peranan rakyat di dalam demokrasi

Upload: iarnews

Post on 04-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Peranan rakyat di dalam demokrasi

    1/3

    PERANAN RAKYAT DI DALAM DEMOKRASI

    Demokrasi berasal dari perkataan Yunani (Greek) iaitu Demo dan kratos dan diterjemahkan sebagai

    Kuasa Rakyat.

    Kuasa Rakyat bukansemata-matatentang berapa ramai rakyat yang akan Turun Ke Jalanraya

    dalam menunjukkan sokongan besar-besaran bagi sesuatuperkara. Kuasa Rakyat adalah tentang

    bagaimana melibatkan rakyat dalam urus tadbir negara. Kuasa Rakyat bermula dengan penyertaan

    Rakyat dalam pemilihan kerajaan dan seterusnya dengan rakyat memantau pemimpin yang dipilih

    dan memastikan mereka melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukansetelah dipilih.

    Malaysia adalah dalam keadaan kini kerana selama 55 tahunkita telah membenarkan pemimpin

    yang dipilih terlalu banyak kebebasan untuk berbuat sesukahati mereka. Dan kerana itu, para

    pemimpin telah menyalahgunakan undang-undang dan sistem untuk memastikan bahawa mereka

    boleh terus kekal berkuasa.

    Analisis pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 menunjukkan bahawa rejim penyandang cuma

    memenangi 112 kerusi buat kali pertama dengan hanya meraih 16.9% daripada undi popular. Ini

    dilakukan dengan menggunakan kuasamajoriti 2/3 Parlimen untuk meminda dan penyalahgunaan

    undang-undang yang mengawal saiz kawasan pilihan raya. Hasilnya,kawasan Parlimen penyokong

    telahdipecahkansupaya mendapat lebih kerusi bagi mereka mengambil kembali semua kerusi yang

    telah hilang pada PRU ke 11.

    Bebalik kepadasentimen semasa, jika Pilihanraya Umum ke-13 menjadi bebas dan adil, Pakatan

    Rakyat boleh berharapuntuk menang dengan margin yang besar. Walau bagaimanapun, kerana

    pelbagai penyelewengan dalamkeseluruhansistem, Barisan Nasional masih mempunyaiharapan

    untuk kekal berkuasa. Ini bermakna sistem pilihanrayalah yang menafikan Rakyat bagi memilih

    pemimpin mereka. Ejen utamapenipuanini adalah Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR). Butiran mengenaibagaimana mereka menipu telah diterbitkan sebelum ini di dalam Nota laindi dalamPage ini.

    Pilihan Raya Umum ke-13 bukanlagi tentang Pakatan Rakyat menentangBarisan Nasional. Ia kini

    adalah tentang Rakyat menentangSuruhanjaya Pilihan Raya, mengenai rakyat menentangsistem

    yang korup. Jika rakyatmahu hak memilihmereka dikembalikan, maka perluberjuang untuk

    mengatasi penipuandidalam sistemPilihanraya. Mereka perlu melakukan apasaja yang diperlukan

    untuk menjadikan perlawanan yang adil dan seterusnya memastikan parti gabungan pilihan mereka

    boleh memenangi pilihanraya.

  • 7/29/2019 Peranan rakyat di dalam demokrasi

    2/3

    Rakyat boleh menyumbang bahagianmereka pada 4 peringkat.

    1. Peranan yang pertama dan yang palingpenting adalah PACABA -PACABA adalah mereka

    yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengaudit sistem pilihan raya dandibenarkanuntukcampur tangan bagi mengelakkan penyelewengan. Mereka dilantik oleh Calon-calon

    yang bertanding dan ditempatkanDI DALAM Tempat Mengundi. Di sinilah tempat di mana

    penyelewengan paling teruk berlaku. Kehadiran PACABA yang cekap dan berkeyakinan

    adalah kritikal untuk mengembalikankeputusan pilihan raya yang adil. Beribu-ribu

    sukarelawan diperlukan sebagai Penyelia TempatMengundi di seluruh negara. Anak

    Malaysia diseru untuk tampil ke hadapan dan melakukan Khidmat kepada Negara mereka

    semasa PRU 13 yang akan datang.

    2. Peranan kedua adalah sebagai Pemerhati - Pemerhati adalah orang yang dilantik oleh NGO

    yang diiktiraf oleh SPR dan yang diberi kuasa untuk memasuki Pusat Mengundi. Skop mereka

    adalah terhad dengan beberapa sekatan yang dikenakanoleh SPR terhadap mereka tetapi

    mereka masih memberikan fungsi yang berguna jika mereka dibenarkan untuk melakukan

    pekerjaan dengan baik. Jika mereka adalah pak pacak semata-matademiuntuk

    menunjukkan kepada dunia bahawa pilihan raya sedang dipantau, maka tidak banyak yang

    boleh dikatakan.

    3. Peranan ketiga adalah sebagai Pemantau -Pemantau dilatih dan digunakan oleh merekayang mempunyai banyak pengalaman di dalampemantauan pilihanraya. Malangnya, sejak

    SPR enggan untuk meakreditasikan NGO yang membentuk Pemantau,PemantauRakyatini

    hanya boleh menjalankan tugas mereka dari LUAR Pusat Pengundiansahaja. Tetapi mereka

    juga akan memantau aktiviti semua parti politiksemasa Pencalonan serta semasa tempoh

    berkempen. Mereka akan melaksanakanbeberapatugas pentingseperti mengumpul bukti

    penyelewengan serta mencegah penyelewengan oleh itu kehadiran mereka sangat

    diperlukan. Jikakekalutanserius dicatatkan di mana-mana lokasi pengundian, bukti kukuh

    yang dikumpul boleh menjadi bahan penting di dalam urusan mahkamah.

    4. Peranan keempat adalah sebagai Pengundi - kepentingan pengundi tidak boleh dipandang

    remeh. Walaupun penambahanbesar-besaranpadadaftar pemilih dengan pengundi yang

    diragui, jika peratusan pengundi yang sah hadir dengan jumlah yang sangat tinggi , kesan

    penipuan boleh dikurangkan dankeputusan rakyatyangsebenardapat diperolehi dalam

    pilihanraya. Inilah apa yangkempen JOM 100 maksudkan. Para pengundi diminta untuk

    Turun Padang keseluruhannya untukmencapai sasaran100% pengundi. Rakyat Malaysia di

    luar negara digesa untuk Jom Balik Undi jika mereka mampu atau mendaftar sebagai

    Pengundi Pos dan menggunakanhak mereka sebagai warganegara.

  • 7/29/2019 Peranan rakyat di dalam demokrasi

    3/3

    Adalah penting bahawa setiaporang yang berdaftar sebagai pengundi MESTI mengundi! Jika anda

    gagal berbuat demikian, undi anda pasti akan dicuri oleh pengundi hantu. Ini termasuk rakyat

    Malaysia yang tinggal di luar negara yang tidak pun mendaftar sebagai pengundi. Sila semak status

    pengundi anda di (http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/)dan jika seseorang telah menipu daftar

    pengundiananda dan menggunakannyauntuk mengundi. Lagipun, ia adalah hak anda sebagai

    warganegara. Tetapi jika ia adalah mustahil untuk andamengundisecara fizikal, kemudian sila failkan

    aduan kepadaSPR yang disertakan dengan Laporan Polis.

    Saudara dan Saudari ku rakyatMalaysia, ini adalah masaanda, ini adalah waktu anda. Anda diminta

    untuk menciptasejarah. Pada tahun 1957, Bapa Kemerdekaan telahmembawa negara kita kepada

    kemerdekaan daripada British. Pada tahun 2013,kini tiba masanya anda diminta untuk mengambil

    tempatanda di dalam usaha ini secara besar-besaran untuk membebaskan demokrasi kita daripada

    satu kelompok elit korup yang telah merompak dan menjarah untuk memperkayakan diri dan kroni

    mereka. Melangkahke hadapan dengan bangganya sebagai Anak Malaysia dan mainkan peranananda dalam misi yang amat penting ini.

    Bangkit Anak Malaysia.

    Diterjemah Oleh,

    IAR.