perbezaan fonetik dan fonologi

7
FONETIK DAN FONOLOGI Fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia. Manakala Fonologi adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa yang bermakna itu digunakan secara sistematik untuk membentuk kata atau ujaran Menurut Crystal(1980:268) Fonologi adalah satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa. Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. 1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian- bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya. 2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud. 3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran. Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihalfonetik akustik. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik akustik adalah seperti yang berikut:

Upload: mdbaharom

Post on 24-Nov-2015

75 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Perbezaan fonetik dan fonologi

TRANSCRIPT

FONETIK DAN FONOLOGI

Fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia. Manakala Fonologi adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa yang bermakna itu digunakan secara sistematik untuk membentuk kata atau ujaran Menurut Crystal(1980:268)

Fonologi adalah satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa. Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

1 Fonetik Artikulasi

Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi.Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.

2 Fonetik Akustik

Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

3 Fonetik Auditori

Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihalfonetik akustik.

Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetikakustik adalah seperti yang berikut:

i.Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawafonetik akustik mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasiseperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya (Contoh bentuk gelombang akustik bagipenghasilan perkataan see /si:/ dalam bahasa Inggeris berasaskan sumber, Roach, P. 2001:40 ada dikemukakannya).

Pendapat lain tentang Fonetik Akustik

ii. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1-2) berpendapat bahawa fonetikakustik ialah kajian fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyiyang dihasilkan oleh organ-organ sebutan kita.iii. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik akustik ialah bidangkajian mengenai bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendegardengan menggunakan alat yang dikenali sebagai spetrogram.

Alat ini digunakan bagi melihatkekerapan / frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu

FONETIK AUDOTORI

Fonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadapbunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi danbagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagaipersepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada,kelantangan dan kualiti bunyi.

Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori

Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihalfonetik auditori.

Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetikauditori adalah seperti yang berikut:i.

Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawafonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyiyang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yangtepat.

Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori

ii. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetikauditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses danmenginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.

iii. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori ialahbidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyidan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga.Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaranmekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itutentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu.

FONOLOGI

Fonologi ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti sistem bunyi bahasa yang berasaskanfungsinya dalam sesuatu bahasa. Sistem bunyi bahasa yang diteliti itu merupakan sistem atauperaturan bunyi sesuatu bahasa seperti bagi menentukan bunyi atau fonem sesuatu bahasa ituwaima bunyinya distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakanmakna). Kajian ini juga dikenali sebagai fonemik.

Pendapat Lain tentang Fonologi

Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila mendefinisikanfonologi.

Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonologi adalahseperti yang berikut:

i.Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) mendefinisikan fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa. Tegas mereka bahawa bidang fonologi menentukan sistem bunyisama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidakdistingtif (tidak membezakan makna). Mereka menyimpulkan bahawa matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.

ii.Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 2) berpendapat bahawa fonologiialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Kata mereka lagi : -... fonologi itu sebagai perkara yang pada asasnya ialah fonetik. Cuma fonologimemerlukan konsep, istilah dan notasi fonetik sebagai unsur tambahan. Penambahan unsurfonetik ini adalah bagi menghasilkan suatu set konsep-konsep baru yang tersendiri. Malah,kajian terhadap fonologi tidak boleh berlaku sehinggalah kita mempunyai asas pengetahuanyang kukuh dalam semua aspek bidang fonetik. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripadastruktur fonik sesuatu bahasa ini dikatakan fonologi.

iii.Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 65) berpendapat bahawa fonologi ialah peneranganberkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa. Jelasnya lagi bahawa fonologimelibatkan pengkajian bahasa bagi menentukan bunyi-bunyi yang berbeza langsungmembina set rumus yang dapat menerangkan perihal mengenai perubahan set.

iv.Roach, P. (2001: 111) berpendapat bahawa fonologi sebagai the study of thedistinctive sound units of a language, the patterns they form and th rules which regulate theiruse.

v.Abdullah Hassan (1993: 40) berpendapat bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyiyang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

vi.Suhendra Yusuf (1998: 151) memberi definisi fonologi sebagai bidang dalamlinguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya; fonemik.

vii.Harimurti Kridalaksana ( 1984: 61) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalamlinguistik yang menyelidiki bunyi bahasa mengikut fungsinya.

viii.Kamus Dewan Edisi Keempat(2005: 414) mendefinisikan fonologi sebagai kajiantentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.

ix.Oxford Dictionary of Current English For Malaysian Students(2005: 468)mendefinisikan fonologi sebagai the scientific study of the organization of speech sounds,especially in a particular language.

x.The Penguin Dictionary(2004: 1045) mendefinisikan fonologi sebagai the study ofthe sound systems of a language.

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

Bermaksud pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu.

Kajian F & F BM meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkanatau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalambahasa Melayu itu dihasilkan.

Dalam pengkajian ini akan diteliti juga, iaitu alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerahmana pada alat tersebut yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalamBM, misalnya bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal tengah danvokal belakang.

Juga akan diteliti ialah perbagai bunyi konsonan dalam BM, misal konsonan letupan,letusan, geseran, sengau, separuh vokal dsg serta bunyi diftong (au, ai dan oi).

Perbezaan fonetik dan fonologi

Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi.

Bil.FonetikFonologi

1.Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Kajian dilakukan terhadap segala yang berkaitan dengan sistem bahasa seperti pasangan terkecil dan fonotaktik.

2.Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik atrikulasi, dan fonetik auditori.Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir lekasikal dengan butir-butir lekasikal lain yang membentuk ayat.

3.Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi.Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi.

4.Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.Bidang fonologi menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

Apabila pengetahuan telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya membolehkan seseorang pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh murid, dan keadaan ini membolehkan seorang pendidik membetulkan kesilapan dengan tepat dan berkesan serta dapat membimbing murid supaya mahir membunyikan dan menyebut sesuatu dengan betul.

Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara fizikal.

Dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca. Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi bahasa.

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagaiphoneyang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakanfonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.