per. sek 98 kpj - an
TRANSCRIPT
SEK. 98 KTJ – PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH BAGI TUJUAN MENGHALANG BERLAKUNYA PERBUATAN KACAU GANGGU / TINDAKAN BERLAKUNYA PERBUATAN KACAU GANGGU / TINDAKAN BERBAHAYA KEPADA
KESELAMATAN AWAM.
CARTA ALIRAN PERMOHONAN SEK. 98 KTJ
KEADAAN-KEADAAN DI NILAI SAMADA MEMERLUKAN PERINTAH SEMENTARA INI
INPUT DARI CAW. KHAS, JSJ, TRAFIK DAN KDN/KA BERSAMA LAPORAN
PERMOHONAN DISEDIAKAN OLEH YA TPR DENGAN DIBANTU OLEH PEGAWAI POLIS
PERMOHONAN DIDAFTARKAN DI MAHKAMAH MAJISTRET
PERMOHONAN DIKEMUKAKAN OLEH YA TPR KEPADA MAJISTRET
MAJISTRET MENDENGAR HUJAH & ALASAN-ALASAN PERMOHONAN
JIKA BERPUAS HATI : JIKA TIDAK BERPUAS HATI :
PERINTAH SEK. 98 KTJ DIKELUARKAN PERINTAH TIDAK DIKELUARKAN
PERINTAH DISAMPAIKAN / DIBERITAHU SPT.MANA SEK 90 KTJ
NOTA : PERINTAH INI HANYA BOLEH DIKELUARKAN BAGI TEMPOH TIDAK MELEBIHI 7 HARI SAHAJA.
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA LUMPUR MALAYSIA
PERMOHONAN JENAYAH NO: ___________TAHUN 2009
Dalam Perkara Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah
ANTARA
KETUA POLIS DAERAH SENTUL ... PEMOHON
DAN
1. DATUK SERI ANWAR BIN ... RESPONDAN –IBRAHIM RESPONDAN(KPT: 470810-07-5095)
2. PENYOKONG-PENYOKONGPAKATAN RAKYAT
PERINTAH
KEPADA
DATUK SERI ANWAR BIN IBRAJIM(KP: 470810-07-5095)
PENYOKONG-PENYOKONG PKR; dan
MANA-MANA ORANG YANG BERKENAAN
BAHAWASANYA ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa kamu akan
mengadakan perhimpunan bagi menyokong usul tidak percaya kepimpinan YAB Dato` Seri
Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan pada 14 Julai
2008 mulai 10.00 pagi di Jalan Parlimen dan Perkarangan Bangunan Parlimen Malaysia,
Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur.
DAN BAHAWASANYA, tiada permohonan yang dibuat untuk mendapatkan permit
bagi mengadakan perhimpunan ini untuk dipertimbangkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul.
DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa kamu dan
penyokong PAKATAN RAKYAT akan meneruskan perhimpunan yang dicadangkan itu
walaupun permit tidak dipohon.
DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa adalah perlu
bagi suatu tindakan segera diambil bagi mengelakkan suatu perbuatan yang menganggu
ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia
atau rusuhan atau gaduh gempar jika perhimpunan yang telah ditolak permitnya diadakan.
DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa suatu perintah
larangan adalah amat diperlukan dan dikeluarkan secara ex-parte dengan segera atas
kesuntukan masa memandangkan perhimpunan tersebut akan diadakan pada 14 Julai
2008.
OLEH YANG DEMIKIAN, kehadiran kamu di perkarangan Bangunan Parlimen
Malaysia, Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur dan di dalam lingkungan 5 (lima) kilometre
radius dari perkarangan bangunan Parlimen Malaysia adalah dengan ini dilarang, dan kamu
diberi amaran agar tidak berada atau berkumpul atau mengambil apa-apa bahagian dalam
perhimpunan itu.
Bertarikh pada haribulan 2008
.....................................................
MAJISTRET
DALAM MAHKAMAH MEJISTRET KUALA LUMPUR MALAYSIA
PERMOHONAN JENAYAH NO : _____________________TAHUN 2008
Dalam Perkara Seksyen 98 Kanun
Acara Jenayah
ANTARA
KETUA POLIS DAERAH SENTUL ... PEMOHON
DAN
1. DATUK SERI ANWAR BIN IBRAHIM ... RESPONDAN( KPT : 470810-07-5095 ) RESPONDAN
2. PENYOKONG-PENYOKONGPAKATAN RAKYAT
NOTIS PERMOHONAN EX PARTE
AMBIL PERHATIAN bahawa pemohon yang dinamakan di atas akan memohon kepada
Mahkamah ini pada haribulan 2008
Jam pagi / petang atau seberapa cepat selepas itu yang boleh mendengar
permohonan pindaan ini bagi Pemohon terseut untuk perintah seperti berikut :
1. Satu perintah muktamad dengan segera dalam kes kacau ganggu yang penting
dengan memerintahkan Respondan-Respondan daripada menghadiri satu
perhimpunan bagi menyokong usul undi tidak percaya kepimpinan YAB Dato` Seri
Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan akan
diadakan pada 14 Julai 2008 mulai 10.00 pagi di perkarangan Bangunan Parlimen
Malaysia, Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur dan di dalam lingkungan 5 (lima)
kilometre radius dari perkarangan bangunan Parlimen Malaysia.
2. Apa jua perintah yang difikirkan patut dan bersesuaian oleh Mahkamah uang mulia
ini.
3. Alasan-alasan permohonan ini terkandung dalam Affidavit ACP Ahmad Sofian Bin
md. Yassin dan SUPT. Haji Rosli Bin Din yang diikrarkan pada 12 Julai 2008 dan
difailkan bersama-sama disini.
Bertarikh pada haribulan , 2008
.......................................... .............................................
Ketua Polis Daerah Majistret
Sentul Mahkamah Majistret Kuala Lumpur
NOTIS PERMOHONAN EX PARTE ini difailkan pada 12 Julai 2008 oleh Ketua Polis Daerah
beralamat di Ibu Pejabat Polis Daerah, Sentul Jalan Ipoh, 51000 Kuala Lumpur.
DALAM MAHKAMAH MEJISTRET KUALA LUMPUR MALAYSIA
PERMOHONAN JENAYAH NO : _____________________TAHUN 2008
Dalam Perkara Seksyen 98 Kanun
Acara Jenayah
ANTARA
KETUA POLIS DAERAH SENTUL ... PEMOHON
DAN
3. DATUK SERI ANWAR BIN IBRAHIM ... RESPONDAN( KPT : 470810-07-5095 ) RESPONDAN
4. PENYOKONG-PENYOKONGPAKATAN RAKYAT
AFIDAVIT SOKONGAN
SAYA, ACP Ahmad Sofian Bin Md. Yassin ( No. Polis : G/6720 ), seorang warganegara
Malaysia yang cukup umur dan beralamat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur
dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut :
1. Saya adalah seorang Ketua Polis Daerah Sentul yang beralamat di Ibu Pejabat Polis
Daerah Sentul, Kuala Lumpur dan merupakan pemohon dalam permohonan ini dan
diberi kuasa untuk mengikrarkan affidavit ini.
2. Segala fakta yang diikrarkan dalam affidavit ini adalah benar, dalam pengetahuan
saya dan daripada rekod-rekod dalam simpanan saya dan dokumen-dokumen
kepada mana saya mempunyai akses, kecuali dimana dinyatakan sebaliknya.
3. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa pada 11 Julai 2008, saya telah menerima
satu maklumat risikan keselamatan bahawa penyokong-penyokong Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokrat (DAP)
yang bergabung sebagai Pakatan Rakyat akan menghadiri perhimpunan bagi
menyokong usul undi tidak percaya kepimpinan YAB Dato` Seri Abdullah Hj. Ahmad
Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 14 Julai
2008 mulai jam 10.00 pagi di Jalan Parlimen dan Perkarangan Bangunan Parlimen
Malaysia, Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur daripada SUPT Haji Rosli Bin Din.
Sesalinan maklumat tersebut dilampirkan sebagai “AS-1”.
4. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa tiada sebarang permohonan untuk
mengadakan perhimpunan bagi menyokong usul undi tidak percaya kepimpinan YAB
Dato` Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan
akan diadakan pada 14 Julai 2008 mulai jam 10.00 pagi di Jalan Parlimen dan
Perkarangan Bangunan Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur.
5. Maklumat rsikan mendedahkan sejumlah 296 orang pemimpin dan ahli Pakatan
Rakyat akan hadir semasa perhimpunan 14 Julai 2008 di Parlimen. Daripada jumlah
tersebut, 235 orang adalah ahli PKR, 55 orang ahli PAS dan 6 orang ahli DAP.
6. Maklumat risikan juga mendedahkan bahawa Datuk Seri ANWAR BIN INRAHIM
mengarahkan sekiranya Speaker Parlimen menolak usul undi tidak percaya kepada
Dato` Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi – Perdana Menteri Malaysia, semua Ahli
Parlimen Pakatan Rakyat akan keluar dewan dan berhimpun bersama orang ramai di
luar dewan. Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim turut mengarahkan semua Angkatan
Muda Keadilan negeri terutamanya Selangor dan Kuala Lumpur membawa
penyokong seberapa ramai yang boleh dan melawan apa sahaja halangan termasuk
polis.
7. Berdasarkan daripada risikan yang diperolehi, saya percaya perhimpunan yang akan
diadakan akan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam serta
menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar jalan Parlimen, kuala
Lumpur.
8. Perhimpunan tersebut dikhuatiri akan mendatangkan ketegangan yang akan
membahayakan keselamatan diri Ahli-Ahli Parlimen.
9. Kawasan itu juga adalah sebuah persimpangan jalan yang sibuk yang menjadi laluan
utama bagi kenderaan keluar masuk Kuala Lumpur dan dikhuatiri nahawa
perhimpunan ini menjejaskan ketenteraman awam dan lalu lintas.
10. Sebagai Ketua Polis Daerah yang mentadbir kawasan ini, saya sesungguhnya
percaya bahawa sekiranya perhimpunan ini diteruskan, ia akan mendatangkan
bahaya kepada nyawa manusia atau keselamatan orang awam, rusuhan atau gaduh
gempar atau kemusnahan harta benda.
11. Oleh yang demikian, saya memohon agar Permohonan Perintah seperti yang
dipohon.
Diikrarkan oleh Deponen yang menerima )
Ahmad Sofian Bin Md. Yasin )
No. Polis G/6720 )
Pada 12 JULAI 2008 )
di Kuala Lumpur )
Di hadapan saya,
..................................................
Pesuruhjaya Sumpah
Afidavit Sokongan ini diikrarkan pada 12 Julai, 2008 dan difailkan pada 12 Julai 2008 oleh
Ketua Polis Daerah beralamat di Ibu Pejabat Polis Daerah, Sentul jalan Ipoh, 5100 Kuala
Lumpur.
DALAM MAHKAMAH MEJISTRET KUALA LUMPUR MALAYSIA
PERMOHONAN JENAYAH NO : _____________________TAHUN 2008
Dalam Perkara Seksyen 98 Kanun
Acara Jenayah
ANTARA
KETUA POLIS DAERAH SENTUL ... PEMOHON
DAN
5. DATUK SERI ANWAR BIN IBRAHIM ... RESPONDAN( KPT : 470810-07-5095 ) RESPONDAN
6. PENYOKONG-PENYOKONGPAKATAN RAKYAT
SIJIL PERAKUAN EKSHIBIT
Saya dengan ini mengakui bahawa Ekshibit bertanda “AS-1” yang dirujuk dalam Afidavit
ACP Ahmad Sofian Bin Md. Yassin diikrar pada 12 Julai 2008.
Di hadapan saya,
........................................................
( Pesuruhjaya Sumpah )
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN( CAWANGAN KHAS )JALAN HANG TUAHKUALA LUMPUR
_________________________________________________________________________
11 Julai 2008
Ketua Polis Daerah,Sentul
MAKLUMAT PERHIMPUNAN BAGI MENYOKONG USUL UNDITIDAK PERCAYA KEPIMPINAN PERDANA MENTERI
DI PARLIMEN PADA 14 JULAI 2008
Perkara diatas dirujuk.
2. Maklumat risikan mendedahkan pada 14 JULAI 2008, mulai jam 10.00 pagi hingga
tamat sesi siding Parlimen, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) merancang
mengadakan satu perhimpunan di Jalan Parlimen dan perkarangan Bangunan Parlimen
bagi menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Dato` Seri ABDULLAH HJ.
AHMAD BADAWI – Perdana Menteri MALAYSIA. Perhimpunan tersebut adalah ekoran
daripada penghantaran surat usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri
MALAYSIA yang telah dikemukakan oleh Datin Seri WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL –
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
3. Maklumat risikan seterusnya menyatakan bahawa ahli parti PKR dari Wilayah
Persekutuan KUALA LUMPUR dan SELANGOR diarah untuk menghantar 10 orang dari
setiap Bahagian untuk menyertai perhimpunan pada 14 JULAI 2008 di Perlimen untuk
menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Dato` Seri ABDULLAH BIJ HJ.
AHMAD BADAWI – Perdana Menteri MALAYSIA.
4. Maklumat risikan mendedahkan sejumlah 296 orang pemimpin dan ahli Pakatan
Rakyat akan hadir semasa perhimpunan pada 14 JULAI 2008 di Parlimen. Daripada jumlah
tersebut, 235 orang adalah ahli PKR, 55 orang ahli PAS dan 6 orang ahli DAP.
5. Maklumat risikan juga mendedahkan bahawa Datuk Seri ANWAR BIN IBRAHIM
mengarahkan sekiranya Speaker Parlimen menolak usul undi tidak percaya kepada Dato`
Seri ABDULLAH BIN HJ. AGMAD BADAWI – Perdana Menteri MALAYSIA, semua Ahli
Parlimen Pakatan Rakyat akan keluar dewan dan berhimpun bersama orang ramai di luar
dewan. Datuk seri ANWAR BIN IBRAHIM turut mengarahkan semua Angkatan Muda
Keadilan negeri terutamanya SELANGOR dan KUALA LUMPUR membawa penyokong
seberapa ramai yang boleh dan melawan apa sahaja halangan termasuk polis.
6. Berdasarkan daripada maklumat risikan yang diperolehi, saya percaya perhimpunan
yang akan diadakan akan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam serta
menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar Jalan Parlimen, KUALA LUMPUR.
7. Untuk makluman dan tindakan tuan.
.......................................................
( HJ. ROSLI BIN DIN ) SUPT. PEGAWAI TURUS E4 b.p. KETUA CAWANGAN KHAS b.p. KETUA POLIS
KUALA LUMPUR