perang rusia jepun jerry
TRANSCRIPT
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
1/35
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
2/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 2
teknologi baharu supaya dapat menonjolkan kekuatan kedua-dua buah negara. Penulisan ilmiah
ini akan menekankan latar belakang faktor di sebalik peperangan dan kesan yang diterima Jepun
hasil pertembungan yang akhirnya memberi kejayaan kepada Jepun sekali gus menjadi sebuah
kuasa Asia Timur yang digeruni barat dalam bidang pertahanan dan ketenteraan.kuasa Asia
Timur yang digeruni barat dalam bidang pertahanan dan ketenteraan. Semangat dan tahap
nasionalisme dalam kalangan penduduk jepun yang terlampau, telah menjadikan Jepun sebagai
sebuah negara penakluk. China merupakan mangsa pertama kerana yang menjadi negara
taklukan Jepun. Sejak kejayaanya mengalahkan China dalam tahun 1894 sehingga 1895, Jepun
mula menonjolkan dirinya sebagai satu kuasa terunggul di sebelah Timur. Dan selepas kejayaan
ketika Perang China-Jepun, meletus pula Perang Rusia-Jepun pada 1904-1905 yang juga telah
memihak kepada Jepun. Jepun juga telah merampas Korea pada tahun 1910, campur tangan di
Siberia pada 1917 dan pada tahun yang sama tanpa menghiraukan kedaulatan negeri China,
Jepun cuba menduduki wilayah Shantung, menakluki Manchuria pada 1931, menceroboh China
pada 1937 dan akhirnya dengan perasaan angkuh, mereka telah memulakan Perang Pasifik pada
tahun 1941.ii Tambahan pula, pendapat bahawa Jepun merupakan kuasa Asia pertama yang
menewaskan kuasa Barat turut disokong oleh Yoshihisa Tak Matsusaka yang menyatakan
bahawa selepas kemenangan Jepun telah menyebabkan semangat pemerintah Jepun semakin
meningkat untuk meluaskan kuasa dan menyebabkan persepsi pihak Barat terhadap Jepun yang
mengatakan Jepun sebuah negara yang kuat dan tidak dapat ditandingi. Selain itu, Jon
Livingston, Joe Moore dan Felicia Oldfather turut menyokong bahawa Jepun menjadi sebuah
negara yang kuat selepas dapat menewaskan Rusia dan kejayaan Jepun tersebut menjadikannya
sebagai hero baru dalam kuasa dunia yang tidak dapat dinafikan lagi oleh kuasa-kuasa besar
yang lain. Tambahan pula, pendapat ini turut disokong oleh W. G. Beasley yang menyatakan
bahawa kekalahan Rusia telah menyebabkan Jepun menjadi sebuah kuasa Asia yang kuat dan
tidak dapat ditandingi. Justeru itu, kemenangan Jepun yang dapat menewakan kusa Barat iaitu
Rusia membolehkan Jepun semakin disanjungi oleh kuasa-kuasa Barat yang lain. Perkara ini
jelas dapat dilihat apabila tercetusnya peperangan antara Rusia dan Jepun. Oleh itu, terdapat
beberpa faktor yang membawa kepada peperangan tersebut dan menyebabkan berlakunya
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
3/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 3
kekalahan Rusia ke atas Jepun serta menyebabkan beberapa kesan terhadap Jepun itu sendiri dan
juga pihak Rusia.
2.0 FAKTOR PERANG RUSIA- JEPUN 1904
Tiada satu sebab yang boleh dianggap sepenuhnya sebagai punca Perang Rusia-Jepun 1904.
Peperangan ini boleh dianggap berlaku sejak awal tahun 1875 lagi, dan perang yang sebenar
hanya tercetus pada tahun 1904. Terdapat banyak faktor yang membawa kepada Perang Rusia
Jepun sama ada dari segi dalaman Jepun sendiri mahupun faktor luar yang mencetuskan
peperangan ini.
2.1 Perkembangan Ketenteraan Jepun
Kejayaan Jepun dalam Perang Rusia- Jepun tidak dapat dinafikan lagi didorong oleh kejayaan
Jepun dalam memperkuatkan ketenteraannya. Bermula dari kejayaan pemulihan kuasa Meiji,
meletusnya perang dengan China 1895 yang menandakan tamatnya Zaman Pemulihan Jepun
serta permulaan zaman baharu bagi Jepuniii. Perkembangnnya berterusan sehinggalah kepada
perluasan kuasa Jepun ke benua Asia dari tahun 1895 sehingga 1945. Menurut Edwin. O.
Reischauer, zaman 45 tahun pemerintahan Meiji hakikatnya adalah merupakan zaman Jepun
belajar, meminjam, dan secara beransur-ansur mengasimilasikan unsur unsur tamadun Barativ
.
Zaman pemerintahan Meiji yang penuh dengan kegemilangan tersebut digelar sebagai Zaman
Victoria Jepun.
Sejak itu, golongan tentera telah mendominasi senario politik Jepun. Mereka bertindak
melakukan pencerobohan keatas Manchuria China, yang akhirnya mengheret Jepun ke kancah
Perang Dunia Kedua. Jepun adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai tradisi
ketenteraan yang sangat kuat sehinggakan terdapat juga karya yang mencatatkan bahawa tidak
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
4/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 4
ada negara lain yang dapat menandingi Jepun dimana anggota tentera mereka disambut dengan
sanjungan yang cukup tinggi. Lantaran daripada itu dapat dilihat bahawa kerajaan baharu Jepun
dibawah kuasa Meijivsangat memberi keutamaan dalam perkembangan tentera darat dan lautnya
yang bakal mengubah keseluruhan perkembangan negara Jepun kelak. Lantaran itu, kerajaan
Jepun memberikan keutamaan terhadap pembangunan tentera darat dan lautnya.
2.2 Kedatangan Barat Ke Jepun
Awal kurun ke-19, ramai pegawai Amerika dan Eropah yang berulang ke Jepun menghantar
angkatan tentera bagi mempengaruhi Jepun membuka pelabuhannya kepada kapal-kapal asing
namun tidak diperdulikan Edo. Kehadiran orang Eropah yang semakin meningkat terutamanya
selepas kekalahan China dalam Perang Candu mendorong segelintir pelajar yang
berpendididikan ketenteraan barat menggesa kerajaan Jepun meningkatkan sistem
pertahanannya melalui persenjataan dan organisasi Barat. Hanya sekitar tahun 1841 sahaja idea
tersebut dipertimbangkan kembali.
Terdapat juga dalam kalangan mereka yang belajar di Eropah menganjurkan pembukaan
Jepun namun ditentang keras penduduk Jepun. Lantaran itu, Amerika telah bertindak menghantar
angkatan lautnya yang besar memasuki perairan Teluk Jepun dibawah pimpinan Komander
Matthew C. Perry pada Julai 1853vi
bagi menyampaikan surat Presiden Amerika menuntut
pembukaan pelabuhan Jepun. Angkatan Perry kembali semula pada Februari 1854, dan dengan
gertakan daripada meriam kapal-kapal Amerika, Tokugawa terpaksa membuka dua buah
pelabuhannya kepada Amerikavii
. Dengan pembukaan pintu Jepun, dalam masa dua tahun, Edo
terpaksa menandatangani perjanjian membuka pintunya kepada England, Rusia dan Belanda.
Kini Jepun sudah terbuka luas kepada dunia luar dan jelas bakal menerima sistem ketenteraanBarat serta perkembangan sains dan teknologi mereka.
2.3 Pengorganisasian Tentera
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
5/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 5
Jepun tahu bahawa untuk muncul sebagai kuasa yang kuat di Rantau Asia, mereka memerlukan
permodenan dan perubahan pertama yang dilakukan adalah pengorganisasian tentera. Maka
timbul keinginan mencipta Jepun moden dengan membangunkan kuasa tentera melalui
pembaharuan dalam aspek ekonomi, sosial dan intelek. Organisasi ketenteraan adalah merupakan
pemula kepada peralihan kuasa Tokugawa kepada Meiji melalui penyerapan organisasiviii
bercorak Barat serta menggaji penasihat asing. Organisasi ketenteraan darat dan laut lantas
menjadi organisasi terbesar dalam masyarakat Jepun dan merangsang pembangunan sistem-
sistem yang lain. Pada 1850, Jepun berhadapan Barat tanpa adanya angkatan darat dan laut yang
kukuh. Pendekatan terbaik untuk menjadikan organisasi tentera sepenuh masa adalah
menggunakan unit samurai dalam tugas pengawalan dan polis.
Ketua Turus Angkatan Tentera yang dahulunya terletak di tangan Menteri Awam telah dijadikan
sebagai badan bebas sekitar tahun 1878. Tiga tahun kemudiannya, setelah lama menggunakan
penasihat orang Perancis dan tambahan kekalahan Perancis di Tangan Prussia, kerajaan Jepun
telah menggantikan mereka dengan penasihat Jerman. Hal ini demikian kerana orang-orang
Jerman telah membuktikan bahawa mereka lebih handal dari orang Perancis ketika Perang
Franco-Prusiaix
di Eropah.
Sejak Jepun menghapuskan dasar Isolasi, perhubungannya dengan kuasa-kuasa Barat adalah
lebih kukuh berbanding sebelumnya. Orang-orang Jepun sentiasa mengawasi perkembangan-
perkembangan dalam bidang sains moden dan teknologi yang dibangunkan oleh orang-orang
Eropah pada ketika itu. Selepas 1868, ramai juruteknik luar yang muncul terdiri daripada orang
Inggeris Britain, Amerika, Perancis, Jerman dan Belandax. Mereka digaji oleh Jepun sebagai
nakhoda, jurutera keretapi dan kapal laut, penasihat keewangan dan undang-undang, pakar
pertanian, guru-guru universiti dan sekolah serta model pelatih tentera darat dan laut. Menjelang
tahun 1875, terdapat sekitar 600 penasihat asing dan jumlah mereka mencecah 3000 orang pada
1890. Semua penasihat diletakkan di bawah pegawai Jepun dan perkhidmatan mereka bakal
ditamatkan setelah Jepun yakin boleh melakukan kerja berkenaan tanpa mereka lagi.
.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
6/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 6
2.4 Penubuhan Akademi Ketenteraan
Kejayaan Jepun dalam perang Russia Jepun juga dibantu oleh Dasar reformasi 1867 yang
dibentuk telah mendorong pembukaan akademi latihan bagi tentera di Edo yang dianggotai oleh
pegawai tentera Perancis. Bakufu juga menggunakan nasihat teknikal dari Perancis dalam
pembinaan foundari besi dan limbungan kapal. Ramai pelatih Perancis dilahirkan daripada
institut latihan ketenteraan yang ditubuhkan di Edo itu. Beberapa domain pula telah meneruskan
pengimportan senjata, sebagai contohnya pengimportan beberapa ribu senapang jarum dari
Jerman pada 1870 yang diiringi oleh pegawai Jerman bagi mengajar cara penggunanya.
Kebanyakkan sekolah utama juga diperluaskan untuk mempelajari ketenteraan Barat. Sebagai
orang baharu, satu penyelarasan dan kawalan telah ditubuhkan termasuk kakitangan Am, jemaah
nazir untuk menyelia dan menyeragamkan pendidikan dan latihan tentera seperti yang
dilaporkan seperti Staf Jeneral terus kepada Maharajaxi
. Model-model utama untuk perubahan ini
telah diambil dari Jerman. Tentera Perancis menekankan peranan sekolah tentera, kepentingan
semangat dan nasionalisme.
Pada 1870, penentuan beberapa buah sekolah bagi melatih tentera darat dan laut dibuat
berasaskan nasihat tentera asing namun bersandar sepenuhnya kepada pengetahuan dan
pengalaman daripada pelajar senior yang lebih awal atau mereka yang baharu pulang dari belajar
di luar negara. Sekolah latihan tentera dibawah rejim baru yang pertama ditubuhkan di Kyoto
pada 1868 dengan kokurikulumnya adalah berorientasikan kajian Barat namun ianya
dikendalikan oleh pihak Jepun. Menjelang 1871, kerajaan Meiji memutuskan mengembalikan
dasar lamanya dan membawa seramai 16 pegawai Perancis ke Jepun pada 1872. Perancis akan
menyediakan kakitangan teras kelas pertama di Akademi tentera (Shikan Gakko). Sekolah
tentera laut Meiji pertama ditubuhkan pada 1869 di Yokohama dan Jepun telah mengupah tenaga
pengajar dari British. Kurang daripada separuh dari 450 000 samurai yang menganggur telah
dimasukkan kedalam angkatan tentera yang baharu dan tentera laut berasaskan model barat.
Bilangan mereka melebihi kekuatan tentera sebenar yang dikuasai oleh jepunxii.
2.5 Sistem Kerahan
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
7/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 7
Pertambahan jumlah tentera serta semangat tentera yang kuat hasil daripada pelaksanaan sistem
keras mendorong kejayaan Jepun dalam perang mereka. Pengumuman yang dibuat lewat 1872
dan Perintah Kerahan 1873 telah diktiraf Tentera darat dan laut secara berterusan menerima
sukarelawan samurai. Bilangan penduduk yang dikerahkan pula adalah sedikit sahaja sekitar 3
peratus daripada kesesuaian umur lelaki untuk berkhidmat dalam tentera pada 1870. Dalam
perintah pengerahan tersebut, terdapat pengecualian bagi perkhidmatan iaitu seseorang lelaki
yang menjadi ketua keluarga, orang yang mewarisi ladang dan perniagaan keluarga. Selepas
pengembalian, kerajaan telah mengambil langkah-langkah permulaan ke arah pembentukan satu
angkatan tentera yang moden bagi menandakan komitmen kerajaan Jepun membina negara
bangsa moden mengikut model barat apabila peruntukan Undang-undang Kerahan yang pertama
telah diluluskan pada awal tahun 1872.
Melalui undang-undang ini, kerajaan mampu untuk memiliki satu kuasa angkatan tentera tetap
seramai 240 00 orang anggota yang kemudiannya terus meningkat hampir setengah juta
jumlahnya. Mengikut Yamagata, orang Jepun sama ada dari golongan tentera mahupun tidak,
berasal daripada darah yang sama dan apabila tertakluk dengan tata tertib tentera maka mereka
pasti tidak akan gagal menjadi askar-askar. Sebelum pengenalan undang-undang itu sendiri,
dapat dilihat disebabkan status samurai yang tinggi dan penting dalam masyarakat feudal Jepun
maka ianya agak sukar dihapuskan. Menyedarinya, Choshuxiii
mencari jalan bagi melucutkan
taraf samurai dalam kasta hulubalang dengan memperkenalkan perkhidmatan tentera negara
yang seterusnya menjurus kepada Undang-Undang Kerahan.
Perlu diketahui juga, dalam proses pertama pembaharuan, Meiji bertindak pada mulanya dengan
menghapuskan penggunaan senjata-senjata kuno. Dengan ini juga, golongan samurai yang
selama ini mewarisi jawatan kepahlawanan secara turun temurun telah dihapuskan. Hal ini
termasuklah melarang rakyatnya daripada membawa senjata terutamanya pedang kecuali tentera
dan polis. Terdapat kira-kira setengah juta samurai semasa sistem feudal telah dihapuskan.
Golongan samurai ini seterusnya telah menceburkan diri mereka dalam kegiatan perdagangan
dan perindustrian baharu di Jepunxiv
.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
8/35
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
9/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 9
untuk berperang di peringkat ini, Rusia tidak pernah dilupakan oleh Jepun yang mahu
mengambil peluang untuk pemulihan pada masa yang sesuai. Antara kepentingan Pulau Sakhalin
ialah menambahkan lagi pasaran bagi barangan keluaran Jepun.
2.7 Kepentingan Manchuria
Manchuria terletak di atas garisan lintang 39-53 30 Utara. Iklimnya sangat sejuk pada musim
dingin dan sangat panas pada musim panas. Kebanyakan kawasan tersebut mengeluarkan hasil
tanaman seperti kacang, sekoi, kaolin dan gandum. Pada asalnya, Rusia ingin memajukan daerah
Siberia Timor yang lebih mundur daripada Manchuria, namun oleh kerana Manchuria
mempunyai hasil kayu kayan dan galian seperti arang batu, besi dan emas menyebabkan Rusia
memilih Manchuria yang difikirkan dapat menjadi asas untuk pekan baru dan perusahaan Rusia
ingin mengembangkan ekonominya ke Manchuria.
Rusia perlu melanjutkan landasan kereta apinya ke Manchuria. Rusia membina landasan keretapi
Trans-Siberia di Manchuria. Projek kereta apiTrans-Siberia telah dilancarkan pada tahun 1981.
Dari tahun 1891 hingga tahun 1916, Rusia membina landasan kereta api Trans-Siberian.
Sehingga landasan kereta api itu siap pada 1916, Rusia percaya landasan Trans-Manchuria dapat
menghubungkan Eropah dan Asia Rusia. Landasan kereta api dikenali sebagai Chinese Eastern
Railway (CER) yang mempunyai laluan sepanjang 1782 batu yang menghubungkan China
dengan Vladivostok dan kawasan selatan ke Port Arthur. Chinese Eastern Railways (CER) ini
mula beroperasi pada 1889. Perluasan Empayar Rusia merupakan faktor utama yang
menyebabkan Rusia ingin membina Chinese Eastern Railway. Rusia telah lama berminat di Asia
Timur sebagai nama yang dicadangkan iaitu Vladivostok yang merupakan pelabuhan yang
terpenting Rusia yang boleh diterjemahkan kepada Ruler of the Eastxvi
.
Rusia memerlukan Manchuria untuk tujuan politik terutama dari aspek ketenteraanxvii
. Hal ini
dapat dilihat yang mana Rusia sangat memerlukan Manchuria untuk mendapatkan pangkalan
tentera laut bagi menggantikan pelabuhan Vladivostok yang berada di Timur jauh. Rusia
berminat untuk mendapatkan sebuah pelabuhan yang tidak terpengaruh dengan cuaca iklim atau
pelabuhan yang tidak membeku pada musim sejuk (ice-free). Kuasa Eropah bersaing untuk
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
10/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 10
mendapatkan kepentingan yang sebanyak mungkin di Timur. Rusia dari segi geografi dan
sejarahnya, tidak tercabar dengan kuasa-kuasa lain kerana telah meluaskan pengaruhnya di
Timur selama 500 tahun.
Perluasan kuasa ke Manchuria merupakan fasa yang terbaru dalam menjelajah di Asia Timur.
Kepentingan ekonomi merupakan faktor yang lain yang menyebabkan Rusia ingin meluaskan
pengaruhnya. Menteri Peperangan iaitu Jeneral Aleksei Nikolaevich Kuropatkin menulis pada
tahun 1900 bahawa apabila Rusia mempunyai kuasa landasan kereta api antara Laut Baltik dan
Lautan Pasifik dan apabila Rusia mendapatkan Bosporus di Lautan India dan Lautan Pasifik,
kemudian Rusia banyak sekali bekalan sumber semula jadi akan menyebabkan semua kuasa
dunia akan mengagumkan persaingan ekonomi. Tsar Nicholas II juga percaya akan Russian
East Asia akan dapat membiaya diri sendiri.
Keselamatan negara merupakan faktor ketiga dan merupakan faktor segera dari kaca mata
pemimpin Rusia. Dalam tempoh waktu dari Perang China-Jepun Pertama (1894-1895)
bersambung sehingga Perang Rusia-Jepun (1904-1905), landasan kereta api Rusia berkembang
di Asia Timur boleh dilihat sebagai dasar asingnya. Pembinaan landasan kereta api di Asia
Timur merupakan reaksi kepada keperluan keselamatan negara Rusia. Pada 1881, China
memaksa Rusia untuk berundur dari kawasan yang didudukinya sejak 1871 sehingga
penentangan besar-besaran China Muslim yang berada di Xinjiang (Sinkiang) dari tahun 1862
hingga tahun 1978. China cuba untuk menghentikan penentangan ini dan menduduki kawasan ini
yang merupakan kawasan Rusia. Oleh kerana masalah kewangan disebakan oleh Perang Rusia-
Turki (1877-1878), Rusia menghentikan Persetiaan Livadia 1879 dengan memberi wilayah ini,
untuk menandatangani Persetiaan St. Peterburg 1881xviii
.
Manchuria pada dasarnya di perintah oleh China secara langsung. Bukan hanya Jepun yang risau
akan kemaraan Rusia ke atas Manchuria, namun kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Amerika
Syarikat dan British juga bimbang akan perluasan kuasa Rusia di atas dasar-dasar dan usahayang dilakukan Rusia di Manchuria. Manchuria dilihat sebagai pembekal dan perhubungan yang
lebih baik kedudukannya di Siberia Timur. Manakala negara Jepun pula amat berminat terhadap
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
11/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 11
Manchuria yang kaya dengan sumber asli seperti arang batu dan besixix
. Walaupun iklimnya
keterlaluan, tetapi kebanyakan dari kawasan itu banyak mengeluarkan hasil.
2.8 Campur Tangan Tiga Kuasa Iaitu Rusia, Perancis Dan Jerman, 1895
Pada 23 April 1895, Jerman, Rusia dan Perancis menuntut supaya kerajaan Jepun membatalkan
pemilikannya terhadap Semenanjung Lioutung dengan alasan keamanan di Timur Jauh.
Campur tangan tiga kuasa iaitu Rusia, Jerman dan Perancis mengenai Lioatung menaikkan
kemarahan Jepun. Oleh kerana menganggap China lemah lebih daripada yang disangkakan
menyebabkan campur tangan kuasa Perancis, Jerman dan Rusia yang kononnya inginkan
pembayaran pampasan untuk melindungi China menentang Jepun untuk mengambil alih Jepun
yang telah mendesak China namun telah ditolak oleh China. Kemenangan Jepun, dalam
peperangan dengan China pada tahun 1895xx
, menyebabkan Jepun menjadi kuasa yang hebat dan
agung di Asia. Oleh itu, Jepun dapat bertapak di China dengan mudah selepas China kalah
kepada Jepun dalam Perang China-Jepun. Namun begitu, Rusia dilihat kerap ingin menguasai
kawasan di China. Boleh dikatakan bahawa Rusia yang menimbulkan rasa cemas di Jepun.
Sesetengah kawasan pelabuhan dibuka untuk syarikat asing. Wilayah sempadan bagi Perancis
dan Rusia di kawasan utara ke selatan serta Jerman di Shantung. Selain itu juga boleh dilihat,
Perancis dan Jerman kerap memberi bantuan kewangan kepada China yang dilihat seperti ingin
membantu China untuk memodenkan dan pembaharuan di China. Pada tahun 1895 hingga tahun
1900 dikatakan mempunyai kata sepakat bagi kuasa-kuasa ini. Terdapat tiga ciri iaitu yang
pertama, perolehan kereta api istimewa dan konsesi perlombongan di wilayah China, kedua
kawasan pajakan termasuklah pusat operasi kapal laut yang mana kepentingan mereka dapat
dilindungi dan perjanjian dengan China akan memastikan kawasan mereka tidak dicerobohi
kuasa-kuasa lain. Kawasan di China seperti sudah tersusun untuk kuasa Barat bertapak seperti
kemasukan Perancis ke wilayah Yunnan, Kwangsi dan Kwangtung pada tahun 1895-1896,
Jerman di Shantung pada tahun 1897-1898 manakala Rusia pula di Manchuria pada tarikh yang
berbeza di antara tahun 1896 hingga tahun 1898.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
12/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 12
2.9 Rusia Berminat Ke Atas China
Pada tahun 1896, China telah menandatangani perjanjian sulit dengan Rusia yang berkaitan
dengan melindungi China dari kemaraan Jepun. China membayar pampasan kepada Rusia untuk
campur tangan dalam Perjanjian Shimonoseki bagi pihak China termasuk pajakan bagi kawasan
Port Athur dan Dairen yang bersebelahan dengan Semenanjung Shantung dan Liaotung. Rusia
menganggap tindakannya adalah kerana serangan dan ancaman Jepun ke arah keamanan di
China. Peranan Rusia lebih menonjol dalam keselamatan di China tetapi dengan syarat
menyediakan kestabilan di area tersebut. Fobia terhadap Rusia di kalangan orang Jepun yang
dikenali sebagai Russophobia berfokuskan kepada hubungan Sino-Rusia yang merujuk kepada
hubungan China dan Rusiaxxi
. Di Jepun, telah tersebar luas mengenai China telah menjadi
boneka kepada Rusia.
2.1.1 Rusia Ingin Menduduki Korea
Semasa Perang Sino-Japanese, Korea telah berada di bawah perlindungan tentera Jepun melalui
persetiaan yang ditandatangani di Seoul pada 26 Ogos 1894. Walaupun kemerdekaan telah
diakui melalui Perjanjian Shimonoseki, Jepun mendapat pengaruh dan perhatian yang utama
selepas peperangan. Pada tahun 1895, permaisuri Korea telah dibunuh dan dikatakan
kementerian Jepun menjadi dalang di sebalik kematiannya. Menurut Peter Duus, Miura
merupakan seorang yang fanatik dengan aktivis kepada Jepun mengambil inisiatif sendiri dengan
merancang pembunuhan Permaisuri Min yang di sangkakan merupakan orang yang menjadi
ketua kepada puak anti-Jepun.
Pada awal tahun 1896, tentera laut Rusia telah singgah di Chemulpo (Inchon) dan Raja Korea
telah berlindung di kementerian Rusia. Rusia sekarang menumpukan perhatian ke atas Korea dan
Rusia mendapat hak istimewa di China dan Korea. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
13/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 13
kemaraan Jepun kerana Jepun terasa terancam. Rusia dan Jepun berminat untuk mendapatkan
Korea. Dari segi kekuatan, Rusia mengatur secara terperinci protokol baru dengan Jepun
berkaitan dengan Semenanjung Koreaxxii
. Protokol ini memaksa Jepun untuk melepaskan
dominasi kepentingan politik dan ketenteraan ke atas Korea.
Perjanjian Nishi-Rosen yang ditandatangani pada 25 April 1989 adalah untuk meminta Jepun
dan Rusia sama-sama untuk menahan diri supaya tidak campur tangan dalam urusan Korea dan
berunding sesama sendiri sebelum melantik tentera atau penasihat kewangan, termasuklah Rusia
berjanji tidak akan menghalang pembangunan Jepun, pengaruh Jepun dan kepentingan ekonomi
di Rusia. Hal ini bermakna idea Inoue pada Julai 1895 untuk membentuk pengaruh Jepun di
Korea akhirnya dapat dijalankan. Hal ini dapat dilihat dalam perbankan, Jepun akhirnya dapat
menonjolkan dirinya dan mendapat kelebihan yang besar. Bank Shibusawa Eiichis Dai Ichi
mempunyai kepentingan dalam kewangan perdagangan Jepun dengan Korea setelah membuka
cawangan baru di Pusan pada tahun 1878xxiii
.
Kekurangan kekuatan dalam ketenteraan dan politik menyebabkan Jepun mengelakkan diri dari
sebarang konfrontasi dengan Rusia. Jepun menganggap protokol ini sebagai lampu hijau bagi
dirinya untuk terlibat dengan perkembangan komersial perniagaan di Korea. Pada tahun 1900,
perdagangan Jepun-Korea dan jumlah orang Jepun yang menetap di Korea semakin meningkat.
Jepun memperoleh hak dalam pembinaan landasan kereta api bagi landasan Seoul-Inchon dan
Seoul-Fusan. Konsortium bagi kepentingan perniagaan Jepun terjamin untuk membina laluan
kereta api yang menghubungkan Seoul dengan bandar utama iaitu Pusan dan Inchon dan
Kementerian Jepun berusaha untuk mengatur pinjaman-pinjaman dari bank Jepun untuk melabur
kewangan dalam kerajaan Korea.
Kepentingan landasan kereta api merupakan salah satu kepentingan Jepun di Korea. Hal ini
boleh dilihat dalam salah satu artikel di dalam majalah Tokyo iaitu Taiyo menyatakan bahawa
pada Julai 1899, makna memperluas wilayah tanpa menggunakan askar-askar ialah polisilandasan kereta api. Jepun telah mengambil alih konsesi landasan kereta api dari kerajaan Korea
bagi landasan Seoul-Pusan dan Seoul-Inchon (Chemulpo). Namun begitu, konsesi bagi Seoul-
Inchon telah diserahkan kepada Amerika. Oleh kerana kesukaran untuk membangunkan modal,
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
14/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 14
oleh itu kerajaan Jepun menjual kepentingannya pada tahun1897 kepada sindiket persendirian
Jepun yang diketuai oleh Shibusawa dalam empat Syarikat Zaibatsuxxiv
(Mitsui, Mitsubishi,
Yasuda dan Okura).
Dari segi strategik Korea menjadi sebuah pusat yang penting bagi pertahanan Jepun dan juga
menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Timur pada masa
hadapan. Pada tahun 1890, Yagamata Aritomo Perdana Menteri Jepun ketika itu memberi
pandangan beliau mengenai memorandum polisi luarnya bahawa ia merupakan prinsip asas yang
mana untuk mengekalkan kedaulatan Jepun, Korea diperlukan untuk melindung Pulau Jepun.
Jepun telah mendirikan banyak pengkalan tentera darat, laut dan udara serta telah membina
landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan memenuhi keperluan ketenteraannya.
Selain itu juga, Jepun dan Korea juga telah meletakkan askarnya dalam jumlah yang kecil di
beberapa bahagian Korea untuk tujuan ketenteraan. Dengan perjanjian tempatan antara Jepun
dan Korea pada tahun 1896xxv
, Jepun mempunyai kepentingan untuk meletakkan askarnya dalam
jumlah yang kecil di Seoul, Pusan dan Wonsan agar dapat membentuk telegraf ketenteraan jika
ada-ada kecemasan dan maklumat yang ingin disampaikan.
2.1.2 Persetiaan Anglo-Japanese 1902
Pada tahun 1900, Jepun cuba mencari rakan sekutu untuk menguatkan kedudukannya di Timur.
Kemaraan Rusia di Timur menyebabkan Jepun mula terasa tergugat dan mula mencari jalan
bagaimana untuk menghalang kemaraan Rusia. Kemaraan Rusia di Timur menyebabkan Perdana
Menteri Jepun iaitu Taro Katsura yakin bahawa Rusia tidak akan berhenti untuk menghuni
Manchuria. Percaya kepada teori mendominasi domino theory di Timur, Taro Katsura
mengatakan bahawa Rusia akan dan pasti memperluaskan pengaruhnya ke Korea dan tidak
akan berhenti sehingga tiada ruang lagi untuk kita. Bagi Jepun, isu Korea berkaitan dengan soal
hidup dan mati. Oleh itu, Jepun memerlukan rakan sekutu bagi menguatkan dirinya.
British berminat untuk menguasai China adalah kerana faktor ekonomi untuk mendapatkan
keuntungan dan bukanlah untuk menguasai Korea. Oleh itu, bagi Jepun, Britain adalah negara
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
15/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 15
yang sesuai untuk dijadikan sekutu. Kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895
telah mengakibatkan dua masalah kepada England yang mana ia mencabar kedaulatan British di
China dan membawa masalah kepada England untuk berhadapan dengan masalah untuk
menyelesaikan polisinya dalam proses pemecahan Chinaxxvi
. British pula mula bimbang akan
kemaraan Rusia di China kerana kepentingan ekonominya. Ditambah pula persetiaan di antara
Perancis dan Rusia yang mana mereka akan bersatu untuk menentang Britain jika berlaku apa-
apa. Persetiaan antara Rusia dan Perancis juga membimbangkan Jepun jika berlaku konflik
ketenteraan antara Jepun dan Rusia. Oleh sebab kepentingan perdagangan British di China,
British risau akan pemecahan China dan kemaraan Rusia di Timur akan mengganggu gugat
kepentingan British. Oleh itu, Britain memerlukan sekutu untuk mengatasi masalah ini.
Persetiaan yang dipersetujui antara Jepun dengan kuasa Eropah ini membentuk keyakinan diri
dalam kalangan masyarakat Jepunxxvii.
Persetiaan di antara Britain dan Jepun ditandatangani di London pada 30 Januari 1902, yang
diwakili oleh Hayashi untuk Jepun dan Lansdowne bagi Great Britain. Persetiaan Anglo-
Japanese 1902 dikatakan merupakan peristiwa romantik dalam sejarah dunia yang mana ia
merupakan kesatuan pertama di antara Timur dan Barat, pengesahan pertama Kesatuan Asia
berkebolehan memberikan bantuan kepada kuasa yang terkenal di Barat. Hal ini adalah kerana
tidak pernah ada kuasa di Asia yang bersekutu dengan Barat. Perkara yang penting dalam
persetiaan ini ialah yang pertama England dan Jepun akan membantu satu sama lain di dalam kes
peperangan dengan China dan Korea, kedua persetiaan ini mengakui kepentingan istimewa Great
Britain di China dan Jepun di Korea, bila-bila masa England dan Jepun merasakan kepentingan
mereka terancam dan ketiga kedua-dua negara ini akan berkomunikasi sepenuhnya dan secara
terus-terang.
Persetiaan ini memberi kekuatan diplomatik perluasan kepentingan Jepun di Korea. Hal ini
disokong oleh Taylor yang mana, Persetiaan Anglo-Japanese ditandatangani pada 30 Januari
1902, memberi Jepun peluang dalam kepentingan istimewa mereka di Korea. Persetiaan ini
ditandatangani untuk mengekalkan kebebasan dan integriti wilayah di China dan Korea dalam
masa yang sama untuk melindungi peluang yang sama di China dan Korea dalam perdagangan
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
16/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 16
dan industri bagi semua bangsa. Persetiaan Anglo-Japanese merupakan penanda awal kepada
imperialism Jepun di Korea. Selain itu, akibat tekanan daripada Perancis, Jerman dan Rusia ke
atas Jepun menyebabkan Jepun membuat persetiaan dengan England pada tahun 1902 untuk
menguatkan kedudukan mereka. Hal ini di sokong oleh Peter Duus yang mana kesan dari
persetiaan ini akan memberi amaran kepada sekutu Rusia jika Rusia berperang dengan
Jepunxxviii
.
Rusia dan Jepun juga dilihat sibuk untuk melakukan pembalakan di Sungai Yalu. Jepun
menentang tindakan Rusia kerana telah melanggar Persetiaan Anglo-Japanese. Oleh sebab yang
kecil ini, tentera Rusia dan Jepun melakukan serangan dan menyebabkan beberapa orang tentera
Rusia mati. Rusia tersinggung dengan peristiwa ini dan menghantar tentera-tenteranya ke Korea
untuk menghukum Jepun. Jepun bersungguh-sungguh untuk melawan namun Rusia tidak
memberi perhatian kepadanya. Oleh itu, Jepun telah mengisytiharkan perang menentang Rusia
pada 5 Februari 1904. Sesetengah tokoh berpendapat bahawa punca yang mencetuskan perang
Rusia-Jepun adalah kerana keadaan Jepun yang yakin akan kekuatannya.
3.0 KRONOLOGI PERANG RUSIA- JEPUN 1904
Peristiwa perang Rusia-Jepun merupakan peristiwa yang membuktikan bahawa Jepun
merupakan sebuah negara Asia pertama yang mampu mengalahkan kuasa Barat. Jepun berjaya
mendapatkan Manchuria, setengah Pulau Sakhalin dan Korea. Pada mulanya, Manchuria
merupakan kepentingan utama Rusia manakala Korea sangat penting bagi Jepun. Kepentingan
Manchuria bagi Jepun pada mulanya tidak mempunyai kepentingan. Namun setelah menemui
sumber ekonomi dan sebagai kawasan jajahan bagi menempatkan penduduknya yang
bersebelahan dengan negaranya, ia menjadi kepentingan ekonomi yang penting bagi Jepunxxix
.
Pergelutan antara Rusia dan Jepun ini bermula sebaik sahaja Persetiaan Shimonosekiditandatangani. Perjanjian Shimonoseki ditandatangani pada 17 April 1895 dimana penyerahan
Farmosa, Kepulauan Pescadores dan Semenanjung Liotung termasuklah Port Athur kepada
Jepun. Jepun menyedari bahawa mereka terpaksa berkongsi kedudukan bersama Rusia di Korea.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
17/35
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
18/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 18
telah memberinya kepada Rusia bagi memperbaharui kedudukannya. Pada mulanya, cadangan
perundingan datangnya dari Jerman, bukannya dari Jepun dan Great Britain bagi mengadakan
ikatan antara tiga kuasa. Perikatan ini telah bekerjasama dengan membuat persetujuan dalam
tahun 1900 untuk mengekalkan keadaan yang sedia ada di negeri China. Bagi Jepun, dengan
mengadakan ikatan dengan salah sebuah Negara Barat yang terkuat, ia merupakan tanda kepada
suatu kemajuan besar dalam pembangunan Jepun sebagai sebuah kuasa Asia. Ia juga
menandakan Jepun mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Lembaga Majlis Asia.
Sejak tertubuhnya Perjanjian Anglo-Jepun dengan bantuan ketenteraan daripada Britain, Jepun
boleh berurusan dengan isu- isu yang dibangkitkan berkenaan dengan pendudukan Rusia di
Manchuria tanpa risau dengan campur tangan dari pihak Tiga Intervensi . Pada tahun 1902 dan
1903, ia merupakan pengunduran tentera Rusia dari Manchuria dan Korea. Pada mulanya, ia
berjaya. Namun bagi kali kedua tidak pada semuanya berjaya dilakukan. Pada akhir tahun 1903,
keputusan yang diambil ialah peperangan. Jepun merasakan bahawa impian untuk menguasai
seluruh Asia terhalang apabila Rusia mara ke Manchuria dan Korea. Jepun ingin menjadikan
kawasan ini sebahagian daripada kawasan jajahannya. Ini kerana Manchuria merupakan sumber
ekonomi bagi Jepun manakala jika Rusia menguasai Manchuria, Rusia akan turut campurtangan
dalam Korea. Jadi Jepun merasakan bahawa peperangan adalah jalan yang memang sesuai untuk
menyelesaikan masalah ini. Rusia tidak terburu-buru memberikan respon kepada cadangan
Jepun. Apa yang terkandung cadangan itu bukanlah perkara yang baru. Pada 6 Februari 1904,
tentera Rusia telah mendahului dengan menyerang Sungai Yalu untuk memasuki Korea. Pada
masa itu juga, Jepun telah berlayar daripada Pengkalan Angkatan Laut Sasebo menuju ke
Cemulpo. Pada 8 Februari 1904, angkatan tentera laut Rusia menyerang Pelabuhan Arthur dan ia
dikepung. Pada masa itu juga tentera Jepun dikerahkan ke Incheon, korea. Dua hari kemudian,
jepun mengisytiharkan perang.xxxii
Perang diisytiharkan pada 10 Februari, tetapi persengketaan sudah pun bermula dua hari lebih
awal. Peperangan bermula di Korea dan di sepanjang pantai menuju ke Liaotung. Pada bulan
April kemenangan tentera laut di luar Port Arthur membolehkan Jepun mengawal seluruh laut
yang diperlukan bagi menggerakkan bala tenteranya sekaligus membolehkan sekumpulan tentera
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
19/35
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
20/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 20
Jepun ini. Antara kesannya ialah perluasan kuasa Jepun di Pulau Sakhalin, menyemarakkan
semangat nasionalisme bukan sahaja dalam kalangan rakyat Jepun sendiri malah penduduk di
Asia Tenggara serta kesan dalam aspek ekonomi di Jepun.
4.1
POLITIK
4.1.1 Jepun Menjalankan Dasar Imperialisme
Permodenan Jepun yang bermula selepas pemerintahan Maharaja Meiji telah memacu negara
itu ke era penuh kegemilangan. Politik dan ekonomi tradisional Jepun telah diganti dengan
sistem pentadbiran dan ekonomi gaya Barat. Secara tidak langsung, permodenan Jepun berjaya
mengelakkan daripada menjadi mangsa penjajahan Barat. Sebaik sahaja berjaya memansuhkan
perjanjian berat sebelah (unequal treaty) yang dibuat dengan Barat pada era Tokugawa dahulu,
Jepun mula melancarkan dasar luar yang lebih agresif di Asia Timur, terutamanya terhadap
negara China. Peningkatan minat kuasa Barat meluaskan cengkaman masing-masing di China
setelah negara itu kalah kepada Jepun dalam perang pada tahun 1894 dan juga mendesak Jepun
untuk terlibat sama dalam perlumbaan membuka kawasan pengaruh di negara yang sangat
berpotensi dalam melengkapi keperluan industrinya.xxxv
Kejayaan Jepun telah mengubah tindakan mereka menjadi sebuah negara penakluk. Faktor-
faktor ekonomi, semangat nasionalisme yang melampau dan tekanan politik serta tentera
menyebabkan Jepun menyertai kuasa-kuasa Barat menjadi negara penakluk. Mangsa pertama
Jepun ialah negara China. Peristiwa pembunuhan seramai 54 orang nelayan Kepulauan Ryukyu
di Taiwan pada tahun 1874 menjadi alasan bagi Jepun untuk menuntut Kepulauan Ryukyu dan
ganti rugi. Negara China terpaksa melayani tuntutan Jepun itu.xxxvi
Pada tahun 1894 sehingga
1895, berlaku siri peperangan antara China dan Jepun yang dikenali Perang China-Jepun. Jepunberjaya mengalahkan China sehingga menyebabkan China terpaksa menerima syarat-syarat
yang dikenakan oleh Jepun. Pada 17 April 1895, Perjanjian Shimonoseki ditandatangani oleh
kedua-dua pihak. Perjanjian tersebut memberi hak kepada Jepun ke atas Taiwan, Kepulauan
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
21/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 21
Pescadores dan Semenanjung Liaotung. Namun, Semenanjung Liaotung dikembalikan semula
kepada Negara China akibat bantahan daripada Jerman, Rusia dan Perancis.
Seterusnya, Jepun melihat Korea sebagai kawasan strategik dan mempunyai kepentingan
ekonomi. Jepun menganggap Korea merupakan sebuah kawasan yang boleh melindungi
negaranya kerana Korea boleh digunakan sebagai medan pertempuran bagi menggelakkan
negara matahari terbit itu menerima kehancuran apabila berlakunya peperangan. Salah satu
faktor berlakunya Perang China-Jepun adalah disebabkan berlakunya krisis dalam Korea
sehingga menyebabkan tercetusnya Pemberontakan Tonghak.xxxvii
Korea sangat penting bagi
Jepun dari segi strategi sekiranya Jepun berhasrat memperluaskan tanah jajahannya hingga ke
Manchuria dan China. Korea akan dapat dijadikan batu loncatan bagi melangkau lebih jauh lagi
dalam menggapai cita-cita imperialisme Jepun. Oleh sebab takut akan ancaman luar khususnya
Rusia dan ingin menguasai Korea daripada Negara China, maka Jepun bertindak memaksa
Korea pada 26 Februari 1876, menandatangani perjanjian perdagangan dan persahabatan.
Perjanjian itu menyatakan pembukaan tiga pelabuhan Korea iaitu Pusan, Inchon dan Wonsan.
Jepun juga telah mengiktiraf kemerdekaan Korea.xxxviii
Perang China-Jepun menjelaskan bahawa Jepun menjadi kuasa besar Asia. Menjelang awal
abad 20, ia berdepan pula dengan Rusia. Krisis Rusia-Jepun berpunca daripada masalah
Manchuria dan Korea. Rusia dikatakan semakin berminat dengan Manchuria. Manakala,
Perjanjian Li-Lobanov pada Jun 1896 antara Rusia dan Negara China telah menyetujui
pembinaan Jalan Kereta Api Trans-Siberia Manchuria. Perkhimatan kereta api ini secara
rasminya dibuka oleh Czar Nicholas II pada tahun 1891 yang menyambungkan Vladivostok
dengan Russia di sebelah Eropah.xxxix
Seterusnya pada Mac 1898, Rusia mendapat pajakan 25
tahun ke atas bahagian Selatan Semenanjung Liaotung yang mengandungi Port Arthur dan
Dairen. Sebelum ini Jepun ditekan oleh Rusia agar tidak mengambil Semenanjung Liaotung
tetapi pajakan ke atas semenanjung ini mencerminkan sikap Rusia yang ingin meluaskan
pengaruhnya ke Asia Timur.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
22/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 22
Bagi mengawal kuasa Rusia di Asia Timur, Jepun telah mengambil jalan kekerasan. Oleh sebab
itu, berlaku Perang Rusia-Jepun pada 10 Februari 1904 dan akhirnya melalui perang ini ianya
menyebelahi pihak Jepun. Pada 5 September 1905, Perjanjian Portsmouth telah ditandatangani
oleh kedua-dua pihak. Dalam perjanjian tersebut, Rusia mengakui kepentingan-kepentingan
Jepun di Korea. Manakala, pajakan Rusia ke atas Semenanjung Liaotung dan jalan kereta api
dari Port Arthur ke Mukden diserah kepada Jepun. Selain itu, Rusia terpaksa menyerahkan pula
bahagian selatan Pulau Shaklin. Kejayaan Jepun ini meletakkan Jepun sebagai kuasa besar
dunia. Selepas perjanjian tersebut, Jepun semakin melampau apabila berjaya menakluk Korea
pada tahun 1910.xl
Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama meletus di Eropah dan kuasa-kuasa Barat terpaksa
menumpukan perhatian mereka di Eropah. Perang ini membolehkan Jepun untuk menguatkan
kepentingan dan pengaruhnya di Asia Timur. Untuk mendapat sokongan kuasa British dan
Amerika Syarikat serta sekutu mereka, Jepun telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
Dasar ini ternyata berhasil apabila Jepun diberi mandat untuk melumpuhkan kedudukan Jerman
di Asia Timur. Jepun telah menawan Teluk Kiaochow dan merampas konsesi-konsesi Jerman
di Shantung. Manakala, beberapa pulau kepunyaan Jerman di Lautan Pasifik seperti Kepulauan
Mariana, Carolina dan Marshall juga telah ditawan.
Pada 18 Januari 1915, Jepun telah memberi penekanan terhadap China dengan membuat Dua
Puluh Satu Tuntutan ke atas Negara China. Kesibukan kuasa-kuasa Barat di Eropah memberi
jalan yang luas kepada Jepun memaksa China menerima tuntutan mereka. Dua Puluh Tuntutan
tersebut dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu :xli
1. Mengiktiraf kedudukan Jepun di Shantung
2. Kedudukan istimewa Jepun di Manchuria dan Mongolia Dalam
3.
Usaha sama Jepun-China dalam industry besi keluli
4. Tidak akan menyerah mana-mana kawasan perairan kepada kuasa ketiga
5. Jepun mengawal beberapa pentadbiran tempatan penting di China.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
23/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 23
Apabila Perang Dunia Pertama tamat pada 1918, negara yang menang termasuk Jepun
mengadakan satu persidangan damai di Paris. Akhirnya terbentuklah Perjanjian Versailles yang
telah memutuskan bahawa semua hak Jerman di Shantung akan diserahkan kepada Jepun.
Manakala Kepulauan Carolina, Marshall dan Marina akan ditadbir oleh Jepun sebagai wilayah
mandat Liga Bangsa-Bangsa. Perjanjian Versailles seolah-olah memberi pengiktirafan kepada
Jepun untuk menjadi kuasa imperialisme baru di Asia Timur. Manakala bantahan China terhadap
perjanjian tersebut tidak dilayan oleh kuasa-kuasa Barat malah tuntutan tersebut dipersetujui oleh
pihak Barat.xlii
4.1.2 Kekuatan Organisasi Ketenteraan
Salah satu faktor mengapa Jepun dianggap sebagai kuasa imperialis yang sangat kuat di Asia
adalah disebabkan kekuatan tenteranya. Kekuatan tentera Jepun membuatkan Jepun lebih agresif
dan menjadi kuasa penakluk. Permodenan dan pembesaran angkatan tentera mendapat perhatian
utama sejak Maharaja Meiji mengambil alih tampuk pemerintahan Jepun daripada pemerintahan
Shogun. Maharaja Meiji sedar bahawa kekuatan bangsa barat adalah terletak pada persenjataan
yang moden. Oleh sebab itu, untuk menandingi bangsa barat Jepun haruslah mempunyai senjata-
senjata dan tentera modenxliii
. Pihak tentera telah merangkumi bidang kuasa politik yang luas.
Maka di atas dasar ini, kerajaan Jepun memberi keutamaan terhadap pembangunan angkatan
tentera darat dan laut.xliv
Dalam membentuk satu pasukan ketenteraan yang moden, Yagamata Aritmomo dari Choshu
merupakan salah satu tokoh yang penting dalam hal yang berkaitan kenteraan. Seperti negara-
negara Barat, Jepun telah mengadakan undang-undang kerahan tenaga kepada pemuda-pemuda
berumur 20 tahun dalam tahun 1872. Dalam tahun 1873, Jepun telah berjaya membentuk Tentera
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
24/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 24
Kebangsaan Jepun yang mana anggotanya diambil dari segenap lapisan masyarakat, tidak
dimonopoli oleh golongan samurai seperti zaman lampau. Pada 1878, Semangat Ketenteraan
diwujudkan bertujuan menanamkan semangat keperwiraan, taat setia dan mengikut perintah.xlv
Angkatan Laut Jepun juga tidak lepas dari mengalami permodenan. Puak Satsuma yang terkenal
sebagai kaum pelaut adalah bertanggungjawab dalam kebangkitan angkatan laut sebagai satu
angkatan laut yang kuat. Dalam perkara-perkara mengenai angkatan laut, Jepun menumpukan
perhatian ke Britain untuk mendapatkan pegawai-pegawai bagi melatih angkatan laut Jepun
kerana Britain terkenal sebagai kuasa terkuat dalam angkatan laut. Kapal-kapal perang bagi
angkatan laut Jepun dibeli dari Britain. Namun demikian, Jepun telah berusaha untuk membina
kapal perangnya sendiri. Pada tahun 1875, Jepun telah berjaya membina dua kapal perang di
limbungan Nagasaki. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh Jepun telah berjaya membentuk
satu pasukan tentera yang benar-benar moden dan kuat. Sebagai contoh kejayaan Tentera
Kebangsaan Jepun dalam tahun 1877 apabila tentera Jepun telah menumpaskan pemberontakan
golongan samurai pemimpin Saigo Takamori. Tentera Kebangsaan yang telah terlatih secara
barat dengan mudah sahaja mengalahkan pemerontakan itu.xlvi
Kekuatan angkatan laut Jepun terbukti apabila Angkatan Laut Jepun berjaya mengalahkan
Angkatan Laut China di Muara Sungai Yalu dalam bulan September 1894 ketika berlakunya
Perang China-Jepun. Sebelum peperangan itu meletus, Jepun menganggap bahawa negara
tersebut tidak yakin boleh mengalahkan China. Namun akhirnya, China mengalami kekalahan
dalam perang tersebut. Begitu juga ketika Perang Rusia-Jepun 1904-1905 yang mana pihak
Jepun berjaya mengalahkan angkatan laut Rusia dalam pertempuran di Selat Tsushima. Kejayaan
angkatan laut Jepun dalam kedua-dua pertempuran itu, tidak sahaja menaikkan imej bangsa
Jepun malahan nama pegawai-pegawai Inggeris juga turut harum kerana latihan yang diberikan
kepada angkatan laut Jepun. Begitu juga dengan senjata dan peralatan perang mahupun kapal-
kapal perang yang dibeli dari Barrow, Elswick dan Sheffield di England.
xlvii
4.1.3 Perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan pengambilan Liaotung.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
25/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 25
Sebelum ini Rusia telah menguasai Pulau Sakhalin. Pada akhir abad ke-18 pihak Bakufu berasa
amat gentar terhadap perluasan kuasa Rusia ke Selatan apabila meluaskan daerahnya hingga ke
Sakhalin dan mengugut Pulau Yedo (Hokaido).xlviii
Namun selepas perang Rusia Jepun, Jepun
mendapat kembali Pulau Sakhalin. Kesan yang paling ketara peperangan Rusia Jepun ialah
perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan Liaotung. Hal ini termaktub dalam perjanjian Porstmouth
iaitu diserahkan kepada Jepun sebahagian daripada Sakhalin yang di sebelah selatan garis
Lintang 50.xlix
Kepentingan Pulau Sakhalin ialah menambahkan lagi pasaran bagi barang keluaran Jepun.
Keunggulan Jepun di Korea mula diiktiraf oleh Rusia (melalui perjanjian Portsmouth) dan
kemudian oleh Amerika Syarikat dan Britain. Pada musim luruh 1905, Jepun telah bertindak
menjadikan Korea sebuah negara naungan. Ito telah menjadi Residen-Jeneral pertama. Berikutanitu, Jepun menyerang Korea pada bulan Ogos 1910 dan semua hak-hak kedaulatan dipindahkan
kepada Maharaja Jepun.lKorea menjadi bahagian yang melengkapkan empayar Jepun.
4.1.4 Memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai Manchuria.
Selepas termeterainya perjanjian Portsmouth 1905, Menteri Luar Jepun Komura telah
memperolehi persetujuan China untuk memindahkan hak-hak dan kepentingan Rusia di
Manchuria Selatan kepada Jepun. Perjanjian Peking itu telah ditandatangani pada 22 Disember1905 dan telah memberi Jepun kuasa penuh ke atas Manchuria Selatan
li. Dari segi ekonomi,
Manchuria Selatan telah dieksploitasi oleh Jepun. Dari segi strategik Korea menjadi sebuah
pusat yang penting bagi pertahanan Jepun dan juga menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk
meluaskan pengaruhnya di Asia Timur pada masa hadapan.
Jepun telah mendirikan banyak pangkalan tentera darat, laut dan udara serta telah membina
landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan memenuhi keperluan militarinya.
Kemenangan yang dicapai dalam peperangan ini merupakan perangsang utama kepada
perkembangan semangat nasionalisme di Jepun. Jepun berasa bangga dengan hakikat bahawa
orang-orang Eropah, Amerika dan Asia mengiktiraf kekuatan tentera Jepun dan bahawa kuasa-
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
26/35
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
27/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 27
Jepun menanggung lebihan import sebanyak 176 juta yen. Apabila berlaku lebihan import, ini
sudah tentu membawa petanda buruk terhadap pendapatan negara Jepun. Kelemahan eksport
sekali gus menyumbang kepada imbangan pembayaran negatif kerana berlaku penerusan lebihan
import sehingga iaitu wang dalam negara mengalir keluar kepada syarikat luar. Kabinet Katsura
yang dibentuk memaksa Jepun membuat pelbagai usaha mengukuhkan kestabilan ekonominya.
Dari segi pinjaman luar, Jepun meminta pertolongan dari Britain dan Amerika supaya mendanai
segala persiapan perang. Syarikat swasta menjadi sasaran utama Jepun menempah peluru dan
senjata lain bagi memperkuat ketumbukan tentera. Sungguhpun penyediaan inventori peperangan
merupakan antara perkara wajib dalam akaun belanjawan negara, ia secara tidak langsung
menjadikan ekonomi Negara Matahari Terbit itu dalam keadaan tergugat. Maka, golongan
pemerintah mengambil langkah mengurus persediaan perang melalui dasar fiskalnya. Hasil
daripada pinjaman yang dibuat dari pihak luar, negara itu dapat membayar perbelanjaan perang
untuk tempoh enam bulan, malah bakinya turut boleh sebagai simpanan persediaan kepada
pertarungan besar yang lain. Sungguhpun begitu, selepas perang dengan Rusia, kebanyakan
sumber manusia dan fizikalnya sudah pun kehabisan. Tambahan pula, Jepun tidak menuntut
sebarang ganti rugi kepada kerajaan Rusia. Maka, penelitian terperinci terhadap kesan perang
tersebut mengingatkan Jepun bahawa dasar pemencilan bukan menjadi agenda utama
sebagaimana pada pemerintahan tradisional keshogunan, sebaliknya mereka lebih
mengutamakan usaha pertumbuhan dan perkembangan pantas seiring dengan kuasa-kuasa
baratlv
. Pelajar tempatan yang dihantar menuntut pengetahuan ke Eropah yang giat menghadiri
taklimat ekonomi menjadikan ia sebagai batu loncatan buat mereka menabur bakti kepada tanah
Air seusai tamat pengajian. Dalam negara pula, impak perang turut mendesak kerajaan
menumpang hasil rakyat untuk kestabilan ekonominya. Pinjaman yang dilakukan untuk biaya
perang telah menyebabkan peningkatan mendadak terhadap cukai. Cukai perniagaan umpamanya
meningkat 70 peratus, malah cukai pertempatan penduduk bandar dinaikkan dua kali ganda
4.3.2 Industri Berat Mengukuhkan Ekonomi Jepun
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
28/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 28
Meskipun berada dalam keadaan perang, eksport Jepun masih beroperasi. Jepun berupaya
menghasilkan produk industri berat. Perang dengan Rusia memang membawa kemerosotan
ekonomi Jepunlvi
. Tetapi, selepas peperangan tersebut pembangunan industri berat masih giat
berjalan. Pembinaan kapal, keluli, dan bahan kimia merupakan antara prospek yang
mengukuhkan industri berat di samping menjadi penyelamat kepada Jepun untuk meneruskan
pengeluaran hasil eksport yang menjadi pendapatan negara. Pada tahun 1896, loji pemprosesan
yang dilengkapi peralatan barat dibina bagi mempercepat produktiviti dalam industri besi dan
keluli.lvii
Yawata Iron Works merupakan antara badan yang aktif memulakan pengeluaran besi
ketika itu. Hasil pengeluaran positif menyaksikan beberapa loji baru dibina oleh pemodal-
pemodal besar. Peperangan dengan Rusia tidak mengurangkan pertumbuhan ekonomi berat
kerana dari tahun ke tahun ia masih berkembang. Pada tahun 1913 hasil keluli mencapai jumlah
255 000 tan, manakala hasil bijih besi mencapai sebanyak 243 000 tan. Hal ini juga didorong
oleh kepelbagaian permintaan produk, umpamanya keluli yang siap dalam proses akhir diminta
untuk penghasilan industri cabang yang lain iaitu dalam pembuatan landasan, piring, rod wayar
dan sebagainya.
Pengenalan teknik moden dari barat juga, industri perlombongan arang batu mendapat sambutan
menggalakkan. Arang batu dihasilkan dalam skala besar oleh mereka yang bergabung dengan
zaibatsu iaitu konglomerat berpengaruh pada era Meiji dan akhir perang dunia kedua. Purata
arang batu yang dihasilkan pada 1905 hingga 1914 ialah 16.8 juta tan dan terus meningkat tahun
berikutnya. Selain itu, penubuhan Akta Galakan Pembinaan kapal mengukuhkan lagi industri
berat Jepun. Kemudian limbungan kapal turut rancak dibina sebagai tanda syarikat tempatan
merebut peluang yang diberi kerajaan di samping membantu penyediaan kapal perang. Pekilang-
pekilang tempatan juga mendapat keuntungan menerusi penjualan komponen-komponen kapal
dalam pelbagai bentuk serta jenis kelulilviii
. Secara tidak langsung, kerancakan industri ini
melahirkan ramai tenaga mahir berpengalaman dalam pembuatan kapal. Lanjutan itu, keluarga-
keluarga berpengaruh dalam perniagaan di Jepun menubuhkan firma kejuruteraan dan jugaperusahaan lain. Perusahaan perlombongan tembaga serta industri penapisan diseliakan oleh
Sumitomo dan Furukawa. Perkembangan bidang perkapalan turut mendorong syarikat Kawasaki
membina loji kilang bagi pemprosesan enjin.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
29/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 29
4.3.3 Jepun Menguasai Ekonomi Korea
Perjanjian Portsmouth yang dibuat dengan Rusia ternyata memberi kelebihan kepada Jepun
kerana kuasa barat itu bersetuju memberi ruang kebebasan kepada Jepun berada di Korea. Beras,
bijirin dan hasil-hasil laut dari Korea mendapat pasaran yang baik di Jepun. Jepun telah mengaut
sumber ekonomi Korea melalui pembinaan industri berkaitan dengannya. Penekanan khas diberi
kepada pengeluaran alat perang seperti besi, keluli dan jentera. Majoriti industri di Korea adalah
kepunyaan Zaibatsu. Barang yang diperlukan masyarakat Korea juga dikeluarkan Jepun
contohnya mengeksport tekstil seperti baju dan benang.lix
Syarikat Toyo Spinning merupakan
pengilang utama mengeksport produk kapas. Ketika melanda masalah kekurangan beras, Jepun
mengambil keputusan mengimportnya dari tanah jajahan. Meskipun, Korea bukanlah pengeluar
beras yang besar, perkembangannya adalah lebih baik berbanding Jepun. Maka kuasa imperialis
itu memberi bantuan kewangan terhadap pertanian padi di Korea.
Tatkala Jepun menghadapi isu lebihan pertumbuhan penduduk, peluang pekerjaan menjadi
semakin terhad. Kerajaan menggalakkan warganya untuk berhijrah ke Korea bagi mendapatkan
kerja di sana di samping mengambil segala manfaat di tanah koloni itu. Bagi mereka yang
terlibat dengan sektor bukan pertanian seperti golongan pegawai dan birokrat pula, gaji yang
diberi adalah dua kali ganda berbanding di Jepunlx
. Hal ini terjadi berikutan masyarakat Korea
memiliki kemahiran yang sedikit berbanding Jepun yang lebih maju dan berdaya fikir tinggi.
Golongan pelabur, dan agen perdagangan turut memainkan pengaruh ekonomi di tanah koloni
dengan mengikut segala dasar kerajaan Jepun.
4.4 SOSIAL
4.4.1 KERUGIAN SUMBER DAN TENAGA MANUSIA
Anggaran 20,000 rakyat Jepun telah terkorban dalam peperangan tersebut. Jepun telah
membelanjakan sejumlah 1.5 billion untuk membiayai kos peperangan. Hal ini telah
membazirkan serta mengurangkan sumber-sumber kewangan negara Jepun. Pada awalnya
kerajaan Meiji telah menyedari bahawa Jepun tidak lagi mampu menanggung pembiayaan
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
30/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 30
peperangan itu. Oleh sebab itu, kerajaan Jepun telah mengambil daya usaha untuk mewujudkan
perdamaian dengan Rusia dalam tahun 1905.lxi
Kerugian yang dialami oleh golongan petani dan
buruh juga telah meningkat. Petani telah menanggung beban cukai yang tinggi iaitu sebanyak
70% untuk membiayai proses pembangunan industri dan modenisasi negara. Petani terpaksa
mengeluarkan modal sendiri untuk membeli peralatan, benih dan baja. Bagi menambahkan
pendapatan, petani telah melibatkan diri dalam perusahaan pembiakan ulat sutera. Golongan
pekerja menerima kesan yang negatif akibat daripada peperangan ini. Pekerja-pekerja di sektor
perindustrian kecil terpaksa bekerja dengan bayaran upah yang kecil. Pekerja terpaksa bekerja
lebih berat bagi menyara kehidupan seharian dan juga membiayai proses pembangunan industri
dan modenisasi negara.
4.5 KESAN KEPADA RUSIA
Perang ini bukan sahaja memberi kesan kepada pihak Jepun, malah Rusia turut menerima
impaknya. Rusia mendapat keuntungan daripada kekalahan itu kerana ia menyumbang kepada
tercetusnya Revolusi 1905. Kekalahan mereka menyebabkan rakyat Rusia mempersoalkan
kekuatan pasukan ketenteraan kerajaan pusat. Kekalahan dalam perang Rusia Jepun ini
merupakan kekalahan kedua selepas kekalahan mereka dalam Perang Crimea pada tahun 1853
hingga 1856lxii
. Kegagalan pemerintahan Tsar itu juga akhirnya menyebabkan Rusia kehilangan
banyak negeri jajahannya. Contohnya, pengaruh Rusia di Asia iaitu di China berakhir dan pihakRusia menumpukan semula ke kawasan Balkan yang telah lama ditinggalkan. Kewibawaan
kepimpinan Tsar Nicholas II, pemimpin Rusia ketika itu semakin tercabar dan terpaksa
melaksanakan pelbagai perubahan. Kelemahan Tsar ini juga memberi peluang kepada rakyat
Rusia untuk membina kekuatan mencapai matlamat mereka, iaitu menghapuskan pemerintahan
autokratik.
Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kesan daripada Perang Rusia-Jepun ini bukan
menguntungkan sebelah pihak sahaja, malah turut memberi manfaat kepada kedua-duanya. Pihak
Jepun dapat meluaskan perluasan kuasanya seiring dengan matlamat mereka yang disemarakkan
oleh Maharaja Meiji. Walaupun Jepun memperoleh Pulau Sakhalin, namun Rusia masih
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
31/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 31
mendapat tawaran untuk menyewa semenanjung Liaotung daripada pihak Jepun. Selain itu,
kemenangan Jepun ini secara tidak langsung telah menaikkan semangat nasionalisme penduduk
di kawasan Asia Tenggara. Hal ini kerana, Jepun merupakan sebuah negara Asia yang kecil
tetapi mampu mengalahkan pihak barat dan ini menunjukkan satu kejayaan yang besar bagi
mereka. Dari aspek ekonomi di Jepun pula, walaupun ekonominya jatuh selepas perang,
kemenangan mereka telah membangkitkan semangat mereka untuk terus berusaha dan berjaya
memulihkan ekonominya. Rusia jua memperoleh manfaat daripada kekalahannya. Akibat
daripada kekalahan itulah tercetusnya Revolusi 1905 yang mana rakyat Rusia bangkit menentang
pemerintahan Tsarlxiii
. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa, kedua-dua pihak turut mendapat
manfaat akibat daripada perang yang berlaku tersebut.
4.6 KESAN KEPADA KUASA BARAT
Perang antara Rusia dan Jepun bukan sahaja mendatangkan kesan kepada negara Jepun dan
Rusia itu sendiri tetapi turut mendatangkan kesan kepada kuasa-kuasa Barat yang lain khususnya
daripada segi imbangan kuasa dunialxiv
. Hal ini kerana keputusan Perang Rusia-Jepun merupakan
salah satu pandangan baru mengenai keamanan dan keselamatan dunia. Hal ini kerana
kemenangan Jepun yang merupakan sebuah negara yang kecil dapat mengalahkan kuasa Eropah
yang besar menyebabkan kuasa Barat mula melihat Jepun sebagai sebuah negara yang besar dan
mengiktiraf Jepun. Kesan yang dapat dilihat apabila Jepun mula bekerjasama dengan Britain dan
Amerika kerana telah mengamalkan dasar pintu terbuka. Hal ini jelas telah menggugat campur
tangan tiga kuasa iaitu Rusia, Perancis dan Jerman di kawasan mereka. Hal ini telah
menyebabkan berlakunya bibit-bibit ke arah Perang Dunia Pertama.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
32/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 32
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, peperangan antara Jepun dan Rusia merupakan satu titik tolak kepada
Jepun menjadi sebuah negara yang disegani dalam kalangan kuasa-kuasa besar Barat.
Sememangnya kekuasaan Jepun dalam bidang ketenteraan tidak dapat dinafikan lagi dan telah
menyebabkan Jepun muncul sebagai salah satu negara yang setanding dengan negara Barat
walaupun merupakan sebuah negara yang kecil. Faktor luaran dan juga faktor dalaman yang
telah menggerakkan peperangan antara Rusia dan Jepun telah menyebabkan Jepun semakin
dapat memperluaskan kuasanya di Asia. Rentetan daripada perang antara Jepun dan Rusia
meninggalkan kesan baik dan buruk kepada Jepun, Rusia dan kuasa-kuasa Barat yang lain. Bagi
Jepun pula peperangan ini telah meningkatkan semangat warga Jepun untuk melakukan
imprealisme. Justeru itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemenangan Jepun telah membawa
semangat imprealisme dalam kalangan pemerintah Jepun sehinggakan tercetusnya Perang Dunia
Pertama sehinggakan kepada Perang Dunia Kedua serta Jepun dapat menguasai negara-negara
lain seperti di Asia Tenggara.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
33/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 33
i Geoffrey Jukes. (2002). The Russo-Japanese War 1904-1905. London: Osprey Publishing. Hlm 8
iiMaswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing
Sdn.Bhd.hlm.152iiiJoginder Singh Jessy (1981).Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 165ivMaswari Rosdi.(1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd.
Hlm. 196vJoginder Singh Jessy (1981).Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 165viJoginder Singh Jessy.(1981) Sejarah China dan Jepun.Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 169viiIbid. hlm.170viiiMaswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 203.
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
34/35
HSE 3023ASIA TIMUR ABAD KE -20P a g e | 34
ixIbid.hlm.204xJoginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 167xiJoginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 167
xiiIbid.hlm.168
xiiiJoginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 168
xiv
Ibid.hlm.169xvJoginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 168
xviW. Scott Morton (2006)Jepun : Sejarah dan Budaya.Kuala Lumpur : Universiti Malaya Hlm. 189
xviiMaswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205.xviii
Maswadi Rosdi.(1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn.
Bhd. Hlm. 166.xixIbid.hlm.167xxJoginder Singh Jessy (1981).Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 189 xxiAbdullah Zakaria Ghazali et.al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963.xxiiMaswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205xxiiiW. Scott Morton (2006)Jepun : Sejarah dan Budaya.Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm. 190xxiv
Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 209
xxvMaswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205xxviJoginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 177
xxviiIbid.hlm.178xxviiiW. Scott Morton (2006)Jepun : Sejarah dan Budaya.Kuala Lumpur : Universiti Malaya Hlm. 189xxixJoginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 174xxxIbid.hlm.175xxxiJoginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 174
xxxii
Maswari Rosdi.(1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn.Bhd. Hlm. 257.xxxiiiJoginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 176
xxxivJoginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 20
xxxv A.Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad. Imperialisme Jepun dan Konsep Lingkungan Kesemakmuran Asia
Timur Raya.. Sumber diperolehi daripada http://journalarticle.ukm.my/427/1/1.pdfxxxviAbdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur
1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 406xxxviiTonghak bermaksud satu aliran mazhab agama campuran iaiatu Confuciusisme, Taoisme dan Budhisme.
Penganut agama ini melancarkan pemberontakan kerana menentang kehadiran pengaruh asing di Korea terutama
kuasa China dan Jepun.xxxviiiAbdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur 1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 406xxxixJoginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun.Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm.162xl Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur
1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 407.xliIbid hlm.408xliiIbid. hlm, 409
-
8/10/2019 perang rusia jepun jerry
35/35
xliiiAlistair D. Swale.(2009). The Meiji Restoration : Monarchism, Mass Communication and Conservative
Revolution. Great Britain :CPI Antony Rowe. Hlm.179xlivJoginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun.Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm.148xlvMaswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn.Bhd.
hlm. 97xlvi
Ibid. hlm.98xlviiIbid.hlm.99xlviiiNorman E. H. (1991).Kemunculan Jepun sebagai Negara Moden (Masalah Politik dan Ekonomi Zaman Meiji).
Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu. Hlm. 24.xlixHarold M. Vinacke. (1986). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm 292.lMaswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm
158.liAlistair D. Swale.(2009). The Meiji Restoration : Monarchism, Mass Communication and Conservative
Revolution. Great Britain :CPI Antony Rowe. Hlm.179liiJulian Dierkes.(2010).Postwar History Education in Japan and the Germanys. New York: Routledge Madison
Eve. Hlm. 3.liiiMaswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm
171.liv C.D. Cowan (ed). (1964). The Economic Development of China and Japan. New York: Routledge . Hlm 228
lvJoginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 205
lviMaswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205.lvii G.C. Allen. (1946). A Short Economic History of Modern Japan 1867-1937, Volume 1.
London: Routledge. Hlm 74
lviiiIbid.hlm.75lix Michael Smitka (ed). (1998). The Interwar Economy of Japan: Colonialism, Depression, and Recovery, 1910-
1940, Volume 2. USA: Taylor and Francis. Hlm 2.
lxPeter Duus (1998).Modern Japan Second Edition.Boston : Standford University . Hlm. 208lxiJoginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 205lxiiPeter Duus (1998).Modern Japan Second Edition.Boston : Standford University . Hlm. 202lxiiiMaswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.
Hlm 205.
lxivIbid.hlm.207