perkembangan kerajaan johor dari tahun 1699 hingga 1728

2

Click here to load reader

Upload: aiman-firdaus

Post on 22-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sejarah tanah melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Kerajaan Johor Dari Tahun 1699 Hingga 1728

Perkembangan Kerajaan Johor dari tahun 1699 hingga 1728

Memasuki abad ke – 18, kerajaan Johor yang diasaskan oleh keturunan Kesultanan

Melaka dan Srivijaya telah mengalami era cabran yang pertama dalam sejarah

transformasi yang tragis. Pembunuhan sultan Johor yang terakhir iaitu Sultan Mahmud

(II) telah menguji kemurnian konsep daulat dan juga titisan yang dibina sejak dari

peradaban Srivijaya.

Konflik yang berlaku selama 20 tahun telah memutuskan jurai kesultanan dan

digantikan dengan jurai Bendahara dan kesannya berlakunya tuntutan takhta yang

kemudiannya berlaku perang saudara yang mana membawa kepada kemasukan kuasa

Bugis ke dalam istana dan kerajaan Melayu. Para pembesar Johor telah menabalkan

Bendahara Abdul Jalil sebagai sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riwayat

Shah IV.

Ini adalah cabaran besar kepada konsep kedaulatan dan juga konflik di antara Melayu

dan Bugis. Dinasti yang diasaskan oleh Sultan Abdul Jalil (IV) seringkali mengalami

keadaan kacau – bilau dalam negeri di mana Sultan Abdul Jalil (IV) telah disingkirkan

oleh Raja Khecil yang mendakwa berasal dari keturunan Sultan Mahmud (II) dan

menduduki takhta Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (1718 – 1722).

Ketika pemerintahan Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah, putera kepada Sultan Abdul Jalil

Riayat Syah IV yang telah digulingkan oleh Raja Kechil telah melancarkan perang

dengan bantuan panglima Bugis Lima Bersaudara untuk menegakkan kembali distinasi

Bendahara. Beliau telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Johor. Dan

dengan ini berterusanlah kuasa Bugis dalam istana Johor sehinggalah ke hari ini.