perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia … · untuk mengucapkan selamat tahun baru cina &...
TRANSCRIPT
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA FEBRUARI 2017
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
7 FEBRUARI 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati
Sejiwa.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
4
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat
bagi bulan Februari 2017 pada pagi
yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Kesihatan Alam Sekitar (KAS)
kerana telah mengatur dan
menganjurkan Majlis Perhimpunan
5
Bulanan kita pada pagi ini dengan baik
sekali.
3. Rasanya belum terlewat bagi saya
untuk mengucapkan Selamat Tahun
Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada
sahabat-sahabat kita yang berbangsa
Tionghoa. Tahun ini merupakan
Tahun Ayam Api dalam kalendar Cina.
Ayam merupakan lambang kesetiaan
dan ketepatan waktu. Untuk nenek
moyang kita yang tidak memiliki jam
penggera, kokokan ayam begitu
6
signifikan, kerana dapat
membangunkan mereka yang sedang
tidur untuk bangun dan mulai bekerja.
Diharap juga agar semangat “api”
dapat membawa tenaga dan
memperkuatkan tekad bagi semua
untuk terus memajukan nama Jabatan
Kimia Malaysia.
#kimiaboleh
7
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PEGAWAI KEMBALI KE
RAHMATULLAH]
4. Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan
Pulau Pinang telah kehilangan
seorang Pembantu Makmal, C19 iaitu
Encik Mohamad Faizal bin Mohamad
yang telah kembali ke rahmatullah
pada 28 Januari yang lepas. Semoga
roh nya dicucuri rahmat dan
ditempatkan di kalangan mereka yang
soleh dan beriman. Al-Fatihah...
8
Hadirin sekalian,
[PERSARAAN]
5. Untuk makluman semua, warga Kimia
berikut akan bersara pada bulan
Februari 2017 ini:
Encik Mohamed bin Hussin
(Pembantu Tadbir, N22 KUP N19,
JKMC Pulau Pinang) pada 13
Februari
Encik Pathia Sakthi Manurung bin
T.M. Abdul Rahim (Pembantu
Tadbir, N22, Ibu Pejabat) pada 17
Februari
9
Puan Nazliah binti Mat Ligun
(Pembantu Makmal, C26, JKMC
Perak) pada 27 Februari
6. Terima kasih atas jasa bakti dan
sumbangan tuan/puan pada Jabatan
Kimia Malaysia selama ini.
[KENAIKAN PANGKAT]
7. Pada bulan Januari yang lepas,
seramai 10 orang Pegawai Sains Gred
Fleksi C41/C44 telah dinaikkan
10
pangkat (pemangkuan) ke Gred C44
Hakiki. Mereka adalah seperti berikut:
Rosmawati binti Shaharuddin
Fathiah binti Ahmad Zubaidi
Mawarni binti Abdul Rahman
Hasliza binti Haron
Dr. Ananthy a/p Retnam
Dr. Yuvaneswari a/p
Chandramoulee Swaran
Zana Azura binti Said
Noor Azlina binti Awang
Haslinda binti Ismail
Dr. Chan Kar Weng
11
8. Tahniah dan syabas kepada semua.
Diharap dengan kenaikan pangkat ini
akan dapat meningkatkan semangat &
usaha dalam kerjaya masing-masing.
[PENCAPAIAN PERKHIDMATAN]
9. Saya menyeru agar anda semua
sebagai warga KIMIA dapat
memberikan perkhidmatan terbaik
sepanjang menjalankan tugas bukan
sahaja bagi meningkatkan prestasi
piagam malah kita perlu fokus kepada
12
penyampaian perkhidmatan yang lebih
jitu untuk rakyat.
10. Kita juga perlu sentiasa
menambahbaik dari segala segi dan
meningkatkan produktiviti serta tidak
boleh merasa terlalu leka dan selesa
dengan pencapaian semasa.
Hadirin sekalian,
[IMEJ PENJAWAT AWAM]
11. Saya ingin mengingatkan semua agar
tidak mencemar dan menjejaskan imej
13
perkhidmatan awam amnya dan
Jabatan Kimia Malaysia khususnya.
12. Pada tahun lepas dan awal tahun ini,
kita telah dikejutkan dengan beberapa
laporan siasatan oleh SPRM terhadap
penjawat awam yang dikatakan
menyalahgunakan kuasa dan terlibat
dengan penyelewengan. Insiden-
insiden ini telah mencemarkan imej
perkhidmatan awam.
14
13. Saya menaruh keyakinan terhadap
seluruh warga Kimia dalam
menjalankan tugas dengan amanah
dan bertanggungjawab. Bak kata
perpatah “Jangan biar nila setitik,
rosak susu sebelanga”.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[KERJA LUAR]
14. Sejak kebelakangan ini, ramai
kakitangan kerajaan melaksanakan
kerja-kerja luar bagi mendapatkan
pendapatan tambahan. Jesteru itu,
15
saya ingin mengingatkan semua
warga KIMIA bahawa kita masih
terikat dengan Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.
15. Peraturan 5(3) menyatakan bahawa
tuan/puan perlu mendapatkan
kebenaran Ketua Jabatan terlebih
dahulu dan tertakluk kepada 3 kriteria
ini:-
(a) Tidak dilakukan dalam waktu
pejabat dan semasa pegawai
16
dikehendaki melaksanakan tugas
rasminya;
(b) Tidak akan dengan apa-apa cara
cenderung menjejaskan
kebergunaan pegawai itu sebagai
pegawai perkhidmatan awam;
(c) Tidak akan dengan apa-apa cara
cenderung bercanggah dengan
kepentingan perkhidmatan awam
atau menjadi tidak selaras dengan
kedudukan pegawai itu sebagai
seorang pegawai perkhidmatan
awam.
17
16. Pihak Jabatan tidak akan
bertanggungjawab jika berlaku apa-
apa kejadian yang tidak diingini
semasa tuan/puan melakukan
pekerjaan luar dan Jabatan berhak
mengambil tindakan tatatertib
terhadap tuan/puan.
17. Bagi memastikan ketelusan dan
konsep ‘impartial’ terus diamalkan di
Jabatan, arahan ini juga terguna pakai
untuk kumpulan Pengurusan dan
Profesional.
18
Hadirin sekalian,
[KENYATAAN DI MEDIA SOSIAL]
18. Di zaman yang serba canggih ini, saya
percaya ramai di antara kita
mempunyai akaun serta aktif dalam
penggunaan media sosial seperti
Facebook, Instagram dan juga Twitter.
Saya sendiri mempunyai akaun
Facebook dan juga Instagram sebagai
bukan sahaja berhubung dari segi
sosial malah sebagai salah satu
saluran untuk mendapatkan maklumat
19
serta pandangan berhubung Jabatan
Kimia Malaysia secara halusnya.
19. Dalam kita aktif menggunakan media
sosial ini, tahap kecelikan media sosial
atau disebut sebagai social media
literacy adalah penting. Apa maksud
social literacy? Ia membawa erti,
pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan dalam mengintepretasikan
maklumat yang diterima melalui media
sosial untuk membezakan yang mana
20
sahih dan yang mana fitnah,
tohmahan atau rekaan semata-mata.
20. Anda semua dinasihatkan untuk
mengesahkan dahulu maklumat yang
diterima di media sosail. Yang penting
sekali adalah jangan terlibat dalam
menyebarkan sesuatu atau
memberikan komen-komen yang
boleh ditafsirkan mengikut Perintah
Am (General Orders) sebagai
mencemarkan imej perkhidmatan
awam, atau yang melanggari
21
peruntukan undang-undang seperti di
bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
21. Bersesuaian dengan Majlis Perasmian
Sambutan Safer Internet Day 2017
yang akan dirasmikan oleh YB Menteri
MOSTI esok hari, pihak CyberSecurity
telah mengadakan kempen “My Viral
Vow” antaranya adalah:
Adalah Menjadi Tanggungjawab
Saya Untuk Berkongsi Maklumat
Yang Sahih
22
Saya Bertanggungjawab Atas
Semua Yang Saya Tular
Saya Menjaga Maruah Anda
Pastikan Maklumat Itu Betu,
Sebelum Anda Bertindak
Berkongsi Maklumat Yang
Keterlaluan, Satu Kecuaian
22. Saya secara peribadi amat
menyokong ‘vow’ atau janji yang
dihuraikan tadi. Jadilah pengguna
internet yang bijak!
23
Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,
[DASAR KESELAMATAN &
PERLINDUNGAN JABATAN]
23. Dasar Keselamatan & Perlindungan
Jabatan meliputi segala ekshibit,
dokumen, maklumat dan bahan yang
dikeluarkan, diproses, disimpan atau
disampaikan termasuk dalam bentuk
elektronik hendaklah diberikan
perlindungan keselamatan
sewajarnya.
24
24. Lawatan mengejut saya ke makmal-
makmal masih lagi terdapat ekshibit
dan barang kes yang tidak dikawal
sewajarnya. Perkara sebegini tidak
sepatutnya berlaku.
25. Sehubungan dengan itu saya amat
menekankan pemantauan dalam
pegurusan fizikal berkaitan dari
barang kes hinggalah kelaporan.
26. Pengunaan label “Forensik” (di
bangunan / kenderaan jabatan) dan
label bilik kebal juga hendaklah
diubah dengan kadar segera sebagai
25
langkah pencegahan daripada
berlakunya pekara yang tidak
diingini.
Hadirin sekalian,
[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM
MELAKA]
27. Untuk makluman, saya telah
mengadakan lawatan kerja ke Jabatan
Kimia Malaysia, Cawangan Melaka
pada 26 Januari yang lepas.
26
28. Dalam lawatan ini, saya dapat melihat
sendiri keadaan Kimia Melaka dan
beramah mesra dengan kakitangan
Kimia Melaka. Lawatan ini juga
membolehkan sistem terbuka
dijalankan, sebagai contoh, ruang
diberi kepada semua warga Kimia
untuk bersua muka dan memberi idea
atau menyatakan sebarang masalah
terus kepada saya.
29. Terima kasih kepada semua yang
telah memberi kerjasama dalam sesi
27
lawatan ini terutamanya yang memberi
pandangan semasa sesi dialog
diadakan. Pihak pengurusan akan
cuba untuk mengambil tindakan atas
segala pandangan yang diutarakan.
Hadirin sekalian,
[IKTD FUN RUN]
30. Pada hari Ahad lepas, Bahagian IKTD
telah berjaya mengadakan suatu
program larian Fun Run IKTD.
Tahniah buat Pengarah serta warga
28
bahagian IKTD atas penganjuran
program tersebut. Syabas!
[PENUTUP]
31. Sebelum saya mengakhiri ucapan
saya pada kali ini, Saya juga ingin
mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’
serta semoga panjang umur dan
murah rezeki kepada warga Kimia
yang menyambut ulang tahun
kelahiran pada bulan Februari ini.
29
Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.