perkembangan perdagangan di melaka abad ke-15
DESCRIPTION
Kesibukan di pelabuhan Melaka dapat dilihat melalui catatan Tome Pires bahawa di pelabuhan Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat bahasa yang dituturkan dan setiap pertuturan tersebut adalah berbeza. Selain itu, Tome Pires juga pernah mengatakan bahawa pada setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal-kapal kecil datang ke pelabuhan Melaka. Tambahan beliau lagi, pelabuhan Melaka begitu besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal yang berbagai-bagai saiz untuk sesuatu masa.TRANSCRIPT
1
PENGAJIAN MALAYSIA
Bincangkan perkembangan perdagangan di Melaka pada
abad ke-15 dengan merujuk kepada sistem, jalinan jalan
perdagangan dan barang dagangannya.
Disediakan oleh :
Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad
Mohd Dzulazizi b Amilin
Pensyarah :
Pn. Rohaini binti Amin
Kumpulan 1
Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang ( Kepujian )
Sem 2
Sesi 1 2013/2014
2
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
1 PENDAHULUAN 3-4
2
Sistem dan Pentadbiran Pelabuhan
1. Sistem Pelabuhan Perkapalan
2. Cukai
3. Kemudahan Prasarana di Pelabuhan Melaka.
4. Melaka terkenal kerana mementingkan keselamatan.
5. Kaedah-kaedah perniagaan dan mata wang yang
digunakan.
6. Sistem timbangan dan nilai mata wang.
7. Wujudnya golongan kiwi yang mengendalikan
perdagangan bagi pihak pembesar.
8. Undang-undang (kanun) di Melaka.
9. Peranan nakhoda
10. Peranan empat orang Syahbandar di Melaka.
4-17
3
Hubungan Perdagangan Melaka Pada Abad ke-15
1. China
2. Koromandel
3. Benggala
4. India
5. Pegu (Burma)
6. Siam
7. Pulau Jawa
8. Pulau Ryu Kyu
17-22
4 KESIMPULAN 22-23
5 BIBLIOGRAFI 24
3
Pendahuluan
Kegiatan perdagangan bukanlah perkara baru bagi penduduk Melayu di Melaka.
Disebut bahawa Melaka telah dicipta untuk perdagangan.1 Setelah tiga tahun Melaka diduduki
oleh Parameswara, penduduk kampung nelayan yang dulunya berjumlah 2000 penduduk.
Sudah berganda tiga kali menjadi 6000 orang. Selain orang Melayu, pedagang-pedagang
asing turut bermastautin di Melaka, terutama pedagang daripada Pasai sehingga disebut oleh
Tome Pires2 :
“bahawa tempat itu pada suatu masa dahulu merupakan kampung kepada Pasai, kini Pasai
pula menjadi kampung kepada Melaka.”3
Selain itu, Tome Pires juga mendakwa bahawa dengan perkahwinan Sultan Iskandar
Syah dengan puteri Pasai yang beragama Islam telah menyebabkan semakin ramai saudagar
Islam dari pelabuhan Pasai datang ke Melaka.4 Justeru, penduduknya semakin hari semakin
bertambah.
Melaka juga telah dikunjungi oleh orang dari Timur, Benua India, dan dari barat,
termasuk saudagar-saudagar dari Jazirah Arab. Kerajaan-kerajaan kelautan yang terdapat di
pesisir pantai Selat Melaka mempunyai kelebihan dan keistimewaan geografi dan perairan
bagi memudahkan kedatangan para pedagang asing dari Timur dan Barat ke Nusantara.5
Selat Melaka merupakan bahagian terpenting kepada jalan dagangan dunia yang berakhir di
Venice atau lebih jauh lagi dan permulaannya ialah Pulau-pulau Maluku. Kapal daripada
pelbagai bangsa melalui beberapa banyak saluran perdagangan dan perlu menuju Selat
Melaka untuk penyebaran ke tempat lain. Di selat yang sempit inilah jalan dagang yang
sejauh 8000 batu itu dapat dikuasai sepenuhnya. Melaka dalam hanya masa dua dekad
1 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur :
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.113. 2 Tome Pires (atau Tomé Pires) merupakan penulis, bendahari dan ahli pelayaran Portugis. Beliau lahir di
Portugis pada tahun 1468. Tome Pires ialah pembantu Putera Afonso (1475-1491 M) dan penulis Suma
Oriental (Dunia Timur), yang merupakan tulisan terawal tentang dunia Timur oleh seorang rakyat
Portugis.Kemudian Tome Pires dilantik sebagai penulis dan Bendahari menjaga harta perdagangan yang
melibatkan Melaka dan Jawa. Akhirnya dia dilantik sebagai duta Portugis ke negara China. Namun, dia
telah dipenjarakan di Kiangsu atas tindakan dan idea-idea serta pemikirannya. Dia mati di China pada
1540 dalam tahanan China semasa berumur 70 tahun. Buku yang ditulisnya tentang China
dipersembahkan kepada Laksamana Portugis di India dan sekarang disimpan Perpustakaan Nasional,
Paris. Bukunya Suma Oriental menceritakan penjelajahan Portugis sehingga menguasai semenanjung
India dan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Tome_Pires). 21 Julai 2013. 3 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.cit.
4 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Hal.243 5 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.236
4
pertama abad ke-15 telah menjadi entrepot6 bagi pemindahan barangan.
7 Melaka juga telah
menjadi pusat persinggahan, pungutan dan penyebaran barangan dalam hanya masa yang
singkat menerusi sistem entrepot.8 Selain daripada itu, Melaka juga memainkan peranan
sebagai pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang berulang- alik melalui Selat Melaka.
Pertamanya, bilamana kita melihat kepada bagaimana kemunculan Melaka sebagai
sebuah pelabuhan entrepot pada abad ke-15 sangat berkait rapat dengan faktor geografi itu
sendiri. Kedudukan geografi yang begitu strategik serta amat bergantung kepada perdagangan
menyebabkan kerajaan Melaka sangat memberikan tumpuan kepadanya dengan menyediakan
segala kemudahan dan infrastruktur yang terbaik. Ini diikuti lagi dengan keadaan geografi
Melaka yang tidak sesuai untuk pertanian secara besar-besaran ataupun untuk dikomersialkan.
Seorang pencatat Cina, Ma Huan melaporkan bahawa iklim dan keadaan tanah Melaka tidak
sesuai untuk kegiatan pertanian. Oleh itu, pilihan terbaik ialah menjalankan kegiatan
perdagangan.9 Maka disini, tidak mustahil bahawa dalam hanya masa yang singkat pelabuhan
Melaka mampu menjadi sebuah pelabuhan entrepot yang dikenali di peringkat antarabangsa.
Sistem dan Pentadbiran Pelabuhan
Kerajaan Melaka sebagai sebuah pusat dagangan yang besar dan antarabangsa, sudah
semestinya mempunyai sistem dan pengurusan tersendiri yang tersusun dalam
mengendalikan pelabuhannya. Hal ini kerana sudah tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan
pelabuhan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang tersibuk dan terbesar di rantau ini
pada masa itu. Ditambah lagi dengan bilangan saudagar serta pedagang dari pelbagai negara
yang tidak putus-putus mengunjungi Melaka sebagai antara pilihan utama mereka. Kata
Duarto Barbosa, seorang penulis Portugis dalam abad ke-16 :
6 Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua entrepot bermakna tempat yang menjadi pusat penerimaan
barang-barang dagangan dari negara-negara luar dan kemudian barang-barang itu dihantar ke negara-
negara lain pula. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, entrepot ialah gudang untuk barang-
barang perdagangan; atau pusat perdagangan, biasanya bandar pelabuhan, yang menjadi tempat
mengimport dan mengeksport semula barang-barang dagangan. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=entrepot). 21 Ogos 2013. 7 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur :
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.113. 8 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Hal.236. Lihat juga Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. 9 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.239.
5
“....bandar raya Melaka ini adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah pedagang borong
yang terbesar dan perkapalan serta perdagangan yang sungguh banyak yang dapat
diperolehi di seluruh dunia.”10
Kesibukan di pelabuhan Melaka dapat dilihat melalui catatan Tome Pires bahawa di
pelabuhan Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat bahasa yang dituturkan dan setiap
pertuturan tersebut adalah berbeza.11
Selain itu, Tome Pires juga pernah mengatakan bahawa
pada setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga
40 buah kapal-kapal kecil datang ke pelabuhan Melaka. Tambahan beliau lagi, pelabuhan
Melaka begitu besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal yang berbagai-
bagai saiz untuk sesuatu masa.12
Untuk penulisan ini, saya telah membahagikan sistem-sistem serta pentadbiran
pelabuhan Melaka kepada beberapa kategori :
1. Sistem Pelabuhan Perkapalan13
Apabila kapal dagangan masuk ke pelabuhan Melaka, nakhodanya perlu
melaporkan diri kepada Syahbandar yang bertanggungjawabbagi negeri tertentu.
Kemudian, setelah mengadap orang besar tertentu atau raja Melaka sendiri dengan
membawa hadiah, barulah sebuah gudang khas dikhususkan untuknya.
Kebiasaannya, sebelum berdagang, para pedagang dikenakan cukai kastam ke atas
barang dagangannya. Dan cukai tersebut, berbeza mengikut dari mana pedagang
datang. Hal ini sebenarnya, jika kita lihat,sistem kapal berlabuh ini sama seperti sistem
imegresen yang digunakan oleh kebanyakkan negara sekarang. Para pedagang atau
bukan warganegara perlu mengikut garis panduan tertentu bagi memasuki negara lain.
2. Cukai
Para pedagang dikenakan cukai yang adil. Sistem cukai di Melaka berdasarkan
pada ‘preferential tariff system’. Ini bererti bahawa cukai dikenakan mengikut dari
10
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.cit. Hal.134. 11
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. 12
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Hal.239. 13
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.Cit. Hal.114. Lihat juga Malaysia
Negara Kita. 2009. MDC Publishers Sdn.Bhd. Hal.37
6
mana dagangan itu datang.14
Pada umumnya, terdapat dua jenis bayaran atau cukai
bagi urusan import atau membawa masuk barang dagangan. Bayaran pertama ialah
bersifat rasmi yang tertakluk kepada penetapan kadar yang telah dibuat, yang turut
juga dinamakan sebagai custom duties manakala bayaran yang kedua ialah berbentuk
bayaran tidak rasmi atau hadiah yang harus diberikan kepada Raja, Bendahara,
Temenggung dan Syahbandar yang mewakili bangsa nakhoda berkenaan.15
Negeri-negeri seperti India, Selon, Pegu, Parsi dan dunia Arab dikenakan cukai
enam peratus manakala pedagang tempatan dikenakan cukai sebanyak tiga peratus.
Pedagang-pedagang dari China, Jepun, Jawa dan Maluku tidak dikenakan cukai tetapi
dikehendaki memberikan hadiah kepada raja Melaka dan pembesar-pembesarnya.16
Namun demikian, Muhammad Yusoff Hashim menyebut di dalam bukunya, bahawa
pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai import sebanyak lima peratus.17
Selain daripada itu, di Melaka import bagi bahan-bahan makanan mendapat
keistimewaan iaitu bebas daripada cukai. Bayaran bagi bahan-bahan makanan ini
kebiasaannya termasuk ke dalam lingkungan hadiah sahaja.18
Saudagar- saudagar
yang dimestikan untuk mematuhi peraturan ini ialah kapal-kapal yang membawa
bahan-bahan makanan tidak kira sama ada dari bahagian timur dan selatan Melaka,
Gugusan Kepulauan Melayu,pantai barat Tanah Melayu dan sebagainya. Dasar cukai
terhadap bahan import seperti ini berkait rapat dengan keadaan Melaka yang kurang
sesuai untuk pertanian. Justeru, sudah semestinya kerajaan Melaka meletakkan dasar
yang mudah dan istimewa bagi bahan-bahan makanan dalam memastikan
kelangsungan bekalan makanan untuk penduduk tempatan.
Terdapat juga satu jenis cukai bagi mereka yang tinggal atau menetap di
Melaka. Tome Pires mengatakan bahawa saudagar yang datang dari Gugusan
Kepulauan Melayu dan saudagar asing yang datang dari Barat yang ingin menetap
14
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.135 15
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Hal.254. Tome Pires menganggap bayaran kedua ini sebagai perbuatan memeras oleh pihak
atasan dan mengatakan bahawa para pedagang menganggap bayaran yang kedua ini sebagai suatu
penindasan. 16
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.Cit. 17
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Hal.254 18
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.
7
bersama keluarga mereka di Melaka akan dikenakan cukai sebanyak 3 peratus . Selain
daripada itu, suku-suku Melayu Nusantara pula akan dikenakan royal tax sebanyak 3
peratus dan sebanyak 6 peratus bagi saudagar dari Barat Asia.19
Setelah semua cukai dijelaskan atau dibayar, barulah urusan jualan barangan
pun bermula di sepanjang jambatan Melaka, pasar-pasar dan sebagainya. Kerajaan
Melaka akan mengeluarkan sejenis lesen kebenaran berniaga kepada para peniaga dan
penjual. Pengeluaran lesen ini juga adalah sebahagian daripada sumber pendapatan
kerajaan.20
3. Kemudahan Prasarana di Pelabuhan Melaka.
Pemerintah Melaka juga menyediakan gudang untuk pedagang menyimpan
barang dagangan mereka. Gudang-gudang ini dikelilingi oleh pagar dan pintu serta
dikawal oleh penjaga. Sebahagian gudang berada di bawah tanah.21
Selain daripada
itu, Melaka juga menyediakan kemudahan penginapan kepada para pedagang yang
ingin menetap dan terdapat jumlah kadar yang perlu dibayar sebagaimana yang telah
saya terangkan sebelum ini.
Melaka juga menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti kapal-kapal
yang rosak boleh dibaiki di pelabuhan. Selain itu, kapal, perahu, jong, lancar, gajah
dan pekerja disediakan oleh Syahbandar untuk mengangkut barang ke gudang.
Kerajaan Melaka juga turut menyediakan bekalan makanan dan minuman kepada para
saudagar.22
Tome Pires pernah mengatakan bahawa pada setiap tahun terdapat
sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal-
kapal kecil datang ke pelabuhan Melaka. Tambahan beliau lagi, pelabuhan Melaka
begitu besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal yang berbagai-
bagai saiz untuk sesuatu masa23
. Kenyataan Tome Pires itu jelas menunjukkan bahawa
19
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.255 20
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. 21
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur :
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.115 22
KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN ANTARABANGSA. (http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/kegemilangan-melaka-sebagai-pusat.html). 23 Ogos 2013. 23
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.239.
8
mustahil dengan bilangan kapal yang sebegitu banyak datang berlabuh di Melaka
menyebabkan kerajaan tidak terfikir untuk menyediakan apa-apa infrastruktur atau
kemudahan-kemudahan bagi para pedagang.
Selain daripada itu, gedung-gedung serta gudang-gudang yang disediakan
terjamin daripada api, kerosakkan dan kecurian.24
Dan gudang tersebut mestilah
mampu untuk menyimpan bahan-bahan makanan dalam masa atau tempoh yang
tertentu. Infrastruktur dan kemudahan yang disediakan ini perlu banyak dan berkualiti
kerana saudagar-saudagar dari India, China dan Kepulauan di sebelah Timur tidak
sampai pada waktu yang sama oleh sebab semua perjalanan laut sangat bergantung
pada tiupan angin monsun.
4. Melaka terkenal kerana mementingkan keselamatan.
Antara faktor yang menyebabkan Melaka terkenal dan menjadi pilihan
pedagang kerana jaminan keselamatan yang diberikan. Unsur-unsur dan jaminan
keselamatan gudang-gudang, gedung-gedung, kediaman pedagang dan lain-lain
kemudahan yang disediakan terjamin daripada api, kerosakan dan kecurian adalah
perlu. Jaminan keselamatan kerajaan Melaka terhadap gedung yang disediakan pada
awal abad ke-15 dapat dilihat daripada keterangan Ma Huan dan Fei Hsin. Ma Huan
dan Fei Hsin menyebut bahawa para saudagar China telah mendapati bahawa Melaka
telah membina gedung yang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu-pintu
yang berkunci. Gedung ini dikawal oleh penjaga yang bersedia untuk
menyembunyikan loceng sekiranya terjadi sesuatu kekecohan dan kecemasan.25
Unsur keselamatan bagi perlindungan para pedagang penting juga. Angkatan
laut Melaka di bawah panglima laut Laksamana Hang Tuah serta Orang laut atau
Orang Selatnya sentiasa meronda di laut dan memberikan perlindungan kepada kapal-
kapal pedagang yang datang ke Melaka.26
Selain itu, Orang Laut juga dapat membantu
menentang lanun di Selat Melaka kerana lanun boleh menjejaskan keselamatan di
perairan. Selain daripada itu juga, antara tujuan diadakan 25 fasal dalam Undang-
24
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur :
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.115 25
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.243. 26
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.Cit.
9
undang Laut Melaka ialah untuk menjamin keselamatan sebagaimana telah disebut
oleh Muhammad Yusoff Hashim di dalam bukunya iaitu,27
“...supaya sentosa kepada pekerjaan di dalam pelayaran, supaya jangan
bersalahan dan jangan membinasakan adat dalam pelayaran, supaya selamat
pekerjaan di laut....supaya jangan (ber)soal (ber)bantah di laut.... jangan bersalahan
pada kata dan perbuatan dengan segala handai taulannya, dengan segala sahabatnya
yang ada bersama-sama dengan dia dan supaya jangan menitiskan darah
rakannyayang sama-sama (belayar) dengan dia.”
Tambahan pula, ketokohan laksamana itu sendiri turut diiktiraf oleh
masyarakat dalam menjamin keselamatan Melaka khususnya di laut. Laksamana itu
sendiri ialah sebagai raja di laut. Taraf dan fungsi Laksamana didapati semakin tinggi
dan penting selari dengan perkembangan kedudukan kerajaan Melaka yang semakin
memuncak dan gemilang. Hal ini kerana peranan Laksamana itu sendiri khususnya
dalam menjaga keselamatan di Melaka sama ada di laut dan di darat. Tugas dan fungsi
laksamana ini jelas digambarkan oleh sumber Portugis iaitu Tome Pires menyebut,28
“The Lasemana is a kind of admiral. He is the chief of all the fleet at sea.
Everybody at sea, and junks and lancharas are under this man‟s jurisdiction. He is the
King‟s guard. Every khight (and) mandarin is under his orders. He is almost as
important as the Bemdara – in war matters he is much more important and more
feared.”
Kata-kata Tome Pires di atas jelas menunjukkan bahawa betapa besarnya
peranan dan ketokohan Laksamana itu dalam memelihara keselamatan, seterusnya
memberi kepercayaan kepada para pedagang untuk terus berdagang di Melaka.
5. Kaedah-kaedah perniagaan dan mata wang yang digunakan.
Urusan perniagaan dijalankan melalui dua cara, iaitu pertama melalui sistem
tukar barang (barter) dan yang kedua melalui proses penjualan dan
pembelian.29
Perniagaan kebiasaannya juga berlangsung di pasar-pasar, warung-
27
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.270. 28
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.177 29
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.255. Lihat juga Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab.
Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.115.
10
warung di jambatan atau di tepi jalan di depan rumah masing-masing30
selain daripada
di pelabuhan Melaka. Dalam proses jual beli, wang yang digunakan ialah wang logam
yang diperbuat daripada kaleng (calains) dalam bentuk timah. Pada kepingan timah ini
terpahat nama Sultan Melaka yang memerintah31
. Selain daripada itu, Emas dan perak
turut juga digunakan dalam urusan perniagaan. Duit emas, perak dan timah dari Pasai
dan Pedir serta kepingan wang daripada Hormuz, Kembayat, dan Gujerat turut
terdapat di Melaka. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan wang asing telah lama
bertapak dan digunakan di Melaka.
Diceritakan bahawa Parameswara, sekembalinya dari negeri China pada tahun
1412 telah membawa balik hadiah wang daripada Maharaja Yung Lo sebanyak 2600
untaian duit tembaga dan wang kertas.32
Walaupun demikian, duit Melaka tidak
menggunakan model negeri China, tetapi berdasarkan pitis daripada Pasai. Tome Pires
juga mendakwa bahawa pengenalan dan penggunakan wang di Melaka dipengaruhi
secara langsung daripada tradisi perniagaan Pasai.33
Disebutkan juga bahawa besar
kemungkinan, pedagang Muslim dari Pasai yang mempengaruhi penerbitan duit jenis
dinar emas dan duit timah yang dikilang di Melaka. Duit timah telah dikilang sejak
daripada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459) dan seterusnya duit-
duit kerajaan Melaka yang berikutnya ialah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah
(1459-1477), Sultan Mahmud Syah (1488-1528) dan Sultan Ahmad syah (1510).34
Pertukaran mata wang juga berlaku di pelabuhan Melaka, di antara mata wang
asing dengan mata wang tempatan. Seratus calains dikatakan bersamaan dengan tiga
cruzados. Ukuran harga atau nilai mata wang tersebut dikawal oleh Syahbandar.
Syahbandar berperanan besar dalam memastikan transaksi perniagaan berjalan dengan
adil dan saksama. Peranan Syahbandar yang seterusnya akan saya perincikan lagi
selepas ini di dalam satu tajuk khusus. Maka dapat kita membuat kesimpulan bahawa,
kerajaan Melaka pada masa ini telah mempunyai satu sistem yang khusus tentang
bagaimana perniagaan berjalan dan mata wang yang digunakan.
30
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.114. 31
Malaysia Negara Kita. 2009. MDC Publishers Sdn.Bhd. Hal.38. 32
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.Cit. 33
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. 34
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.Cit. Hal.116
11
6. Sistem timbangan dan nilai mata wang.
Melaka selain daripada mempunyai sistem perniagaan dan mata wangnya yang
tersendiri, ia juga mempunyai jadual khusus tentang nilai pertukaran mata wang dan
timbangan. Timbangan diukur dengan unit tahil dan kati. Sekati pada masa itu
bersamaan dengan 20 tahil atau disebut tundaya. Setahil bersamaan dengan 16 mas.
Satu mas bersamaan dengan 20 cumduryns atau 4 cupoes. Empat mas dikira
bersamaan dengan satu pau. Satu pau bersamaan dengan empat cumduryns. Satu tahil
bersamaan dengan sebelas setengah drams. Sekati dalam nilai emas bersamaan dengan
dua puluh lapan setengah aunces. Emas, perak, bahan wangian, kapur, kelembak dan
permata ditimbang dengan menggunakan ukuran kati. 35
Saya melihat sebenarnya
sedikit sebanyak mata wang atau nilai pertukaran di Melaka ada dipengaruhi oleh
China dan Barat, apabila melihat kepada nama-nama dan nilai-nilainya.
Transaksi ini telah diselia dan dipantau oleh Syahbandar bagi memastikan
keadilan dan hak sama rata dapat diberikan kepada semua pedagang. Selain itu, sistem
ini juga adalah untuk mengawal inflasi dan mencegah harga barangan daripada
melambung tinggi. Sistem ini telah didakwa oleh Tome Pires bahawa penyelewengan
dan pemalsuan sering terjadi walaupun sebenarnya tidak ada bukti yang menunjukkan
bahawa pedagang asing sering mengalami kerugian dalam sistem timbangan ini.36
Walau bagaimanapun, saya melihat bahawa sistem timbangan yang telah disusun oleh
kerajaan Melaka sangat sistematik kerana bukan satu kerja yang senang untuk
menentukan nilai-nilai mata wang tempatan dan juga mata wang asing, lebih-lebih lagi
pada kurun yang ke-15. Ditambah lagi dengan ramainya saudagar daripada seluruh
pelusuk dunia yang datang berdagang di Melaka sebagaimana Tome Pires pernah
menyebut bahawa lebih daripada 80 buah bahasa dipertuturkan di pelabuhan Melaka.
Maka, tidak hairanlah sekiranya ada kesilapan atau pintas memintas dalam transaksi
tersebut.
35
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit.Hal.255-257. Tome Pires telah memperkatakan sistem
timbangan ini dengan amat terperinci. 36
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.
12
7. Wujudnya golongan kiwi yang mengendalikan perdagangan bagi pihak
pembesar.
Kiwi ialah saudagar yang menghantar dan menyebarkan barangan . Sekiranya
kiwi tidak dapat turut sama, maka urusan prdagangannya diwakilkan kepada maula
kiwi yang akan menjual barangan di negeri yang dituju.37
Dalam bahasa moden kiwi
boleh dikatakan berperanan sebagai orang tengah atau pemborong yang akan
berunding harga dengan pembekal, kemudian merekalah yang akan menjualnya atau
mengedarkannya.
Dalam fasal 10 Undang-undang Laut Melaka menyebut bahawa kebiasaannya
nakhoda, Kiwi atau Maula Kiwi yang memiliki banyak petak38
. Daripada kenyataan di
atas membuktikan bahawa Kiwi juga berperanan sebagai saudagar yang turut
menjalankan perniagaan kerana mereka juga mempunyai atau memiliki petak-petak39
.
Kiwi menjalankan perniagaannya dengan menggunakan kapal melalui empat
cara yang mengikut ‘hukum kiwi’ iaitu40
:
a) Kiwi membeli hak terhadap petak-petak kapal.
b) Kiwi tidak membeli hak terhadap petak tetapi menambahkan modal
nakhoda kapal berkenaan dengan nilai tiga atau empat tahil emas.
Sekiranya dinilai dari segi dagangan biji-bijian, Kiwi berkenaan
diberikan hak „share‟ dua atau tiga koyan oleh pemilik kapal
berkenaan.
c) Kiwi tersebut mengambil 7 atau 8 petak sebagai „share‟ pada ruang
muatan kapal.
d) Kiwi tidak membeli petak tetapi berjanji akan menyerahkan 3/10
daripada bahagiannya sebagi cukai kepada nakhoda.
Petak dalam sesebuah kapal di Melaka mungkin besar kerana disebut oleh
Tome Pires bahawa 2 atau 3 orang akan bertugas untuk menjaga suatu petak.41
37
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur :
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.116 38
Kapal dagangan akan dibahagikan kepada ruang-ruang muatan. Dalam fasal 10 Undang-undang Laut
Melaka menyebut rauang-ruang ini sebagai ‘petak’. Tome Pires menyebutnya sebagai peitaca. Muhammad
Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit.Hal.259. 39
Petak-petak inilah yang akan menjadi sebagai asas penentu hak dan saiz bahagian seseorang pedagang
yang memperdagangkan barangannya dalam sesebuah kapal. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. 40
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.
13
Mungkin kita lihat, Kiwi atau Maula Kiwi tidak ubah hanya seperti saudagar seperti
kebanyakkan saudagar-saudagar yang lain. Namun tidak dapat dinafikan, fungsi serta
peranan institusi Kiwi itu sendiri sangat penting. Hal ini kerana Kiwi dan Maula
Kiwilah yang bertindak sebagai orang tengah di antara satu saudagar dengan saudagar
yang lain daripada berbeza negara atau diantara saudagar dengan peniaga tempatan.
Mereka jugalah yang bertindak sebagai pengedar,promosi serta pembekal suatu
barangan. Mereka jugalah jua yang memastikan barang-barang dagangan habis terjual,
khususnya bahan-bahan makanan yang kita telah maklum tidak dapat disimpan dalam
tempoh yang lama. Itulah sifat atau tugasan Kiwi sebagai orang tengah.
Maka tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam kerajaan Melaka khususnya
dalam menjadikan pelabuhan Melaka sebagai sebuah entrepot yang masyhur dengan
pemindahan, pengedaran dan pengumpulan barang-barang dagangan ke seluruh
pelusuk kawasan perdagangan. Kepentingan mereka juga terbukti sehingga
dimasukkan satu fasal khusus tentang Kiwi dan Maula Kiwi di dalam Undang-Undang
Laut Melaka.
8. Undang-undang (kanun) di Melaka.
Secara ringkasnya, terdapat dua kanun yang terdapat di Melaka iaitu yang
pertama ialah Hukum Kanun Melaka dan yang kedua ialah Undang-undang Laut
Melaka. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang merangkumi segala aspek
dan bidang kuasa yang melibatkan pusat negeri Melaka termasuklah hal-hal yang
melibatkan tanggungjawab pemerintah dan pembesar-pembesar, undang-undang
keluarga, dan hukuman-hukuman bagi kesalahan jenayah dan awam. Manakala
Undang-undang Laut Melaka mengandungi 25 fasal yang mana kesemuanya
melibatkan peraturan mengenai laut seperti tanggungjawab pegawai kapal, aturcara
pelayaran, perniagaan atau jual beli di pelabuhan, bidang kuasa nakhoda
kapal,hukuman kesalahan jenayah dan hanya satu fasal sahaja yang berlandaskan
Islam.42
41
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. 42
Noor Aziah Mohd Awal. 2004. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia. Cet.2.
Selangor:International Law book Services (ILBS). Hal.18-19.
14
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk membahaskan kedua-dua kanun ini.
Dalam penulisan ini, cukuplah sekadar saya hanya menerangkan Undang-undang Laut
Melaka sahaja, bertepatan dengan tajuk yang hendak dibincangkan iaitu sistem
pelabuhan Melaka pada abad ke-15. Undang-undang Laut Melaka adalah merupakan
salah satu undang-undang bertulis yang penting dalam memastikan perjalanan
perdagangan di Melaka dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.
Oleh sebab itu, dalam undang-undang ini telah menggariskan tentang tanggungjawab
atau jobskop pegawai-pegawai atau orang-orang yang terlibat dengan aktiviti di
pelabuhan seperti Syahbandar, nakhoda, kiwi, jurumudi, sida-sida di dalam kapal dan
lain-lain. Perkara ini telah dijelaskan di dalam fasal 1yang mana telah menggariskan
gelaran pegawai dan tugas-tugas serta bidang kuasa masing-masing, mengikut tingkat
tertinggi ke tingkat yang paling rendah.43
Sebagaimana yang dapat dilihat pada
gambar rajah 1 di bawah.
Di dalam Undang-undang Laut Melaka juga turut mengandungi hukuman ke
atas mereka yang ingkar atau menyalahi undang-undang. Sebagai contoh, sekiranya
seorang awak-awak yang enggan mengikut perintah tukang agung boleh disebat
43
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit.Hal.267
15
dengan tujuh kali sebatan oleh jurubatu. Contoh yang lain, jika seseorang penumpang
ditangkap kerana berzina dan sabit kesalahan maka hukumannya ialah bunuh bagi
pasangan yang telah berkahwin dan bagi pasangan yang masih bujang akan disebat
sebanyak seratus kali atau didenda dengan nilai emas sebanyak setahil sepaha.44
Begitulah juga dengan fasal-fasal yang lain, semuanya melibatkan hal-hal
perdagangan dan urusannya yang berkaitan. Kesimpulannya, Undang-undang Laut
Melaka sangat berperanan dalam mengatur, mengawal, memberi dan melindungi hak
saudagar-saudagar serta pihak-pihak yang terlibat dalam perdagangan sebagaimana
fungsi dan objektif undang-undang itu sendiri.45
9. Peranan nakhoda
Apabila munculnya Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan pusat
perdagangan antarabangsa serta wujudnya masyarakat pedagang tempatan dan asing di
Melaka, fungsi nakhoda dalam organisasi perdagangan dan perkapalan di Melaka
menjadi amat penting. Malah ianya menjadi satu sistem dan ketentuan kepada
kegiatan perdagangan dan perniagaan dalam sebuah kerajaan yang amat bergantung
pada kegiatan ini. Kedudukan nakhoda sangat penting dalam kedua-dua sektor
tersebut sehingga taraf, bidang kuasa dan tugas nakhoda dirakamkan sebagai undang-
undang dalam Undang-undang Laut Melaka.46
Selain daripada itu, tugas nakhoda seolah-olah seperti raja di dalam kapal. Dan
nakhoda jualah sahaja yang dibenarkan berjumpa dengan Syahbandar apabila kapal
mereka berlabuh, untuk membayar cukai dan memberi hadiah kepada pembesar
sebelum dibenarkan untuk berdagang di Melaka. Antara keistimewaan nakhoda juga
ialah kuasa membunuh jika sabit kesalahan hanya terletak di tangan nakhoda sahaja
sebagaimana termaktub di dalam Undang-undang Laut Melaka.47
Penetapan dan
penaiktaraf nakhoda ini sebenarnya memudahkan dan melicinkan lagi sistem
pentadbiran pelabuhan di Melaka.
44
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.267-268. 45
Zaini Yusnita Mat Jusoh. et al. 2012. Pengantar Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia. Selangor : KUIS.
Hal.4-5 46
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.181. 47
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.268.
16
10. Peranan empat orang Syahbandar di Melaka.
Sejarah Melaka telah menunjukkan bahawa walaupun Syahbandar tidak
termasuk dalam pembesar empat lipatan, namun peranan Syahbandar sangat penting
terutamanya dalam urusan pelabuhan. Tome Pires mengatakan bahawa institusi
Syahbandar berkait dengan organisasi Perbandaran Melaka. Syahbandar boleh digelar
sebagai ‘raja pelabuhan’ kerana mengendalikan organisasi dan sistem perkapalan,
pengendalian cukai, pengawal bagi urusniaga dan urusan dagang, pentadbir anak-anak
yatim, menjadi ketua para nakhoda dan sebagai pegawai kebajikan di bandar
Melaka.48
Meilink-Roelofsz yang merujuk kepada sumber Portugis yang bukan daripada
Tome Pires menambah bahawa tugas awam Syahbandar termasuklah mengawas
perjalanan dan organisasi pasar dan gudang-gudang simpanan barangan dagang serta
keselamatannya. Selain daripada itu, antara tugas Syahbandar juga ialah mengawal
sistem timbangtara dalam berat dan ukuran bagi semua transaksi perniagaan, serta
juga menjaga nilai mata wang. Oleh yang demikian, Syahbandar bertanggungjawab
dalam mengawal turun naik nilai mata wang dan mengawal daripada berlakunya
inflaksi.49
Susunan tadbiran pelabuhan Melaka juga semakin berubah dengan adanya
empat orang syahbandar bagi setiap kumpulan negeri 50
:
a) Seorang untuk Gujerat kerana saudagarnya yang paling ramai.
b) Seorang untuk orang India dari India Selatan serta Benggala bersama-
sama dengan saudagar-saudagar Pegu (Burma) dan Pasai.
c) Seorang khas untuk Jawa, Maluku, Bandar, Palembang, Kalimantan
dan Filipina.
d) Seorang bagi saudagar-saudagar dari negeri China, Campa, Siam dan
Pulau-pulau Ryukyu (mungkin termasuk Jepun).
48
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.179. 49
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.179-180. 50
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur :
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.115.
17
Setiap Syahbandar ini akan mengurus perihal kumpulan di bawah seliaannya.
Dialah juga yang akan menjadi orang tengah apabila ada pertelingkahan di antara
nakhoda dan saudagar. Walau bagaimanapun, Sultan Melaka bertindak sebagai
penyelesai mutlak di antara golongan pedagang di Melaka.51
Hubungan Perdagangan Melaka Pada Abad ke-15
Pada awal abad ke-15 Melaka merupakan salah sebuah pusat pelabuhan Entreport
terbesar dalam dua dekad yang pertama, kekuatan perdagangan Melaka bergantung pada
pedagang-pedagang asing yang singgah ke Melaka untuk melaksanakan perdagangan dan
menjalinkan hubungan dengan para pedagang di peringkat antarabangsa. Sumber yang paling
menarik tentang hal ini ialah The Suma Oriental, di samping sedikit laporan Barbosa. Bukti
yang menunjukkan Melaka menjadi pusat tumpuan perdagangan asing dapat dilihat daripada
tiga aliran lalulintas laut.
Melaka, sebagai kerajaan yang kaya raya dan sebuah pusat dagangan yang besar dan
mewah perlu ada dasar luar yang tersendiri dan peraturan perutusannya yang bersistem. Dasar
luar Melaka berlandaskan beberapa perkara penting. Pertama, kerjaan Melaka memerlukan
jaminan keselamatan. Hal ini berkait rapat dengan kedudukan Melaka sebagai pusat
perdagangan terbesar di rantau ini pada masa itu. Kedua, Melaka perlu membekalkan
makanan yang cukup untuk para pedagang yang tinggal di Melaka semasa menunggu angin
musim berubah. Ketiga, Melaka perlu mengamalkan dasar perniagaan yang liberal dan adil,
yakni dengan sistem cukai yang berpatutan dan cara penyelesaian tegas agar setiap negeri
yang datang berinteraksi dengannya faham dan tahu tentang kedudukan masing-masing.
Dasar perhubungan antarabangsa Melaka yang bertindak sebagai sebuah empayar
memerlukan dasar yang jelas lagi tegas. Ini bererti bahawa setiap negeri yang berhubung
dengannya akan diberi layanan mengikut status negeri itu vis-à-vis Melaka.52
Antara negeri-negeri yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan negeri
Melaka ialah:
1. China :
51
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. 52
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.134.
18
Hubungan perdagangan Melaka dengan negeri China begitu rapat. Hal ini
mendapat tindak balas yang besar daripada kerajaan Ming sehingga mereka mengubah
dasar perdagangan dengan menhapuskan dasar tutup pintu. Dengan dasar ini, Melaka
menjadi tumpuan kepada pedagang dari negeri China untuk memasarkan barang-
barang ke Eropah.
Di samping itu, negeri China ini diberikan sedikit kelebihan jika dibandingkan
dengan pedagang asing yang lain iaitu tidak dikenakan cukai yang tinggi cuma negeri
China ini perlu memberikan ufti kepada Sultan Melaka.53
Hal ini menunjukkan
rapatnya hubungan Melaka dengan negeri China. Selain itu, Parameswara pernah
dihadiahkan oleh Maharaja Yung Lo sebanyak 2600 untaian duit tembaga dan wang
kertas hasil sekembalinya dari negeri China pada tahun 1412.54
Selain daripada itu juga, Melaka bernasib baik mendapat naungan negeri China
yang mengadakan ekspedisi ke Asia Tenggara dan Lautan Hindi bermula tahun 1403
hingga 1433. Pada peringkat awalnya, kerajaan Siam (Ayudhya) berhasrat hendak
manjadikan negeri Melaka sebagai negeri ufti telah dapat ditolak dengan adanya
bantuan dari China.55
Hal ini membuktikan bahawa hubungan antarabangsa yang
terjalin diantara Melaka dan China sangat erat sehingga China sanggup membantu
Melaka dalam aspek keselamatan negeri.
Barang utama yang dibawa oleh negeri china ke Melaka ialah bahan wangian,
permata, sutera, satin, belerang, besi, alat masak memasak, tembikar mewah dan
peluru. Manakala di Melaka pula, barang utama yang ditukar untuk dibawa balik ke
negeri china ialah lada, gaharu, candu, rempah dan bahan hutan dari Nusantara.
Permintaan yang tinggi terhadap lada dari negeri china menguntungkan Melaka.
Menurut Tome Pires melaporkan, satu quintal (bersamaan 100 paun). Lada yang dibeli
dengan 4 cruzados*56
, di Melaka, dijual dengan harga 15 atau 16 cruzados di negeri
China.57
2. Koromandel58
:
53
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.135. 54
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.115. 55
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.134. 56
Sejenis Mata Wang. 57
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Hal.245. 58
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.246
19
Manakala dibahagian barat pula, kalangan saudagar terpenting ialah saudagar
dari Koromandel. Menurut Tom pires dan Ruy de Brito menganggarkan empat hingga
lima buah kapal besar datang ke Melaka setiap tahun dengan nilai dagangan antara 12
ribu hingga 15 ribu cruzados. Hal menunjukkan bahawa, selain daripada pedagang
china pedagang dari sebelah barat juga mampu mamberi keuntungan yang besar
kepada negeri Melaka setiap tahun.
Dari sudut jenis barang pula, barang yang dibawa dari koromandel untuk
ditukar kepada negeri Melaka ialah gaharu, permata, lada, cengkih, kayu manis dan
buah pala. Manakala saudagar-saudagar dari kalingga pula membeli perak, emas, bijih
dan sutera mentah yang dibawa dari negeri china. Pedagang koromandel bertumpu di
Melaka dari bulan Oktober hingga bulan Januari.
3. Benggala59
:
Selain itu, pedagang dari Benggala pula yang terdiri daripada pedagang Arab
dan Parsi, Turki dan Absinia, mereka ini telah membentuk satu syarikat yang besar
untuk datang ke Melaka. Persinggahan mereka ke Melaka dengan membawa kapal-
kapal besar setiap tahun dan nilai dagangan yang boleh mencecah lapan puluh hingga
sepuluh cruzados membolehkan Melaka memperoleh keuntungan yang besar.
Barang-barang yang mereka bawa ke Melaka ialah barang-barang makanan,
beras, gula, daging kering, kain India dan sayur-sayuran kering. Bahan ini
kemudiannya di tukar ke Melaka dan digunakan di Melaka untuk membeli lada,
jagung, cengkih, sutera dari China, tembikar dari Jepun, senjata dari Jawa, tembaga,
bijih, kapur barus, gaharu dan berbagai bahan mentah dari Nusantara.
4. India :
Entreport terpenting bagi Melaka di India ialah Kembayat. Para saudagar dari
Timur Tengah mengambil masa 18 bulan dari laut merah untuk sampai ke Melaka.
Semasa angin monsoon daya, mereka bertumpu di kembayat dengan menyediakan
senjata, kain bulu, kain sakhlat, marjan, barang tembaga, perak, barang perhiasan
murah, candu, air mawar, ambar, kismis, nila, dan barang kencana. Manakala di
kembayat pula, pedagang dari Kahirah, Mekah, Aden, Ormuz selain yang datang dari
59
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.
20
kawasan timur Mediterranean dan pesisiran timur Afrika berkumpul berpuak-puak
membentuk syarikat sebelum belayar ke Melaka dalam bulan Mac.
Pedagang-pedagang Benua India berkumpul di Kalikat, Pulikat atau Benggala.
Kebanyakannya perdagangan ini diurus oleh orang Gujerat.60
Hal ini kerana, dari
bahagian barat saudagar Gujeratlah yang terpenting. Para saudagar dari pelabuhan
Diu, Randir, Surat dan daman menjadi perantaraan untuk memperdagangan barang-
barang dari pelabuhan Arab seperti Iskandariah, Mekah, Ormuz, Aden dan Jeddah.
Mereka kemudiannya membeli berbagai-bagai jenis rempah, jagung dan emas dari
Nusantara yang terdapat di Melaka selain membawa balik barangan dari Timur Jauh
seperti tembikar, wangi-wangian, sutera dan belerang untuk diperdagangkan ke India,
ke pelabuhan-pelabuhan Arab dan seterusnya ke Eropah.61
Setelah saudagar-saudagar dari India dan Cina meninggalkan selat Melaka,
pasar Melaka tetap sibuk dimeriahkan pula oleh saudagar-saudagar dari Jawa dan
kepulauan Melayu.
5. Pegu (Burma) :
Pegu (Burma) juga merupakan anatara pedagang yang rapat dengan negeri
Melaka, mereka terkenal dari sudut pembinaan kapal. Apabila barang bahan dagangan
habis dijual mereka akan menjual anak-anak kapal kepada saudagar-saudagar Melaka.
Tom Pires menganggarkan sepanjang bulan Februari dan Mac setiap tahun terdapat
antara dua puluh hingga tiga puluh buah kapal kecil datang ke Melaka sama ada untuk
menjalankan hubungan dagangan ataupun tukaran barang dengan saudagar dari
Melaka. Ini menunjukkan bahawa hubungan Pegu dengan Melaka adalah hubungan
terus bukan secara perantaraan. Disamping itu, Pegu juga membekalkan barangan
mewah, seperti nilam dan berlian, perak, wangi-wangian, dan makanan mentah.
6. Siam62
:
Melaka dan Siam pernah mengalami krisis hubungan yang membimbangkan .
Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa Siam pernah mahu menjadikan Melaka
sebagai negeri ufti tetapi gagal kerana Melaka mendapat naungan daripada China.
60
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur :
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.113. 61
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.247 62
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.248.
21
Walaupun begitu, atas sebab ekonomi mereka tetap mejalinkan hubungan yang baik
dalam aspek perdagangan. Siam menjadi pembekal utama bahan seperti beras, gula,
berbagai-bagai jenis rempah dan kayu-kayan ke Melaka.
7. Pulau Jawa :
Di samping itu, terdapat juga jong-jong besar dari Pulau Jawa yang datang
terus ke Melaka. Hubungan Melaka dengan Pulau Jawa bertambah erat apabila
munculnya pelabuhan-pelabuhan baru di utara Pulau Jawa seperti Demark, Japara,
Ceribon, Grisik dan Tuban. Hal ini menunjukkan bahawa, hubungan yang erat ini jelas
kelihatan apabila ramai para pedagang dan senteri pulau jawa datang ke Melaka.
Para pedangang tersebut ialah seperti Patih Adam, Patih Kadir, Patih yusoff,
Patih Yunus dan Utimuti raja. Pelabuhan-pelabuhan di utara Pulau Jawa juga menjadi
pengantaraan perdagangan antara Melaka dengan kepulauan rempah seperti
kepulauan Maluku, Bima, Binda dan pelabuhan Grisik. Menurut Tom Pires
melaporkan hubungan dagangan dua hala ini adalah dalam bentuk runcit dan borong.
Ramai pedagang dari Melaka belayar ke Jawa sebagai saudagar borong dan
penumpang dan bahan utamanya ialah kain dari India. Manakala dari Jawa mereka
terus menukar kain murah yang dibeli dari jawa dengan lada dan rempah. Oleh itu,
perdagangan dari Melaka itulah yang memberi sumbangan besar ke arah kebangkitan
dan kemajuan pelabuhan Jawa Utara pada penghujung abad ke-15, termasuk Demak,
Ceribon, Grisik, Surabaya dan Tuban. Ini telah memberi kesan kepada terhadap pola
politik tradisional Jawa-Majapahit.63
8. Pulau Ryu Kyu :
Perhubungan antarabangsa amat diawasi oleh Melaka. Misalnya, hubungan
Melaka dengan pulau-pulau ryukyu (Jepun) amat baik di antara tahun-tahun 1460-an
hingga 1480-an (bahkan hingga ke tahun Ryu-Kyu masih mengutus surat ke
Melaka).64
Suatu masa dahulu, Pulau Ryu Kyu turut disebut oleh sebahagian saudagar
63
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. 64
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur :
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.138.
22
sebagai Kepulauan Liu Kiu. Tome Pires pula menyebut mereka sebagai Gores, yang
kemudian ditafsirkan oleh Boxer sebagai Jepun.65
Barangan yang mereka bawa dari Jepun ialah seperti kain, sutera, tembikar,
pedang, habuk emas dan perak, kipas, kertas dan sedikit makanan seperti bawang,
sawi kering dan beras. Di Melaka, bahan ini ditukar dengan rempah, arak dan kain
yang didapati dari Benggala.66
Kesimpulan.
Kemunculan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa tidak dapat
dinafikan lagi. Suatu masa dahulu, Melaka pernah berada pada satu tahap yang sangat
membanggakan. Sebuah negeri yang dikenali di seluruh dunia, sama ada dari Benua Arab,
Benua India, Tanah Besar China, Eropah dan Jepun. Pelabuhan entrepot Melaka tidak pernah
lekang daripada dikunjungi oleh para saudagar. Sebuah pelabuhan yang sangat sibuk,
sebagaimana yang telah saya katakan sebelum ini melalui kata-kata Tome Pires bahawa
terdapat lebih daripada 80 bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka. Walau
bagaimanapun, lingua franca tetap menjadi bahasa utama di dalam komunikasi. Diceritakan
juga bahawa disebabkan pelabuhan Melaka terlalu sibuk dan ramainya saudagar yang
berkunjung, maka berlaku budaya cantas mencantas, rasuah, bodek membodek dan lain-lain.
Hal ini berlaku kerana saudagar-saudagar ini bersaing di dalam mendapatkan gedung-gedung
dan gudang-gudang yang terbaik untuk menyimpan barangan mereka dan untuk mendapatkan
tempat tinggal serta kemudahan-kemudahan yang lain.
Cuba bayangkan, sudah semestinya untuk Melaka sampai ke tahap demikian iaitu
menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal di peringkat antarabangsa pada abad ke-15, di
dorong oleh beberapa faktor seperti memiliki sistem pentadbiran dan pengurusan yang
sistematik, kedudukan Melaka yang strategik daripada sudut geografi, kebijaksanaan
pemerintah Melaka serta dasar luar dan jalinan perdagangan yang diadakan.
Oleh yang demikian, daripada apa yang dapat saya simpulkan, kemunculan pelabuhan
Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot pada abad ke-15 bukanlah suatu yang pelik kerana
Melaka memang telah diciptakan untuk perdagangan. Kedudukan geografinya yang tidak
65
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.246. 66
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.
23
sesuai untuk pertanian telah memaksa kerajaan Melaka mencari sumber pendapatan negeri
melalui alternatif lain. Selain itu, kedudukan Melaka yang berada di Selat Melaka turut
mendorong Melaka menjadi sebuah pelabuhan entrepot bagi pemindahan barangan dalam
masa yang sangat singkat. Sistem-sistem pentadbiran yang telah disusun juga merangkumi
hampir semua perkara yang melibatkan urusan perdagangan. Salah satu buktinya ialah
wujudnya Undang-undang Laut Melaka. Kebijaksanaan pemerintah Melaka juga terserlah,
dengan jalinan perdagangan yang dijalinkan bersama negeri-negeri lain turut memberikan
sumbangannya yang tersendiri dalam membawa kejayaan Melaka pada abad ke-15 itu,
terutamanya dengan negeri China yang telah menaungi Melaka dan memberikan perlindungan
dari kerajaan Siam.
Maka, daripada apa yang telah saya nyatakan mengenai sistem-sistem pentadbiran dan
hubungan jalinan perdagangan yang dijalankan, wajarlah pelabuhan Melaka berkembang
sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sangat dikenali dan gemilang pada abad ke-15.
24
Bibliografi
Buku-buku
1. Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita.
Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
2. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
3. Malaysia Negara Kita. 2009. MDC Publishers Sdn.Bhd.
4. Noor Aziah Mohd Awal. 2004. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di
Malaysia. Cet.2. Selangor:International Law book Services (ILBS).
5. Zaini Yusnita Mat Jusoh. et al. 2012. Pengantar Kepada Sistem Perundangan Di
Malaysia. Selangor : KUIS.
Laman Web
1. KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN
ANTARABANGSA. (http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/kegemilangan-melaka-
sebagai-pusat.html). 23 Ogos 2013.
2. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=entrepot). 21 Ogos 2013.
3. Tome Pires. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Tome_Pires). 21 Julai 2013.