perbandingan kostum antara watak adam dan … binti nabet(24 pages).pdf · dalam pada itu, pengkaji...
TRANSCRIPT
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif
PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK
ADAM DAN HAWA DALAM PEMENTASAN
MONOLOG: SKRIP BUKAN BUNUH DIRI KARYA
DINSMAN SEBAGAI KAJIAN KES
IRMANINGSIH BINTI NABET
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Drama dan Teater)
2007
PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN HAWA DALAM
PEMENTASAN MONOLOG: SKRIP BUKAN BUNUH DIRI KARYA DINSMAN
SEBAGAI KAJIAN KES.
IRMANINGSIH BINTI NABET
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian
( Drama dan Teater )
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
i
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Catatan : * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda
* Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis /
laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN
JUDUL: PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN HAWA
DALAM PEMENTASAN MONOLOG. SKRIP BUKAN BUNUH DIRI KARYA
DINSMAN SEBAGAI KAJIAN KES.
SESI PENGAJIAN : 2004 / 2005
Saya, IRMANINGSIH BINTI NABET
mengaku membenarkan tesis / laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan
seperti berikut:
1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
5. * sila tandakan
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau Kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan
oleh organisasi / badan di mana penyelidikan
dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
___________________ ____________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh : Tarikh :
Alamat Tetap :
No. 271, Jalan Jawa,
Kampung Pinang Jawa,
93050, Kuching, Sarawak.
ii
PENGESAHAN
Projek bertajuk ”PERBANDINGAN KOSTUM ANTARA WATAK ADAM DAN
HAWA DALAM PEMENTASAN MONOLOG. SKRIP BUKAN BUNUH DIRI
KARYA DINSMAN SEBAGAI KAJIAN KES” telah disediakan oleh
IRMANINGSIH BINTI NABET dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan
dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian (Drama dan Teater).
Diterima untuk diperiksa oleh:
_____________________
(Dr. Hasnizam Abdul Wahid )
Tarikh:
_____________________
iii
PENGHARGAAN
Bismillahhirrahmannnirrahim
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianNya memberikan
kesihatan dan kekuatan semangat untuk menyiapkan penulisan ilmiah ini. Walaupun
pelbagai rintangan dan halangan yang hadapi, namun segalanya dapat diatasi dengan
hati yang tabah, cekal dan sabar. Alhamdullillah…
Jutaan terima kasih kepada keluarga tersayang kerana memahami keadaan
diri ini sebagai seorang pelajar. Hasil bantuan kewangan, kata-kata semangat, dan
dorongan daripada keluarga inilah yang menjadikan diri ini masih menjadi seorang
pelajar hingga ke hari ini. Kepada ibunda tercinta, Masna binti Hj. Ajon, harapan
anakandamu akan dilaksanakan. Walaupun ayahanda telah pergi meninggalkan kita
buat selama-lamanya pada masa diri ini masih menuntut ilmu, namun, doa,
pengorbanan dan semangat yang telah diberikan semasa hayatnya dulu, masih
terngiang-ngiang di benak fikiranku. Semoga arwah ayahku dicucuri rahmat. Amin.
Buat Abang-abang, kaulah pengganti ayah. Terima kasih atas tanggungjawab yang
telah diberikan. Begitu juga dengan kakak-kakak yang sentiasa memberi sokongan
dari belakang. Kepada kakak ipar, abang ipar, terima kasih banyak-banyak. Buat
anak-anak buah Usu sekalian, belajarlah rajin-rajin.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada Pensyarah-pensyarah di Unimas yang
selama ini telah memberi tunjuk ajar kepada saya. Begitu juga dengan bekas tutor,
Puan Villiah Perdes, walaupun sekejap dengan Puan, namun ilmu dan nasihat yang
diberikan masih tetap dalam ingatan. Tidak lupa juga penghargaan kepada Encik
Zacharia Manan, Bang Mat dari Kekkwa, di atas kerjasama anda sepanjang tempoh
saya menyiapkan penulisan ini.
iv
Buat rakan seperjuangan, iaitu kepada 14 pelajar Drama dan Teater, banyak
kenangan terindah telah kita lalui bersama. Tidak kira pahit, manis dan sebagainya.
Kekalkan persahabatan kita buat selama-lamanya. Tidak lupa buat senior-senior
Drama dan Teater, seperti Kak Awin, Kak Lili dan lain-lain, tunjuk ajar anda masih
saya ingat hingga kini. Terima kasih semua…
v
Abstrak
Kajian ini adalah kes studi bagi skrip Bukan Bunuh Diri karya Dinsman.
Dalam kajian ini, perbandingan akan dilihat dari segi kostum watak Adam dan
Hawa. Kostum watak Adam adalah kostum bagi pelakon lelaki dan telah biasa
dilakonkan di dalam pementasan teater Bukan Bunuh Diri sejak dari tahun 1975.
Berbanding dengan karya adaptasi, watak Adam akan ditukarkan menjadi watak
Hawa dan teater Bukan Bunuh Diri ini adalah jarang diberikan kepada pelakon
wanita.
Justeru, kajian yang teliti akan dilakukan dari segi pemerhatian dan
pengumpulan data bagi penghasilan rekaan kostum watak Adam yang telah
digunakan pada sesuatu pementasan yang lalu. Kemudian, satu penghasilan rekaan
kostum bagi watak Hawa pula akan dilakukan.
vi
Abstract
This research will be a comparative study on Adam’s and Hawa costume in a
theatre play called “Bukan Bunuh Diri”.
vii
ISI KANDUNGAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN i
PENGESAHAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
BAB SATU : PENGENALAN KEPADA KAJIAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Masalah Kajian 2
1.2 Objektif Kajian 2
1.3 Populasi Kajian 3
1.4 Kesimpulan 4
BAB DUA : LATAR BELAKANG KAJIAN / LITERATURE REVIEW
2.0 Pengenalan Kajian 5
2.1 Kostum 6
2.2 Bukan Bunuh Diri karya Dinman 8
BAB TIGA : METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.0 Primer (utama) 11
3.1 Fotografi 12
3.2 Natural Experiment 13
3.3 Borang Soal Selidik 13
3.4 Sumber Sekunder (Kedua) 14
3.5 Mise en Scene 14
viii
3.5.1 Analisa Mise en Scene 15
BAB EMPAT : DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 48
4.1 Analisa Temuramah daripada Zacharia Manan 49
4.1.2 Analisa Temuramah daripada Nizila Asin 51
4.2 Analisa Borang Soal Selidik 53
4.3 Analisa Kostum Adam 67
4.4 Eksperimen Kostum ke atas Watak Hawa 73
4.5 Kesimpulan 80
BAB LIMA : KESIMPULAN
5.0 Kesimpulan 83
RUJUKAN 85
RUJUKAN ARTIKEL MAJALAH 86
RUJUKAN INTERNET 86
LAMPIRAN 87
- 1 -
BAB 1
PENGENALAN
Perbandingan bermaksud persamaan atau perbezaan tentang sesuatu perkara.
Contoh seperti antara watak Adam karya Dinsman dan watak Hawa, iaitu hasil adaptasi
Mazuin Hamzah dalam skrip Bukan Bunuh Diri yang dipentaskan di Universiti Malaysia
Sarawak. Perbezaan yang terdapat antara watak Adam dan Hawa adalah dari sudut
“gender” atau jantina. Adam adalah seorang lelaki, manakala Hawa pula adalah seorang
wanita. Sementara itu, persamaan yang terdapat pada watak Adam dan Hawa ini pula
adalah mengalami kekacauan jiwa dan mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan.
Oleh yang demikian, penyelidikan ini merupakan salah satu kajian perbandingan
berkenaan kostum antara watak Adam dan Hawa dalam skrip Bukan Bunuh Diri karya
Dinsman. Pengkaji akan menyelidik kostum Adam berdasarkan kepada karya asal
Dinsman. Kostum ini dikaji berdasarkan kepada foto yang diperoleh oleh pengkaji
daripada dua pementasan teater Bukan Bunuh Diri yang lalu. Foto pementasan tersebut
adalah pementasan yang diarahkan dan dilakonkan oleh Dinsman sendiri iaitu pada tahun
1975 dan foto pementasan Bukan Bunuh Diri yang diarahkan dan dilakonkan oleh aktivis
teater di Kuching, iaitu Zacharia Manan. Pementasan yang dilakonkan oleh Zacharia
Manan pula adalah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 di Panggung Eksperimen,
Unimas dan pada tahun 2004 di Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Festival Teater.
Sementara itu, bagi kostum Hawa pula, pengkaji akan menyelidik skrip Bukan Bunuh
Diri karya Dinsman yang telah diadaptasi oleh Pengarah Produksi “Unimastage”, iaitu
Mazuin Hamzah. Selepas mengkaji skrip berkenaan, pengkaji sendiri akan membuat
- 2 -
rekaan kostum tersebut untuk dipersembahkan di Panggung Eksperimen, Unimas. Oleh
yang demikian, pengkaji akan membuat perbandingan antara kostum watak Adam dan
Hawa.
1.1 Masalah Kajian
Pengkaji agak sukar untuk memahami skrip Bukan Bunuh Diri yang ditulis secara
absurdisme. Ini kerana, plot skrip ini yang berbentuk bulat. Pengkaji juga merasakan
bahawa kostum yang digunakan dalam skrip ini adalah fantasi. Justeru, pengetahuan dan
pemahaman dari segi psikologi amat diperlukan bagi memahami perwatakan dalam skrip.
Sementara itu, walaupun pelakon hanya seorang dan kostum yang dikaji dan akan
digunakan oleh pelakon juga hanya satu, namun penelitian terhadap skrip monolog ini
juga memberi impak yang besar terhadap penghasilan kostum.
1.2 Objektif Kajian
i. Untuk mengkaji perbandingan kostum antara watak Adam dan Hawa dalam
pementasan teater Bukan Bunuh Diri.
ii. Untuk mengkaji pengaplikasian kostum watak Adam dan Hawa dalam teater
Bukan Bunuh Diri.
- 3 -
iii. Untuk menilai tahap persamaan dan perbezaan watak Adam dan Hawa dalam
teater Bukan Bunuh Diri dengan berdasarkan kepada kostum yang digunakan
semasa pementasan teater tersebut.
iv. Untuk menjadi bahan rujukan kepada rekaan kostum bagi watak Hawa dalam
pementasan monolog yang dipersembahkan oleh Produksi Unimastage.
1.3 Populasi Kajian
Pengkaji akan memfokuskan kepada skrip Bukan Bunuh Diri karya Dinsman dan
skrip Bukan Bunuh Diri yang telah diadaptasikan oleh Pengarah Produksi.
Pengkaji juga akan memberi fokus pada sesi proses latihan atau “rehearsal” bagi
persembahan teater Bukan Bunuh Diri yang diadakan di Unimas nanti. Ini kerana,
pengkaji akan melakukan eksperimen kostum terhadap watak Hawa.
Sementara itu, pengkaji juga akan mengkaji kostum Adam berdasarkan foto yang
diperoleh daripada Encik Mohamad Hassan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Negeri Sarawak. Foto tersebut adalah hasil pementasan Bukan Bunuh Diri yang
telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching. Dalam pada itu, pengkaji juga
akan memfokuskan pada gambar yang terdapat di dalam buku Bukan Bunuh Diri yang
ditulis oleh Dinsman sendiri. Foto tersebut adalah pementasan Bukan Bunuh Diri yang
pertama yang dilakonkan oleh Dinsman sendiri dan telah diadakan di Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur pada tahun 1975.
- 4 -
Selain itu, pengkaji juga memberi fokus kajian kepada temu bual terhadap Encik
Zacharia Manan iaitu pelakon yang pernah berlakon sebagai watak Adam di dalam teater
Bukan Bunuh Diri. Encik Zacharia Manan telah berlakon sebagai Adam sebanyak dua
kali iaitu pada tahun 2000 dan 2004.
Dalam pada itu, pengkaji juga akan mengadakan temuramah terhadap saudari
Nizila Asin iaitu pelakon yang berlakon sebagai watak Hawa di dalam teater Bukan
Bunuh Diri, yang telah diadaptasikan oleh Mazuin Hamzah. Temu bual ke atas Nizila
Asin dilakukan kerana pelakon ini telah menggunakan pakaian atau kostum yang direka
oleh pereka kostum sendiri. Justeru, pereka kostum ingin mengetahui sama ada kostum
yang digunakan adalah memberi kesan kepada dirinya sebagai Hawa atau sebaliknya.
1.4 Kesimpulan
Kajian perbandingan kostum antara watak Adam dan Hawa dalam teater Bukan
Bunuh Diri dapat dikenal pasti berdasarkan kepada kaedah metodologi yang digunakan
oleh pengkaji untuk mendapatkan dapatan kajian kostum yang digunakan oleh pelakon
yang memegang watak Adam dan Hawa di dalam skrip Bukan Bunuh Diri ini.
- 5 -
BAB 2
LATAR BELAKANG KAJIAN
Menurut Peter Dean (2002), pereka kostum bertanggungjawab terhadap kostum
pelakon. Pereka kostum harus mempunyai pengetahuan teknikal, seperti dapat
menghasilkan lukisan yang dapat menerangkan dengan tepat tentang kostum pelakon.
Pereka kostum harus bekerja dengan baik dengan pelakon dan ahli produksi seperti orang
yang bekerja di bawahnya. Pereka kostum juga harus meminta pandangan daripada ahli
produksi yang lain berkenaan kostum yang dipakai oleh pelakon adalah kelihatan baik
atau sebaliknya.
Pereka kostum juga adalah seorang yang menggunakan kebolehan dramatik
terhadap pakaian untuk memberi kesan kepada pelakon yang cuba untuk
mempersembahkan cerita yang ingin disampaikan seperti mempersembahkan penampilan
personaliti, dan psikologi karakter tersebut (Michael Holt, 1988). Oleh yang demikian,
untuk melakukan perkara ini, pereka kostum harus mempunyai pengetahuan tentang
sejarah kostum, cara membuat kostum, mempunyai penglihatan yang artistik terhadap
bentuk dan warna, dan kapasiti imaginasi pereka kostum terhadap lakaran yang dilukis.
- 6 -
2.1 Kostum
Kostum adalah sesuatu benda yang dipakai oleh pelakon yang membuat
persembahan di atas pentas. Kostum terdiri daripada pakaian, aksesori, kasut, selipar atau
apa-apa sahaja yang terdapat pada badan pelakon yang membuat persembahan.
Menurut Michael Holt (1998), kostum adalah sebahagian daripada teater. Ini
disebabkan, apabila kita melihat kepada sesuatu persembahan, kita akan tertarik dengan
hasil reka bentuk sesuatu pakaian yang dipakai oleh pelakon tersebut. Kostum adalah
sebahagian daripada alat kepada pelakon.
Kostum boleh membantu membina watak dan perwatakan yang dibawa oleh
pelakon. Setiap “item” kostum yang dipakai oleh pelakon dapat menandakan sesuatu
makna kepada penonton (Michael Holt, 1988). Malah menurut beliau lagi, sebelum
seseorang pelakon memulakan dialog atau percakapan, secara terlebih dahulu penonton
akan dapat mengenal pasti watak yang dibawa oleh pelakon dengan berdasarkan kepada
warna kostum yang dipakai. Seterusnya, kostum juga mempunyai fungsi dramatik yang
lain seperti membantu memberitahu tentang cerita yang hendak disampaikan oleh
pelakon-pelakon di atas pentas. Ini bermakna, pakaian juga dapat mempersembahkan
tempat sesuatu lakonan tersebut dilakonkan (Michael Holt, 1988).
Menurut Edwin Wilson (2001), kostum juga boleh melambangkan status dan
kedudukan seseorang, jantina, pekerjaan, perhubungan kekeluargaan dan nilai moral.
- 7 -
Setiap kain yang terdapat pada sesuatu kostum mempunyai fabrik. Jenis fabrik
yang terdapat pada sesuatu kain tersebut boleh dikenal pasti berdasarkan kepada
pengujian pembakaran yang dilakukan terhadap kain tersebut. Antara jenis-jenis fabrik
tersebut adalah seperti fabrik jenis “cotton”, “polyester”, “lawn” dan sutera (Gary
Thorne, 2001). Fabrik kain kapas atau “cotton” adalah lembut, dan terdiri daripada
gentian tumbuhan. Sementara itu, “polyester” pula adalah hasil daripada fabrik yang
sintetik. Fabrik “lawn” pula adalah terang, warna fabrik ini seperti dicetak, mempunyai
jalur atau corak seperti kain satin. Fabrik “lawn” ini juga sejuk apabila disentuh, kalis
kedut dan renyuk dan boleh direnyukkan seperti fabrik “plisse”. (Gary Thorne, 2001).
Menurut Michael Holt (1988), tekstur juga boleh memainkan peranan utama
kepada pereka kostum. Tekstur boleh menceritakan berkenaan personaliti yang terdapat
dalam drama. Tekstur juga boleh membantu pereka kostum menerangkan kedudukan
sosial. Biasanya, fabrik daripada sutera lembut dipakai oleh orang yang kaya. Manakala,
kain daripada fabrik yang kasar pula dipakai oleh orang yang miskin.
Sementara itu, menurut J. Michelle Gillete (2001), warna juga memainkan
peranan penting dalam mereka sesuatu kostum kepada pelakon. Secara normal, pereka-
pereka seni dalam teater merujuk kepada warna yang umum. Begitu juga dengan pereka
kostum yang cuba untuk menggambarkan perasaan dan personaliti dalam kostum yang
direkanya. Warna mempengaruhi banyak faktor seperti latar belakang budaya, umur
seseorang dan “mood” atau perasaan seseorang individu.
- 8 -
Menurut Dinsman (2006), beliau telah mempersoalkan kostum dalam teater
muzikal Puteri Gunung Ledang. Kostum yang dipakai oleh watak Gusti Puteri dalam
teater tersebut sentiasa berkemban. Tambah beliau, walaupun kostum tersebut merupakan
satu kajian, namun kostum yang dipakai oleh Gusti Puteri bukan satu pilihan yang bijak.
Teater bukan realisme, dan kostum untuk teater tidak semestinya meniru dengan tepat
pakaian watak berkenaan di dunia realiti. Sebenarnya, teater bukan sesuatu yang realiti,
kecuali jika dikatakan realiti teater itu sendiri. Namun, pereka kostum mempunyai
kreativiti sendiri dalam membuat rekaan yang lebih cantik, menarik dan menawan
(Dinsman, 2006).
2.2 Bukan Bunuh Diri karya Dinsman
Dalam pada itu, skrip Bukan Bunuh Diri karya Dinsman ini adalah monolog.
Menurut “Advanced English Dictionary” (2000), monolog adalah peristiwa seseorang
bercakap secara seorang diri untuk jangka masa yang panjang tanpa diganggu oleh orang
lain. Contoh seperti seseorang yang berlakon secara seorang diri di dalam filem mahupun
drama.
Nama Adam dan Hawa adalah mewakili kaum lelaki dan wanita. Dalam sejarah
Islam, Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Selepas itu,
walaupun Adam telah dapat menikmati segala keindahan di dalam syurga, namun Adam
tetap di dalam kesunyian dan Adam telah menyatakan hasratnya kepada Allah untuk
- 9 -
mempunyai teman hidup. Oleh itu, Allah telah menciptakan manusia kedua di bumi ini
iaitu Hawa. Hawa adalah seorang perempuan yang diciptakan oleh Allah untuk menjadi
teman hidup Adam.
Oleh yang demikian, dalam skrip asal Bukan Bunuh Diri karya Dinsman, watak
utama adalah Adam iaitu seorang lelaki. Justeru, Pengarah Produksi, iaitu Mazuin
Hamzah telah mengadaptasikan watak utama di dalam skrip ini sebagai seorang
perempuan bernama Hawa. Perbezaan antara Adam dan Hawa adalah amat ketara
daripada aspek watak seperti perbezaan jantina atau “gender”. Sementara itu, persamaan
antara Adam dan Hawa pula boleh dilihat daripada aspek perwatakan dalaman mereka
yang mengalami kekacauan jiwa. Adam berumur 25 tahun, seorang terpelajar, lama
berkonfrantasi dengan dirinya untuk mencari Tuhan. Adam gagal, dan akhirnya mendapat
ilham, dengan cara membunuh diri. Bagi Adam, dengan cara membunuh diri sahaja yang
dapat menjadikan dirinya dapat bertemu dengan Tuhan (Mana Sikana, 1983). Menurut
Mana Sikana (1983), watak Adam ini sebenarnya tidak mempunyai pendasaran agama
yang mendalam. Cara Adam memahami agama, cabaran hidup dan tuntutan dunia seperti
orang yang terputus daripada agama. Dalam pada itu, cara Adam memilih membunuh diri
untuk mendekatkan dirinya kepada Tuhan sebenarnya terkeluar daripada lunas-lunas
Islam.
Menurut Krishen Jit (1986), seperti protagonis-protagonis lain dalam drama
absurd, Adam dalam teater Bukan Bunuh Diri juga mengalami kehidupan yang tidak
bermakna. Adam memanjat timbunan buku-buku yang menggunung tinggi dengan penuh
- 10 -
sabar tetapi dia masih tidak dapat memenuhi kekosongan hidupnya. Adam mengambil
keputusan untuk membunuh diri sebagai jawapan kepada dilema yang dihadapinya.
Dinsman menunjukkan lakonan yang bersungguh-sungguh sebagai Adam.
Namun, Dinsman tidak cekap untuk menjiwai dan menghidupkan adegan penjelmaan
yang terdapat dalam skrip ini (Krishen Jit, 1986). Lakonan dan pengarahan Dinsman
dalam drama ini juga tidak membantu keadaan. Buku yang bertimbun itu mengambil
masa yang lama untuk disusun supaya Adam dapat mencapai tali dan ini menjemukan
penonton. Jarak antara satu adegan ke adegan yang lain adalah lembap.
Menurut Krishen Jit (1986), Khalid Salleh telah memperkenalkan gaya-gaya
persembahan teater yang terbaru. Contoh seperti lakonannya dalam teater Bukan Bunuh
Diri karya Dinsman yang telah dipentaskan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Dalam
teater Bukan Bunuh Diri ini, Khalid telah melakukan aksi lakonan berdiri dengan sebelah
kaki di atas tali ghaib yang terentang dan Khalid seperti akan jatuh, namun dia tidak
jatuh. Dalam pada itu, semasa adegan “Aku renung”, Khalid berlakon seperti orang gila
yang benar sehingga penonton sukar untuk ketawa. Justeru, Khalid Salleh telah dikatakan
sebagai salah seorang pelakon yang paling merbahaya di atas pentas teater di Malaysia.
(Krishen Jit, 1986).
Justeru, walaupun rekaan kostum kurang diperkatakan dalam pementasan teater
Bukan Bunuh Diri ini, namun peranan kostum juga penting dan perlu diberi perhatian
dalam sesebuah pementasan teater.
- 11 -
BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN
Dalam penyelidikan ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu primer
(utama) dan sekunder (kedua). Pengkaji juga menggunakan kaedah kuantitatif iaitu
berdasarkan kepada borang soal selidik.
3.0 Primer (utama)
i. Observation – Participant
Pemerhatian dan penyertaan merupakan kaedah utama yang digunakan oleh
pengkaji. Kaedah pemerhatian dan penyertaan ini dilakukan oleh pengkaji adalah
untuk melihat tugas seorang Pereka Kostum dalam mendalami karakter seorang
pelakon. Pengkaji secara peribadi akan turut serta dalam kajiannya sebagai pereka
kostum. Pengkaji akan bekerjasama dengan ahli produksi untuk mendapatkan data
yang tepat dan betul dari segi pemilihan artistik iaitu berdasarkan penganalisaan
Mise en Scene. Seterusnya, pengkaji akan mengaplikasikan ke dalam pementasan
teater Bukan Bunuh Diri.
ii. Temuramah
Temuramah juga merupakan salah satu kaedah kajian atau metodologi bagi
pengkaji dalam menjalankan penyelidikan ini. Justeru, pengkaji mengadakan
temuramah bersama individu yang berpengalaman berlakon sebagai Adam dalam
teater Bukan Bunuh Diri. Temuramah dengan individu ini adalah bertujuan untuk
- 12 -
menganalisis karakter Adam dan sebab pemilihan kostum yang digunakan oleh
pelakon tersebut. Individu yang ditemuramah ini telah berlakon sebanyak dua kali
bagi pementasan teater Bukan Bunuh Diri ini. Pementasan teater Bukan Bunuh
Diri yang telah dipersembahkan oleh Zacharia Manan telah diadakan di Panggung
Eksperimen, di Universiti Malaysia Sarawak (Kampus lama atau sementara) iaitu
pada tahun 2000 yang lalu. Sementara itu, pementasan yang kedua pula telah
diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu sempena Festival Teater Malaysia
pada tahun 2004 yang lalu. Secara kesimpulannya, kostum yang digunakan oleh
Zacharia Manan ketika membawa watak Adam dalam kedua-dua pementasan
Bukan Bunuh Diri ini adalah berbeza. Sementara itu, temuramah juga akan
dilakukan ke atas Nizila Asin iaitu pelakon yang membawa watak Hawa di dalam
pementasan teater yang diarahkan oleh Mazuin Hamzah dan dipersembahkan di
Panggung Eksperimen, Unimas. Temuramah dengan individu ini adalah bertujuan
untuk menganalisis serba sedikit karakter Hawa dan pandangannya terhadap
kostum yang telah direka oleh pengkaji sendiri.
3.1 Fotografi
Gambar pementasan teater Bukan Bunuh Diri yang lalu seperti pementasan teater
Bukan Bunuh Diri oleh Zacharia Manan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching
dan gambar persembahan Bukan Bunuh Diri yang dipersembahkan di Dewan
Bandaraya, Kuala Lumpur, diperoleh oleh pengkaji sebagai dapatan kajian atau
maklumat berkenaan kostum watak Adam. Berdasarkan gambar ini, pengkaji
mengkaji daripada aspek cara pemakaian kostum, dan pemilihan warna kostum
- 13 -
yang digunakan. Kemudian, pengkaji juga mengambil gambar bagi kostum watak
Hawa yang telah direka oleh pengkaji sendiri. Gambar kostum Hawa diambil
semasa melakukan proses latihan dan pada hari persembahan kedua yang
berlangsung di Panggung Eksperimen, Universiti Malaysia Sarawak pada hari
Jumaat, 13 April 2007 dan pada hari Sabtu, 14 April 2007.
3.2 Natural Experiment
Berdasarkan kepada kaedah ini, pereka kostum yang mengkaji kostum untuk
watak Hawa dalam produksi ini menjalankan eksperimen kostum ke atas pelakon
yang membawa watak Hawa tersebut. Berdasarkan kepada kostum yang
dihasilkan, pengkaji akan membuat perbandingan dengan kostum watak Adam
daripada foto pementasan yang lalu.
3.3 Borang Soal Selidik
Borang soal selidik ini diedarkan kepada penonton-penonton yang datang
menyaksikan teater Bukan Bunuh Diri di Panggung Eksperimen Universiti
Malaysia Sarawak. Kaedah ini digunakan untuk melihat pendapat dan pandangan
penonton terhadap kostum yang digunakan oleh Hawa dalam persembahan
tersebut. Borang soal selidik ini akan diberi sebanyak empat kali iaitu pada
persembahan yang pertama yang diadakan pada hari Selasa, 30 Januari 2007 dan
Rabu, 31 Januari 2007. Manakala, pada persembahan yang kedua iaitu pada hari
Jumaat, 13 April 2007 dan Sabtu 14 April 2007.
- 14 -
3.4 Sumber kedua (Sekunder)
a). Rujukan Buku
Pengkaji akan menggunakan buku yang ditulis oleh penulis tempatan dan penulis
barat untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Buku yang dirujuk digunakan untuk
mencari makna kostum, latar belakang kajian yang berkaitan tentang kostum dan
berkenaan skrip Bukan Bunuh Diri. Selain itu, buku-buku dan bahan rujukan lain
seperti majalah yang dirujuk juga digunakan untuk mengkaji maksud warna, cara
rekaan pakaian dan jenis-jenis kain seperti fabrik dan tekstur pada sesuatu
pakaian.
b). Rujukan Internet
Pengkaji juga akan menggunakan rujukan daripada Internet untuk mendapatkan
maklumat. Pengkaji menggunakan rujukan Internet bagi mendapatkan sumber
pengenalan berkenaan pemilihan kostum yang digunakan oleh watak yang dikaji
di dalam skrip. Contoh seperti pengenalan kepada baju kurung, jubah, selendang
dan sebagainya.
3.5 Mise en Scene
Mise en Scene merupakan subjek teras bagi program Drama dan Teater.
Pengenalan Mise en Scene (GKD1043) telah diperkenalkan pada semester kedua
dan pada tahun pertama pengajian. Kursus ini membolehkan para pelajar
memahami proses sesebuah pra produksi teater atau filem. Mise en Scene
bermaksud penganalisaan skrip. Oleh yang demikian, semua proses dalam Mise