peranan guru pendidikan moral dalam mencapai wawasan 2020
TRANSCRIPT
Peranan dan Tanggungjawab Guru Pend. Moral dalam
Merealisasikan Wawasan 2020
Apa itu Wawasan 2020 ?
Wawasan 2020
visi negara kita yang dikemukakan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato’
Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 28
Februari1991. Malaysia mencapai taraf sebuah negara perindustrian yang maju dan
masyarakat yang beretika.
Tujuan
Matlamat : menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan
kebudayaan menjelang tahun 2020.
Intipati Wawasan 2020
a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.
b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dengan apa yang dicapai.
c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan jiwa.
e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum;bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama tetapi setia peda negara..
f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.
h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
i) masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Sistem pendidikan
dalam mencapai Wawasan 2020
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah meletakkan pendidikan nilai
pada asas yang kukuh dalam sistem pendidikan kebangsaan.
menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib adalah selaras dengan Wawasan
2020.
Penerapan nilai-nilai murni
dibuat melalui pendekatan
pendidikan nilai merentasi kurikulum.
- sentiasa sedar bahawa teori dan ilmu pengetahuan hanya
akan berfaedah kepada muridnya apabila ia
diseimbangkan dengan amalan.
- Latihan yang mencukupi diperlukan
memastikan sesuatu praktis atau amalan muridnya mencapai tahap cemerlang.
- mengenal pasti ciri atau potensi muridnya, memotivasikan mereka untuk mengembangkan
ciri atau potensi dan secara beransur-ansur
menghapuskan ciri negatif warisan keluarga
mereka.
-sedar bahawa keluarga mereka
mempunyai pengaruh yang
besar terhadap ciri rohani, intelek,
emosi dan jasmani setiap murid.
Peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan
Wawasan 2020
Peranan guru
Menyampaikan ilmu
(Mu’allim)
Menjayakan proses
pendidikan/ tarbiyah (Murabbi)
Mendidik adab dan budi pekerti
(Mu’addib)
Memperkembangkan kemahiran (Mudarris)
Melahirkan pemimpin
generasi akan datang
(Mursyid)
Menyampaikan ilmu (Mu’allim). Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya.
Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan yang bermoral.
Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu.
Ini dapat mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika selain daripada berilmu.
Menjayakan proses pendidikan/tarbiyah (Murabbi).
Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada boleh membaca sehingga menjadi pemimpin Negara.
Guru Murabbi adalah guru segala-galanya. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa peka kepada perubahan.
Guru Murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya.
Ini telah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama setelah setiap guru melaksanakan tugas mereka dengan sedaya-upaya.
Memperkembangkan kemahiran (Mudarris).
Guru-guru berperanan untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya.
- Kemahiran sikap peribadi (personal attributes), melibatkan berpegang teguh kepada etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan orang-orang lain serta persekitarannya.
- Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran menghormati murid dan tidak menyentuh perasaan secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mereka.
- Kemahiran penampilan diri (interpersonal) pula berkaitan kemahiran berkomunikasi seseorang guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Kemahiran luaran melibatkan kemahiran komunikasi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid-murid beliau.
Mendidik adab dan budi pekerti (Mu’addib). Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
Guru mu’addib adalah guru yang menganjarkan adab dan budi pekerti.
Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah di tahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya.
Ini telah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum serta masyarakat penyayang yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.
Melahirkan pemimpin generasi akan datang (Mursyid).
Guru adalah pemimpin bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada.
Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu guru.
Ini akan mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju melalui tugas guru yang berperanan membentuk modal insan masa depan.
- Contohnya, guru seharusnya mempunyai kemahiran menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan mahir melayari internet untuk mendapatkan sumber maklumat terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sumber pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi nasional.
Ini telah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Kualiti peribadi
guru
- sifat zuhud dan bekerja untuk
mencari keredaan Allah S.W.T.
- mempunyai kebersihan peribadi daripada segala kejelekan sama ada dari
segi percakapan, tindakan atau perasaan.
- perlu memiliki budi pekerti yang bebas daripada perasaan
dengki, tamak, pemarah
- menguasai mata pelajaran yang
diajar.
- perlu ada kemampuan untuk menilai kecenderungan
dan kegemaran murid.
- mempunyai sifat amanah dalam
menjalankan tugas dan terhadap ilmu.
Peranan sekolah dalam
merealisasikan Wawasan 2020
Pembentukan sekolah
penyayang
Pembentukan masyarakat
yang adil
Pembentukan pemimpin yang
berkaliber
Pembentukan masyarakat
yang adil
Pembentukan mayarakat yang
bersatu dan matlamat
berkongsi bersama
Pembentukan masyarakat
yang saintifik dan progresif
Aktiviti
• Sebagai seorang bakal guru, apakah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk merealisasikan Wawasan 2020?
• Bincangkan dalam kumpulan.
Rumusan• Bagi mencapai sembilan cabaran
Wawasan 2020, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa kerana keberkesanan peranan guru pada masa ini akan mempengaruhi kualiti manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:Ling Huong Yen Ling Suk HongLau Sin Yi Chaw Jia Wei