perang dingin dicetuskan oleh tindakan soviet
TRANSCRIPT
PERANG DINGINSOALAN:
“Perang Dingin Dicetuskan Oleh Tindakan Soviet. Bincangkan”.
PENDAHULUAN
Kesatuan Republik Sosialis Soviet1, merupakan sebuah negara
sosialis2 yang wujud pada 1922-1991. Dari 1945 hinggalah
perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar dunia selain
Amerika Syarikat3.
Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat luas dan ia
bersempadan dengan 12 buah negara, enam dari benua Eropah dan
enam lagi dari benua Asia. Di Asia jiran-jirannya ialah Korea Utara,
Cina, Mongolia, Afghanistan, Iran, dan Turki; di Eropah, ia
bersempadan dengan Romania, Hungary, Czechoslovakia, Poland,
Norway, dan Finland. Selat Bering4 di timur kesatuan ini,
memisahkannya dari "musuh"nya yang utama iaitu Amerika Syarikat.
Walaupun negara ini terletak di utara Asia, ia dianggap sebagai
sebahagian benua Eropah.
Rusia merupakan wilayah terbesar dalam kesatuan ini dan banci
1989 menunjukkan penduduknya adalah seramai 145 juta orang atau
lebih kurang 50.8 % jumlah penduduk keseluruhan di sini. Terdapat
dua puluh dua bangsa yang mempunyai lebih 1 juta penduduk, dimana
lima belas mempunyai kesatuan republiknya yang tersendiri. Antara 1 Juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet atau USSR atau KRSS.2 Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri
utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.3 Amerika Syarikat (singkatan: A.S., nama rasminya United States of America (U.S.A.)) ialah
sebuah republik persekutuan terdiri daripada lima puluh negeri dan satu daerah persekutuan.4 Selat Bering adalah selat antara Semenanjung Dezhnev, Rusia, titik paling timur benua Asia
(169°43' B) dan Semenanjung Pangeran Wales, Alaska, titik paling barat benua Amerika (168°05' B), dengan latituda kurang lebih 65° 40' Utara, kurang lebih selatan dari lingkaran kutub.
1
PERANG DINGINbangsa yang terbesar ialah bangsa Slav, Baltik, Caucasus, dan Asia
Tengah.
DEFINISI
Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang
bermula selepas Perang Dunia II5 antara Amerika Syarikat dan
sekutunya dengan Kesatuan Soviet dan sekutunya. Pergeseran ini
dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak membabitkan
pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa besar (perang
"panas") secara besar-besaran. Perang Dingin dijalankan melalui
tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik,
propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan
perang proksi6 sepenuhnya antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan
Soviet pada 1991. Istilah ini dipopularkan oleh pembiaya dan
penasihat politik AS Bernard Baruch pada April 1947 semasa
perdebatan mengenai Doktrin Truman.
CIRI-CIRI PERANG DINGIN
Perang Dingin biasanya dianggap berlaku sekitar akhir perikatan
antara AS dan Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia II sehingga
pemecahan Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Perang Korea; Krisis
5 Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa.
6 Perang Proksi ialah satu peperangan di antara dua kuasa yang menggunakan pihak ketiga untuk penambahan ataupun penggantian terus kepada perlagaan secara terus oleh kedua-dua pihak tersebut. Jika kuasa-kuasa besar menggunakan kerajaan negara-negara kecil selaku bidak dalam percaturan mereka, kumpulan pengganas juga digunakan, dengan harapan kumpulan kecil ini boleh membedal musuh tanpa membawa kepada peperangan terbuka di antara kuasa-kuasa besar.
2
PERANG DINGINPeluru Berpandu Cuba7; Perang Vietnam; Perang Afghan; dan
rampasan kuasa ketenteraan dibantu Agensi Perisikan Pusat (CIA)
terhadap kerajaan dipilih condong ke kiri di Iran (1953), Guatemala
(1954), dan Chile (1973) merupakan beberapa kejadian di mana
ketegangan berkait dengan Perang Dingin mengambil bentuk
pertelingkahan senjata. Dalam pertelagahan itu, kuasa besar,
terutamanya Amerika Syarikat, beroperasi sebahagian besarnya
dengan, membekalkan senjata dan wang kepada penentang,
perkembangan yang mengurangkan kesan langsung kepada populasi
kuasa besar.
Pada dekad 1970-an, Perang Dingin telah memberi laluan
kepada pengenduran ketegangan dan perhubungan antarabangsa
menjadi semakin rumit dimana dunia tidak boleh dipecahkan kepada
dua blok berasingan yang nyata. Akibatnya, negara-negara yang
kurang berkuasa mampu menjadi lebih berdikari, dan kuasa besar ini
adalah sebahagiannya berupaya untuk mengenalpasti minat mereka
dalam percubaan untuk mengawal percambahan senjata nuklear8.
Hubungan AS-Soviet telah kembali renggang pada akhir 1970an
dan awal 1980an, tetapi menjadi semakin pulih apabila blok Kesatuan
Soviet menunjukkan tanda-tanda kejatuhan pada akhir 1980an.
7 Di Rusia, ia dikenali sebagai "Krisis Caribbean," sementara di Cuba pula ia dipanggil "Krisis Oktober". Krisis ini setaraf dengan krisis Pengepungan Berlin sebagai salah satu konfrontasi besar semasa Perang Dingin, dan dianggap hampir-hampir mencetus perang nuklear.
8 Perundingan Menghadkan Senjata Strategik merujuk kepada dua pusingan perundingan dua pihak berkenaan perjanjian antarabangsa di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dua buah kuasa besar semasa Perang Dingin berkenaan isu-isu pengawalan senjata. Terdapat dua pusingan rundingan dan persetujuan iaitu: SALT I dan SALT II. Perjanjian selepasnya dikenali sebagai START.
Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik merupakan satu perjanjian yang ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet tentang penghadan sistem peluru berpandu anti balistik yang digunakan dalam mempertahankan kawasan daripada serangan peluru berpandu yang membawa kepala peledak nuklear.
3
PERANG DINGINKeruntuhan Kesatuan Soviet pada 1991, bermakna Rusia telah hilang
status kuasa besarnya yang dicapai selepas Perang Dunia II.
Strategi konflik antara AS dan Kesatuan Soviet diarena global
adalah lebih kepada strategi teknologi. Ia turut melibatkan konflik
secara kovert melalui beberapa aktiviti perisikan. Selain daripada
pembunuhan ejen-ejen perisikan, perang ini amat tertumpu dengan
kebimbangan tentang senjata nuklear9. Persoalannya adalah jika
salahsatu kuasa besar menghasilkannya secara besar-besaran dan
sama ada peperangan boleh dielak hanya dengan memiliki senjata
tersebut. Satu lagi hakikat ialah peperangan propaganda yang rancak
antara AS dengan Kesatuan Soviet. Sebenarnya, kemungkinan perang
nuklear sejagat tidak pasti boleh dielakkan, akibat perang-perang
wilayah yang lebih kecil, dan ini telah meningkatkan tahap
kebimbangan setiap kali pertempuran berlaku. Ketegangan ini
membentuk kehidupan manusia di seluruh dunia dengan takat yang
sama dengan pertempuran benar.
Kawasan yang paling getir ialah Jerman, terutamanya di
bandaraya Berlin. Tidak boleh dinafikan, simbol Perang Dingin yang
paling jelas ialah Tembok Berlin10. Tembok ini telah memisahkan Berlin
Barat (sebahagian bandaraya yang dikawal Jerman Barat dan
sekutunya) dari Berlin Timur dan wilayah Jerman Timur, yang
mengelilinginya.
9 Senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari reaksi nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar - sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear telah digunakan hanya dua kali dalam pertempuran - semasa Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap bandar Jepun, Hiroshima and Nagasaki.
10 Tembok Berlin (bahasa Jerman: Die Berliner Mauer) merupakan tembok di tengah-tengah bandar Berlin. Tembok Berlin menjadi ikon atau simbol kepada Perang Dingin , mula dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudian pada 9 November 1989. Ia menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat dan Jerman Timur selama 28 tahun. Tembok Berlin diarahkan pembinaannya oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia ketika itu Nikita Khrushchev. Tembok ini dibina selepas Perang Dunia Kedua.
4
PERANG DINGIN
POLA PERANG DINGIN
Paradigma Perang Dingin 1949-1989 terbahagi kepada
beberapa tahap perkembangan, sesuai dengan realiti hubungan
antarbangsa. Perang Dingin terbahagi atas tahap 1947-1963 dengan
beberapa kemuncak peristiwa seperti Blokade Berlin11 1949, Perang
Korea 1950-1953, Krisis Kuba 1962 dan Perjanjian Proliferasi Nuklear
1963. Selanjutnya semasa Perang Vietnam 1965-1975, paradigma
Perang Dingin terbatas kepada persaingan yang berlanjutan antara AS
dan Kesatuan Soviet di beberapa kawasan strategi dunia.
Salah satu yang terpenting, terjadi dalam Perang Arab-Israel
1967-1973. Perundingan senjata strategi yang dibuat, dirintis dan
dikukuhkan melalui Perjanjian SALT I juga menjadi salah satu ciri pada
masa itu. Selama berkurun waktu yang panjang itulah isu-isu seperti
pertentangan ideologi, perebutan wilayah pengaruh, pembentukan
blok ketenteraan, politik bantuan ekonomi yang berasaskan
kepentingan ideologi, pentadbiran ketenteraan dan pembangunan
kekuatan nuklear menjadi agenda-agenda penting.
Oleh kerana itu di tengah pertentangan Blok Timur dan Barat
itulah muncul apa yang disebut Negara Non Blok12. Indonesia menjadi 11 Berlin Blockade atau Blokade Berlin berlaku pada 24 Jun 1948, sebaik sahaja Perang Dingin
bermula. Pada tarikh tersebut, Stalin yang memimpin Soviet untuk menguasai Eropah Timur menutup semua pintu masuk menuju ke Berlin dari barat. Langkah ini diambil untuk menghalang pasukan Sekutu (Amerika Syarikat, Perancis, dan Inggeris) yang ingin menyatukan wilayah barat Jerman.
12 Kata "Non-Blok" diperkenalkan pertama kali oleh Perdana Menteri India Nehru dalam pidatonya tahun 1954 di Colombo, Sri Lanka. Gerakan Non-Blok (GNB) (bahasa Inggris: Non-Aligned Movement/NAM) atau Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa. NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat
5
PERANG DINGINsalah satu pelopor Gerakan Non Blok yang banyak menarik perhatian
negara-negara yang baru merdeka sesudah 1945. Cina meskipun
tergolong negara besar dan memiliki hak veto di Dewan Keamanan
PBB, namun menjadi salah satu anggota GNB hingga kini.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG DINGIN OLEH TINDAKAN
KESATUAN SOVIET
01. Era Sebelum Perang Dingin Berlaku
Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik
permulaan Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh
rakyat Petrograd13 (kini dipanggil Leningrad) yang bangun menentang
regim Tsar14 yang zalim dan meneruskan tentangan mereka
sehinggalah Tsar Nicholas II turun takhta. Apabila kerajaan beliau
tumbang, kuasanya telah diambil alih oleh perwakilan pilihan rakyat
Duma, yang membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun demikian
pada November 1917 kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan
Bolshevik15, dibawah pimpinan Vladimir I. Lenin16. Golongan Bolshevik
China. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.
13 Saint Petersburg merupakan bandar raya kedua terbesar di negara Rusia. Bandar ini dinamakan sempena pengasasnya, Tsar Peter I dari Rusia. St. Petersburg pernah dinamakan Petrograd (1914-1924) dan Leningrad (1924-1991). St. Petersburg dijadikan ibu negara Empayar Rusia dari 1712-1728, dan 1732-1918, iaitu lebih dua ratus tahun. Selepas Revolusi Rusia 1918, ibu negara Kesatuan Soviet yang baru diasaskan dipindahkan ke Moscow.
14 Tsar ialah gelaran Slavik yang rasmi untuk "Maharaja" di negara-negara berikut seperti Bulgaria antara 913-1422, Serbia antara 1346-1371 dan Rusia antara kira-kira 1480 sehingga 1721.
15 Bolshevik merupakan kelompok radikal dari Parti Buruh Demokrat Sosial Rusia pimpinan Vladimir I. Lenin yang mengkehendaki cara-cara perubahan secara revolusi dengan pimpinan pusat yang kuat dan teguh. Kelompok ini mendirikan Parti Komunis Kesatuan Soviet pada tahun 1912.
16 Vladimir Ilyich Ulyanov (1870–1924), atau lebih dikenali sebagai Lenin telah dilahirkan di Simbirsk (kini dipanggil Ulyanovsk untuk menghargai jasanya). Beliau merupakan seorang pemberontak Rusia, pemerintah pertama Kesatuan Soviet, bapa Bolshevisme dan tokoh utama disebalik Revolusi Oktober, 1917.
6
PERANG DINGIN(yang memanggil diri mereka komunis pada 1918) telah berjaya
menewaskan Bolshevik selepas perang saudara yang berlarutan
selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa secara
rasminya pada Disember 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik
Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang merangkumi kesemua wilayah
jajahan bekas Empayar Rusia. Kerajaan yang baru ini telah
mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan
pemerintahan satu parti one-party rule, di mana kerajaan pusat
mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya
rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan
sebagai pemerintah pertama negara ini.
Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh
Joseph V. Stalin17. Stalin merupakan seorang yang jauh lebih kejam
dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta pertanian
secara kolektif secara besar-besaran di negara ini. Disamping itu,
banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh
kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan rakyatnya hidup dalam
penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh,
ditahan atau dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh
para pembangkang kerajaan. Oleh itu era pemerintahan beliau dikenali
sebagai the Great Terror. Namun demikian, polisi Stalin telah berjaya
dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat pesatnya,
walaupun pembangunan adalah lebih kepada industri berat dan
ketenteraan dan bukannya berdasarkan kehendak pengguna. Stalin
17 Joseph Vissarionovich Djugashvili (Stalin) (1879-1953) merupakan seorang diktator yang sangat kejam dan memerintah Kesatuan Soviet antara 1920an hingga kematiannya pada 1953. Beliau merupakan seorang pemimpin yang lama menerajui Soviet dan adalah tokoh penting yang membentuk negara ini dan juga benua Eropah selepas Perang Dunia II.
7
PERANG DINGINyakin pembangunan ekonomi yang pesat adalah mustahak untuk
survival Kesatuan Soviet.
Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak
Jerman. Oleh itu satu perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu
Nazi-Soviet Nonaggression Pact, yang membolehkan kerajaanya
mengambil bahagian timur Poland (Ukraine barat), wilayah-wilayah
Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah dicabuli
oleh pihak Nazi18 yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun
1941. Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman,
Tentera Merah19 the Red Army akhirnya berjaya membendung
kemaraan Jerman pada 1943, dan pada 1945, menduduki sebahagian
besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu Jerman
Timur20). Walaupun lebih 20 juta rakyat Soviet terkorban akibat Perang
Dunia II, penduduk di seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala
tentera Soviet.
Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah
pendudukan militarinya di Eropah Timur kepada dominasi politik dan
ekonomi, dimana regim-regim pro-komunis di bawah pantauan Moscow
telah diangkat sebagai pemerintah. Selain itu, kerajaan komunis Soviet
18 Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional atau NSDAP, sering dipanggil Parti Nazi, merupakan sebuah parti politik di Jerman antara 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "The German Workers' Party". Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi. Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.
19 Tentera Merah atau terjemahan penuhnya iaitu Tentera Merah Pekerja-Petani merupakan pasukan bersenjata pertama yang disusun oleh golongan Bolshevik semasa Perang Saudara Rusia pada tahun 1918 dan, pada tahun 1922, menjadi pasukan tentera darat untuk Kesatuan Soviet.
20 Republik Demokratik Jerman (Bahasa Jerman Deutsche Demokratische Republik), atau sering disebut sebagai Jerman Timur, merupakan sebuah negara Komunis yang wujud dari tahun 1949 hingga 1990 di dalam zon yang diduduki Kesatuan Soviet setelah Perang Dunia II. Jerman Timur ditubuhkan secara rasmi pada 7 Oktober 1949 dan merupakan salah satu anggota Pakatan Warsaw. Jerman Timur telah bersatu dengan Jerman Barat pada tahun 1990 setahun sebelum kerajaan Soviet runtuh.
8
PERANG DINGINtelah berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara
luar termasuk negara jirannya seperti Finland dan Afghanistan. Ini
telah menerima reaksi negatif dari negara-negara barat, lalu
tercetuslah perang yang dipanggil Perang Dingin. Dalam masa yang
sama, Stalin terpaksa membina semula ekonomi Soviet yang telah
runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi lamanya iaitu
membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta menindas para
pembangkang dan melanggar hak asasi manusia.
02. Era Semasa Perang Dingin
Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita S. Khrushchev21
beransur-ansur menjadi ketua Soviet yang dominan. Beliau cuba
membawa kelainan dengan membidas cara pemerintahan Stalin yang
mengutamakan kezaliman dan penindasan. Walaupun begitu, beliau
meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era
beliau dikenali dengan perlumbaan senjata nuklear dan penjelajahan
angkasa lepas22. Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis peluru
berpandu Cuba, yang hampir-hampir mencetuskan peperangan
nuklear23, telah menjadi punca kejatuhannya sebagai ketua parti dan
21 Nikita Sergeyevich Khrushchev atau Nikita Sergyevich Chrushyov dilahirkan di Kalinovka, Kursk, Ukraine, pada 17 April 1894 dan meninggal pada 11 September 1971 pada umur 77 tahun. Beliau adalah seorang negarawan Uni Soviet. Setelah mangkatnya Stalin dan perebutan kekuasaan, ia menjawat jawatan sebagai Sekjen Partai Komunis Uni Soviet dari tahun 1953 sampai 1964, dan sebagai Perdana Menteri dari tahun 1958 hingga 1964.
22 Perlumbaan Angkasa merujuk kepada pertandingan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, secara kasarnya di antara 1957 hingga 1975, membabitkan usaha selari oleh negara tersebut untuk menjelajah ruang angkasa dengan satelit, menghantar manusia ke angkasa, dan meletakkan manusia di bulan. Walaupun permulaannya bermula pada teknologi roket awal dalam ketegangan antarabangsa selepas Perang Dunia II, Perlumbaan Angkasa bermula dengan pelancaran Sputnik 1 oleh Kesatuan Soviet pada 4 Oktober 1957.
23 Perang nuklear adalah peperangan yang melibatkan penggunaan senjata nuklear. Dalam sejarah tamadun manusia, senjata neklear hanya dua kali digunakan, iaitu penggunaan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada penghujung Perang Dunia II. Pada ketika itu, hanya pihak Amerika Syarikat sahaja yang mempunyai bom atom. Dalam penggunaan sekarang, Perang Nuklear merujuk kepada perbalahan di mana kedua-dua pihak yang bertelingkah mempunyai simpanan senjata nuklear. Ramai yang takutkan pencetusan perang nuklear akan mengakibatkan kemusnahan menyeluruh duniawi dan akan menyebabkan kepupusan kehidupan di dunia.
9
PERANG DINGINketua negara pada 1964. Pengganti Kruschev ialah Leonid I. Brezhnev
yang meneruskan polisinya iaitu détente dengan negara Barat and
penumpuan kepada perindustrian berat dan ketenteraan.
Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi
dan budaya negara telah dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan
berusia. Pengganti beliau, Iurii V. Andropov dan Konstantin U.
Chernenko, memegang kuasa dalam waktu yang sangat singkat dan
tidak membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih
sebagai setiausaha agung CPSU dan ketua negara Soviet pada 1985,
kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk.
Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara
mendadak untuk membangunkan semula negara, dan beliau
memulakan beberapa siri program pembaharuan yang dipanggil
perestroika24, glasnost25, dan demokratizatsiia.
Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi
politik dan ekonomi tidak mencapai matlamatnya. Malah, ia telah
mencetuskan huru-hara dan kemelut politik di peringkat nasional.
Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang masih berlarutan.
Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak
kerajaan untuk memberi wilayah mereka lebih autonomi politik dan
ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan kemerdekaan sepenuhnya
dari Kesatuan Soviet. Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal
24 Perestroika ialah istilah bahasa Rusia yang memaksudkan pembaharuan mikroekonomi yang dilancarkan pada bulan Jun 1987 oleh pemimpin Soviet Mikhail Gorbachev. Erti asal istilah ini ialah "penstrukturan semula", iaitu menyentuh penstrukturan semula ekonomi Soviet.
25 Glasnost ialah dasar publisiti, keterbukaan dan ketelusan maksima dalam segala kegiatan institusi kerajaan dalam Kesatuan Soviet, diiringi kebebasan penerangan, yang diperkenalkan Mikhail Gorbachev. Istilah ini sering dipakai oleh Gorbachev untuk menggariskan dasar-dasar yang dipercayainya boleh mengurangkan gejala rasuah di peringkat atasan Parti Komunis dan kerajaan Soviet, serta membendung salah guna kuasa di Jawatankuasa Pusat. Glasnost juga memaksudkan satu zaman tertentu yang kurangnya penapisan dan lebihnya kebebasan informasi dalam sejarah Kesatuan Soviet pada dekad 1980-an.
10
PERANG DINGINoleh regim Soviet selama ini telah meletus dan ramai orang telah
terkorban. Sistem sosialis autoritarian26 menjadi semakin goyah dan
agak lambat bertindak untuk mengatasi krisis sosial tersebut. Pada
1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal membawa
pemulihan ekonomi kepada rakyat, manakala glasnost' dan
demokratizatsiia hanya melonggarkan kawalan regim terhadap
rakyatnya.
03. Krisis Peluru Berpandu Cuba
Krisis Peluru Berpandu Cuba adalah merupakan satu konfrontasi
di antara Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan Cuba semasa Perang
Dingin. Di Rusia, ia dikenali sebagai "Krisis Caribbean," (bahasa Rusia:
Карибский кризис, Karibskiy krizis) sementara di Cuba pula ia
dipanggil "Krisis Oktober". Krisis ini setaraf dengan krisis Pengepungan
Berlin sebagai salah satu konfrontasi besar semasa Perang Dingin, dan
dianggap hampir-hampir mencetus perang nuklear.
Di Havana27, terdapatan kegusaran akan campur tangan tentera
oleh Amerika Syarikat ke atas Cuba. Pada April 1961, ancaman
serangan menjadi kenyataan apabila tentera pemberontak dalam
26 Autoritarianisme bermaksud fahaman yang menyokong campurtangan pihak berkuasa ("authority" dalam bahasa Inggeris) secara total dalam pentadbiran negara. Biasanya kerajaan yang mengamalkan sistem ini adalah kerajaan diktator dimana pemimpinnya mempunyai kuasa eksekutif penuh untuk mengawal pihak berkuasa seperti polis dan penguasa tempatan.Sebuah masyarakat autoritarian adalah setia kepada pihak berkuasa dan percaya kepada mereka dan kurang memberi keutamaan kepada hak individu, sehinggakan rakyat sanggup menjadi hamba kepada kerajaan. Ini biasanya menghasilkan kerajaan yang kuku besi, diktator, despot, totalitarianisme dan fasisme (suatu gabungan autoritarianisme dengan nasionalisme).
27 Nama penuh bandar Havana atau dalam bahasa Sepanyol ialah Ciudad de La Habana . Biasanya dipanggil La Habana atau rasminya San Cristóbal de la Habana. Jumlah penduduk 2.2 juta, bandar terbesar di Cuba dan di Kepulauan Caribbean. Kedudukannya 144km tenggara Florida. Havana satu daripada 14 wilayah Cuba. Ia terletak di Timur Laut Semenanjung Cuba, menghadap Selat Florida.
11
PERANG DINGINbuangan yang dilatih oleh CIA mendarat di Teluk Babi 28. Serangan ini
berjaya ditumpaskan oleh angkatan bersenjata Cuba. Castro
diyakinkan bahawa Amerika Syarikat akan menceroboh Cuba. Tidak
lama setelah serangan di Teluk Babi, Castro telah mengisytiharkan
Cuba sebagai sebuah negara republik sosialis, dan mewujudkan ikatan
rasmi dengan Kesatuan Soviet, dan mula memodenkan angkatan
tentera Cuba.
Amerika Syarikat pula gusar terhadap penerimaan fahaman
komunis atau sosialis oleh mana-mana negara, dan persahabatan
secara terbuka negara-negara Amerika Latin dengan Kesatuan Soviet
tidak dapat diterima oleh A.S, didorong oleh permusuhan Rusia-
Amerika Syarikat sejak tamat Perang Dunia II pada tahun 1945.
Pada akhir tahun 1961, Kennedy telah melancarkan Operasi
Mongoose, suatu siri operasi-operasi rahsia menentang kerajaan
Castro yang mana telah menemui kegagalan. Secara terang-terangan,
pada Februari 1962, A.S. melancarkan sekatan ekonomi ke atas Cuba.
Amerika Syarikat juga mempertimbangkan untuk melancarkan
serangan ketenteraan. Jeneral Tentera Udara Curtis LeMay telah
mengemukakan rancangan pengemboman sebelum serangan kepada
Presiden Kennedy pada September. Cuba pula secara berterusan
membuat aduan diplomatik kepada kerajaan A.S. ekoran penerbangan
28 Serangan Teluk Babi 1961 adalah cubaan pencerobohan yang gagal oleh warga bersenjata Cuba dalam buangan yang dirancang dan dibiayai oleh Amerika Syarikat. Cubaan ini dilakukan dalam usaha menggulingkan kerajaan Fidel Castro, dan ia berlaku tidak lama selepas John F. Kennedy menjadi Presiden Amerika Syarikat. Tindakan ini disusuli dengan hubungan dingin Cuba-Amerika Syarikat yang diburukkan lagi dengan Krisis Peluru Berpandu Cuba pada tahun berikutnya. Pencerobohan ini dinamakan sempena Teluk Babi, tempat di mana pendaratan berlaku. Di Cuba ia dikenali sebagai Invasión de Bahía de Cochinos atau Playa Girón.
12
PERANG DINGINpengintipan dan gangguan kecil aktiviti ketenteraan daripada
Pangkalan Tentera Laut Guantanamo Amerika Syarikat.
Sehingga September 1962, pemerhati Cuba melihat tanda-tanda
peningkatan kemungkinan konfrontasi dengan A.S, termasuk resolusi
bersama Kongres A.S yang memberi kebenaran penggunaan kuasa
ketenteraan ke atas Cuba sekiranya kepentingan A.S. diancam, dan
pengumuman latihan ketenteraan iaitu Operasi Ortsac29 di Caribbean
telah dirancang pada bulan berikutnya.
Krisis mencapai kemuncaknya pada 8 Oktober, 1962. Kemudian
pada 14 Oktober 1962, foto-foto pengawasan Amerika Syarikat yang
diambil oleh pesawat pengintip A.S, U-230 telah mendedahkan
pangkalan-pangkalan peluru berpandu31 sedang dibina di Cuba. Krisis
ini berakhir dua minggu kemudian iaitu pada 28 Oktober, 1962,
apabila Presiden John F. Kennedy dan Setiausaha Agong Pertubuhan
Bangsa Bersatu U Thant32 telah mencapai persetujuan dengan Soviet
untuk menarik kembali peluru berpandu di Cuba sebagai pertukaran
29 Tujuan operasi ini adalah untuk menggulingkan seorang pemimpin yang namanya: o-r-t-s-a-c yang dieja dari belakang=CASTRO
30 Lockheed U-2 (atau nama gelaran Dragon Lady) merupakan sebuah pesawat pengintip aras tinggi, berenjin tunggal yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan pernah diterbangkan juga oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA). Pesawat ini boleh melakukan misi pengintipan di aras tinggi (70,000 kaki, lebih 21,000 m) pada waktu siang atau malam, dan dalam semua keadaan cuaca. Pesawat ini juga digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan penderia elektronik, mententukur satelit, dan mengesahkan data satelit.
31 Peluru berpandu pertama digunakan dalam operasi adalah siri peluru berpandu Jerman dalam Perang Dunia II. Yang paling terkemuka adalah V1 dan V2, keduanya menggunakan sistem mekanik autopilot untuk menentukan peluru berpandu terbang dalam arah yang ditetapkan. Yang kurang diketahui adalah siri peluru berpandu anti-kapal dan anti-pesawat, biasanya berdasarkan kawalan radio mudah yang dikawal oleh operator.
32 U Thant atau nama sebenarnya Maha Thray Sithu U Thant (Januari 22, 1909-November 25, 1974) merupakan bekas diplomat Burma dan juga bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkhidmat daripada 1961 hingga 1971. Beliau telah dipilih menjawat jawatan berkenaan apabila penjawat sebelumnya Dag Hammarskjöld telah terbunuh dalam kemalangan udara pada bulan September 1961. 'U' adalah sebuah gelaran dalam Bahasa Burma, lebih kurang sama seperti 'Tuan'. Thant merupakan namanya yang tunggal. Dalam bahasa Burma beliau dikenali sebagai Pantanaw U Thant, satu rujukan kepada bandar asalnya. "Maha Thray Sithu" merupakan gelaran, serupa seperti darjah kebesaran, yang dianugerahkan oleh kerajaan Burma.
13
PERANG DINGINdengan perjanjian tiada serangan ke atas Cuba serta pemindahan
rahsia peluru berpandu Jupiter dan Thor daripada Turki.
Kennedy, dalam ucapan pertama beliau berkenaan krisis ini pada
22 Oktober 1962, telah memberi amaran. Menjadi satu polisi negara ini
untuk memberi perhatian berat ke atas mana-mana peluru berpandu
nuklear yang dilancarkan dari Cuba untuk menyerang manan-mana
negara di Hemispera Barat sebagai satu tindakan serangan ke atas
Amerika Syarikat, dan memerlukan tindak balas sepenuhnya terhadap
Kesatuan Soviet.
04. Perlumbaan Senjata Antara Kesatuan Soviet dan NATO
Satu ciri utama Perang Dingin adalah perlumbaan senjata antara
Kesatuan Soviet dan NATO33, terutamanya Amerika Syarikat tetapi
termasuk juga United Kingdom, Perancis, Jerman Barat, dan beberapa
kuasa Eropah. Perlumbaan ini yang berlaku dalam pelbagai bidang
teknologi dan ketenteraan menghasilkan banyak penemuan saintifik.
Kemajuan revolusioner terutamanya adalah dalam bidang roket yang
mendorong perlumbaan angkasa. (Kebanyakan atau kesemua roket
yang digunakan untuk melancarkan manusia dan satelit ke angkasa
lepas dan untuk sampai ke bulan berasal daripada reka bentuk
ketenteraan.)
Semua bidang dalam perlumbaan senjata ini memerlukan
pelaburan teknologi dan pengilangan yang tinggi. Dalam banyak
33 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (B. Inggeris: North Atlantic Treaty Organisation NATO, B. Perancis: Organisation du Traité de l'Atlantique Nord OTAN) merupakan perikatan ketenteraan antara beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. NATO ditubuhkan pada 4 April 1949 dengan Perjanjian Atlantik Utara. Negara-negara ahlinya bersetuju bekerjasama dari segi ketenteraan kalau salah satu daripada ahlinya diserang.
14
PERANG DINGINbidang, orang Barat telah mencipta senjata-senjata dengan
keberkesanan yang unggul, terutamanya kerana pencapaian mereka
dalam bidang komputer digital serta keberatan mereka untuk
mengembangkan sistem-sistem dengan keunggulan keganasan.
Sebaliknya, blok Timur mencipta bilangan reka bentuk yang lebih
besar dalam setiap bidang, dan membina lebih banyak jenis senjata
pada jumlah yang lebih besar.
Salah satu ciri perlumbaan senjata nukear yang ketara, disokong
khususnya oleh penggunaan ICBM34 nuklear, ialah konsep pencegahan
melalui kebinasaan pasti bersama atau "MAD". Gagasan bahawa blok
Barat tidak akan menyerang blok Timur dan sebaliknya disebabkan
oleh kedua-dua pihak memiliki cukup banyak senjata nuklear untuk
menghapuskan sama sekali satu sama lain dan mengakibatkan seluruh
bumi tidak dapat dihuni. Justera itu, menyerang satu sama lain
merupakan suatu perbuatan pembunuhan diri yang kedua-dua pihak
tidak ingin mencuba.
Selepas perpecahan Kesatuan Soviet, banyak teknologi yang
amat tinggi kini boleh didapati di pasaran terbuka. Jet pejuang, misail
anti pesawat, senjata kecil, serta juga senjata nuklear, biologi, dan
bahan kimia dikatakan telah bertukar tangan. Dalam sesetengah kes,
negara-negara bekas blok Soviet merampas harta-harta seperti kapal
tentera laut yang dilabuhkan di pelabuhan-pelabuhan yang kini dimiliki
oleh mereka. Dalam banyak kes, kerajaan-kerajaan tersebut tidak
berupaya mengendalikan atau memeliharakan harta-harta itu, dengan
sebilangannya dilelong.
34 Peluru berpandu balistik antara benua ataupun Intercontinental ballistic missile (ICBM). Peluru berpandu balistik antara benua merupakan peluru berpandu jarak jauh yang mampu mensasarkan mana-mana sasaran di bumi ini.
15
PERANG DINGIN
05. Kekaisaran Kesatuan Soviet35
Walaupun sebenarnya Kesatuan Soviet bukanlah sebuah
kekaisaran yang diperintah oleh seorang Kaisar dan menyatakan
dirinya anti imperialis, tetapi beberapa pengkaji sejarah memberikan
kecenderungan Kesatuan Soviet yang mengarah ke sejarah kekaisaran
seperti kekaisaran besar negara lain. Ada 3 kategori pembagian jenis
kekuasaannya;
Perluasan wilayah kekuasaan melalui serangan ataupun subversi
(contoh: Polandia, Finlandia, negara Balkan, Afganistan)
Pemerintahan pusat yang kuat yang menguasai wilayah
pemerintahan cabang dan wilayah satelit
Daerah sekutu yang dipaksa mengamalkan sistem politik dalam
negerinya oleh Kesatuan Soviet (termasuk juga yang melalui
penempatan tentera soviet)
Kerana alasan ini, maka Kesatuan Soviet kadangkala dianggap
oleh beberapa sejarahwan tertentu menjadi sebuah kekaisaran utama
dari sejarah kekaisaran dunia, sebanding dengan kekaisaran terkenal
lainnya seperti kekaisaran Inggeris dan kekaisaran Romawi. Tambahan
pula Kesatuan Soviet menggunakan beberapa kebijaksanaan politik
35 Kekaisaran Kesatuan Soviet atau juga disebut Kekaisaran Jerman adalah satu usaha persatuan untuk mengembalikan wilayah-wilayah di Eropah yang majoriti penduduknya adalah bangsa Jerman setelah leburnya Kekaisaran Suci Romawi. Namun idea Kekaisaran Jerman ini adalah "Jerman Kecil" yang dikepalai Prusia tanpa Austria. Sebab pada masa itu terdapat perbezaan agama. Prusia beragama Protestan manakala Austria beragama Katolik. Namun di wilayah kekaisaran Jerman banyak pula warga yang beragama Katolik meskipun di beberapa daerah mereka didiskriminasi, apalagi jika mereka keturunan Polandia.
16
PERANG DINGINluar negerinya dari kekaisaran Tsar Rusia terdahulu. Tetapi, beberapa
pendukung Kesatuan Soviet pada saat itu menolak kesimpulan itu dan
mengemukakan bahawa hubungan antara Kesatuan Soviet dan
negara-negara yang berada di sekitar wilayah "kekaisaran" adalah
kerjasama sukarela.
PERMULAAN PERANG DINGIN KEDUA
Pada Ogos 1999, ketika Rusia sedang memulakan kempen
ketenteraan kedua terhadap Chechnya36, berlaku satu siri letupan bom
di beberapa bangunan kediaman, mengakibatkan kehilangan nyawa
lebih 300 orang awam. Seluruh Rusia terkejut dengan serangan ini.
Berikutan semangat nasionalisme yang tercetus, pemangku jawatan
presiden, Vladimir Vladimirovich Putin memenangi pilihan raya yang
meletakkan beliau sebagai presiden baru negara itu.
Isu Chechnya yang melonjakkan Putin ke puncak kuasa sehingga
kini masih merupakan isu penting buat presiden Rusia itu. Chechnya
merupakan isu yang bukan sahaja membawa beliau ke tampuk
kekuasaan, malah juga memperkukuhkan imej beliau sebagai
pemimpin yang kuat.
Kemudian, berikutan pembunuhan kejam kanak-kanak sekolah di
Beslan, Ossetia Utara, Putin sekali lagi berdepan masalah Chechnya.
Chechnya bagi Putin bukan hanya isu politik dalaman Rusia dan isu
untuk digunakan bagi meraih sokongan rakyat, tetapi juga untuk
mendapat sokongan kuasa besar dunia, dan penentu penting
36 Republik Chechen atau Chechnya merupakan sebuah subjek persekutuan Rusia. ersempadan dengan Jajahan Stavropol di bahagian barat laut, Republik Dagestan di bahagian timur laut dan timur, Georgia di selatan, dan Republik Ingushetia dan Ossetia Utara-Alania di bahagian barat, Chechnya terletak di atas pegunungan Kaukasus Utara. Ibukotanya berada di Grozny.
17
PERANG DINGINhubungan diplomatik Moscow dengan Barat. Chechnya juga medan
yang memiliki kepentingan tersendiri dalam percaturan "empayar"
Rusia.
Empayar Rusia yang cuba dibina semula oleh Putin berdepan
pelbagai cabaran, dari dalam dan luar. Putin dilihat sebagai cuba
menggunakan sepenuh kuasanya untuk mencapai matlamat itu.
Chechnya hanyalah satu dari masalah yang terpaksa didepani presiden
Rusia itu.
Sokongan untuk Putin daripada rakyat Rusia - yang diperolehi
sebahagian besarnya melalui isu Chechnya37 - semakin terhakis akibat
tindak balas perjuangan nasionalis pihak pejuang Chechnya dan
terhakisnya moral rakyat menghadapi perang yang panjang itu.
Kematian tentera Rusia yang sentiasa meningkat mengundang
tentangan rakyat, selain pengeboman di Rusia sendiri oleh rakyat
Chechnya.
Perkembangan ini bertentangan sekali dengan sokongan padu
yang diterimanya di awal serangan ke atas Chechnya pada 2000. Tulis
penganalisis politik Rusia, Lilia Shevtsova dalam Putin's Rusia:
"Selepas serangan ketenteraan ke atas Chechnya bermula, Putin tidak
lagi perlu bersusah payah merebut kuasa. Beliau hanya perlu
menuding kepada pihak musuh, iaitu pihak Chechnya. Perang
melonjakkan beliau ke puncak kekuasaan."
37 Setelah jatuhnya Kesatuan Soviet, sekelompok pemberontak Chechnya menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah, mengumumkan parlimen baru, dan meisytiharkan kemerdekaan mereka sebagai Republik Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara. pengisytiharan tersebut telah menyebabkan konflik bersenjata dimana kedua belah pihak diantara Chechnya dan Rusia terlibat. Chechnya merupakan wilayah paling banyak warga Islam di Rusia.
18
PERANG DINGIN
Tentang dalaman kemudian terbukti bukan halangan terbesar
bagi Putin. Pelbagai kumpulan hak asasi sejagat turut bersuara
menentang perang tersebut, seperti kumpulan Human Rights Watch38.
Negara-negara Barat, terutama Kesatuan Eropah (EU), juga beberapa
kali menyuarakan keprihatinan mereka terhadap tragedi Chechnya.
Tragedi Chechnya akhirnya semakin melimpah ke tengah-tengah
Rusia. Semakin ramai rakyat Rusia menyaksikan atau mengalami
sendiri kesengsaraan yang dirasai di Chechnya.
Bagaimanapun, tragedi Beslan dan keganasan lain yang berlaku
akibat dari tindakan ketenteraan Rusia di Chechnya - tidak dilihat oleh
Putin sebagai tanda untuk mencari penyelesaian aman konflik
Chechnya. Putin terus mengaitkan Chechnya dengan terorisme
antarabangsa, menumpang agenda Amerika Syarikat ekoran peristiwa
11 September 2001. Sebagai balasan sokongan kepada "perang
menentang terorisme" diketuai AS, Washington tidak bersuara lantang
mengenai pencabulan hak asasi dan kekejaman terhadap orang awam
di Chechnya. Bagaimanapun, "perjanjian" ini tidak berjalan seperti
diharapkan Putin. Lama-kelamaan, Barat yang diam dalam hal
Chechnya mula bersuara.
Tindakan Putin memperkukuhkan kuasanya dengan alasan
memerangi pengganas ekoran tragedi Beslan telah dikritik oleh
Washington. Colin Powell, yang ketika itu memegang jawatan
Setiausaha Negara AS menyifatkan tindakan Putin menghakis
demokrasi yang telah dibina di era pasca-Soviet. Pesuruhjaya EU pada
38 Human Rights Watch adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang melakukan penelitian dan pembelaan dalam masalah-masalah perlanggaran hak asasi manusia.
19
PERANG DINGINmasa itu, Chris Patten pula bersuara, berharap Putin tidak akan
menyimpulkan bahawa satu-satunya cara menangani terorisme ialah
memperkuatkan kuasa Kremlin39.
Chechnya diperlihatkan oleh Putin sebagai bukti bahaya
"terorisme Islam" kepada Rusia. Bagi Putin, Rusia memainkan
peranannya dalam memerangi terorisme antarabangsa dengan
memerangi Chechnya, yang disifatkan sebagai salah satu medan
terorisme global. Bagaimanapun, tindakan-tindakan "memerangi
terorisme" oleh AS banyak yang tidak menyebelahi kepentingan Rusia.
Setelah mendapat sedikit manfaat daripada kempen "memerangi
terorisme" oleh Washington, Moscow mula mendapat kesan buruknya.
Selepas pembesaran keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik
Utara (NATO) dan EU yang menyaksikan beberapa bekas negara
Kesatuan Soviet menyertai dunia Barat, kehadiran tentera AS di Asia
Tengah berikutan kempen ketenteraan di Afghanistan juga telah
menggugat wilayah di bawah pengaruh Rusia. Dan akibat kempen
penyebaran demokrasi oleh Washington, negara seperti Georgia dan
Ukraine kemudian telah menjadi sekutu rapat dan dinaungi kuasa AS.
Kekuasaan ketenteraan AS semakin hampir dengan wilayah bekas
empayar Rusia atau ruang pengaruhnya. Sehingga hari ini, AS dan
Rusia terus bersaing mempengaruhi negara di kawasan tersebut,
termasuk dengan cara memberikan bantuan kewangan dan
ketenteraan.
39 Kremlin adalah benteng bersejarah di pusat Moscow yang diperbuat daripada batu bata pada abad ke-15. Panjang temboknya lebih dari 2 km, tingginya hingga 19 m, lebarnya 3.5 – 6.5 m, luasnya 27.5 hektar. Kremlin mempunyai 20 menara. Yang paling terkenal darinya ialah Menara Spasskaya (tingginya 67.3 m) dengan jam bergaris tengah 6 m. Di Kremlin ada peninggalan lama seperti gereja-gereja dengan tempat pemakaman tsar-tsar Rusia. Di sini juga terdapat balai senjata di mana terdapat bermacam-macam barang pusaka termasuk kereta kuda, mahkota, pakaian, perhiasan dan senjata kepunyaan tsar. Dulu Kremlin ialah tempat kediaman tsar-tsar Rusia, namun sekarang merupakan tempat Pejabat Presiden.
20
PERANG DINGIN
Persaingan itu juga tidak dapat dipisahkan daripada sumber
tenaga. Persaingan Rusia dengan AS berkaitan sumber strategik
minyak dan gas juga memainkan peranan signifikan dalam persaingan
Rusia dengan AS dan EU itu. Rantau Kaspia merupakan antara
kawasan minyak dan gas terkaya di dunia, tetapi usaha membawa
keluar sumber ini sukar disebabkan antaranya konflik yang berterusan
di kawasan tersebut dan soal strategik lain. Selepas perpecahan
Kesatuan Soviet, Laut Kaspia yang sebelum itu hanya dikongsi Rusia
dan Iran, disempadani juga oleh Azerbaijan, Kazakhstan dan
Turkmenistan.
Kawalan Rusia terhadap sumber penting itu semakin terhakis
kerana negara-negara baru merdeka di sana turut menuntut bahagian
mereka. Rusia juga hampir kehilangan akses kepada pelabuhan-
pelabuhan di Laut Baltik40 dan Laut Hitam, yang kini terbahagi antara
Estonia, Latvia, Lithuania, Ukraine, Georgia dan Azerbaijan, negara
yang semakin jauh dari segi politik dengan Moscow, dan ada kalanya
bertembung.
Tetapi Rusia tidak mahu kehilangan kawalan sepenuhnya. Berikutan
itu, Rusia berusaha mengekalkan dan mengukuhkan pengaruhnya
terhadap pengangkutan sumber di wilayah itu. Tetapi AS dengan
agendanya sendiri cuba mencegah pembinaan saluran minyak dan gas
melalui Rusia dan satu lagi negara musuhnya, Iran. Hingga hari ini,
persaingan laluan saluran paip bekalan tenaga menjadi antara
40 Laut Baltik ialah sebuah laut payau yang terletak di utara Eropah. Laut ini dikelilingi oleh Semenanjung Scandinavia, tanah besar Eropah dan pulau-pulau milik Denmark. Ia mengalir hingga bertemu Kattegat melalui Selat Oresund, Selat Besar, Selat Kecil dan beberapa selat lain. Kattegat kemudiannya bersambung dengan Skagerrak sebelum bertemu Laut Utara dan Lautan Atlantik di sebelah barat. Laut Baltik turut disambung melalui terusan buatan, Terusan Laut Putih, ke Laut Putih dan terus ke Laut Utara melalui Terusan Kiel. Selain itu, ia turut bersempadan dengan Teluk Bothnia di utara, Teluk Finland di timur laut dan Teluk Riga di timur.
21
PERANG DINGINpersaingan paling sengit Rusia dengan Barat, iaitu AS dan EU, dan
menjadi isu hangat di pertemuan Moscow dengan EU dan negara-
negara Kumpulan Lapan baru-baru ini.
PENUTUP
Perubahan lingkungan mempengaruhi hubungan antarabangsa.
Jika pada masa Perang Dingin isu-isu ideologi dan ketenteraan sangat
dominan. Hampir semua hubungan antarabangsa diterjemahkan ke
dalam konteks perang ideologi. Pada era pasca Perang Dingin, tema-
tema ideologi menyusut. Sebagai gantinya timbul isu-isu seperti hak
asasi manusia, politik-ekonomi dan demokratisasi sebagai salah satu
indikator yang menentukan hubungan internasional.
Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia,
persaingan selalu berlaku. Apabila berlaku persaingan yang terlalu
sengit, niat untuk melenyapkan kehadiran pesaing lain akan mula
bermain di pemikiran manusia secara automatik. Dengan itu, konflik
dan pembunuhan berlaku melibatkan dua pihak dengan tujuan
menghapuskan lawan. Senario itu mungkin terkawal sekiranya
keadaan tersebut hanya melibatkan dua orang sahaja. Apa pula yang
akan berlaku sekiranya keadaan itu melibatkan sekumpulan orang
ramai, yang siap siaga dengan peralatan canggih untuk membunuh
musuh masing-masing? Sebenarnya, yang disebutkan di atas itu
merupakan definisi jelas bagi “peperangan” atau dalam bahasa
Inggerisnya, “war”.
Peperangan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita. Setiap
masa, peperangan berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira
22
PERANG DINGINtempat, waktu, keadaan dan cuaca. Antara contoh peperangan yang
disenaraikan oleh para pengkaji sejarah ialah Perang Dunia Pertama41
dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk dan yang terkini
pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat. Peperangan sudah
menjadi kebiasaan dalam tamadun kita kerana ini adalah sebahagian
daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita peroleh semasa dan
selepas peperangan hanyalah suatu jenis kemusnahan berskala besar.
Peperangan turut memusnahkan harta benda, sama ada harta
benda awam mahupun harta benda persendirian. Banyak harta benda
seperti bangunan, jalan, landasan kereta api, lapangan terbang,
pelabuhan, jambatan dan sebagainya lenyap begitu sahaja ekoran
kemaraan tentera penceroboh. Selain itu, harta benda seperti
ternakan, tanaman, alat pengangkutan, hutan juga musnah akibat
peperangan yang tidak munasabah. Harta benda ini merupakan
kemudahan dan nadi kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Tidak
hairan salah satu kesan sampingan peperangan ialah kebuluran dan
kadar inflasi yang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu
untuk membeli barang keperluan. Ramai yang terpaksa menjadi
perompak, pencuri, pelacur dandan terlibat dalam pelbagai
kebobrokan sosial semata-mata untuk mencari rezeki hidup.
Selain itu, peperangan juga mengundang kepada kemusnahan
tamadun. Tamadun-tamadun seperti tamadun Mesopotamia42, Mesir,
41 Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan. Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
42 Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Mesopotamia (dari bahasa Yunani bererti 'antara dua sungai') merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara sungai Tigris dan Euphrates, sebahagian besarnya termasuk dalam yang kini Iraq moden.
23
PERANG DINGINIndus, dan Inca yang pernah menjadi tersohor dan agung pada suatu
ketika dahulu, termusnah pada akhir zaman mereka akibat
peperangan. Segala baik dan buruk yang terbina semasa tamadun
tersebut hilang bersekali dengan kemusnahan tamadun tersebut.
Banyak ilmu, teknologi dan ajaran yang baik dicipta oleh mereka yang
arif dalam tamadun tersebut dianggap anasir-anasir buruk oleh pihak
yang menceroboh lalu dihapuskan tanpa mengira nilainya
menyebabkan manusia hari ini kehilangan banyak khazanah yang
agung, seterusnya membawa kepupusan sesuatu bangsa. Peperangan
harus dielakkan kerana jalan penyelesaian boleh tercapai melalui jalan
perundingan.
RUJUKAN
01. Brown, Archie, et al, eds.: The Cambridge Encyclopedia of Russia
and the Soviet Union (Cambridge, UK: Cambridge University
Press, 1982).
02. Gilbert, Martin: The Routledge Atlas of Russian History (London:
Routledge, 2002).
03. Goldman, Minton: The Soviet Union and Eastern Europe
(Connecticut: Global Studies, Dushkin Publishing Group, Inc.,
1986).
04. Franklin, Jane, [dipetik daripada Krisis Peluru Berpandu Cuba-
Suatu kronologi mendalam],
http://andromeda.rutgers.edu/~hbf/missile.htm
05. Resolusi Cuba, Undang-undang Awam A.S. 87-733, S.J. Res. 230
06. Kennedy, John F. (October 22 1962), Speech on the Cuban Missile
Crisis,
24
PERANG DINGINhttp://edition.cnn.com/SPECIALS/cold.war/episodes/10/document
s/kennedy.speech/
07. Friedman, Norman (2000). The Fifty Year War: Conflict and
Strategy in the Cold War. Percetakan Institut Tentera Laut,
Annapolis, MD. ISBN 1-55750-264-1.
08. Mas’oed Mohtar, Ilmu Hubungan Internasional: Disiplin dan
Metodologi. Jakarta, LP3ES, 1990
25