peraturan dan pengelolaan an permainan tradisional

Upload: amayrulezarbaain

Post on 20-Jul-2015

463 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PERATURAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONALOLEH: AMERUL BIN ARBAAIN NUR FARHANA BINTI ZAMANI

Permainan tradisional atau sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan

Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang. Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah. Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti dalam membina wau.

Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti: kekuatan kardiovaskular kelenturan Daya tahan otot Kekuatan otot Ketangkasan Imbangan Koordinasi Kuasa Masa tindak balas Kelajuan

Jenis Permainan tradisionalIndividu Congkak Dam Wau Gasing Laga Ayam Kumpulan Usung balak Galah panjang Tating lawi Sorong kereta Sepak raga bulatan

Sistem Pertandingan

Sistem pertandingan permainan tradisional bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian. Setelah mendapat perhatian dari Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Kebudayaan Dan Warisan. Sistem pertandingan permainan tradisional mula di piawaikan tetapi mengikut keadaan pertandingan. Biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan.

Permainan tradisional yang mempunyai penyertaan individu yang ramai contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan sesuai dalam bentuk kalah mati.Pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga.

Sistem Undian Dalam Permainan Tradisional

Sebelum memulakan permainan tradisional biasanya undian dilakukan bagi menentukan bagaimana untuk menentukan atau memulakan pertandingan. Undian dilakukan adalah bagi membolehkan permainan menjadi lancar tanpa bantahan serta memberi keadilan kepada pemain.

Tujuan undian dilakukan dalam permainan tradisional ialah:ahli kumpulan atau pasangan

Memilih Memilih

ketua kumpulan atau memilih peranan yang di mainkan oleh pemain

Menentukan

giliran bermain dengan menentukan pasukan dan pemain mana yang akan mulakan pertandingan Menentukan tempat permainan

cara undian yang dilakukan dalam permainan tradisional

Tepuk daun Berbisik Cabut bilah lidi Lambung benda Teka benda dalam genggaman Wan tu som Lai lai li tam plom

Contoh contoh permainan tradisionalCongkak Galah panjang Aci sorok

CONGKAK

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan ini diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong sama ada di kawasan sendiri atau lawan. Sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri, permainan perlulah dihentikan. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Selepas itu pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, iadianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi buah apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Galah Panjang

Permainan ini dimainkan secara berkumpulan terdapat dua kumpulan dalam satu permainan satu kumpulan akan bertindak sebagai kumpulan penyerang dan satu kumpulan bertindak sebagai kumpulan bertahan. Setiap kumpulan akan mempunyai pemain tidak kurang dari empat orang dan biasanya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan mematikan pasukan sama ada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain akan ditentukan terlebih dahulu.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak. Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, sama ada secara individu atau beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit atau dicuit oleh pasukan bertahan. Pasukan bertahan adalah cuba menghalang (mencuit atau menangkap) setiap penyerang di sepanjang garisan permulaan dan garisan jagaannya Jika salah seorang pasukan penyerang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Aci Sorok

Sebelum permainan dijalankan, seorang pemain dipilih sebagai pencari dengan undian. Undian jenis lai lai li tam plong selalu dilakukan bagi memilih pemain ini. Setelah undian dilakukan, pencari hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat di lakukan oleh pencari. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok di sekitar kawasan yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari.

Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari pemain, pencari hendaklah menyebut dengan kuat nama pemain tersebut dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui.

Setelah kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula. Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula.