perancangan strategik jabatan audit negara 2008 - 2010
TRANSCRIPT
PERANCANGAN PERANCANGAN STRATEGIKSTRATEGIK
JABATAN AUDIT NEGARAJABATAN AUDIT NEGARA
2008 2008 -- 20102010
PPEERRAANNCCAANNGGAANN SSTTRRAATTEEGGIIKK JJAABBAATTAANN AAUUDDIITT NNEEGGAARRAA 22000088 -- 22001100
KKaanndduunnggaann
MMuukkaa SSuurraatt
Prakata daripada Ketua Audit Negara
i
1. Pendahuluan 1
2. Asas Perancangan Strategik 1
3. Cabaran dan Faktor Penentu Kejayaan Perancangan Strategik
5
4. Teras Strategik Teras 1 : Pengukuhan Organisasi Melalui Latihan Teras 2 : Pengauditan Yang Berkualiti, Cekap, Berkesan dan Berhemah Teras 3 : Laporan Ketua Audit Negara Yang Berkualiti
11
12
13
13
5. Matriks Transformasi
14
6. Fokus 6.1 Pelanggan 6.2 Produk dan Perkhidmatan 6.3 Organisasi
15
17 19 23
7. Penilaian Prestasi 29
8. Pelaksanaan Perancangan Strategik 30
9. Kesimpulan 30
i
Prakata Daripada Ketua Audit Negara
Perancangan strategik merupakan usaha Jabatan bagi merangka strategi atau matlamat,
dan membuat keputusan berkenaan pengagihan sumber bagi melaksanakan strategi ini.
Pelbagai teknik digunakan bagi menyediakan perancangan strategic yang melibatkan
antaranya analisis SWOT. Perancangan strategik ini didokumenkan bertujuan untuk
menyediakan asas atau rangka kerja kepada keseluruhan warga Jabatan dalam merancang,
melaksana serta memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti.
Perancangan Strategik Jabatan bagi tempoh 2008 hingga 2010 ini disediakan dengan
mengambilkira keperluan untuk menyesuai dan mensejajarkan peranan Jabatan selaras
dengan perkembangan semasa. Sehubungan dengan ini, tiga matlamat utama telah
ditetapkan iaitu memupuk dan memantap prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti dalam
perkhidmatan awam, menyelai laporan audit yang berkualiti dan memperkasa Jabatan
kearah organisasi yang cemerlang. Pencapaian matlamat perancangan stretegik ini
dizahirkan melalui komitmen pengurusan atasan; pengurusan modal insan yang
komprehensif, penambahbaikan proses kerja melalui inovasi bagi memaksimunkan impak
pengauditan dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan infostruktur yang baik bagi
menyokong operasi Jabatan.
Penerbitan dokumen ini menunjukkan komitmen Jabatan untuk merealisasikan visi, misi dan
objektif Jabatan bagi meningkatkan kecemerlangan tadbir urus perkhidmatan awam melalui
pengauditan yang profesional dan bebas. Harapan saya agar semua pihak akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk memastikan pencapaian matlamat Perancangan Strategik yang
telah ditetapkan.
1
1. PENDAHULUAN
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara bertujuan untuk membantu
Jabatan menghadapi isu dan cabaran masa kini dan akan datang. Strategi ini
bersesuaian dengan peranan Jabatan Audit Negara untuk memastikan
kemantapan akauntabiliti awam serta membantu kerajaan melaksanakan
dasar dengan berhemah, cekap dan berkesan.
Perancangan Strategik ini juga merupakan rangka kerja kepada pegawai dan
kakitangan dalam menyediakan rancangan tahunan bagi mencapai visi, misi
dan objektif jabatan untuk tempoh 2008 hingga 2010. Dengan adanya
dokumen ini, adalah diharapkan usaha yang berterusan dapat dilaksanakan
bagi memastikan Jabatan Audit Negara terus relevan dalam menghadapi
cabaran dan perkembangan yang berlaku dalam sektor awam.
Selaras dengan mandat yang diberi kepada Ketua Audit Negara melalui
peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957, perancangan
strategik ini disediakan dengan mengambil kira Visi, Misi, Objektif, Piagam
Pelanggan, Slogan Q, Budaya Korporat, Dasar Kualiti dan Kod Etika
Juruaudit.
2. ASAS PERANCANGAN STRATEGIK
VISI
Untuk menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor awam
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
2
MISI
Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan seimbang kepada Parlimen dan Dewan
Perundangan ke arah meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam
o Menyediakan laporan Audit yang berkualiti dan timely untuk dikemukakan kepada Parlimen/Dewan Undangan Negeri.
o Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan laporan secara bebas dan seimbang.
o Memenuhi keperluan dan harapan daripada stakeholders dan auditi.
o Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan. o Menjadi majikan contoh.
OBJEKTIF
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji : o Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan
kepada standard pengauditan antarabangsa. o Mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit
dan menyiapkan laporan Audit dalam tempoh empat bulan selepas penerimaan penyata kewangan tahunan.
o Menyediakan laporan Audit yang seimbang tanpa sebarang prejudis dan prasangka.
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
3
Audit Berkualiti Meningkatkan Akauntabiliti
SLOGAN KUALITI
BUDAYA KORPORAT
• Integriti Mematuhi kod etika profesional dalam melaksana dan
melaporkan penemuan Audit.
• Esprit de Corps
Menekankan kepentingan kerja berpasukan dengan mewujudkan
persekitaran kerja yang produktif yang menekankan kepada
semangat espirit de corps dan berinovasi.
• Bertanggungjawab Bertanggungjawab di dalam semua tindakan sama ada sebagai
Juruaudit atau kakitangan Jabatan.
• Profesionalisme Memastikan tahap profesionalisme yang tinggi dalam
pelaksanaan Audit dengan memberi penekanan kepada disiplin
kakitangan dan kualiti kerja.
• Kebebasan Melaksanakan tugas tanpa kekangan supaya dapat melapor dan
memberi pendapat dengan bebas selaras dengan keperluan Akta
Audit 1957.
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
4
• Kualiti Memastikan kualiti yang tinggi dalam melaksanakan tugas
dengan menekankan kepada budaya kerja yang baik dan
pembangunan profesional yang berterusan.
DASAR KUALITI
Jabatan Audit Negara adalah komited kepada pengauditan dan pelaporan yang berkualiti dan profesional selaras dengan standard pengauditan antarabangsa.
KOD ETIKA
• Keutuhan
• Kebebasan, Adil dan Saksama
• Profesionalisme
• Urus Tadbir yang baik (Good Governance)
• Kerahsiaan
• Kompetensi dan ketelitian profesional yang sewajarnya (Due
Professional Care)
• Jaminan kualiti
• Disiplin diri
• Percanggahan kepentingan
• Penglibatan dalam aktiviti luar
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
5
3. CABARAN DAN FAKTOR PENENTU KEJAYAAN PERANCANGAN STRATEGIK
Jabatan Audit Negara adalah komited untuk menambah baik pentadbiran
sektor awam melalui penilaian yang objektif terhadap prestasi kecekapan dan
keberkesanan pentadbiran sektor awam serta menyediakan jaminan secara
bebas terhadap laporan kewangan, pentadbiran, kawalan dan akauntabiliti
sektor awam.
Rajah 1: Hubung Kait Visi dan Pelan Strategik Jabatan Audit Negara
PENCAPAIAN MATLAMAT PERANCANGAN STRATEGIK
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
Komitmen Pengurusan Atasan
Kecemerlangan Operasi Organisasi
Kemudahan Infrastruktur Dan
Infostruktur
Pengurusan Modal Insan Yang Terancang
VISI JABATAN AUDIT NEGARA
Untuk Menjadi Penyumbang Utama Ke Arah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Dan
Akauntabliti Sektor Awam
Matlamat 1: Memupuk dan Memantap Prinsip-Prinsip Akauntabiliti dan Integriti Perkhidmatan Awam
Matlamat 2: Menyedia Laporan Audit Yang Berkualiti
Matlamat 3: Menjadi Organisasi yang Cemerlang
6
Rajah 2: Cabaran, Faktor Penentu Kejayaan,Teras dan Fokus Perancangan Strategik
JABATAN AUDIT NEGARA 2010
Pelanggan
Organisasi
Produk dan Perkhidmatan
FOKUS
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
Pelaksanaan
RMK-9
Kompleksiti Operasi Sektor
Awam
Perkembangan Bidang Perakaunan
dan Pengauditan
FAKTOR PENENTU KEJAYAAN
Kecemerlangan Operasi
Modal Insan Jabatan
Komitmen Pengurusan
Atasan
Latihan
Pengauditan
Laporan Ketua Audit Negara
TERAS
Infrastruktur dan Infostruktur
Peningkatan Ekspektasi Pelanggan
dan Stakeholders
CABARAN
7
3.1 CABARAN
Persekitaran di mana Jabatan Audit Negara beroperasi memberikan
kesan yang signifikan kepada pendekatan kerja dan penyampaian
perkhidmatan seperti mana yang digariskan mengikut undang-undang.
Keupayaan untuk mengenal pasti dan bertindak balas dengan
perubahan yang berlaku dalam persekitaran operasi, dalaman ataupun
luaran, memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada
proses penyampaian perkhidmatan dan merupakan faktor yang
mempengaruhi kejayaan Jabatan Audit Negara dalam mencapai
matlamat yang ditetapkan.
Cabaran utama yang dikenal pasti oleh Jabatan Audit Negara adalah:
• Pelancaran Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) menuntut usaha
yang lebih gigih daripada semua pihak iaitu kerajaan, swasta dan
rakyat bagi membangunkan negara ke arah menjadikan Malaysia
sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan
berdaya saing. Jabatan Audit Negara berperanan untuk
memastikan bahawa pelaksanaan program dan aktiviti serta
pengurusan wang awam dilakukan dengan cekap, berkesan dan
berhemah. Selain itu, Jabatan juga perlu berusaha untuk memenuhi
harapan orang awam berkenaan peranan Jabatan dalam proses
akauntabilti.
• Kompleksiti persekitaran operasi organisasi sektor awam
disebabkan oleh perubahan teknologi serta peningkatan
penggunaan dan kompleksiti sistem teknologi maklumat.
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
8
• Peningkatan Ekspektasi Pelanggan dan Stakeholder
o peningkatan ekspektasi terhadap sistem penyampaian
perkhidmatan kerajaan;
o Memenuhi harapan pelanggan dan stakeholder.
• Perkembangan dan perubahan dalam bidang perakaunan dan
pengauditan, melibatkan:
o penekanan terhadap tadbir urus yang baik;
o penggunaan standard perakaunan dan pengauditan yang
berubah;
o keperluan untuk memantapkan kualiti Laporan Ketua Audit
Negara;
o keperluan pengurusan sumber manusia yang terancang dan
komprehensif bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dan
kecekapan.
3.2 FAKTOR PENENTU KEJAYAAN
Empat komponen utama dikenal pasti sebagai penyumbang kepada
kejayaan pelaksanaan perancangan strategik ini iaitu komitmen
pengurusan atasan, modal insan Jabatan, kecemerlangan operasi dan
kemudahan infrastruktur dan infostruktur yang terbaik.
a. Komitmen Pengurusan Atasan
Pengurusan atasan Jabatan memberikan perhatian yang serius
serta menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan
perancangan strategik ini. Kesungguhan dan komitmen yang
ditunjukkan oleh pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
9
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
pencapaian matlamat perancangan strategik adalah penting dan ini
perlu difahami oleh semua peringkat kakitangan di dalam Jabatan.
b. Modal Insan Jabatan
Modal insan merupakan elemen penting yang menentukan
kejayaan sesebuah organisasi. Oleh itu, perancangan sumber
manusia yang berkesan sangat diperlukan. Di antara elemen
penting untuk memastikan kejayaan jabatan adalah:
• Pengambilan dan pemilihan juruaudit;
• Proses pembelajaran berterusan untuk meningkatkan tahap
profesionalisme pegawai dan jabatan;
• Pelan penggantian terancang bagi memastikan
kelangsungan kecekapan dan keberkesanan operasi
jabatan;
• Budaya perkongsian ilmu pengetahuan; dan
• Memperkasa modal insan.
Strategi sumber manusia yang komprehensif adalah perlu untuk
menyokong dan memasti kejayaan pelaksanaan perancangan
strategik ini. Strategi perancangan sumber manusia akan meliputi
latihan, pembangunan kerjaya, pengurusan prestasi dan
pengiktirafan.
c. Kecemerlangan Operasi
Jabatan Audit Negara sentiasa berusaha menambah baik proses
pengauditan untuk memastikan keberkesanannya dengan
mengurus risiko serta membuat keputusan yang berkesan.
Kesemua ini dilaksanakan melalui pembangunan sistem ICT yang
10
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
mantap bagi meningkatkan integrasi dan kualiti pengurusan
maklumat.
Mengurus risiko dengan baik adalah penting. Sekiranya tidak
diuruskan dengan baik ia akan memberikan kesan kepada
keupayaan Ketua Audit Negara untuk melaksanakan mandatnya
serta mencapai objektif Jabatan. Empat kategori risiko yang dikenal
pasti adalah:
• Proses kerja untuk mengeluarkan Laporan Ketua Audit
Negara.
• Kawalan kualiti yang dilaksanakan serta penggunaan
sumber manusia yang mempengaruhi kualiti Laporan Ketua
Negara.
• Reputasi dan imej
• Tadbir urus dan kepimpinan tertinggi Jabatan.
Memaksimumkan impak pengauditan untuk meningkatkan
akauntabiliti dalam sektor awam sentiasa menjadi keutamaan
Jabatan melalui usaha penambahbaikan berterusan serta inisiatif
untuk melakukan inovasi terhadap proses kerja. Objektif utama
yang ingin dicapai adalah untuk meningkatkan kecemerlangan
operasi dan kualiti perkhidmatan dan Laporan Ketua Audit Negara.
Untuk itu, Jabatan menekankan kepentingan meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan untuk memastikan:
• proses kerja dalaman Jabatan adalah berkesan, cekap dan
meningkatkan penyampaian perkhidmatan dalam tempoh yang
lebih cepat;
11
• kesemua polisi dan prosedur serta proses pengauditan
dirancang selaras dengan mandat yang diberi kepada Ketua
Audit Negara serta polisi dan peraturan Kerajaan.
d. Infrastruktur dan Infostruktur
Jabatan Audit Negara sentiasa berusaha untuk menyediakan
kemudahan infrastruktur dan infostruktur yang baik bagi
memudahkan serta menyokong operasi Jabatan. Akademi Audit
Negara menyediakan kemudahan latihan yang terkini kepada
juruaudit terutama dalam bidang perakaunan, pengauditan, ICT dan
pengurusan. Projek pengkomputeran meliputi perolehan dan
pembangunan aplikasi sistem pengauditan membantu juruaudit
melaksanakan tugas pengauditan dengan lebih cekap dan
berkesan. Kemudahan infrastruktur dan infostruktur yang baik serta
disokong oleh sumber manusia yang berkaliber akan memacu
Jabatan ke arah pencapaian matlamat perancangan strategik
dengan lebih cemerlang.
4. TERAS STRATEGIK
Aktiviti utama Jabatan Audit Negara adalah pengauditan. Oleh itu, produk
utama Jabatan adalah Laporan Ketua Audit Negara. Sehubungan dengan
itu, tumpuan diberikan kepada usaha membangunkan modal insan yang
cemerlang melalui latihan bagi menghasilkan pengauditan dan pelaporan
yang berkualiti. Ketiga-tiga perkara tersebut merupakan teras kepada usaha
mencapai kecemerlangan Jabatan.
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
12
Rajah 2: Teras Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara
Pengauditan
• Pengauditan berkualiti melalui pematuhan kepada standard pengauditan antarabangsa.
• Memantap sistem dan prosedur pengauditan. • Menceburi bidang pengauditan baru bersesuaian
dengan perkembangan semasa. • Penggunaan teknik dan metodologi pengauditan
terkini.
Latihan
• Membangunkan sumber manusia bagi memperkasa modal insan.
• Komitmen terhadap budaya pembelajaran berterusan. • Memantapkan institusi latihan. • Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan
Institusi Audit Negara luar
• Meningkatkan kualiti secara berterusan. • Impak positif untuk meningkatkan kecemerlangan
pengurusan dan akauntabiliti sektor awam.
Laporan Ketua Audit
Negara
4.1 Teras 1 : Pengukuhan Organisasi Melalui Latihan
Modal insan cemerlang mampu memacu kejayaan Jabatan pada masa
hadapan. Aktiviti membangunkan modal insan cemerlang dilaksanakan
melalui program latihan yang terancang dan komitmen Jabatan dalam
menerapkan budaya pembelajaran berterusan yang bertujuan untuk
mengukuh dan meningkat kompetensi pegawai dalam bidang
pengauditan yang khusus. Ini juga merupakan satu usaha pengukuhan
organisasi (organisational strengthening) selain menyediakan
kemudahan infrastruktur dan infostruktur yang baik bagi menyokong
operasi Jabatan.
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
13
Usaha mengukuhkan organisasi melalui latihan
dipertanggungjawabkan kepada Akademi Audit Negara iaitu institusi
latihan di bawah Jabatan Audit Negara untuk merangka program dan
melaksanakannya. Program dirancang adalah selaras dengan Dasar
Latihan Sumber Manusia Sektor Awam serta pendekatan Islam
Hadhari.
4.2 Teras 2 : Pengauditan Yang Berkualiti, Cekap, Berkesan dan Berhemah
Jabatan adalah komited kepada pengauditan yang berkualiti serta
berusaha melaksanakan tugas secara cekap, berkesan dan berhemah.
Ini dilakukan melalui pematuhan kepada standard pengauditan
antarabangsa serta mewujudkan sistem dan prosedur pengauditan
yang teratur. Perkembangan, perubahan dan pengenalan bidang baru
dalam pengauditan seperti air, alam sekitar, forensik serta ICT
menyediakan cabaran serta peluang kepada Jabatan untuk terus
meningkatkan prestasi kerja pengauditan. Jabatan juga
memperkenalkan dan menggunakan teknik serta metodologi
pengauditan yang selaras dengan perkembangan semasa. Langkah ini
bertujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian Jabatan kepada
pelanggan utama iaitu Parlimen, khususnya dan orang ramai, amnya.
4.3 Teras 3: Laporan Ketua Audit Negara Yang Berkualiti
Kualiti serta impak Laporan Ketua Audit Negara adalah penting kepada
Jabatan. Meningkatkan kualiti Laporan Ketua Audit Negara
memerlukan usaha yang berterusan serta komitmen semua pihak
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
14
dalam Jabatan. Jabatan Audit Negara sebagai sebuah badan bebas
berharap Laporan Ketua Audit Negara memberikan impak positif
kepada usaha meningkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan
serta akauntabiliti sektor awam.
5. Matriks transformasi
Hubung kait di antara faktor kritikal dengan teras strategik adalah seperti di Rajah 3.
Rajah 3: Penekanan Faktor Kritikal Setiap Teras Strategik
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
TERAS
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN
Komitmen Pengurusan
Atasan
Sumber Manusia
Kecemerlangan Operasi
Infrastruktur dan Infostruktur
Laporan Ketua Audit Negara
Pengauditan
Latihan
PETUNJUK :
Sangat Kritikal Kritikal
15
6. FOKUS
Pengauditan merupakan fungsi utama Jabatan Audit Negara. Sehubungan
itu, kualiti, kos dan timeliness perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Pengurusan pengauditan yang berkesan dan menyeragamkan proses atau
kaedah melaksanakan pengauditan diberikan keutamaan di Jabatan ini.
Perubahan dalam organisasi dan prestasi operasi Jabatan merupakan faktor
kritikal kepada kejayaan organisasi pada masa akan datang. Sehubungan itu,
perancangan strategik ini memberikan fokus kepada tiga perkara berikut bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan.
• Pelanggan - Pelanggan utama Jabatan Audit Negara adalah Parlimen
(Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara), Dewan Undangan Negeri dan
Auditi (Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan).
• Produk dan Perkhidmatan – Produk utama Jabatan adalah Laporan
Ketua Audit Negara meliputi pensijilan penyata kewangan Kerajaan dan
Agensi berkaitan. Perkhidmatan yang diberikan adalah melalui
pengauditan yang berkualiti iaitu pengauditan penyata kewangan,
pengurusan kewangan dan prestasi serta khidmat nasihat bagi
menambah baik tadbir urus auditi.
• Organisasi - Fokus kepada perubahan dalaman dan luaran bagi
memperteguh keupayaan Jabatan menghadapi cabaran persekitaran.
Sentiasa melakukan penilaian dan perubahan bagi menambah baik
proses kerja, struktur sokongan dan prosedur untuk memaksimumkan
prestasi kerja.
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
16
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
Fokus, Objektif dan Strategi bagi mencapai matlamat perancangan strategik
ini dapat diringkaskan seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Fokus, Objektif dan Strategi Perancangan Strategik
Fokus
Pelanggan
Produk dan Perkhidmatan
Organisasi
Objektif
• Laporan timely kepada
Parlimen
/DUN
• Memenuhi harapan
stakeholders
• Pengiktirafan
stakeholders dan auditi
• Menjalankan pengauditan
secara profesional
• Menyediakan laporan
seimbang
• Meningkatkan kualiti
pengauditan
• Organisasi cemerlang
• Menambah baik proses,
sistem dan pengurusan
• Mengukuhkan keupayaan
jabatan
• Jaminan kualiti
Strategi
• Hubungan dengan
Parlimen dan auditi
• Sensitiviti kepada
perubahan persekitaran
• Kerjasama dengan badan
profesional
• Pemilihan topik yang
relevan (contohnya alam
sekitar, forensik dsb) untuk
membantu mempertingkat
tadbir urus sektor awam
• Kesedaran pelanggan
terhadap produk dan
perkhidmatan
• Mempertingkat pengauditan
ICT
• Penglibatan antarabangsa
• Jaminan kualiti menyeluruh
• Sistem Pengurusan
Pengauditan yang berkesan
• Tadbir urus dan kepimpinan
• Perancangan strategik
• Kerjasama berpasukan
• Memantapkan perancangan
sumber manusia
• Pencapaian berasaskan
objektif
• Pembelajaran berterusan dan
pembangunan profesional
• Pengiktirafan dan ganjaran
• Aplikasi teknologi dan agihan
sumber yang cekap dan
berkesan
• Produk sokongan dan
pengukuran prestasi
• Penglibatan dalam membuat
keputusan
17
a. Objektif
6.1 PELANGGAN
• Menyediakan Laporan Ketua Audit Negara yang timely
kepada Parlimen/Dewan Undangan Negeri berkenaan
prestasi dan akauntabiliti pengurusan kewangan dan
aktiviti sektor awam.
• Memenuhi keperluan dan harapan stakeholders dan auditi.
• Stakeholders dan auditi memahami dan mengiktiraf
peranan dan sumbangan jabatan dalam menambah baik
pengurusan kewangan dan aktiviti sektor awam.
b. Strategi
• Mewujudkan hubungan baik dengan Parlimen dan auditi.
• Memperbaiki dan meningkatkan hubungan dan dialog bersama
auditi.
• Meningkatkan kefahaman dan perhatian terhadap perubahan
dalam polisi awam, operasi agensi dan keperluan profesional.
• Meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan badan
profesional berkaitan pengauditan sektor awam atau swasta.
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
18
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
c. Program
• Menambah baik persembahan dan pembaharuan dalam
penulisan Laporan Audit dari semasa ke semasa.
• Mewujudkan kerjasama dengan universiti tempatan dari segi
penggunaan pensyarah mereka dalam bidang latihan,
penganalisisan data dan maklumat secara saintifik bagi setiap
kajian yang dijalankan.
• Meningkatkan pengetahuan dalam bidang pengauditan,
perundingan, teknologi maklumat dan bidang atau cabaran baru
yang muncul supaya dapat melaksanakan pengauditan dan
menyediakan khidmat nasihat yang terbaik kepada pihak auditi
sebagai pelanggan.
• Mengadakan strategic alliance melalui kerjasama di antara
jabatan dan beberapa organisasi dan badan profesional dalam
bidang penyelidikan dan pengauditan. Semua ini akan memberi
kesan positif kepada juruaudit dan auditi bagi meningkatkan
faedah dan nilai.
• Meningkatkan hubungan yang rapat dengan badan profesional
perakaunan, juruaudit swasta dan juruaudit dalam.
• Hubungan dengan institusi audit di negara maju dipertingkatkan.
Jabatan Audit Negara akan meningkatkan hubungan bilateral
dan multilateral untuk manfaatkan perkembangan teknik dan
metodologi audit kini di seluruh dunia.
19
• Proses dan prosedur kerja sentiasa disemak dan di tanda aras
(benchmark) terhadap organisasi yang terbaik.
• Pelanggan (Parlimen, PAC, Dewan Undangan Negeri, auditi
dan masyarakat umum) - Jabatan perlu memberi maklumat
yang tepat dan timely bagi membantu meningkatkan integriti
dan akauntabiliti awam ke arah mencapai visi kerajaan untuk
mewujudkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
• Menghayati konsep MS ISO 9000:2000 yang mementingkan
pelanggan dengan mengamalkan sikap tanggungjawab
terhadap pelanggan. Usaha seperti mengadakan piagam
pelanggan, menyediakan laporan audit berkualiti, lawatan
tempatan berfokus kepada pentadbiran pelanggan dan
kehendak rakyat.
• Bertindak proaktif terutama terhadap perubahan dalam
pengurusan kewangan dan sistem perakaunan yang
diperkenalkan oleh kerajaan melalui penyertaan dalam proses
penyediaan standard dengan memberikan maklum balas
daripada perspektif sektor awam dan mewujudkan hubungan
baik dengan badan bertanggungjawab menghasilkan standard
berkaitan perakaunan.
a. Objektif
6.2 PRODUK DAN PERKHIDMATAN
• Mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit
dan menyiapkan laporan audit secara profesional
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
20
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
berpandukan kepada standard perakaunan dan
pengauditan diterima umum.
• Menyediakan laporan audit yang seimbang tanpa prejudis.
b. Strategi
• Menyediakan laporan yang berbeza dalam selang masa yang
sesuai
• Membincangkan topik yang boleh membantu meningkatkan
pentadbiran dalam sektor awam.
• Meningkatkan keprihatinan pelanggan terhadap produk dan
perkhidmatan yang disediakan.
• Meningkatkan keupayaan pengauditan dalam bidang ICT.
• Meningkatkan aktiviti pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa untuk menyokong pencapaian matlamat
ditetapkan.
• Menyediakan sistem jaminan kualiti menyeluruh melalui
semakan terhadap aktiviti dan produk organisasi.
• Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan laporan
secara bebas dan seimbang.
• Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan.
21
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
c. Program
• Rancangan Audit Tahunan disediakan berdasarkan
perancangan kerja yang rapi dengan memberi tumpuan kepada
pemilihan tajuk kajian mengikut faktor materialiti kewangan,
risiko yang tinggi, signifikan dan aktiviti utama. Faktor ini akan
menyumbang kepada Laporan Audit yang lebih berkualiti.
• Membangun Sistem Pengurusan Audit bagi mengautomasi
pengurusan kerja audit dengan tujuan meningkatkan kualiti kerja
Audit.
• Fokus kepada agensi yang lemah dalam pengurusan kewangan
seperti lewat menyediakan akaun.
• Kajian pengauditan prestasi dan pengurusan kewangan
hendaklah dilaksanakan mengikut tenaga kerja dan sumber
kewangan yang ada :-
o Sektor Audit Persekutuan - Menetapkan tidak kurang
daripada 40 kajian audit prestasi dan tidak kurang
daripada 67 kajian pengurusan kewangan setahun serta
tidak kurang daripada 3 kajian prestasi syarikat/syarikat
subsidiari Kerajaan setahun.
o Sektor Audit Negeri - Menetapkan 8 hingga 11 kajian
audit prestasi dan 12 hingga 13 pengurusan kewangan
setiap negeri besar (Sabah dan Sarawak), 4 kajian audit
prestasi dan 6 pengurusan kewangan bagi negeri
sederhana (Johor, Pahang, Kedah, Kelantan, Perak,
Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu) dan 2 hingga
22
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
4 kajian audit prestasi dan 2 hingga 6 pengurusan
kewangan untuk negeri kecil (Negeri Sembilan, Melaka,
Wilayah Persekutuan dan Perlis). Manakala bagi
pengauditan prestasi syarikat/syarikat subsidiari Kerajaan
Negeri, sekurang-kurangnya 30 kajian secara
keseluruhan akan dilaksanakan
o Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan -
Menetapkan 16 kajian pengauditan prestasi, 30
pengauditan pengurusan kewangan dan 15 pengauditan
prestasi syarikat/syarikat subsidiari Kerajaan bagi Badan
Berkanun Persekutuan. Penetapan ini adalah
berdasarkan kepada faktor bilangan dan gred pegawai,
cawangan dan aktiviti sektor.
• Menambah baik persembahan dan pembaharuan dalam
penulisan Laporan Audit dari semasa ke semasa.
• Menambah baik teknik dan metodologi pengauditan prestasi,
pelaburan dan ICT dengan merujuk negara maju atau
bekerjasama dengan Asian Organisation of Supreme Audit
Institution (ASOSAI) dan International Organisation of Supreme
Audit Institution (INTOSAI).
• Mewujudkan polisi dan proses untuk memudahkan pengauditan
sistem maklumat selaras dengan perkembangan sistem
maklumat dalam sektor awam.
• Mengamalkan Kod Etika Juruaudit.
23
• Memperkemas dan meluaskan fungsi pasukan peer review
terhadap Laporan Audit.
• Membuat penilaian terhadap kualiti kerja pengauditan.
a. Objektif
6.3 ORGANISASI
• Meningkatkan tahap dan kualiti pengauditan.
• Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi jabatan
serta memupuk minda kelas pertama.
• Membangunkan proses, sistem serta amalan pengurusan
berkesan yang memenuhi keperluan jabatan.
• Mengukuhkan keupayaan jabatan.
• Menyediakan jaminan kualiti yang mapan.
b. Strategi
• Mewujudkan tadbir urus serta kepimpinan yang baik.
• Membangunkan pelan sumber manusia yang komprehensif
untuk membantu mengenal pasti keperluan sumber manusia
yang optimum.
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
24
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
• Memperkemaskan pelan penempatan juruaudit mengambil kira
kitaran masa penempatan di sesuatu Bahagian/Cawangan
untuk memastikan setiap juruaudit mendapat pendedahan dan
pengalaman yang mencukupi dalam semua aspek berkaitan
perakaunan dan pengauditan.
• Menambah baik sistem penyampaian jabatan.
• Menilai dan mengaplikasikan teknologi terkini serta
mengamalkan proses dan agihan sumber untuk menyokong
keperluan operasi.
• Mengenal pasti produk sokongan serta pengukuran prestasi
yang menyokong hala tuju operasi.
• Menambah baik persekitaran kerja melalui komitmen terhadap
pembelajaran berterusan dan pembangunan profesional yang
sesuai untuk meningkatkan prestasi.
• Menggalakkan penyertaan menyeluruh dalam pembuatan
keputusan.
• Meningkatkan kerjasama untuk memperteguhkan nilai dan
menggalakkan inovasi serta kerja berpasukan.
• Anugerah dan pengiktirafan.
c. Program
• Menerapkan elemen organisasi cemerlang dalam pentadbiran
jabatan seperti berikut:
25
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
o Efisien berkaitan produktiviti dengan memberi
penekanan dari segi pengurusan audit, laporan audit dan
perhubungan dengan pihak auditi.
o Efektif dari segi penyampaian perkhidmatan bagi
memenuhi kehendak pelanggan tanpa menjejaskan
objektiviti serta kebebasan juruaudit dalam
melaksanakan tugas.
o Fleksibiliti berhubung dengan keupayaan untuk
menyesuaikan sesuatu perkara dan seterusnya
mempertahankannya tanpa menjejaskan kepentingan
dan kredibiliti semua pihak.
• Melaksanakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat tahun 2008
hingga 2010.
• Mengamalkan strategi turnaround dengan mengubah minda
daripada mencari kesalahan kepada pendekatan pembangunan
dan penyertaan. Tumpuan kepada pelanggan perlu diberi
perhatian melalui pengurusan yang telus di samping
menggalakkan perundingan.
• Memantapkan struktur organisasi dengan menempatkan
kakitangan dan pegawai yang berkelayakan di tempat yang
sesuai dengan membuat penilaian kesesuaian penempatan
kakitangan dan pegawai.
• Merancang latihan yang sistematik dan releven untuk
mempertingkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan:
26
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
o Mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran teknikal
juruaudit. Setiap pegawai perlu diberi latihan mengikut
standard jam latihan sekurang-kurangnya tujuh hari
mengikut Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
o Meningkatkan kemahiran juruaudit dalam bidang kemahiran
inter-personal seperti kemahiran berkomunikasi, sosial dan
pengurusan konflik.
o Memupuk nilai kerohanian dalam setiap kursus yang
dianjurkan.
o Melengkapkan pusat sumber supaya juruaudit mudah
membuat rujukan dalam bidang pengauditan, perakaunan,
teknologi maklumat, kejuruteraan, undang-undang dan
bidang profesional lain.
• Mewujudkan knowledge-based information system dengan
mengumpul senarai organisasi/ individu yang mempunyai
kepakaran yang diperlukan bagi membantu juruaudit
melaksanakan tugas pengauditan yang berkaitan dengan isu
teknikal.
• Menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan
juruaudit dalam merancang dan melaksanakan tugas untuk
melahirkan kualiti kerja audit yang tinggi serta auditi mendapat
faedah.
• Membangunkan sistem pengurusan pengetahuan (knowledge
management system) - Mewujudkan pangkalan data ilmu –
mengandungi peraturan dan undang-undang serta pengalaman
27
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
sebagai sumber rujukan untuk membantu kerja pengauditan dan
khidmat nasihat.
• Melaksanakan knowledge management programme kepada
juruaudit untuk menuju ke arah organisasi pembelajaran yang
cemerlang seperti:
o Menggalak pembelajaran berterusan dengan memberi
peluang melanjutkan pelajaran, menghadiri kursus,
seminar, bengkel dan persidangan yang berkaitan
dengan tugas.
o Menggalak juruaudit menganggotai badan profesional
seperti Malaysian Institute of Accountant (MIA), Institute
of Internal Auditors (IIA), Malaysian Institute of Taxation
(MIT) dan lain-lain serta mendapat kelayakan Profesional
seperti Association of Chartered Certified Accountants
(ACCA), Malaysian Institute of Certified Public
Accountants (MICPA), Institute of Chartered Accountants
in England and Wales (ICAEW), Certified Information
System Auditor (CISA) dan sebagainya.
o Memperuntukkan masa untuk membaca ketika waktu
pejabat.
• Melaksanakan program untuk melahirkan k-workers seperti
berikut:
o Meningkatkan keupayaan kapasiti secara berterusan.
o Mengasah bakat kepimpinan, penganalisisan,
perundingan, kepimpinan dan kesenian.
28
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
o Mengenal pasti pemimpin sebagai pelapis, pemangkin
dan penggerak masa depan jabatan.
• Mewujud dan melaksanakan pengukuran prestasi secara
menyeluruh berasaskan petunjuk prestasi utama (KPI).
• Mewujudkan strategi kawalan kualiti untuk memastikan
keseluruhan proses pengauditan adalah selaras dengan
objektif jabatan untuk meningkatkan kualiti Laporan Ketua Audit
Negara.
• Membangunkan sistem pemantauan proses audit sebagai
pendekatan proaktif dalam hubungan dengan auditi serta dalam
merancang dan memantau kemajuan pengauditan.
• Mengadakan strategic alliance melalui kerjasama di antara
jabatan dan organisasi serta badan profesional dalam dan luar
negara dalam bidang pengauditan, penyelidikan dan latihan.
29
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
Selaras dengan strategi yang telah digariskan, Jabatan adalah komited untuk
melaksanakan pengukuran prestasi bagi menilai pencapaian matlamat yang
ditetapkan. Perancangan tahunan akan diselaraskan dengan objektif kepada
tiga fokus utama dan prestasi akan dinilai pada setiap tahun menggunakan
set pengukuran yang ditetapkan.
Prestasi Jabatan Audit Negara juga akan dinilai berdasarkan tahap kepuasan
hati pelanggan. Kajian mengenai tahap kepuasan hati pelanggan terhadap
produk dan perkhidmatan Jabatan Audit Negara akan dinilai pada
pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan strategik ini selain penilaian
tahunan.
Mengekalkan penyediaan laporan yang timely kepada Parlimen/DUN, memenuhi harapan serta mendapat pengiktirafan stakeholders dan
JABATAN AUDIT NEGARA
MENJELANG 2010
Menjadi organisasi cemerlang dalam sektor awam
Meningkatkan akauntabiliti dan integriti melalui pengauditan yang berkualiti dan profesional
Menjadi pusat rujukan kepada Institusi Audit luar negara dalam bidang pengauditan sektor awam
7. PENILAIAN PRESTASI
30
Pelaksanaan rancangan strategik ini akan dijayakan melalui pendekatan
seperti berikut:
8. PELAKSANAAN PERANCANGAN STRATEGIK
• Komitmen dan penglibatan sepenuhnya oleh semua pegawai dan
kakitangan;
• Garis panduan, dokumen serta arahan terkini Jabatan akan dijadikan
asas;
• Bekerja secara berpasukan menjadi amalan;
• Maklum balas berkala serta fokus kepada hala tuju yang ditetapkan; dan
• Perkongsian maklumat dan pengalaman.
Setiap sektor mempunyai peranan masing-masing untuk melaksanakan pelan
tindakan seperti dinyatakan di dalam dokumen ini. Adalah diharapkan
pelaksanaan perancangan strategik Jabatan dapat dicapai melalui
pemahaman serta penghayatan kandungan dalam rancangan ini.
Penyediaan Perancangan Strategik ini merupakan satu usaha berterusan
Jabatan bagi memantapkan kualiti sistem penyampaian Jabatan selaras
dengan hasrat Kerajaan. Sehubungan itu, diharapkan ia akan menjadi
teras/rujukan utama dalam rangka kerja untuk mempercepatkan usaha
Jabatan bagi merealisasikan visi Jabatan untuk menjadi penyumbang utama
ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor awam.
9. KESIMPULAN
Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara 2008 - 2010
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANo. 15, Aras 1- 5, Persiaran PerdanaPresint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62518 PutrajayaMalaysiaTel : ++603-88899000Faks : ++603-88889710Laman Web : http://www.audit.gov.my