perang salib kelapan

3
8/14/2019 Perang Salib Kelapan http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-kelapan 1/3 INFORMATION of ELAKSAMANA PERANG SALIB KELAPAN Perang Salib Kelapan Tarikh 1270 Tempat Tunisia Hasil Kemenangan mutlak orang Islam. Kematian Louis IX. Pembukaan perdagangan dengan Tunis. Perubahan wilayah Status quo ante bellum Pihak bersengketa Tentera Salib Kerajaan Perancis o Anjou Muslim Hafsiyyah Komander Louis IX Charles I Muhammad I al-Mustansir Perang Salib Kelapan ialah satu Perang Salib yang dilancarkan oleh Raja Perancis Louis IX pada tahun 1270. Perang Salib Kelapan kadang kala dihitung sebagai Perang Salib Ketujuh sekiranya Perang Salib Kelima dan Perang Salib Keenam yang dilancarkan Frederick II dikira sebagai satu perang salib tunggal. Perang Salib Kesembilan juga kadang kala dikira sebagai sebahagian daripada Perang Salib Kelapan. Louis berasa tidak senang duduk dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi di Syria yang di sana sultan Mamluk bernama Baibars telah menyerang saki-baki negeri tentera salib. Baibars merebut peluang setelah perperangan sesama sendiri antara bandar-bandar Venice dan Genoa (1256–1260) telah melemahkan pelabuhan-pelabuhan Syria yang dikuasai kedua-dua buah bandar tersebut. Pada tahun 1265, Baibars telah menakluki Nazareth, Haifa, Toron, dan Arsuf. Hugh III dari Cyprus, raja Jerusalem pada nama, telah mendarat di Acre bagi mepertahankan bandar tersebut manakala Baibars mara ke utara sejauh Armenia yang berada dalam penguasaan Mongol pada masa itu. Peristiwa-peristiwa ini memaksa Louis melancarkan satu perang salib baru pada tahun 1267, walaupun hanya menerima sedikit sokongan;Jean de Joinville, pembabad yang menemani Louis dalam Perang Salib Ketujuh enggan menyertai perang salib baru ini. Tidak lama kemudian Louis dipujuk oleh saudara lelakinya Charles dari Anjou untuk menyerang Tunis terlebih dahulu yang dapat memberi pangkalan yang kuat kepada mereka untuk menyerang Mesir, fokus Louis dalam Perang Salib Keenam dan juga dalam Perang Salib Kelima sebelumnya, yang 1 Present by [email protected] © All Right Reserved Presented 2009

Upload: akhi-mohamad-aiyad

Post on 30-May-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perang Salib Kelapan

8/14/2019 Perang Salib Kelapan

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-kelapan 1/3

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB KELAPAN

Perang Salib Kelapan

Tarikh 1270

Tempat Tunisia

HasilKemenangan mutlak orang Islam.Kematian Louis IX.Pembukaan perdagangan dengan Tunis.

Perubahanwilayah

Status quo ante bellum

Pihak bersengketa

Tentera Salib 

• Kerajaan Perancis 

o Anjou

Muslim 

• Hafsiyyah

Komander 

Louis IX

Charles IMuhammad I al-Mustansir 

Perang Salib Kelapan ialah satu Perang Salib yang dilancarkan oleh Raja Perancis Louis IX pada tahun 1270. Perang Salib Kelapan kadang kala dihitungsebagai Perang Salib Ketujuh sekiranya Perang Salib Kelima dan Perang Salib Keenam yang dilancarkan Frederick II dikira sebagai satu perang salib tunggal.Perang Salib Kesembilan juga kadang kala dikira sebagai sebahagian daripada

Perang Salib Kelapan.

Louis berasa tidak senang duduk dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi di Syria yang di sana sultan Mamluk bernama Baibars telah menyerang saki-baki negeri tentera salib. Baibars merebut peluang setelah perperangan sesama sendiriantara bandar-bandar  Venice dan Genoa (1256–1260) telah melemahkanpelabuhan-pelabuhan Syria yang dikuasai kedua-dua buah bandar tersebut.Pada tahun 1265, Baibars telah menakluki Nazareth, Haifa, Toron, dan Arsuf .Hugh III dari Cyprus, raja Jerusalem pada nama, telah mendarat di Acre bagimepertahankan bandar tersebut manakala Baibars mara ke utara sejauhArmenia yang berada dalam penguasaan Mongol pada masa itu.

Peristiwa-peristiwa ini memaksa Louis melancarkan satu perang salib baru padatahun 1267, walaupun hanya menerima sedikit sokongan; Jean de Joinville,pembabad yang menemani Louis dalam Perang Salib Ketujuh enggan menyertaiperang salib baru ini. Tidak lama kemudian Louis dipujuk oleh saudara lelakinyaCharles dari Anjou untuk menyerang Tunis terlebih dahulu yang dapat memberipangkalan yang kuat kepada mereka untuk menyerang Mesir , fokus Louis dalamPerang Salib Keenam dan juga dalam Perang Salib Kelima sebelumnya, yang

1 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

Page 2: Perang Salib Kelapan

8/14/2019 Perang Salib Kelapan

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-kelapan 2/3

INFORMATION of ELAKSAMANA

menyaksikan kekalahan Tentera Salib. Sebagai Raja Sicily, Charles jugamemiliki kepentingan sendiri di dalam kawasan Mediterranean. Khalifah Tunis,Muhammad I al-Mustansir  juga mempunyai hubungan dengan Sepanyol dandianggap sebagai calon yang sesuai untuk kemasukan ke dalam agama Kristian.Pada tahun 1270, Louis mendarat di atas pantai Afrika dalam bulan Julai, satu

musim yang amat tidak sesuai untuk pendaratan. Ramai tentera menjadi sakitakibat kekurangan air minuman, anaknya yang dilahirkan di Damietta JohnSorrow meninggal dunia pada 3 Ogos dan pada 25 Ogos Louis sendirimeninggal dunia akibat "fluks di dalam perut", sehari selepas ketibaan Charles.Kata-kata terakhirnya ialah "Baitul Maqdis". Charles mengisytiharkan anak Louis,Philip III sebagai raja yang baru, tetapi disebabkan dia masih muda, Charlesbertindak sebagai pemimpin sebenar perang salib ini.

Akibat penyakit yang berlanjutan, kepungan terhadap Tunis diabaikan pada 30Oktober melalui satu persetujuan dengan sultan tersebut. Dalam persetujuan ini,orang Kristian memperolehi kebebasan berdagang dengan Tunis, dan kediaman

untuk rahib dan paderi di dalam bandar tersebut dijamin keselamatannya, jadiperang salib ini dapat dianggap sebagai kejayaan separa. Setelah mendengar berita kematian Louis dan pemindahan tentera salib dari Tunis, Sultan Baibars diMesir membatalkan rancangannya untuk menghantar pasukan tentera Mesir bagi menentang Louis di Tunis. Charles kini bersekutu dengan Putera Edward dari England yang tiba sementara itu. Apabila Charles menarik balik serangan keatas Tunis, Edward meneruskan perjalanan ke Acre, kota kara tentera Salibterakhir di Syria. Masanya yang dihabiskan di situ kerap kali dinamakan Perang Salib Kesembilan.

Kesusasteraan Pengiring

Bertran d'Alamanon, seorang diplomat yang berkhidmat dengan Charles dariAnjou, dan Ricaut Bonomel, seorang Kesatria Kuil di Tanah Suci, kedua-duanyatelah menggubah lagu-lagu sekitar tahun 1265. Bertran mengkritik kejatuhanagama Kristian di Outremer, manakala Bonomel mengkritik polisi pihak Popeyang mengejar perang di Itali dengan wang yang sepatutnya dihantar keseberang laut.

Kegagalan Perang Salib Kelapan, seperti perang-perang salib sebelumnya,membangkitkan respons yang dipahat dalam puisi Occitan oleh para troubadour .Kematian Louis dari Perancis terutamanya mencetuskan hasil karya mereka

yang kreatif, ketara memandangkan permusuhan yang ditujukan para troubadour terhadap institusi pemerintahan beraja Perancis semasa Perang Salib Albigensian. Tiga planh, lagu-lagu ratapan, digubah sempena kematian Louis IX.

Guilhem d'Autpol telah menggubah Fortz tristors es e salvaj'a retraire bagi Louis.Raimon Gaucelm de Bezers telah menggubah Qui vol aver complida amistansauntuk meraikan persediaan perang salib ini pada tahun 1268, tetapi dalam tahun1270 dia terpaksa menggubah  Ab grans trebalhs et ab grans marrimens untuk

2 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

Page 3: Perang Salib Kelapan

8/14/2019 Perang Salib Kelapan

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-kelapan 3/3

INFORMATION of ELAKSAMANA

memperingati raja Perancis tersebut. Austorc de Segret telah menggubah No sai quim so, tan sui desconoissens, sebuah lagu perang salib yang lebih umum,yang meratapi Louis tetapi juga bahawa samada Tuhan atau syaitan yangmenyesatkan orang Kristian. Dia juga menyerang saudara Louis, Charles yangdigelarnya sebagai caps e guitz (kepala dan pembimbing) orang kafir, kerana dia

memujuk Louis untuk menyerang Tunis dan bukannya Tanah Suci, dan diadengan segera membuat rundingan damai dengan orang Islam selepaskematian Louis.

Selepas perang salib ini, troubadour berumur  Peire Cardenal telah menulissebuah lagu, Totz lo mons es vestitiz et abrazatz yang memberi galakan kepadapewaris Louis, Philip III untuk pergi ke Tanah Suci bagi membantu EdwardLongshanks.

Syair-syair sindiran telah digubah di Tunis tentang rancangan baru Louis untukmenakluki Tunis : "Wahai Louis, Tunis adalah saudara perempuan Mesir! Maka

tunggulah pengalaman pahitmu! Kamu akan menemui kuburmu di sini danbukannya di rumah Ibn Luqman; dan sida-sida Sobih akan digantikan olehMunkar dan Nakir.".

Catatan

1. John Sorrow (dalam bahasa Perancis sebagai Jean Tristan ) dilahirkan diDamietta, Mesir pada 8 April 1250 semasa Perang Salib Ketujuh

2. Al-Maqrizi, p. 69/vol.23. Syair gubahan seorang Tunis sezaman bernama Ahmad ibn Ismail al-

Zayat ( Al-Maqrizi, p.462/vol.1 ) - Rumah Ibn Luqman ialah rumah di al-

Mansurah yang menjadi tempat tahanan Louis selepas dia ditawan diFariskur semasa Perang Salib Ketujuh berada di bawah pengawasanseorang sida-sida bernama Sobih. Menurut aqidah orang Islam, Munkar dan Nakir ialah dua malaikat yang menyoal siasat orang mati.

3 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009