periskop dan kaleidoskop

5
PERISKOP Apa itu Periskop? Sejenis teropong yang digunakan untuk melihat sesuatu yang terhalang daripada pandangan mata yang menggunakan prinsip pantulan cahaya. Contohnya penggunaan periskop di dalam kapal selam. CARA MENGGUNAKAN PERISKOP 1 .

Upload: norzuraidah-jaafar

Post on 26-Dec-2015

309 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Periskop Dan Kaleidoskop

PERISKOP

Apa itu Periskop?

Sejenis teropong yang digunakan untuk melihat sesuatu yang terhalang daripada pandangan

mata yang menggunakan prinsip pantulan cahaya. Contohnya penggunaan periskop di dalam

kapal selam.

CARA MENGGUNAKAN PERISKOP

1 .

Page 2: Periskop Dan Kaleidoskop

KALEIDOSKOP

Apa itu kaleidoskop?

Kaleidoskop disebut "ka-li-dos-kop". Kaleidoskop adalah satu teropong cermin yang mempunyai

cebisan kecil berwarna seperti manik. Pemerhati akan melihat salah satu hujung dan cahaya

memasuki hujung yang satu lagi akan memantulkan imej di cermin Kaleidoskop. Konsep

kaleidoskop adalah multiple reflections atau pantulan cahaya yang berganda di cermin

Kaleidoskop. Imej yang terhasil sangat cantik menyebabkan penciptanya iaitu Sir David

Brewster menamakannya Kaleidsokop iaitu observer of beautiful forms atau pemerhati bentuk

yang cantik pada tahun 1817.

CARA MENGGUNAKAN KALEIDOSKOP

1 .

Page 3: Periskop Dan Kaleidoskop

Nama alat : Periskop dan Kaleidoskop

Objektif : Kit pembelajaran ini adalah bertujuan untuk :-

1. membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan dengan lebih mudah dan berkesan

2. memberikan pengalaman sebenar untuk murid

memahami tajuk pantulan cahaya.

3. Membantu guru dalam mengajar perkara asas

mengenai prinsip pantulan cahaya.

Kumpulan sasaran : Murid Tahun 5

Proses Penghasilan :

Periskop

1. Bahan yang digunakan adalah kertas kadbod, 2 keping

cermin muka yang sama saiz, pita perekat, gam, kertas

pembalut hadiah

2. Kadbod dipotong kepada 4 jalur yang sama ukuran

panjang dan lebarnya.

3. 4 keping jalur kadbod dilekat supaya membentuk satu

kotak segiempat tepat.

4. Sekeping cermin muka dilekatkan pada bahagian atas

dalam kotak segiempat yang telah dibentuk tadi.

Cermin tadi mesti berada keadaan sendeng 45%. Satu

lubang ditebuk menghadap cermin tersebut. (rujuk

rajah di bawah )

Rajah 1

Page 4: Periskop Dan Kaleidoskop

5. Langkah 4 diulang pada bahagian bawah kotak

segiempat tepat tadi.

6. Bahagian luar periskop yang telah disiapkan dibalut

mnggunakan kertas pembalut hadiah bagi menjadi

periskop nampak lebih menarik.

Kaleidoskop

1. Bahan-bahan untuk membina sebuah kaleidoskop

adalah sebuah bekas berbentuk silinder, 3 keping

cermin muka yang sama panjang dan saiz, pita

pelekat, gam, kertas surih, manic pelbagai warna dan

kertas pembalut hadiah.

2. Ketiga-tiga keeping cermin tadi dicantum menghasilkan

bentuk seperti sebuah prisma dengan bahagian yang

berkilat menghadap antara satu sama lain. Cermin ini

dicantum menggunakan pita pelekat.

3. Cermin yang telah dicantum tadi dimasukkan ke dalam

bekas berbentuk silinder tadi. Saya menggunakan

bekas keropok Mister Potato.

4.