peribahasa

14
Oleh : Pn Aisah Bt Ibrahim Pemulihan Khas SK Tmn Johor Jaya 2 Peribahasa

Upload: izzaty-khalil

Post on 26-May-2015

7.174 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peribahasa

Oleh :

Pn Aisah Bt IbrahimPemulihan Khas

SK Tmn Johor Jaya 2

Peribahasa

Page 2: Peribahasa

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup

yang baharu.

Peribahasa

Page 3: Peribahasa

. Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh

Peribahasa

Page 4: Peribahasa

. Bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Peribahasa

Page 5: Peribahasa

.Lintah Darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang

terlalu tinggi.

Bagai Aur Dengan Tebing

Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain

dan saling membantu.

Peribahasa

Page 6: Peribahasa

. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana

muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Peribahasa

Page 7: Peribahasa

.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap

negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Peribahasa

Page 8: Peribahasa

.Duduk sama rendah, berdiri

sama tinggi

Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di

tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang

susah

Peribahasa

Page 9: Peribahasa

.Indah khabar daripada

rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-

lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Peribahasa

Page 10: Peribahasa

.Bukit sama didaki, lurah sama

dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat

kesenangan.

Peribahasa

Page 11: Peribahasa

. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit

dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan

kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak

datang melayang

Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Peribahasa

Page 12: Peribahasa

. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-

nantikan

Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat

asal.b. b. Kehidupan yang senang.

Peribahasa

Page 13: Peribahasa

.Sedikit-sedikit, lama-lama

jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil

juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Peribahasa

Page 14: Peribahasa

.Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.Bbiar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikanMaksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.Bagai ikan pulang ke lubukMaksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Peribahasa