perikanan - dosm · 2014. 12. 1. · ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk...

32
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA BANCI EKONOMI 2011 (BAGI TAHUN RUJUKAN 2010) PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK A. UMUM 1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama. 2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim 2010. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan-pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan anggaran yang munasabah. 3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh bertindak bagi pihak pemilik. 4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir. B. SKOP DAN LIPUTAN 1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti perikanan di Malaysia. 2. Perikanan ialah penangkapan, pemungutan dan pembiakan hidupan laut daripada lautan, pinggir pantai, perairan pedalaman dan kuala atas dasar komersil dan untuk kegunaan sendiri, tetapi bukan untuk bersukan. 3. Akuakultur ialah proses pengeluaran yang melibatkan pengkulturan (termasuk tuaian) organisma akuatik dengan menggunakan teknik yang direka bentuk untuk meningkatkan pengeluaran organisma tersebut melebihi kapasiti persekitaran semulajadinya. 4. Pemilik adalah seorang nelayan yang memiliki peralatan menangkap ikan dan bot serta mengetuai setiap operasi/aktiviti yang dijalankan. 5. Taikong adalah seorang nelayan yang telah dilantik sebagai ketua dalam menjalankan operasi/aktiviti perikanan tersebut. PERIKANAN

Upload: others

Post on 23-Jun-2021

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

BANCI EKONOMI 2011

(BAGI TAHUN RUJUKAN 2010)

PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK

A. UMUM

1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini

menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak

boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik

tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh

perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas

keengganan memberikan kerjasama.

2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim

2010. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan-pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama

dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam

bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila

berikan anggaran yang munasabah.

3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada

pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini

boleh bertindak bagi pihak pemilik.

4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.

B. SKOP DAN LIPUTAN

1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti perikanan di Malaysia.

2. Perikanan ialah penangkapan, pemungutan dan pembiakan hidupan laut daripada lautan,

pinggir pantai, perairan pedalaman dan kuala atas dasar komersil dan untuk kegunaan

sendiri, tetapi bukan untuk bersukan.

3. Akuakultur ialah proses pengeluaran yang melibatkan pengkulturan (termasuk tuaian)

organisma akuatik dengan menggunakan teknik yang direka bentuk untuk meningkatkan

pengeluaran organisma tersebut melebihi kapasiti persekitaran semulajadinya.

4. Pemilik adalah seorang nelayan yang memiliki peralatan menangkap ikan dan bot serta

mengetuai setiap operasi/aktiviti yang dijalankan.

5. Taikong adalah seorang nelayan yang telah dilantik sebagai ketua dalam menjalankan

operasi/aktiviti perikanan tersebut.

PERIKANAN

Page 2: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

2

6. Unit pelapor bagi banci ini adalah pertubuhan. Pertubuhan ditakrifkan secara ideal dan

sebagai ”satu unit ekonomi yang bergiat di bawah satu hak milik atau penguasaan tunggal,

iaitu di bawah satu entiti yang sah. Ia menjalankan satu jenis aktiviti ekonomi utama di satu

tempat/lokasi fizikal”.

7. Jika pertubuhan ini adalah ibu pejabat dan tiada akaun berasingan bagi cawangannya, sila

laporkan semua maklumat dalam soal selidik ini.

8. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah IBU PEJABAT, sila laporkan semua maklumat

dalam soal selidik ini. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak

mempunyai akaun yang berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat

dilaporkan di Soalan 16.1 di muka surat 36.

C. CIRI-CIRI PERIKANAN DAN AKUAKULTUR

Perikanan laut dalam:

Jarak melebihi 30km dari pantai

Alatan yang digunakan – contoh kapal, bot berenjin, pukat tunda/harimau, radar,dingin

beku

Tangkapan – contoh tuna (tongkol), paus, tenggiri, bawal.

Dijalankan oleh syarikat yang mempunyai modal besar

Wajib memiliki lesen C ke atas.

Perikanan pesisir pantai:

Jarak tidak lebih 30km dari pantai

Alatan yang digunakan- contoh jala, rawai, pukat tarik/hanyut, bot bermotor/ sampan

Tangkapan – contoh gelama, kembung, udang, ketam

Akuakultur:

Organisma akuatik yang diternak dalam kolam/sangkar paya air masin, sungai, tasik

Alatan- contoh jaring, jala, kolam, sangkar

Tangkapan – contoh lampam, keli, jelawat, belut, udang harimau, pelbagai jenis moluska

Menggunakan benih akuatik bermutu tinggi – cepat membesar/membiak

Perikanan air tawar:

Dijalankan di sungai, tasik paya

Alatan – contoh jala, pancing

Tangkapan – contoh keli, jelawat, lampam

Sistem Perikanan /Akuakultur:

Kolam - iaitu satu kawasan takungan air yang dibuat di atas tanah yang bertujuan untuk

ternakan ikan/udang air tawar atau air payau/masin.

Bekas lombong - iaitu satu kawasan tinggalan lombong bijih timah atau lain-lain bijih

yang dikomersilkan sebagai tempat ternakan ikan/udang air tawar.

Sangkar - iaitu sangkar yang dibina secara terapung di atas permukaan air sama ada di

dalam sungai, terusan, tasik atau pantai/laut.

Tangki simen - iaitu satu tempat yang dibina secara konkrit yang bertujuan untuk

ternakan ikan air tawar, air payau/masin atau ikan hiasan.

Kandang/kepungan - iaitu sangkar yang dibina secara kandang/kepungan di kawasan

air cetek dan tidak terapung.

Page 3: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

3

Kawasan - iaitu satu kawasan yang diperuntukkan bagi tujuan ternakan akuakultur di

pesisiran pantai atau sungai yang cetek.

Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan

D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK

Soalan 1: Maklumat Pengenalan

Perkara 1.1 Sila tandakan kotak yang disediakan sekiranya pertubuhan tuan berdaftar

dengan SSM (ROB/ROC) atau agensi kerajaan lain.

Perkara 1.2 Sekiranya pertubuhan tuan berdaftar dengan SSM (ROB/ROC), sila isikan

nombor pendaftaran pertubuhan/syarikat dalam kotak yang disediakan.

Perkara 1.3 Sila tanda aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan tuan.

Perkara 1.4 Tarikh permulaan aktiviti perlu dilaporkan mengikut format yang disediakan.

Tarikh ini merujuk kepada bila pertubuhan tuan mula menjalankan aktiviti

perikanan untuk tujuan jualan.

Perkara 1.5 Sila laporkan tempoh operasi/perakaunan pertubuhan tuan. Tempoh operasi

perlu meliputi sekurang-kurangnya enam bulan dalam tahun rujukan.

contoh

(a) 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010

(b) 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011

Perkara 1.6 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

Pelaburan merujuk kepada pemegangan aset kewangan di luar negara oleh

residen (individu, pertubuhan atau organisasi lain). Aset kewangan terdiri

daripada pelaburan dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu, sekuriti ekuiti,

sekuriti hutang, bon, unit amanah, kredit perdagangan, pemberian pinjaman,

deposit, pemberian pendahuluan dan aset lain.

Perkara 1.7 Sila laporkan alamat lokasi aktiviti pertanian sekiranya berlainan daripada

alamat yang diberikan di muka hadapan.

Perkara 1.8 Sila pastikan data yang dilapor dalam Soal Selidik ini hanya berkaitan dengan

pertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di

dalam soalan 1.8.

Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

Tahun Bulan Hari

Dari 0 1 0 1 2 0 1 085

Tahun Bulan Hari

hingga 3 1 1 2 2 0 10

08

Tahun Bulan Hari

Dari 0 1 0 7 2 0 1 05

Tahun Bulan Hari

hingga 3 0 0 6 2 0 11

1

Page 4: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

4

Soalan 1A: Pegangan Dan Penggunaan Tanah Pertubuhan Pertanian Pada 31 Disember 2010

Perkara 1.9 Sila tandakan jenis pegangan tanah pertubuhan tuan dalam petak yang

disediakan. Tuan hanya boleh tanda satu kotak sahaja.

Perkara 1.9.1 Milik sendiri

Merujuk kepada tanah yang dimiliki oleh pertubuhan tuan.

Ini tidak termasuk tanah yang disewakan daripada orang lain

atau tanah yang disewakan kepada orang lain. Pertubuhan

mesti mempunyai hak pemilikan yang sah di mana

membenarkan pemilik kepada pemegang yang sah untuk

menentukan penggunaan tanah tersebut.

Perkara 1.9.2 Pajak/sewa daripada pihak lain

Merujuk kepada tanah yang dipajak/sewa daripada orang

lain kebiasaannya bagi sesuatu tempoh masa yang telah

ditetapkan dengan jumlah bayaran yang dipersetujui

Perkara 1.9.3 Milik sendiri dan pajak/sewa daripada pihak lain

Merujuk kepada perkara 1.9.1 dan 1.9.2 yang digunakan

dalam satu masa yang sama.

Perkara 1.9.4 Lain-lain nyatakan

Jenis pegangan tanah yang tidak terkelas seperti di atas.

(Contoh tanah Lesen Menduduki Sementara-LMS)

Perkara 1.10 Sila nyatakan jumlah keluasan kawasan pertanian pertubuhan tuan.

Ini termasuk:

i. Tanah bukan pertanian

ii. Tanah yang dipajak/sewa daripada orang lain

iii. Kawasan di daratan dan bukan di daratan

(Akuakultur)

Tidak termasuk:

i. Tanah yang disewakan kepada orang lain

Perkara 1.11 Sila laporkan pecahan tanah mengikut kegunaan

Perkara 1.11.1 Tanah bukan untuk pengeluaran pertanian

Merujuk kepada keluasan tanah yang digunakan bukan

untuk tujuan pengeluaran pertanian.

Perkara 1.11.2 Tanah untuk pengeluaran/aktiviti pertanian

Merujuk kepada keluasan tanah yang digunakan untuk

tujuan pengeluaran pertanian mengikut aktiviti (sekiranya

ada) seperti di bawah:

i. Tanaman

ii. Ternakan

iii. Akuakultur (di daratan)

Page 5: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

5

Perkara 1.11.3 Jumlah keluasan Akuakultur (bukan di daratan)

Merujuk kepada jumlah keluasan akuakultur bukan di

daratan. Contoh penternakan ikan air payau/masin.

Perkara 1.12 Sistem Pengairan Dan Saliran

Sila nyatakan samada pertubuhan tuan menggunakan sistem pengairan dan

saliran dalam aktiviti pertanian yang dijalankan.

Perkara 1.13 Kaedah Teknologi

Sila tandakan kaedah teknologi yang digunakan dan tandakan dalam satu

kotak sahaja.

Soalan 2: Taraf Sah

Perkara 2.1 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja

(a) Hak Milik Perseorangan

Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan

ianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik

mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.

(b) Perkongsian

Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk

mengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk

mendapat keuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau

salah seorang daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak.

Perkongsian perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-

kurangnya dua orang dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang.

(c) Syarikat Sendirian Berhad

Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk

menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan.

Saham dipegang secara tertutup oleh pemegang–pemegang saham yang

mempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan

tanggungan berhad.

Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel

Persatuan sendiri, yang antara lain:

i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;

ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga

lima puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas

pekerja yang masih menjadi ahli);

iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli

apa-apa saham atau debentur syarikat itu; dan

iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya

menyimpan wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang

ditetapkan ataupun untuk dibayar bila dituntut, sama ada dengan

faedah atau tidak.

Page 6: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

6

(d) Syarikat Awam Berhad

Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang

ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua

orang untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari

keuntungan. Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka

dan bagi sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham,

sahamnya boleh bertukar milik secara bebas. Syarikat tersebut dianggap

sebagai sebuah entiti yang sah dan ditubuhkan mengikut Memorandum

dan Artikel Persatuan.

(e) Syarikat Koperasi

Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya

tidak terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan

wang yang ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-

ahlinya.

(f) Perbadanan Awam

Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta

Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri. Contohnya seperti di bawah:

Petronas

Maybank

Telekom Malaysia

Tenaga Nasional Berhad

Sime Darby

CIMB

Perodua

UMW

Media Prima

Proton

(g) Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari Keuntungan

Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan

tanggungan berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan

kebajikan, keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan

pertubuhan lain yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti

kepada isi rumah. Ia memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma

atau pada harga yang tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan.

Sebarang keuntungan yang diperolehi dilabur semula ke dalam

pertubuhan berkenaan.

(h) Lain-lain

Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-

mana kategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian bukan

berhad.

Perkara 2.2 Tandakan (X) dalam kotak yang sesuai bagi yang menjawab (a), (b) atau (c)

sahaja.

Pertubuhan milikan wanita merujuk kepada pertubuhan sekurang-kurangnya

51 peratus pemilikan ekuiti dipegang oleh wanita ATAU pemegang saham

terbesar adalah wanita dan pertubuhan diuruskan oleh wanita ATAU Pengarah

Page 7: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

7

Urusan atau Ketua Pengarah Eksekutif adalah wanita yang memiliki

sekurang-kurangnya 10 peratus ekuiti.

Soalan 3: Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik

Perkara 3.1 Dana pemegang saham:

Perkara 3.1.1 Modal berbayar

Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.

(a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia

merujuk kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik

perseorangan atau rakan kongsi.

(b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, ia

merujuk kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.

(c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar oleh

kerajaan Malaysia.

(d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan

dibayar oleh anggota-anggota, dan / atau modal yuran.

Perkara 3.1.2 Rizab

Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.

(a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian

yang terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am,

rizab tukaran mata wang asing dan rizab lain.

(b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia

merujuk kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.

(c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang

terkumpul dan dana rizab.

Perkara 3.2 Struktur hak milik

Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar

seperti pada 31 Disember 2010.

Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik

modal berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf

kewarganegaraan mereka.

Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia

Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang

lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu

tahun. Residen Malaysia meliputi:

Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia.

Warganegara asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih

daripada setahun.

Page 8: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

8

Perkara 3.2.1.1 Individu

Jelas maksudnya.

Perkara 3.2.1.2 Institusi / syarikat

(a) Bumiputera

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh

Bumiputera, contohnya:

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Koperasi Polis

Jabatan Koperasi

ASM Mara

Amanah Saham PNB

(b) Bukan Bumiputera

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh

Bukan Bumiputera.

Perkara 3.2.2 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Kerajaan

Persekutuan, Negeri atau Tempatan, contohnya:

Khazanah Nasional Berhad

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan)

Kementerian Kewangan Malaysia

Keretapi Tanah Melayu

Bank Pertanian Malaysia

Lembaga Air Perak

Yayasan Kemiskinan Kelantan

Lembaga Pelabuhan Johor

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Malaya (UM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Kementerian Kewangan Negeri Sabah

Penerbangan Malaysia Berhad

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Menteri Besar Incorporation

Selangor State Incorporation

Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd

Page 9: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

9

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB)

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak

Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen Malaysia

Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi lain

yang lazimnya terletak di luar negara. Bukan residen Malaysia terdiri

daripada:

Cawangan dan anak syarikat Malaysia di luar negara dianggap

sebagai bukan residen Malaysia.

Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara lebih

daripada 1 tahun.

Perkara 3.3 Jika modal berbayar pertubuhan tuan dipegang 51 peratus dan ke atas oleh

syarikat/individu di luar negara, secara langsung atau tidak langsung, sila

nyatakan negara syarikat induk muktamad.

Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rantaian pemilikan

syarikat yang memiliki secara langsung atau tidak langsung, kepentingan milikan

ekuiti dalam pertubuhan ini sebanyak 51 peratus atau lebih. Saham syarikat induk

muktamad adalah tidak dimiliki secara majoriti oleh syarikat lain.

Negara merujuk kepada lokasi di mana syarikat induk muktamad menjalankan

aktiviti ekonomi/perniagaan.

Page 10: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

10

Contoh pemegangan secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat induk

muktamad dalam anak syarikat di Malaysia:

Contoh 1: Pemegangan secara langsung oleh syarikat induk di luar negara

Jepun

-------------------------------------------------------

Contoh 2: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad di

luar Negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di Malaysia

USA

--------------------------------------------------------

Malaysia

Parent Company (X)

80%

Responden Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: Jepun

Ultimate Parent Company (X)

80%

Immediate Parent Company (B) Indirectly owned 80%

100%

Respondent Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: USA

Malaysia

Page 11: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

11

Contoh 3: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad di

luar negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di negara

asing lain.

--------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------

Soalan 4A: Perbelanjaan Modal Dan Nilai Harta (RM)

i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:

a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun rujukan; dan

b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.

ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dan

sebagainya.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan oleh pertubuhan ini.

iii. Harta lain meliputi paten, muhibbah, lukisan, barang kemas, kerja modal sedang dijalankan

dan sebagainya.

iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan (01), iaitu nilai setelah

mengambil kira susut nilai pada masa itu.

v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itu sama ada

diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri.

Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan

lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah

dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan.

vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang terlibat, iaitu

pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk sebarang bayaran dan

cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan iaitu kos-kos berhubung dengan

mengadakan kumpulan wang bagi membiayai pembelian harta seperti komisen kepada bank

Ultimate Parent Company (X)

80%

Indirectly owned

80% Immediate Parent Company (B)

100%

%

Respondent Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: USA

USA

Bermuda

Malaysia

Page 12: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

12

atau underwriter dan bayaran yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang

diperlukan.

vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang

sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.

viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai): Meliputi perolehan harta baru

termasuk harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta baru diperoleh untuk

ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernah digunakan di Malaysia,

termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atau terpakai (ruangan 02).

ix. Pembelian aset terpakai Malaysia: Semua harta yang dahulunya digunakan dalam

Malaysia termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai sebelum pemilikan

hendaklah dianggap sebagai terpakai (ruangan 03).

x. Membuat/membina sendiri: Bagi harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini untuk

kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah

direkodkan. Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan

(ruangan 04).

Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh.

Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut disiapkan

sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah merupakan asas

merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes

pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang

disempurnakan pada tahun rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan pada

akhir tahun rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun rujukan.

xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan tanpa

mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang diperoleh di

ruangan 05.

xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta: Apabila sesuatu harta

dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan / kerugian daripada

jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.

Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan harga

pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada penilaian semula harta diperoleh juga

hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06. Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis

dalam kurungan atau bermula dengan simbol (-).

xiii. Susut nilai: Merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan oleh

haus, lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran (susut nilai yang dibenarkan

untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-tiap

kelas harta tetap hendaklah dilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan. Ini termasuk

juga pelunasan (pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah sama

dengan perkara 8.14 Soalan 8.

xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =

+ nilai buku bersih awal tahun

+ nilai harta yang diperoleh

- harta yang dijual atau dilupus

Page 13: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

13

+/- keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta

- susut nilai semasa

xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar

pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.

Jenis harta tetap adalah ditakrifkan seperti berikut:

Perkara 4.1 Harta Tetap

Perkara 4.1.1 Tanah

Termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira

pembangunan dan struktur. Ia juga termasuk tanah yang

telah ditebus guna.

Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:

(a) Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan

dalam pembinaan bangunan, yang mana pada

keseluruhannya atau sebahagian besarnya terdiri

daripada tempat kediaman.

(b) Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang

dilakukan bagi pembinaan bangunan dan struktur yang

mana pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya

untuk kegunaan perindustrian, awam dan komersil

misalnya kilang, gudang, bangunan pejabat, stor,

restoran, garaj, kedai, hospital, sekolah dan

sebagainya.

(c) Binaan lain kecuali pembangunan tanah termasuk

rumah hijau, kolam, kandang, jalan, landasan keretapi,

parit, jambatan, pelabuhan, medan letak kereta,

saluran paip, dan sebagainya.

Perkara 4.1.3 Pembangunan tanah termasuk nilai kerja menebas,

membersih tapak binaan serta landskap tetapi tidak

termasuk nilai tanah sebelum pembangunan dibuat. Ia

termasuk juga perbelanjaan terhadap pembersihan dan

tebus guna tanah, tidak kira sama ada ini akan memberi

tambahan kepada keluasan tanah yang ada atau tidak.

Contohnya tali air dan projek kawalan banjir, empangan dan

benteng yang merupakan sebahagian daripada projek ini,

membersihkan dan menanam semula di kawasan kayu balak

dan hutan.

Perkara 4.1.4 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan

yang digunakan untuk pemindahan barangan dan/atau

orang.

Page 14: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

14

Perkara 4.1.5 Komputer

(a) Perkakasan komputer

Merujuk kepada semua perkakasan prosesan,

penyimpanan, penghantaran data dan maklumat yang

berkaitan dengan sistem komputer.

(b) Perisian komputer

Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem

komputer sama ada dibangunkan sendiri, ditempah khas

atau dibeli.

Perkara 4.1.6 Jentera dan kelengkapan termasuklah jentera penjanaan

kuasa, mesin dan kelengkapan pejabat, jentera pertukangan

logam, jentera pembinaan dan jentera industri lain, traktor,

pemotong rumput, kren, forklift dan sebagainya, kontena

tahan lama, peralatan dan perkakas yang digunakan oleh

profesional dan jentera serta alat lain termasuk

pengubahsuaian besar dan pembaikan terhadap jentera dan

peralatan jenis ini.

Perkara 4.1.7 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yang

diperlukan bagi menghias dan melengkapkan sesebuah

bangunan contohnya kerusi, meja, kain langsir, permaidani

dan sebagainya.

Perkara 4.2 Harta lain: Ini merupakan harta tak ketara.

Perkara 4.2.1 Paten: Hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat

ciptaan-ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa

tahun. Paten direkodkan pada kos.

Perkara 4.2.2 Muhibah: Wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan

kesetiaan pelanggan yang diperoleh. Apabila sesuatu

perniagaan dibeli dengan harga melebihi nilai bersih harta,

maka lebihan ini dianggap sebagai muhibah.

Perkara 4.2.3 Kerja modal sedang dijalankan: Ia merujuk kepada harta

yang separuh siap dan masih belum dimodalkan.

Perkara 4.2.4 Lain-lain: Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain /

perbelanjaan modal, sekiranya ada, yang mungkin tidak

dapat kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan.

Semua harta kewangan seperti wang tunai, penghutang dan

stok (saham) dikecualikan.

Page 15: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

15

Soalan 4B: Perbelanjaan Modal Dan Pembangunan Untuk Induk/Baka Dalam Tahun 2010

(a) Induk/baka akuakultur adalah ternakan organisma akuatik yang mengeluarkan hasil

berulang kali dan mempunyai jangka hayat lebih dari setahun.

i. Akuakultur matang merujuk ternakan organisma akuatik yang mencapai umur

matang untuk mengeluarkan benih.

ii. Akuakultur belum matang merujuk ternakan organisma akuatik yang belum

mencapai umur matang untuk mengeluarkan benih.

(b) Pembelian baru merujuk kepada nilai pembelian induk/baka akuakultur (matang atau belum

matang).

(c) Perbelanjaan pembangunan induk/baka akuakultur belum matang meliputi semua

perbelanjaan untuk pembangunan dan pembesaran induk/baka akuakultur belum matang.

Contoh Pembersihan kandang, vaksin, makanan ternakan, upah dan dan sebagainya.

(d) Induk/baka akuakultur dijual/dilupuskan merujuk kepada nilai induk/baka akuakultur yang

telah dijual/dilupuskan (contoh disebabkan serangan penyakit, dll.)

(e) Sila catatkan jenis akuakultur sekiranya jenis tersebut tiada dalam senarai yang diberikan.

Soalan 5 : Pekerjaan dan Gaji & Upah

A. Takrif am

Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B

(PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:

i. Jumlah pekerja (kolum 01 hingga 13)

Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori

pekerja, kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada kolum 01 hingga 13 pada

bulan Disember atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan.

Bilangan yang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka

pendek seperti cuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang mogok.

Pengarah syarikat korporat yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana

kehadiran mereka dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti

yang tempohnya tidak ditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah

pencen hendaklah dikecualikan.

Sila pastikan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul.

ii. Gaji dan upah tahunan (kolum 18)

Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih

masa dan elaun tunai termasuk untuk belanja sara hidup, perumahan, kereta,

makanan, dan sebagainya.) yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua

pekerja bergaji dalam setiap kategori. Bagi semua pekerja yang diambil secara

langsung, laporkan jumlah bayaran yang dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan

dan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau pertubuhan

keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan lain atau kumpulan wang

persaraan. Caruman majikan kepada kumpulan wang seperti yang dinyatakan di atas

hendaklah dikecualikan.

Page 16: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

16

iii. Pekerja sepenuh masa

Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk

sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.

iv. Pekerja sambilan

Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang

daripada 6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.

B. Takrif kategori pekerja

Perkara 5.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif

Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau

sepenuh masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini.

Rakan niaga dan ahli keluarga pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan,

melainkan mereka yang mengambil bahagian dalam mengawal dan

menguruskan perniagaan ini.

Kategori ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau perbadanan awam,

yang mana hak miliknya adalah ditentukan mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.2 Pekerja keluarga tidak bergaji

Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana

pemilik pertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-

kurangnya satu pertiga daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima

bayaran, sama ada dengan wang tunai atau mata benda, untuk kerja yang

dilakukan. Pekerja ini sememangnya mendapat makanan, tempat tinggal dan

bantuan lain sebagai sebahagian daripada isi rumah pemilik ini sama ada

mereka bekerja atau tidak di pertubuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja

keluarga dan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang

persaraan lain, mereka hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji,

iaitu hendaklah dilaporkan di dalam Soalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan

5.4 selaras dengan takrif pekerja sepenuh masa atau sambilan di atas.

Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat

berhad atau perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut

pegangan ekuiti.

Perkara 5.3 Pekerja bergaji (sepenuh masa)

Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini

dalam tahun rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara

5.2 di atas). Mereka yang bekerja di luar, yang mana gaji dan

perkhidmatannya di bawah kawalan pertubuhan itu, seperti wakil jualan,

wakil kejuruteraan dan kakitangan penyelenggaraan dan pembaikan

bergerak hendaklah dimasukkan, jika ada. Termasuk juga dalam kumpulan

ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhan korporat yang bergaji kecuali

jika mereka hanya menerima pembayaran semata-mata kerana hadir dalam

mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua pekerja di atas hendaklah dilaporkan

mengikut kategori pekerja seperti takrifan di bawah:

Page 17: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

17

Perkara 5.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif

Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat

keputusan dan mengambil bahagian dalam penentuan

dasar organisasi, merancang, menyusun dan mengarah

dalam pentafsiran dan pelaksanaan dasar. Tugas mereka

melibatkan tanggungjawab penyusunan keseluruhan

organisasi atau untuk satu atau lebih jabatan di dalam

sesebuah organisasi.

Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan

penyelidikan dan menggunakan secara profesional

pengetahuan dan kaedah saintifik terhadap pelbagai

masalah teknologi, ekonomi, sosial, perindustrian dan

kerajaan. Istilah di atas pada umumnya digunakan kepada

mereka yang mempunyai kelayakan profesional untuk

menjalankan tugas-tugas mereka (contohnya peguam,

akauntan, jurutera).

Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai

kuasa dan tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran

atau pengurusan sesuatu organisasi.

Perkara 5.3.2 Juruteknik dan profesional bersekutu

Mereka yang di bawah juruteknik dan profesional

bersekutu, antara lainnya, menjalankan kerja-kerja

penyelidikan, teknikal dan kawalan kualiti. Termasuk

dalam kategori ini ialah mereka yang biasanya bekerja di

bawah arahan dan penyeliaan profesional (contoh

juruteknik makmal, mandor, taikong, juruteknik kawalan

kualiti, ketua fomen dan sebagainya.). Mereka menyelia

sesuatu atau pelbagai jenis kegiatan, contohnya kegiatan

pengeluaran di dalam sesebuah pertubuhan. Mereka

mengawal dan menyelaraskan kegiatan pekerja di bawah

seliaan mereka.

Perkara 5.3.3 Perkeranian dan pekerjaan berkaitan

Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan

menyelenggarakan rekod kewangan dan kegiatan

perniagaan lain termasuk pengendalian wang bagi pihak

pertubuhan itu dan pelanggannya, mencatat perkara lisan

atau menulis dengan trengkas, menaip dan cara-cara lain.

Termasuk dalam kategori ini ialah kerani, kerani akaun,

jurutaip, jurutrengkas, pegawai khidmat pelanggan,

setiausaha sulit, kerani stor dan jurujual.

Perkara 5.3.4 Pekerjaan asas

Pekerja asas adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja

am dan pelbagai tugas. Termasuk dalam kategori ini ialah

pemandu, konduktor, operator telefon, pembantu pejabat,

penghantar surat dan pengawal keselamatan.

Page 18: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

18

Perkara 5.3.5 Pekerja buruh pertanian diambil bekerja secara

langsung

Kategori ini meliputi pekerja buruh pertanian sepenuh

masa yang diambil secara langsung dan tidak termasuk

dalam kategori di bawah perkara 5.3.1 hingga 5.3.4. Ia

termasuk pekerja yang terlibat secara langsung dalam

aktiviti pertanian seperti mereka yang terlibat dalam

penanaman, penternakan, perikanan (awak-awak), orang

yang terlibat dalam mengendali trak, vesel dan lain-lain

alat jentera.

Perkara 5.3.6 Pekerja diambil bekerja melalui kontraktor buruh

Kategori ini meliputi pekerja pertanian bergaji sepenuh

masa yang diambil melalui kontraktor buruh. Kontraktor

buruh merujuk kepada kontraktor yang membekalkan

buruh sahaja kepada pertubuhan. Catatkan bilangan

pekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan

bukannya bilangan kontraktor buruh. Sila laporkan bayaran

yang dibuat kepada kontraktor buruh ini (berikan anggaran

jika angka sebenar tidak diperoleh).

Perkara 5.3.7 Jumlah

Merujuk kepada jumlah bilangan pekerja bergaji secara

sepenuh masa dari 5.3.1 hingga 5.3.6

Perkara 5.4 Pekerja bergaji (sambilan)

Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan/atau

kurang daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.

Perkara 5.5 Pekerja di bawah subkontraktor

Merujuk kepada mereka yang bekerja di bawah kontraktor yang dilantik oleh

pertubuhan tuan di mana bahan dan peralatan dibekalkan oleh kontraktor itu

sendiri. Jumlah pekerja hendaklah diisi di Soalan 5.5 (A dan/atau B) nilai kerja

kontrak di Soalan 8.1.4.

Soalan 6: Bilangan Orang Yang Bekerja Mengikut Kelulusan

i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:

Perkara 6.1 Pascasiswazah

Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang

diperoleh daripada institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).

Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf

Merujuk kepada peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusi

pengajian tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan

atau profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah

juga diambil kira seperti ACCA, CIMA (perakaunan), LLB (undang-undang)

dan sebagainya.

Page 19: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

19

Perkara 6.3 Diploma atau yang setaraf

Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi,

politeknik atau kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai

ijazah. Demikian juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya

(lulus dalam bahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam kategori

ini.

Perkara 6.4 STPM atau yang setaraf

Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE „A‟ Level atau lulus

peperiksaan matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti / kolej

yang diiktiraf.

Perkara 6.5 SPM / SPM(V) / Sijil Kemahiran Pertanian atau yang setaraf

Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setaraf

dengannya seperti GCE „O‟ Level, Sijil Kemahiran Pertanian dan sebagainya.

Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)

Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah

atau di bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.

ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam

kategori “Perkara 6.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”.

Soalan 7: Perolehan/Pendapatan

A. Pendapatan Mengikut Aktiviti Pertanian

Perkara 7.1 Pendapatan daripada aktiviti Perikanan:

Perkara 7.1.1 Jualan daripada tangkapan ikan marin atau hasil daripada

akuakultur (tidak termasuk jualan induk/baka seperti yang

direkodkan di Soalan 4B)

Merujuk kepada jualan daripada tangkapan ikan marin atau

hasil daripada akuakultur termasuk benih ikan/udang . Hasil

perikanan yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui proses

selanjutnya perlu dikecualikan.

Perkara 7.1.2 Pendapatan daripada kerja perikanan yang dibuat untuk

pihak lain

Merujuk kepada semua pendapatan yang diperoleh bagi kerja

perikanan yang dibuat untuk pihak lain pada tahun rujukan

(contoh perikanan kontrak, menangkap ikan, dan sebagainya.)

Perikanan kontrak merujuk kepada kerja-kerja yang

dijalankan oleh pekerja yang diupah secara kontrak di mana

semua peralatan atau keperluan lain yang berkaitan

disediakan oleh pertubuhan.

Page 20: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

20

Perkara 7.1.3 Pendapatan daripada hasil perikanan yang diproses

Merujuk kepada semua pendapatan yang diperoleh daripada

hasil perikanan yang telah diproses. (contoh keropok ikan,

bebola ikan, dan sebagainya.)

Perkara 7.1.4 Nilai jualan barangan/bahan/produk berkaitan dengan

aktiviti perikanan yang dibeli untuk dijual semula tanpa

melalui proses selanjutnya

Merujuk kepada nilai jualan barangan/bahan/produk yang

berkaitan dengan aktiviti perikanan yang dijual dalam keadaan

yang sama seperti semasa dibeli tanpa melalui proses

selanjutnya sama ada jualan semula itu adalah jualan borong

atau jualan runcit. (contoh ikan, makanan ikan, pukat, dan

sebagainya.)

Perkara 7.1.5 Pendapatan lain yang berkaitan dengan perikanan

Merujuk kepada pendapatan lain yang berkaitan dengan aktiviti

perikanan yang dijalankan oleh pertubuhan (contoh baiki

bot/pukat, khidmat nasihat, dan sebagainya.)

Perkara 7.2 Pendapatan daripada aktiviti pertanian lain

Merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti pertanian lain

yang dijalankan sepanjang tahun 2010.

B. Pendapatan Am

Perkara 7.3 Pendapatan daripada sewa

Merujuk kepada jumlah nilai pendapatan yang diterima daripada hasil sewa

harta yang di senaraikan dari perkara 7.3.1 hingga 7.3.6

Perkara 7.4 Pendapatan daripada sewa tanah

Sewa tanah merujuk kepada nilai yang diterima hasil daripada sewaan atau

pajakan ke atas tanah (tidak termasuk sewa bangunan). Sekiranya pertubuhan

menyewakan tanah dan bangunan kepada pihak lain, nilai sewaan atau

pajakan tanah tidak dapat dipisahkan daripada bangunan maka ia hendaklah

merujuk kepada nilai tanah sekiranya nilai tanah lebih tinggi daripada

bangunan atau sebaliknya.

Perkara 7.5 Pendapatan daripada agro pelancongan

Merujuk kepada semua jenis pendapatan yang diperolehi hasil daripada aktiviti

agro pelancongan yang dilakukan oleh pertubuhan.

Contoh; Sekiranya pertubuhan menjalankan aktiviti perikanan dan pada masa

yang sama mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung yang

hendak melihat kawasan aktiviti (seperti bergambar atau membuat

kajian) maka semua pendapatan daripada aktiviti ini hendaklah di

laporkan.

Page 21: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

21

Perkara 7.6 Tuntutan dan pampasan diterima

Merujuk kepada tuntutan dan pampasan yang diterima daripada syarikat

insuran dan/atau pertubuhan/syarikat lain/perseorangan kerana kemalangan,

kerosakan harta tetap, barangan atau harta lain.

Perkara 7.7 Pemulihan hutang lapuk

Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang

lepas tetapi telah dipulihkan (hutang telah dibayar) pada tahun rujukan.

Perkara 7.8 Pendapatan daripada faedah

Faedah adalah hasil yang diterima daripada simpanan wang yang disimpan di

institusi kewangan atau bank.

Perkara 7.9 Pendapatan daripada dividen

Dividen merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan

saham.

Perkara 7.10 Nilai jualan barangan/bahan bukan pertanian yang dibeli untuk dijual

semula tanpa melalui proses selanjutnya

Merujuk kepada jualan barangan/bahan bukan pertanian yang dibeli untuk

tujuan dijual semula tanpa melalui proses selanjutnya sama ada jualan dalam

bentuk borong atau runcit.

Perkara 7.11 Keuntungan daripada jualan/penilaian semula harta dan induk/baka

Pendapatan di sini merupakan keuntungan daripada jualan atau penilaian

semula harta (cth: pertubuhan membeli sebuah premis untuk dijual semula).

Keuntungan daripada jualan tersebut hendaklah dilaporkan di sini.

Perkara 7.12 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing/aset kewangan

Maklumat yang diperlukan merujuk kepada pendapatan/keuntungan daripada

urusniaga pertukaran mata wang asing. Contoh:

(a) Perniagaan wang: Pada 1 Januari 1997 kadar pertukaran wang ialah

$US1=RM2.4 dan pada 1 Januari 2003 adalah $US1=RM3.8. Sekiranya

pihak tuan membeli sebanyak $US1 juta pada 1 Januari 1997 dan

menjualnya pada 1 Januari 2003, ini bermakna pertubuhan mendapat

keuntungan RM1.4 juta.

(b) Sekiranya pertubuhan berkontrak membuat sesuatu barang dengan harga

tetap US1/unit dan kontrak tersebut berkuatkuasa dari tahun 1996 hingga

2003,perbezaan pertukaran nilai $US kepada RM di sini adalah merupakan

keuntungan untuk pertubuhan.

Perkara 7.13 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima

Merujuk kepada penerimaan yang diterima daripada pertubuhan lain tanpa

menerima sebarang pulangan balik sama ada dari segi barangan,

perkhidmatan atau aset.

Perkara 7.14 Semua pendapatan lain

Merujuk kepada pendapatan lain yang tidak boleh dikelaskan dalam perkara

7.1 hingga perkara 7.13

Page 22: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

22

Perkara 7.15 Jumlah pendapatan

Merujuk kepada semua pendapatan daripada perkara 7.1 hingga perkara 7.14

Perkara 7.16 Pindahan modal yang diterima

Pindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi

memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang

barangan, perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.

Perkara 7.17 Jumlah besar

Merujuk kepada jumlah semua pendapatan daripada perkara 7.15 hingga 7.16

Perkara 7.18 Nilai jualan barangan/perkhidmatan melalui transaksi e-Dagang

Merujuk kepada transaksi perdagangan sebarang jenis barangan dan

perkhidmatan melalui sesuatu rangkaian. Ia bermakna membeli dan menjual

barangan dan perkhidmatan melalui sesuatu rangkaian terbuka (contoh

internet) atau sesuatu rangkaian tertutup (contoh AOL). Ia termasuk barang

keluaran fizikal (barangan perkakasan) seperti bekalan pejabat dan barangan

digital (barangan perisian) seperti perisian pendidikan. Perdagangan

pertukaran asing, niaga hadapan, derivatif dan alat perdagangan kewangan

lain dikecualikan.

Soalan 8: Perbelanjaan

A. Perbelanjaan Mengikut Aktiviti Pertanian

Perkara 8.1 Perbelanjaan untuk aktiviti perikanan

Perkara 8.1.1 Kos bahan langsung yang digunakan dalam aktiviti

marin/akuakultur

Perkara ini termasuk semua kos bahan langsung yang

digunakan dalam aktiviti marin/akuakultur pada tahun

rujukan untuk menghasilkan pengeluaran. (Tidak termasuk

kos bahan langsung yang dilaporkan di Soalan 4B)

Gunakan formula di atas untuk mengira kos bahan langsung

yang digunakan.

Perkara 8.1.2 Kos anak ternakan bukan baka

Merujuk kepada nilai kos anak ternakan bukan baka yang

dibeli (contoh anak ikan/udang)

Kos Bahan langsung = Belian – pemulangan

+ Stok Awal – Stok Akhir

+ Bayaran pengangkutan

+ Cukai dan duti

+ Insurans

Page 23: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

23

Perkara 8.1.3 Kos barangan/bahan/produk berkaitan dengan aktiviti

perikanan yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui

proses selanjutnya

Merujuk kepada jumlah kos barangan/bahan/produk yang

dibeli untuk dijual semula dalam keadaan yang sama seperti

dibeli tanpa melalui proses selanjutnya samada jualan

semula itu adalah jualan borong atau jualan runcit. (Cth;

ikan, udang dan sebagainya).

Perkara 8.1.4 Jumlah bayaran ke atas kerja-kerja perikanan yang

dibuat oleh pertubuhan lain (subkontrak)

Merujuk kepada jumlah bayaran ke atas kerja-kerja

perikanan yang dibuat oleh pihak lain. Ia berkaitan dengan

kerja yang dibuat oleh pihak lain ke atas kerja-kerja kontrak

untuk pertubuhan ini.

Perkara 8.2 Perbelanjaan untuk aktiviti pertanian lain (tanaman/ternakan)

Laporkan perbelanjaan lain sekiranya pertubuhan ini menjalankan aktiviti selain

perikanan.

B. Perbelanjaan Am

Perkara 8.3 Bahan dan bekas pembungkus yang digunakan (tidak termasuk kos

bahan langsung dalam soalan 14)

Merujuk kepada perbelanjaan ke atas bahan dan bekas pembungkus yang

digunakan dalam tahun rujukan.

Perkara 8.4 Bahan yang digunakan bagi pembaikan dan penyelenggaraan

Merujuk kepada nilai dibayar bagi pembaikan dan penyelenggaraan.

Perkara 8.5 Alat tulis dan bekalan pejabat yang digunakan

Merujuk kepada nilai yang dibayar untuk pembelian alat tulis dan bekalan

pejabat yang digunakan.

Perkara 8.6 Air yang dibeli

Merujuk kepada bayaran air yang dibeli. Jika bayaran ini telah dicampurkan

dengan tenaga elektrik, sila beri anggaran mengikut bil air bulanan.

Perkara 8.7 Tenaga elektrik yang dibeli

Merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. Jika bayaran ini

telah dicampurkan dengan air, sila beri anggaran mengikut bil tenaga elektrik

bulanan.

Perkara 8.8 Bahan pembakar, pelincir dan gas yang digunakan (tidak termasuk kos

bahan langsung dalam soalan 14)

Merujuk kepada nilai bahan pembakar, pelincir dan gas yang digunakan pada

tahun rujukan, (contoh petrol, minyak diesel, bahan pembakar lain, minyak

pelincir, gris, gas petroleum cecair dan sebagainya.)

Page 24: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

24

Perkara 8.9 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan semasa yang dibuat oleh pihak

lain bagi harta tetap pertubuhan ini

Merujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang

dibuat oleh orang lain ke atas harta tetap pertubuhan ini (contoh. bangunan,

alat pengangkutan, jentera dan kelengkapan serta perabot dan pemasangan).

Perkara 8.10 Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P)

Perbelanjaan yang terlibat dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan

(P&P). P&P ialah kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan dan

produk baru dan penyelidikan pada kebolehan perlaksanaan secara komersial

bagi penemuan-penemuan baru. Jumlah perbelanjaan untuk latihan kakitangan

tidak termasuk di sini.

Perkara 8.11 Bayaran terhadap perkhidmatan bukan industri pertanian

Merujuk kepada bayaran-bayaran bukan industri pertanian yang dilakukan oleh

pertubuhan tuan. Sila nyatakan bayaran-bayaran yang dilakukan untuk perkara

di bawah:

(a) Pengangkutan barangan (pengangkutan keluar)

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengangkutan barangan

daripada hasil pengeluaran pertanian dan/atau pemindahan harta tetap.

Ia tidak termasuk bayaran untuk pengangkutan bahan langsung dan

bahan pembakar (kos bahan langsung yang digunakan dalam aktiviti

marin/akuakultur) dan perkara 8.8 (bahan pembakar, pelincir dan gas)

yang bersesuaian.

(b) Perbelanjaan perjalanan

Merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja untuk

menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti perjalanan, penginapan,

makan, bil petrol/disel, bayaran letak kereta dan perbelanjaan lain yang

berkaitan.

(c) Bayaran perakaunan, audit dan kesetiausahaan

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan perakaunan, pengauditan,

simpan kira-kira, perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas

kesetiausahaan.

(d) Perbelanjaan pengiklanan dan promosi

Merujuk kepada bayaran untuk iklan/promosi barangan, perkhidmatan

dan nama pertubuhan melalui media seperti surat khabar, televisyen,

radio, internet atau media lain, samada tempatan atau luar negeri.

(e) Bayaran guaman

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman,

perwakilan dan dokumentasi.

(f) Bayaran profesional

Merujuk kepada bayaran untuk profesional yang disediakan oleh pihak

lain. Ia meliputi perkhidmatan seperti khidmat nasihat daripada Jabatan

Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, pakar

runding, juruukur dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

Page 25: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

25

(g) Bayaran pengurusan

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang

disediakan oleh pertubuhan/pihak lain untuk pengurusan perancangan,

organisasi, kos projek dan tenaga manusia.

(h) Komisen dan bayaran agensi

Merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan

lain/individu/ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan

perkhidmatan untuk pertubuhan tuan.

(i) Bayaran telekomunikasi

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi.

Perkhidmatan telekomunikasi meliputi transmisi bunyi, imej atau

maklumat lain melalui telefon, internet, telegram, kabel, penyiaran,

satelit, mel elektronik dan faksimili dan sebagainya.

(j) Bayaran pos

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos dan kurier.

Perkhidmatan pos dan kurier meliputi pengambilan, pengangkutan dan

penyerahan surat, surat khabar, majalah berkala dan bahan bercetak

lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator lain. Termasuk

juga perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti surat.

(k) Bayaran bank

Merujuk kepada bayaran bank untuk perkhidmatan kewangan yang

disediakan oleh institusi kewangan seperti bank. Contoh-contoh untuk

bayaran bank ialah bayaran buku cek, bayaran perkhidmatan untuk draf

bank, surat kredit, komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi

sekuriti.

(l) Premium insurans dibayar ke atas bangunan, jentera, alat

pengangkutan dan barangan

Merujuk kepada premium insurans yang dibayar oleh pertubuhan ke atas

bangunan, jentera, alat pengangkutan dan barangan (tidak termasuk

insurans pampasan pekerja).

(m) Bayaran sewa (tidak termasuk bayaran bagi sewa tanah)

Merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan/premis, jentera

dan kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain tetapi tidak termasuk

bayaran sewa tanah.

(n) Lain-lain (nyatakan)

Sila laporkan butiran dalam ruangan yang disediakan bagi bayaran yang

telah dibuat ke atas perkhidmatan bukan pertanian yang lain yang tidak

terkelas dalam mana-mana perkara 8.11 (a) hingga (m). Contoh; keraian,

bio-keselamatan dan sebagainya.

Perkara 8.12 Bayaran sewa tanah

Merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau

pajakan ke atas tanah pihak lain.

Page 26: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

26

Perkara 8.13 Perbelanjaan ke atas agro perlancongan

Merujuk kepada perbelanjaan ke atas agro pelancongan yang dijalankan.

Perkara 8.14 Susut nilai semasa

Merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta tetap akibat haus dan

lusuh, kemerosotan dan kian menjadi usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke

atas tanah pajakan.

Perkara 8.15 Bayaran faedah

Merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang

diambil oleh pertubuhan daripada institusi kewangan seperti bank pada kadar

faedah yang telah ditentukan.

Perkara 8.16 Bayaran royalti kepada:

(a) Kerajaan

Merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada kerajaan melalui Pejabat

Tanah untuk mineral, bahan batuan, pasir dan tanah liat yang diambil oleh

pemilik pertubuhan yang membuat batu-bata.

(b) Swasta: Pelesenan Teknologi

Merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada orang perseorangan atau

pertubuhan lain bagi lesen teknologi.

(c) Swasta: lain-lain

Merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada orang perseorangan atau

pertubuhan lain bagi lain-lain tujuan pengeluaran oleh pertubuhan tersebut.

Perkara 8.17 Cukai tidak langsung:

(a) Cukai jualan

Merujuk kepada cukai yang dibayar oleh pengguna bagi barangan yang

dikenakan cukai.

(b) Cukai eksport

Merujuk kepada cukai yang dibayar apabila sesuatu barang dieksport

keluar untuk kegunaan sendiri atau pembentukan modal sendiri.

(c) Ses penyelidikan

Merujuk kepada bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada

pertubuhan ke atas hasil penyelidikan yang dijalankan.

(d) Cukai tanah dan cukai pintu

Merujuk kepada cukai pintu ke atas bangunan yang dikutip oleh pihak

berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan

bayaran cukai ke atas tanah yang dikutip oleh Pejabat Daerah dan Tanah .

(e) Cukai jalan

Merujuk kepada cukai jalan yang dibayar kepada Jabatan Pengangkutan

Jalan untuk kenderaan bermotor.

Page 27: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

27

(f) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem, permit

dan sebagainya.

Merujuk kepada bayaran pendaftaran perniagaan untuk hak milik

perseorangan dan perkongsian yang dikutip oleh Pendaftar Perniagaan,

duti setem untuk dokumen perjanjian/kontrak dan duti hiburan untuk aktiviti

perniagaan hiburan. Ia termasuk juga bayaran pendaftaran untuk syarikat

dan koperasi.

Perkara 8.18 Kos barangan/bahan yang dijual (barangan/bahan bukan pertanian yang

dibeli untuk dijual semula tanpa melalui proses selanjutnya)

Merujuk kepada semua pembayaran ke atas pembelian barangan/bahan

bukan pertanian yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui apa-apa proses

selanjutnya. Pembayaran ini tidak termasuk bayaran kos pengangkutan.

Perkara 8.19 Kerugian pertukaran mata wang asing/aset kewangan

Sila rujuk kepada perkara 7.12 di Soalan 7.

Perkara 8.20 Kerugian dari jualan/penilaian semula harta dan induk/baka

Merujuk kepada kerugian daripada jualan atau penilaian semula harta dan

induk/baka, seperti menjual sebuah premis dengan harga yang lebih rendah

dari harga belian. Nilai kerugian hendaklah dilaporkan di sini.

Perkara 8.21 Hutang lapuk dihapuskan

Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.

Perkara 8.22 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda, dan

sebagainya.

Merujuk kepada pemberian yang dilakukan oleh satu institusi kepada institusi

lain tanpa menerima sebarang pulangan balik sama ada dari segi barangan,

perkhidmatan atau aset.

Perkara 8.23 Perbelanjaan lain

Sila laporkan butiran dalam ruangan yang disediakan di bawah perbelanjaan

lain yang tidak dapat dikelaskan dalam mana-mana perkara 8.1 hingga perkara

8.22.

Perkara 8.24 Kos pekerjaan

Maklumat kos pekerjaan adalah merujuk kepada perkara a hingga g. Kos

pekerjaan adalah bermaksud upah yang dibayar dalam bentuk tunai atau

manfaat kepada pekerja/kakitangan atas tugas yang dilaksanakan dalam

tempoh rujukan.

(a) Gaji & upah dibayar

Laporkan semua bayaran gaji & upah termasuk elaun, bonus, komisen dan

bayaran lebih masa. Masukkan juga bayaran yang dibuat kepada pengarah

yang bekerja. Laporkan pembayaran-pembayaran yang dibuat di

sepanjang tahun rujukan dan bukannya pembayaran yang dibuat hanya

pada tempoh gaji terakhir tahun rujukan. Jumlah bayaran yang dibuat

kepada kontraktor-kontraktor buruh seperti yang dilaporkan di dalam

perkara 5.3.6 Soalan 5A dan 5B hendaklah juga dimasukkan dalam

perkara ini.

Page 28: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

28

(b) Bayaran pampasan, persaraan/pemberhentian

Bayaran yang dibayar oleh majikan secara langsung kepada pekerja

apabila mereka bersara atau dihentikan kerja.

(c) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja bergaji

Rawatan perubatan percuma

Laporkan nilai yang dibayar kepada pekerja/kakitangan untuk rawatan

perubatan termasuk subsidi.

Lain-lain seperti makanan percuma, tempat tinggal percuma, dan

sebagainya.

Laporkan nilai yang dibayar ke atas makanan dan tempat tinggal yang

disediakan secara percuma untuk kakitangan/pekerja. Nilai ini juga

termasuk nilai subsidi.

(d) Caruman majikan kepada:

Bayaran yang dibuat oleh majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial, pencen dan kebajikan untuk

manfaat pekerjanya. Kumpulan wang pencen ialah satu skim atau

persediaan untuk memberi pencen dan/atau manfaat lain untuk ahli yang

meninggalkan perkhidmatan atau bersara dan selepas kematian seseorang

ahli untuk mereka di bawah tanggungannya.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Ini merujuk caruman majikan kepada KWSP.

Kumpulan wang simpanan lain

Ini merujuk caruman yang dibuat kepada kumpulan wang simpanan

selain daripada yang ditubuhkan dan diuruskan oleh kerajaan,

termasuk untuk faedah pencen.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Ini merujuk caruman majikan ke atas PERKESO.

Skim keselamatan sosial persendirian

Ini merujuk caruman majikan dibuat atas skim keselamatan sosial

persendirian yang bukan dikelolakan oleh kerajaan.

(e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka

dalam mesyuarat Lembaga Pengarah

Ini adalah merupakan bayaran yang dibuat ke atas pengarah bukan

eksekutif yang hanya hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah sahaja.

(f) Bayaran levi pekerja

Bayaran levi pekerja adalah bayaran yang dibayar oleh majikan yang

mengambil pekerja asing kepada kerajaan seperti pekerja di sektor

pembinaan, pembuatan, pertanian dan perkhidmatan.

Page 29: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

29

(g) Kos pekerja lain

Merujuk kepada kos lain yang tidak dinyatakan di atas seperti

pengangkutan/pakaian pekerja.

Perkara 8.25 Jumlah perbelanjaan

Merujuk kepada jumlah perbelanjaan dari perkara 8.1 hingga perkara 8.24

Perkara 8.26 Pindahan modal yang dibuat

Pindahan modal boleh dibahagikan kepada dua iaitu dalam bentuk benda dan

wang tunai. Ia merujuk kepada pindahan terhadap hak milik aset disebabkan

pembatalan hutang tanpa si pemiutang menerima sebarang pulangan yang

setara. Pindahan wang tunai pula merujuk kepada pindahan wang yang

diterima daripada pelupusan/penjualan harta.

Perkara 8.27 Perbelanjaan pajakan kewangan

Ia adalah bayaran yang diuruskan melalui pajakan kewangan. Sesuatu pajakan

kewangan ialah kontrak di antara pemajak dan pemberi pajak di mana pemberi

pajak membeli harta untuk kegunaan pemajak dan pemajak berkontrak

membayar bayaran sewa-beli supaya pemberi pajak boleh mendapat balik

semua kos termasuk faedah dalam tempoh kontrak yang ditetapkan. Pajakan

kewangan boleh dibezakan dengan semua risiko dan pulangan pemilikan

adalah ‟de-facto’, dipindah daripada pemilik sah barangan (pemberi pajak)

kepada pengguna barangan itu (pemajak).

Perkara 8.28 Dividen yang perlu dibayar

Merujuk kepada pendapatan daripada pemilikan saham dan dibayar kepada

pemegang saham. Semua dividen yang direkodkan dalam penyata akaun pada

tarikh penutup, sama ada yang akan dibayar atau telah dibayar pada tahun

rujukan hendaklah dimasukkan.

Perkara 8.29 Cukai langsung (contoh cukai syarikat) yang telah dibayar atau perlu

dibayar

Cukai yang telah dibayar dan perlu dibayar oleh pihak tuan kepada Lembaga

Hasil Dalam Negeri seperti cukai syarikat bagi pertubuhan yang berdaftar

sebagai Syarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Berhad dan cukai pendapatan

yang perlu dibayar bagi Pemilik Individu yang bekerja dan Rakan niaga yang

aktif pada tahun rujukan.

Perkara 8.30 Jumlah besar

Merujuk kepada semua perbelanjaan daripada perkara 8.25 hingga perkara

8.29.

Perkara 8.31 e-Dagang

Merujuk kepada transaksi perdagangan sebarang jenis barangan dan

perkhidmatan melalui sesuatu rangkaian. Ia bermakna membeli dan menjual

barangan dan perkhidmatan melalui sesuatu rangkaian terbuka (contoh

internet) atau sesuatu rangkaian yang tertutup (contoh AOL). Ia termasuk

barang keluaran fizikal (barangan perkakasan) seperti bekalan pejabat, dan

barangan digital (barangan perisian) seperti perisian pendidikan. Perdagangan

pertukaran mata wang asing, niaga hadapan derivatif dan alat perdagangan

kewangan lain dikecualikan.

Page 30: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

30

Soalan 9: Nilai Stok

Nilai stok yang dimiliki oleh pertubuhan hendaklah dilaporkan pada permulaan dan akhir tahun

rujukan.

(a) Bahan langsung perikanan, pembakar, bekalan dan bahan pembungkus

Meliputi semua bahan komponen dan sebagainya yang digunakan dalam

keluaran, seperti bahan pembakar, bekalan pembaikan dan penyelenggaraan,

bekalan pejabat, pembungkus dan bekalan lain. Sementara itu bahan yang

telah dibekalkan oleh pertubuhan kepada pihak lain bagi sesuatu kerja

memproses hendaklah dimasukkan. Manakala bahan yang diterima oleh

pertubuhan tersebut daripada pertubuhan lain untuk diproses hendaklah

diasingkan. Nilai stok atau bahan yang digunakan untuk pengeluaran harta

tetap, jika ada hendaklah dimasukkan.

(b) Stok hasil Perikanan (tidak termasuk induk/baka)

Merujuk kepada stok hasil perikanan pada tahun rujukan tidak termasuk

induk/baka.

(c) Barangan dalam proses dan stok barangan siap (pembuatan sendiri)

Barangan dalam proses merujuk kepada nilai barang yang sebahagiannya

diproses oleh kilang. Dalam erti kata lain, barang separa siap termasuk kerja-

kerja yang sedang dijalankan meliputi bahan dalam proses pengeluaran tetapi

masih memerlukan proses selanjutnya.

Stok barangan siap merujuk kepada barang siap yang dikeluarkan oleh

pertubuhan ini. Barang siap yang dibuat oleh pertubuhan lain daripada bahan

mentah yang dibekalkan oleh pertubuhan ini hendaklah dimasukkan walaupun

masih dipegang oleh pertubuhan lain. Barang siap yang diproses daripada

bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan lain hendaklah dikecualikan walaupun

dipegang oleh pertubuhan ini.

(d) Barangan yang dibeli untuk dijual semula (stok untuk barangan perikanan

dan bukan perikanan)

Laporkan nilai stok barang yang dibeli dengan tujuan untuk dijual semula.

(e) Jumlah

Merujuk kepada jumlah nilai perkara (a) hingga perkara (d).

Soalan 10: Keuntungan/Kerugian Sebelum Cukai

Laporkan nilai keuntungan/kerugian sebelum cukai yang dicatatkan oleh pertubuhan bagi tahun

semasa dan tahun sebelumnya.

Soalan 11: Bilangan Stok Akuakultur Dan Induk/Baka Seperti Pada 31 Disember 2010

Sila laporkan bilangan induk/baka akuakultur dan bilangan keseluruhan stok akuakultur. Sekiranya

jenis ikan akuakultur tidak terdapat dalam senarai, sila senaraikan diruang yang telah disediakan.

Jumlah ini perlu diasingkan mengikut induk/baka matang dan belum matang.

Page 31: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

31

Soalan 12: Pendapatan Daripada Aktiviti Pertanian Lain Dalam Tahun 2010

Sila senaraikan jenis aktiviti pertanian lain yang dijalankan oleh pertubuhan ini. Sekiranya terdapat

transaksi jualan dalam tahun rujukan, sila laporkan kuantiti yang dijual dan nilai jualan dalam Ringgit

Malaysia.

Soalan 13 : Pengeluaran Dan Jualan Daripada Aktiviti Perikanan

Soalan ini berkaitan dengan pengeluaran dan jualan daripada aktiviti perikanan. Sila senaraikan jenis

ikan sekiranya tidak terdapat dalam senarai yang diberikan sama ada jenis perikanan laut

dalam/pesisir pantai, perikanan air tawar, akuakultur marin/air payau/air tawar. Sila rujuk kod sistem

perikanan yang diberikan bagi setiap jenis ikan. Laporkan jumlah pendaratan/tangkapan akuakultur

(tidak termasuk induk/baka). Sekiranya terdapat transaksi jualan dalam tahun rujukan, nyatakan

kuantiti (tan metrik) dan nilai jualan. Catatkan peratusan eksport dari nilai jualan bagi tahun rujukan

2010 dan seterusnya laporkan nilai kerugian/kerosakan yang dilapor oleh pertubuhan ini. Nilai stok

yang dimiliki pada awal dan akhir tahun perlu dilaporkan juga.

Contoh sistem perikanan/akuakultur :

Kod Sistem Perikanan /Akuakultur

1 Kolam

2 Bekas Lombong

3 Sangkar

4 Tangki Simen

5 Kandang/kepungan

6 Kawasan

7 Lain-lain

Soalan 14: Kos Bahan Langsung Yang Digunakan

(a) Laporkan kos bahan yang digunakan secara langsung sama ada dalam negeri atau diimport

dalam proses pengeluaran hasil pertanian pada tahun rujukan. Laporkan semua bahan

langsung mengikut unit yang digunakan. Bahan langsung yang tidak disenaraikan dilaporkan

di bawah “nilai bahan lain yang digunakan”. Nilai bahan lain ini tidak boleh melebihi 10%

daripada jumlah kos bahan langsung yang digunakan.

(b) Bahan-bahan yang dibeli untuk dijual semula tidak perlu dimasukkan.

(c) Bahan-bahan yang digunakan untuk pengeluaran harta tetap bagi kegunaan pihak sendiri

hendaklah dimasukkan.

(d) Nilai bahan yang digunakan hendaklah kos barang-barang yang dibeli oleh pertubuhan

tolak diskaun dan pulangan iaitu hendaklah termasuk stok awal tolak stok akhir, bayaran

pengangkutan, cukai dan duti yang dibayar ke atas bahan-bahan dan bayaran insurans. Kos

ini meliputi keseluruhan perbelanjaan bahan langsung yang digunakan dalam aktiviti

perikanan.

(e) Semua butir yang dilaporkan dalam soalan ini hendaklah berkait dengan bahan-bahan dan

bekalan yang digunakan sepanjang tahun rujukan. Bahan-bahan yang dibeli pada tahun

rujukan atau sebelumnya tetapi tidak digunakan hendaklah diasingkan.

(f) Sila laporkan peratus kos bahan langsung yang digunakan bagi induk/baka akuakultur yang

belum matang.

Page 32: PERIKANAN - DOSM · 2014. 12. 1. · Ikan hiasan – ikan untuk tujuan hiasan dan bukan untuk dimakan D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK Soalan 1: Maklumat Pengenalan Perkara

32

Soalan 15: Butiran Kerja Yang Disubkontrakkan

Sila senaraikan semua kontraktor yang dilantik oleh pertubuhan tuan untuk menjalankan aktiviti-

aktiviti perikanan pada tahun rujukan. Maklumat yang perlu dimasukkan adalah nombor pendaftaran

syarikat, nama syarikat/kontraktor, alamat penuh, nombor telefon, jenis kerja dan nilai kontrak.

Soalan 16: Maklumat Tambahan Ke Atas Ibu Pejabat/Cawangan

Sekiranya pertubuhan ini merupakan Ibu Pejabat, sila laporkan bilangan cawangan mengikut negeri

berserta dengan nilai jualan cawangan tersebut. Bagi pertubuhan/syarikat yang mempunyai akaun

disatukan, sila anggarkan nilai jualan mengikut negeri.

PANDUAN BAGI SEKSYEN

Seksyen A - Kemudahan Pembiayaan

Sila laporkan tujuan dan sumber utama pembiayaan kewangan dan kesulitan yang dihadapi untuk

memperolehi pinjaman.

Seksyen B - Inovasi

Sila laporkan maklumat berkaitan akreditasi yang diperoleh contoh, ISO, HACCP dan sebagainya.

Seksyen C- Pemasaran dan Promosi

Sila laporkan jenis pemasaran dan promosi yang diusahakan oleh pertubuhan tuan seperti iklan,

risalah dan sebagainya.

Seksyen D - Import dan Eksport

Sila laporkan jumlah import dan eksport bagi barangan dan perkhidmatan.

Seksyen E - Penggunaan ICT

Sila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan tuan dalam tempoh laporan.

Seksyen F - Pematuhan Alam Sekitar

Sila laporkan jumlah perbelanjaan pematuhan alam sekitar yang ditanggung oleh pertubuhan tuan

dalam tempoh laporan.