perancangan pemasaran.ppt
DESCRIPTION
perancangan pemasaranTRANSCRIPT
![Page 1: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/1.jpg)
![Page 2: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/2.jpg)
KANDUNGAN
1. Pemasaran
2. Perancangan Strategik dan Peranan Pemasaran
Dalam Organisasi
3. Proses Pengurusan Pemasaran
4. Produk / Product
5. Harga / Price
6. Lokasi & Saluran Agihan / Place
7. Promosi / Promotion
8. NEW 3P - People/Process/Physical Evidence
9. Perancangan Pemasaran
10. Tips Pemasaran
11. Kajian Kes
12. Latihan
![Page 3: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/3.jpg)
OBJEKTIF MODUL
Sebagai panduan untuk mengetahui proses
pengurusan pemasaran yang sebenar dalam
perniagaan.
Menekankan pengertian sebenar pemasaran.
Membantu usahawan dalam penyediaan
Perancangan Pemasaran.
Memberikan tips dan teknik promosi yang
berkesan dan menjimatkan.
![Page 4: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/4.jpg)
![Page 5: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/5.jpg)
Pemasaran terdiri dari tiga unsur iaitu pasaran, sasaran dan
memasar. Ia dikendalikan oleh pemasar. Pemasar
bertanggungjawab bermula dengan menganalisa produk
yang berpotensi di pasaran, kemudian memilih kumpulan
sasaran yang menguntungkan syarikat hinggalah
merancang strategi untuk memasarkan produk yang akan
ditawarkan. Kewujudan produk tersebut di sedari, juga
mampu bertahan lama di pasaran merupakan faktor
kejayaan pemasaran.
MILO, KICAP KIPAS UDANG dan Tongkat Ali Power Root
antara produk di pasaran yang dikenali oleh pengguna.
Maka, pemasaran produk tersebut adalah berkesan.
ASARAN
MEMASAR
1
2
3
ASARAN
PENGERTIAN PEMASARAN
![Page 6: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/6.jpg)
OBJEKTIF PEMASARAN
Memaksimakan PENGGUNAAN Produk/Servis.
(Maximization of Consumption)
Memaksimakan KEPUASAN Pembeli.
(Maximization of Satisfaction)
Memaksimakan PILIHAN Produk/Servis
dipasaran.
(Maximization of Choice)
Memaksimakan KUALITI HAYAT Produk/Servis.
(Maximization of Life Quality)
![Page 7: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/7.jpg)
KEPENTINGAN PEMASARAN
Dapat mengetahui permintaan dan kehendak
dipasaran.
Dapat mengenalpasti kumpulan sasaran yang
tepat.
Dapat merancang strategi yang jelas untuk
mencapai objektif syarikat.
Dapat mewujudkan permintaan di pasaran.
Dapat memaksimakan jualan.
Dapat menjalinkan hubungan baik dengan
pelanggan.
Dapat menjadikan pelanggan sebagai Aset
Syarikat – Customer Equity.
Mampu bertahan lama di pasaran dan menjana
keuntungan.
![Page 8: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/8.jpg)
PELANGGAN ASET - CUSTOMER EQUITY
HUBUNGAN BAIK PELANGGAN - CUSTOMER RELATIONSHIP
KESETIAAN PELANGGAN - CUSTOMER LOYALTY
PENILAIAN PELANGGAN - CUSTOMER VALUE
KENIKMATAN PELANGGAN - CUSTOMER DELIGHT
KEPUASAN PELANGGAN - CUSTOMER SATISFACTION
![Page 9: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/9.jpg)
KEPUASAN PELANGGAN
Peringkat yang paling asas. Produk yang ditawarkan
hanya memenuhi kriteria asas produk.
Contoh:
Pak Ali membuka kedai yang menjual Roti Canai.
Begitu juga Pak Hasan dan Pak Abu membuka kedai
menjual roti canai yang jaraknya 100m setiap satu.
KENIKMATAN PELANGGAN
Pengeluar berjaya memberi kejutan dengan
menawarkan produk melebihi jangkaan pembeli.
Contoh :
Sempena cuti sekolah 1 minggu yang lepas, Pak Ali
membuat kejutan kepada pelanggan kecilnya yang
terdiri dari pelajar sekolah rendah. Diskaun 50% akan
diberikan sekiranya dapat menjawab soalan matematik
yang akan diberikan secara spontan olehnya. Ramai
yang datang ke kedai Pak Ali membawa anak masing-
masing yang mana ibubapa mengangap ia adalah
aktiviti yang menyeronokkan.
![Page 10: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/10.jpg)
PENILAIAN PELANGGAN
Pengeluar dapat meberi extra nilai terhadap produk
yang ditawarkan. Extra nilai ini dapat dirasakan oleh
pembeli menjadikan produk tersebut berbeza dengan
produk pesaing. Apabila Extra Nilai tersebut diakui,
harga bagi produk tersebut akan jatuh no 2. Pengguna
bukan membeli dengan sebab harga tetapi Extra Nilai
yang ditawarkan.
Contoh:
Pak Ali adalah bekas guru di kampung itu. Beliau suka
membaca begitu juga anak-anaknya. Koleksi buku
mereka telah memenuhi satu bilik rumah mereka. Pak
Ali berpendapat untuk menempatkan bahan bacaan
tersebut dikedai dengan membuat mini perpustakaan
untuk pelanggannya yang terdiri dari pelbagai lapisan
umur. Dengan adanya mini perpustakaan tersebut,
makin ramai pelanggan Pak Ali. Mereka datang
sekeluarga sambil makan dan membaca.
![Page 11: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/11.jpg)
KESETIAAN PELANGGAN
Extra Nilai yang berjaya ditonjolkan oleh sesebuah
syarikat akan membawa kepada kesetiaan pengguna.
Apabila pengguna selesa dengan produk tersebut,
pengguna akan sentiasa membeli secara berterusan
atau menanti produk baru dari keluaran syarikat yang
sama.
Contoh:
Perniagaan Pak Ali semakin bagus. 3 bulan yang lepas,
kuantiti roti canai dapat dijual sehari sebanyak 50 keping
sahaja. Kini, jumlah roti canai yang dapat dijual
meningkat 500 keping sehari secara berterusan.
Beberapa hari yang lalu, Pak Ali telah menjual Nasi
Lemak di kedainya. Permintaan Nasi Lemak juga
meningkat. Pelanggan yang datang bukan sahaja
membeli Roti Canai malah turut membeli Nasi Lemak.
![Page 12: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/12.jpg)
HUBUNGAN BAIK PELANGGAN
Satu peringkat yang memerlukan aktiviti pemasaran
menghargai pelanggan mereka yang setia. Pelanggan
perlu diberi penghargaan untuk memastikan mereka
sentiasa menjadi pelanggan aktif yang berterusan dan
tidak menghiraukan pesaing yang lain.
Contoh 1 :
Kepada pelanggan Pak Ali yang membuat belian lebih
dari RM20.00, selalunya pak Ali akan meberikan
pelanggan tersebut surat khabar secara percuma.
Pelanggan sangat gembira dan amat menyenangi pak
Ali.
Contoh2:
Digi memberikan mata ganjaran yang boleh ditukarkan
dengan hadiah atau bayaran bil, memberikan hadiah
istimewa seperti telefon bimbit kepada old-timer user
dsbnya.
![Page 13: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/13.jpg)
PELANGGAN ASET
Tahap yang paling atas dalam pemasaran. Keadaan yang
begitu selesa oleh syarikat yang mana mempunyai
pelanggan yang tetap.
Contoh1:
En Ahmad adalah salah seorang pelanggan Pak Ali.
Walaupun En Ahmad berpindah ke Bandar, beliau tetap ke
gerai Pak Ali pada hujung minggu membawa keluarga
bersama. Bukan itu sahaja, En Ahmad yang berkerja
sebagai eksekutif di sebuah agensi kerajaan telah
memperkenalkan roti canai dan nasi lemak Pak Ali ke pihak
kantin tempat beliau bekerja. Rezeki Pak Ali semakin
bertambah apabila pihak kantin En Ahmad bersetuju untuk
membuat belian secara kontrak roti canai dan nasi lemak
Pak Ali untuk dijual kepada pekerja di situ yang mempunyai
bilangan hampir 1000 orang.
Contoh2:
Jusco (Pelanggan J-Card), CLUB MED, Telekominikasi :
Maxis, Digi.
![Page 14: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/14.jpg)
![Page 15: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/15.jpg)
Pemasaran Jualan
•Fokus kepada keperluan
pembeli.
•Memastikan produk yang
ditawarkan memberi kepuasan
kepada pembeli.
•Konsep Outside-in
•Fokus kepada produk yang
sedia ada.
•Memastikan setiap produk
terjual.
•Konsep Inside-out.
PEMASARAN vs JUALAN
![Page 16: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/16.jpg)
![Page 17: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/17.jpg)
PERANCANGAN STRATEGIK
Proses kordinasi di dalam syarikat bermula dari
Penetapan Objektif Syarikat, Portfolio Perniagaan juga
Objektif Unit yang berkaitan.
Menetapkan Objektif Syarikat
Proses Perancangan Strategik dalam Organisasi Syarikat.
Level Korporat Level Unit
Merancang Portfolio
Perniagaan
Menetapkan Objektif dan Strategi Pemasaran
Ia PENTING kerana;
Matlamat dan setiap Objektif dalam organisasi
menjadi lebih jelas.
Memastikan setiap Objektif dan Strategi yang
dirancang bersesuaian antara satu sama lain.
Kekuatan syarikat dapat dimaksimakan
penggunaannya untuk mendapatkan keuntungan.
![Page 18: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/18.jpg)
OBJEKTIF SYARIKAT
MATLAMAT atau WAWASAN organisasi di masa
hadapan.
Objektif yang jelas memudahkan proses
pengurusan pemasaran.
Contoh:
“Menjadi Pengeluar Makanan Berjenama Terbaik
&Terbesar di Dunia”……Nestle
DIRECTIONAL – Mempunyai hala tuju.
REASONABLE – Praktikal dan logik.
INSPIRING – Memberikan inspirasi
VISIBLE - Boleh digambarkan.
EVENTUAL – Akan dicapai.
![Page 19: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/19.jpg)
PORTFOLIO PERNIAGAAN
Dokumen yang mengandungi jenis perniagaan dan
produk syarikat.
Portfolio perniagaan haruslah di buat berdasarkan
kekuatan dan keupayaan syarikat.
Memahami situasi syarikat – SWOT ANALYSIS
Strengths – Kekuatan
Weaknesses – Kelemahan
Opportunities – Peluang
Threats – Ancaman
Pihak pengurusan perlu mengkaji portfolio:
Menetapkan keutamaan dalam pelaburan.
Strategi baru dalam penambahan perniagaan
atau produk baru.
![Page 20: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/20.jpg)
OBJEKTIF PEMASARAN
Berperanan memastikan objektif syarikat tercapai.
SPECIFIC – Sasaran terperinci
MEASURABLE – Boleh diukur.
ATTAINABLE – Berkemampuan.
REWARDING – Menguntungkan.
TIMED – Jangka masa.
PERANAN PEMASARAN DALAM ORGANISASI
PELANGGAN
PEMASARAN
HR
PENGELUARAN
KEWANGAN
R&
DP
ER
OLE
HA
N
![Page 21: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/21.jpg)
![Page 22: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/22.jpg)
Menganalisa Peluang Pasaran
Pemilihan Sasaran Pasaran
Pembentukan Strategi Campuran Pemasaran
PROSES PENGURUSAN PEMASARAN
MENGANALISA PASARAN
Kenapa ia PENTING?
Mendapatkan INFORMASI produk sedia ada dan
yang berpotensi.
Mengetahui kehendak pelanggan di pasaran.
Mengenalpasti pesaing dan strategi yang
digunakan.
Memikirkan kelainan ke atas produk yang
akan ditawarkan untuk mengelakkan dari
persaingan.
![Page 23: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/23.jpg)
Apa yang PERLU di kaji?
Apa yang dikehendaki oleh pengguna di pasaran
Saiz pasaran terhadap produk yang akan ditawarkan.
Trend pasaran. Stabil? Menaik? Menurun?
Siapa pesaing utama dan strategi yang digunakan
Market Share antara pesaing
Cara terbaik untuk menyalurkan produk di pasaran
Cara mendapatkan maklumat pasaran;
PRIMARY DATA – Kaji selidik, Pemerhatian,
Interview, Perbincangan, Eksperimen, Sampel.
SECONDARY DATA – Menggunakan data sedia ada
yang disediakan oleh badan profesional dan agensi
berkaitan.
![Page 24: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/24.jpg)
PEMILIHAN SASARAN PASARAN
Kenapa ia PENTING?
Supaya strategi yang tepat dapat di rancang berdasarkan
sasaran pelanggan yang dipilih.
i. Pemilihan sasaran pelanggan haruslah berdasarkan
objektif syarikat.
ii. Objektif syarikat untuk kepasaran luar negara atau
hanya kepasaran tempatan mempunyai sasaran
pelanggan yang berbeza.
iii. Sasaran pelanggan syarikat yang mengeluarkan
produk yang berjenama dan berkualiti adalah
berbeza dengan sasaran pelanggan syarikat yang
mengeluarkan produk kurang berkualiti.
iv. Bergantung kepada sasaran pelanggan,
pendekatan 4P amat berbeza.
![Page 25: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/25.jpg)
Tiga langkah pemilihan sasaran pasaran:
i. Mengkategorikan Pasaran
ii. Sasaran Pasaran
iii. Menentukan Standard Produk di pasaran.
Mengkategorikan Pasaran.
Proses mengkategorikan pasaran berdasarkan
beberapa kriteria untuk memudahkan proses
pemilihan kumpulan sasaran yang menguntungkan.
Pasaran boleh dikategorikan seperti berikut;
a. Geografi : Tempatan, Antarabangsa, Daerah,
Bandar, Pekan.
b. Demografi : Umur, Jantina, Pendapatan,
Pekerjaan, Agama, Bangsa.
c. Psychografi : Gaya hidup, Personaliti, Taraf hidup.
![Page 26: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/26.jpg)
Sasaran Pasaran
Proses pemilihan kumpulan sasaran yang berpotensi.
Syarikat boleh memilih satu atau lebih kumpulan
sasaran bergantung kepada keupayaan syarikat.
Menentukan Standard Produk di pasaran.
Proses merancang dan menentukan standard produk
mengikut kumpulan sasaran.
Cara untuk membezakan produk dengan produk
pesaing.
![Page 27: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/27.jpg)
![Page 28: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/28.jpg)
PEMBENTUKAN STRATEGI CAMPURAN
PEMASARAN
Kenapa ia PENTING?
Kunci kejayaan syarikat adalah hasil daripada strategi
gabungan 4P yang tepat dengan mengambil kira
kehendak dan kepuasan sasaran pelanggan juga
objektif syarikat.
KIT KAT by NESTLE
Objektif NESTLE :
“Menjadi Pengeluar Makanan Berjenama Terbaik
&Terbesar di Dunia”..’
Objektif Pemasaran Kit Kat :
“Mengekalkan Kedudukan Jualan No1 di UK”
![Page 29: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/29.jpg)
Strategi Pemasaran :
Strategi Produk
- Four-finger & two-finger chocolate bar
- Pembungkusan yang unik – kertas timah
- Perubahan yang minima
- Slogan : “Have a Break, Have a Kit-Kat”
Strategi Harga
- Harga yang kompetitif, mampu dibeli oleh semua
golongan.
- Kenaikan harga yang tidak ketara.
![Page 30: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/30.jpg)
Strategi Tempat / Agihan
- Memastikan Kit Kat terdapat di mana-mana.
- Memperbanyakkan pemborong dan peruncit.
- Memperbanyakkan tempat pengeluaran (tempatan & luar
negara) untuk memastikan pengeluaran secara maksima
dan mudah untuk diagihkan.
Strategi Promosi
- “Family 6 Pack , +1 bar FREE”
- Free Burger King, Ganjaran Wang Tunai dan pelbagai
Hadiah untuk pembeli yang bertuah.
![Page 31: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/31.jpg)
![Page 32: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/32.jpg)
PRODUK UTAMA DAN TAMBAHAN
Produk UTAMA - Produk asas yang memenuhi
kehendak pasaran . Contoh: Baju, Kereta, Makanan
dsb.
Produk TAMBAHAN - Nilai Tambahan ke atas
produk yang ditawarkan untuk membezakan dengan
pesaing.
Contoh : After Sales Service, Warranty,
Penghantaran dsb.
STRATEGI PRODUK
Jenama/Brand
Pembungkusan/Packaging
Perkhidmatan/Service
Pembangunan Produk Baru/New Product Development
Jangka Hayat Produk/Product Life Cycle
![Page 33: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/33.jpg)
JENAMA
Pemilihan jenama yang CATCHY dan SIMPLE. Senang diingati.
PEMBUNGKUSAN
Aktiviti yang melibatkan design dan pembuatan bekas/pembungkus produk.
Tiga level material pembungkusan.
1. PRIMARY – Paling asas seperti botol.
Contoh: botol losyen.
2. SECONDARY – Melindung primary package dan mengandungi promosi keatas produk.
Contoh: Kotak botol losyen.
3. SHIPPING – Pembungkusan untuk tujuan penghantaran.
Contoh: Kotak yang dimuatkan sedozen botol losyen.
![Page 34: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/34.jpg)
PERKHIDMATAN
Pendekatan syarikat untuk membina hubungan baik dengan pelanggan.
Melambangkan imej dan kekukuhan syarikat.
Membezakan produk dengan pesaing.
Customer Service Department – mengendalikan urusan yang berkaitan dengan pelanggan – rungutan, maintenance service, informasi.
Contoh: After Sales Service, Installation, Warranty, Penghantaran.
![Page 35: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/35.jpg)
PEMBANGUNAN PRODUK BARU
4 jenis kategori:
Mewujudkan Produk Baru.
(Create New Product) Membeli syarikat yang telah mempunyai produk yang
berjaya.
(Acquiring New Product) Membuat produk seakan sama dengan produk yang
berjenama.
(Me-Too Product) Baik Pulih Produk Lama.
(Reviving Old Product)
JANGKA HAYAT PRODUK
Secara Teori, PLC berguna untuk menjelaskan bagaimana produk dan pasaran bergerak dan mempengaruhi antara satu sama lain .
Tidak boleh digunakan untuk meramal jualan atau panduan untuk membentuk strategi pemasaran syarikat.
Boleh meramal kedudukan PLC produk di pasaran berdasarkan data jualan tetapi kedudukan sebenar produk adalah mustahil.
PLC berperanan memberikan strategi yang terbaik kepada produk berdasarkan kedudukan semasa di pasaran.
![Page 36: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/36.jpg)
PLC terdiri dari EMPAT tahap.
Pengenalan (Introduction)
Berkembang (Growth)
Matang (Maturity)
Penurunan (Decline)
![Page 37: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/37.jpg)
![Page 38: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/38.jpg)
OBJEKTIF
Pulangan Modal dalam Pelaburan
Keuntungan Syarikat.
Elak dari Saingan.
Dua faktor yang mempengaruhi penetapan
harga;
DALAMAN – Objektif Syarikat, Harga Kos.
LUARAN – Pasaran, Permintaan, Pesaing,
Politik, Ekonomi.
![Page 39: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/39.jpg)
PEMBENTUKAN HARGA
HARGA JUALAN
Harga Kos/unit + Margin Keuntungan
HARGA KOS/unit
Kos Berubah + Kos Tetap
Anggaran Kuantiti Jualan
![Page 40: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/40.jpg)
STRATEGI PENETAPAN HARGA
Cost-Plus Pricing – paling MUDAH
Tambah STANDARD MARKUP pada HARGA
KOS.
Contoh: Harga Kos RM20 dan margin yang hendak
diambil adalah 20%.
Jadi, RM20/0.8= RM25
Markup percentage bergantung kepada PRODUK dan
RESPON PELANGGAN.
RENDAH untuk produk laris. (fast moving items)
TINGGI untuk produk yang melibatkan kos
pengendalian yang tinggi, susah didapati, bermusim.
![Page 41: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/41.jpg)
Buyer-based Pricing
Penetapan Harga berdasarkan NILAI yang ditawarkan
kepada PELANGGAN SASARAN.
Contoh: Starbucks vs Kedai Mamak
Risiko tinggi sekiranya harga tidak bertepatan dengan nilai
yang ditawarkan.
Competition-based Pricing
Harga yang ditetapkan MENGIKUT HARGA PESAING tanpa
mengira kos sendiri.
Contoh: Telekomunikasi
![Page 42: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/42.jpg)
Dua cara penetapan harga untuk produk baru
dipasaran.
Market Skimming.
Set HARGA TINGGI pada produk baru untuk mendapat
keuntungan yang maksima.
Mengekalkan strategi selagi tiada pesaing.
Market Penetration.
Set HARGA RENDAH pada produk baru di pasaran
untuk menembusi pasaran dengan cepat dan mudah.
Target Market Volume untuk memonopoli pasaran.
![Page 43: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/43.jpg)
STRATEGI PENETAPAN HARGA EKSPORT
Cost-Plus Method – paling MUDAH dan ASAS
Kos terdiri daripada Kos pengeluran Tempatan, Kos
Pengurusan, R&D, Pengangkutan, Margin Pengedar, bayaran
Kastam dan Margin Syarikat.
Harga tersebut mesti dikaji oleh eksporter samada kompetitif
atau tidak di pasaran yang hendak dieksport.
Contoh Pengiraan seperti dilampiran.
![Page 44: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/44.jpg)
Bil Item Harga Tempatan(RM)
Harga Eksport (RM)
1 Harga dari Kilang 27.00 27.00
Total 27.00 27.00
2 Dokumentasi eksport - 1.80
Total 27.00 28.80
3 Kos kapal dan Insuran - 4.30
Total 27.00 33.10
4 Import Duty( 12% of landed cost )
- 3.97
Total 27.00 37.07
5 Margin Pemborong (15%)
4.05 -
Total 31.05 37.07
6 Importer margin (20%) - 7.41
Total 31.05 44.48
8 Retail Margin (50%) 15.53 22.24
Total 46.58 66.72
9 Harga akhir Pengguna
46.60 66.80
Contoh Pengiraan Harga Jualan Tempatan vs Eksport
![Page 45: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/45.jpg)
ISTILAH EKSPORT
TERM OF SALE
CIF = Cost, Insurance, Freight…..(Named Port of
Destination)
Sebutharga termasuk Harga Kos produk, Kos
Pengangkutan dan Insuran sehingga ke destinasi
pelabuhan si pembeli. Unloading Cost dan seterusnya
ditanggung oleh pembeli. Digunakan untuk kapal sahaja.
CFR = Cost and Freight…(Named Port of Destinantion)
Sebutharga meliputi Harga Kos produk dan Pengangkutan
sahaja sehingga ke destinasi pelabuhan si pembeli.
Insurans dan Unloading cost ditanggung oleh pembeli.
Digunakan untuk kapal sahaja.
![Page 46: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/46.jpg)
CIP = Carriage & Insurance Paid To..(Named Place of
Destination)
Sama seperti CIF. Digunakan untuk semua pengangkutan.
CPT = Carriage Paid To..(Named Place of Destination)
Sama seperti CFR. Digunakan untuk semua pengangkutan.
Insuran ditanggung oleh pembeli.
EXW = Ex-Works…(Named Place)
Sebutharga berdasarkan Harga Kos produk dari kilang
sahaja.Segala Kos Pengangkutan tanggungjawab pembeli.
FAS = Free Alongside Ship…(Named Port of Shipment)
Sebutharga termasuk kos pengangkutan sehingga ke
pelabuhan penjual sahaja. Loading Cost, Kos kapal, Insurans,
Unloading Cost dan Kos Pengangkutan dari pelabuhan hingga
ke kilang pembeli ditanggung oleh pembeli. Digunakan untuk
pengangkutan kapal sahaja.
![Page 47: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/47.jpg)
FCA = Free Carrier..(Named Place)
Tanggungjawab Penjual sehingga penyerahan barang
kepada Carrier yang dipertanggungjawabkan oleh pembeli
pada satu tempat yang dinyatakan. Kos pengangkutan,
Insuran, Loading & Unloading Cost ditanggung oleh
pembeli.
FOB (Free on Board)
Sebutharga termasuk kos pengangkutan sehingga ke
pelabuhan penjual dan loading cost. Kos kapal, Insurans,
Unloadinng Cost dan kos pengangkutan dari pelabuhan
hingga destinasi pembeli ditanggung oleh pembeli sendiri.
![Page 48: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/48.jpg)
![Page 49: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/49.jpg)
OBJEKTIF
Kedudukan lokasi yang strategik dan saluran agihan yang
efektif mampu memaksimakan pengunaan produk dipasaran.
Saluran agihan berperanan mengagihkan produk yang
ditawarkan ke pengguna akhir.
STRATEGI AGIHAN
TIGA jenis agihan :
i. Saluran Pendek
ii. Saluran Panjang
iii. Pemasaran Terus (Direct Marketing).
![Page 50: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/50.jpg)
i. Saluran Pendek
PENGELUAR/PEMBEKAL – PELANGGAN
PENGELUAR/PEMBEKAL – PERUNCIT – PELANGGAN
KEPENTINGAN Peruncit
Lokasi yang strategik
Mengurangkan Kos Stok
Teknik Jualan
![Page 51: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/51.jpg)
KEBAIKAN
Dapat menjalinkan HUBUNGAN RAPAT antara
pembekal/peruncit dan pengguna.
Pembekal dan peruncit dapat BEKERJASAMA dalam aktiviti
promosi atau latihan terhadap produk yang dibekalkan.
KEBURUKAN
Pembekal berurusan dengan RAMAI peruncit.
Melibatkan BANYAK KOS PENGANGKUTAN untuk
peredaran produk.
![Page 52: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/52.jpg)
ii. Saluran Panjang
PENGELUAR – PEMBORONG – PERUNCIT – PELANGGAN
Pemborong beroperasi membekalkan produk kepada
peruncit bukan kepada pengguna.
KEBAIKAN
Lebih EKONOMI lebih EFEKTIF.
Membekalkan kepada PEMBORONG sahaja, tidak
perlu kepada setiap peruncit.
MENJUAL DALAM VOLUME YANG BESAR & STABIL
kerana pemborong membeli pada kuantiti yang banyak
dan terancang.
KEBURUKAN
Margin KEUNTUNGAN RENDAH disebabkan potongan
harga yang banyak diberikan kepada pemborong
kerana membeli secara pukal.
![Page 53: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/53.jpg)
iii. Pemasaran Terus (Direct Marketing)
Information Communication Technology(ICT) membantu
pengeluar berhubung terus dan menjalinkan hubungan
baik dengan pelanggan.
Contoh : Menerusi E-MAIL, TELEFON, FAKSIMILI,
INTERNET.
KEBAIKAN
KOS OPERASI yang MINIMA.
Mendapat dan menyalurkan INFORMASI dengan CEPAT.
KEBURUKAN
KURANG berurusan secara FACE to FACE.
![Page 54: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/54.jpg)
![Page 55: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/55.jpg)
OBJEKTIF
CREATE AWARENESS!!
Kewujudan produk diketahui umum.
STRATEGI PROMOSI Pengiklanan – Media cetak & elektronik, internet, papan iklan
dsb.
Promosi Jualan – Aktiviti menggalakkan pembelian produk
secara aggresif seperti menawarkan harga istimewa, hadiah
misteri, penghantaran percuma dan pengumpulan mata
ganjaran.
Perhubungan Awam dan Publisiti – perjumpaan bersama
media,
Advertising
sales Promotion
Personal selling
Public Relation
0 20 40 60 80 100
Effectiveness
Con
sum
er G
oods
Personal Selling
Sales Promotion
Advertising
Public Relations
0 20 40 60 80 100
Effectiveness
Indu
strial
Goo
ds
Effectiveness of Promotion Tools in Consumer vs Industrial market
![Page 56: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/56.jpg)
![Page 57: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/57.jpg)
NEW 3P
PEOPLE,PROCESS,PHYSICAL EVIDENCE
Penting kepada produk berbentuk PERKHIDMATAN
Secara asas, PEOPLE & PROCESS diaplikasikan pada
kesemua 4P. Keberkesanan 4P banyak bergantung kepada
kecekapan PEOPLE & PROCESS setiap syarikat.
PHYSICAL EVIDENCE banyak merujuk kepada
produk/servis yang ditawarkan.
PEOPLE / PEKERJA
Merujuk kepada kakitangan sesebuah syarikat.
Kejayaan syarikat banyak bergantung kepada kredibiliti dan
kemampuan pekerja setiap peringkat.
Majikan bertanggungjawab dalam Pembangunan Kerjaya
setiap pekerja supaya kemahiran dan pengetahuan pekerja
sejajar dengan perkembangan semasa.
Merupakan aset paling penting dalam organisasi.
![Page 58: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/58.jpg)
PROCESS / PROSES
Merujuk kepada proses setiap produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan.
Bagi sektor perkhidmatan, proses perlu diterang secara
jelas agar pelanggan mendapat gambaran tepat dan
dapat membuat pilihan yang betul.
Bagi sektor pengeluaran, mutu setiap proses perlu
diperbaiki supaya pengeluaran produk dapat dilakukan
secara maksima.
PHYSICAL EVIDENCE
Merujuk kepada produk/ perkhidmatan atau imej
syarikat.
Elemen yang dapat dinilai dan diukur oleh pelanggan
terhadap level dan standard syarikat.
Contoh: Packaging, Uniform, Ruang niaga, Free gift.
![Page 59: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/59.jpg)
![Page 60: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/60.jpg)
PENGENALAN
Dokumen yang mengandungi strategi yang terperinci untuk
mencapai objektif pemasaran.
Boleh digunakan untuk satu produk, perkhidmatan, jenama
atau beberapa produk dalam jangka masa 1~5 tahun.
Merupakan sebahagian dari business plan.
KANDUNGAN MARKETING PLAN
1. Ringkasan Perancangan
Objektif Pemasaran
Contoh: Amat baru memulakan perniagaan secara kecil-
kecilan menjual donut. Bagi tahun pertama, objektif
pemasaran Amat adalah; “ Menjadi pengedar Donut di
Taman Bakawali ”
![Page 61: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/61.jpg)
2. Pasaran dan Sasaran Pelanggan
Produk/perkhidmatan yang ditawarkan.
Sasaran pelanggan
Senario pasaran
- Saiz pasaran
- Pesaing
- Market Share
Sasaran pelanggan
Contoh:
Penduduk Taman Bakawali yang terdiri dari penduduk taman
dan pelajar sekolah.
Saiz pasaran
Dianggarkan penduduk taman terdiri dari 3000 keluarga yang
kuasa membeli donut dalam lingkungan RM4000 sebulan
dan sekolah terdiri dari 500 murid yang kuasa membelinya
dalam lingkungan RM2000 sebulan. Jadi anggaran saiz
pasaran dalam setahun menjangkau RM72,000 setahun
( RM6,000 x 12 )
![Page 62: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/62.jpg)
Pesaing
Pesaing adalah syarikat lain yang menawarkan produk yang sama atau produk gantian kepada sasaran pelanggan yang sama (substitude product). Contoh: Selain dari syarikat Amat, Syarikat Badang juga menjual donut. Tetapi donut syarikat Badang dibekalkan ke Los Angeles. Syarikat Badang pesaing Amat? BUKAN. Kerana sasaran pelanggan dan strategi adalah berlainan. Market ShareSekiranya tiada pesaing jadi market share untuk syarikat Amat adalah 100%. Sekiranya terdapat pesaing, syarikat Amat perlu mengangarkan prestasi setiap pesaing seperti:Market share sebelum syarikat A beroperasi: Contoh: Syarikat Yoyo : 60% RM3,600Syarikat Zibra : 40% RM2,400100% RM6,000 Selepas menilai kekuatan dan kelemahan syarikat, syarikat Amat mampu memegang 30% pasaran. Jadi, kewujudan syarikat Amat akan mengurangkan market share yang dipegang oleh syarikat Yoyo dan Zibra.Syarikat Yoyo : 40% RM2,400Syarikat Zibra : 30% RM1,800Syarikat Amat : 30% RM1,800100% RM6,000
![Page 63: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/63.jpg)
![Page 64: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/64.jpg)
AKTIVITI BELANJA ASET TETAP
BELANJA BULANAN
LAIN-LAIN BELANJA
Papan tanda 3,000
Promosi 10,000
Urusniaga harian-Gaji-Komisen-Travelling
5,0005,000
5,000
Jumlah 3,000 15,000 10,000
![Page 65: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/65.jpg)
![Page 66: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/66.jpg)
10 TIPS PEMASARAN HEBAT
1. MENAJA ACARA KOMUNITI
2. MENYERTAI EXPO DAGANGAN YANG TEPAT
3. MEMAHAMI APA KESUKAAN PELANGGAN
4. MEMBERI GANJARAN BAGI PEMBELIAN BERNILAI
BESAR
5. EDARKAN FLYER YANG MENARIK
6. MEMUDAHKAN PERHUBUNGAN DENGAN
PELANGGAN
7. MEMAHAMI MASALAH PELANGGAN
8. MEMBERIKAN PELUANG KEPADA PROSPEK
UNTUK MENGUJI PERKHIDMATAN ATAU PRODUK
9. MEMBUAT ORANG LAIN BERCERITA TENTANG
PRODUK ANDA
10. BEKERJA UNTUK PELANGGAN ANDA
![Page 67: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/67.jpg)
10 CARA JIMATKAN KOS PEMASARAN
1. CETAK SENDIRI
Alat percetakan laser yang berkualiti boleh dibeli dengan
harga yang murah dan berkemungkinan lebih menjimatkan
wang dalam jangka panjang
2. LEBIHKAN AKTIVITI PROMOSI DAN HEBAHAN
Jika program yang dilaksanakan oleh syarikat sesuai untuk
ditonjolkan di dalam akhbar, pastikan anda memaklumkan
pihak media. Publisiti yang diperolehi mungkin bermanfaat
untuk perniagaaan.
3. GUNAKAN PENGEDAR
Penggunaan khidmat pengedar atau ejen boleh
meningkatkan jualan di samping menjimatkan kos.
![Page 68: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/68.jpg)
4. BERI LEBIH BANYAK SAMPEL PERCUMA
“Lebih banyak memberi, lebih banyak diterima” adalah
ungkapan yang benar di dalam perniagaan. Ini kerana alat
pemasaran terbaik ialah produk itu sendiri. Beri peluang
kepada prospek untuk merasai dan mengenali produk anda.
Ini menjimatkan belanja dan masa pemasaran. Walau
baimanapun, sentiasa pastikan produk berkualiti tinggi dan
menepati kehendak pelanggan.
5. PROMOSI RINGKAS DAN JELAS
6. MAKAN DI LUAR (UNTUK MELEBARKAN NETWORKING)
Di dalam kebanyakan perniagaan, terdapat pelan
pemasaran formal dan aktiviti pemasaran tidak formal seperti
peluang melebarkan networking bila-bila berjumpa dengan
pihak yang sesuai di luar waktu bekerja.
Hadiri ekspo atau pameran untuk peluang berkenalan
dengan lebih ramai orang. Jemput pakar-pakar industri atau
pelanggan untuk makan tengah hari bagi mendapatkan
maklumat dan maklum balas terkini tentang industri anda.
![Page 69: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/69.jpg)
7. HENTIKAN PROGRAM YANG TIDAK PRODUKTIF
Kadangkala, terdapat aktiviti pemasaran yang tidak
memberikan hasil. Contohnya, jika slot iklan di TV gagal
melonjakkan jualan, hentikannya. Pantau kesannya setelah
mengambil tindakan tersebut bagi memastikan ia tindakan
tepat.
8. LABURKAN PADA STRATEGI PEMASARAN TERBAIK
Peraturan 80:20 selalunya dipakai dalam pemasaran. Iaitu,
80% hasil datang dari 20% aktiviti pemasaran. Kenal pasti
apakah apakah aktiviti terbaik dan alikan peruntukan
maksimum kepadanya.
9. BUAT ACARA
Anjurkan acara seperti seminar atau hi-tea untuk prospek
terbaik bagi meningkatkan reputasi anda sebagai pakar dalam
industri anda dan mengekalkan pelanggan setia.
![Page 70: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/70.jpg)
10. KAWAL KOS PRODUK
Kos pengeluaran produk memainkan peranan penting dalam
pemasaran. Selalunya perniagaan membuat pemasaran
paling minimum bagi produk yang mempunyai margin
keuntungan yang kecil. Kemudiannya menyalahkan program
pemasaran apabila keuntungan rendah. Cuba kurangkan kos
pengeluaran untuk meningkatkan margin keuntungan produk.
Ini memberikan lebih nilai untuk aktiviti pemasaran.
![Page 71: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/71.jpg)
![Page 72: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/72.jpg)
Mengusai 42% pasaran breakfast cereal di UK. (Nilai
keseluruhan pasaran ialah £1.1b)
Membangunkan produk untuk semua segmen
pengguna.
Menekankan pembangunan jenama (branding)
Menjadikan falsafah healthy lifestyle sebagai
tanggungjawab korporat
Strategi pemasaran direka supaya mempunyai
interaksi secara langsung dengan pengguna
![Page 73: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/73.jpg)
Objektif Korporat:
◦ To be world’s largest and best branded food
manufacturer
Merancang strategi pemasaran terbaik untuk setiap
jenis produk
Menekankan unique selling points dan
meminimumkan perubahan pada produk
Menggunakan strategi pengiklanan yang agresif
Membangunkan distribution channel bagi
memastikan produk mudah dibeli di mana saja
![Page 74: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/74.jpg)
Hotel / Resort
Specialty Food Store
Institutions
Food service provider
![Page 75: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/75.jpg)
![Page 76: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/76.jpg)
1) Bincangkan secara kumpulan dengan melengkapkan
soalan di bawah kemudian bentangkan.
a. Jenis perniagaan.
b. Produk yang ditawarkan.
c. Berapa tahun telah menjalankannya.
d. Kedudukan pemasaran. (rujuk hirarki pemasaran)
i. Kongsikan pengalaman anda untuk mencapai
ketahap tersebut
ii. Nyatakan usaha yang perlu untuk mencapai
kedudukan seterusnya.
2) Jualan praktikal di pasar / ruang niaga
a. Pegawai perlu dapatkan kelulusan lesen berniaga
sementara di pasar tani atau ruang niaga daripada majlis
perbandaran berhampiran
b. Usahawan perlu menjual produk masing-masing secara
berkumpulan sekurang-kurang dalam tempoh 4 jam (cth :
8 pagi hingga 12 t/hari)
c. Kumpulan dengan pendapatan terbanyak akan menjadi
pemenang
![Page 77: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/77.jpg)
3) Latihan jualan secara berkumpulan :
a. Bahagikan kumpulan mengikut bidang perniagaan
yang sama :
Cth :
Kump. 1 : Usahawan Pemprosesan Makanan
Kump. 2 : Usahawan Asas Tani
Kump. 3 : Usahawan Butik & Kraf
b. Hias dewan/bilik kursus menjadi pasar/medan
jualan
c. Lantik juri di kalangan pegawai atau orang luar
sebagai penilai bebas (sekurang-kurangnya 4
orang)
d. Usahawan perlu menjual dan promosi produk
kepada juri serentak
e. Kumpulan yang berjaya mempengaruhi juri dengan
strategi jualan dan promosi yang baik adalah
pemenang
![Page 78: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/78.jpg)
4) Lengkapkan soalan di bawah dan bentangkan.
i. Sediakan carta organisasi syarikat.
ii. Objektif syarikat.
iii. SWOT analisis
Kenalpasti Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan
Ancaman syarikat.
5) Perbincangan dalam kumpulan. Lengkapkan soalan di
bawah dan bentangkan.
i. Objektif syarikat
ii. Objektif pemasaran
iii. Produk/perkhidmatan yang ditawarkan
iv. Kumpulan sasaran
v. Strategi campuran 4P syarikat – Produk, Price,
Place, Promotion.
![Page 79: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/79.jpg)
6) Anda dikehendaki menyediakan perancangan pemasaran
perniagaan . Bentangkan
a. Perniagaan adalah bebas.
b. Mengikut format yang telah dibincangkan.
![Page 80: perancangan pemasaran.ppt](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061507/55cf9b4b550346d033a57b1e/html5/thumbnails/80.jpg)