perancangan ujian

52
6.0 PERANCANGAN UJIAN Mengapa sesuatu ujian itu perlu dirancang sebelum dilaksanakan? Apakah kepentingan untuk merancang ujian? Bagaimana untuk merancang sesuatu ujian? Sesuatu ujian itu perlu dirancang dengan baik untuk memastikan penggubalan penilaian dan soalan yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sejajar dengan objektif pembelajaran. Perancangan ini boleh dianggap sebagi plan perancangan “blueprint” terhadap penilaian dan ujian yang bakal dijalankan sama ada untuk mengambilkan penilaian pada sepanjang sesi pembelajaran atau untuk topik-topik tertentu sahaja. Penilaian merupakan proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran penilaian boleh dijelaskan sebagai proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Penilaian yang tepat dan berkesan adalah bergantung kepada pembinaan ujian yang baik yang merangkumi ciri-ciri utama seperti kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran (Lee & Mok, 1989). Perancangan ujian ini bukanlah hanya tertumpu kepada ujian yang berbentuk kertas pensil sahaja ia boleh merangkumi ujian afektif dan psikomotor yang berpandukan kepada kurikulum yang 1

Upload: ard-zaha

Post on 01-Dec-2015

385 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

6.0 PERANCANGAN UJIAN

Mengapa sesuatu ujian itu perlu dirancang sebelum dilaksanakan? Apakah kepentingan

untuk merancang ujian? Bagaimana untuk merancang sesuatu ujian?

Sesuatu ujian itu perlu dirancang dengan baik untuk memastikan penggubalan

penilaian dan soalan yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sejajar

dengan objektif pembelajaran. Perancangan ini boleh dianggap sebagi plan

perancangan “blueprint” terhadap penilaian dan ujian yang bakal dijalankan sama ada

untuk mengambilkan penilaian pada sepanjang sesi pembelajaran atau untuk topik-topik

tertentu sahaja. Penilaian merupakan proses membuat keputusan yang sistematik

melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna

bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif

pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran penilaian boleh dijelaskan

sebagai proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran dan

pembelajaran tercapai. Penilaian yang tepat dan berkesan adalah bergantung kepada

pembinaan ujian yang baik yang merangkumi ciri-ciri utama seperti kesahan,

kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran (Lee & Mok,

1989).

Perancangan ujian ini bukanlah hanya tertumpu kepada ujian yang berbentuk

kertas pensil sahaja ia boleh merangkumi ujian afektif dan psikomotor yang

berpandukan kepada kurikulum yang telah dibina. Arahan dalam tugasan, objektif

pengajaran dan hasil pengajaran adalah penting dalam pembinaan perancangan ujian.

Bab ini akan menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam

merancang sesuatu ujian. Langkah-langkahnya adalah seperti Rajah 6.1:

1

Rajah 6.1: Langkah-langkah dalam perancangan ujian

6.1 Menentukan tujuan dan isi ujian

Dalam menjalankan sesuatu ujian perlulah dinyatakan dengan jelas tujuan sesuatu ujian

itu dijalankan. Ujian yang dilakukan boleh dalam bentuk objektif, esei, amali, kertas kerja

dan lain-lain. Setiap soalan atau item haruslah mempunyai objektif tertentu supaya

ianya mampu mencungkil kemahiran yang ada pelajar (Bakar, 2003). Tujuan ujian boleh

merangkumi:

i) Mengukur- kecerdasan, kemahiran, pengetahuan atau atribut psikologi

ii) Mengukur tahap pemahaman pelajar tentang pembelajaran

Melapor

Analisis item

Memeriksa item

Mentadbir ujian

Membina dan menyemak skema

Membina dan menyemak item

Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Menentukan tujuan dan isi ujian

2

iii) Menentukurkan (prauji)

iv) Mengukur pencapaian

v) Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)

vi) Mendiskriminasi antara pelajar (memberi gred)

vii) Memotivasikan pelajar

viii) Menyediakan maklum balas kepada pelajar

ix) Menyediakan maklum balas kepada guru dan ibu bapa

x) Mengukur keberkesanan pengajaran

Pemilihan jenis ujian perlulah bersesuaian dengan tujuan ujian dijalankan.

Sebagai contoh jika tujuan ujian bagi mengesan punca kelemahan murid menguasai

kemahiran matematik maka ujian diagnostik hendaklah dirancang. Selain itu jika tujuan

ujian untuk menentukan kedudukan pencapaian pelajar dalam kelas maka ujian sumatif

perlu dijalankan.

Isi ujian biasanya merangkumi isi-isi pelajaran yang telah dipelajari oleh pelajar.

Guru perlulah terikat dengan sukatan mata pelajaran ini bagi memastikan soalan/item

tidak terkeluar dari sukatan mata pelajaran. Kandungan soalan boleh mengandungi

kemahiran kognitif dan psikomotor. Penilaian yang dilakukan mestilah selari dengan

kurikulum, wajaran dan objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

Contoh 1

Mata pelajaran : Biokimia

Hasil pembelajaran kursus: Pada akhir pembelajaran pelajar dapat

CLO 1: Menerangkan dengan jelas kepentingan biokimia (C4)

CLO 2: Menunjukkan kemahiran berkerja dalam kumpulan sewaktu amali (P3)

CLO 3: Mengikut prosedur dan teknik yang diberikan dalam menjalankan amali (A3)

3

Jadual Spesifikasi Penilaian

Kandungan

topik

CLO Tugasan

1 2 3 Ujian

(5%)

Peperiksaan

pertengahan

tahun (15%)

Kerja

amali

(30%)

Peperiksaa

n akhir

(40%)

Penilaian

rakan

(5%)

Projek

(5%)

Pengenalan

kepada

biokimia

√ √ √

Biokimia

pada

makanan

√ √ √ √ √ √ √

Respirasi sel √ √ √

Pemerangan √ √ √ √ √ √ √ √

Komponon

phenol

√ √ √

Minyak perlu √ √ √ √ √ √ √

Isu-isu

biokimia

√ √ √

Contoh diatas menunjukkan perancangan ujian yang telah digubal bagi

matapelajaran Biokimia. Terdapat tiga hasil pembelajaran kursus (CLO) telah digariskan

dalam matapelajaran ini yang merangkumi kognitif, afektif dan psikomotor. Jadual

Spesifikasi Penilaian menerangkan bagaimana penilaian dilakukan bagi mencapai CLO

yang telah ditetapkan. Sebagai contoh bagi kandungan topik pemerangan CLO 1

disampaikan dengan cara pengkuliahan manakala CLO 2 dan CLO 3 melalui kaedah

amali. Wajaran (peratusan tugasan) setiap penilaian untuk ditekankan supaya tugasan

yang diberikan kepada pelajar adalah sesuai. Jadual Spesifikasi Penilaian ini adalah

gambaran keseluruhan penilaian yang perlu dilalui oleh pelajar yang mengambil

matapelajaran ini.

4

6.2 Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Bagi mengukur tahap penguasaan dan kecekapan pembelajaran pelajar terhadap

matapelajaran yang telah diajar, guru boleh menggunakan Jadual Penentuan Ujian

(JPU) bagi memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai.

JPU adalah jadual dua hala yang menyenaraikan objektif di bahagian jalur dan domain

pencapaian yang hendak diujur ke atas pelajar di bahagian baris (Kubiszyn dan Borich,

1996). Menurut Nordin (2002) JPU adalah sebagai satu rancangan bertulis yang

menyatakan agihan item-item mengikut kandungan pelajaran, objektif pembelajaran dan

tingkatan relatif pentingnya setiap kandungan dan objektif. Dalam pendidikan di

Malaysia mereka yang bertanggungjawab menyediakan JPU adalah penggubal

kurikulum dan sukatan pelajaran, guru-guru yang mengajar mata pelajaran serta panel

atau pakar subjek tersebut. Di pusat kemahiran JPU dibina dengan melibatkan wakil

daripada industri dan mereka perlu mengikut standard yang telah ditetapkan untuk

kelayakan persijilan.

Jadual Penentuan Ujian dikenali juga sebagai Jadual Spesifikasi Ujian yang

bertujuan untuk:

i) Untuk mengelakkan ujian dibina secara tidak teratur dan sistematik.

ii) Mendapat jaminan kesahan dan kebolehpercayaan ujian

iii) Panduan kepada penggubal soalan

iv) Menetapkan taraf dan aras kesukaran ujian

v) Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang (bilangan soalan

bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan kepentingan tajuk atau objektif

pelajaran)

vi) Mengkaji semula kertas soalan.

vii) Perbandingan dapat dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

viii) Memastikan ketekalan ujian untuk tempoh masa tertentu.

JPU akan menyelaraskan perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam kertas

ujian seperti bentuk dan panjangnya ujian, kandungan topik, aras kemahiran,

peruntukan peratusan item/soalan, bilangan soalan dan aras kesukaran. 6 langkah yang

5

perlu diambil dalam menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) seperti yang

ditunjukkan pada Rajah 6.2:

Rajah 6.2 : Langkah-langkah pembinaan JPU

6.2.1 Memilih dan menyenaraikan isi kandungan atau topik yang hendak diuji

Guru perlulah mengkaji terlebih dahulu topik yang hendak diuji dan mendapatkan

maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Aspek yang perlu dikaji

adalah seperti:

i) Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk

ii) Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk

iii) Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain

1)Memilih dan menyenaraikan isi kandungan atau topik yang hendak diuji

2)Menentukan format ujian yang hendak dijalankan.

3)Menentukan pemberat bagi soalan

4)Menentukan aras kemahiran dan kesukaran

5)Menentukan bilangan item/soalan berdasarkan isi dan aras kemahiran bagi ujian itu

6) Menyemak soalan

6

iv) Kompleksiti sesuatu tajuk

v) Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk

Aspek-aspek di atas dapat membantu guru melakarkan bagaimana bentuk

soalan dan bilangan soalan soalan yang hendak dibina bagi sesuatu ujian. Setelah guru

menetapkan topik yang hendak diuji guru perlu menyenaraikan topik tersebut pada

jadual yang disediakan secara mencancang. Senarai objektif atau kandungan

pengajaran perlulah mengikut kepentingan dari atas ke bawah.

Contoh meletakkan isi kandungan atau topik dalam ujian

BAB TOPIK SUB TOPIK NO.

SOALAN

ARAS

1 2 3

1 Sejarah Dan

Kita

Pengertian Sejarah

Pencerna minda

Ciri-ciri Sejarah

Sumber Sejarah

Kaedah Pengkajian Sejarah

Pentafsiran Sejarah

-Kepentingan Sejarah

-Faedah mempelajari Sejarah

2. Zaman Pra-

Sejarah

Zaman Paleolitik

-Ciri-ciri

-Kegiatan dan Peralatan

-Kepercayaan

-Lokasi di Malaysia

Zaman Neolitik

-Ciri-ciri

-Kegiatan dan peralatan

-Kepercayaan

-Lokasi di Malaysia

Zaman Logam

7

-Ciri-ciri

-Kegiatan dan peralatan

-Kepercayaan

-Lokasi di Malaysia

6.2.2 Menentukan format ujian yang hendak dijalankan

Guru perlulah menentukan format ujian yang hendak dijalankan dengan merujuk kepada

skop masa yang diberikan untuk ujian, jenis soalan, bilangan soalan dan keupayaan

pelajar.

Contoh menentukan format ujian

Mata pelajaran : Biologi

Tajuk : Sturktur sel dan fungsinya

Masa : 2 jam

Format soalan: Objektif dan subjektif

Jumlah markah: 100

Format item Objektif Subjektif

Masa 1 jam 1 jam

Markah 40 60

Bilangan item 40 3

Markah pada setiap item 1 20

Masa yang diperlukan pada setiap

item

1-5 minit 20 minit

8

6.2.3 Menentukan wajaran bagi setiap topik yang diuji

Wajaran digunakan untuk menentukan keseimbangan bagi setiap topik yang diajar.

Wajaran ini boleh dilakukan dengan menyenaraikan tajuk yang akan dimasukkan dalam

ujian dan tempoh masa interaksi yang diperuntukkan sewaktu pengajaran dan

pembelajaran.

Bil Topik Masa interaksi yang diperuntukkan

1 Stuktur sel dan fungsinya 20

2 Pergerakan bahan 9

3 Kandungan komposisi dalam sel 12

4 Pembahagian sel 5

5 Organisasi sel 8

Jumlah jam 54

Perkiraan untuk peratusan wajaran markah bagi setiap topik.

Bil Topik Jam Peratusan (%)

1 Stuktur sel dan fungsinya 20 37

2 Pergerakan bahan 9 16.7

3 Kandungan komposisi dalam sel 12 22

4 Pembahagian sel 5 9.3

5 Organisasi sel 8 14.8

Jumlah masa 54 100

Daripada peratusan ini guru dapat menetapkan pemberat bagi setiap item. Guru

dapat menganggar bilangan soalan dan kesukaran soalan yang perlu di masukkan

dalam JPU. Sebagai contoh bagi topik struktur sel dan funginya perlu soalanya mestilah

Jumlah jam untuk interaksi X 100Jumlah masa keseluruhan

9

lebih banyak berbanding pembahagian sel kerana lebih banyak masa yang

diperuntukan untuk mempelajarinya.

6.2.4 Menentukan aras kemahiran dan kesukaran

Aras kemahiran dan kesukaran disusun secara mengufuk dalam JPU. Domain aras

kemahiran boleh disediakan dengan mengikut aras taksonomi Bloom iaitu pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pada aras-aras ini boleh

dipecahkan kepada tiga tahap kesukaran yang berbeza:

i) Mudah: aras pengetahuan dan kefahaman (dianggarkan lebih 60 % calon

dapat mendjawab )

ii) Sederhana : aras aplikasi dan analisis (dianggarkan lebih 40% calon dapat

menjawab)

iii) Sukar: sintesis dan penilaian (dianggarkan 20% calon dapat menjawab)

Perbezaan setiap aras adalah bergantung kepada pendekatan pelajar menjawab

soalan berkenaan dan aktiviti kognitif yang berlaku pada mental pelajar. Kemahiran

ujian aras rendah boleh mengandungi objektif pelbagai pilihan, mengisi tempat kosong,

padanan, benar-salah dan soalan pendek. Bagi aras kemahiran tinggi soalan berbentuk

objektif pelbagai pilihan, soalan jawapan pendek, soalan bersturktur dan soalan esei.

Penentuan aras kesukaran boleh dilakukan dengan bukti empirik melalui statistik item

yang diperolehi daripada pra ujian atau pertimbangan profesional.

Selain itu guru boleh menggunakan formula berikut bagi membantu menentukan

aras kesukaran setiap item sama ada rendah, sederhana atau tinggi.

Aras rendah: Aras sederhana: Aras tinggi:

10

Rajah 1

Item berkaitan

“apa” (what)-fakta

Item berkaitan

“bagaimana”

(how)-prosedur

Item berkaitan

“mengenai”

(about)- teori

Contoh: Namakan

sel pada rajah 1?

Contoh : Nyatakan

fungsi sel pada

Rajah 1?

Contoh: Sel

manakah yang

mengandungi

organ sel dalam

Rajah 1?

Contoh jadual aras kesukaran soalan:

Bil Topik/

item

ARAS KEMAHIRAN JUMLAH JUMLAH

BESARPENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN

R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T

1

2

3

4

5

6

7

8

Nota : R= Rendah S= Sederhana T=Tinggi

6.2.5 Menentukan bilangan item/soalan berdasarkan isi dan aras kemahiran bagi

ujian

Jumlah soalan yang digubal perlulah mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran,

domain, objektif pengajaran dan peringkat pengajaran yang hendak diukur. Ia juga perlu

mengambil kira masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan dan pembahagian

soalan perlulah sama dengan penegasan yang diberikan dalam pengajaran. Jumlah

11

soalan akan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu soalan.

Kebolehpercayaan bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama

apabila pelajar menjawab semula ujian itu. Manakala kesahan adalah keupayaan

sesuatu soalan mengukur apa yang ingin diukur

Bilangan soalan yang hendak di masukkan dalam kotak yang merentasi isi

kandungan dan aras kesukaran bagi sesuatu ujian. Guru juga perlu peka dengan jangka

masa ujian, jenis soalan, kesukaran soalan, panjang soalan dan kemampuan bahasa

pelajar bagi memastikan pelajar mampu menjawab ujian yang diberikan. Masa yang

diperuntukan dalam ujian mestilah mencakupi 80% daripada pelajar dapat menjawab

soalan. Faktor yang mempengaruhi tempoh masa bagi sesuatu ujian:

a. Jenis Ujian: Soalan subjektif atau soalan objektif

b. Aras perkembangan kognitif pelajar

c. Aras kebolehan pelajar:

Pelajar cemerlang

Pelajar sederhana

Pelajar lemah

d. Penjang dan kompleksnya item: Bilangan item dan penggunaan rangsangan

dalam item

e. Kemahiran yang diuji: Kemahiran meningat boleh menggunakan masa yang

singkat, berbanding item yang memerlukan kemahiran tinggi.

f. Sama ada memerlukan komputasi (kualitatif atau berbentuk kuantitatif)

6.2.6 Menyemak soalan

Menyemak bilangan soalan dengan menjumlahkan semua soalan dalam setiap baris

menegak dan mengufuk dan mencukupi seperti yang dikehendaki. Penyemakan adalah

untuk memastikan soalan selaras dengan kehendak objektif kurikulum.

Contoh Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Contoh 1.

12

Tajuk/ subtajuk Bilangan

soalan

Bilangan

soalan

setiap

tajuk

Markah

Soalan

pendek

(3-7 markah )

Soalan

sederhana

( 8-12

markah )

Soalan

panjang

(13-17

markah)

5. Geometri koordinat 1-2

5.1 Koordinat cartesan satah

5.2 Garis lurus

5.3 Lengkung

6. Fungsi 1-2

6.1 Fungsi dan graf

6.2 Fungsi gubahan

6.3 Fungsi songsang

6.4 Had dan keselanjaran fungsi

7. Pembezaan 1-2

7.1 Terbitan fungsi

7.2 Petua pembezaan

7.3 Terbitan fungsi tersirat dan

fungsi yang ditakrifkan secara

berparameter

7.4 Penggunaan pembezaan

8. Pengamiran 1-2

8.1 Kamiran fungsi

8.2 Teknik pengamiran

8.3 Kamiran tertentu

8.4 Penggunaan pengamiran

Tajuk 5 hingga 8 3 2 1 6 = 50

Jumlah soalan 6 4 2 12

Jumlah markah = 30 = 40 = 30 100

Nota :

13

1. Soalan yang melibatkan fungsi algebra dan fungsi eksponen/logaritma perlu diliputi.

( Elok diliputi juga soalan yang melibatkan fungsi trigonometri )

2. Setiap soalan berperingkat kemahiran II atau III

(Peringkat I : pengetahuan, peringkat II : pemahaman dan aplikasi, peringkat III :

analisis, sintesis dan penilaian)

3. Soalan disusun mengikut peruntukan markah dari markah terendah ke markah

tertinggi.

Contoh 2

Peringkat Kemahiran

Tajuk dan subtajuk I II III

Bilangan

soalan

%

Bilangan

Soalan

M P S M P S M P S

A. BIOLOGI MOLEKUL DAN SEL

1. Bahan-bahan kimia asas dalam sel 6-8 12-14

2. Struktur sel dan organel

3. Kawalan dalam sel

B. ENERGETIK

4. Fotosintesis 3-5 6-10

5. Respirasi

6. Nutrisi

C. PERTUKARAN GAS,

PENGANGKUTAN DAN HOMEOTASIS

7. Pertukaran gas 7-9 14-18

8. Pengangkutan

9. Homeotasis

D. KAWALAN DAN KOORDINASI

10. Sistem kawalan 4-6 8-12

11. Hormon / Koordinasi kimia

E. SISTEM KEIMUNAN

14

12. Keimunan 1-2 2-4

F. PEMBIAKAN, PERKEMBANGAN

DAN PERTUMBUHAN

13. Pembiakan 3-5 6-12

14. Perkembangan

15. Pertumbuhan

G. GENETIK

16. Genetik pewarisan 10-12 20-24

17. Mutasi

18. Genetik populasi

19. Pengawalaturan dan

pengekspresan gen

20. Teknologi genetik moden

H. TAKSONOMI, KEPELBAGAIAN DAN

TEORI EVOLUSI

21. Taksonomi 3-5 6-10

22. Kepelbagaian

23. Variasi dan Teori Evolusi

I. EKOLOGI

24. Ekosistem 5-7 10-14

25. Ekologi kuantitatif

Jumlah soalan 14-16 24-26 9-11 50

Peratusan 28-32 48-52 18-22 100

Nota

I : Pengetahuan Verbal : (21-23)

II : Pemahaman dan Aplikasi Padanan : (9-11)

III : Analisis, Sintesis dan Penilaian Bergambarajah : (7-9)

M - Mudah Berjadual : (4-6)

P - Sederhana Berangka : (2-4)

S - Sukar Bergraf / carta : (1-3)

15

Contoh 3

Aras Kemahiran Jumlah

Kandungan Pengetahua

n

Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian %

M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S

Lembangan

dan istilah

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10

( 20% )

Konsep

kedudukan

kordinat

1 1 1 1 1 1 2 2 2 1 1 1 15

( 30 % )

Faktor cuaca

dan

pengaruhnya

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 11

( 22 % )

Kegiatan

ekonomi

1 1 1 1 1 1 2 2 1 2 1 14

( 28 % )

1 2 1 2 3 2 4 3 2 6 4 1 6 4 2 4 3

Jumlah % 3

( 6 % )

6

( 12 % )

9

( 18 % )

12

( 24 % )

11

( 22 % )

9

( 18 % )

50

( 100% )

M = Mudah Sd = Sederhana S = Sukar

16

6.3 Membina dan menyemak item

Pembinaan item dilakukan oleh pakar-pakar dalam mata pelajaran berkenaan. Pembina

item atau turut di kenali sebagai penggubal akan membuat soalan berdasarkan sukatan

pelajaran dengan mengambil kira kehendak JPU dari segi kandungan dan kemahiran

yang hendak diuji. Secara umumnya, kriteria yang perlu ada pada seseorang penggubal

ialah:

(i) menguasai isi kandungan silibus, termasuklah kesedaran tentang sebarang

kesukaran yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai mata pelajaran,

kesedaran tentang kekeliruan atau kesilapan yang lazim dibuat oleh pelajar

(penting untuk membina distraktor dalam soalan aneka pilihan), dan kesedaran

tentang kesukaran bandingan antara tajuk- tajuk yang ada. Kesedaran itu

penting kerana sampel soalan perlu didasarkan pada kesukaran bandingan

yang ada supaya kertas soalan tidak menjadi terlalu mudah atau terlalu susah,

(ii) mempunyai objektif pendidikan yang rasional supaya dapat membezakan

antara perkara yang penting diketahui oleh pelajar dengan perkara yang

remeh-temeh yang tidak perlu diuji,

(iii) memahami dan menyedari tahap pendidikan pelajar supaya soalan yang

dibina dapat disesuaikan dengan kemampuan mental pelajar tanpa

menjejaskan standard soalan. Ini penting untuk mengelakkan sebarang

perkara yang menimbulkan keraguan atau perkara di luar liputan sukatan

pelajaran,

(iv) mahir dalam perhubungan verbal supaya soalan yang ditulis tepat maknanya

secara eksplisit dan implisit dan betul jalan bahasanya; kesilapan tafsiran

kerana penggunaan kata-kata atau ungkapan yang kurang tepat dalam soalan

esei dapat dibetulkan dengan mengubahsuaikan skema pemarkahan tetapi

dalam soalan aneka pilihan, ubahsuaian ini tidak dapat dilakukan,

(v) mahir dalam teknik menulis soalan dengan menggunakan imaginasi dan daya

cipta sendiri.

17

Tujuan pembinaan item di lakukan adalah untuk mengesan hasil pembelajaran yang

patut dikuasai dan diperolehi serta menentukan penempatan murid mengikut kelebihan.

Seterusnya ia merupakan tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara langkah-langkah dalam membina

dan menyemak item soalan ialah: 

(i) Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji

(ii) Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran

(iii) Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran

(menggunakan taksonomi Bloom)

(iv) Tentukan bilangan item mencukupi untuk mengukur pencapaian murid.

(v) Semak semula jenis item yang telah ditetapkan samada menepati kehendak

objektif kurikulum.

(vi) Kandungan ujian mestilah berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian

sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan meliputi:

i – skop atau kedalamannya

ii – bilangan item untuk setiap tajuk

iii –wajaran

(vii) Jenis dan jumlah item adalah berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa

yang mengambil ujian, jenis soalan samada item objektif atau subjektif dan

aras kesukaran.

(viii) Peratusan item mengikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran

bagi setiap tajuk.

6.3.1 Jenis-jenis item

Item terbahagi kepada dua iaitu item jenis objektif dan item jenis subjektif. Item jenis

objektif merupakan satu item yang mempunyai penskoran yang tetap, tekal dan tanpa

keraguan tentang jawapan yang akan diperiksa. Item jenis subjektif pula,

mengkehendaki pelajar menulis jawapannya dan bukannya memilih jawapan daripada

beberapa alternatif yang diberikan.

18

6.3.2 Item jenis objektif

Terdapat beberapa jenis item yang boleh di bina dalam item jenis objektif seperti:

(i) Item objektif pelbagai pilihan.

Item yang sering digunakan dalam ujian pencapaian di peringkat sekolah

rendah, sekolah menengah atau institut pengajian tinggi ialah item beraneka

pilihan. Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan

soalan dan jawapan pilihan. Stimulus adalah bahagian soalan yang

mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan, mungkin

berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan. Stem adalah bahagian soalan

yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak

lengkap atau soalan. Jawapan pilihan adalah bahagian soalan yang

mengandungi beberapa pilihan jawapan, yang biasanya berbentuk angka,

simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.

Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga

dijawab oleh pelajar, tetapi mudah diperiksa iaitu boleh diperiksa oleh

komputer dengan menggunakan borang OMR. Pelajar mendapati soalan

beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei, kerana mereka

perlu mengetahui jawapan secara tepat. Berikut adalah 9 prinsip untuk

menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan.

(i) Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang

betul atau paling tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan

yang diberi adalah betul.

(ii) Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan

tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk

memahaminya.

(iii) Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan,

tetapi dimasukkan dalam badan soalan.

(iv) Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap

jawapan yang diberikan adalah munasabah.

19

(v) Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut

sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan

betul.

(vi) Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak

memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan betul.

(vii) Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas”

sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak

mudah memilih jawapan betul.

(viii) Aras kesukaran setiap soalan perlu setara. Jawapan pilihan boleh

disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu

sistem susunan jawapan pilihan.

(ii) Item betul-salah

Item ini turut terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, pernyataan dan

jawapan pilihan yang berbentuk “Betul” atau “Salah”. Item jenis ini amat sesuai

digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama

ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu. Berikut adalah

8 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah:

(i) Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda (√)/B bagi

jawapan yang betul atau S/(X) bagi jawapan yang salah.

(ii) Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-

bunga”,supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

(iii) Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak

mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka

jawapan.

(iv) Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan

maksud pernyataan), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran

yang sama.

(v) Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas

betul atau yang jelas salah.

20

(vi) Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang

daripada yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka

jawapan.

(vii) Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah”

dalam pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

(viii) Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan

bilangan pernyataan yang salah untuk mengelak daripada pelajar

meneka jawapan.

(iii) Item padanan

Item ini terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh

pelajar. Kedua-dua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan,

konsep, prinsip atau pernyataan. Pembina item perlu memastikan maklumat

dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam

set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar

mengaitkan fakta dan konsep. Berikut adalah enam prinsip untuk

menyediakan soalan berbentuk padanan:

(i) Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu

persatu atau padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud

sahaja.

(ii) Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak

“berbunga bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

(iii) Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara (seperti bilangan

perkataan),supaya setiap perkaitan mempunyai aras kesukaran yang

sama.

(iv) Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan

padanannya supaya pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.

(v) Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu

maklumat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

21

(vi) Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan),

supaya pelajar tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari

padanan.

6.3.3 Item jenis subjektif

Item jenis subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak

spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektiviti

dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan

kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Justeru itu, item ini sesuai untuk mengukur tahap

kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis,

membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan yang memerlukan kemahiran

berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya

persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut. Item subjektif

ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana atau panjang.

Prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi ketiga-tiga kategori soalan

tersebut. Berikut adalah tujuh prinsip am untuk menyediakan soalan berbentuk esei:

(i) Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya

soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran

tersebut.

(ii) Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu

menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas

jawapan.

(iii) Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya

pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

(iv) Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi

markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

(v) Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur

yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

(vi) Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk

memudahkan penyediaan skema jawapan.

22

(vii) Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada

soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh

diberikan.

i) Kata tugas item subjektif

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang

fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa

menjawab sesuatu item. Kata tugas ini secara langsung akan mengarahkan

pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Oleh

itu, pemilihan kata tugas yang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting.

Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan

menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam

peraturan memberi markah. Jadual menunjukkan kata tugas yang boleh di

gunakan bagi membina item jenis subjektif.

Kata tugas Huraian

Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara

yang dikomunikasikan.

Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan

yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu.

Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik.

Bagaimanaka

h

Memperihalkan atau memberi penerangan tentang keadaan

langkah atau kejadian.

Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih

perkara.

Berapakah Menyatakan kuantiti.

Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih

perkara.

Bilakah Menyatakan masa atau waktu.

Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

23

ii) Jenis-jenis item subjektif

(i) Item esei berjawapan pendek

Item jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu

perenggan) yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan

pendapat, hujah atau idea sendiri. Item bentuk ini amat sesuai untuk

mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah

mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir.

(ii) Item esei berjawapan terbuka

Item bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan

secara bebas, justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada

mereka. Misalnya, pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan

tanggapan, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logik, memberikan

penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau mengaitkan pemikiran dengan

perasaan. Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang

memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti

menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Item

jenis ini juga membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis

dan kreatif.

6.4 Pembinaan skema

Skema merupakan pandu arah, peraturan atau rujukan permarkahan bagi setiap soalan.

Bagi item objektif pelbagai pilihan, jawapan yang di sediakan adalah lebih menjurus.

Namun begitu, bagi item esei berjawapan pendek, penggubal soalan perlu menyediakan

skema jawapan yang merangkumi semua jawapan yang mungkin kerana jawapan yang

di berikan oleh pelajar akan pelbagai. Bagi item esei berjawapan terbuka pula, skema

yang di perlukan hendaklah mengandungi isi-isi penting yang perlu ada, permarkahan

yang jelas, terperinci dan menyeluruh agar penilaian pelajar dapat di buat sewajarnya.

24

6.5 Mentadbir ujian

Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seorang murid atau

sekumpulan murid. Kadang-kadang ujian berkenaan telah dianggap bermutu tetapi

gagal dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh guru atau pihak berkenaan.

Hal ini berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor seperti keadaan ujian yang

dijalankan secara tidak bersesuaian.

Sebelum calon atau murid-murid memasuki bilik peperiksaan atau sebelum ujian

bermula, guru atau pengawas harus menyemak terlebih dahulu bilangan kertas

peperiksaan yang telah disediakan agar mencukupi dengan bilangan calon atau murid-

murid yang mengambil peperiksaan berkenaan.

Arahan ujian boleh dihuraikan berdasarkan dua aspek, iaitu arahan dalam kertas

soalan sendiri dan arahan yang dilakukan oleh pengawas peperiksaan. Setiap kertas

ujian lazimnya mengandungi arahan tentang cara menjawab dan juga masa yang

diperuntukkan menjawabnya. Misalnya arahan tentang bagaimana calon harus

menjawab soalan yang diberikan. Contoh arahan dalam kertas soalan seperti berikut:

(i) Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam kertas

soalan yang disediakan.

(ii) Masa peperiksaan 2 jam.

(iii) Sila isi jawapan pada ruangan yang disediakan.

(iv) Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan.

Arahan yang diberikan oleh guru di luar dari kertas peperiksaan pula dilakukan

setelah murid-murid dibenarkan untuk memasuki dewan atau bilik peperiksaan, ketua

pengawas atau guru bertugas yang bertanggungjawab akan memberikan arahan

tentang ujian yang akan diduduki secara jelas agar calon-calon atau murid-murid dapat

memahami dengan terang arahan yang diberikan. Arahan tentang sesuatu perkara

berkaitan dengan ujian amat wajar diberikan sebelum sesuatu ujian bermula. Hal ini

bertujuan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul pada sebahagian

daripada jawapan yang diberikan oleh murid-murid dan juga mengelak daripada murid-

murid terganggu semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan.

25

Sebagai contoh, seandainya terdapat sebarang kesilapan dalam instrumen

penilaian atau ujian berkenaan, pengawas atau guru bertugas perlu memaklumi terlebih

dahulu kepada murid-murid akan kesilapan yang berlaku dan seterusnya mengambil

tindakan membetulkan kesilapan dalam kertas soalan berkenaan.

6.5.1 Langkah mentadbir ujian

Berikut ialah beberapa langkah yang biasa diamalkan dalam memberikan arahan

kepada calon yang menduduki peperiksaan atau ujian:

(i) Sebelum peperiksaan bermula.

Murid-murid diarahkan untuk memasuki bilik peperiksaan dengan mengambil

tempat yang telah ditetapkan. Murid-murid akan diingatkan supaya tidak

melakukan sebarang kecurangan akademik seperti meniru dalam bilik

peperiksaan. Seterusnya murid-murid akan diarahkan untuk mengisi maklumat

dalam kertas jawapan peperiksaan seperti nama murid-murid. Kemudian guru

akan mengarahkan murid-murid menyemak kertas soalan peperiksaan untuk

memastikan tidak ada sebarang kecacatan pada kertas soalan seperti tidak

cukup muka surat, masalah percetakan atau tersilap mendapat kertas soalan

yang lain.

(ii) Semasa menjawab soalan.

Apabila tepat masa yang ditetapkan, pengawas atau guru perlu memberikan arah

supaya murid mula menjawab dan menyebut juga masa peperiksaan tamat.

(iii) Sebelum tamat peperiksaan.

Dalam tempoh masa peperiksaan akan tamat yang pada kebiasaannya 15 minit

sebelum peperiksaan berakhir, guru perlu mengingatkan kepada calon.

(iv) Selepas peperiksaan tamat.

26

Guru perlu mengarahkan agar murid-murid berhenti menjawab dengan

meletakkan pen atau pensel di atas meja apa bila masa yang ditetapkan telah

tamat. Guru mengarahkan murid duduk di tempat masing-masing sehinggalah

semua kertas jawapan telah dikutip.

6.6 Memeriksa Item

Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan telah dikutip maka guru akan

melaksanakan tugas seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Beberapa perkara

yang perlu diambil kira dalam memeriksa skrip jawapan ialah dari aspek bentuk ujian

yang diberikan kepada pelajar dan jawapan yang diberikan oleh pelajar sama ada

dalam kertas objektif yang disediakan (contohnya, kertas OMR) atau jawapan dalam

bentuk esei. Bagi jawapan dalam bentuk soalan objektif, adalah mudah bagi guru

memeriksa iaitu dengan cara menebuk kertas jawapan “master” dan seterusnya

menanda pada skrip jawapan pelajar. Bagi yang menggunakan kertas jawapan OMR

pula adalah lebih mudah dengan hanya memproses melalui mesin khusus memproses

kertas jawapan OMR. Sebaliknya soalan yang berbentuk esei atau karangan pula

memerlukan guru memeriksa dengan teliti dan tidak boleh disemak oleh sesiapa sahaja

berbanding dengan skrip jawapan objektif. Lazimnya pemeriksaan skrip jawapan esei

memerlukan guru-guru yang pakar dalam sesuatu mata pelajaran berkenaan.

Selain itu, objektif sesuatu ujian berkenaan dilaksanakan turut menentukan

kriteria pemeriksaan skrip jawapan. Bagi ujian yang ingin mendapatkan maklumat

berhubung tahap penguasaan murid-murid dalam sesuatu kemahiran sudah tentu

memerlukan guru memeriksa dengan segera agar dapat digunakan bagi tujuan

memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses memeriksa skrip jawapan,

guru juga mungkin berhadapan dengan kekangan atau prosedur tertentu yang wajar

dipatuhi. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemeriksaan sesuatu kertas

jawapan. Justeru, guru perlulah mendapatkan tempat yang sesuai yang boleh bagi

mengelakkan berlakunya gangguan dalam memberikan markah murid.

27

Bagi memastikan pemeriksaan kertas jawapan agar lebih objektif tanpa

dipengaruhi faktor-faktor yang dinyatakan tadi, maka skrip jawapan perlu disediakan

sebagai panduan kepada guru untuk memeriksa skrip jawapan peperiksaan. Dalam

memberikan markah pelajar, kekadang guru mengambil masa yang begitu lama untuk

memproses. Keadaan ini menimbulkan rasa risau di kalangan murid dan menimbulkan

rasa tidak puas hati dengan gred yang diperolehi. Keadaan ini jelas menunjukkan

betapa guru dan pelajar amat memberikan perhatian sekali berhubung dengan

penyemakan skrip jawapan peperiksaan atau pemarkahan. Pelajar sememangnya

mengambil berat dengan gred yang diperolehi berbanding dengan kemahiran yang

diperolehi oleh mereka. Malah tidak kurang juga sebilangan guru mungkin mengambil

langkah yang salah hasil daripada maklumat yang diperolehi daripada ujian atau

peperiksaan yang dijalankan. Jika ini terjadi adalah suatu tindakan yang tidak bijak atau

langkah yang silap telah diambil. Apa yang harus diambil ialah guru perlu menggunakan

maklumat yang diperolehi bagi meningkatkan pencapaian murid pada masa hadapan

dengan memberikan kelas-kelas pemulihan atau aktiviti tambahan kepada murid-murid.

Skor yang diperolehi oleh seseorang murid adalah bergantung kepada prestasi

jawapan yang diberikan dalam setiap soalan yang dijawab. Di samping prestasi

menjawab skor yang diperolehi juga dipengaruhi oleh cara pemarkahan oleh guru atau

pemeriksa. Pada umumnya dalam sesuatu peperiksaan atau ujian, penggubal soalan

atau guru akan menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan bagi memeriksa

skrip jawapan murid-murid. Skema pemarkahan perlu disediakan oleh guru dengan

lebih awal supaya ia dapat membantu guru mengenal pasti soalan yang mungkin perlu

diperbaiki atau dibuang.

Dalam usaha menyediakan skema pemarkahan bagi memeriksa kertas jawapan,

tiga aspek yang perlu diberikan perhatian oleh guru atau penyedia skema pemarkahan,

iaitu:

(i) Kandungan – mencakupi aspek maklumat atau pengetahuan yang

berkaitan;

(ii) Pengelolaan – aspek penggunaan bahasa – lancar, tepat dan matang.

(iii) Proses – aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian

dan daya kreatif menjawab.

28

6.7 Analisis Item

Analisis item merupakan satu proses mengenalpasti dan memilih item- item yang

berfungsi setelah item- item diprauji terlebih dahulu untuk mengetahui statistik bagi

setiap item berkenaan.

(i) Item boleh dianalisis, secara empirikal, berdasarkan jawapan yang diberi

untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan item.

(ii) Hasil item analisis boleh digunakan untuk memperbaiki kualiti item

berkenaan.

(iii) Sesuatu item objektif aneka pilihan boleh dianalisis untuk mendapatkan

maklumat berikut.

a) Indeks kesukaran (p)

b) Indeks diskriminasi (D)

c) Keberkesanan distraktor (penggangu)

Terdapat beberapa kepentingan menganalisi item, antaranya ialah ;

(i) Mengkaji ciri item sama ada sesuai atau tidak untuk dijadikan alat

mengukur penguasaan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Menentukan kualiti item yang melibatkan kesahan dan kebolehpercayaan

item.

(iii) Mengenalpasti item yang sukar atau yang senang dan item yang boleh

membezakan antara murid yang berpencapaian tinggi dan rendah.

(iv) Menambahkan koleksi item yang baik untuk disimpan dalam bank item

bagi tujuan penggunaan semula.

Keberkesanan fungsi setiap item boleh dilihat melalui dua segi iatu kesukaran

sesuatu item dan kuasa diskriminasi sesuatu item. Untuk menentukan kesukaran

sesuatu item biasanya dijalankan selepas pelajar menjawab keseluruhan item dengan

menggunakan formula statistik tertentu. Kaedah mengunakan “expert judgment”

berdasarkan formula berikut mungkin boleh membantu guru-guru.

29

P = Bilangan calon yang memberi jawapan yang betul Jumlah calon yang menjawab item

(i) Semasa ingin menetapkan aras item yang dibina, guru perlu

mengandaikan berapa peratuskah bilangan pelajar yang mampu

menjawab item tersebut.

(ii) Andaikan untuk satu item tertentu misalnya, 30 orang daripada 40 orang

pelajar yang mampu menjawab dengan betul. Pengiraannya adalah seperti

persamaan berikut:

p = 30

40

p = 0.75 * Aras rendah/ mudah

(iii) Justeru, item yang sukar mempunyai nilai peratus pelajar menjawab yang

rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai peratus pelajar

menjawab yang tinggi.

(iv) Sebagai panduan, aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut nilai p

seperti berikut:

(v) Aras kesukaran item

Nilai (p) Pengkelasan Item

0.00 – 0.20 Terlalu sukar

------------------------------------------

0.21 – 0.40 Sukar

0.41 – 0.60 Sederhana sukar

0.61 – 0.80 Mudah

0.81 – 1.00 Terlalu mudah

30

(vi) Ramai yang silap menyangka bahawa kata tugas dan konstruk adalah

elemen utama menentukan aras item. Ingatlah bahawa kata tugas dan

konstruk hanyalah merupakan alat/ elemen yang boleh disesuaikan

dengan aras sesuatu item. Sebenarnya, peratus pelajar menjawab betul

adalah lebih tepat untuk digunakan bagi menentukan aras kesukaran item.

6.7.1 Indeks Diskriminasi (D)

(i) Indeks diskriminasi merupakan satu petunjuk kuat untuk menunjukkan kualiti

sesuatu item bagi ujian rujukan norma.

(ii) Secara ringkas, indeks diskriminasi memberitahu kita setakat mana sesuatu

item dijawab dengan betul oleh pelajar yang berkebolehan tinggi (iaitu, yg

mendapat markah tinggi dalam ujian itu).

(iii) Indeks diskriminasi menggambarkan pertalian antara skor item dengan skor

ujian.

(iv) Satu daripada cara-cara untuk menentukan indeks diskriminasi ialah dengan

mengira koefisien korelasi antara skor ujian pelajar dengan skor mereka pada

item berkenaan.

(v) Item yang mendiskriminasi secara positif menunjukkan bahawa item itu

dijawab dengan betul oleh lebih ramai pelajar yang mendapat markah tinggi

dalam ujian itu daripada pelajar-pelajar yang mendapat markah rendah.

(vi) Item yang mendiskriminasi secara negatif menunjukkan bahawa item itu

dijawab dengan betul oleh lebih ramai pelajar yang mendapat markah rendah

dalam ujian itu daripada pelajar-pelajar yang mendapat markah tinggi.

(vii) Item yang tidak mendiskriminasi adalah item yang tidak menunjukkan

perbezaan kadar menjawab betul antara kumpulan pelajar yang mendapat

markah tinggi dengan kumpulan pelajar yang mendapat markah rendah;

(viii) Untuk ujian rujukan norma :

a) item yang baik adalah item yang dapat mendiskriminasi pelajar secara

positif.

31

b) item yang tidak mendiskriminasi adalah item yang kurang baik dan perlu

diubahsuai.

c) item yang mendiskriminasi secara negatif adalah item yang tidak baik dan

tidak sesuai dimasukkan dalam mana-mana jenis ujian.

6.7.2 Prosedur untuk Menentukan Indeks Diskriminasi

(i) Periksa semua kertas jawapan untuk semua pelajar.

(ii) Susun kertas jawapan mengikut skor ujian dari tinggi ke rendah.

(iii) Bahagikan kertas jawapan kepada kumpulan atas (A) dan kumpulan bawah

(B), setiap kumpulan mempunyai bilangan kertas jawapan yang sama.

(Sekiranya bilangan kertas jawapan adalah nombor gangil, kertas jawapan

tungggal yang terdapat di tengah-tengah itu boleh ditinggalkan).

(iv) Hitungkan kadar pelajar (PA) dalam kumpulan atas (A) yang dapat menjawab

dengan betul.

(v) Hitungkan kadar pelajar (PB) dalam kumpulan bawah (B) yang dapat

menjawab dengan betul.

(vi) Hitungkan Indek Diskriminasi (D) dgn formula berikut:

D = PA - PB

Contoh:

30 pelajar dalam kelas dibahagikan kepada kumpulan atas dan kumpulan

bawah mengikut markah ujian, setiap kumpulan mempunyai 15 pelajar;

Didapati 12 orang dalam kumpulan atas menjawab Item Q dengan

betul; manakala hanya 6 orang sahaja dalam kumpulan bawah yang

menjawab item itu dengan betul. Indeks diskriminasi dapat dihitung

seperti berikut:

32

PA = 12/15 = 0.80; PB = 6/15 = 0.40;

D = PA - PB

= .80 - .40

= 0.40

Maka indeks diskriminasi D bagi Item Q ialah 0.40.

Ebel (1979) mencadangkan garis panduan berikut untuk menilai

keberkesanan diskriminasi item

Indeks Diskriminasi Penilaian Item

0.4 ke atas Dapat mendiskriminasi dengan baik; suatu item

yang baik

0.3 – 0.39 Kebolehan utk mendiskriminasi adalah ederhana;

kualiti item adalah sederhana.

0.2 – 0.29 Kualiti item boleh diterima; biasanya memerlukan

penambahbaikan.

0.19 ke bawah Kualiti kurang baik; perlu diubahsuai.

Pertalian antara Kuasa Diskriminasi dgn Kesukaran

(i) Kebolehan sesuatu item utk mendiskriminasi (membezakan pelajar)

adalah bergantung kepada indeks kesukaran item itu.

(ii) Item yang amat sukar atau yang amat senang tidak dapat

mendiskriminasi pelajar.

Keberkesanan Distraktor (Penggangu)

Analisis distraktor dapat memberi maklumat mengenai keberkesanan

distraktor-distraktor (penggangu) yang digunakan dalam sesuatu item.

33

Untuk menganalisis distraktor bagi sesuatu Item Q:

(i) Pelajar dalam kumpulan atas (A) yg memilih setiap distraktor

(penggangu) sebagai jawapan yg betul ditentukan dengan

menyemak kertas jawapan kumpulan atas yang telah diasingkan

terlebih dahulu.

(ii)Pelajar dalam kumpulan bawah (B) yang memilih setiap distraktor

sebagai jawapan yang betul juga ditentukan.

Jadual berikut menunjukkan hasil analisis tersebut:

Indeks

Kesukaran, p = (5+10)/30

= 0.5

Indeks Diskriminasi, D = (5/15) – (10/15)

= 0.33 – 0.66 = -.33

6.8 Pelaporan

Pelaporan penilaian merujuk kepada markah atau skor dan penilaian terhadapnya

dilaporkan. Pelaporan ialah proses penyampaian maklumat penilaian dari masa ke

semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian

murid. Antara tujuan pelaporan adalah :

(i) Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap

pengajaran guru

(ii) Sebagai alat mencari punca kelemahan murid

Item Q Pilihan Jawapan

Omit A B C D

Kumpulan Atas (15 pelajar) 0 2 5 0 8

Kumpulan Bawah (15

pelajar)

1 4 10 0 0

34

(iii) Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru

(iv) Menilai prestasi dan kemajuan pelajar

(v) Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar

(vi) Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan

(vii) Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak

dalam peperiksaan besar

(viii) Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid

(ix) Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah

terbaik

(x) Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan

(i) Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap

konsep dan kemahiran. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan

laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses

pembelajaran

(ii) Megesahkan suatu paras pencapaian pelajar

(iii) Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional

lain untuk membimbing pelajar secara individu

(iv) Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.

Antara penerima pelaporan adalah seperti berikut :

Penerima

pelaporan

Tujuan

Guru Membuat keputusan tentang sukatan pelajaran, kaedah pengajaran

dan pembelajaran

Mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar.

Pelajar Mengulangkaji tajuk yang tidak dikuasai.

Mengetahui kemajuan akademik dari masa ke semasa.

Menunjukkan kelemahan / kemajuan pelajar.

Ibubapa Membantu anak-anak dalam pelajaran seperti menghantar kelas

tambahan, mengubah perlakuan anak.

Mengeratkan hubungan dengan sekolah.

35

Kaunselor Memberi bimbingan ddan kaunseling.

Memberi motivasi.

Menasihati pelajar dalam bidang yang sesuai dengan pencapaian.

Guru besar/

pengetua

Merancang program sahsiah kepada pelajar

Menentukan keberkesanan program.

PPD Meningkatkan program kecemerlangan sahsiah pelajar antara

sekolah-sekolah.

Bakal majikan Mendapat maklumat pelajar untuk diterima sebagai pekerja.

Antara bentuk pelaporan penilaian ialah:

(i) Gred/peratus yang berbentuk nombor 0-100%

(ii) Gred abjad iaitu A,B,C,D,E

(iii) Gred lulus / gagal : contohnya markah 50% keatas adalah markah lulus

(iv) Senarai semak : contohnya gred E adalah sangat lemah, gred D adalah lemah,

gred C adalah memeuaskan, gred B adalah baik dan gred A adalah sangat

baik/cemerlang.

(v) Penjelasan bertulis : contohnya memberi gred dan membuat penjelasan serta

komen berdasarkan gred yang diberikan.

(vi) Perjumpaan ibubapa dimana perbincangan yang melibatkan guru, murid dan

ibubapa berkait dengan pencapaian yang diperolehi semasa penilaian atau

peperiksaan

36

Rujukan

Gronlund, N.E. ( 1997 ). Constructing Achievement Test, Prentice-Hall International INC

London.

Hopkins, K. D., Stanley, J. C.( 1981 ), Educational and Psycological Measurement and

Evaluation, 6 ed. Prentice-Hall International INC London

Lien, A. J.( 1980 ) Measurement and Evaluation of Learning, Forth Edition. Wm. C.

Brown Company Pub. Lowa.

Lembaga Peperiksaan Malaysia ( 2004 ). Pembinaan skema. Kuala Lumpur.

Mohd Najib Abdul Ghafar ( 1997 ). Pembinaan dan analisis ujian bilik darjah. Skudai,

UTM.

Tuckman, B. W. (1975) Measuring Education Outcomes, Fundamentals of Teaching,

Harcourt Rbace Jovanovich, Inc. N

Kubiszyn, T. & Borich, G. 1996. Educational Testing and Measurement – Classroomn

Application and Practice. Fifth Edition. New York: HarperCollin College

Publishers

Yusof, N., Hamdan A. R., & Nasir, A. H. (2007). Penjanaan Soalan Formatif Dalam

Sistem Pelajaran Penguasaan Secara Latih Tubi Di Persekitaran Web. Jurnal

Teknologi Maklumat & Multimedia 4: 93-113.

Nordin, M. S. (2002). Pengujian dan Pentafsiran di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia.

Bakar, B. A (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantum Books.

Kementerian Sumber Manusia Malaysia. (2010). Panduan Pembinaan Item Latihan

Kemahiran. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Penilaian Pengendalian Sekolah.. Kuala

Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

37