peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 3 psk
DESCRIPTION
peperiksaan pertengahan tahun pendidikan sivik & kewarganegaraan tingkatan 3 SMA AN-NUR 2014TRANSCRIPT
Kertas ini mengandungi 60 soalan. Jawab semua soalan.
1. Mengapakah seseorang itu perlu mempunyai cita-cita?
ASupaya dapat hidup dengan senang
BSupaya dapat mengatasi kebolehan orang lain
CSupaya akan memperoleh kejayaan dalam hidup
DSupaya mendapat sanjungan daripada orang lain
2. Seseorang individu boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ingin diceburinya melalui
Akeluarga
Btelevisyen
Crakan-rakan
Dagensi pekerjaan
3. Zana menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar perubatan. Oleh itu, dia perlu cemerlang dalam subjek-subjek yang berikut, kecuali
AFizik
BKimia
CBiologi
DSejarah
4. Yang manakah antara penyataan berikut bukan langkah-langkah untuk memilih kerjaya?
AMengambil kira persekitaran tempat kerja
BMempunyai kelayakan akademik yang diperlukan
CMengetahui serba-sedikit tentang kerjaya yang dipilih
DMengadakan perbincangan dengan kaunselor tentang kerjaya
5. Mengapakah personaliti penting kepada individu semasa membuat keputusan memilih kerjaya?
AKerana personaliti akan dapat melahirkan kepuasan bekerja
BKerana berjaya atau tidak kerjaya bergantung kepada personaliti
CKerana setiap kerjaya yang ditawarkan memerlukan personaliti yang berbeza
DKerana personaliti dapat mempengaruhi majikan dalam setiap keputusan yang dibuat
6. Adam ingin mencuba mendapatkan peluang kerjaya di luar negara. Bagaimanakah cara Adam dapat mengetahui peluang kerjaya tersebut?
AMelancong ke tempat tersebut
BMelayari laman web di Internet
CMendapatkan maklumat di lapangan terbang
DMendapatkan maklumat melalui akhbar berbahasa Inggeris
7. Antara berikut merupakan kerjaya yang tergolong dalam bidang profesional, kecuali
Apensyarah
Bkomposer
Cpeguam bela
Ddoktor perubatan
8. Apakah kebaikan kepada individu yang memilih kerjaya yang sesuai dengan dirinya?
AMendapat gaji yang lumayan
BMemperoleh kepuasan ketika melakukan kerja
CMengelakkan individu tersebut mendapat kerja orang lain
DMemudahkan individu tersebut mendapat kenaikan pangkat
9. Pemilihan kerjaya yang tidak sesuai dengan kebolehan individu akan menyebabkan
Aindividu itu akan mendapat gaji yang sedikit
Bindividu itu tidak disukai oleh majikannya
Cindividu itu akan dipandang serong oleh rakan sekerja
Dindividu itu akan mengalami tekanan ketika melakukan kerja
10. Seseorang yang hendak memilih kerjaya yang sesuai mestilah berlandaskan
Ipersekitaran tempat kerja
IIminat dan kebolehan
IIIkelayakan akademik
IVgaji yang ditawarkan
AI dan II
BII dan III
CII dan IV
DIII dan IV
11. Berikut ialah pekerjaan yang mementingkan kelayakan ikhtisas, kecuali
Aburuh
Bpelakon
Cpeguam
Dpeniaga
12. Kelayakan ikhtisas merujuk
Akemahiran dan kebolehan
Bkecekapan dalam pengiraan
Ckebolehan dalam kokurikulum
Dkecemerlangan dalam akademik
13. Datuk A bermula sebagai penjual burger sebelum menjadi usahawan berjaya. Apakah nilai yang sesuai diamalkan oleh Datuk A sehingga berjaya dalam kerjaya beliau?
ABaik hati
BSopan santun
CMementingkan diri
DTidak mudah putus asa
14. Antara berikut merupakan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang yang bercita-cita menjadi juruterbang, kecuali
Amempunyai minat yang mendalam
Bmempunyai rekod kesihatan yang baik
Cmengikuti latihan penerbangan di luar negara
Dmenguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik
15. Apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang yang bercita-cita menjadi kaunselor?
Akreatif
BPeramah
CKemahiran
Dpersonaliti menarik
16. Apakah kesan penebangan hutan terhadap alam sekitar?
AUdara akan menjadi kotor
BKepupusan flora dan fauna
CCuaca akan menjadi tidak menentu
DManusia tidak dapat bernafas dengan selesa
17. Bagaimanakah mengekalkan keseimbangan alam sekitar?
AMenanam sampah sarap
BTidak melakukan pembangunan
CMemastikan air sungai sentiasa bersih
DMemastikan pokok-pokok ditanam semula selepas penebangan
18. Apakah tujuan Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA) diwujudkan?
AMengadakan kempen kitar semula
BMengenal pasti tempat yang tercemar
CUntuk menangani masalah alam sekitar
DMemastikan projek pembangunan berjalan lancar
19. Apakah peranan utama Sahabat Alam Malaysia (SAM)?
AMemastikan alam sekitar terjaga
BMengadakan kempen alam sekitar
CMemastikan hutan dijaga dengan baik
DMenangkap pihak yang mencemarkan alam sekitar
20. Mengapakah kita perlu menjaga alam sekitar?
ASupaya kita dapat hidup senang
BSupaya kita tidak dianggap pengotor
CSupaya kesejahteraan masyarakat terjaga
DSupaya kita dapat menambahkan pendapatan
21. Kempen kitar semula diadakan bertujuan
Amenunjukkan masyarakat yang kreatif
Bmelahirkan masyarakat yang pemurah
Cmengurangkan kuantiti sampah yang dibuang
Dmemupuk masyarakat yang pentingkan kesihatan
22. Antara berikut merupakan barang-barang yang boleh dikitar semula, kecuali
Acermin
Bbotol kaca
Cbarang plastik
Dkertas surat khabar
23. Penyataan yang manakah menunjukkan perbuatan menghargai alam sekitar?
APuan Choi membuang sampah di belakang rumah
BJohnny membuang sampah sarap ke dalam sungai
CPak Cik Jamal membakar sampah sarap di halaman rumah
DKeluarga Encik Chan menghantar barang-barang yang tidak digunakan ke pusat kitar semula
24. Bagaimanakah pihak sekolah memainkan peranan memupuk murid-murid mencintai alam sekitar?
AMembina taman sains di sekolah
BSelalu membawa murid-murid berkelah
CMemaksa murid-murid membersihkan kelas
DMenyuruh murid-murid mengumpul bahan kitar semula
25. Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA)
Sahabat Alam Malaysia (SAM)
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Mengapakah organisasi di atas diwujudkan?
AMemulihara kawasan yang tercemar
BMengenal pasti kawasan yang tercemar
CMenangkap individu yang melakukan pencemaran
DUntuk memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara
26. Apakah kesan jika sumber alam dapat diuruskan dengan baik?
ADapat mengelakkan bencana alam
BDapat mengekalkan keseimbangan alam
CDapat menguntungkan pihak yang terlibat
DDapat menyumbang kepada ekonomi negara
27. Antara berikut, yang manakah bukan tujuan hutan simpan diwartakan?
AMenjaga petempatan orang asli
BMengelakkan kepupusan haiwan
CMencegah berlakunya bencana alam
DMengekalkan keindahan tumbuhan hutan
28. Kemusnahan hutan berlaku kerana aktiviti
Ipembinaan lebuh raya
IIpenerokaan tanah untuk pertanian dan petempatan
IIIpenanaman semula hutan
IVkegiatan beriadah
AI dan II
BI dan IV
CII dan IV
DI, II, dan III
29. Bilakah Hari Bumi disambut oleh masyarakat seluruh dunia?
AMac
BApril
COktober
DDisember
30. Antara badan berikut, yang manakah bertanggungjawab memulihara alam sekitar?
APERHILITAN
BJabatan Kerja Raya
CJabatan Alam Sekitar
DJabatan Parit dan Saliran
31. Apakah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak?
AMengawal pergerakan anak-anak
BMenyediakan wang yang banyak untuk anak-anak
CMemberi pendidikan yang cukup kepada anak-anak
DMemastikan anak-anak tidak mempunyai kawan di luar rumah
32. Apakah tanggungjawab setiap anggota keluarga?
AMemberi wang kepada ahli keluarga
BSentiasa memberi hadiah yang mahal
CSaling menyayangi antara satu dengan yang lain
DMembiarkan ahli keluarga menentukan masa depan masing-masing
33. Antara berikut ialah tugas dan tanggungjawab ibu bapa, kecuali
Amenentukan masa depan anak-anak
Bmenjadi teladan yang baik kepada anak-anak
Cmembentuk sahsiah yang baik kepada anak-anak
Dmenyediakan tempat perlindungan kepada ahli keluarga
34. Bagaimanakah ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak?
AMenjaga keselamatan mereka
BMemaksa anak-anak berdikari
CMenurut segala kehendak anak-anak
DTidak campur tangan hal peribadi anak-anak
35. Yang manakah bukan keperluan asas yang diperlukan oleh anak-anak?
APakaian
BMakanan
CKenderaan
DTempat tinggal
36. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan?
AHarta yang banyak
BKurang didikan agama
CAhli keluarga yang terlalu ramai
DTidak mempunyai ilmu pengetahuan
37. Mengapakah aspek keselamatan perlu diutamakan dalam sebuah keluarga?
AUntuk memastikan ahli keluarga sentiasa gembira
BUntuk memastikan ahli keluarga tidak berasa tersisih
CUntuk membuktikan kasih sayang kepada ahli keluarga
DUntuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan ahli keluarga
38. Antara berikut ialah tips keselamatan yang perlu diamalkan di rumah, kecuali
Amembela haiwan peliharaan
Bmenyimpan ubat-ubatan di tempat yang selamat
Cmenyimpan benda tajam di tempat yang selamat
Dtidak menjemput orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah
39. Bagaimanakah seseorang itu dapat menjaga keselamatan diri ketika berada di luar rumah?
ATidak keluar rumah terlalu lama
BSentiasa membawa senjata bersama-sama
CMelemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja
DTidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali
40. Seseorang yang tidak mempunyai __________ akan menyebabkan maruah keluarga tercemar.
Aharga diri
Bgaya hidup
Ckasih sayang
Dilmu pengetahuan
41. Yang manakah antara situasi berikut menunjukkan amalan menyayangi keluarga?
ASarah membantu ibunya pada hari minggu
BSarah keluar rumah tanpa memberitahu ibu bapanya
CSarah memarahi adiknya kerana menggunakan begnya tanpa minta izin
DSarah memberi alasan hendak belajar apabila ibunya meminta bantuannya
42. Apakah yang perlu dilakukan untuk melahirkan kesihatan mental yang baik dalam keluarga?
AMengamalkan sikap mementingkan diri
BMenyediakan kemewahan kepada ahli keluarga
CTidak mempedulikan hal yang remeh dalam keluarga
DSentiasa meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga
43. Antara penyataan berikut, yang manakah bukan tindakan yang dapat mewujudkan hubungan mesra antara keluarga?
AMembawa ahli keluarga pergi bercuti
BMenyediakan makanan yang lazat untuk ahli keluarga
CMembiarkan ahli keluarga menyelesaikan masalah sendirian
DMembelikan hadiah untuk ahli keluarga yang menyambut hari lahir
44. Apakah yang perlu dilakukan oleh anggota keluarga untuk menjaga maruah keluarga?
ATidak berkawan dengan orang lain
BTidak menceritakan tentang keluarga
CTidak mendedahkan rahsia anggota keluarga
DTidak membawa rakan-rakan pulang ke rumah
45. Bagaimanakah sebuah keluarga yang harmoni dapat diwujudkan?
ASetiap ahli keluarga mempunyai wang yang banyak
BSetiap ahli keluarga mesti mempunyai pelajaran yang tinggi
CSetiap ahli keluarga tahu membuat keputusan untuk diri sendiri
DSetiap ahli keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing
46. Antara berikut merupakan ciri-ciri dalam membuat suatu keputusan, kecuali
Akebolehan
Bkeyakinan
Ckelayakan
Dkeberanian
47. Keputusan yang dibuat secara tidak seimbang akan
Amemuaskan hati kedua-dua belah pihak yang terlibat
Bmenyenangkan kehidupan kedua-dua belah pihak
Cmenimbulkan persengketaan antara kedua-dua belah pihak
Dmengelakkan perbalahan antara kedua-dua belah pihak yang terlibat
48. Alvin amat cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dan Kimia. Dia bercita-cita untuk menjadi saintis. Tindakan Alvin menunjukkan dia
Atidak mempunyai potensi diri
Bbijak membuat keputusan yang tepat
Clemah dalam membuat keputusan yang tepat
Dterburu-buru apabila membuat keputusan
49. Antara pilihan berikut, yang manakah perlu ada terhadap seseorang yang hendak menjadi pemimpin supaya dia dapat membuat keputusan dengan bijak?
IKekuasaan
IIKebijaksanaan
IIIKeegoan
IVKeadilan
AI dan II
BI dan III
CII dan IV
DIII dan IV
50. Seseorang yang dipertanggungjawab mengadili sesuatu pertandingan mestilah
Abijak dan adil
Bbersikap pilih kasih
Cmembuat keputusan sesuka hati
Dmembuat keputusan berdasarkan kepentingan
51. Sesuatu keputusan yang bakal diambil akan memberi kesan kepada seseorang individu, selain itu turut memberi akibat kepada
Aorang lain
Bkehidupan
Cdiri sendiri
Dpersekitaran
52. Sikap adil sangat penting kepada seorang hakim. Mengapakah sikap tersebut perlu diamalkan oleh seorang hakim?
ASupaya dia dihormati oleh pihak yang menang
BSupaya dia mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
CSupaya keputusan tidak berpihak kepada satu pihak sahaja
DSupaya para peguam tidak perlu mencari bukti yang banyak
53. Individu yang bijak dan adil dalam membuat keputusan akan melakukan perkara-perkara berikut, kecuali
Aberfikir masak-masak sebelum membuat keputusan
Btidak mempercayai sesuatu berita tanpa usul periksa
Cberfikir baik buruk sesuatu perkara secara mendalam
Dmembuat keputusan tanpa meminta pendapat daripada orang lain
54. Yang manakah antara berikut menunjukkan seseorang itu membuat keputusan secara bijak
Amemikirkan kepentingan diri sendiri
Bmembuat keputusan berdasarkan gerak hati
Ctidak membuat keputusan secara terburu-buru
Dbertindak berdasarkan keuntungan yang diperoleh
55. Shukri menyahut cabaran rakan-rakannya untuk mengadakan perlumbaan haram pada malam minggu nanti. Perbuatan Shukri menunjukkan
Atindakan yang berani
Btindakan yang bertanggungjawab
Ctindakan yang tidak bertanggungjawab
Dtindakan yang tidak menjatuhkan maruah diri
56. Seseorang yang bijak dan berpengetahuan mestilah membuat keputusan berdasarkan _________________.
Apersekitaran
Bpengaruh emosi
Cpemikiran yang matang
Dpengaruh daripada orang lain
57. Syamri telah dicalonkan sebagai pengawas di sekolahnya. Syamri berada dalam dilema sama ada hendak menerima jawatan tersebut atau tidak kerana bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab tersebut. Sebagai murid yang bijak, Syamri sepatutnya
Amenolak sahaja pencalonan tersebut
Bmendesak cikgu memberikan masa untuk berfikir
Cmenyuruh cikgu menggantikan dengan pelajar lain
Dmenerima pencalonan tersebut dan bersedia memikul tanggungjawab
58. Mengapakah setiap orang perlu bijak membuat keputusan?
AUntuk kebaikan diri sendiri
BUntuk mengelakkan umpatan orang lain
CUntuk kebaikan diri sendiri dan orang lain
DUntuk mendapat pujian daripada orang lain
59. Apakah yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu mengambil sebarang tindakan?
AMemikirkan tentang kepentingan orang lain
BMengambil keputusan tanpa berfikir panjang
CMemastikan kewajaran tindakan yang diambil
DMembuat keputusan dengan memikirkan kepentingan sendiri
60. Manimala telah berasa tertekan dengan sikap ibu bapanya yang sering bergaduh. Cadangkan keputusan yang sepatutnya diambil oleh Manimala dalam menghadapi situasi tersebut.
AMelarikan diri dari rumah
BMemarahi ibu bapa terhadap sikap mereka itu
CBerbincang terlebih dahulu dengan ahli keluarga
DMenceritakan masalah tersebut kepada rakan-rakan
KERTAS SOALAN TAMAT