perkara yang wajib anda tahu tentang facebook ads
DESCRIPTION
belajar mengenai iklan difacebookTRANSCRIPT
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 1
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 2
Facebook mempunyai ramai pengguna di seluruh dunia. Mengikut data
yang di keluarkan pihak Facebook, pengguna Facebook sekarang sudah meningkat
kepada hampir satu billion pengguna. Paling menarik, angka pengguna Facebook
sentiasa meningkat dari sehari ke sehari. Jika kita ibaratkan Facebook adalah satu
negara, Facebook merupakan negara yang mempunyai penduduk ketiga tertinggi
di dunia selepas China dan India.
Terdorong dari jumlah pengguna Facebook yang ramai, Facebook
mengambil kesempatan menjana pendapatan menerusi
perkhidmatan pengiklanan. Facebook membuka peluang kepada sesiapa sahaja
yang ingin beriklan di Facebook melalui program Facebook Ads.
Di Facebook Ads, anda boleh iklankan apa sahaja yang anda mahu asalkan
ia mematuhi peraturan yang telah pihak Facebook tetapkan. Tidak seperti Google
Adword, syarat untuk pengiklanan di Facebook Ads tidaklah terlalu ketat.
Facebook Ads menawarkan dua jenis iklan iaitu pay per click dan pay
per view. Pay per click bermakna anda hanya bayar jika iklan anda di klik manakala
pay per view bermakna anda bayar bagi setiap 1000 kali iklan anda di paparkan di
Facebook.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 3
Keisitimewaan Facebook Ads adalah anda boleh setkan pengiklanan
anda untuk di paparkan pada golongan yang tepat atau targeted. Anda boleh pilih
umur, jantina, tempat tinggal, minat dan berbagai kriteria yang lain ketika proses
membuat iklan. Secara tidak langsung, iklan anda hanya di paparkan kepada
golongan yang anda pilih sahaja.
Contohnya ketika proses memilih pilihan, anda telah pilih jantina
perempuan, berumur 20 tahun ke atas dan beralamat di Malaysia. Apabila anda
jalankan iklan anda atau run pengiklanan anda, iklan anda hanya di paparkan pada
golongan yang menepati ciri ciri yang anda pilih sahaja.
Kos pengiklanan pula bergantung kepada sejauh mana anda bijak
membida harga. Pada peringkat awal anda run iklan di Facebook Ads, biasanya
anda perlu bayar mahal sedikit supaya iklan anda senang untuk di luluskan. Bagi
akaun baru, mereka akan cepat approve iklan anda jika anda letakkan harga bida
yang standard atau mahal sedikit.
Kemudian, secara perlahan lahan, anda turunkan harga bida. Apabila
akaun Facebook Ads anda sudah lama di gunakan dan anda juga sudah terbukti
membayar pada pihak mereka, anda di berikan keistimewaan membida harga iklan
pada harga yang lebih rendah.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 4
Pengiklanan di Facebook sangat menguntungkan kerana kosnya murah
berbanding Google Adword dan tempat lain. Lagipun, pengguna Facebook agak
responsif dan mereka akan klik iklan yang mereka rasa menarik.
Untuk lebih untung, dari semasa ke semasa anda review cara anda
beriklan di Facebook dan sentiasa cuba mencari cara iklan yang paling
menguntungkan.
Ada dua jenis pengiklanan yang di tawarkan pihak facebook iaitu cost per click
(CPC) dan cost per thousand impression ( CPM). Anda hanya boleh pilih satu fungsi
bagi setiap kempen pengiklanan yang anda run.
Kedua dua jenis pengiklanan mempunyai kebaikan masing masing
bergantung kepada matlamat anda beriklan. Bagi iklan cost per click, anda perlu
bayar bagi setiap klik yang anda terima manakala bagi iklan jenis cost per thousand
impression pula, anda perlu bayar bagi setiap 1000 paparan yang iklan anda terima.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 5
Cost per click
Biasanya jika anda mahu orang periksa apa yang anda iklankan atau ambil
tindakan apa yang anda iklankan, anda pilih iklan jenis cost per click. Ini kerana
anda hanya bayar bagi setiap klik yang anda terima. Jika tiada klik, anda tidak perlu
bayar.
Pihak facebook sangat membantu pengguna perkhidmatan iklannya. Apabila
anda udah setkan 8 usd bagi CPC iklan anda, pihak facebook akan terus run iklan
anda sehingga tercapai matlamat tersebut. Secara tidak langsung, anda pasti akan
terima pelawat pada website perniagaan anda. Keburukannya adalah anda perlu
belanja lebih jika mahu bilangan pelawat yang lebih ramai. Namun, jika anda cepak
target audience iklan anda, anda pasti akan dapt hasil yang memberangsangkan.
Cost per impression
Bagi iklan jenis ini pula, anda perlu bayar bagi setiap 1000 paparan yang iklan
anda terima. Motif utama pengiklanan jenis ini adalah untuk memberitahu pada
umum bahawa perniagaan anda wujud. 1000 paparan itu boleh jadi akan di
paparkan pada pengguna facebook yang sama atau berlainan.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 6
Jadi, kelebihan utama pengiklanan jenis ini adalah ia boleh meningkatkan
kesedaran pengguna facebook mengenai perkara yang anda promosikan. Untuk
jadikan perniagaan anda lebih untung, saya cadangkan anda gunakan kedua dua
jenis pengiklanan yang di tawarkan pihak facebok. Secara tidak langsung, anda
boleh dapat potensi pelanggan dan dalam masa yang sama perniagaan anda
semakin popular dari sehari ke sehari.
Apabila anda menggunakan Facebook Ads untuk promosikan
perniagaan anda, anda boleh peroleh beberapa kelebihan. Antaranya:-
Anda boleh meningkatkan bilangan like bagi Facebook Fanpage anda. Lagi
banyak like bermakna lagi ramai yang akan menerima maklumat mengenai
perniagaan anda.
Nama perniagaan atau brand perniagaan anda akan di ketahui ramai orang.
Apabila mereka melihat iklan anda, secara tidak langsung mereka tahu
bahawa perniagaan anda wujud. Jangan pendang rendah pada kuasa viral.
Mereka yang telah melihat iklan anda atau telah membaca iklan anda akan
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 7
promosikan perniagaan anda kepada kenalan mereka yang memerlukannya.
Sudah jadi sifat seorang manusia untuk menolong manusia yang lain apabila
mereka berada di dalam kesusahan. Apabila mereka melihat kenalan mereka
ada masalah dan masalah tersebut boleh di selesaikan produk anda, mereka
akan rekomen produk anda kepada kenalan mereka. Inilah kuasa viral.
Melalui Facebook Ads, anda boleh peroleh pelanggan baru. Di Facebook Ads,
iklan akan muncul berdasarkan maklumat peribadi dan aktiviti pengguna
Facebook. Secara tidak langsung, anda boleh dapat ramai pelanggan baru
menerusi Facebook Ads.
Meningkatkan bilangan pelawat ke website anda. Apabila bilangan pelawat
ke website anda bertambah, kemungkinan untuk semakin ramai orang take
action juga adalah tinggi. Take action bermaksud pelawat yang melawat
website anda mungkin akan subscribe emel anda, membeli apa yang anda
jual atau membaca artikel yang anda tulis.
Maklumat mengenai perniagaan boleh tersebar dengan pantas. Melalui
Facebook Ads, anda boleh promosikan sesuatu dengan kadar yang pantas.
Anda tidak perlu untuk menunggu terlalu lama. Anda daftar, tunggu iklan
anda di approve dan maklumat iklan anda akan tersebar pada pengguna
Facebook terpilih dengan segera. Ini akan memudahkan anda untuk
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 8
promosikan sesuatu dengan pantas dan mendapat keuntungan dengan
pantas juga.
Boleh menewaskan pesaing pesaing anda. Kelajuan dan ketepatan yang
Facebook Ads tawarkan membolehkan anda membawa perniagaan anda ke
hadapan berbanding pesaing pesaing anda.
Anda boleh promosikan perniagaan anda secara automatik siang dan malam
bergantung kepada bajet anda. Secara tidak langsung, anda hanya duduk
relaks dan menunggu sahaja pelanggan anda datang.
Anda boleh popularkan perniagaan anda dalam sekelip mata. Apabila
perniagaan anda popular, ia akan jadi buah mulut dan secara tidak langsung
bilangan mereka yang berpontensi untuk jadi pelanggan anda akan
meningkat. Kesannya sama seperti iklan di televisyen dan surat khabar di
mana pengiklanan di kedua dua medium ini bercorakkan memberitahu
supaya boleh jadi buah mulut orang ramai. Melalui medium Facebook Ads,
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 9
anda boleh beritahu pada seramai mungkin individu mengenai perniagaan
anda.
Anda boleh promosikan perniagaan anda pada prospek yang tepat.
Maksudnya anda boleh promosikan perniagaan anda hanya pada golongan
manusia yang berminat sahaja.
Anda boleh tingkatkan bilangan like di facebook fanpage perniagaan anda.
Melalui fanpage, anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan secara real
time.
Anda boleh promosikan produk baru perniagaan anda dengan secepat
mungkin. Kesan bagi Facebook Ads adalah segera iaitu anda boleh terima
pelanggan secepat mungkin di saat anda run iklan anda. Secara tidak
langsung, pengaruh produk baru anda boleh tersebar secepat mungkin.
Kos pengiklanan Facebook Ads yang sederhana membolehkan anda untuk
bersaing dengan syarikat syarikat yang lebih besar.
Kecepatan Facebook Ads menyebarkan maklumat mengenai iklan anda
membolehkan anda untuk memotong dan meninggalkan pesaing pesaing
anda dalam sekelip mata sahaja.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 10
Facebook Ads adalah pengiklanan mampu milik. Walaupun perniagaan anda
tidak ada bajet yang tinggi, anda tetap boleh gunakan perkhidmatan
Facebook Ads kerana anda di beri ruang untuk letakkan bajet pengiklanan
yang anda mampu.
Anda boleh dapat keuntungan yang berlipat kali ganda dengan cepat.
Contohnya jika anda laburkan 0.10 USD untuk satu click iklan dan selepas 20
klik, anda peroleh pelanggan. Barang yang anda jual pula berharga RM 100.
Secara tidak langsung, anda dapat untung berlipat kali ganda hasil dari
perlaburan 2 USD.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 11
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 12
Ramai yang beriklan di Facebook tetapi tidak memahami apa
sebenarnya yang di tawarkan pihak Facebook menerusi Facebook Ads. Memang
Facebook Ads adalah penyumbang kepada pendapatan Facebook. Namun,
mereka tidak wujudkan Facebook Ads begitu sahaja. Untuk mereka pikat anda
gunakan perkhidmatan pengiklanan mereka, mereka perlu tawarkan sesuatu pada
anda.
Oleh itu, untuk optimumkan penggunaan Facebook Ads, anda perlu
faham apa yang pihak Facebook tawarkan pada anda. Facebook mempunyai misi
yang sangat jelas iaitu beri kuasa pada setiap penduduk dunia untuk berkongsi dan
bebas berkomunikasi antara satu sama lain. Maknanya, Facebook mahukan dunia
yang lebih terbuka. Melalui Facebook, manusia boleh berhubung dengan keluarga,
rakan dan bersosial dengan orang yang tidak mereka kenali di Group dan Fanpage.
Untuk ahli perniagaan pula, Facebook mahukan setiap orang mempunyai
peluang berniaga dan berkomunikasi dengan pelanggan mereka melalui Facebook
Fanpage. Hubungan dua hala akan membolehkan ahli perniagaan memahami lebih
tepat apa yang pelanggan mereka mahu.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 13
Bagi merancakkan lagi penggunaan Facebook, pihak
Facebook mewujudkan Facebook Ads. Melalui Facebook Ads, pengguna Facebook
dapat mengetahui maklumat terbaru mengenai perkara yang mereka minat dan
untuk ahli perniagaan pula ia dapat membantu mereka untuk mencari pelanggan
dengan tepat dan agresif.
Facebook Ads berfungsi berdasarkan maklumat profile pengguna
Facebook dan aktiviti yang di jalankan pengguna Facebook. Maksudnya iklan yang
keluar tertera pada setiap pengguna Facebook adalah berdasarkan umur mereka,
bahasa mereka, lokasi mereka, minat mereka dan sebagainya.
Kesimpulannya, pihak Facebook menawarkan pada ahli perniagaan untuk
beriklan pada kelompok manusia yang tepat berdasarkan ciri ciri prospek
perniagaan mereka. Lebih tepat, ahli perniagaan boleh beriklan pada mereka yang
benar bernar berminat pada perkara yang di jual.
Apabila anda faham apa yang pihak Facebook tawarkan menerusi
Facebook Ads, barulah anda boleh rancang strategi yang berkesan untuk beriklan
di Facebook. Nampak seperti remeh tetapi ramai yang rugi ketika beriklan di
Facebook Ads kerana tidak memahami apakah fungsi sebenar Facebook Ads.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 14
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 15
Tetapkan matlamat anda beriklan Untuk beriklan, anda perlu ada matlamat.
Dapatkan matlamat yang jelas kenapa anda hendak beriklan. Adakah untuk tambah
bilangan like? Adakah untuk dapatkan subscriber? Adakah untuk cari pelanggan
baru? Adakah untuk memperkenalkan produk atau perniagaan anda? Apabila
matlamat anda jelas, anda akan tahu untuk guna ayat apa untuk beriklan dan
kepada siapa anda ingin target.
Kenali pelanggan anda.
Jika anda ingin gunakan iklan Facebook untuk promosi perniagaan anda, anda perlu
kenal siapa pelanggan anda. Adakah pelanggan anda merupakan golongan ibu
bapa? atau, Adakah pelanggan anda merupakan remaja lelaki ? atau sebagainya.
Kenali pelanggan anda membolehkan anda tahu untuk tulis ayat apa bagi menarik
perhatian mereka. Selain itu, anda juga tahu apa yang hendak di isi di bahagian
targeting nanti.
Bajet pengiklanan yang anda mampu.
Sediakan jumlah wang yang tetap untuk anda belanjakan ketika iklan di Facebook
nanti. Dengan melakukan persediaan ini, secara tidak langsung anda tidak akan
beriklan lebih dari wang yang anda ada dan anda boleh kawal perbelanjaan iklan
anda.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 16
Masa untuk melihat prestasi iklan anda.
Sediakan masa untuk melihat prestasi iklan anda pada setiap hari. Ketika beriklan
di Facebook, anda perlu lihat prestasi iklan anda pada setiap hari supaya wang anda
tidak rugi. Jadi, tetapkan masa 30 minit sehari sekurang kurangnya untuk menilai
prestasi pengiklanan Facebook anda.
Pastikan landing page anda menarik.
Pastikan page website yang akan terkandung di destination URL berada dalam
keadaan baik. TIdak guna anda beriklan jika landing page anda teruk. Baiki landing
page dan dan pastikan semuanya berfungsi dengan baik. Apabila semuanya ok,
barulah anda beriklan di Facebook Ads.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 17
Kadangkala anda pasti hairan kenapa kempen pengiklanan anda tidak di
approve pihak Facebook walaupun anda rasa iklan tersebut tidak melanggar apa
apa peraturan. Untuk membantu anda mencipta iklan yang menepati peraturan
pihak Facebook, saya telah senaraikan peraturan umum Facebook Ads.
Iklan , maklumat di bahagian badan dan gambar perlulah ada kaitan antara
satu sama lain. Ia adalah untuk mengelakkan penipuan berlaku.
Iklan yang anda cipta dan landing page bagi iklan tersebut perlulah berkait
rapat antara satu sama lain. Anda jangan bina iklan dengan tajuk tentang
perkara A, apabila iklan di klik, pengguna Facebook di bawa ke landing page
yang menghuraikan perkara B.
Anda tidak boleh masukkan ayat - ayat yang boleh mengyinggung hati dan
perasaan pengguna Facebook di dalam iklan anda. Contohnya anda tidak
boleh tulis Untuk Melayu Sahaja, Bangsa lain Sila pergi.
Landing page bagi iklan anda perlulah lancar dan laju dari segi loading.
Iklan untuk produk Adult iaitu produk seks adalah di larang.
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 18
Iklan untuk produk alcohol tidak di bolehkan untuk beberapa negara. Jika
anda ingin promosi di negara yang di benarkan, anda perlu lalui berbagai
saringan dari pihak Facebook.
Iklan untuk dadah, rokok dan perjudian tidak di benarkan.
Iklan untuk ubat yang perlu pengesahan doktor adalah tidak di benarkan
manakala ubat bagi biasa di benarkan asalkan ubat tersebut tidak
mengandungi bahan yang merbahaya seperti steroid.
Iklan akan di batalkan jika landing page mengandungi spyware atau malware
sehingga boleh menjejaskan komputer pengguna facebook.
Iklan untuk senjata seperti pistol, pisau dan sebagainya tidak di benarkan.
Iklan untuk perniagaan yang tidak masuk akal seperti skim cepat kaya juga
tidak di benarkan.
Untuk pastikan iklan anda sentiasa di luluskan, anda perlu ikut peraturan
umum di atas. Biasanya jika iklan anda tidak di luluskan, pihak Facebook akan beri
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 19
alasan kenapa iklan anda tidak di luluskan. Dari situ, anda boleh ubah yang mana
patut untuk pastikan iklan anda di luluskan.
http://www.beritaluarbiasa.com/Like-Cara-Pro
Hakcipta Terpelihara jombuatduit.com:
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, illustrasi dan isi
kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik,
-
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah. Page 20
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada
penerbit .
Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab
atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang
berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskhah ini, secara langsung
atau tidak langsung. Teknik yang disebut di dalam naskhah ini mungkin tidak sesuai
untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada
semua pihak. Tidak ada jaminan yang dibuat. Pembaca bertanggungjawab diatas
segala penggunaan maklumat yang disenaraikan didalam ebook ini. Penulis berhak
untuk membuat sebarang perubahan tanpa notis.
Segala screenshot atau gambar-gambar diambil daripada laman web yang tertentu.
Penulis adalah bukan pemilik laman web tersebut. Ia adalah merupakan hak cipta
pemilik gambar tersebut.
Hanya pengedar yang sah boleh menyebarkan ebook ini.