peralatan dan kelengkapan

4
PERALATAN DAN KELENGKAPAN BI L JENIS PENERANGAN 1. Sudip Bata - Alat penting dan sering digunakan. - Digunakan untuk mencedok dan meratakan simen mortar ke atas lapisan simen. - Diperbuat daripada besi dan mudah berkarat. - Bersaiz antara 150mm- 250mm. - Terdiri daripada dua bahagian iaitu mata (keluli) dan pemegang (kayu). 2. Bantalan ( Boaster / Bolster ) - Digunakan untuk memotong bata dan memecahkan dinding bata secara manual. - Sejenis pahat dengan mata yang lebar (100mm). - Digunakan bersama tukul. 3. Tukul ( Club Hammer ) - Digunakan bersama alat- alat pemotong seperti bantalan. - Bertanya antara 1.13 kg- 1.36 kg. - Bucu dipermukaanya perlu tumpul supaya keselmatan terjaga.

Upload: cik-mia

Post on 23-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bengkel bata

TRANSCRIPT

Page 1: Peralatan Dan Kelengkapan

PERALATAN DAN KELENGKAPAN

BIL JENIS PENERANGAN

1. Sudip Bata - Alat penting dan sering digunakan.- Digunakan untuk mencedok dan

meratakan simen mortar ke atas lapisan simen.

- Diperbuat daripada besi dan mudah berkarat.

- Bersaiz antara 150mm-250mm.- Terdiri daripada dua bahagian iaitu

mata (keluli) dan pemegang (kayu).

2. Bantalan ( Boaster / Bolster ) - Digunakan untuk memotong bata dan memecahkan dinding bata secara manual.

- Sejenis pahat dengan mata yang lebar (100mm).

- Digunakan bersama tukul.

3. Tukul ( Club Hammer ) - Digunakan bersama alat-alat pemotong seperti bantalan.

- Bertanya antara 1.13 kg-1.36 kg.- Bucu dipermukaanya perlu tumpul

supaya keselmatan terjaga.

4. Tukul Bata ( Brick Hammer ) - Digunakan untuk memangkas bata dan kerja membuang lebihan mortar pada tembok.

- Digunakan bagi memotong bata ½ dan ¾.

- Ia sama seperti tukul besi berkuku tetapi kepalanya berbentuk mata pahat.

Page 2: Peralatan Dan Kelengkapan

5. Tukul Sikat ( Comb Hammer ) - Mempunyai mata yang berlainan bentuk dan boleh ditanggalkan di kedua belah hujungnya.

- Digunakan untuk menorah bentuk yang lebih halus.

6. Scutch Bata - Mempunyai 3 bahagian iaitu pemegang, mata dan baji.

- Digunakan untuk memotong dan menorah bata kepada permukaan yang lebih halus.

- Terdapat dalam 2 bentuk pemegang iaitu kayu dan besi serta matanya boleh dicabut dan diasah.

7. Hawk - Digunakan untuk memindahkan mortar semasa melepa atau mengemas ikatan.

- Diperbuat daripada kayu atau aluminium.

- Ukuran biasa ialah 229mm x 29mm dan 305mm x 305mm.

8. Pin dan Benang - Digunakan untuk mendapatkan kelurusan tembok yang diikat atau diterap.

- Ia juga sebagai merancang tanda bangunan.

- Sepasang pin berukuran 100mm-150mm panjang diikatkan dengan benang.

- Ia dinaikkan pada setiap lapisan bata baru yang hendak dilekapkan.

- Ia mempercepatkan proses kerja.

Page 3: Peralatan Dan Kelengkapan

9. Pahat Besi / Sejuk ( Cold Chisel ) - Digunakan untuk membuat lubang dan menanggalkan mortar serta konkrit daripada permukaan tembok atau lantai.

- Saiznya 12-37mm mengikut ukuran lebar mata.

- Matanya tajam.- Ia digunakan bersam tukul.

10. Tingle - Digunakan bersama line dan pin bagi mengelakkan benang melengkung, melayang atau terbuai-buai ditiup angin semasa membina dinding lurus yang panjang.

- Benang atau kertas boleh menggantikan jika tingle tiada.

11. Cangkul Berlubang ( Larry ) - Digunakan untuk menggaul mortar serta menyebarkan dan meratakan sambungan motar pada dinding yang tebal.

12. Papan Mortar ( Mortar Board ) - Digunakan untuk meletakkan mortar dalam kerja melepa atau mengemas ikatan.

- diperbuat daripada papan / papan lapis berukuran 1m persegi.