perayaan tradisi kaum cina di malaysia
TRANSCRIPT
SMK PESANTREN ABDUL TAIB MAHMUD
‘PERAYAAN TRADISI KAUM CINA DI MALAYSIA’
NAMA: RAJIB ABDULLAH BIN ANTHONY HASBI
KELAS: 3 MALIKI
NO IC: 950217-13-6259
NO. ANGKA GILIRAN:
........................ ...................
(Tandatangan guru) (Rajib Abdullah)
ELEMEN 2
‘MEREKOD FAKTA SEJARAH’
ISI KANDUNGAN
bil kandungan Muka surat
1 TAJUK KAJIAN i
2 ISI KANDUNGAN ii
3 PENGHARGAAN 1
4 OBJEKTIF KAJIAN 2
5 KAEDAH KAJIAN 3
6 HASIL KAJIAN 4-10
7 RUMUSAN 11
8 LAMPIRAN 12-14
9 RUJUKAN 15
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan berkat dan keizinan-Nya,
saya Rajib Abdullah Bin Anthony Hasbi telah berjaya menyelesaikan kerja kursus ini dengan
jayanya seperti mana kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Pesantren Abdul Taib
Mahmud, Encik Junaidi bin Zulkipli kerana telah memberikan sokongan kepada kami untuk
menjalankan kajian ini.
Tidak lupa guru matapelajaran Sejarah kami, Encik Tanuja kerana telah memberikan
tunjuk ajar dan panduan untuk menjalankan kajian ini mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tidak lupa juga penghargaan kepada kedua orang tua saya yang sanggup
mengorbankan masa untuk membantu saya serba sedikit sepanjang kajian ini dijalankan. Di
samping itu, ucapan terima kasih juga di atas kerjasama daripada rakan-rakan sekelas yang
dihargai.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Semoga hasil kajian ini akan memberikan
sedikit sebanyak impak ilmu dalam pembangunan modal insan dan akan menjadi pedoman
hidup kita,
......................................
(RAJIB ABDULLAH)
OBJEKTIF KAJIAN
Sepanjang saya melakukan kajian ini, saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu
perayaan tradisi kaum cina di Malaysia.
Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membantu
saya membuat kajian ilmiah dengan cara yang betul, jelas dan betul.
Menghargai dan mempertahankan parayaan tradisi masyarakat di Malaysia dengan baik.
Memastikan generasi yang akan datang mengetahui tentang perayaan sesebuah masyarakat di
Malaysia.
Menanam semangat patriotism di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui
kajian ini.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam kajian perayaan tradisi kaum cina di
Malaysia.
Antara beberapa kaedah yang saya menggunakan ialah dalam kaedah rujukan terhadap
buku ilmiah, majalah dan buku yang berkaitan sahaja.
Selain itu, kaedah kedua ialah saya telah menemu ramah Encik Lim Koh Wein yang
beralamat di Taman Desa Ilmu di Samarahan, Sarawak.Sebelum kaedah ini dijalankan, kami
terlebih dahulu menyusun soalan yang bakal dikemukakan kepada guru sejarah saya. Kaedah
ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar belakang sejarah Tahun Baru Cina.
Manakala kaedah kajian ketiga ialah melalui pemerhatian.Kaedah ini dilakukan sekitar
rumah jiran saya yang berbangsa cina. Kaedah ini dipilih bertujuan melihat keadaan suasana
sambutan Tahun Baru Cina.
Kaedah kajian saya yang terakhir ialah melalui penyelidikan. Saya telah menjalankan
penyelidikan di perpustakaan sekolah, melawat laman web yang berkaitan Tahun Baru Cina
dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian
dengan kajian yang dijalankan.
HASIL KAJIAN
Perayaan Tradisi Kaum Cina
Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam
sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Secara amnya kaum yang terlibat di
dalam perayaan ini ialah kaum cina. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut
setiap kali menjelang tahun baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang
terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan. Pada
Tahun 2010, Tahun Baru Cina telah disambut pada 14 Febuari 2010. Perayaan
Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan untuk meraikan ketibaan tahun yang
baru yang merupakan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Latar Belakang Tahun Baru Cina
Sejarah Perayaan
Mengikut sejarah yang lama, perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa dan
juga nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada zaman
kuno. Pada zaman kuno, tahun baru cina dipanggil “Yuanti”, “Yuandan” atau “Tahun Baru”.
Selepas revolusi pada tahun 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari
pertama pada bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang disambut sehingga sekarang.
Menurut mitos orang cina dahulu kala, iaitu setiap 12 tahun pada musim sejuk,
raksasa nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan raksasa itu dikatakan
akan dapat dihalau dengan bunyi bising seperti mercun dan persekitaran serta pakaian
berwarna merah. Kejayaan menghalau raksasa tersebut diraikan bersempena dengan
kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina.
Upacara Khusus Dalam Perayaan
Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina. Antaranya
ialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum tahun baru
cina samaada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Selain itu, tarian singa akan
diadakan samaada di rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau puaka dan juga musibah.
Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka yang
telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.
Pada hari yang kelima belas merupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun Baru
Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié ataupun Chap Goh Mei. Pada hari ini mereka akan
makan bersama-sama keluarga sekali lagi.
Individu Yang Mengetuai Upacara Khusus
Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumah
ataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.
Persiapan Sambutan Perayaan
Sebelum tibanya hari Tahun Baru Cina, rumah akan dibersihkan secara menyeluruh,
kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang
menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib
baik. Penyapu dan pengumpul habuk akan disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan
hari pertama agar nasib baik itu tidak disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu
dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah
mengucap kebahagian dan kemakmuran dalam bahasa cina.
Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung, mereka akan mengadakan persiapan untuk
menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai mereka.
Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga yang lebih
tua seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang.
Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga Cina akan bersama-sama mengemaskan
kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meniggalkan sanak saudara mereka.
Pantang-Larang
Terdapat beberapa pantang-larang sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini yang
dibahagikan kepada dua iaitu ‘Tuah Baik’ dan ‘Nasib Malang ( Tuah Buruk)’.
Antara cara untuk mendapatkan tuah baik ialah seperti berikut:
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun
baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan
puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga
sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk “memaniskan” nasib sepanjang tahun
bagi pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilaksanakan sebelum hari tahun
baru agar menerima tuah bagi tahun yang akan menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan yang akan berlaku sepanjang tahun. Maka orang Cina
mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh
harapan untuk menambah kekayaan.
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak
orang yang bergosip tentang si pemakainya.
Antara perkara yang boleh mendatangkan nasib malang ( tuah buruk ) ialah:
Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang cina
kerana perkataan bahasa Kantonis bagi “kasut” sama bunyi dengan perkataan
“kasar” atau “sukar”.
Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana
perkataan Kantonis bagi “seluar” sama bunyi dengan “pahit”. Namun ada
yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi “seluar” dalam
dialek itu juga sama bunyinya dengan “kaya”.
Mengunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama
bunyinya dengan “hasil”. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai
“memotong hasil” dalam bahasa Kantonis.
Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun
perihal kebersihan sering mengatasi tradisi ini).
Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu
keluar tuah bagi tahun baru.
Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal
Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek
cina bagi “buku” sama bunyinya dengan perkataan “kalah”.
Kesan-kesan Perayaan
Terdapat banyak kesan yang boleh diperolehi sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Antara kesan-kesannya ialah:
Perpaduan: melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, ramai orang yang akan pergi
kunjung mengunjung tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui aktiviti seperti ini
kita boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat seperti mana saranan
perdana menteri kita untuk bersama-sama menyokong gagasan 1 Malaysia.
Perlancongan: kepelbagaian perayaan ini telah menambah keunikkan seni budaya di
Malaysia yang mana boleh menarik minat pelancong untuk mengunjungi kegiatan
perayaan di Malaysia. Semakin banyak pelancong yang akan mengunjungi tanah air
kita ini akan menambah pendapatan negara yang digunakan untuk membangunkan
negara kita ini.
Pengekalan Tradisi: perayaan merupakan suatu tradisi yang mana begitu penting
untuk dikekalkan di samping ianya dijadikan sebagai imej bagi sesuatu kaum.
Pendidikan/Pengetahuan: perayaan juga boleh dijadikan sebagai pendidikan dan
pengetahuan am untuk individu itu sendiri. Pendidikan amat penting dan juga di ambil
berat oleh kerajaan mengenainya. Oleh itu pengetahuan mengenai sesuatu perayaan
kaum lain penting untuk seseorang itu sendiri.
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyiapkan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang
saya telah pelajari.
Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina, saya rasa amat bersyukur sebagai
seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum yang terdapat di Negara yang
tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengajaran dan nilai yang saya telah saya
pelajari.Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi
ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga
dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Disamping itu,saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran, memupuk
semangat patriotism dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan
kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuat saya bersama rakan-rakan
berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.
LAMPIRAN
Memberi ang pau kepada orang yang masih belum kahwin.
Tarian singa ketika tahun baru cina
Suasana yang begitu meriah ketika tahun baru cina.
KAD ANG PAU KETIKA TAHUN BARU CINA
KAD UCAPAN KETIKA TAHUN BARU CINA
RUJUKAN
INTERNET
http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2009/01/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=5745:sambutan-ta
ORANG SUMBER
Encik Lim Koh Wein, 43, Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.
RUJUKAN
Buku ilmiah, Hari-Hari Perayaan Masyarakat Malaysia, Cetakan pertama
2006, Diedit oleh Zainal Jaslan,Penerbit oleh Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWa) Tingkat 18, 19, Menara TH
Perdana,1001, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Dicetak oleh Mudah Urus
Enterprise Sdn Bhd.