perkembangan penanaman kelapa sawit di malaysia

12
Perkembangan penanaman kelapa sawit di Malaysia Dewasa ini, kelapa sawit merupakan tanaman yang amat pentig di Malaysia. Penanaman kelapa sawit di Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Pada tahun 1960-an, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah membuka tanah-tanah baru untuk diteroka dan dijadikan ladang kelapa sawit. Pembangunan dalam industri kelapa sawit amat memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi menghasilkan kaedah baru dalam teknologi penanaman, penghasilan benih yang berkualiti dan penghasilan produk-produk baru berasaskan kelapa sawit. Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan tanaman sawit ini. Jabatan Pertanian Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1912, ditugaskan untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula ditubuhkan untuk mengkordinasi pembukaan tanah-tanah baru manakala Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pula berfungsi untuk memberi tumpuan yang lebih besar dalam usaha-usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D) seterusnya meningkatkan pengeluaran. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pula memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan faedah dan penggunaan minyak kelapa sawit di mata dunia. Kini,Malaysia merupakan pengeksport minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia. Sebagai pengeksport minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia, Malaysia pastinya memiliki formula kejayaan tersendiri untuk memperbanyakkan hasil menerusi usaha pembiakbakaan yang efektif. Dengan memperkenalkan program pembiakbakaan sawit, peningkatan hasil minyak sawit, kualiti minyak dan kadar ketinggian pokok dikaji dan kajian terhadap daya tahan perosak dan penyakit juga dilakukan. Sedikit statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia tentang tanaman kelapa sawit di Malaysia menunjukkan:-

Upload: atiqnadzirah

Post on 16-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Perkembangan penanaman kelapa sawit di Malaysia

Dewasa ini, kelapa sawit merupakan tanaman yang amat pentig di Malaysia. Penanaman kelapa sawit di Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Pada tahun 1960-an, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah membuka tanah-tanah baru untuk diteroka dan dijadikan ladang kelapa sawit. Pembangunan dalam industri kelapa sawit amat memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi menghasilkan kaedah baru dalam teknologi penanaman, penghasilan benih yang berkualiti dan penghasilan produk-produk baru berasaskan kelapa sawit. Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan tanaman sawit ini. Jabatan Pertanian Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1912, ditugaskan untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula ditubuhkan untuk mengkordinasi pembukaan tanah-tanah baru manakala Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pula berfungsi untuk memberi tumpuan yang lebih besar dalam usaha-usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D) seterusnya meningkatkan pengeluaran. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pula memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan faedah dan penggunaan minyak kelapa sawit di mata dunia. Kini,Malaysia merupakan pengeksport minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia. Sebagai pengeksport minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia, Malaysia pastinya memiliki formula kejayaan tersendiri untuk memperbanyakkan hasil menerusi usaha pembiakbakaan yang efektif. Dengan memperkenalkan program pembiakbakaan sawit, peningkatan hasil minyak sawit, kualiti minyak dan kadar ketinggian pokok dikaji dan kajian terhadap daya tahan perosak dan penyakit juga dilakukan.Sedikit statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia tentang tanaman kelapa sawit di Malaysia menunjukkan:- Terdapat seluas 4,853,766 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2010 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Bilangan ladang kelapa sawit pula mencatat angka 4,370 pada tahun 2010 berbanding 690 pada tahun 1975. Pada tahun 2011, sebanyak 18.91 juta tan minyak sawit mentah telah dihasilkan, iaitu 11.3% lebih tinggi jika dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 2010. Negara tembok besar China merupakan negara pengimport utama minyak sawit mentah negara kita. Pada tahun 2010, kadar eksport ke negara China adalah sebanyak 11.37 juta tan atau 68.2% daripada eksport minyak sawit Malaysia untuk tahun 2010.

kepentingan industri sawit di Malaysia

a.Pengeluaran bahan makanan Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk Kurang kos import bahan makanan Memenuhi keperluan keselamatan negara

b. Pengeluaran bahan mentah Bahan mentah untuk keperluan industri Contohnya,minyak masak dan lain-lain

c. Pendapatan eksport Jualan hasil kelapa sawit Sumber aliran masuk wang asing Meningkatkan KDNK Negara

d. Peluang pekerjaan Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan

rumusanMelalui tugasan ini saya banyak belajar tentang kelapa sawit. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah bersyukur dengan kekayaan Malaysia. Kita janganlah memandang rendah terhadap industri kelapa sawit kerana ia merupakan salah satu sumbangan yang besar untuk negara. Kita mestilah berganding bahu untuk memajukan lagi industri kelapa sawit. Hal ini, juga membolehkan Malaysia lebih dikenali seantero dunia. Oleh itu,kita mestilah bekerjasama bak kata pepatah berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

RujukanSepanjang saya menyiapkan tugasan ini pelbagai rujukan telah saya rujuk. Bahan rujukan saya ialah: Buku rujukan Laman web http://www.usahawan.com/umum/industri-sawit-di-malaysia.html http://www.kppk.gov.my/index.php/ms/2012-10-31-06-45-41/speeches/year-2011/162-majlis-pemimpin-bersama-pekebun-kecil-sawit.html https://uyatbooks.wordpress.com/nota-ringkas-sains-pertanian-tingkatan-5/93-2/ http://pembangunanladang.blogspot.com/2011/11/tentang-pokok-kelapa-sawit.html http://pembangunanladang.blogspot.com/2011/11/tentang-pokok-kelapa-sawit.html http://animhosnan.blogspot.com/2010/10/industri-kelapa-sawit.html

Faktor yang menyumbang kepada industri sawit di MalaysiaFaktor yang menyumbang industri sawit di Malaysia ialah keadaan cuaca yang baik. Buktinya, iklim di Malaysia ialah khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Hal ini, akan membolehkan kelapa sawit hidup subur apabila hujan. Bukan itu sahaja, cuaca yang panas juga diperlukan untuk kelapa sawit membuahkan hasilnya. Seterusnya, faktor tanah yang sesuai dengan penanaman kelapa sawit. Hal ini kerana, tanah di negara kita lebih sesuai menanam kelapa sawit berbanding dengan negara lain. Selain itu, Malaysia amat mementingkan penggunaan baja yang bermutu tinggi. Tambahan lagi, aktiviti membaja kelapa sawit dilakukan mengikut ciri-ciri yang sesuai seperti keperluan pokok mengikut pokokmengikut umur, jenis tanah dan cuaca persekitaran. Oleh itu, industri kelapa sawit menjadi aset utama di negara kita.

Cabaran untuk meningkatkan pertumbuhan industri sawit di Malaysia Walaupun Malaysia sudah tercatat sebagai negara pengeluar utama minyak sawit dunia, tetapi tidak semestinya gelaran itu akan kekal bersama kita selama-lamanya. Ternyata terdapat banyak halangan yang perlu dihadapi oleh negara untuk terus kekal sebagai peneraju dalam pengeluaran minyak sawit dunia. Permintaan dunia terhadap minyak sawit mentah adalah tidak stabil menyebabkan harganya turun naik. Sekatan tarif dan bukan tarif yang bertujuan untuk mengehadkan penembusan pasaran tempatan, seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah, memberi impak kepada harga pasaran minyak sawit.Persaingan. Seperti yang diketahui umum, Malaysia bukanlah satu-satunya negara pengeluar minyak sawit dunia, malah negara-negara di selatan Amerika dan benua Afrika turut menanam pokok kelapa sawit untuk mendapatkan minyaknya. Oleh itu, Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara pengeksport minyak sawit. Negara pengimport pula berpeluang untuk membuat pilihan dan memilih negara yang menawarkan kualiti minyak yang terbaik untuk menjadi pembekal minyak sawit ke negara mereka.Pada hujung abad ke-20, kumpulan penyokong alam sekitar dan pengguna di Eropah dan Amerika Syarikat telah melancarkan kempen anti minyak sawit. Kempen ini dilancarkan oleh kumpulan ini atas dakwaan bahawa lemak tepu minyak sawit meningkatkan paras kolesterol darah seterusnya menjadi salah satu punca penyakit jantung. Minyak sawit juga didakwa sebagai salah satu ejen penyakit kanser. Kumpulan ini kemudiannya mencadangkan alternatif untuk menukar penggunaan minyak kelapa sawit kepada minyak kacang soya dan bunga matahari. Kumpulan penyokong alam sekitar ini juga mendakwa penebangan hutan bagi tanaman sawit mencabul hak asasi manusia di samping memusnahkan habitat orang utan. Namun begitu, dengan berbekalkan bukti-bukti kukuh yang diperoleh daripada penyelidikan yang dijalankan oleh PORIM, negara kita mampu menangkis serangan berkenaan. Kesan buruk kempen yang dijalankan oleh negara-negara pengeluar minyak sayuran tersebut tidak menjejaskan pasaran dan permintaan daripada negara-negara pengeksport minyak sawit yang sudah lama berdagang dengan negara kita.Kenaikan dalam kos pengeluaran, bahan api dan upah menyebabkan kos pengeluaran minyak ini menjadi semakin meningkat. Malaysia juga menghadapi masalah kekurangan kilang pemprosesan. Buah-buah kelapa sawit ini terpaksa dihantar ke kilang yang paling dekat, menyebabkan mutu minyaknya berkurangan kerana buahnya lambat diproses. Ladang-ladang juga mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja tempatan, dan masih banyak bergantung kepada buruh asing bagi kerja-kerja penuaian, penjagaan am dan penyelenggaraan ladang kelapa sawit. Pekerja tempatan kurang berminat untuk bekerja di ladang kelapa sawit atas sebab kos upah yang murah dan kerja yang memenatkan.Selain itu, Malaysia juga menghadapi masalah tanah yang terhad untuk penanaman kelapa sawit dan hanya bergantung kepada kawasan perladangan sawit yang sedia ada.Ladang kelapa sawit juga tidak terlepas daripada serangan serangga seperti kumbang badak dan penyakit ganoderma yang menjadi ancaman kepada industri. Serangan secara besar-besaran mampu menggugat pengeluaran minyak sawit kerana pokok kelapa sawit yang diserang musnah sama sekali. Di samping itu, faktor cuaca juga turut memainkan peranan penting dalam menentukan pengeluaran minyak sawit. Cuaca panas dan kemarau serta berjerebu akan turut mendatangkan kesan buruk kepada pokok kelapa sawit.

Langkah-langkah untuk meningkatkan pertumbuhan industri sawit di MalaysiaTerdapat banyak langkah untuk meningkatkan pertumbuhan industri sawit di Malaysia. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan ialah memberi galakan penebangan pokok sawit tua yang kini menjangkau keluasan 449,415 hektar.Keluasan ini melibatkan 109,083 hektar yang diusahakan oleh pekebun kecil dan 340,332 hektar sektor ladang. Pertambahan kawasan tanaman sawit yang berusia melebihi 25 tahun adalah berpunca daripada sikap penanam sawit yang menangguhkan penebangan pokok sawit tua untuk ditanam semula bagi mendapatkan keuntungan semasa harga sawit yang tinggi. Kita sedia maklum bahawa pokok sawit tua mengeluarkan hasil yang rendah dan pokok yang tinggi menyukarkan kerja-kerja penuaian menyebabkan kerugian pendapatan kepada penanam sawit dan pekebun kecil. Sejajar dengan matlamat peningkatan produktiviti sawit nasional, iaitu pengeluaran hasil buah tandan segar sebanyak 26 tan sehektar menjelang tahun 2020, Kerajaan telah menyediakan peruntukan bantuan tanam semula sebanyak RM297 juta bagi tempoh 2011 hingga 2013. Peruntukan ini disediakan di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara bagi membantu meringankan beban kewangan pekebun kecil menanam semula sawit dengan benih bermutu. Selain itu, pihak kerajaan juga peru menguatkuasakan undang-undang. Pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan terhadap individu yang cuba untuk memusnahkan industri kelapa sawit dinegara kita. Bukan itu sahaja, sebagai pengusaha ladang kelapa sawit mereka mestilah menggunakan sumber yang berkualiti untuk mengusahakan kelapa sawit mereka. Seterusnya, individu yang berminat untuk mengusahakan kelapa sawit dinasihati supaya belajar atau mencari cara-cara untuk mengusahakan kelapa sawit supaya usaha mereka tidak seperti melepaskan batuk di tangga.

ObjektifMelalui kajian ini,saya dapat: Mengenalpasti perkembangan penanam kelapa sawit di Malaysia Mengenalpasti kepentingan industri sawit di Malaysia Mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada industri sawit di Malaysia Mengenalpasti cabaran untuk meningkatkan pertumbuhan industri sawit di Malaysia Mengenalpasti langkah-langkah untuk meningkatkan pertumbuhan industri sawit di Malaysia

Perkemban-gan penanaman kelapa sawit di Malaysia

Nama:Atiq Nazurah bt AsaadKelas:3 DedikasiSelamat Membaca!!!