peranan media dalam sukan

4
Peranan media dalam sukan Dari Sudut positif 1. Menyalurkan maklumat terkini Selari dengan peranan media iaitu memastikan maklumat yang terkini sampai ke segenap lapisan masyarakat, maka tidak terkecuali juga bagi peminat-peminat sukan tanah air mahupun luar Negara. Mereka semestinya akan dihidangkan dengan maklumat semasa misalnya tentang perkembangan sesebuah kelab sukan, pencapaian, prestasi semasa dan isu-isu kontroversi sesebuah sukan. Misalnya, jika dilihat kepada trend-trend sukan masa kini yang popular seperti bola sepak di mana para penyokong yang ketinggalan menyaksikan pertandingan secara langsung baik di televisyen mahupun radio, mereka pasti akan menunggu surat khabar pada esok hari untuk mengetahui keputusan jaringan gol serta mendapatkan ulasan permainan. Bagi mereka yang sudah biasa mendapatkan informasi sukan terkini secara “online” , pencarian melalui internet sudah pasti akan menjadi pilihan. 2. Mempromosi sukan dan atlet Selain menyampaikan maklumat, media juga memainkan peranan besar dalam mempromosikan sesebuah sukan agar berjaya menarik perhatian masyarakat terhadap sesebuah sukan itu. Misalnya, apabila tiba musim bola sepak Liga Juara-juara Eropah, media akan membuat liputan meluas samada melalui

Upload: cikgu-muda

Post on 30-Jun-2015

2.005 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan media dalam sukan

Peranan media dalam sukan

Dari Sudut positif

1. Menyalurkan maklumat terkini

Selari dengan peranan media iaitu memastikan maklumat yang terkini sampai ke

segenap lapisan masyarakat, maka tidak terkecuali juga bagi peminat-peminat

sukan tanah air mahupun luar Negara. Mereka semestinya akan dihidangkan

dengan maklumat semasa misalnya tentang perkembangan sesebuah kelab

sukan, pencapaian, prestasi semasa dan isu-isu kontroversi sesebuah sukan.

Misalnya, jika dilihat kepada trend-trend sukan masa kini yang popular seperti

bola sepak di mana para penyokong yang ketinggalan menyaksikan

pertandingan secara langsung baik di televisyen mahupun radio, mereka pasti

akan menunggu surat khabar pada esok hari untuk mengetahui keputusan

jaringan gol serta mendapatkan ulasan permainan. Bagi mereka yang sudah

biasa mendapatkan informasi sukan terkini secara “online” , pencarian melalui

internet sudah pasti akan menjadi pilihan.

2. Mempromosi sukan dan atlet

Selain menyampaikan maklumat, media juga memainkan peranan besar dalam

mempromosikan sesebuah sukan agar berjaya menarik perhatian masyarakat

terhadap sesebuah sukan itu. Misalnya, apabila tiba musim bola sepak Liga

Juara-juara Eropah, media akan membuat liputan meluas samada melalui iklan-

iklan di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya. Ruangan-ruangan khas

yang mengenawarkan informasi biodata para pemain, prestasi kelab, strategi

permainan, dan barisan pemain utama yang akan bermain serta jadual-jadual

perlawanan semestinya menjadi tarikan yang dinanti –nantikan oleh para

pembaca.

Namun, jika dilihat pada implikasi penyiaran informasi-informasi tersebut, kita

akan dapat para pembaca akan mula tergerak untuk mencuba sukan-sukan yang

popular tersebut. Mereka semestinya ingin merasai pengalaman bermain seperti

dalam permainan tersebut. Tambahan pula, sukan seperti bola sepak, lumba

Page 2: Peranan media dalam sukan

kereta F1, skuasy, golf dan sebagainya sering menjadikan tajuk ganjaran bernilai

sehingga angka ratusan ribu ringgit yang diperolehi para pemenang sebagai

tajuk berita utama di ruangan sukan. Begitu juga dengan gaji-gaji para pemain

atau atlet yang kebanyakannya mencecah angka puluhan ribu ringgit sebulan.

Justeru, ini dapat dilihat sebagai perangsang kepada anak-anak muda masa kini

agar lebih tertarik kepada aktiviti sukan yang dapat memberi manfaat kepada diri

sendiri, keluarga, bangsa dan Negara.

3. Budaya hidup sihat-lahirkan ramai pelapis-pelapis

Dalam konteks sosialisasi pula, peranan media dilihat mampu untuk

mempengaruhi kesedaran sivik masyarakat agar kecenderungan mereka

berhibur tanpa memberi manfaat pada diri ditukar kepada pengamalan budaya

hidup sihat dan cergas. Adalah menyedihkan melihat para remaja yang yang

ketika zaman persekolahan mereka pernah menunjukkan potensi menjadi atlet

ataupun pemain dalam sesebuah jenis sukan tetapi kemudiannya beralih kepada

penglibatan dalam aktiviti sosial yang tidak bermoral di mana akhirnya

merosakkan diri sendiri. Banyak pihak menyatakan remaja-remaja tersebut

sebenarnya kurang pendedahan dan tidak tahu ke mana arah untuk

mengembangkan bakat mereka yang dahulunya kebanyakan digilap oleh guru-

guru semasa di sekolah. Kiranya, pencapaian mereka terhenti setakat di zaman

persekolahan sahaja.

Page 3: Peranan media dalam sukan

Dari sudut negative

1. Beri tekanan kepada atlit –siarkan jangkaan pencapaian sblum permainan

2. Hanya tertumpu kpd sukan popular-mereka harapkan motivasi

3. Mencampuri urusan peribadi persatuan, kelab, dkehidupan harian atlet