,

saya hendak tanya bolehkah...

Tuan Ahmad bin Nor:[Bangun]

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.9Z -78-

Tuan Peogerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin] : Yang

Berhormat, beri. jalankah atau tidak.

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Pengerusi, dalam soai rahsia ini ada

dua rahsia yang penting, satu rahsia berhubung dengan keselamatan

negara. Satu lagi rahsia yang cuba hendak menutup penyelewengan,

rahsia dan skandal . Yang mana satu rahsia Yang Berhomac Arau

cakap? Adakah Yang Berhormat mahu disembunyikan perkara itu sebagai

rahsia untuk menutup segala skandal, rasuah, penyelewengan yang

dilakukan oleh bapak-bapak Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha

Parlimen; mungkin juga Lain-lain ahli Barisan Nasional?

Tuan Shahidan bin Kassim: Inilah susah, kita bercakap dengan

orang-orang yang seperti burung tiong, seperti. burung bayan.

Sekarang ini. Bayan Baru pula. Yang bercakap, "ini rasuah, ini

rasuah". Rasuah apa? Timbulkan. Kerajaan tidak akan

menyembunyikan apa-apa sahaja.. Ini kita main agak-agak sahaja.

Yang kita penting ini...Yang Berhormat baca atau tidak Akta Rahsia

Rasmi - OSA, baca atau tidak? Kalau baca, tengok Akta itu secara

terperinci apa yang dikatakan rahsia. Yang Kerajaan kata rahsia

Kerajaan atau Dato' Megat mesti ambi1 tindakan. Tidak boLeh biar.

Walaupun saya, Dato' Megat mesti tangkap kalau saya dapat rahsia

Kerajaan. Tangkap saya sebab saya melanggar Akta Rahsia Rasmi, beri

mandatori tujuh tahun, all clear - rehat tujuh t a h u n . T e r m a s u k

sahabat-sahabat saya dari sana yang mendapat rahsia Kerajaan. Yang

tidak dianggap rahsia , beri. Tidak ada masalah. Macam manapun ini

akan dimasuk di bawah Public Account Committee . Tetapi yang saya

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -79-

anggap rahsia, tidak patut didedahkan dan dia tidak patut diterima

oleh mana-mana pihak, itu rahsialah. Yang tidak rahsia, kita tidak

patut rahsia. Yang rahsia, pacut rahsiakan. Macam orang pakai

seluarlah mesti rahsia.

Tuan Ahmad bin Nor:[Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Bayan

Baru minta jalan lagi, Yang Berhormat .

Tuan Ahmad bin Nor: Minta jalan. Satu contoh, Tuan Pengerusi,

berhubung dengan kes penyelewengan penbelian 23 buah keretas Volvo

oleh DBKL. Dan itu dianggapkan sebagai rahsia. Malahan Perdana

Menteri sendiri telah menyatakan dia akan mengambil tindakan

terhadap mereka yang terlibat dalam membocorkan atau yang mendapat

maklomat rahsia itu. Dan itu adalah berhubung dengan skandal yang

jelas buktinya mengakibatkan bekas Datuk Bandar letak jawatan. Itu

pun hendak dikatakan rahsia yang patut disembanyikan, tidak boleh

didedah, tidak boleh dicakap. Kalau hendak bercakap Timbalan

Menteri Dalam Negeri hendak ambiL tindakan, sila! Kenapa tidak

ambiL tindakan saya hendak tahu. Sila jawab. [Ketawa]

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Pengerusi, saya hendak tanya

dan saya pun hairan, dia berkawan pula dengan Ahli Yang Berhormat

dari Jelutong Ltu, dia boleh menghukum. Rahsia ini belum kita tahu

lagi sama ada apa yang dituduh oleh Yang Berhormat ltu bersalah atau

tidak. Mahkamah belum putuskan. Yang Berhormat hendak menghukum

sendiri susah, macam hukum hudud - Ahli Yang Berhormat dari Marang,

dia kata Sultan Kelantan - Ini cerita lama , boleh tidak boleh lagi

saya tidak tahu. Boleh lagi? Dia kata dari segi ini

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -80-

tidak salah sebab dia ambil hak dia. Dia jadi hakim terus. Macam

dialah ini, dia terus menjadi hakim kata pembelian Volvo itu salah

sehingga letak jawatan. Kita belum tahu salah atau tidak bersalah.

Kita belum tahu kenapa dia letak jawatan. Dia tidak sebut pasal

Volvo? Dan soal hendak menentukan ini rahsia atau tidak rahsia, ini

hak Kerajaanlah. Bukan DAP. Kalau DAP kata hak yang ini rahsia,

ini tidak rahsia, yang ini rahsia; kalau begitu DAPlah memerintah.

Ini Kerajaan memerintah, dia tentukan ini rahsia, ini tidak rahsia.

Siapa dapat ini, terima bawah ESA. Saya minta Dato' Megat pada kali

ini buatlah sekali supaya Akta ini tidak tenggeLam dalam simpanan

sahaja dan tindakan kita ambil termasuk saya sendiri. Kalau saya

dapat rahsia, tangkaplah saya. Saya merelakan sebab saya tidak mahu

menyimpan rahsia-rahsia Kerajaan. Tetapi yang tidak anggap rahsia

saya timbulkan. Yang agak-agak saya bertanya. Ini yaag agak-agak,

dia hukum! Seperti Ahli Yang Berhormat dari Pengkalan Chepa dia

menghukum Menteri Kewangan semalam. Selepas itu Tuhan hendak tunjuk

kepada dia, Tuhan ini Maha Berkuasa, ini kena ingat, dia hakum kata

Menteri itu Menteri judi, arak; seLepas itu dia sendiri terlepas

cakap dia kata "semua kami ini tidak terima Al-Quran." Terimalah.

Tiap-tiap hari tidak berani masuk Parlimen, bila saya bercakap dia

lari. Dia tidak boleh lari, dia bukan sahaja bertanggungjawab di

dunia ini kepada manusia, tetapi kepada Allah kerana menuduh

kumpulan orang Islam tidak menerima Al-Quran. Tolong

tulis Harakah di belakang.

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 , -81-

Seorang Ahli: Tidak ada.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tidak ada hari ini? Mohamad Sabu,

hang tolong betulkan mereka! [Ketawa]

Tuan Pengerusi, jadi saya minta supaya Kerajaan mengambil

tindakan. Saya hendak bertanya kepada pihak Kerajaan; ini Ahli

Parlimen ada menyimpan video Lucah. Video lucah ini ..

Tuan Chian Heng Kai:[Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat, Yang Berhormat dari Bukit Mertajam minta jalan.

Tuan Chian Heng Kai: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin

tanya Yang Berhormat dari Arau bahawa pada suatu ketika dulu beliau

membongkarkan adanya satu grand design untuk menggulingkan Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri. Saya mahu tanya adakah itu rahsia atau

tidak. Adakah beliau report kepada Dato' Megat atau tidak?

Tuan Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat ini hendak dikatakan

jahil, jadi Ahli Parlimen cukup lama. Rahsia Kerajaan yang

termaktub dalam fail-fail itulah. Itu rahsia Kerajaan. Apa yang

saya bercakap di sini adalah kenyataan saya, itu bukan termasuk

daiam fail-fail Kerajaan yang patut dijadikan rahsLa.

Seorang Ahli:[Menyampuk]

Tuan Shahidan bin Kassim: Tidak ada. Saya bertanggungjawab apa

yang saya cakap. Kalau sekiranya rahsia, tangkap saya . Dok tunggu

apa Lagi.

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -82-

Tetapi saya hendak bertanya yang menyimpan video lucah ini - semua

rakyat tidak boleh menyimpan video lucah, Saya hendak bertanya,

tempoh masa beliau menyimpan sebelum diserahkan di Parlimen, berapa

jam? Dalam masa itu dia ada bercerita ini Lucah, Mengapa dia

cerita lucah? Sudah pasti bila beliau cerita lucah, beliau sudah

melihat. Kalau tidak macam mana beliau tahu bahawa itu lucah atau

tidak? Yang beliau lihat itu, beliau kata - ini melibatkan satu

nama - D.P. Vijandran, beliau kata ada aama dan mukanya macam D.P

Vijandran. Sudah. pasti beliau sudah lihat. Kalau sekiranya

seseorang melihat video Lucah, mestilah diambil tindakan. Bukankah

begitu Dato' Megat? Mana boleh tidak diambil tindakan? Tidak

adillah.

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat, minta maaf. Kepong minta jalan. Beri atau tidak? -

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak dengarkah saya panggil? Kepong

minta jalan. Beri atau tidak? [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menolong

Tuan Pengerusi sedikit kerana saya nampak Yang Berhormat: Arau ini

berucap sudah hampit satu jam. Ini peringkat Jawatankuasa, ada

banyak Ahli lagi yang hendak berucap. Berilah peluang sedikit .

Saya bercadang menasihatkan Yang Berhormat Arau, patut Yang

Berhormat menggulungkan ucapan supaya memberi peluang kepada

Ahli-ahli yang lain juga.

Tuan Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat: Pengerusi , . . .

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -83-

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhan bin Haji Mahiruddin]:

Sebentar , Yang Berhormat....

Tuan Shahidan bin Kassim; Saya sedar, Tuan Pengerusi. Tetapi.

beliau berucap dua jam lebih saya tidak ganggu.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Sebentar, Yang Berhormat. Saya akan bagi penerangan. Saya tidak

boleh sekat Arau kerana saya tahu Kepong telah berucap lebih dari

satu jam. Sila teruskan.

Tuan Shahidan bin Kassim: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya

minta Timbalan Menteri Dalam Negeri supaya melihat keadaan ini.

Kalau Yang Berhormat tidak mengambil tindakan kepada Ahli yang

terlibat dengan manyimpan video Lucah ini.Maknanya, semua rakyat

jelata yang ada menyimpan video lucah bolehlah berikan kepada AhlL

Parlimen dan Ahli Parlimen bolehLah selepas itu menyerahkan kepada

pihak Polis. Ini prosedur yang berlaku dalara Dewan Rakyat

sekarang. Beliau ambil dan kemudian beliau serahkan kepada Polis.

Kalau ada rakyat jelata yang hendak serahkan kepada saya, PoLis

tidak boleh tangkap - sebab beliau ini tidak ditangkap. Maka sudah

jadi precedent. Sekarang ini siapa yang ada video lucah bolehlah

serahkan kepada saya dan kemudian saya akan hantarkan kepada pihak

Polis. Tetapi bagaimana saya hendak tahu video itu Lucah?- Mesti

saya lihat. Tetapi menonton video Lucah tidak boleh, salah dari

segi undang-undang. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat

Timbalan Menteri, apakah tindakan yang akan diambil kepada mereka

yang terlibat dengan video lucah , walaupun di bawah Jabatan Perdana

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR. 19.11.92 -84-

Menteri tetapi ini melibatkan soal keselamatan Kerajaan. Apabila

Ahli Parlimen terlibat dengan menyimpan video lucah - bahaya.

Di bawah tajuk Biro Tata Negara. Tuan Pengarusi, Biro ini

telah berjaya. Saya hendak mengucapkan tahniah. Di bawah

kepimpinan Ketua Pengarah yang baru ini saya percaya Ketua Pengarah

baru ini pasti akan membawa Biro ke arah suasana yang leb ih

memberangsangkan untuk melatih rakyat Malaysia supaya cintakan

negara.

Saya hendak minta supaya semua penuntut-penuntut yang akan

kaluar negeri sama ada dihantar oLeh Kerajaan, atau dihantar oleh

ibu bapa mereka sendiri, ataupun dihantar oleh mana-mana pihak

swasta supaya mereka mesti mendapat sijil pengiktirafan daripada

Biro Tata Negara terlebih dahulu. Kita tidak mahu anak-anak kita

yang baru di. peringkat umur untuk membesar ini menerima

pengaruh-pengaruh dan juga anasir-anasir yang kurang baik...

Dato' Haji Mohd. Zihiu bin Haji Hassan: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haj i Mahiruddin]; Yang

Berhormat, Larut minta jalan.

Tuan Shahidan bin Kassim: Larut hendak apa pula?

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -85-

Dato' Haji. Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan; Saya hendak

tanya Ahli dari. Arau, adakah Ahii dari Arau bersetuju dengan saya

supaya Ahli-ahli Bayan Baru, Kepong dan lain-lain itu diberi kursua

Tata Negara?

Tuan Shahidan bin Kassim: Tepat sekali, terutamanya Ahli Bayan

Baru, sebab bahasa beliau kurang manis sedikit. Beliau mengaku

beliau malu jadi. Melayu atau apakah hari itu... Saya ingat elok

beliau dihantar berkursus. Saya sekarang ini merupakan Ketua Juru

latih di sebuah Kem Bina Semangat, saya sanggup melatih mereka ini

dan saya akan bawa mereka mendaki gunung, menurun lurah dan

sebagainya. Tidak ikut peraturan saya ketuk kaki mereka.

Tuan Pengerusi, saya minta supaya anak-anak kita yang akan

keluar negeri. ini dLberi Latihan ataupun mereka ini melalui kursus

Biro Tata Negara. Maknanya tiap-tiap orang yang hendak pergi. keluar

negeri mesti mempunyai sijil yang mereka telah menghadiri kursus

Biro Tata Negara. Oleh kerana Biro Tata Negara ini mempunyai beban

untuk melatih begitu banyak, saya minta supaya Biro menswastakan

kepada badan-badan laln yang sekarang ini. membuat LatLhan untuk

membolehkan supaya...

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat, Bayan Baru minta jaLan.

Tuan Ahmad bin Nor: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Adakah

Arau sedar bahawa ramal daripada orang-orang awam percaya dan

menganggap bahawa Biro Tata Negara ini adaLah satu alat politik

Barisan Nasional, khususnya UMNO? Kalau program seumpama itu baik

bagi semua rakyat Malaysi.a, termasuk dirl saya sendiri, saya rasa

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -86-

program ini boleh dibuat sacara yang meluas, tidak perlu diadakan

satu institusi khas seperti Biro Tata Negara untuk mendapatkan

Latihan pendidikan seperti mana yang diharapkan, malahan boleh

digunakan semua institusi tarutamanya institusi pendidikan program

yang telahpun digunakan dalam Biro Tata Negara, Keaapa Biro Tata

Negara? - Untuk kepentingan politik UMNO. Sekarang inipun sudah

menjadi alat UMNO untuk hendak kempen pillhanraya UMNO bagi tahun

1993. Terima kasih.

Tuan Shahidan bin Kassim; Begitulah sombongnya 'burung tiong'.

Saya tidak kata kepada dia! Yang Bayan Baru cakap tadi, saya hendak

bertanya Ahli Bayan Baru, pernahkah beliau hadir dalam mana-mana

kursus Biro Tata Negara? Kalau dia pernah hadir, beliau boleh

mengeluarkan kenyataan tersebut. Tetapi kalau tidak pernah hadir,

tidak payah cakap. Kita bukan kumpulan orang bodoh, kita adalah

kumpulan cendiakawan negara. Kalau tidak, kita tidak boleh

menggubal polisi negara. Tujuannya ialah satu sahaja yang utama

iaitu supaya rakyat betul-betul memberikan taatsetia yang tidak

berbelah bahagi. kepada negara , mencintai pemimpin-pemimpin negara,

maknanya, positive thinking, dengan izin. Siapa yang pernah pergi

kursus, pernahkah kita sebut UMNO? Pernah atau tidak?

Beberapa AhLi: Tidak.

Tuan Shahidan bin Kassim: Semua jawab tidak pernah. Tidak

pernah sebat. Yang kita sebutkan ialah negara Malaysia harus

dihormati dan dicintai. Kalau sakiranya DAP hendak merabuat: pusat

latihan mereka sendiri - bagus , supaya pemimpin-pemimpin DAP ini

Lebih cinta kepada negara , supaya apabila mereka pergi keLuar negeri

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -87-

tidak memburukkan negara. Ini pergi ke luar negeri memburukkan

negara, lepas itu balik terima elaun daripada Kerajaan. Ini yang

kurang pasti. Itupun kalau Lambat claim cukup marah kapada

pegawai-pegawai Kerajaan, tetapi bantai Kerajaan, tidak betul, tidak

betul lepas itu ambil gaji Kerajaan. Sudah bantai, tidak payah

ambillah.

Saya mengucapkan tahniah oleh kerana Biro ini telah berjaya

melatih anak-anak muda terutamanya untuk yang pergi ke luar negeri,

saya mengisytiharkan kepentingan. Kita ada satu unit yang saya

ketuai di bawah tajaan MARA di bawah Kementerian Perusahaan Awam.

Unit Pembangunan Kualiti kita membuat latihan-latihan untuk mereka

pergi ke luar negeri dan saya ingat boleh diberi bantuan tambahan.

Itu saya ikhtiarkan tetapi saya bukan dapat gaji, tidak. Saya

menyerahkan jiwa raga saya untuk berkhidmat kepada negara, bukan

seperti pemimpin TWU yang sapu $7,000 sebulan.

Tuan Pengerusi, saya akan habiskan ucapan saya dalam rnasa 10 -

15 minit dari sekarang. Berikutnya ialah berhubung dengan Unit

Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, iaitu tentang

kuasa State Developraent Officer (SDO), dengan izin. Dahulu saya

sudah sebutkan saya tidak mahu ICU sahaja. Kaiau "I see you do"

itu, okaylah. KaLau boleh dikembalikan kuasa yang ada pada unit ini

supaya unit juga boloh sama-sama terlibat untuk menyelaraskan

aktiviti-aktiviti dan jaga pelaksanaan projek-projek Kerajaan. Pada

masa sekarang SDO cuma menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tender

Persekutuan. Setakat Pengerusi Jawatankuasa Persekutuan tidak

Page 88: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -88-

boleh menjaminkan program dan juga projek dilaksanakan kalau

sekiranya kuasa yang ada padanya itu tidak seperti yang diberikan

pada masa-masa yang lepas. Saya minta ICU berbuat sesuatu untuk

membolahkan SDO dikembalikan ke zaman kegemilangannya - semasa saya

menjadi SDO dahulu dalam tahun 70an, di mana pada masa itu kita

boleh sama-sama untuk monitor dan juga sama-sama membantu

pihak-pihak lain untuk menyelaraskan aktiviti dan juga program pihak

Kerajaan .

Page 89: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -89-

Fasal 040200 Pasukan Petugas Anti Dadah. Ini terlibat dengan

PEMADAM, walaupun PEMADAM masuk di bawah Kementerian Dalam Negeri .

Saya minta sekali lagi supaya - saya tabik dua belah tangan pun tak

apa - supaya Kerajaan menambahkan peruntukan kepada badan-badan

sukarela yang terlibat dengan usaha-usaha mencegah dadah. Contohnya

PEMADAM, kita juga ada kepentingan, saya Pengerusi PEMADAM Perlis,

Dato' Megat Pengerusi PEMADAM Pusat. Oleh kerana kita kena tengok

bahawa ini merupakan di antara satu badan yang terlibat. Kita kena

tahu bahawa sekarang ini, jawatan-jawatan dalam PEMADAM ini

merupakan jawatan thankless. Jadi, orang tak ucap terima kasih

kalau berjaya, sebab dia melibackan dadah. Jadi, saya minta supaya

mereka dalam badan sukarela ini diberi bantuan untuk mereka lebih

cergas dan lebih bersemangat lagi untuk sama-sama terlibat dengan

pencegahan dadah.

Sekarang ini saya ingat PEMADAM Pusat hanya diberi 3100,000

kalau saya tidak silap dan ia hanya sedikit membantu PEMADAM-PEMADAM

Negeri. Dan PEMADAM Negeri pula mengharap bantuan daripada Kerajaan

Negeri. Saya ingat elok diselaraskan, sebab dadah bukan kira

negeri. Dadah dia kira tempat mana dia suka, dia sampailah.

Walaupun Perlis kecil, kalau silap-silap mangkin Perlis Lebih banyak

orang menghisap dadah, walaupun sekarang ini tidak sampai. 1,000

orang, dan Kuala Lumpur banyak. Ini dia tidak kira tempat, tetapi

kita minta diselaraskan dan minta peruntukan ditambah.

Page 90: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -90-

Kemudian yang berikutnya, Tuan Pengerusi, saya hendak ulang

balik di bawah Butiran 0500 Hal Ehwal Agama Islam. Di bawah Hal

Ehwal Agama Islam, saya hendak ulang sekali lagi supaya mana-mana

orang Islam, Kerajaan harus mengambil tiadakan kepada mana-mana

orang Islam yang terlibat untuk mengkafirkan mana-mana orang Islam

yang lain, termasuk juga menuduh mana-mana orang Islam lain tidak

menerima Al-Quran dan sebagainya. Apa haknya berbuat demiklan?

Mungkin Bahagian Agama boleh mentafsirkan apa yang terdapat

dalam Hansard ini. Saya hendak rujukkan Ahli dari Pengkalan Cepa.

Kemudian di bawah Hal Hhwal Wilayah Persekutuan. Ini cukup

controversy, ini cukup penting difikir. Saya hendak sebut fasal

Bandaraya, supaya perkara Lni tidak digunakan oleh pihak tertentu

termasuk DAP, supaya perkara ini tidak digunakan oleh mana-mana

pihak Pembangkang termasuk PAS dan juga 46, PBS. Kita menentukan

kuasa-kuasa sebenar dan juga peraturan yang melibatkan Datuk

Bandar. Selepas itu Datuk Bandar dengan

Jawatankuasa-jawatankuasanya, Jawatankuasa Tanah dan sebagainya -

saya mendengar cerita macam kes Volvo, tak salah, sebab ada

peraturan yang membenarkan dia beli, sebagai contoh. Jadi, kita

minta supaya peraturan ini diperjelaskan. Demikian juga di

Jabatan-jabatan Kerajaan, ianya diperjelaskan supaya ianya tidak

disalahpandang, disalahtafsir oleh mana-mana pihak. Saya minta

supaya benda diperterangkan supaya Datuk Bandar yahg baru ini dapat

memastikan dia dapat menjalankan kerja-kerja dengan begitu baik.

Saya juga menyeru kepada pihak Kerajaan, aaya tengok semangat,

morale pegawai-pegawai Bandaraya jatuh, kerana mereka dihentam oleh

Page 91: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -91-

DAP dengan begitu hebat. Jadi, saya minta supaya pegawai-pegawai

baru dan Datuk Bandar dan juga Timbalan Menteri yang baru masuk

supaya menentukan sejauhmana kuasa yang terdapat pada Datuk Baadar

dan dalam masa yang sama memastikan supaya semangat bekerja

pegawai-pegawai dan kakitangan Bandaraya dipertinggikan, Sekarang

ini kalau sekiranya pembangunan ini terpaksa diberhentikan sekejap,

ini masalah. Jadi, saya takut ini boleh mengurangkan tahap bekerja

dan tahap pembangunan yang celah dliaksanakan oleh Bandaraya

sekarang ini yang merupakan di antara Bandaraya yang tercantik dalam

dunia, Tuan Pengerusi. Kita cukup seronok berada di Bandaraya KuaLa

Lumpur. Jadi, kita tidak mahu pegawai-pegawai yang sedang memberi

perkhidmatan sekarang dan juga Bandaraya memikirkan seolah-olah

mereka ini sedang diperhati, seperti seorang yang pakai baju yang

tidak betul , ataupun memakai seluar koyak yang sentiasa takut

diperhati dan sebagainya, kita tidak. mahu. Kita mahu

pegawai-pegawai ini terus bekerja dengan penuh semangat, jangan

takut DAP, kami ada. Sebab mereka ini cuma gempar sahaja. Orang

Perlis kata 'gempak', orang KL kata apa, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji. Mahiruddin]: Yang

Berhormat, Sungai Besi minta jalan.

Tuan Tak Kok Wai: Kalau tidak berlaku penyelewengan, tidak

melaku penyalahgunaan kuada, tidak membazir wang rakyat, apalah

perlunya takut pada DAP?

Tuan Shahidan bin Kassim: Tidak, kalau sekiranya berlaku tidak

masalah. Tetapi masalahnya benda-benda yang tidak ada diadakan, iai

masalahnya, Bukan mereka takut DAP, tetapi. cara DAP gertak seolah-

Page 92: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -92-

olah, kadang-kadang kita buat kerja sebagai pegawai Kerajaan,

kadang-kadang kita buat kerja tnemang kita ikut peraturan. Ini

manusia biasa - macam orang takut hantulah, Macam Sungai Besi, dia

penakut hantu, kita kata ada hantu. di belakang. Hait! Dia ingat

ada hantukah. Jadi, macam itulah.

Jadi, kita tidak mahu lagi orang-orang Bandaraya untuk takut

bekerja dan sebagainya, teruskan semangat bekerja, teruskan

sumbangan yang baik untuk terus membangunkan Bandaraya. Jangan

takut dia kata, asalkan kita mengikut peraturan. Saya tak mahu kata

pembangunan ini mesti dihentikan, ini tidak boleh dibuat dan

sebagalnya, ini takut orang kata, bukan. Ini satu dua benda mungkin

tersilap. Tersilap kita perbetulkan. Bukan tersilap kita mesti

buauh satu organisasi. Ini bukan cara Barisan Nasional untuk

mentadbir negara. BarLsan Nasional mentadbir negara, yang silap

diperbetulkan. Bukan dicantas satu pertubuhan. Itulah kearifan

kita mentadbir negara. Jadi, kita kena ingat tiap-tiap benda yang

kita buat mungkin sekali-sekala ada kesalahan, kita perbaiki. Yang

salah diperbaiki, yang tak saLah diteruskan dengan penuh. Saya

minta pegawai-pegawal Bandaraya teruskan usaha-usaha baik untuk

terus bangunkan Bandaraya sampaI ke tahap yang dibanggakan .

Kemudian, Butiran 103000, saya ucap tahniah kepada pihak.

Kerajaan dan juga Menteri Kewangan yang telah menyatakan bahawa

Kerajaan ingin menyelaraskan kutipan zakat. Saya minta ini

diperjelaskan supaya ianya tidak disalahtafsirkan oleh mana-mana

puhak. Diperjelaskan dengan sebetul-betulnya kerana kita dapati

bahawa zakat ini di akhirnya akan dibalikkan kepada Negeri. Yang

ini t i d a k diper-

Page 93: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -93-

terangkan dan tidak diperjelaskan. Walaupun kenyataannya terang,

tetapi saya minta ini juga dibawa ke peringkat Negeri. Saya minta

orang-orang PA5, terutamanya orang PAS sahabat saya dari Nilam Puri

juga tolong balik cerita kepada orang kawasannya bahawa usaha

Kerajaan untuk menyelaraskan kutipan zakat ini bagus. Sebab ini

bagus, Mohamad Sabu orang Islam, kita dapat pahala bila kita

menyuruh orang Islam membayar zakat, dapat pahala. Kerana banyak

orang tak tahu, banyak juga ahli-ahli perniagaan tidak tahu macam

mana hendak bayar zakat. Jadi, bila Kerajaan memperkenalkan

cara-cara hendak bayar zakat, sudah sampai masanya PAS sendiri,

sebab saya tahu perangai PAS yang baik dia kata baik, Tetapi yang

baik dia kata tak baik, makna bukan PAS, itu parti. lain. PAS yang

dahulu kala di bawah Dato' Asri umpamanya, yang baik dia kata baik.

Yang tak baik dia kata tak baik. Tetapi yang ini, yang baik pun tak

baik, yang tak baik telahlah. Contohnya dia kata orang Islam

menolak Al-Quran, dia dok kata baik situ, Saya hendak tanya Yang

Berhormat dari Nilam Puri. Setujukah dia kata kita ini menolak

Al-Quran, setujukah? Ini boLeh bangkit jawab, saya beri kebenaran.

Setujukah atau tidak setuju? Setujukah tidak dengan Pengkalan Cepa

yang menudah kami menolak Al-Quran?

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Nak heret saya dalam perbahasan

ini. Sebabnya kita boleh menyelasaikan iaitu bersetuju atau tak

setuju serah kepada Pengkalan Cepa. Hari. i t u beliau tidak diberi

peluang langsung untuk bercakap. Kita kena ingat bahawa Peng kaLan

Cepa masa dia baca Al-Quran di"boo". Bunyi "boo", jadi dalam

keadaan itu dia bercakap demikian rupa. Jadi, bagi saya perkara ini

boleh di perpanjangkan, dibincangkan 1agi.

Page 94: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 . -94-

Tuan Shahidan bin Kassim: Mat Sabu cakap- betullah. Mana ada

orang Islam di sini bila dengar Al-Quran nak 'boo', mana ada. Mana

ada kaki, pemimpin pula bukan sebarang. Saya ingat tak ada, mungkin

orang yang tak faham Al-Quran yang tepuk tangan itu, tnungkin kita

tidak tahu. Mana siapa kita tahu. Jangan. tuduh orang Islam. Orang

Islam kalau dengar Al-Ouran, siapa-siapa Yang Berhormat, sebut

sahaja Al-Quran kita duduk diam. Tak berani kita, ini bukan satu

perkara main-main. Saya takut , saya tak mahu main-main .

Page 95: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 95 -

Walaupun saya tidak fahara, saya dengar Al-Quran, saya diam,

tidak ada siapa yang Boo! Siapa yang ada Boo di sini? Tidak ada.

Siapa yang ada tepuk tangan di sini? Tidak ada. Mungkin DAPt sebab

dia tidak faham Al-Quran, sebab dia tidak menerima Al-Quran sebagai

agama mereka. Mana ada orang Islam begitu. Mungkin dia tertepuk

masa itu, mana kita tahu. Jadi, kenapa 'berandang' kepada sini

mengatakan: "Kamu semua menolak Al-Ouran". Tidak boleh, tetapi saya

bersyukur sebab Ahli dari Nilam Puri kata tadi, dia tidak berpeluang

bercakap, seolah-olahnya kalau dia bercakap, dia hendak tarik balik.

Tetapi tidak perlu tarik balik dalam Parlimen, dalam akhbar-akhbar

cukup ataupun datang berjumpa dengan saya, atau tiap-tiap prang Ahli

Parlimen, 'saya minta maaflah' 'demo minta maaflah, demo tidak

bercakap demikian'. Bercakap Kelantan pun tidak mengapa - kita

terima, no problem. [Ketawa] Minta maaf sebab tercakap, yang kamu

menolak Al-Quran. Semalam saya jumpa dia di luar, Pak Nik kena

tarik, tidak boleh.

Dia kata: "Kamu semua bukan saya kata menolak Al-Quran, isi-isi

Al-Quran". "Pak Nik jangan. main politik dengan saya", saya kata,

"Pak Nik telah membuat kesilapan, minta maaf, sebagai seorang Islam,

orang yang paling dihormati dalam dunia ini, orang yang sanggup

mengaku kesalahannya, bukan orang yang sombong dan. bongkak" Ha!

itu bukan Ulamak boleh bercakap tentang Islam itu, bagus. Satu

Page 96: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 96 -

markah yang tinggi. Saya tidak payah dipanggil Ustaz, tetapi saya

rasa saya lebih mirip kepada yang bagus daripada Ulamak. Saya tidak

pernah tuduh orang menolak Al-Quran, tidak berani saya, sebab

perkara ini berat.

Saya minta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tolong

tengok. Apa hukumnya kepada orang yang menuduh kami menolak

Al-Quran. Saya berat memikirkan, tiap-tiap malam saya tidur lewat,

kerana saya memikirkan [Ketawa]. Yang lain boleh melawak, hak yang

ini tidak boleh, saya serius, I am serious.

Saya terfikir bagaimana saya dituduh menolak Al-Quran daripada.

seorang guru. Kadang-kadaag saya bertanya: "Pak Nik, saya boleh

sembahyang ini atau tidak?" Saya tanya dia, saya tanya dua, tiga

orang walaupun pendapat bermacam-macam sama ada saya boleh

sembahyang qasar atau tidak, saya tanya. Tetapi kalau dituduh saya

menolak Al-Quran ini macam mana saya hendak pegang lagi orang macam

ini.

Jadi, saya menyerulah Wakil Rakyat dari Pengkalan Chepa supaya

rakyat Pengkalan Chepa, pengundi-pengundi di Kelantan supaya tidak

menerimanya selagi dia tidak menarik balik. Bagaimana kita hendak

tarik balik orang yang menuduh kita semua tidak menerima Al-Quran.

Tidak menerima Al-Ouran - kafirlah. Itu satu tuduhan yang berat.

Sudahlah dahulu menuduh UMNO kafir, ini dalam Parlimen pula menuduh

tidak menerima Al-Quran, saya tidak tahu, saya mtnta maaf, saya

pening kepala hendak berfikir, saya minta tarik balik sebelum saya

'menyirap' darah saya sebagai pejuang Islam untuk melihat siapa yang

menghina Islam. Itu menghina sesama Islam. Dan bila saya

'menyirap' susah nanti.

Page 97: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 97 -

Saya berjanji, saya akan berhenti lagi lima minit.

Tuan Pengerusi, yang berikutnya selain daripada zakat, saya

hendak sentuh di bawah Tabung Haji. Sebab saya membuat persediaan,

saya boleh bercakap panjang, jadi saya minta dibenarkan.

Saya minta di bawah Tabung Haji ini, supaya dikaji semula

sistem penempatan jemaah haji di Mekah dan di Madinah semasa musim

haji.Pastikan bahawa pengusaha pakej haji swasta disediakan bank

guarantee yang bersamaan dengan yuran yang dikutip, Saya ingat

kalau diberi gank guarantee, dia hendak tipu jemaah haji tidak bayar

balikkah, tidak akan timbul masalah. Dia bayar bank guarantee, dia

tidak hantar orang pergi ke Mekah, kita tolong bayar balik, itu cara

yang paling selamat. Jadi, dengan cara ini saya pasti jemaah-jemaah

haji yang terlibat dengan pakej-pakej swasta dapat diselamatkan

terutamanya yang dikendalikan oleh kawan-kawan kita daripada PAS.

Tuan Pengerusi, saya hendak tanya, sebab saya ada dengar

cerita, yang pertamanya berkenaan dengan PERNAS. Sesiapa dari

PERNAS tolong tengokkan perkara ini. Saya hendak tanya, Presiden

PERNAS ini berapa jawatan Pengerusi dia pegang sekarang? Kalau

terlampau banyak sangat, saya ingat perlu dikurangkan sedikit.

Jadi, kalau terlampau banyak pasti sudah dia akan mendatangkan

kemudharatan kepada kesihataanya yang telah menjangkan umur. Banyak

lagi orang-orang muda yang mampu dalam bidang korporat yang perlu

diberi peluang. Saya tidak mahu sebab saya harus memegang kesatuan

kerja yang tidak bergaji sahaja. Hak yang lain berilah kepada orang

Page 98: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 98 -

lain yang mampu. Saya duduk di YPM pun tidak mengapa, okay sudah.

Jadi, saya minta supaya PERNAS memikirkan bagaimana Presidennya itu

dapat dikurangkan, pegang tiga, empat - cukuplah. Berpuluh ini

cerita yang berat. Mungkin Nilam Puri berminat juga tetapi dia

tidak mengerti berniaga, kita beri kepada orang lain yang boleh

berniaga.

Kemudian fasal UMBC. Dengar ceritanya, sebab itu saya tidak

mahu tuduh, saya hendak bertanya, saya dengar cerita akan

diswastakan. Saya hendak cadangkan bila penswastaan ini dibuat

supaya saham-saham UMBC diberikan kepada yayasan-yayasan dan juga

SEDC-SEDC negeri dan tidak kepada orang-orang perseorangan kerana

kita kena ingat bahawa UMBC ini dipunyai oleh PERNAS. PERNAS telah

membeli daripada estate yang terbesar itu, daripada individu dan

sekarang ini PERNAS punya, jadi, tidak patutlah kerana hendak

diswasta, diswastakan kepada individu balik. Sepatutnya diswastakan.

ataupun saham-sahamnya diberikan kepada yayasan, diberi kepada SEDC

dan sebagainya untuk membolehkan penyertaan kita lebih baik.

Dan. saya juga ingin bertanya di bawah UMBC ini yang terletak di

bawah PERNAS, mengapakah pinjaman untuk perumahan kos sederhana yaag

kurang daripada $100,000 dibekukan, ini di bawah UMBC. Pada hal

UMBC ini di bawah PERNAS, PERNAS di bawah Kerajaan. Saya miata

tanya dibuka balik.

Kemudian, PERNAS Edar, dahulu banyak syartkat memohon supaya

menswastakan PERNAS Edar. Pada tahun sudah PERNAS Edar telah diberi.

peruntukan $5 juta, tahun ini tidak sempat sebab saya kurang nampak

di sini, tetapi walau bagaimanapun, PERNAS Edar mesti ada. Saya

Page 99: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 99 -

minta oleh kerana PERNAS Edar ini merupakan nadi utama dahulu, yang

tujuannya untuk membantu peniaga-peniaga dan juga penjaja-penjaja

kecil supaya PERNAS Edar ini, kalau tidak dimansuhkan daripada buku.

Kalau hendak minta $5 juta setahun - forget it, dengan izin. Hendak

minta $50 juta, okay. Sekarang ini peniaga-peniaga kecil CGC beri

$2,000 sekarang telah dinaikkan $10,000. Tetapi peruntukan PERNAS

3120 juta, tetapi PERNAS Edar yang hendak menolong peniaga dan

penjaja kecil ini diberi $5 juta, ini cerita apa? Saya minta supaya

kalau hendak berniaga, berniaga betul-betul. Kita beri peruntukan,

beri injection, dengan izin, untuk membolehkan PERNAS Edar ini

bernafas semula daa terus membantu peniaga-peniaga dan

penjaja-penjaja kecil, kalau tidak - tidak payah. Ini cerita hendak

beri hidup sedikit-sedikit ini - tidak payah. Jadi,beri dia hidup.

betul-betul, kita beri peruntukan yang memuaskan untuk ianya boleh

terus hidup dan terus membantu peniaga-peniaga kecil.

Akhir sekali, ini di bawah JPA, ini cukup serius. Ini fasal

kenaikan pangkat. Saya bersimpati sahabat-sahabat saya yang masuk

batch Pegawai PTD tahun 1977, di bawah kenaikan pangkat, saya tidak

lari ini. Di bawah kenaikan pangkat ialah di bawah butiran

Perjawatan 03000.

Pegawai-pegawai Kerajaan yang masuk sama dengan saya pada tahun

1973/1974, sekarang telah berapa pulih tahun, saya ingat tidak ada

seorang pun, kalau ada hanya seorang berdua sahaja yang dimasukkan

ke Tingkatan Tertinggi 'F', yang lain-lain lagi masih tersangkut di

Tingkatan Tertinggi 'G'. Dahulu untuk dapat Tingkatan Tertinggi 'G'

Page 100: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 100 -

semasa Tan Sri Ketua Setiausaha Negara sekarang ini, dia dalam masa

lima tahun telah dapat Tingkatan Tertinggi 'G' yang ini pula, saya

masuk dalam tahun 1974 saya dapat Tingkatan Tertinggi 'G' dalam

tahun 1982, dalam masa lapan tahun baru saya dapat Tingkatan

Tertinggi 'G1 - okaylah. Tetapi dia dapat Tingkatan Tertinggi 'G'

pada tahun 1982 sehingga sekarang tahun 1992, dia duduk merangkak,

saya tengok muka mereka sudah pusat, apakah boleh diberi Personal to

Holder, saya tidak tahu SSB sama ada terlibat perkara yang semacam

ini atau tidak.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Page 101: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 101 -

Tetapi saya ingat ini harus diperhatikan oleh pihak KSN. Begitu

juga sistem kenaikan pangkat dan juga laporan sulit, saya di antara

orang yang menjadi mangsa. Tuan Pengerusi, saya hendak habiskan.

Di antara mangsa,....

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi; Ya?

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, saya minta

penjelasan. Tadi, Yang Berhormat dari Arau hanya menyebut pegawai

PTD sahaja. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa

ramai pegawai-pegawai di dalam Perkhidmatan Profesional dan Teknikal

yang lebih teruk daripada pegawai PTD, yang 15 tahun belum lagi

dapat Superscale "G"?

Tuan Shahidan bin Kassim: Setuju sekali, setuju sekali. Saya

ada seorang sahabat saya, dia menjadi doktor sekarang ini telah

menjadi Timbalan Pengarah di Institut Kajian Perubatan - Dr. Ismail,

sebagai contoh. Kalau saya tidak silap, dia masih Tingkatan "F"

ataupun mungkin "E" tetapi dia hendak berpencen. lni doktor, Tuan

Pengerusi. Pada hal, maaf cakaplah, kadang-kadang, kalau PTD,*

berkhidmat 15 tahun sudah dapat Tingkatan "B". Jadi, tolong. fikir,

Saya bersimpati dengan Yang Berhormat Padang Terap ini kerana dia

seorang bekas pegawai pertanian, kemudian dia pun masuk PTD.

Tetapi saya hendak bercakap PTD, sebab saya lebih mahir dalan PTD,

sebab saya bekas pegawai PTD. Saya rasa laporan sulit yang dahulu,

Page 102: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 102 -

saya sudah sebutkan dalam laporan sulit ini, raraai pegawai PTD -

Timbalaa Menteri dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Pelancongan itu dan di Jabatan Perdana Menteri, mereka

semua tahu sangatlah. Mereka mungkin pun tidak kena, saya kena.

Kalau bos kita ini perangainya atau jenis orang baik, kalau

seseorang itu baik pun, bos dia jenis "B", "B" itulah kita.

Setengah orang pegawai itu, kalau orang itu baik - "A", dia beri

pangkat "A"lah. Jikalau yang naik pangkat masuk dalara "A", maka "A"

yang dinaikkan pangkat, walaupun A kurang baik. Kalau bawah

daripada "B", "C"lah.

Jadi, saya hendak minta supaya mereka ini bukan sahaja - memang

betul dari segi, kita katalah, sumbangan. Setengah tempat sudah

hendak dikira sumbangan. Dia punya merit, susah hendak dikira,

Yang buat research itu, hendak kira merit, macam mana? Yang membuat

pentadbiran, dok kerja sign dan tidak berhenti, jadi macam mana

kira? Ataupun yang terlibat dalam bahagian pembangunan atau

projekkah? Dia sudah siapkan banyak projek, dia dapat pujian dan

dinaikkan pangkat. Tetapi ada setengah pegawai, terkongkong macaTn

ini ataupun dalam,Jabatan Audit,contohnya. Ada yang terkongkong

dan pada tiap-tiap hari, dia buat macam itu. Apa pujian yang harus

diberi kepada dia? Susah hendak fikir. Khidmat Cemerlang pun,

tidak ada lagi. Saya minta supaya kenaikan pangkat ini, saya tidak

mahu kata lanjut, tetapi selepas ini, saya akan bercakap kalau

sekiranya perkara ini tidak dihalusi betul-betul. Kita tidak mahu

timbul prasangka dan kekecewaan yang berpanjangan.

Seorang Ahli: Kekecewaan macam mana?

Page 103: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 103 -

Tuan Shahidan bin Kassim: Kekecewaan? Kekecewaan yang

berpanjangan di pihak pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam Kerajaan

sekarang. Saya bertanya semalam dan dua-tiga orang kata "Kalau ada

syarikat kamu - Yang Berhormat Shahidan, aku teringin sangatlah.

Aku dah tidak syok sungguh." Jadi, dia sebut "tak syok sungguh,"

pasti sudah dia akan beri sumbangan yang kurang. Saya sebutkan

kepada dialah kerana dia seorang kawan saya juga. Tetapi saya

bersimpati sebab 10 tahun duduk di Tingkatan "G", ini bukan satu

benda yang mudah. Tetapi ada kawan-kawan yang duduk di bahagian

yang senang dinaikkan pangkat walaupun sumbangannya dalam peringkat

yang tidak beberapa berat sangat, tetapi dia boleh terus naik

pangkat. Adalah batch yang sama, sudah dapat naik Tingkatan "F",

kerana dia duduk di tempat yang sesuai. Maaf cakap, orang JPA

kerana JPA ini lebih mudahlah kalau dibandingkan dengan

tempat-tempat yang lain. Tetapi sesuailah sebab JPA dia menjaga

itu, sesuailah, dia jagalah semua segala-galanya.

Jadi, saya minta maaf ini supaya difikirkan satu sistem.

Hendak marah saya, marahlah. Ini cerita sebenarnya supaya anak-anak

kecil, termasuk Tingkatan "G" ke bawah dan Senior Timescale, apa•

hukuman dan dosa mereka ini sampai ke tahap yang mereka dihukum

sampai ke 10 tahun? Yang setengah itu dapac 42 tahun. Lagi 8

tahun, 50 tahun. Saya ingat yaag berumur 50 tahun itu baru dapat

Tingkatan 'F'. Itulah apa yang kamu dapat walaupun berkhidmat sejak

1973 ataupun tahun 1974. Saya sedth dan saya minta KSN membuat

sesuatu di bawah SSB supaya mereka ini dilonjakkan, walaupun dia

Page 104: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 104 -

tidak ada "F" atau "G" sekarang ini, lotnpat ke "F" ataupun "E".

Jadi, sesuailah kerana sumbangan mereka cukup bermakna.

Saya beri teguran ini, saya ikhlas sebab saya fikirkan

sumbangan mereka cukup penting. Jangan di bawah SSB ini, walaupun

dikatakan macam—macam, kita dengar cerita yang bermacam-macam di

bawah SSB ini, Tuan Pengerusi. Katalah kalau kawan ini baik dengan

Puspanita, isteri dia baik dengan. bos, dia kata itu senang naik

pangkat. Ini cerita orang. Saya tidak percaya. Tak mungkin. Ini

tidak betul. Saya tahu tidak mungkin isteri boleh terlibat dalam

kenaikan pangkat. Tidak betulnya. Saya tidak bersetuju. [Ketawa]

Tetapi tolong tengoklah, kot-kot ada, supaya kita jangan beri benda

ini berterusan. Ada orang kata dan saya tidak percaya. Dia kata

sebab dia main golf dengan bos, selepas itu isteri boleh pergi ke

persatuan dan sebagainya. Jadi, golf bumiputerakah.... Jadi,

isteri juga baik dengau isteri bos. Ini saya minta maaf bercakap

tetapi ini orang cerita. Shahidan Kassim tidak percaya. Ahli Yang

Berhormat dari Arau tidak percaya. Tetapi tolong tengok kot-kot ada

untuk membolehkan keadilan diberikan. Jadi, saya minta pada masa

sekarang, saya memujilah apa yang dibuat itu baik, tetapi saya minta

supaya pertimbangkan tnereka yang tersangkut di Tingkatan Superscale

Lepas itu, kawan-kawan saya ada juga yang kata "Aku ini duduk

mampus di Tingkatan ' B' , Shahidan, sebab aku sudah dapat laporan

sulit ini yang tidak baijas sekali." Saya hendak taaya juga "berapa

Lamakah hukuman diberi kepada orang yang ttdak mendapat laporan

sulit yang bagus?" "Adakah kita hendak gantung sampai mati ataupun

Page 105: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 105 -

kita hendak gantung selama 6 bulan dan sebagaiaya? Siapakah dalam

Jawatankuasa Rayuan yang membolehkan - Jawatankuasa ini, saya mahu

bertanyalah. Yang boleh menimbangkan supaya hukuman mereka ini

tidak sampai ke tahap itu. Sebab kita kena ingat orang-orang yang

telah membuat kesalahan. tetapi diberi peluang kali kedua, Tuan

Pengerusi, dia akan perform, dengan izin, lebih baik daripada masa

yang lepas dan mungkin lebih baik daripada orang-orang lain. Sebab

saya, katalah saya buat salah sekali, tiba-tiba saya diampunkan

dengan serta-merta, saya pasti saya akan beri sumbangan

mati-matian. Orang yang macam ini sepatutnya diberikan keampunan

dengan serta-merta sebab dia pasti sudah akan membuat sesuatu.

Tetapi kalau dia buat sekali Lagi, bolehlah kita hukum dia, mungkin

seumur hidup ataupun dimatikan terus. Mati itu dari segi

perkhidmatanlah.

Jadi, Tuan Peagerusi, saya dengan ini menyokong peruntukan di

Jabatan Perdana Menteri dan saya mengucapkan tahniah, terutamanya

kepada pemimpin di Jabatan Perdana Menteri, kepada Perdana Menteri

sendiri walaupun semalam telah ditimbulkan dalam Soal-Jawab Mulut,

di bawah gaji dan emolumen yang Perdana Menteri telah membelanjakan,

kalau saya tidak silap, $10 juta untuk ke luar negeri. Kepada

Timbalan Menteri - $400,000. Tetapi kita kena ingat, kalau hendak

kira angka, siapa yang mengambil matematik? Kalau Yang Berhormat

dari Bayan Baru masih ingat ataupun sekarang dia sudah lupalah. Dua

campur dua jadi empat, mudah diingat. "kalau ingat, dengan 310 juta

tetapi sumbangan yang dia balik berbilion-bilion ringgit. Tetapi

menaikkan maruah bangsa ini, berapa ringgit kita hendak kira?

Page 106: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 106 -

Maruah bangsa dan maruah negara di luar negeri, kita kira

berapa ringgit? Yang hendak ktra $10 juta itu - maruah negara dan

maruah bangsa dengan hanya membelanjakan $10 juta. Ini maruah bukan

boleh diberi ringgit. Kadang-kadang maruah itu tidak boleh

ditimbulkan. Kadang-kadang maruah macam maruah Langkawi - 7

keturunan itu. Barulah lepas Mahsuri sumpah itu, barulah sekarang

ini baik. Maruah dia tujuh keturunan, baru hidup balik. Jadi,

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad masa yang pendek....

Tuan Ahmad bin Nor: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat dari Bayan Baru bangun.

Tuan Ahmad bin Nor: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Janganlah

pula salahkan pandaagan saya, saya minta penjelasan. Apakah

pandangan yang telah dibuat tadi bahawa kita belanjakan $10 juta

untuk maruah bangsa dan negara dikurniakan maruah negara, imej

negara? Sedangkan apabila ktta arah pegawai-pegawai bawahan di

peringkat Jabatan atau agensi, kita bercakap tentang jimat-cermat,

jangan buang duit itu, jangan beli kereta Volvo-, ini contoh teguran

daripada Yang Berhormat dari Padang Terap itu, Bila hendak sokong

atau bodek Perdana Menteri pergi ke luar negeri, [Ketawa] "$10 juta

dikatakan untuk bangsa dan negara". Ini sikap bodek! Tidak baik!

[Ketawa]

Tuan Shahidan bin Kassim: Yang Berhomat ini kena penyakit

malariakah? [Ketawa] Kalau orang kena penyakit malaria, Tuan

Pengerusi, lepas malaria i t u , dia kena penyakit kepialu. Bila

kepialu naik ke kepala, sedikit kuranglah, dia menggigil macam itu.

Page 107: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 107 -

Jadi, Yang Berhormat cakap ini seolah-olah menggigil macam orang

demam malaria. Saya bukan hendak sebut..,.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Pula! Belum habis, Yang Berhormat, Nanti

Yang Berhormat, berilah kepada dia bercakap perhabis dulu, dia jawab

tadi.

Tuan Shahidan bin. Kassim: Tuan Pengerusi pun seronok

dengar. [Ketawa] Jadi, saya hendak beritahu pelaburan dari segi

yang nampak duit. Pelaburan yang telah dibawa masuk ke Malaysia,

berapa bilion? Jumlah pekerja yang bekerja, berapa ratus ribu?

Lepas itu, Yang Berhormat dapat kesempatan jadi pemimpin. Lepas

itu, Yang Berhormat jadi ketua ini, sapu $7,000? Dato' Seri Dr.

Mahathir bin Mohamad tidak buat macam itu. Dr. Mahathir pergi ke

luat negeri untuk menarik pelaburan. Dalam masa yang sama, dengan

sifat keperibadian yang tinggi telah dapat menonjolkan negara di

tahap yang cukup kita bangga.

Dengan terharu sekali, saya menyatakan sekali saya mengucapkan

tahniah dan tabik, angkat topi kepada Perdana Menteri kerana berjaya

menaikkan maruah negara dan maruah bangsa Malaysia sampai ke tahap,

hoi, susah hendak cakap, dalam jangka masa yang pendek.

Page 108: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -108-

Langkawi disumpah tujuh keturunan baru maruah dia naik, barulah

dapat kita pergi ke Langkawi. Tetapi ini dalam jangka masa tidak

sampai satu keturunan, tidak sampai 100 tahun pun. Dr. Mahathir

dalam pemerintahannya dalam masa 10-12 tahun telah berjaya membawa

Malaysia ke tahap yang tidak payah tunggu tujuh keturunan. Itu dari

segi harga maruah yang kita tidak boleh nilai dengan wang ringgit,

hanya dengan kebanggaan, bersimpati dan lain-Lain bahasa yang

indah-indah yang perlu ditaburkan kepada seorang pemimpin yang telah

berjaya.

Tetapi pemimpin TWU, Tuan Pengerusi, belanja 40,000 ringgit

lepas itu bayar pula income tax 27,000 ringgit pergi ke luar negeri

buat apa - memburukkan nama Malaysia. Dr. Mahathir kena pergi pula

perbetulkan maruah negara. Tecapi pimpinan TWU dia balik, dia

memanipulasi dan mengeksploitasi anak-anak kecil daripada kesatuan

sekerja untuk kepentingan diri. Selepas itu dia sendiri kalau

betul-betul ikhlas hendak memperjuangkan, dia tidak patut buat macam

ini. Sekarang ini bukan kita hendak minta banyak daripada DAP,

tidak payah minta banyak, hendak beri sumbangan lain pasti sudah

tidak boleh. Hanya menyatakan terima kasihlah kerana Kerajaan yang

berjaya membawa ekonomi negara ke tahap ini, kami dapat berada di

sini bersama-sama. Ucapkan terina kasih cukup! Selepas itu hendak

bantai, bantailah' tetapi terima kasih sekali mesti ada supaya kita

menjadi orang yang berbudi, lebih-Lebih lagi- Bayan Baru itu baru

Page 109: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -109-

dapat gaji baru, kena ingac dan juga kena ucap terima kasih. Yang

memperjuangkan ialah BBC. Dia orang tepuk-tepuk di belakang saya di

luar Dewan. Saya kata, "ucaplah terima kasih sedikit dalam

Parlimen." Dia kata, "tak apa, tak apa". [Ketawa] Tetapi tidak

ada pun. Tiap-tiap orang yang bercakap, bantai saya, bantai saya.

Bila sampai dekat situ, "hang buatlah surat kepada Menteri Kewangan

dan Perdana Menteri," - suruh pula! Hampa ingat aku

kudakah! [Ketawa]

Dato' Dr. Affifudin bia Haji Omar: [Bangun]

Tuan Chian Heng Kai: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Nanti sekejap, beri Padang Terap dahulu.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, saya

hendak tanya, adakah Yang Berhormat daripada Arau bersetuju daripada

meracau Ahli dari Bayan Baru tadi, meracau itu dia bercakap tanpa

haluan, meracau macara burung bayan. Jadi, daripada meracau dia dan

jawapan Yang Berhormat yang panjang mengenai dengan apa yang

dipanggil cost effectiveness dalara sektor ekonomi dan sosial

maruah. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Ahli dari Bayan Baru

ini tidak faham tentang konsep cost effectiveness dan kalau dia

tidak faham, macam mana dia hendak membahaskan Belanjawan sebentar

lagi?

Tuan Chian Heng Kai: [Bangun]

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Nanti sekejap, beri dia jawab dahulu.

Tuan Shahidan bin Kassim: Boleh sambung?

Tuan Pengerusi: Nanti, beri dia jawab dahulu. Saya rasa itu

tidak ikut peraturan.

Page 110: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -110-

Tuan Shahidan bin Kassim: Ya, dia macam itulah, Tuan

Pengerusi, sebenarnya, inilah sikap orang bodoh sombong. Sebenarnya

saya bersimpati dengan Yang Berhormat dari Bayan Baru ini, dia

memang seorang pemimpin kesatuan. sekerja, memperjuangkan pekerja,

dia boleh bercakap macam itulah, tetapi dia tidak tengok daripada

nilai-nilai Yang Berhormat Padang Terap sebutkan tadi, harga dan

juga nilai sumbangan ekonomi dan sosial. Yang Berhormat harus

melihat perkara-perkara itu dengan terperinci bukan cakap

"rrrrrr," meracau seperti Yang Berhormat sebutkan tadi, tidak

payah. Ini bercakap macam Speaker Corner semasa kami di universiti

itu tidak ada sekarang. Orang tidak mahu dengar. Kita mahu cakap

dengan cara fakta. Saya waiaupun bercakap tidak payah baca di sini

tetapi faktanya penuh, sampai tinggi berbukit di hadapan saya.

Pasti sudah ucapan saya begitu bermakna. [Ketawa]

Jadi, saya hendak bercakap di sini, Tuan Pengerusi, tahniah

kepada pemimpin negara, pemimpin kepada jabatan ini yang telah

berjaya tnembawa imej negara ke peringkat yang membanggakan. Saya

sungguh terharu, cukup terharu.,...

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: [Bangun]

Tuan Shahidan bin Kassim: Ya, sila.

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman; Tuan Pengerusi, saya ingin

minta penjelasan daripada sahabat saya daripada Arau. Yang

Berhormat dari Bayan Baru seperti yang dikatakan oleh Padang Terap

meracau tadi, marah sangat. Adakah mereka DAP ini hendakkan

pemimpin-pemimpin kita yang pergi keluar negeri untuk merayu

pelaburan dan sebagainya, adakah mereka ini hendak perbelanjaan yang

Page 111: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -111-

murah. Misalnya, Perdana Menteri naik keLas ekonomi, lepas itu bila

hendak jumpa Perdana Menteri Great Britain pergi jumpa di Hyde Park

Corner sahaja, tempat free, itu murahlah, barangkali perbelanjaan

dalam $100,000 pun cukup. Lepas itu kalau hendak duduk di

hotel-hotel yang murah macam dekat King Cross, yang duduk di satu

bilik sekali dengan bodyguard. Saya ingat macam itu murah dan

barangkali dan dipersetujui oleh pihak DAP.

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya kurang pasti, mungkin itu yang

mereka buat. Tetapi saya tengok kalau pemimpin dia pergi ke iuar

negeri, dia duduk bilik berasingan, dia buat apa tidak tahulah.

Zainal Rampak dengan Ahli daripada Puchong pergi keluar negeri,

duduk di bilik berasingan dan sign credit card $8,000. Ini Timbalan

Menteri berimahu semalam. Perbelanjaan mereka $40,000. Dia sanggup

pula duduk berasingan. Dua orang, $40,000. Kita, Barisan Nasional

yang pergi keluar negeri pun tidak pernah kita belanja macam itu.

Tetapi kalau kita pergi pun kita tidak pernah ambil duit kesatuan

sekerja. Ini ambil duit daripada orang-orang kecil. Jadi, tidak

apalah.

Yang penting kita hendak beritahu bahawa kita dengan rasa

terharu dan bangga memberi ucapan tahniah kepada kepimpinan negara

yang telah membawa negara di tahap yang cukup membanggakan. Ini.,

kami sebagai pemimpim-pemimpin yang menyokong Kerajaan ingin

menyatakan, ini bukan bodek, kalau bodek saya hendak naik pangkat.

Saya hendak isytiharkan saya tidak perlukan pangkat, saya perlu

berada di sini untuk menanti kamu-kamu semua. Saya tidak perla naik

Page 112: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -112-

pangkat. Jadi, oleh kerana saya tidak perlu naik pangkat, kalau

saya puji, pujian ikhlas. Ikhlas saya supaya usaha-usaha baik ini

diteruskan walaupun harus terpaksa membelanjakan $20 juta untuk

pergi keluar negeri dan sebagainya diteruskan sebab maruah bangsa

dan juga maruah negara bukan boleh dibeli dengan wang ringgit

tetapi hanya boleh dibuat dengan kemampuan dan keupayaan daripada

pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar . Terima kasih, saya menyokong.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahLi Yang Berhormat, mengikut jadual,

untuk Jabatan Perdana Menteri, kita ada dua hari iaitu hari ini dan

Isnin, 23hb November. Oleh yang demikian, saya fikir Ahli-ahli Yang

Berhormat akan bersetuju jikalau sekiranya saya menghadkan masa

daripada sekarang. kalau tidak, ramai yang tidak boleh berucap,

seorang dua sahaja ataupun dua atau tiga orang sahaja berucap dan

yang lain-lain lagi akan berasa tidak puas hati. Oleh yang demikian

saya mintalah Ahli-ahli Yang Berhormat berucap selama 15 minit,

tidak lebih daripada 15 minit. Ya, Sungai Besi.

Page 113: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92. -113-

5.39 ptg.

Tuan Tan Kok Wai [Sungai Besi]: Tuan Pengerusi, bolehkah saya

minta supaya waktu saya dipanjangkan lebih dari 15 tninit,

Tuan Pengerusi: Tidak boleh, Jikalau begitu...

Tuan Tan Kok Wai: Yang Berhormat dari Arau terlalu panjang

tadi - dua jam.

Tuan Ahmad bin Nor: On a point of order. . . ini tidak

adil... [Menyampuk][Tidak kedengaran oleh kerana mike tidak dibuka]

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat dari Bayan Baru, itulah...

Beberapa Ahli DAP:[Menyampuk]

Tuan Ahmad bin Nor: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat dari Bayan Baru, perkataan

"tidak adil" Yang Berhormat mengeluarkan 3 kali terhadap saya. Saya

memutuskan ini oleh kerana masa iaitu kita ada dua hari. Jika semua-

nya akan berucap selama sejam atau dua jam, jadi yang detnikian. . . .

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Pengerusi tadi tidak tegur ' pun.

Tadi Arau tidak ditegur.

Tuan Pengerusi: Kalau sekiranya tadi saya ada tegur, adalah

pada masa yang tadi. Sekarang saya membuat keputusan. Kini saya

tidak boleh buat keputusan? [Disampuk] Ya, Sungai Besi, 15 minit.

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Pengerusi, bolehkah saya minta supaya

masa yang diberikan kepada saya tidak dihadkan memandangkan saya

adalah ahli yang kedua hendak berucap, kerana Arau sudah membazir

masa sangat - hampir dua jam.

Tuan Pengerusi: Tidak boleh. Yang Berhormat, dengan kerana...

Tuan Tan Kok Wai: Ucapan saya bukan panjang, tetapi saya minta

masa saya tidak dihadkan.

Page 114: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR. 19. 11.92 - 114 -

Tuan Pengerusi: Tidak. Saya minta dihadkan kepada 15 minit

supaya ramai Ahli-ahli yang boleh berucap.

Tuan Tan Kak Wai: Agak sukar diterima. Baiklah. Tuan

Pengerusi, saya ingin menumpukan perbahasan saya kepada perkara

penswastaan di bawah Unit Perancang Ekonomi iaitu dengan memusatkan

perhatian saya kepada projek penswasiaan Lebuhraya Utara-Selatan

yang menggambarkan penswastaan tanpa pertandingan terbukti sangat

mahal dan menyusahkan rakyat jelata.

Adalah sungguh menyakitkan apabila mendengar PLUS akan

menaikkan caj no! sebanyak 50% mulai Ihb Januari 1993, satu lagi

kenaikan 50% sedang menunggu mulai Ihb Januari. tahun 1996.

Keseluruhannya menjadi lelucon apabila seseorang memikir bahawa

tol telah dinaikkan sebelum Lebuhraya Utara-Selatan hanya setengah

disiapkan. Sebab ulama disebut punca kenaikan ialah pertambahan

dalam kos pembinaan. Pada asalnya kos dianggarkan 3.4 bilion

ringgit, sekarang ia telah disemak menjadi 6 bilion ringgit, satu

kenaikan hampir 100%. Semakan dalam kos pembinaan menjadi satu

mockery ke dalam selumbar program penswastaan. Atas asas apakah

UEM ditawarkan tender untuk membina lebuhraya? . Adakah atas asas

pengalaman lamanya dalam mengendali projek-projek gergasi? Adakah

atas asas kebolehannya membina lebuhraya pada kos yang terendah

berbanding dengan lain-lain pemohon tender? Barangkali. Tetapi

sekarang UEM telah menyemak balik anggaran kos pembinaan dengan

kenaikan I00% dalam jangkamasa beberapa tahun. Tidakkah ini zalim

kepada pemohon-pemohon yang ridak berjaya yang mampu membina lebuh-

Page 115: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 115 -

raya kurang dari 6 bilion ringgit? Ini pun berlaku jika terdapat

aturan tender berjalan sempurna terlebih dahulu.

Siapakah yang boleh menghentikan pemohon-pemohon tender

penswastaan akan datang daripada membuat sebutharga yang tidak

realistik dengan tujuan untuk memenangi tender dan keraudian

menyemak balik anggaran mereka sebaik sahaja tidak ada lagi

pertandingan? Seseorang boleh mengesyaki bahawa cadangan kenaikan

tol bagi lebuhraya adalah akibat ketidakmampuan di pihak UEM di

samping silap pertimbangan. Kenapakah UEM membina rangkaian

lebuhraya yang tidak menguntungkan terlebih dahulu, sedangkan ia

tahu bahawa amaun kutipan tol dari rangkaian lebuhraya yang kurang

digunakan ini tidak cukup untuk membiayai baginya yang mana bahagian

lebuhraya yang lebih penting.

Sebagai contoh, laluan Alor Setar-Bukit Kayu Hiwam dan Sungai

Petani-Alor Setar adalah antara lebuhraya pertama yang disiapkan.

Setiap orang tahu bahawa bilangan lalu lintas di atas lebuhraya ini

tidak seberapa berbanding dengan, misalnya, Butterworth-Taiping atau

Ipoh-Kuala Lumpur yang masih perlu disiapkan, Tidaklah

menghairankan jika UEM mendapati bahawa kutipan tol yang dijalankan

ini tidak cukup membayar balik amaun yang dibelanjakan, jauh lebih

kurang untuk membiayai bagi bahagian lebuhraya. Tekaan saya,

bahagian lebuhraya di Kedah perlu disiapkan dahulu kerana ianya

negeri Perdana Menteri kerana semua orang tahu UEM dikawal oleh

UMNO. Sekarang .PLUS membebankan pengguna dengan kos yang tinggi

tanpa tolak ansur. Dakwaan bahawa kadar tol kita masih

berpatutan berbanding dengan Jepun tidak logik apabila seseorang

Page 116: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 116 -

cuba membandingkan perbezaan besar pendapatan per kapita antara

kedua negara.

Banyak sudah diperkatakan mengenai penggunaan yang lebih dan

kadar simpanan yang rendah antara sebab utama inflasi. Inflasi

sekarang, saya fikir, lebih 5% walaupun Kerajaan menyebut antara

4% hingga 5%. Pada pandangan saya, inflasi semakin parah kerana

penswastaan beberapa Lembaga atau badan monopoli milik. negara.

Dalam hampir setiap kes penswastaan diiringi oleh kenaikan kadar

dan harga. Malangnya ini tidak disebut dalam Laporan Bank Negara

MIKR akhbar- akhbar, tetapi cuba lihat penswastaan Jabatan Pos,

kadar pos telah dinaikkan 50%. MAS telah mengumumkan kenaikan

tambang, bayaran telekom naik tidak lama lalu. Tenaga Nasional

telah menarik balik diskaun elektrik 20% kepada sektor pembuatan.

Tanpa kenaikan ini pun badan-badan ini sudah mendapat keuntungan,

Sekarang UEM akan muncul dengan kenaikan 100% kadar tol pada tahun

1996.

Perjalanan antara Pulau Pinang ke Kuala Lumpur akan menelan

belanja lebih 30 ringgit tidak termasuk kos petrol. Semua kenaikan

kadar ini merupakan satu ancaman serius kepada inflasi dalam negara,

tetapi,ia tidak disentuh dalam mana-mana perbincangan tentang

inflasi. Mengapakah penswastaan di Malaysia berakhir dengan

kenaikan kadar penggunaan kemudahan awam dan harga. Jawapannya

cukup mudah, Sebelum badan milik Kerajaan boleh diswastakan,

Kerajaan membenarkan kenaikan kadar dan harga sesuatu perkhidmatan,

"contohnya kenaikan kadar pos baru-baru ini. Ini menjadikan badan-

badan yang mendapat untung besar menjelang penswastaan. Rakyat

miskin dan golongan kurang bernasib baik dilupakan. Orang ramai

Page 117: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19. 11.92 - 117 -

pula berlumba-lumba memohon saham badan-badan yang diswastakan,

Mereka sedar pasaran saham akan menilai saham lebih tinggi dan

hanya permohonan saham berdasarkan keuntungan mendadak badan-badan

yang diswastakan ini berikutan kenaikan kadar yang diumumkan lebih

awal.

Siapakah beneficiary utama apabila saham-saham ini disenaraikan

pada akhirnya tanpa mengira pemohon saham yang berjaya dan mereka

yang diberi peruntukan khas pastilah Kerajaan. Nilai pasaran masa

kini melambung tinggi.Ini membuat keuntungan bersih dari jumlah

beberapa pegangan dalam badan yang diswastakan. Walaupun ia masih

memegang bahagian kecil, tetapi ia masih mempunyai pegangan yang

besar dalam badan yang diswastakan. Ini membolehkan Kerajaan

mengawal pengurusan dan mengawal pembuat keputusan dalam badan yang

baru diswastakan. Adakah ini benar-benar penswastaan?

Kerajaan kemudiannya bimbang bagi memastikan pembahagian saham

dalam badan swasta selanjutnya akan bertambah nilai. Kerajaan

nampaknya hilang rasa tanggungjawab sosial. Badan swasta yang

bersifat monopoli ini semakin beruntung. Sekali lagi Kecajaan

mendapat faedah bagi bahagiannya yang bertambah nilai setiap kali

kenaikan harga saham. Kerajaan tidak akan membenarkan

pertandingan menelan bahagiannya dalam badan-badan swasta yang

mengalami keuntungan besar dilindungi badan monopoli yang

diswastakan kerana ia akan memberi kesan kepada harga saham. Tanpa

pertandingan nampaknya tidak ada daya usaha badan swasta untuk

mencari jalan dan cara untuk mengurangkan kos dan menjadi bertambah

cekap.

Page 118: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.L9.ll.92 - 118 -

Badan swasta menyedari sepenuhnya tidak. ada pertandingan dan

semua sedar ianya boleh menaikkan keuntungan dengan hanya menaikkan

kadar sahaja. la sedar Kerajaan akan membantunya jika ia dalam

kesusahan. Tidak ada risiko keusahawan yang terlibat. Kewujudan

dan keuntungannya terjamin. Dalam pada itu kadar dan utiliti

semakin bertambah mahal. Mereka yang rugi ialah golongan miskin.

Kesan inflasi ini sungguh dahsyat, iidak seperti kenaikan hanya

setengah-setengah barangan siap. Kenaikan kadar tol lebuhraya, pos,

telefon dan elektrik mempunyai kesan yang berbagai ke atas ekonomi.

la memberi kesan bukan sahaja kepada pengguna industri ietapi juga

industri pembuatan apabila semua syarikat perabuatan mendapati kos

pengeluaran meningkat, mereka terpaksa membebankan kos itu di bahu

pengguna. Akibatnya ialah kenaikan harga hampir semua barang

sekarang. Kita boleh bayangkan kesan ini dari inflasi ini.

Kerajaan patut dengan serius menyemak keseluruhan perkara

penswastaan. Memang mudah berkata, serahkannya kepada mekanisme

pasaran, tetapi mekanisme pasaran boleh menjadi tidak adil atau

tidak wujud terutama apabila kita bercakap mengenai cara menawarkan

tender dan badan monopoli yang diswastakan yang bergerak dalam

pasaran terlindung bebas di mana-mana pertandingan.

Tuan Pengerusi, apabila monopoli itu melihatkan bekalan

kemudahan asas dan kemudahan seperti elektrik dan perkhidmatan pos,

maka mowif keuntungan mestilah diletupkan ke tempat utama. Kedua,

selepas tanggungjawab sosial untuk memasiikan bekalan yang murah

dan mencukupi untuk semua penduduk. Inilah satu tanggungjawab yang

mana tidak ada Kerajaan yang mampunyai kesedaran boleh jatuh sama

ada melaksanakan penswastaan atau tidak.

Page 119: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 119 -

Saya ingin mengingatkan Kerajaan bahawa Kerajaan tidak boleh

menjangkakan rakyat akan berdiam diri dan tnerabiarkan sahaja semua

bentuk ketidakadilan dalam penswastaan berlaku begitu sahaja. Saya

mencabar Kerajaan supaya memberitahu orang-ramai mengenai

butir-butir semua perjanjian penswastaan khasnya Perjanjian

Lebuhraya Utara-Selatan dan Kerajaan mesti berbuat demikian jika apa

yang didakwanya proses penswastaan berfaedah kepada rakyat dan bukan

sebaliknya adalah benar.

Tuan Pengerusi, saya sekarang ingin merujuk kepada Butiran

Wilayah Persekutuan, Saya ingin membangkitkan perletakan jawatan

Datuk Bandar tidak lama dahulu. Saya merasa kesal apabila Perdana

Menteri berkata bahawa perletakan jawatan Datuk Bandar adalah

tindakan bertanggungjawab dan berani dan tidak ramai yang berani

sepertinya. Sebenarnya perletakan jawatan beliau supaya segala

penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tidak dibongkarkan lebih

banyak lagi - segala penyelewengan seperti lawatan untuk berseronok

ke Casablanca dan Barcelona, pembelian kereta Volvo, pembelian

pinggan mangkuk $2 juta - adalah untuk melepaskan diri dari siasatan

selanjutnya. Sebenarnya apa yang kita ketahui ialah sebahagian

kecil sahaja. Banyak lagi isu yang tidak diketahui oleh orang

ramai. Isu pembelian Volvo misalnya contoh wang awam tidak dijaga

dengan baik dan jauh dari mencapai kehendak wargakota. Kesalahan

dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya

merugikan rakyat dan dianggap satu jenayah besar dan tidak boleh

dimaafkan tetapi. akibat double standard Kerajaan, maka isu ini

Page 120: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 120 -

menjadikan Datuk Bandar melepaskan tangan begitu sahaja.

Bayangkanlah jika seseorang mencuri sepasang kasut, beliau mungkin

dihukum penjara sehingga enam bulan ke satu tahun, tetapi apabila

penyalahgunaan kuasa oleh Datuk Bandar dilakukan melibatkan jutaan

ringgit tidak ada seorangpun yang dihukura, Pendirian DAP adalah

tegas. iaitu memandangkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang

dilakukan oleh bekas Datuk Bandar, maka Kerajaan patutlah menimbang

supaya pentadbiran Dewan Bandaraya diletaktugas kepada Datuk Bandar

dan Kaunselor yang dipilih oleh rakyat. Ini boleh dilakukan dengan

cara meminda Akta pesuruhjaya Ibukota.

Kerajaan harus membuktikan pada dunia bahawa Malaysia sebagai

sebuah negara mengamalkan demokrasi harus menjadikan ibu kota

Malaysia mempunyai Datuk Bandar yang dipilih oleh rakyat dan bukan

dilantik oleh Kerajaan. Ini disebabkan kuasa Datuk Bandar sangat:

luas dan beliau boleh melakukan apa sahaja ikut suka hatinya.

Datuk Bandar sekarang tidak berdepan dengan Parlimen, tidak

berdepan dengan rakyat, oleh itu, beliau boleh melakukan sesuatu

menurut suara hatinya. 0leh itu, merit Datuk Bandar yang sebaiknya

ialah beliau harus dipilih setiap lima tahun sekali oleh rakyat.

Dengan ini beliau dan kaunselor tidak boleh melakukan sembarangan

yang menyalahi kuasanya. Jika tidak, beliau akan disingkir oleh

rakyat pada setiap lima t a h u n . S a y a harap Kerajaan bersetuju dengan

cadangan saya ini dan Kerajaan tidak perhi bimbaag jika jawatan

Datuk Bandar dipilih oleh rakyat dan dimenangi oleh DAP. Cara untuk

melaksanakan. cadangan saya itu sebelum Akta berkenaan dipinda, saya

mencadangkan supaya Kerajaan menjalankan satu pungutan suara atau

Page 121: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 121 -

referendum untuk mendapat penyertaan semua wargakota dalam

memutuskan sama ada mereka memerlukan Datuk Bandar yang dipilih atau

yang dilantik. Kerajaan mesti berani mengadakan pungutan suara

ini. Sebelum Akta ini dipinda juga anggota Lembaga Penasihat Dewan

Bandaraya perlulah diperluaskan dengan menambahkan bilangan anggota

dengan melibatkan semua Ahli-ahli Parlimen dalam Kuala Lumpur. Ini

kerana Anggota Lembaga yang dilantik tidak memahami sepenuhnya

masalah rakyat dan tidak memahami sepenuhnya aspirasi dan harapan

rakyat tetapi jika Ahli Lembaga Penasihat ini melibatkan Wakil

Rakyat, mereka berada dalam kedudukan yang memahami kehendak rakyat

dan sebaik jurucakap kepada rakyat. Adalah penting Mesyuarat

Lembaga Penasihat ini dibuka kepada orang ramai supaya boleh

mendengar sendiri segala perbincangan dan keputusan yang melibatkan

mereka. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan menerusi mesyuarat

tertutup. Dengan membuka mesyuarat kepada umum, Dewan Bandaraya

akan ikhlas dan jujur dalam urusannya dan segala penyelewengan dan

penyalahgunaan kuasa dapat dielakkan. Penyelewengan yang berlaku

selama ini adalah akibat kekurangan pengawasan awam. Di samping

itu, Lembaga Penasihat harus diberi kuasa untuk membuat keputusan

dan bukan sekadar menasihat sahaja. Apa yang berlaku sekarang

anggota Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak

mempunyai kuasa apa-apa selain menasihat sahaja. Lembaga Penasihat

sekarang tidak memberi makna apa-apa jika nasihatnya tidak didengar

oleh Datuk Bandar .

Tuan Pengerusi; Cukuplah Yang Berhormat.

Page 122: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 122 -

Tuan Tan Kok Wai: Saya gulung. Saya gulung. Seperkara Lagi

anggota Jawatankuasa Tender dan. Jawatankuasa Perancang Bandar harus

diisi oleh bukan kakitangan Dewan Bandaraya. la harus diberi kepada

Ahli-ahli Lembaga memegangnya terutama Wakil-wakil Rakyat DAP kerana

DAP mewakili kebanyakaa pendapat wargakota. Sekian terima kasih.

5.55 ptg.

Tuan Mohamad bin Sabu: [Nilam Puri] Tuan Pengerusi, saya ingin

menyentuh Perkara 31 Hal Ehwal Parlimen yang memakan belanja

RM20.433.800 iaitu bahagian Hal Ehwal Parlimen ini yang kita tahu

bahawa baru-baru ini telah dipinda Perlembagaan dan Parlimen

sekarang diletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Walau

apapun kami rungut dan kami tentang ianya telah lulus dan ianya

tetap menjadi Undang-undang dan ianya diletak di bawah JPA sekarang

ini . Cuma yang ingin saya ingatkan apabila Parlimen ini berada di

bawah JPA, insya Allah segala hak dan keistimewaannya nanti tidak

hilang dan kami daripada pembangkang selama ini berpuashati dengan

kakitangan Parlimen yang ada, mereka melayan kami walaupun daripada

pembangkang, walaupun mereka bekerja begitu letih. Kadang-kadang

8.00 pagi Parlimen dilanjutkan sehingga 9.00 malam tetapi mereka

tetap senyum lebar melayan kami dan kita berpuashati terhadap

khidmat kakitangan Parlimen ini. Cuma kita harap apabila dipindah

di bawah JPA nanti, perangai dan akhlak ini dapat diteruskan.

Insya Allah barulah bahagian Parlimen ini dapat berjalan dengan baik

dan dapat diLayan dengan adil Ahli-ahli Parlimen yang a d a . O l e h

kerana masa l5-,minit, saya selalu tidak pakai teks tetapi hari ini

15 minit kena pakai teks.

Page 123: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 123 -

Saya ingin menarik perhatian Kerajaan bahawa apabila pihak

Kerajaan khususnya pihak Jabatan Perkhidmatan Awam menguatkuasa dan

melaksanakan sepenuhnya tujuan dan maksud-maksud pindaan Perkara 65

Perlembagaan saya berharap pihak JPA tidak akan bertindak di luar

kemanusiaan secara berbau politik. Saya sebutkan masalah ini kerana

saya difahamkan bahawa baru-baru ini dalam urusan awal untuk

mengemukakan opsyen kepada pegawai dan kakitangan Parlimen, pihak

JPA telah menunjukkan borang yang salah di mana pegawai dan

kakitangan yang tidak memilih untuk menjadi anggota Perkhidmatan

Awam terpaksa dibersarakan. Saya juga ingin menyeru kepada pihak

Kerajaan khususnya pihak JPA. juga bahawa sebelum mereka

menguatkuasakan taring dan tindak-tanduk terhadap nasib pegawai dan

kakitangan Jabatan Parlimen, maka masalah-masalah yang sudah begitu

lama terbengkalai seperti soal-soal Scherae of Service yang tidak

pernah mendapat perhatian selama berpuluh tahun patutlah dilihat dan

dikemaskinikan semula selaras dengan perkembangan semasa dan

perubahan suasana sekitar. Jika selama ini dan di masa lalu

kepimpinan di dalam Perkhidmatan Parlimen hanya bertindak dengan

perancangan secara ad-hoc dan tidak pernah membuat sebarang

perancangan jangka panjang untuk melihat perkembangan dan kemajuan

kerjaya dalam jabatan ini maka pihak JPA tidaklah seharusnya

meneruskan keadaan yang malang itu bagi kakitangan di Jabatan

Pariimen ini.

Saya yakin bahawa jawatan-jawatan seperti. Bentara Parlimen Gred

Nll dan N12 wajar diupgrade sekurang-kurangnya setarat dengan

Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi) Gred N7. Bagi jawatan Jaga

Gred R11 pula sudah sampai masanya diubah untuk menunjukkan negara

kita sudah lama menghapuskan saki-baki imej peninggalah 1957.

Page 124: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 124A -

Oleh yang demikian, tidak ada sebab mengapa jawatan Jaga gred Rll

dinaikkan taraf kepada jawatan Pegawai Keselamatan gred KP9, seperti

terdapat di Bahagian Kewangan dan Pentadbiran di Jabatan Perdana

Menteri.

Segitu juga jawatan Pelapor gred N7 dan N8 patutlah diupgred

kepada gred N5 dan juga N6. Jawatan ini tidak wajar disetarafkan

dengan jawatan Pelapor Dewan Undangan Negeri, kerana tugas dan

tanggungjawab mereka adalah berlainan, selain dari latar belakang

yang berbeza. Berkenaan jawatan dan tanggagaji Pelapor ini juga,

saya ingin menarik perhatian pihak berkenaan bahawa tindakan pihak

Kerajaan meletakkan mereka dahulunya di dalam kategori Cl (CCR) yang

menjadi Penyandang adalah bertentangan dengan keputusan Mahkamah

Tribunal Parkhidmatan Awam pada tahun 1980.

Untuk memperkuatkan pula Bahagian Servis, sepatutnya pihak yang

berkenaan mewujudkan sekurang-kurangnya 3 orang lagi Penolong

Pegawai Tadbir gred N6. Bahagian ini didapati amat penting, kerana

dengan tidak ada tambahan sedetnikian, keseluruhan pentadbiran

Jabatan ini lama-kelamaan lemah dan juga menjadi kucar-kacir.

Saya ditahamkan juga terdapat beberapa jawatan mungkin menjadi

jumud apabila pengisian jawatan kosong yang berkenaan ditangguhkan

sehingga melebihi tempoh 3 tahun. Jika sekiranya jawatan berkenaan

tidak boleh diisikan oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan calon

yang sesuai, saya ingin mencadangkan supaya Kerajian menjemput. dan

mempelawa daripada berbagai pihak yang kita tahu mampu untuk

menduduki jawatan tersebut.

Page 125: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR. 19.11.92 - 125 -

Saya juga difahamkan bahawa dalam pertengahan tahun ini, satu

Kursus Kepimpinan dan Motivasi yang dikenali dengan 'MENJARO' iaitu

kursus yang julung kali seumpamanya telah diadakan bagi kakitangan

Jabatan ini. Saya ingin menyarankan bahawa kursus seperti ini

penting dan patut diadakan dengan lebih kerap, bukan setakat 2 kali

setahun tetapi patut digiatkan lagi, umpamanya setiap 2 bulan

ataupun 6 kali sepanjang tahun. Dengan kekerapan dan peningkatan

kegiatan itu, kakitangan Jabatan Parlimen ini bukan sahaja akan

lebih cergas dan kelihatan lebih muda, malahan mereka sanggup

memberikan apa sahaja perkhidmatan yang diperlukan oleh Jabatan

Parlimen.

Tuan Pengerusi, selanjutnya saya ingin menyarankan dari segi

keperluan mengadakan kemudahan riadah bagi Ahli-ahli Parlimen

khususnya dan juga pegawai dan kakitangan Parlimen amnya, mungkin

pihak Kerajaan tidak merasa dibebankan kiranya satu stadium mini

olimpik dibuat di Luar atau di belakang Bangunan Parlimen.

Ahli-ahli Parlimen terutamanya penyokong Kerajaan yang selalu

menunjuk kekuaian boleh berlatih di stadium mini olimpik tersebut.

[Disampuk] Tak apa, kami pun boleh tumpang.

Tidak ketinggalan juga saya ingin menyarankan supaya Jabatan

Parlimen dilengkapkan dengan alat kemudahan moden semasa, Dan sudah

sampai masanya alat-alat yang begitu iama dan lapuk, seperti

mesin-mesin Word Processor patut diganti dengan komputer IBM 486,

Maccintosh dan sebagainya yang boleh disambung ke rekod pusat di

Jabatan Perdana Menteri. Begitu juga rekod-rekJd yang menggunakan

Page 126: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 126 -

mikro filem patut digunakan bagi membolehkan Ahli-ahli Parlimen

membuat rujukan dan kajian mengenai sejarah perkembangan dan

kemajuan perjalanan Parlimen hingga masa kini.

Dengan cadangan-cadangan daripada saya itu, insya Allah,

diterima. Kita harap Parlimen ini tidak mengubah statusnya walaupun

berada di bawah JPA nanti. Kerana kita tidak mahu dia berada di

bawah JPA, keistimewaan Parlimen ini hilang, sebab kita tahu

Malaysialah negara pertama dalam Komanwel ini yang meminda

Perlembagaan dan meletakkan Parlimen di bawah JPA. Kami telah

tentang, tetapi lulus juga. Tetapi dalam ceramah-ceramah di luar,

kami tetap tentang kerana kita bimbang bahawa fungsi Parlimen itu

akan berubah daripada masa ke semasa, ia seolah-olah menjadi tempat

'rubber stamp', tidak lagi menjadi satu tempat institusi yang

melambangkan demokrasi yang diamalkan di negara ini dan juga di

negara-negara Komanwel.

Tuan Pengerusi, seterusnya dalam hal ehwal Parlimen ini juga

kami amat menyanjung tinggi tugas yang dijalankan oleh Yang

di-Pertua Dewan Rakyat yang kadangkalanya ada kita tak puas hati,

tetapi keseluruhannya kita rasa berpuashati. Tetapi kita nampak

"kalau Yang di-Pertua Dewan Rakyat terlalu berbaik dengan

BackBencher, menghadiri majlis-majlis jamuan mereka, kita bimbang

walaupun tak berlaku l a g i , tetapi kita bimbang, takut 'bias'nya

berlaku pada masa akan datang. Oleh itu, kami daripada Pembangkang

bila buat sesuatu jamuan nanti kita harap Yang di-Pertua Tewan

Rakyat sudi datang dan layanlah Parti Pembangkang ini seperti juga

Ahli-ahli Parlimen yang laiu. Insya Allah, institusi ataupun Yang

di-Pertua Dewan Rakyat akan terus dihormati dari masa ke semasa.

Page 127: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19. 11.92 - 127 -

Tuan Pengerusi: Tak pernah dijemput pun! [Ketawa]

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tak apa, kita akan buat dan

jemput, insya Allah, Tan Sri akan datang. Kita buat di Kuala

Lumpur. Kalau di Kelantan pun Tan Sri biasa bertugas di sana.

Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh B. 10 iaitu

Jabatan Peguam Negara. Saya ingin menyentuh dan telah sentuh

berkali-kali, ingin sentuh lagi kenapa Peguam Negara Jabatan ini•

tidak dapat lagi menetapkan tarikh perbicaraan kes Memali. Sudah 7

tahun difailkan kes ini di mahkamah, lebih daripada 100 orang yang

terlibat menuntut pampasan, bahan-bahan perbicaraan telah diambil

dan disimpan di Balai Polis atau entah di mana, sampai sekarang

tidak ditetapkan lagi tarikh perbicaraan. Selagi tidak dibicarakan

kes Memali ini, kita tidak ketahui siapa yang bersalah dan juga

hak-hak waris yarig menuntut pampasan, kebanyakan di antara mereka

ada yang telah meninggal dunia, tetapi kes ini telah berpanjangan 7

tahun, sampai sekarang tidak dibicarakan. Kita harap Jabatan Peguam

Negara akan lebih efisyen mempercepatkan perbicaraan kes Vemali ini

supaya dengan itu kita dapat berhentikan tuduh-menuduh dan

dibicarakan di mahkamah nanti, maka pihak Peguam Negara dan juga

pihak yang membawa kes ini boleh mendakwa dan bercakap di mahkamah

dengan sebebas-bebasnya.

Begitu iuga Jabatan Peguam Negara ini kita berharap sekarang

ini ....

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya.

Page 128: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 128 -

Tuan Ruhanie bin Haji Ahnad: Saya hendak minta penjelasan

daripada sahabat saya. Kalau dibicarakan kes Memali itu dan

didapati mana-mana pihak yang betul ataupun yang salah, adakah pihak

PAS akan memberhentikan acara tahunan untuk mengenang peristiwa

Memali. Terima kasih.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Saya sebagai individu, saya

terpaksa bermesyuarat dengan parti saya dahulu. [Ketawa]

Seorang Ahli: Sebagai Ketua Pemuda?

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Sebagai Ketua Pemuda, saya kena

mesyuarat dengan Exco-Exco saya. Bukan boleh jawab macam ahli-ahli

BN bercakap suka hati sendiri. Kita ada peraturan jemaah kita.

Jabatan Peguam Negara ini juga melihat sekarang ini iaitu

berlaku begitu banyak ataupun telah mula berlaku kes-kes peguam

dipenjarakan kerana menghina mahkamah. Misalnya berlaku kepada

peguam Karam Singh kerana membawa kes pembelaan terhadap Ratna,

seorang pekerja kilang yang hilang jarinya menuntut pampasan, beliau

hanya diberi $1.50 satu hari. Kemudian hakim-hakim tidak mahu lagi

membicarakan kes beliau, lalu Karam Singh telah bercakap di luar

daripada mahkamah mengatakan bahawa kebebasan mahkamah sudah tidak

ada lagi dan hakim-hakim telah menjadi takut kepada kuasa Eksekutif,

Oleh itu beliau diheret ke mahkamah dan sekarang sedang dipenjarakan

di Penjara Kajang, entah di Penjara Pudu, kerana beliau dituduh

menghina mahkamah.

menghina mahkamah, tetapi yang kita ingin lihat di sini kenapa

peguan seperti Karam Singh dan lain-lain, termasuklah Mohidin Abdul

Page 129: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 - 129 -

Kadir daripada Pulau Pinang yang juga digantung kerja kerana

didapati menghina mahkamah. Kenapa sekarang ini perbuatan itu

menjadi-jadi? Apakah benar tuduhan para peguam itu ataupun rakyat:

sendiri melihat bahawa kebebasan kehakiman sekarang ini mula

terhakis sungguh-sungguh dan hakim-hakim dan saya sendiri hadir

dalam perbicaraan Karam Singh di Mahkamah Agong itu, beliau tidak

tarik balik bahkan beliau meneruskan dan mempertahankan dakwaannya

bahawa kehakiman di Malaysia sudah tidak adil lagi. Oleh itu, saya

harap Jabatan Peguam Negara melihat keadaan ini dengan penuh serius

kalau kita ingin memelihara kedaulatan negara, kebebasan rakyat dan

juga kita ingin menonjolkan Malaysia sebuah negara contoh bagi

negeri di kawasan ini. Sekian pandangan saya.

Page 130: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -130-

Tuan Pengerusi: Padang Terap.

6.10 ptg.

Dato' DR. Affifudin bin Haji Omar [Padang Terap]: Tuan

Pengerusi, saya merujuk kepada mukasurat 33, di bawah Maksud Bekalan

B. 7, Butiran 090000 iaitu Institut Diplomasi dan Hubungan Luar

Negeri .

Tuan Pengerusi, pada raasa ini soal-soal perhubungan negara kita

dengan negara luar banyak yang berubah iaitu realiti-realiti

perhubungan banyak yang berubah. Dari sudut pengalihan matriks

politik dunia, dari sudut serangan-serangan yang ditujukan kepada

negara di dalam bentuk anti-kayu tropika, anti-minyak sawit dan juga

dari sudut yang lebih shuttle, dengan izin , Tuan Pengerusi, melalui

sabotaj-sabotaj ekonomi yang sedang dilakukan terhadap negara kita.

Saya ingin bertanya kepada Kementerian Luar Negeri, apakah

kurikulum yang disediakan untuk Institut Diplomasi dan Hubungan Luar

Negeri ini mengambil kira isu-isu yang mutakhir ini. Saya hendak

memilih untuk menyebut perkara ini, Tuan Pengerusi, mengikut laporan

yang saya dapati apabila Kerajaan Austria mengwujudkaa satu Rang

Undang-undang memastikan segala import-import berbentuk kayu tropika

mesti dilabel, mesti dicap dipanggil eco-labelling . Kebanyakan

diplomat-diplomat kita dan juga delegasi-delegasi kita di. Eropah,

dengan izin, were taken by surprise. Mereka tidak tahu tentang

proses yang dibuat oleh kompalan-kumpulan NGO di Austria sehingga

perkara itu diluluskan oleh Parlimen Austria dan dicetak khabarnya

di dalam akhbar-akhbar, barulah diplomat-diplomat kita di Eropah

mengetahui tentang hal ini .

Page 131: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -131-

Jadi, pada saya inl menunjukkan bukan salah diplomat kita

tetapi mungkin salah kita di negara ini yang mengendalikan training

diplomat atau mengendalikan pemberian maklumat yang paling mutakhir

kepada diplomat-diplomat kita mengenai isu-isu ini. Ini satu

daripada perkara yang penting yang ditunjuk oleh peristiwa Parlimen

Austria .

Tuan Pengerusi, di dalam masa yang sama usaha-usaha untuk

mengwujudkan undang-undang eco-labelling sedang dilakukan di Jerman,

di Luxembourg, di Belgium dan di lain-Lain negara lagi. Dan saya

fikir banyak diplomat-diplomat kita ataupun delegasi kita di

negara-negara itu tidak mengetahui akan hakikat ini.

Saya mencadangkan di sini, Tuan Pengerusi, supaya diadakan satu

perancangan untuk menyediakan diplomat-diplomat kita khususnya di

negara-negara yang menjalankan usaha-usaha mensabotaj ekonomi negara

kita disediakan dengan maklumat-maklumat yang tertentu dan juga

bagaimana hendak menjalankan kerja-kerja culvert, kerja-kerja

dibawah tanah uatuk memberi penerangan kepada NGO-NGO. Ataupun

untuk menyediakan kumpulan-kumpulan NGO yang membantu kita, yang

menolong kita membanteraskan usaha-usaha sabotaj terhadap negara

kita. Jadi. apakah isu-isu ini dimasukkan ke dalam kurikulom

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri . Saya pasti. bahawa

banyak daripada kurikulum-kurikulum ini adalah mengenai dengan

etiquette bagaimana hendak membawa diri dalam majlis cocktail.

Memang perlu benda itu. Tetapi. saya EikLr perkara-perkara yang

Page 132: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -132-

lebih penting ialah apa yang saya katakan tadi iaitu penyediaan diri

bukan sahaja setakat diplomat yang pada peringkat tinggi. malah

kepada pegawai-pegawaL bawahan, pada peringkat clerical, dengan

izin. Pada peringkat Special Branch officers yang bekerja di situ

untuk mengetahui tentang hakikat ini.. Dan saya pasti Hari masa ke

semasa daripada hari ini banyak lagi usaha-usaha untuk

menstabotajkan ekonomi negara kita akan dilakukan.

Jadi, itu yang saya minta penjelasan daripada pihak Kementerian

Perdana Menteri.

Perkara kedua, Tuan Pengerusi iaitu di bawah 3.7 juga mukasurat

31 mengenat Butiran 010400 dan juga program 010500 Urusetia

Persidangan Antarabangsa .

Tuan Pengerusi pun sedia maklum bahawa pada tahun hadapan kita

akan mengadakan mesyuarat AIPO iaitu ASEAN Inter-Parliamentary

Organization yang mana Tuan Pengerusi sendiri telah dilantik pada

tahun ini untuk menjadi Presiden kepada AIPO. Dan pada tahun 1993

akan diadakan Persidangan AIPO di KuaLa Lumpur. Saya mohon supaya

Urusetia Persidangan Antarabangsa ditubuhkan di bawah Jabatan

Perdana Menteri ini diberi kerjasama yang rapat, kerjasama yang

erat, kerjasama yang cukup untak kita menjayakan Persidangan AIPO

ini agar ianya membawa imej yang baik kepada negara kita. Saya

p a s t i ini akan dilakukan hanya untuk mengambil peluang bagi

mengingatkannya kerana negara kita akan menjadi tuan tanah.

Tuan Pengerusi, saya rujuk pula mukasurat 23 di dalam perkara

B. 1 iaitu perkara Parlimen ki t a Program 010100 dan 010200 mengenai

dengan Pentadbiran Am dan juga Mengurus dan Mentadbirkan Hal-hal

Berkaitan Dengan Persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat .

Page 133: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -133-

Tuan Pengerusi, saya telah mengikut Tuan Pengerusi melawat ke

beberapa Parlimen di dunia ini dan saya dapati bahawa di

Parlimen-Parlimen dunia yang kita melawat seperti di Sovtet Union

pada masa itu, di Jerman - di West Germany, di negeri-negeri Eropah

yang lain; kita dapati bahawa imej ataupun persiapan di Parliraeti itu

sungguh mengkagumkan, Kita masuk sahaja dalam ruang Parlitnen ttu

kita berhadapan dengan pegawai-pegawai Parlimen yang diberi uniform

yang cukup cantik. Dan kita sendiri kagum misalarmya di Bulgaria

kita masuk ke Parlimennya walaupun pada masa itu Parlimennya

hanyalah Parlimen Komunis - Parlimen main-main sahaja, tetapi imej

yang ditunjuk ialah dari segi iraej first stght, dengan izin, satu

institusi yang cukup mempunyai an all-inspiring. Kdudukan yang

all-inspiring. Kita masuk tengok Bentaranya dengan pakaian penuh

embroidery, dengan colour yang merah, yang mendapat tarikan daripada

sesiapa yang melihat. Tetapi kalau kita tengok usher kita memakai

baju yang kelabu, yang malap, yang tidak mempunyai tarikan ini.

Pada saya ini adalah satu perkara walaupun remeh-temeh tetapi ia

memberi imej yang mungkin tidak begitu mempunyai impact sepertimana

yang kita lihat di Parlimen ini. Saya cadanglah supaya uniform

usher-usher kita yang dipakai di tukar kepada satu colour yang lebih

conspicuous, dengan izin, kepada colour yang merah, yang ada colour

scheme merah putihkah ataupun dengan embroidery yang dipakai macam

askarkah. B-ikan yang dipakai dtlengan seperti Kepong itu

tidak, [Ketawa] yang ada sebagai macam epaulette.

Page 134: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR..19.11.92 -134-

Begitu juga pakaian-pakaian pegawai-pegawai yang menunggu di

pintu, pegawai-pegawai sekuriti perlu diuniformkan . Kalau hendak

menguniformkan meraka marilah kita jangan lakukan aksi Lepas batuk

di tangga, Banyak masalah ini saya lihat di dalam negara kita

seperti di Jabatan Kastam dulu. Kita hendak jadikan pegawai Kastam

kita lebih 'smart' kita suruh dia orang pakai kot. Tetapi, Tuan

Pangerusi, kalau kita lihat di Lapangan terbang kebanyakan kot-kot:

itu dipakai tidak dibubuh kancing, pada hal kot itu mesti

dikancingkan. Wajib dikancingkan. Tetapi dia lepas macam itu.

Rambut panjang, pakai topi cepiau! Nampak macam drebar Mafia di

Amerika Syarikat. [Ketawa]

Page 135: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -135-

Begitu juga pegawai-pegawai kita yang menjadi pegawai-pegawai

sekuriti di pintu-pintu masuk, kita beri elaun untuk mereka membeli

ataupun membuat uniform yang keraas yang pada sekarang kita hanya

suruh mereka pakai kot dengan pantaloon. Kot kita tidak kawal

bagaimana mutunya. Kot yang dibuat di Larut pun kot juga, kot yang

dibuat di Kuala Nerang pun kot juga tetapi bezanya adalah berlainan

dari segi mutu - orang Alor Setar kata ' kot cendoi'. Kita mesti

mewujudkan peruntukan untuk meuniform dan menaikkan mutu pakaian

itu.

Tuan Pengerusi, oLeh kerana banyak rombongan-rombongan Parlimen

luar negeri umpamanya dari Vietnam, Kambodia, Eropah yang datang

ke sini baru-baru ini untuk melihat Parlimen kita dan saya pasti

satu hari kalau nasihat atau cadangan saya diikut, kita akan berasa

lebih berbangga. Cuma yang saya boleh puji ialah pakaian yang

dipakai oleh Bentara. Kalau dapat kita buat setakat standard ini

pun jadilah. la nampak segak dan kemas.

Tuan Pengerusi, akhir sekali saya ingin bercakap sedikit

mengenai Peraturan Parlimen, Akhtr-akhir ini saya lihat banyak

Peraturan-peraturan Parlimen tidak diikuti oleh kawan-kawan saya

Ahli-ahli Parlimen kita yang menyerang Kerusi, yang banyak kali kata

tidak adil, yang menampakkan ketiadaan kesopanan (dequorum) yang

elok. Saya mencadangkan, Tan Sri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak

dan Kebebasan memperhatikan hakikat ini supaya satu peraturan yang

lebih kemas, satu peraturan yang diberi kuasa kepada Yang di-Pertua

Page 136: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -136-

dan. Tuan Pengerusi untuk menyelesaikan masalah itu pada masa itu

juga. Jikalau Parlimen ini hendak dijadikan gelanggang 'ice

hockey' - ramai di antara kita tidak pernah raelihat ' ice hockey'

yang dimain hanya di negara sejuk. Ice hockey adatah satu permaian

yang kasar, selalu berlaku perkelahian di antara pemain-pemain. Di

dalam perlawanan ice hockey, untuk mengatasi masalah itu diwujudkan•

satu kandang untuk tnenyejukkan sesiapa yang berkelahi. Kita setakat

ini hanya menghalau Ahli-ahli keluar. Mereka ini kadang-kadang

kerana alasan hendak balik, mereka berbuat semacam Ahli Bayan Baru

tadi kerana mereka hendak balik. Di luar tadi pun dia kata pada

saya dia hendak balik. Memang dia kata, "Aku hendak balik". Kalau

kita halau pun, sememangnya beliau hendak balik. Dulu ada kawan

saya Hu Sepang, Ahli dari Rasah, masa dahulu kepimpinan DAP tidak

bert Ahlinya balik oleh sebab ada perbahasan yaag penting, tetapi

kawan saya dari Rasah ada appointment di Seremban dan masa itu Tan

Sri menjadi Tuan Yang di-Pertua, yang duduk di Kerusi itu. Beliau

membuat satu demonstration sehingga Tan Sri warning beliau pun

beliau tidak ikut dan dihalau keluar, beliau pun seronok - beliau

boleh balik dengan mengatasi perintah whip parti beliau.

Tuan Pengerusi, saya cadangkan supaya sistem yang dibuat dalam

ice hockey ini - kita buat satu kandang di tepi. itu - sesiapa yang

melanggar ataupun yang perlu dihalau keluar, jangan dihalau keluar.

Bubuh mereka dalam kandang supaya kedua-dua mereka duduk di dalam

itu, cukup limabelas minit, sudah sejuk panggil mereka balik.

Kadang-kadang kalau kita halau mereka keluar pun kita rugi.

Kadang-kadang dengan adanya mereka itu seronok juga kita berbahas.

Luaran Parlimen ini mesti berbahas untuk mencari kebenaran.Kalau

Page 137: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -137-

kita halau tnereka keluar, tiada peluang untuk kita berbahas.

Lebih-lebih lagi kalau kita halau Ahli "Kepong keluar, sudah tentu

tiada mutu perbahasan yang tinggi kerana beliau adalah seorang yang

bermutu tinggi.

Tuan Pengerusi, bukanlah itu yang hendak dtbuat, tetapi.

fikirlah bagaimana untuk kita membawa balik dequorum Parlimen ini•

kerana ini adalah satu Dewan yang sungguh mulia dan kita tidak mahu

maki-hamun, menuduh Tuan Pengerusi atau Tuan Yang di-pertua tidak

adil kerana kita tahu bahawa Yang di-Pertua tidak mempunyai kuasa

yang banyak dalam hal ini. Tuan Pengerusi selalu mengatakan bahawa

Standing Order itu dibuat oleh kami dan Tuan Yang di-pertua tidak

mempunyai kuasa dan kamilah yang mempunyai kuasa. Maka inilah saya

cadangkan supaya satu gerakan untuk memperketatkan lagi Peraturan.

Parlimen dibuat. Sekian, saya menyokong Rang Undang-undang ini.

Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Bukit Bintang.

6.25 ptg.

Tuan Wee Choo Keong [Bukit Bintang]: Tuan Pengerusi, sebelum

saya raerujuk kepada Butiran 12000, B. 7, memang saya bersetuju

dengan sahabat saya dari Padang Terap tetapi beliau sengaja buat

lupa ataupun tidak ingat kepada penggunaan bahasa yang tidak

berparlimen daripada Menteri-menteri yang menggunakan

perkataan-perkataan seperti "bloody idiot", "bloody fool" di dalam

Dewan yang mulia ini, Saya hairan mengapa beliau tidak bangkitkan

perkara ini tetapi membangkitkan perkara-perkara yang lain oleh

kerana sebagai seorang Menteri atau pun Timbalan Menteri mestilah

menunjukkan kepimpinan melalui teladan sebagai dasar Kerajaan

Barisan Nasional. Kalau Menteri-menteri menggunakan

Page 138: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -138-

perkataan-perkataan yang tidak berparlimen dan kelakuan menunjukkan

tanda lucah, bagairaana kita mengharapkan sahabat-sahabat yang lain

berkelakuan baik. Memang Ahli-ahli akan menurut kepimpinan seperti

Menteri-menteri di. sana.

Tuan Pengerusi, baru-baru ini telah dilantik seorang Datuk

Bandar bagi Kuala Lumpur dan saya mengucapkan tahniah kepada Dato'

Mazlan oleh kerana beliau telah dilantik sebagai Datuk Bandar tetapi

saya harap beliau jangan ada , skandal-skandal seperti bekas Datuk

Bandar yang terlibat dengan skandal Volvo, Bukit Kiara dan

sebagainya dan. juga saya harap beliau jangan ingat oleh kerana

beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri maka beliau tidak payah

balik kepada rakyat untuk pilihanraya. Maknanya beliau boleh

berbuat apa-apa dengan sewenang-wenangny.i. Beliau mesti menjalankan

tugas beliau deagan secara adil daa yang penting sekali untuk

kepentingan rakyat dan menjaga hak-hak rakyat di Wilayah

Persekutuan.

Pertama sekali kita mesti ingat bahawa DBKL ada sebuah Lembaga

PenasihaC (Advisory Council), Ahli-ahli yang duduk di dalam Lembaga

Penaslhat sekarang tiada hak untuk represent, dengan izin, rakyat di

Wilayah Persekutuan oleh kerana mereka ini ada yang terdiri daripada

Arkitek, ada yang political appointee. Ahli Parlimen dalam Wilayan

Persekutuan tiada seorang pun yang duduk dalam Lembaga Penasihat

DBKL. Semua AhLi Parlimen di Wilayah dipilih oleh siapa? Oleh

Page 139: PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara

DR.19.11.92 -139-

rakyat. Merekalah yang sepatutnya diberikan tanggungjawab untuk

menjaga kepentingan rakyat dan juga menyuarakan apa-apa yang rakyat

mahu di dalam Dewan yang mulia. ini. Kenapa mereka tiada hak atau

tidak dilantik menduduki Lembaga Penasihat DBKL? Pada bal semua

Ahli-ahli Parlimen dari Wilayah Persekutuan mesti dijadikan

ex-officio, jadi automatic members Lembaga Penasihat DBKL. Oleh itu

tugas yang pertama Datuk Bandar ialah beliau mesti mengkaji semula

dan membuat satu pindaan ataupun rekomendasi kepada Perdana Meteri

supaya semua Ahli Parlimen mestilah dijadikan ahli Lembaga

Penasihat.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat

berhenti dan kita akan sambung pada hari Isnin,

Tuan Wee Choo Keong: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bolehkah

saya menyambung ucapan saya pada hari Isnin.

Tuan Pengerusi: Boleh.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhomat, mesyuarat

ditangguhkan hingga hari Isnin 23.11.92 minggu hadapan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.