perbandingan pergerakan berdasarkan jumlah … · sukan bola sepak boleh dianggap sebagai sukan...
TRANSCRIPT
PERBANDINGAN PERGERAKAN BERDASARKAN JUMLAH LANGKAHMENGGUNAKAN PEDOMETER DI KALANGAN PEMAIN BOLA SEPAK
DAN FUTSAL
MOHD HANIF BIN AZIZ
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya : MOHD HANIF BIN AZIZ(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan diperpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIANo. Kad Pengenalan: Nama Penyelia:830603-02-5489 DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN
Tarikh : 13 NOVEMBER 2009 Tarikh : 13 NOVEMBER 2009
PERBANDINGAN PERGERAKAN BERDASARKANJUMLAH LANGKAH MENGGUNAKAN PEDOMETER DIKALANGAN PEMAIN BOLA SEPAK DAN FUTSAL
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972 )
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikandijalankan)
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan,
atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ) ”.
Tandatangan : ___________________________
Nama Penyelia : DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN
Tarikh : 13 NOVEMBER 2009
PERBANDINGAN PERGERAKAN BERDASARKAN JUMLAH LANGKAH
MENGGUNAKAN PEDOMETER DI KALANGAN PEMAIN BOLA SEPAK DAN
FUTSAL
MOHD HANIF BIN AZIZ
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Sains Sukan )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2009
ii
“ Saya akui karya ini bertajuk ” PERBANDINGAN PERGERAKAN BERDASARKAN
JUMLAH LANGKAH MENGGUNAKAN PEDOMETER DI KALANGAN PEMAIN
BOLA SEPAK DAN FUTSAL” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”.
Tandatangan : _____________________________
Nama Penulis : MOHD HANIF BIN AZIZ
Tarikh : 13 NOVEMBER 2009
iii
DEDIKASI
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENGASIHANISELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Ku titipkan dedikasi teristimewa….
Buat Ayahanda dan Bonda,
Yang dikasihi AZIZ BIN SHAARI dan SITI ESHAH BINTI AHMAD….mengenang perit jeritmu dalam meredah kepayahan dan menyusun
langkah serta ketabahan kalian dalam mendidikku, akhirnya anakmu berjayamenempuh dugaan dan cabaran bagi mengatur langkah kehidupan yang lebihsempurna sepanjang ‘perjalanan’ ini. Keringatmu itu melahirkan rasa insaf
terhadapku. Aku sungguh bertuah kerana memilikimu berdua…
Buat Adinda-adindaku yang dihormati,
Semangat kalian semua telah memberikan dorongan terhadapku dalammenempuh hidup yang kian mencabar. Bersabarlah.. aku akan tetap mengingati
jasa dan budi kalian semua…
Buat Pensyarah yang disanjungi,
DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN…Jasa mu tetap ku kenang.. Nasihat danteguran yang diberikan akan ku jadikan pedoman. Terima kasih kerana sanggup
menjadi ‘guru’ dan ‘rakan’ yang sanggup berkongsi cerita suka dan duka. RedhailahIlmu yang ku perolehi. Segala pengorbanan mu menguatkan semangatku untuk terus
berusaha dengan gigih bagi mencapai cita-cita.Nasihat mu tetap terpahat diingatan untuk selamanya.
Buat Teman-teman yang dikasihi,
Sokongan yang kalian berikan merupakan ‘bara’ yang kianmenyemarakkan semangatku…
BuatMu Ilahi,
Tiada kata yang lebih indah selain aku bersyukur kepadaMu. Aku tertunduksyukur, limpah dan kurniaMu, menginsafi diriku, Semoga RahmatMu sentiasa
melingkari hidupku…Amin.
iv
PENGHARGAAN
“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani ”…
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan penulisan ilmiah ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah
penyelia, Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin selaku ‘guru’ saya yang telah banyak
memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehinggalah kajian ini dapat disempurnakan. Saya
juga berterima kasih di atas kesabaran dan kesungguhan beliau semasa membimbing
saya dan rakan-rakan. Sesungguhnya dorongan dan panduan yang beliau berikan
amatlah berguna dan berharga.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Universiti Teknologi Malaysia, khususnya
Fakulti Pendidikan kerana memberi kebenaran menjalankan kajian dan tidak lupa para
subjek yang terlibat di dalam kajian ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sudi memberi bantuan dan pandangan. Akhir sekali saya abadikan
ucapan penghargaan ini khas buat keluarga yang di sayangi yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan. Hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian.
Mohd Hanif Bin Aziz,
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan pergerakan
berdasarkan jumlah langkah menggunakan pedometer di kalangan pemain bola sepak
dan futsal. Subjek terdiri daripada lima orang pemain futsal dan lima orang pemain bola
sepak dan berumur di antara 20 hingga 26 tahun dan mempunyai Body Mass Index
(BMI) pada tahap normal. Pengujian ini dilakukan dalam perlawanan persahabatan dan
subjek telah diingatkan supaya bermain bersungguh-sungguh seperti situasi permainan
yang sebenar. Pengujian ini memerlukan subjek memakai pedometer pada bahagian
pinggang (jarak 4cm dari bahagian pusat subjek - di sebelah kiri atau kanan).
Jangkamasa selama 7 minit diberikan untuk setiap percubaan dalam 3 perlawanan
berbeza. Data mentah juga dianalisis dengan menggunakan perisian Micosoft Office
Excel 2007 dan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) 11.5. Hasil
keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara
pemain bola sepak (M=654.20, SD=147.63) dengan pemain futsal (M=774.00,
SD=170.15). Ujian nilai-t, p = 0.268 lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan
iaitu p ≤ 0.05. Berdasarkan kepada keputusan keseluruhan penganalisaan mendapati
hipotesis nol diterima dan hiotesis alternatif ditolak. Kesimpulannya, analisis mendapati
terdapat jumlah perbezaan yang jelas di antara jumlah langkah pemain bola sepak dan
futsal. Walaubagaimana pun perbezaan ini adalah tidak signifikan secara statistik.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to examine the difference of movements according to
record steps using pedometer among male soccer and futsal players. Five subjects, aged
between 20 to 26 years old with normal Body Mass Index (BMI) were chosen for soccer
and futsal respectively. The data were gathered different matches where the subjects
were told to fully commit in the testing assuming as a real match. Subjects need to wear
the pedometer on the waist (4cm from the belly button either on left or right). 7 minutes
were given for each trail in 3 different matches. The data collected was also t-Test
analyzed using Statistical Package for Social Science Software version 11.5 (SPSS 11.5)
and Microsoft Office Excel 2007. The results from this study show that there were no
significant differences among soccer players (M=654.20, SD=147.63) with futsal
players (M=774.00, SD=170.15). Value t-Test, p = 0.268 would be greater of significant
level that is fixed namely p ≤ 0.05. Therefore, these results accepted null hypothesis and
rejected alternative hypothesis. As a conclusion, the analyzed data revealed that the steps
between soccer and futsal player are statistically different.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
TAJUK i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Limitasi Kajian 7
1.8 Dilimitasi Kajian 8
1.9 Definisi Operasional 8
viii
II SOROTAN KAJIAN 10
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Penggunaan Pergerakan Dalam Bola Sepak 13
2.3 Penggunaan Pergerakan Dalam Futsal 16
2.4 Penutup 18
III METODOLOGI KAJIAN 19
3.1 Pedahuluan 19
3.2 Rekabentuk Kajian 20
3.3 Prosedur Kajian 20
3.4 Subjek 24
3.5 Lokasi Kajian 24
3.6 Pentadbiran Kajian 24
3.7 Populasi dan Persampelan 25
3.8 Instrumentasi 26
3.9 Proses Pengumpulan Data 28
3.10 Analisis Data 28
3.11 Penutup 29
IV ANALISIS DATA 30
4.1 Pendahuluan 30
4.2 Kajian Rintis 31
4.3 Analisis Deskriptif 32
4.4 Analisis Inferensi 38
4.5 Penutup 46
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 47
5.1 Pengenalan 47
5.2 Perbincangan 48
5.3 Rumusan 54
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.3 Prosedur ujian mendapatkan jumlah langkah 21
3.3.1a Kaedah munggunakan pedometer 1 22
3.3.1b Kaedah munggunakan pedometer 2 dan 3 23
4.3 Maklumat peribadi dan jumlah langkah subjek 32
dengan menggunakan alat pedometer.
4.4a Perbandingan purata jumlah langkah 5 orang 38
subjek bola sepak dan 5 orang subjek futsal
(perlawanan persahabatan).
4.4b Perbandingan purata jumlah langkah 2 orang 40
subjek bola sepak dan 2 orang subjek futsal
untuk pedometer 1 (perlawanan persahabatan).
4.4c Perbandingan purata jumlah langkah 2 orang 42
subjek bola sepak dan 2 orang subjek futsal
untuk pedometer 2 (perlawanan persahabatan).
4.4d Perbandingan purata jumlah langkah untuk 44
subjek yang sama menggunakan 3 jenis
pedometer (hari biasa).
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.3.1a Bacaan sebelum dan selepas menggunakan 22
pedometer 1
3.3.1b Bacaan sebelum dan selepas menggunakan 23
pedometer 2 dam 3
3.8a Pedometer 1, 2 dan 3 26
3.8b Bahagian dalam pedometer 1, 2 dan 3 26
3.8c Kedudukan pedometer 27
3.8d Kedudukan pedometer 1 semasa digunakan. 27
3.8e Kedudukan pedometer 2 atau 3 semasa digunakan. 28
4.3a Perbandingan langkah subjek 1 bola sepak dan futsal 33
4.3b Perbandingan langkah subjek 2 bola sepak dan futsal 34
4.3c Perbandingan langkah subjek 3 bola sepak dan futsal 35
4.3d Perbandingan langkah subjek 4 bola sepak dan futsal 36
4.3e Perbandingan langkah subjek 5 bola sepak dan futsal 37
xii
4.4a Taburan normal (kawasan penerimaan dan 39
penolakan hipotesis) perlawanan persahabatan.
4.4b Taburan normal (kawasan penerimaan dan 41
penolakan hipotesis) perlawanan persahabatan.
4.3c Taburan normal (kawasan penerimaan dan 43
penolakan hipotesis) perlawanan persahabatan.
4.4d Taburan normal (kawasan penerimaan dan 45
penolakan hipotesis) hari biasa.
5.2 Taburan normal (perlawanan persahabatan) 48
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Perlantikan Subjek 61
B Surat Perlepasan Tanggungjawab 62
C Borang Maklumat Peribadi Subjek 63
D Borang Skor Subjek 64
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sukan bola sepak boleh dianggap sebagai sukan paling popular di dunia pada
masa kini. Rata-rata masyarakat sekarang bermain bola sepak pada setiap petang. Ini
menjadikan bola sepak sangat popular di kalangan masyarakat. Prado, Botero, Guerra,
Rodrigues, Cuvello & Damaso (2006) menyatakan bahawa bola sepak adalah sukan
paling popular dan telah menjadi kebiasaan dimainkan di seluruh negara. Populariti bola
sepak kian meningkat dari semasa ke semasa. Sukan ini seolah-olah mempunyai suatu
daya penarik kepada semua lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur atau bangsa.
Reilly & Williams (2003) menyatakan bahawa penampilan pasukan-pasukan elit yang
pernah menjuarai Piala Dunia seperti Uruguay, Argentina, Brazil, Jerman, England, Itali,
dan Perancis pada kejohanan Piala Dunia antara tahun 1930 hingga 2002, menjadikan
populariti bola sepak telah memberi inspirasi kepada berjuta-juta peminat untuk
mengambil bahagian bermain bola sepak diperingkat bawahan.
Revolusi daripada perkembangan bola sepak membentuk suatu permainan yang
hampir sama dengan bola sepak di kenali sebagai futsal. Perbezaan di antara bola sepak
dan futsal adalah saiz dan kawasan permainan, peralatan, undang-undang, masa
permainan, dan bilangan pemain. Walaupun terdapat beberapa perbezaan tetapi cara
permainannya adalah masih sama. Menurut Lima, Silva & Souza (2005), futsal
memerlukan ketahanan yang tinggi dan tenaga dalam jangkamasa yang singkat.
2
Pergerakan pantas dalam jangkamasa yang singkat juga penting bagi memastikan
kejayaan sesebuah pasukan. Pergerakan pantas ketika bermain futsal dalam sesuatu
pertandingan memerlukan pemain bersedia untuk bertindak balas dengan cepat dan
efektif. Kenyataan ini di sokong oleh Matos, Aidar, Mendes, Lomeu, Santos, Pains,
Silva & Reis (2008) yang menyatakan bahawa pada asasnya futsal memerlukan
ketahanan, kepantasan, rintangan otot, dan kekuatan otot.
Ribeiro, Akashi, Sacco & Pedrinelli (2003) menyatakan bahawa futsal adalah
sukan yang paling banyak dimainkan di seluruh dunia berdasarkan peningkatan jumlah
penyertaan masyarakat terhadapnya. Menurut kenyataannya, peningkatan populariti
futsal telah membawa kepada peningkatan yang signifikan dalam jumlah kanak-kanak
dan remaja yang mempraktikkannya. Futsal boleh dimainkan dikawasan yang terhad
berbanding bola sepak yang memerlukan kawasan yang luas. Kenyataan ini di sokong
oleh Barbero-Alvarez, Soto, Barbero-Alvarez & Granda-Vera (2008) yang menyatakan
bahawa futsal diperkenalkan dalam tahun 1930 bertujuan membenarkan bola sepak
dimainkan dalam kawasan yang terhad. Menurut kenyataannya, sejak kebelakangan ini
populariti futsal meningkat dengan hebat dan dimainkan di seluruh dunia samada
diperingkat profesional atau amatur dengan penyertaan dikalangan lelaki mahupun
wanita.
Bola sepak dan futsal adalah sukan yang mempunyai karektor tersendiri.
Arnason, Sigurdsson, Gudmundsson, Holme, Engebretsen & Bahr (2004) menyatakan
bahawa bola sepak adalah sukan yang mempunyai karektor seperti larian pantas, pecutan
atau pengurangan laju, melompat, berpusing, menyepak, dan menghalang lawan.
Menurut kenyataannya lagi, sejak akhir-akhir ini bola sepak berkembang menjadi pantas
dengan kesungguhan dan permainan agresif dari sebelumnya. Kenyataan ini di sokong
oleh Matos et al. (2008) yang menyatakan bahawa bola sepak mempunyai karektor
seperti pergerakan pantas dan perlahan yang melibatkan tahap kualiti fizikal yang tinggi
seperti kekuatan eksplosif dan kapasiti aerobik.
3
Reilly (1997) dalam kajian Redzuan (2008) menyatakan bahawa bola sepak dan
futsal memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi dari segi kelenturan, kekuatan
otot, ketangkasan, kepantasan, kapasiti anaerobik dan aerobik. Persediaan pengetahuan
untuk bermain bola sepak atau futsal juga penting kepada setiap pemain. Kedua-dua
sukan ini adalah melibatkan gabungan di antara aktiviti anaerobik dan aerobik ketika
melakukan pergerakan. Bola sepak dan futsal dikatakan mempunyai aktiviti anaerobik
kerana semasa bermain terdapat pergerakan yang berintensiti tinggi sebagai contoh,
membuat larian pantas kurang dari satu minit dan aktiviti ini tidak memerlukan oksigen
atau menggunakan oksigen yang minimum. Kedua-dua sukan ini juga dikatakan
mempunyai aktiviti aerobik kerana sukan ini melibatkan pergerakan lebih dari dua minit
dan pemain akan menggunakan oksigen pada tahap yang maksimum.
1.2 Latar Belakang Masalah
Berdasarkan perbincangan daripada pengenalan, bola sepak mempunyai paling
ramai peminat dan merupakan sukan nombor satu di dunia. Walau bagaimanapun, sejak
kebelakangan ini masyarakat di negara kita mula mengalih pandangan untuk bermain
futsal. Futsal di negara kita masih baru, tetapi sambutan daripada masyarakat adalah
amat menggalakkan. Futsal boleh dikatakan semakin mendapat perhatian masyarakat
berbanding bola sepak. Ini mungkin kerana berdasarkan pandangan masyarakat bahawa
bola sepak lebih banyak menggunakan tenaga daripada futsal, dan mungkin juga
anggapan yang mengatakan jumlah pergerakan di dalam bola sepak adalah lebih tinggi
berbanding futsal.
Sehingga kini masih tiada lagi kajian pergerakan di dalam permainan bola sepak
dan futsal secara terperinci. Beberapa kajian lepas yang mengkaji pergerakan
menggunakan pelbagai pendekatan contohnya rakaman audio (Reilly & Thomas 1976)
dalam kajian Figueroa, Leite & Barros (2005), kamera (Withers, Maricic, Wasilewski &
Kellly 1982) dalam kajian Figueroa et al. (2005), kamera TV tetap (menggunakan
4
keluasan lensa 1300) (Erdmann 1991) dalam kajian Figueroa et al. (2005), dan kaedah
berasaskan potentiometer (D’Ottavio & Tranquilii 1993) dalam kajian Figueroa et al.
(2005).
Berdasarkan kajian pergerakan yang terdahulu, kajian pergerakan juga boleh
dilakukan dalam permainan bola sepak dan fusal. Ini kerana minat masyarakat terhadap
futsal adalah menggalakkan. Selain itu, futsal bagi kalangan masyarakat juga dikatakan
kurang memerlukan pergerakan. Oleh yang demikian, pengkaji berminat melakukan
kajian terhadap perbezaan jumlah langkah di antara permainan bola sepak dan futsal.
1.3 Penyataan Masalah
Melalui pandangan mata kasar, masyarakat mungkin menganggap bola sepak
lebih banyak menggunakan tenaga dan memenatkan daripada futsal. Walau
bagaimanapun, masih tiada lagi pembuktian secara saintifik yang telah dilakukan untuk
membuktikan kesahihan pandangan tersebut. Bagi mendapatkan kesahihan, analisis
terhadap jumlah langkah di antara kedua-dua pemainan ini perlu dilakukan.
Umumnya, sukan bola sepak dan futsal memerlukan pergerakan dinamik dan
bervariasi seperti pergerakan berlari pantas, berhenti dengan tiba-tiba, menukar arah
larian, melompat, berlari-lari anak, dan berjalan. Dalam kedua-dua sukan ini, jumlah
pergerakan yang dilakukan ketika bermain hanyalah boleh dilihat, dirakam melalui
kamera, dan dianggarkan. Walaupun kedua-dua sukan ini mempunyai pergerakan yang
sama tetapi perbezaan jumlah langkah antara kedua-dua sukan ini masih tidak dapat
dinyatakan dengan terperinci.
Sekarang telah terdapat pelbagai alat untuk mengukur pergerakan dan salah
satunya ialah pedometer. Oleh yang demikian, penggunaan pedometer kepada pemain
5
ketika bermain bola sepak dan futsal dapat merakamkan jumlah langkah yang dilakukan
oleh pemain. Melalui penggunaan pedometer, jumlah langkah di antara pemain bola
sepak dan futsal dapat dikumpul, dibanding, dan dinyatakan hasilnya.
Dengan adanya pedometer, ukuran jumlah langkah boleh direkodkan dengan
tetap dan terperinci. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti jumlah
langkah dan membandingkannya di antara kedua-dua sukan tersebut. Oleh yang
demikan, pengkaji ingin membuat kajian terhadap perbezaan jumlah langkah di antara
permain futsal dan bola sepak menggunakan pedometer. Di harap kajian ini dapat
menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada pandangan masyarakat sebelum ini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti jumlah langkah di dalam sukan bola sepak dan futsal dengan
menggunakan pedometer.
1.4.2 Membandingkan jumlah langkah yang berlaku di dalam sukan bola sepak dan
futsal menggunakan pedometer.