perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia … · 2018-09-19 · teks ucapan yang berusaha puan...
TRANSCRIPT
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA SEPTEMBER 2018
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA PUAN HAJAH ROSNAH AWANG
KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA
3 SEPTEMBER 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengacara Majlis
Yang Berusaha Dr. Cornelia Charito
Siricord @ Faridatul Akmar
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed
Zaini bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Pengarah-Pengarah Kanan
Pengarah-Pengarah Bahagian
3
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
sama dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu
4
Pejabat bagi bulan September 2018
pada pagi yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah Kanan serta warga kerja
Pusat Analisis Industri dan Tarif
Kastam kerana telah mengatur dan
menganjurkan Majlis Perhimpunan
Bulanan kita pada pagi ini dengan baik
sekali.
5
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PEGAWAI KEMBALI KE
RAHMATULLAH]
3. Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Pulau
Pinang telah kehilangan seorang
Pengawal Keselamatan, Gred KP11
iaitu Encik Asrul Hisham bin Ismail
yang telah kembali ke rahmatullah
pada 22 Ogos yang lepas. Semoga
roh nya dicucuri rahmat dan
ditempatkan di kalangan mereka yang
soleh dan beriman. Al-Fatihah...
6
Hadirin sekalian,
[KENAIKAN PANGKAT]
4. Pemangkuan Pegawai Sains dari
Gred C52 ke Gred C54:
Encik Harun bin Ahmad
Encik Nazarudin bin Mohamed @
Ibrahim
Puan Nor Azian binti Abu Samah
Encik Appri bin Beyan
Puan Zaraiha binti Awang
Cik Padillah binti Yahya
7
5. Pemangkuan Pegawai Sains dari
Gred C48 ke Gred C52:
Dr. Malarvili a/p Ramalingam
Puan Haslina binti Abdullah
Puan Nor Hazili binti Aznan
Puan Muzaiyanah binti Mohd Kaprawi
Encik Som Chai a/l Choi
Puan Norhaya binti Jaafar
6. Tahniah dan syabas kepada semua.
Diharap dengan kenaikan pangkat ini
akan dapat meningkatkan semangat &
usaha dalam kerjaya masing-masing.
8
Tuan/Puan,
[PERSARAAN]
7. Pada bulan September ini, dua (2)
orang warga Kimia akan bersara:
Encik Anuar bin Razak, Penolong
Pegawai Sains Gred C32 TBBK,
Bomba Sarawak yang bersara
pada 16 September
Encik Ahmad Nazri bin Husain,
Pengarah KIMIA Perak yang
bersara pada 28 September
9
8. Terima kasih atas jasa bakti dan
sumbangan anda berdua pada
Jabatan Kimia Malaysia selama ini.
[PENILAIAN AKREDITASI ANAB]
9. Seperti mana pihak tuan-tuan dan
puan-puan sedia maklum, penilaian
akreditasi ANSI-ASQ National
Accreditation Board (ANAB) telah
diadakan pada 12-20 Ogos yang
lepas.
10. Sebanyak 22 NCR telah dikenalpasti
bagi keseluruhan Makmal Jabatan
10
Kimia Malaysia. Saya yakin pihak
Pusat FORENSIK akan menjalankan
proses penutupan NCR yang
sewajarnya.
11. Saya ingin mengucapkan syabas dan
terima kasih kepada semua
kakitangan Forensik Ibu Pejabat dan
juga kakitangan Forensik semua
makmal Negeri dan Cawangan yang
terlibat dalam usaha untuk menjadikan
proses audit ANAB ini berjalan dengan
lancar dan jayanya.
11
12. Setinggi penghargaan juga diucapkan
kepada pihak yang terlibat dalam
penyediaan logistik (seperti
penyediaan auditorium dan
kemudahan pengangkutan), pihak
yang menguruskan makanan dan
minuman dan semua kakitangan yang
terbabit dan memberi sumbangan
sepanjang proses audit berjalan.
Terima kasih.
12
Hadirin sekalian,
[Audit UAD]
13. Bermula hari ini, 3 September
sehingga 6 September kelak, Unit
Audit Dalam MESTECC akan
menjalankan Penguditan Pengurusan
Kewangan di KIMIA Terengganu.
14. Objektif pengauditan adalah untuk
memastikan wujudnya struktur dan
sistem pengurusan kewangan dan
kawalan dalaman yang berkesan
terhadap pengurusan, perbelanjaan,
perolehan, pengurusan kontrak, aset
13
dan stor serta pengurusan kenderaan.
Selain itu untuk memastikan
pengurusan kewangan Jabatan dibuat
mengikut undang-undang dan
peraturan kewangan yang ditetapkan
serta rekod-rekod diselenggara
dengan lengkap dan kemas kini.
15. Saya yakin KIMIA Terengganu telah
mengadakan persiapan rapi untuk
menghadapinya. Teruskan usaha dan
semoga berjaya.
14
Warga KIMIA yang dikasihi,
[STATUS PROJEK MENAIK TARAF
SISTEM PENYAMAN UDARA BERPUSAT]
16. Saya ingin mengambil kesempatan di
sini untuk memaklumkan berkenaan
dengan status projek menaik taraf
sistem penyaman udara berpusat di
Ibu Pejabat KIMIA ini. Untuk
makluman semua, progres kerja
semasa adalah sebanyak 56%
daripada keseluruhan projek.
15
17. Proses kerja naik taraf ini akan sedikit
sebanyak memberikan kesan /
gangguan dari segi:
Tempat parkir (digunakan untuk
meletakkan peralatan besar seperti
chiller dll.)
Ketiadaan bekalan penyaman
udara di beberapa lokasi (dijangka
mengambil masa selama 14 hari
bekerja pada pertengahan bulan
September). Pihak kontraktor akan
menyediakan portable aircond di
kawasan terlibat.
16
Sebahagian fume cupboard tidak
berfungsi dengan baik.
Sehubungan dengan itu semua
kakitangan dikehendaki memakai
PPE yang bersesuaian semasa
menjalankan kerja-kerja analisis.
Kesulitan ini akan berakhir dalam
tempoh terdekat setelah
pemasangan ekzos fan selesai dan
beroperasi sepenuhnya.
18. Projek ini dijangka akan hand-over
pada 31 Oktober 2018. Oleh itu, saya
17
mohon agar semua bersabar dalam
tempoh tersebut.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PENUTUP – PELANCARAN MINGGU
OSH]
19. Minggu OSH 2018 akan diadakan
bermula pada hari ini, 3 hingga 7
September 2018 bagi
mempertingkatkan kesedaran
berkaitan aspek keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Minggu OSH
merupakan agenda tetap Jabatan
18
Kimia Malaysia yang diadakan di Ibu
Pejabat dan Makmal-makmal Negeri
serta Cawangan pada setiap tahun.
20. Selain dari aspek kualiti kerja makmal
yang perlu dipatuhi, aspek kesihatan
dan keselamatan juga tidak kurang
pentingnya dalam memastikan
keberkesanan perkhidmatan Kimia
Malaysia. Sehubungan dengan itu,
Jabatan, melalui Seksyen OSH, telah
mengendalikan pelbagai program dan
aktiviti bagi memastikan tempat kerja
19
adalah selamat dan tidak
membahayakan kesihatan pekerja.
Melalui aktiviti-aktiviti OSH, saya
berharap agar semua kakitangan
dapat menjadikan amalan kesihatan
dan keselamatan di tempat kerja
sebagai budaya kerja harian.
21. Pelbagai program telah diatur oleh
Seksyen OSH dengan kerjasama
PUSPANITA & Kelab KIMIA sempena
Minggu OSH ini untuk semua
20
kakitangan seperti sesi ceramah
kesedaran OSH iaitu berkaitan
kesihatan buah pinggang, ketagihan
media sosial dan Pematuhan Akta
Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (OSHA) 1994, Kempen
Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan
dan Kursus Pengukuhan PBSM.
22. Saya berharap agar warga Kimia
semua dapat meluangkan masa untuk
turut serta dalam aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang minggu ini.
21
23. Dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim, saya
dengan ini merasmikan Minggu
OSH 2018 Ibu Pejabat Jabatan
Kimia Malaysia.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.