perang candu 1-kumpulan
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Kekayaan hasil bumi serta kawasan yang luas di china menyebabkan negara ini tidak bergantung dengan kuasa
luar seperti negara-negara yang lain. Konsep “middle kingdom” memandang rendah terhadap kuasa luar dan
menganggap mereka sebagai barbarian iaitu orang yang kasar dan jahat. abad ke-19, berlaku peristiwa yang
penting di china iaitu berlakunya perang inggeris-china atau lebih dikenali sebagai perang candu pada tahun
1839-1842 sehingga menyebabkan kedaulatan china mula tergugat disebabkan desakan kuasa barat. China
mulanya mengamalkan dasar pintu tertutup terpaksa menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa luar.
Walaupun kuasa barat berjaya memasuki pasaran china namun, negara china masih berbangga dengan konsep
middle kingdom dan mengabaikan tuntutan-tuntutan yang dilakukan oleh kuasa barat kerana menganggap barat
sebagai orang yang tidak bertamadun serta mempunyai taraf yang berbeza. Keengganan kuasa china memenuhi
tuntutan mencabar kewibawaan kuasa barat dan barat guna kekerasan AGAR bersetuju dan akhirnya china
terpaksa akur dan menerima kemasukan kuasa-kuasa luar.
beri impak yang besar dalam diri masyarakat china kerana telah kalah di tangan masyarakat yang
mereka anggap sebagai barbarian dan terpaksa menerima kemasukan kuasa-kuasa asing. Peristiwa ini turut
memberi impak kepada perjalanan sejarah china selepas itu.
SEJARAH PERANG INGGERIS-CHINA 1 (1839-1942)
Perang Candu dikatakan sebagai permulaan bagi titik peralihan bagi negara China kerana telah merubah negara
China dari zaman tradisional ke era permodenan. Sebelum kedatangan Barat, China telah mengamalkan sistem
pemerintahan bercorak dinasti bermula dari tahun 2205 Sebelum Masihi (Dinasti Hsia) hingga tahun 1911
Masihi (dinasti Manchu).
Zaman kegemilangan negara China semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming dari 1368 sehingga
1644. ketika itu,memiliki angkatan tentera laut yang besar . Zaman Ming China kerana buat pertama kalinya
China menjalinkan hubungan dengan kuasa barat iaitu Portugis.
Rombongan perdagangan Portugis diketuai oleh Tom Pires hanya dibenarkan menjalankan aktiviti
perdagangan di Macao dan Canton sahaja. kerana mendengar berita mengenai tujuan asal pihak Portugis adalah
bertujuan untuk menjajah negara itu. Kedatangan diikuti oleh paderi-paderi Kristian yang dipelopori oleh St.
Francis Xavier dan pada 1577 seramai 44 orang paderi telah tiba di Macao. Kerajaan Ming berikan kebenaran
kepada paderi untuk mengembangkan agama Kristian secara bebas di China.
1
Selain itu, Belanda melakukan beberapa percubaan untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan
negara China. Gagal kerana Portugis telah menghasut orang China supaya tidak mengadakan hubungan
perdagangan dengan Belanda. KERANA Portugis cuba merebut pengaruh perdagangan di Timur daripada
Belanda. Akibatnya Belanda terpaksa berundur dari negara China dan membuka pusat perdagangan di Pulau
Pescadores pada tahun 1624.
Pada 1644, Dinasti Ming digantikan Dinasti Manchu untuk mentadbir negara ChinA. mengekalkan dasar
yang telah dijalankan oleh Dinasti Ming iaitu menjalinkan hubungan perdagangan dengan barat. Pada 1685,
Maharaja Khuang Hsu telah memberi kebebasan serta kelonggaran kepada pedagang-pedagang asing untuk
melawat dan mengadakan hubungan perdagangan dengan mana-mana perlabuhan di negara China. Kebebasan
mengembangkan agama Kristian juga turut diberikan kepada para paderi tanpa dikenakan sebarang sekatan.
Namun, hanya sementara Maharaja Yung Cheng menaiki takhta dan memerintah Krerajaan Manchu.
mengubah dari dasar berbaik-baik dengan Barat kepada sekatan beberapa perkara yang bertentangan dengan
masyarakat China. kerana perselisihan antara Mazhab Franciscan dan Dominician dengan Jesuit maka baginda
telah melarang kemasukan paderi paderi ke negara China. Jesuit yang berpegang kepada kebudayaan tradisional
China telah dikritik oleh kedua-dua mazhab ini. Tetapi hubungan perdagangan masih lagi diteruskan dengan
negara-negara Barat. pada 1729 China masih memberikan kebenaran kepada Belanda dirikan kilang di Canton.
China masih mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugis, Ingeris dan Rusia.
orang barat menganggap hubungan perdagangan yang sedia terjalin merumitkan kerana kepentingan
perdagangan antara China dengan barat amat bertentangan. China amal sistem ekonomi sara diri dan tidak
perlu barangan dari barat. China mampu keluarksegala barangan keperluan yang dikehendaki oleh masyarakat
negara tersebut. Maka menolak segala barangan perdagangan yang telah diperdagangkan oleh pihak barat dan
mempunyai sumber bekalan makanan yang mencukupi bagi rakyatnya.
berbeza dengan barat kerana memerlukan barangan keperluan dari negara China ( teh dan sutera dalam
kuantiti yang banyak akibat daripada permintaan yang tinggi di Britain. Di samping bermulanya Revolusi
Perindustrian mendapatkan bahan mentah yang banyak dengan negara luar bagi bersaing dengan kuasa barat
yang lain untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda terutamanya bagi Inggeris. Namun impian barat
tidak berjaya kerana negara China telah mengamalkan dasar isolasi dan bencikan sebarang bentuk perdagangan
dengan kuasa asing. negara China menganggap mereka sebagai Middle Kingdom sementara negara-negara lain
sebagai barbarian iaitu tidak bertamadun. Oleh itu, China enggan mengadakan hubungan diplomatik atas dasar
sama taraf dengan negara-negara barat.
2
Keangkuhan kerajaan Manchu yang telah mengenakan peraturan-peraturan perdagangan yang ketat telah
mengecewakan pihak barat. Antara peraturan yang telah dikenakan ke atas pedagang barat ialah saudagar barat
dikehendaki untuk membayar cukai yang telah ditetapkan di Canton. Hal yang lebih mengecewakan pedagang
pedagang barat lagi ialah terdapat pegawai pelabuhan yang di panggil Hoppo telah bertindak dengan
mengenakan cukai yang sangat berlebihan ke atas para pedagang barat. menimbulkan rasa tidak puas hati barat
terhadap negara China akibat daripada pelbagai sekatan yang telah dikenakan kepada mereka.
Pada 1759, James Flint telah tiba di Ningpo namun beliau tidak dibenarkan mendarat di perlabuhan
tersebut malah kerajaan Manchu telah mengarahkan supaya kapal-kapal asing hanya bertumpu di Canton. Bagi
menyatakan bantahan terhadap Kerajaan Manchu, Flint telah belayar ke Tientsin dan tindakan beliau itu telah
menyinggung Kerajaan Manchu maka telah menyebabkan beliau dipenjarakan. Maharaja Chien Lung
akhirnyaadakan pelbagai sekatan ke atas para pedagang barat bagi mengawal kegiatan perdagangan mereka di
negara China.
Pelbagai kesulitan telah timbul apabila kerajaan Manchu telah mengambil tindakan tegas dengan
mengetatkan hubungan dengan negara-negara barat terutama dari segi perdagangan. Hal ini kerana pada ketika
ini, pihak barat telah menjalankan kegiatan ekonomi perdagangan bebas di Britain dan amat memerlukan
pelbagai barangan untuk dipasarkan ke negara Britain. Maka pihak barat terutamanya Inggeris telah berusaha
untuk mempengaruhi kerajaan Manchu bagi mengubah dasar mereka yang terlalu ketat ini, namun segala usaha
yang telah dilakukan oleh pihak barat itu tidak berhasil dan menemui kegagalan.
Kedegilan dan keangkuhan negara China telah memaksa pihak Inggeris menggunakan kekerasan dengan
melancarkan perang ke atas China. Dengan itu, tercetuslah Perang Candu Pertama atau Perang Inggeris-China
pada 1839-1842 dan Perang Candu Kedua pada 1856-1860. Perjanjian telah ditandatangani antara pihak
Inggeris dengan China bagi menamatkan peperangan tersebut dan perjanjian itu juga lebih banyak memihak
kepada pihak barat dari segi kepentingan yang diperoleh dari negara China. Perang Candu memberi kesan yang
amat mendalam kepada negara China kerana telah mnjatuhkan maruah negara China di mata dunia serta
bermulanya bibit-bibit kepada kejatuhan Dinasti Manchu.
FAKTOR-FAKTOR PERANG INGGERIS-CHINA 1 (1839-1842)
1. Tekanan dalam Perdagangan.
China enggan adakan hubungan perdagangan berdasarkan prinsip bebas dan sama taraf. mengadakan peraturan
yang menyulitkan saudagar asing di negeri China dan konsep pengasingan dan melarang perdagangan
3
dijalankan secara bebas dan aktif. Amal dasar tutup pintu dan hanya membuka sedikit ruang untuk aktiviti
perdagangan.
orang Cina menganggap perdagangan pekerjaan paling bawah dan Confucuis menekankan pedagang
golongan yang tidak menghasilkan barangan tetapi lebih kepada memeras golongan lain terutamanya petani.
semakin rumi, pegawai Cina mengadakan peraturan sendiri untuk kepentingan mereka sendiri. Walaupun
pedagang asing dibenarkan untuk menjalankan perdagangan mereka di Canton, namun ia terbatas di luar kota.
Saudagar asing dikenakan cara hidup masyarakat kilang yang dianggap sangat menghinakan dan mereka tidak
dibenarkan membawa keluarga masing-masing ke Canton. Mereka juga dilarang untuk memasuki pintu Canton
dan hidup terpencil di kilang-kilang tersebut.
Antara peraturan lain yang perlu dipatuhi oleh pedagang ialah tidak membenarkan mana-mana kapal
belayar dalam Bogue, semua nakhoda kapal dan compradors mesti berdaftar dengan pihak berkuasa China di
Macao, kilang asing tidak boleh mengupah pembantu rumah dan hanya dibenarkan mengambil pekerja lelaki
tidak melebihi lapan orang. Selain itu, masa untuk menjalankan aktiviti perdagangan perlu mengikut kepada
masa yang telah ditetapkan iaitu dari bulan Oktober hingga Januari. Namun, terdapat pandangan yang
menyatakan aktiviti perdagangan adalah bermula pada bulan Oktober hingga Mac.
Cohong merupakan pegawai-pegawai Cina atau kolaborator asingya dilantik oleh kerajaan untuk
menguruskan soal-soal perdagangan. Sistem ini sebenarnya telah wujud sejak Dinasti Ming iaitu semasa
pemerintahan Raja Wang Li (1573-1616). Cohong ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu Wai Yung
Hang yang berurusan dengan Asia Tenggara dan Chao Fu Hang yang berurusan dengan Fukien dan Chao-chow
sehinggalah pada tahun 1720 kerajaan Cina menubuhkan Cohong iaitu Kung Hang. diberi kuasa hak monopoli
perdagangan dimana mempunyai hak, mengenakan cukai barangan, menguruskan tawar-menawar dan
mengedarkan barang dagangan. seringkali mengambil kesempatan dengan menggunakan pemerasan dan
melakukan rasua, sering berhutang dan tidak menyelesaikan hutang itu dengan sempurna.
2. Keenggana Kerajaan Cina Mengadakan Hubungan Diplomatik.
Selain soal perdagangan, pihak Inggeris dan negara-negara barat merasa perlu untuk mengadakan hubungan
diplomatik dengan negara China. kerajaan Cina tetap enggan untuk menjalankan sebarang urusan dengan
negara luar. Kegagalan pihak Inggeris untuk mendapatkan pengiktirafan dari kerajaan Cina dapat dilihat melalui
rombongan perwakilan Inggeris yang dihantar ke Cina telah mengalami kegagalan. pada tahun 1792, King
George III telah menghantar Lord Macartney ke negeri Cina untuk berunding tentang perkara-perkara mengenai
perdangangan dan hubungan diplomatik.
4
Macartney telah membawa surat rasmi dari Raja England untuk disampaikan kepada Maharaja Cina
mengenai perkara tersebut. Walaupun rombongan Macartney mendapat sambutan yang baik, namun beliau
enggan untuk melakukan adat menyembah iaitu kowtow kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan adat di
negaranya. Kowtow dilakukan dengan melakukan penjilatan dan menyentuh kepala mereka di lantai. Beliau
juga tidak dapat menerima tanggapan bahawa perwakilannya dan hadiah yang diberi kepada Maharaja sebagai
tanda mengakui dan tunduk kekuasaan kerajaan Cina. Hal ini telah menimbulkan kemarahan kepada Maharja
Chin Lung sekali gus telah menolak perwakilan Macartney.
Pada tahun 1816, kerajaan Inggeris menghantar pula rombongan yang diketuai oleh Lord Amherst.
Rombongan Amherst tidak singgah di Canton sebaliknya terus menuju ke Tientsin. Hal ini menyebabkan
Maharaja Cina mengeluarkan pernyataan yang tegas iaitu sekiranya Amherst akur kepada perintah, beliau
dibenarkan datang ke Peking untuk mengadap namun jika membantah terhadap perayaan menyembah, beliau
hanya diberi sambutan yang sederhana. Oleh itu, rombongan ini tetap juga mengalami kegagalan dan Amherst
pulang ke England pada bulan Januari 1817.
Pada tahun 1834, kerajaan Inggeris telah mengambil keputusan untuk meneruskan lagi perundingan
dengan kerajaan Cina. Pada masa yang sama Ingeris mendapat saingan hebat dari negara-negara barat
terutamanya Amerika Syarikat. Lord William John Napier telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Perdagangan
Inggeris ke negeri Cina namun kedatangan beliau menyebabkan perselisihan dengan pihak berkuasa Canton
yang sengaja mencari jalan supaya perwakilan Napier tidak dapat mengadakan perundingan dengan rasmi.
Beliau dikatakan telah melanggar peraturan dimana kapal-kapal asing hendaklah terlebih dahulu singgah di
Macao sebelum ke Canton.
Tindakan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Cina tidak mahu menerima sebarang perwakilan. Hal ini
demikian kerana, kerajaan Cina menganggap bahawa jika diterima perwakilan asing, secara tidak langsung
mereka juga perlu mengakui persamaan taraf dengan negara berkenaan sedangkan kerajaan Cina inginkan
negara lain mengaku tertakluk di bawak kekuasaan mereka. Oleh itu, perundingan yang cuba dijalankan oleh
Napier ini turut mengalami kegagalan dan beliau telah berundur ke Macao serta meninggal pada bulan Oktober
1834 lalu diganti pula oleh L.V. Davis.
3. Masalah Keadilan.
Antara masalah besar yang dihadapi oleh inggeris dan negara-negara barat yang lain ialah masalah undang-
undang dan keadilan. Hal ini demikan kerana, konsep keadilan di China berbeza dengan konsep keadilan di
Negara lain. Melalui undang-undang Cina, seseorang tahanan itu didapati bersalah sehingga ia dapat
membuktikan bahawa ia tidak bersalah. Sebaliknya di barat, seseorang tahanan itu belum lagi bersalah sehingga
ia diadili dan pihak mahkamah hanya menjatuhkan hukuman jika ia didapati bersalah. Hukuman yang
5
dikenakan oleh pihak Cina dianggap tidak adil dan tidak berperikemanusiaan dimana hukuman yang dijatukan
kepada orang asing adalah hukuman mati seperti dicekik sampai mati. Selain itu, kerajaan China telah
menguatkuasakan peraturan bahawa orang asing yang melakukan kesalahan akan diadili mengikut undang-
undang Cina.
Peristiwa penembakan kapal Lady Huges memberi amaran tentang sistem keadilan di China. Pada 24
November 1784, kapal Lady Huges telah berlabuh di Canton dan melepaskan tembakan pemghornatan. Namun
tembakan itu dengan tidak sengaja telah mencederakan tiga orang Cina dan dua orang daripadanya telah
meninggal dunia. kerajaaan Cina mendesak supaya anak kapal yang terlibat diserahkan kepada mereka dengan
mengugut jika tidak menyerahkan kepada mereka, pihak Cina akan menyerang kilang-kilang Inggeris dan
memutuskan hubungan perdagangan. Akhirnya, pihak Inggeris telah menyerahkan anak kapal namun mereka
telah dihukum bunuh iaitu dicekik sampai mati. Peristiwa yang sama turut berlaku pada tahun 1821 iaitu
peristiwa Terranova. Teranova merupakan seorang bangsa Itali yang bekerja di kapal Amerika dan telah
dituduh bertanggungjawab terhadap kematian seorang wanita Cina. Beliau juga telah menerima nasib yang
sama semasa peristiwa Lady Huges. berdasarkan dua peristiwa tersebut, pihak barat berpendapat perlulah
dihapuskan tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut dan digantikan dengan sistem keadilan seperti di barat.
4. Masalah Candu
Saudagar-saudagar barat memerlukan barang-barang dari negeri Cina seperti teh dan sutera. namun, masyarakat
Cina mengamalkan sistem ekonomi sara diri yang tidak mementingkan perdagangan. Mereka bersikap
konservatif dan tidak mahu membeli barang-barang dari negara asing kerana menganggap bahawa orang asing
adalah barbarian. wang perak Inggeris mengalir masuk ke China. Kerugian oleh pihak Inggeris ini meyebabkan
mereka mengambil tindakan dengan menjalankan perdagangan candu yang dilihat dapat memberi keuntungan
besar kepada mereka. Namun, candu bukanlah satu-satunya isu yang melampui batas yang menjadi sebab
kepada Peang Candu I.
Inggeris telah membawa masuk candu dari India dan Turki dengan banyaknya ke negeri China. Candu
yang lebih menguntungkan adalah dari Bengal yang mempunyai nilai yang lebih tinggi sehingga menjadi
tempat kedua selepas perdagangan kapas. Pengedaran candu ke China dijalankan oleh kumpulan yang dikenali
sebagai Yao-kao yang bergerak ke kota-kota besar. Kemasukan candu telah membawa keutungan kepada
Syarikat Inggeris kira-kira 10 juta rupee sehingga pada tahun 1838 keuntungan telah meningkat kepada 30 juta
rupee. Kerajaan Cina telah menganggap candu sebagai masalah serius kerana masalah moral dan kesihatan
orang Cina.
6
perdagangan candu yang dibawa masuk ke China telah menyebabkan kerugian kepada ekonomi Cina
kerana banyak matawang perak mengalir keluar. Hal ini telah menimbulkan bantahan oleh beberapa orang
pegawai Cina seperti Hsu Nai-chi dan Huang Chueh-tzu lalu Maharaja Tao Kuang mengambil keputusan
memgharamkan perdagangan candu.
Pada 1838 arahan dikeluarkan ,hukuman berat akan dikenakan kepada sesiapa yang terlibat dalam
perdagangan candu. Walaubagaimanapun, perdagangan semakin berkembang kerana rasuah dalam pegawai-
pegawai Cina. Bagi menghapuskan perdagangan candu, kerajaan Cina telah melantik Lin Tze Hsu, Viceroy
Hunan dan Husei sebagai Pesurhjaya Tinggi di Canton., langkah pertama mengarahkan semua saudagar asing
dan orang-orang Cina tempatan menyerahkan candu yang ada pada mereka. Mereka menandatangani surat
akuan yang memberi jaminan bahawa mereka tidak akan terlibat dengan perdagangan candu. Sebagai balasan
kepada candu yang diserahkan, pihak berkuasa akan menggantikannya dengan teh dan jumlahnya bergantung
kepada jumlah candu yang diserahkan.
Sesungguhnya tarikh penyerahan candu telah tamat pada 21 Mac 1839, namun sebilangan kecil sahaja
candu yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa Cina. Usaha-usaha Lin untuk meminta kerjasama daripada
pihak Inggeris ternyata mengalami kegagalan kerana pihak Inggeris tidak memberi kerjasama seperti yang
diharapkan. Oleh itu, Lin mengarahkan supaya diberhentikan hubungan perdagangan dengan Inggeris. Bekalan-
bekalan yang diperlukan oleh kilang-kilang asing terutamanya Inggeris hendaklah disekat menyebabkan
tiadanya perhubungan antara pedagang dengan kapal masing-masing. menimbulkan rasa bimbang Inggeris dari
segi keselamatan. Kapten Charles Elliot telah mengarahkan supaya semua candu hendaklah diserahkan kepada
pihak berkuasa Cina. Pihak Inggeris telah menyerahkan lebih daripada 20 buah peti bernilai kira-kira 6 juta.
Kerjasama daripada pihak Inggeris ini telah menyebabkan tindakan untuk mengepung kilang-kilang Inggeris
dibatalkan.
Lin telah mengadakan satu pesta musnah candu di Hu-men dan meminta saudagar asing
menandatangani surat tidak akan menjual candu. Namun begitu, Kapten Elliot tidak dapat menandatangani
perjanjian kerana tidak berani memberi jaminan kerana beliau sendiri sukar untuk mengawal saudagar-
saudagar perseorang yang menjalankan perdagangan candu secara pasar gelap. Hal ini menyebabkan
perhubungan antara Kapten Elliot dengan Lin menjadi genting. Lin telah melarang penjualan barang-barang
makanan dan keperluan kepada Inggeris di Macao dan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa Portugis
supaya mengusir Inggeris menyebabkan orang Inggeris terpaksa meninggalkan Macao lalu berpindah ke Hong
Kong.
Peperangan antara Inggeris dengan Cina tidak dapat dielakkan lagi. Satu pertempuran berlaku apabila
pada 3 November 1839, kapal perang Inggeris HMS Volage telah menembak kapal Royal Saxon yang juga
7
kepunyaan Inggeris keana tidak bersetuju dengan tindakan Eliiot yang melarang untuk diadakan hubungan
perdagangan dengan Negara China. Dalam hal ini, kapal perang Cina pimpinan Laksamana Kuan telah
bertindak untuk membantu Royal Saxon. dengan ini berlakulah pertempuran laut antara kapal perang Inggeris
dengan Cina. Laksamana George Elliot, ketua turus angkatan laut Inggeris ke negeri Cina membawa tuntutan
mengenai ganti rugi terhadap candu yang dimusnahkan dan perbelanjaan gerakan tentera. namun, kerajaan
Cina tetap dengan sikapnya yan bongkak. Oleh itu, pada 31 Januari 1840 kerajaan Inggeris di India
mengisytiharkan perang terhadap China.
RENTETAN SEBELUM PERISTIWA PERANG INGGERIS-CHINA I (1839 – 1842 )
Perang Candu I yang berlaku pada tahun 1839 -1842 satu titik peralihan yang penting dalam sejarah
China dan telah membawa kepada era masyarakat semi penjajah dan separuh feudal di China. Terdapat
beberapa peristiwa penting yang berlaku pada semasa berlakunya Perang Candu ini. Peperangan ini berlaku
akibat wujudnya masalah dalam perdagangan candu yang telah di bawa masuk oleh pihak British. Pada
permulaannya, British cuba untuk membawa barang keluarannya seperti kapas, tekstil serta kain kapas India
untuk diperdagangkan di China namun, disebabkan dasar ekonomi China yang melaksanankan ekonomi sara
diri serta mampu diri telah menyebabkan barangan keluaran British gagal menembusi pasaran China. Bagi
mengubah ketidakstabilan perdagangan yang berlaku di China, pihak British telah memperkenalkan
perdagangan candu. abad ke-18, penggunaan candu diperkenalkan kepada China untuk bidang perubatan.
Namun, penghisapan candu mula diperkenalkan dan ini secara tidak langsung banyak memberi kesan buruk
terhadap China.
Disebabkan masalah yang telah berpunca daripada candu ini telah menyebabkan maharaja-maharaja
China sedaya upaya mengeluarkan dikri-dikri yang melarang dalam penjualan dan penghisapan candu.
Malangnya, pengharaman yang telah dilakukan itu tidak langsung memberi kesan kepada perdagangan candu
kerana kebanyakan pegawai-pegawai cina telah diberi rasuah oleh pihak pedagang dalam aktiviti penyeludupan
candu. Kesan terhadap penjualan candu ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi Cina malah turut memberi kesan
terhadap masyarakat di China antara golongan anak muda, wanita, pekerja, pegawai malah turut merebak ke
dalam kawasan istana iaitu terhadap golongan sida serta pengawal istana. Buktinya, terdapat peningkatan dari
tahun ke tahun dalam perbelanjaan yang digunakan oleh China untuk membeli candu. Contohnya, antara tahun
1823 sehingga 1831 sebanyak kira-kira 17-18 juta tahil telah digunakan dalam perniagaan ini dan perbelanjaan
itu terus meningkat kira-kira 20 tahil antara tahun 1834-1838. Keuntungan yang diperolehi melalui perdagangan
ini telah menyebabkan pertambahan dalam penyeludupan candu ke China.
8
masalah ketagihan candu menjadi racun yang berbisa terhadap China, maka tahun 1821, Gabenor Ruan
Juan telah mengambil langkah melarang kapal-kapal membawa candu keluar dari sungai. Namun,gagal kerana
candu berjaya diseludup menerusi pangkalan di Pulau Lintian. Pada pertengahan 1830 menyokong cadangan
halal perdagangan candu bertujuan untuk mengawal perdagangan candu tersebut namun mendapat tentangan
yang kuat dari golongan penentang kerana melemahkan China. Golongan ini disokong oleh maharaja China dan
pada tahun 1936 usaha menghapuskan perdagangan tersebut telah dilaksanakan.
pada 31 Disember 1838, Maharaja Tao Kuang melantik Lin Tse-hsu dari Ho-Kuan, Fukien sebagai
pesurhjaya anticandu di Canton. Lin Disebabkan keprihatinan beliau terhadap masalah candu yang semakin
menular di China, beliau telah meminta pedagang menyerahkan candu yang telah disimpan di Pulau Lintin dan
sekiranya mereka lewat menyerahkan candu tersebut daripada tarikh yang telah ditetapkan akan menyebabkan
pengimportnya akan dihukum mati. Melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh Lin, maka penularan dalam
penyeludupan dan perdagangan candu telah berjaya dilaksanakan dengan penangkapan serta rampasan.
Kejayaan ini juga terhasil dengan arahan supaya orang asing menandatangani ikrar untuk memberi jaminan
bahawa mereka tidak terlibat dalam aktiviti tersebut.
Penyerahan candu ditetapkan Gabenor Lin pada 21 Mac 1839 hanya sebilangan kecil candu sahaja yang
telah diserahkan. meminta kepada saudagar-saudagar Inggeris untuk bekerjasama dalam menyerahkan candu
namun mereka tidak mahu memberi kerjasama terhadap Gabenor Lin. usahanya gagal disebabkan oleh sikap
pihak British yang enggan bekerjasama dengannya, maka beliau mengadakan sekatan perdagangan dengan
British malah tentera China telah diarahkan untuk mengepung kilang-kilang selama enam minggu. Tindakan
Gabenor Lin ini telah menimbulkan rasa bimbang terhadap pihak British. pada 17 Mac 1839, pihak British telah
menghantar Pesuruhjaya Perdagangan British, Kapten Charles Elliot untuk menyelesaikan krisis yang berlaku
di China. kehadirannya memburukkan lagi keadaan apabila beliau enggan mematuhi arahan tersebut kerana
bimbang China akan merampas candu tersebut serta penyeludup akan dihukum tanpa undang-undang rasmi.
pihak China mengepung kilang mereka selama enam minggu. Disebabkan hal ini telah menyebabkan pihak
British bersetuju untuk menyerahkan candu tersebut kepada pihak berkuasa cina dan candu yang terdiri
daripada 20 peti tersebut telah dibakar oleh pihak berkuasa China serta tindakan mengepung kilang-kilang
British telah dibatalkan.
Seterusnya, setelah pembakaran candu telah dilaksankan, Gabenor Lin telah meminta Kapten Elliot
untuk menandatangani surat akuan janji untuk tidak menjual candu, namun hal ini tidak dipersetujui oleh
Kapten Elliot kerana beliau tidak dapat memberi jaminan untuk menghalang serta mengawal saudagar-saudagar
British perseorangan daripada menjalankan perniagaan candu secara pasar gelap. Hubungan ini menjadi
9
semakin dingin apabila telah berlaku suatu peristiwa pada 12 Julai 1839 di mana terdapat seorang penduduk
China yang telah terbunuh dalam pergaduhan di Kowloon disebabkan oleh sekumpulan kelasi kapal British
yang mabuk di Kowloon. Peristiwa ini telah menyebabkan Gabenor Lin meaksa Kapten Elliot supaya
menyerahkan kelasi tersebut namun tidak dipersetujui kerana beliau bimbang akan berulangnya peristiwa kapal
‘Lady Hughes’ dan ‘Terranova’ yang telah dihukum oleh pihak berkuasa China dengan kejam.
Pada 3 November 1839, peperangan antara pihak British dan China berlaku pertempuran antara kapal
British iaitu HMS Volage yang telah sampai di perairan China telah menembak kapal Royal Saxon yang juga
merupakan milik pihak British. akibat perbezaan pendapat di mana Kapten Elliot telah melarang untuk
mengadakan hubungan perdagangan dengan China namun kapal Royal Saxon tetap cuba untuk merneruskan
hubungan perdagangan. Pertempuran ini juga kemudiannya telah didatangi oleh kapal perang China yang
diketuai oleh Laksamana Kuan yang bertindak membantu Royal Saxon. Keadaan ini telah menyebabkan
bermulanya pertempuran laut antara kapal perang China dan British. Pada 31 Januari 1840, kerajaan British
telah mengisytiharkan perang terhadap China setelah tuntutan Lord Palmerstone yang telah dibawa oleh Kapten
Elliot iaitu ganti rugi terhadap candu yang dimusnahkan serta perbelanjaan gerakan tentera telah ditolak oleh
pihak berkuasa China.
RENTETAN SEMASA PERANG INGGERIS-CHINA I (1839-1842)
Setelah Parlimen British telah meluluskan resolusi untuk pihak British berperang pada bulan April 1840,
seramai kira-kira 4000 tentera British telah tiba di perairan Canton pada Jun 1840 dan telah menyerang Bandar
Canton di bawah pimpinan George Elliot. Menurut Suffian Mansor, iaitu dalam bukunya Sejarah China Moden,
perang yang tercetus ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama berlaku di mana
kedatangan Kapten Elliot menyerang Bandar Canton dan menggunakan Canton sebagai pusat untuk mereka
menyerang ke Utara. Melalui jalan pantai, pihak British telah berjaya menawan beberapa kawasan di China
seperti Tinghai dan pelabuhan Ningpo. Kejayaan pihak British ini secara tidak langsung telah menjejaskan imej
Gabenor Lin dan pada bulan Julai 1840, Maharaja telah mengeluarkan kenyataan dengan menyalahkan beliau
dan telah melantik Chi San iaitu seorang Gabenor General wilayah Chihli sebagai wakil kepada kerajaan China
untuk berunding dengan pihak British sebagai pengganti Gabenor Lin. Gabenor Chi San telah berjaya memujuk
pihak British supaya berundur ke selatan dan pada 20 Januari 1841 telah diadakan satu Konvensyen Ch’uan Pi.
Peringkat kedua yang berlaku dalam Perang Candu I pula ialah apabila berlakunya penolakan terhadap
Konvensyen Ch’uan Pi. disebabkan oleh penolakan daripada kerajaan China daripada melaksanakan perjanjian
tersebut. Kerajaan China tidak mengiktiraf perjanjian tersebut atas alasan bahawa Chi Shan tidak mempunyai
10
kuasa untuk untuk membuat sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa asing kerana beliau hanya diarahkan untuk
memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran yang sebelum ini telah dilakukan oleh Gabenor Lin.
Penolakan ini juga telah menyebabkan pihak British menyerang semula negeri China. Pada Februari 1841,
Kapten George Elliot telah digantikan oleh Kapten Charles Elliot dan telah menawan Canton. Bagi
mengelakkan daripada berlakunya kemusnahan ke atas Canton, saudagar-saudagar China telah bersetuju untuk
membayar ganti rugi. Pihak berkuasa China juga telah berjanji untuk merundingkan kembali masalah yang
timbul terutamanya mengenai kedudukan Hong Kong yang belum diiktiraf oleh pihak China sebagai kepunyaan
Inggeris dan perdamaian ini silihat seolah-olah telah tercapai namun pada bulan Mei 1841, perdamaian ini
musnah apabila orang-orang Cina telah menyerang pihak British ketika mereka sedang melakukan persiapan
untuk berundur. Sebagai balasan pihak British terpaksa bertindak menyerang China semula.
Seterusnya, dalam peringkat terakhir iaitu dalam peringkat ketiga. Dalam peringkat ini telah bermula
kepada kemunculan Kolonel Sir Henry Pottinger untuk menggantikan Kapten Elliot pada bulan Ogos dalam
tahun yang sama untuk meneruskan serangan., tentera British telah berjaya menawan bandar pelabuhan Amoy,
Tinghai, dan Ningpo, Shanghai.selain itu, pihak British , tawan Chikiang sesuai untuk strategi tentera . Melihat
kepada kemaraan pihak British di kawasan China telah menimbulkan kebimbangan terhadap kerajaan China.
kerajaan China telah mengutuskan Pesuruhjaya Maharaja, Ch’ing Ying serta Timbalan Leftenan Jeneral
Chapu I-Li-Pu untuk mengadakan rundingan bersama pihak British. Bagi mengelakkan perkara yang sama
berulang seperti di dalam Konvensyen Ch’uan Pi, Kolonel Henry Pottinger telah menolak kedatangan mereka
kecuali sekiranya mereka benar-benar diberi kuasa yang penuh sebagai wakil kerajaan China untuk
mengadakan rundingan dengan pihak British. Pada 9 Ogos 1842, sementara menunggu jawapan dari kerajaan
China, pihak Inggeris telah menyerang Nanking dan pada 29 Ogos 1842, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk
mengadakan perdamaian serta menandatangani Perjanjian Nanking di atas kapal perang Cornwallis.
SYARAT PERJANJIAN NANKING 1842
Perjanjian Nanking dianggap sebagai perjanjian berat sebelah. syarat perjanjian Nanking ialah pertama,
kerajaan China perlu menyerahkan Hong Kong kepada British. K2 ialah kerajaan China bersetuju membayar
ganti rugi sebanyak $21 juta perak. $6 juta bagi ganti rugi cantu yang telah dimusnahkan , $3 juta bagi
membayar hutang Co Hong kepada saudagar Inggeris dan $12juta bagi perbelanjaan perang. K3 lima
pelabuhan Amoy, Canton, Foo-Chow, Ning po dan Shanghai dibuka untuk perdagangan serta saudagar-
saudagar asing dibenarkan tinggal tetap serta diberi hak untuk melantik konsul di tiap-tiap pelabuhan tersebut.
Seterusnya monopoli perdagangan oleh sekumpulan saudagar-saudagar China dimansuhkan manakala system
11
Co Hong dihapuskan serta perdagangan yang dijalankan dengan negeri China adalah atas prinsip sama rata.
Syarat yang kelima ialah cukai tariff yang sederhana dan serupa dikenakan ke atas eksport dan import. Selain
itu, peraturan-peraturan akan dirangka kemudian serta cukai tidak boleh ditambah kecuali dengan persetujuan
bersama. Syarat yang terakhir iaitu yang keenam ialah persamaan taraf perlu diadakan dalam mengadakan
hubungan rasmi. Perjanjian ini telah menampakkan keadaan yang menekan China untuk membuka pintu
perdagangannya dengan lebih luas.
British lakukan perjanjian tambahan dengan China yang dinamakan Perjanjian Bongue. Melalui
perjanjia tambahan ini, China ditekan dalam perdagangan malah turut ditekan dalam hal mengenai kedaulatan
undang-undangnya. perjanjiannya ialah berkenaan penetapan tariff perdagangan. Seterusnya membenarkan
konsul British mengenakan undang-undangnya sendiri ke atas warganegara British kerana sebelum ini undang-
undang China dilihat tidak boleh diterima pakai oleh orang asing. Akhir berI status ‘most favoured nation’
dalam berdagang dengan China memberi hak kepada British jika negara lain diberi hak tambahan.
menambahkan lagi kemerosotan hak China dalam bidang diplomatik kerana fasal tersebut memberi kelebihan
kepada sesetengah negara Barat untuk mendapat keistimewaan yang diperoleh oleh negara lain dlam perjanjian
dengan China. Keadaan ini sekaligus menyebabkan negara Barat yang lain berani untuk membuat desakan dan
tuntutan ke atas China.
KESAN-KESAN PERANG INGGERIS-CHINA 1 (1839-1842)
Peperangan British-China 1839-1842 (PC I). titik peralihan dalam sejarah moden negeri China kerana selepas
peperangan ini, khususnya selepas Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. China tamat dasar isolasi dan
mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa barat. keseluruhannya peperangan ini banyak menyebelahi pihak
British melalui perjanjian tersebut. Orang China menganggap peperangan ini berlaku kerana masalah candu.
Manakala orang barat menganggap kerana masalah politik, ekonomi dan sosial yang berkaitan dengan
hubungan diplomatik, perdagangan bebas dan sistem keadilan. Oleh itu, masalah candu hanya merupakan faktor
sampingan bagi mempercepatkan proses peperangan. Terdapat ramai ahli sejarah mendakwa peperangan ini
berlaku akibat pertembungan dua antara kebudayaan. Peperangan yang berlaku telah memberi banyak kesan
khususnya dalam sejarah China.
Kesan daripada perang candu yang berlaku pada tahun 1839 hingga 1842 telah memberi banyak kesan
kepada China. Perang tersebut telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842.
Perjanjian tersebut merugikan China dan memberi keuntungan kepada British. Hal ini kerana, lebih aspek
kepentingan kepada British. Sebagai contoh, China terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada pihak British dan
12
terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 21 juta perak kepada British. Sebanyak 12 juta perak adalah bayaran
untuk kerugian dalam peperangan, 6 juta perak bayaran bagi candu yang telah dimusnahkan oleh China dan 3
juta perak bayaran untuk hutang cohong kepada pedagang-pedagang British. China terpaksa membuka 5 buah
pelabuhan perdagangan, penempatan pedagang dan konsul British di Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan
Shanghai.
Dalam masa yang sama, perjanjian Nanking yang termeterai sebenarnya telah memberi banyak
keuntungan kepada pihak British. kerana, British mendapat Hong Kong dan menerima bayaran ganti rugi
daripada pihak China. Pedagang British turut mendapat keistimewaan iaitu dibenarkan berdagang sepanjang
tahun di pelabuhan yang dibuka. Hal ini disebabkan oleh revolusi industri yang berlaku di Eropah dan mereka
beralih kepada pertanian dan perindustrian. Mereka mendapatkan bahan dalam kuantiti yang banyak seperti
rhubarb,teh dan sutera daripada perdagangan yang dilakukan dengan China. Oleh itu, China telah menjadi pusat
pasaran barang dagangan keluaran industri berat.
Perjanjian Nanking 1842 dilihat telah menamatkan sistem monopoli cohong dalam perdagangan asing.
kerana pedagang asing bebas menjalankan perdagangan secara langsung dengan pihak China, sebelum berlaku
PC, pedagang-pedagang asing terpaksa berdagang melalui cohong yang berkuasa penuh dalam perdagangan
asing seperti memberi keburukan kepada pedagang, menetapkan cukai dan sebagainya.
PC sebab persamaan taraf antara China dan kuasa-kuasa barat. pertama kalinya terpaksa menerima
konsep persamaan taraf dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa barat. Sebelum PC, orang China nsbg negara
pusat dunia “ (Middle Kingdom)” yang bertamadun tinggi. kerana menganggap orang asing sebagai barbarian
iaitu orang gasar dan ganas serta tidak bertamadun.
Orang China merasakan mereka serba cukup dan tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kuasa
luar. Hakikatnya China memang kaya dengan hasil bumi. Perang candu yang berlaku adalah disebabkan oleh
oleh pertikaian yang berlaku antara orang China dan British berkenaan dengan sekatan perdagangan. Pihak
British telah membawa masuk candu ke China dengan banyak dan telah membawa masalah ke atas orang China
dalam pelbagai aspek. Perjanjian Nanking hanya untuk menamatkan perang antara British dan China tetapi
tidak menyelesaikan masalah dalam hubungan antara mereka. Hubungan antara mereka tetap tidak pulih dan
membawa kepada perang candu kedua pada tahun 1856 hingga 1860.
Orang China mendakwa bahawa perjanjian Nanking dibuat kerana masalah candu. kerana dalam
perjanjian tersebut tidak terdapat syarat yang berkaitan dengan perdagangan yang candu dan oleh itu, candu
terus dibawa masuk dengan banyak. Pada tahun 1843 sebanyak 33 000 peti candu telah dibawa masuk, tahun
13
1848 sebanyak 46 000 peti, dan 1850 sebanyak 52 929 peti candu. kemasukan candu ke China semakin
meningkat setiap tahun.
Selain itu, kemasukan candu telah menjejaskan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek
politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran. Hal ini kerana penagihan candu telah menular dalam
kalangan pegawai kerajaan. Pegawai menerima rasuah dari pedagang terhadap perdagangan penyeludupan
candu di China.banyak penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih dadah.
Ekonomi- China mengalami pengaliran wang keluar yang banyak kerana mengimport candu.
Perbelajaan yang digunakan China untuk membeli candu meningkat setiap tahun. Keuntungan besar daripada
perdagangan candu telah menyebabkan peningkatan kepada penyeludupan candu ke China. Nilai import candu
menjadi lebih tinggi berbanding daripada barangan lain. AkibatNYA memberi bebanan ekonomi kepada
kerajaan China. Dalam aspek sosial pula, perdagangan candu telah menyebabkan masalah kesihatan,
keruntuhan akhlak, dan rakyat menjadi penagih akibat kemasukan candu di China. kerana pengambilan candu
yang tidak terkawal telah membawa kepada penagihan dan memjejaskan kualiti kerja. Candu awalnya
diperkenalkan kepada China oleh orang Arab dan Turki digunakan dalam perubatan kurangkan kesakitan dan
ketegangan. Desakan China terhadap British supaya menghentikan kemasukan candu di China telah
menyebabkan hubungan British dan China menjadi semakin tegang.
Pc memberi kesan kepada perkembangan perdagangan di China. Pembukaan lima buah pelabuhan
kepada pedagang-pedagang asing telah membawa perkembangan kepada perdagangan di China. Dalam masa
yang sama, China menjadi pusat pasaran bagi barang-barang keluaran industri berat serta tempat untuk
mendapatkan bahan dagangan seperti teh dan sutera. Perkembangan perdagangan terbukti daripada hasil
pertambahan nilai eksport. Sebagai contoh nilai eksport teh pada tahun 1850 telah meningkat sehingga £100
juta.
krisis ekonomi China terpaksa mengeluarkan perbelajaan yang banyak untuk hadapi peperangan serta
bayaran untuk ganti rugi kepada British. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-
barang tempatan. menyebabkan kebanyakan industri tempatan mengalami kerugian dan ditutup. Bagi mengatasi
masalah ekonomi, China meminta British mengurangkan bayaran ganti rugi.
PC menjatuhkan maruah kerajaan Manchu kerana pertama kali China telah dikalahkan oleh kuasa-
kuasa barat. rakyat hilang keyakinan terhadap pemerintahan Manchu. Oleh itu, muncul gerakan anti-manchu di
wilayah selatan. Ia permulaan kepada pertapakan kuasa asing di China. Selepas menyetujui perjanjian Nanking,
14
China terpaksa menamatkan dasar isolasi yang diamalkan selama ini. dan mengamalkan dasar buka pintu
kepada pedagang-pedagang asing yang datang untuk berdagang di China.
PC memberi kesan terhadap penghijrahan penduduk di China. Kebanyakan rakyat China mula berhijrah
ke seberang laut iaitu ke Asia Tenggara. Ia menjadi semakin hebat apabila British menjalankan perdagangan
kuli untuk keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara. Kegiatan tersebut menguntungkan kerana dari segi
perbelanjaan upah kerja adalah rendah. Selain itu, orang-orang China sanggup berhijrah kerana telah hilang
keyakinan terhadap kerajaan Manchu dan juga untuk melarikan diri daripada segala penderitaan di China.
nilai-nilai barat banyak mengambil tempat terhadap unsur-unsur tradisi China termasuklah dalam
budaya kaum China, muncul golongan intelektual China yang menggunakan pelbagai pendekatan falsafah baru
seperti fahaman demokrasi dan komunisme. pengaruh barat mempengaruhi golongan muda. Perkembangan
agama Kristian di pelabuhan akibat daripada pembukaan pelabuhan kepada para pedagang asing.
KESIMPULAN
Kedaulatan China yang dibanggakan tercalar disebabkan desakan yang dilakukan oleh kuasa barat untuk
memasuki pasaran China. Keengganan kuasa China telah menyebabkan kuasa barat melancarkan serangan
kerana menganggap bahawa perang merupakan cara yang terakhir untuk menundukkan China. Selain itu, barat
adakan perjanjian dengan China bagi membolehkan mereka menguasai sebilangan kawasan di china agar dapat
menjalankan aktiviti perdagangan. menyebabkan China terikat dengan perjanjian dan terpaksa bersetuju dengan
kehendak kuasa barat. China terpaksa membuka pintu mereka untuk kuasa-kuasa asing yang lain setelah kuasa
barat berjaya mendapat tempat di China.
memberi kesan yang besar kepada China kerana terpaksa menerima orang yang mereka anggap sebagai
barbarian dan telah mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Kebanggaan sebagai middle kingdom
juga semakin pudar apabila pemerintah China gagal mempertahankan kedaulatan mereka. Kuasa barat pula
telah berjaya memenuhi kehendak mereka namun, ketidak puasan hati ini tidak berhenti setakat ini sahaja
kerana hal ini berlanjutan dan menyebabkan berlakunya perang antara China dengan kuasa asing.
15