perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia … ucapan... · kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan...
TRANSCRIPT
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA SEPTEMBER 2015
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA TUAN HAJI
ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
8 SEPTEMBER 2015 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia dan Salam 1Kimia.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah s.w.t. kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
4
sama dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu
Pejabat bagi bulan September 2015
pada pagi yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Industri Klasifikasi dan Tarif
Dagangan kerana telah mengatur
dan menganjurkan Majlis
Perhimpunan Bulanan kita pada pagi
ini dengan baik sekali.
5
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[KENAIKAN PEGAWAI SAINS GRED C48
KE GRED C52]
3. Saya ingin mengucapkan tahniah
kepada 5 orang Pegawai Sains atas
kenaikan pangkat dari Gred C48 ke
Gred C52. Mereka adalah:
Puan Maimunah bt. Sulaiman @
Wahid (31 Januari 2015)
Puan Roslin Bar (16 Jun 2015)
En. Wong Kong Yong (16 Jun 2015)
6
En. Mohd. Jamadi bin Haji Md. Jidi (16
Jun 2015)
En. Khairul Hadi bin Haji Abdul Raof
(18 Jun 2015)
4. Saya amat berharap agar atas
kenaikan pangkat ini, anda semua
akan menggandakan usaha dan
berusaha dengan lebih gigih untuk
mengangkat tinggi Jabatan Kimia
Malaysia.
7
[KURNIAAN PINGAT KEBESARAN]
5. Saya ingin mengucapkan tahniah
kepada YBhg. Dato’ Haji Mohamad
Salleh bin Ramli, Mantan Pengarah
Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan
Pahang di atas pengurniaan Darjah
Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P)
yang membawa gelaran Dato’
daripada Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Pahang pada 2
September 2015 di Istana Pahang.
8
[SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2015]
6. Kita telah menyambut Hari
Kemerdekaan Negara tahun 2015
pada 31 Ogos yang lepas. Sambutan
Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan
pada tahun 2015 lebih menekankan
kepada semangat kejiwaan dan
bersatu hati rakyat Malaysia apabila
“Sehati Sejiwa” dipilih sebagai tema
sambutan Hari Kemerdekaan tahun
2015.
9
7. “Sehati Sejiwa” mencerminkan roh
kesepaduan, kesefahaman, kekitaan
dan kemanusiaan seluruh rakyat di
negara ini selain melambangkan
semangat kesepaduan yang dimiliki
oleh semua rakyat tidak kira di mana
mereka berada.
8. Walau bagaimanapun, saya secara
peribadi merasa agak kecewa dengan
semangat “Sehati Sejiwa” di kalangan
warga Jabatan Kimia Malaysia.
10
Kemeriahan sambutan bulan
Kemerdekaan kurang dirasai di
Jabatan ini. Bendera kurang digantung
di sekitar kawasan bangunan. Kita
sepatutnya mencontohi Jabatan Kimia
Malaysia, Cawangan Kuching,
Sarawak yang begitu bersemangat
dalam perkara ini. Mereka telah
menjadi Johan dalam Pertandingan
Menghiasi Bangunan sempena Bulan
Kemerdekaan (Kategori Bangunan
Kerajaan).
11
9. Saya turut merasa kecewa dengan
kurangnya jumlah kehadiran pegawai
kita terutamanya Pegawai Kanan
dalam Program Amanat Hari
Kebangsaan oleh Perdana Menteri
pada 30 Ogos yang lepas. Sebagai
penjawat awam, kita seharusnya
mendokong semua program anjuran
kerajaan apatah lagi yang melibatkan
Perdana Menteri Malaysia dengan
semangat “Sehati Sejiwa”. Diharapkan
perkara ini tidak berulang lagi di masa
hadapan.
12
Hadirin sekalian,
[KARNIVAL BOWLING PUSPANITA
MOSTI 2015]
10. Pada 5 September yang lepas, telah
berlangsung Karnival Bowling
PUSPANITA MOSTI yang bertempat
di Kelab Golf, Bukit Jalil. Jabatan
Kimia Malaysia telah bertindak
sebagai urusetia dalam pertandingan
ini.
11. Sekali lagi saya ingin menegur
ketidakhadiran Pegawai Kanan Wanita
13
kita dalam acara ini. Sepatutnya kita
seluruh warga Kimia memiliki
semangat “Sehati Sejiwa” dalam
setiap perkara yang melibatkan
jabatan kita yang tercinta ini. Kita
sepatutnya menyokong setiap acara
atau setiap program yang melibatkan
jabatan atau kementerian kita.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
1436H]
14
12. Seperti semua sedia maklum, pada
bulan ini kita akan menyambut Hari
Raya Aidiladha yakni ibadah korban
iaitu pada 24 September 2015
bersamaan 10 Zulhijjah 1436H.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah S.W.T. kerana dengan sifat
Rahman dan RahimNya maka kita
dianugerahkan lagi dengan sambutan
Aidiladha. Bagi mereka yang
mempunyai rezeki lebih sedikit tidak
salah untuk membuat ibadah korban
15
ini. Sangat digalakkan, sunat muakkad
dan ganjarannya sangatlah banyak.
13. Saya ingin mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidiladha kepada semua
warga Kimia. Marilah kita bersama-
sama meraikan sambutan Aidiladha ini
melalui semangat 1Malaysia dan
”Sehati Sejiwa” yang turut
memperlihatkan kepentingan nilai-nilai
pengorbanan untuk agama, bangsa
dan negara.
16
[PENUTUP – PELANCARAN MINGGU
OSH]
14. Selain dari aspek kualiti kerja makmal
yang perlu dipatuhi, aspek kesihatan
dan keselamatan juga tidak kurang
pentingnya dalam memastikan
keberkesanan perkhidmatan Jabatan
Kimia Malaysia. Sehubungan dengan
itu, Jabatan, melalui Unit OSH,
Bahagian IKTD telah mengendalikan
beberapa program dan aktiviti bagi
memastikan tempat kerja adalah
selamat dan tidak membahayakan
17
kesihatan pekerja. Melalui aktiviti-
aktiviti OSH, saya berharap agar
semua kakitangan dapat menjadikan
amalan kesihatan dan keselamatan di
tempat kerja sebagai budaya kerja
harian.
15. Pada 2 September 2015 yang lalu,
pihak Ibu Pejabat telah Pasukan Audit
daripada Majlis Negara Bagi
Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan untuk Audit Peringkat
Kedua Anugerah Keselamatan dan
18
Kesihatan Negara Peringkat
Kebangsaan 2015. Saya berharap
Jabatan Kimia Malaysia akan berjaya
memenangi anugerah tersebut bagi
kategori Sektor Awam dan Badan-
badan Berkanun. Kali terakhir pihak
Ibu Pejabat memenangi anugerah
tersebut ialah pada tahun 2005.
16. Seperti mana pihak tuan/puan sedia
maklum, pihak pengurusan Jabatan
Kimia Malaysia amat komited dalam
19
melaksanakan program-program OSH
bagi memastikan pematuhan kepada
Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 dan keperluan-
keperluan bagi sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan
OHSAS 18001. Sehubungan dengan
itu, saya ingin menarik perhatian dan
mengingatkan tuan/puan supaya
sentiasa mengikut dan mematuhi
peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Saya dapati masih ramai staf yang
20
tidak mematuhi peraturan-peraturan
yang ditetapkan seperti :
Tidak memakai PPE semasa
menjalankan analisis
Makan minum dalam makmal
Merokok di tempat yang tidak
dibenarkan
17. Saya berharap agar semua staf
memberi perhatian serius kepada
perkara ini, memandangkan pihak luar
sentiasa menjadikan Jabatan Kimia
Malaysia sebagai role model dan
21
sentiasa menjadi rujukan dalam
pelaksanaan program keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja.
18. Minggu ini iaitu dari 7 - 11 September
2015 merupakan sambutan Minggu
OSH peringkat Ibu Pejabat. Beberapa
aktiviti yang menarik dan bermanfaat
telah diatur seperti ceramah
kesihatan, senamrobik, pameran,
pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.
Aktiviti-aktiviti ini dijalankan oleh Unit
OSH dengan kerjasama Pemurni dan
22
Puspanita Jabatan Kimia Malaysia.
Saya berharap agar warga Kimia
semua dapat meluangkan masa untuk
turut serta dalam aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang minggu ini
dalam usaha menjadikan warganya
sihat dan selamat. Selain dari itu saya
juga berharap semua Warga Kimia
hendaklah terus mengamalkan gaya
hidup sihat seperti menjaga
pemakanan, bersukan dan beriadah.
Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan
Kimia Malaysia telah mula
23
menganjurkan aktiviti walkathon
secara bulanan. Marilah sama-sama
kita menyertai aktiviti ini.
19. Dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim, saya
dengan ini melancarkan dan
merasmikan Minggu OSH Ibu Pejabat
Jabatan Kimia Malaysia 2015.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
24