perkembangan tulisan jawi di tanah melayu

Upload: luqmanul-hakim-md-sadakah

Post on 14-Apr-2018

299 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Perkembangan Tulisan Jawi Di Tanah Melayu

    1/5

    Perkembangan dan Fungsi Tulisan Jawi

    PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI TANAH MELAYU

    Sistem tulisan dalam masyarakat Melayu telah lama wujud, iaitu bermula dari wujudnya

    konteks hubungan masyarakat Melayu dengan masyarakat antarabangsa. Sebahagian rumpunMelayu di Nusantara mempunyai sistem tulisan mereka sendiri, antaranya seperti huruf

    rencong yang digunakan oleh masyarakat Melayu Acheh. Selain dari itu, masyarakat Melayu

    Bugis di Sulawesi, masyarakat Melayu Jawa dengan sistem tulisan kiwi dan winggi dan

    masyarakat-masyarakat lain lagi yang mempunyai sistem tulisan mereka sendiri (Ahmad

    Farid Abdul Jalal, 2005). Penemuan batu bersurat zaman Sriwijaya seperti Batu Bersurat

    Kedukan Bukit (683 M.), Kota Kapur (686 M.) dan Talang Tuwo (684 M.) yang ditulis pada

    abad ketujuh Masihi dalam bahasa Melayu Kuno jelas menunjukkan kepada kita bahawa

    masyarakat Melayu pada ketika itu sudah mempunyai sistem tulisan yang tersendiri (Muhd.

    Bukhari Lubis, 2006:1).

    Namun sekitar abad ketiga belas Masihi, Islam mula bertapak dan tersebar luas di

    Alam Melayu. Kedatangan Islam ke alam ini telah membawa kepada satu perubahan besar

    yang besar dalam sistem kehidupan masyarakat Melayu. ianya bukan sahaja mengubah

    sistem kepercayaan masyarakat Melayu pada ketika itu yang berpegang dengan ajaran

    Buddha, tetapi turut membawa kepada wujudnya sistem penulisan yang baru dalam dunia

    Melayu. Masyarakat Melayu tidak lagi menggunakan skrip Pavalla Selatan dari India yang

    telah mereka gunakan sejak berabad lamanya. Skrip baru yang berasaskan kepada skrip Arab

    telah dicipta dan dinamakan sebagai tulisan Jawi. Pada mulanya aksara Jawi diambil

    sepenuhnya dari aksara Arab. Namun untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat pada

    ketika itu, terutamanya untuk mempelajari agama Islam, beberapa abjad dalam bahasa Parsi

    telah diubah suai dan diterapkan. Menjadikan bilangan huruf Jawi sebanyak 33 kesemuanya,28 daripadanya adalah huruf Arab dan 5 lagi dari bahasa Parsi. Antara huruf yang baru yang

    ditambah ialah , , , dan (Muhd. Bukhari Lubis, 2006:14). Peranan yang dimainkanoleh tulisan Jawi amat besar. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan sebagai alat persuratan,

    bahkan turut berfungsi sebagai alat kepada penyebaran ilmu agama.

    Di negara kita (dulunya Tanah Melayu), tulisan Jawi telah wujud sejak abad ke 13

    lagi. Perkara ini dapat dibuktikan dengan penemuan tulisan Jawi pada Batu Bersurat

    Terengganu yang bertarikh Jumaat 4 Rejab 703H (bersamaan 22 Februari 1303M). Namun

    dakwaan tersebut dikatakan kurang tepat dan tidak dipersetujui oleh sesetengah ahli sejarah.

    Ini kerana terdapat catatan dalam tulisan Jawi pada batu nesan yang ditemui di Permatang

    Pasir, Pekan mempunyai tarikh yang jauh lebih awal, iaitu hari rabu 14 Rabi 419H(bersamaan April/Mei 1028). Zaman kesultanan Melayu Melaka yang terkenal dengan kuasa

    perdagannya suatu ketika dahulu, merupakan zaman yang penting dalam pertumbuhan tulisan

    Jawi di Tanah Melayu. Tulisan Jawi digunakan untuk tujuan permeteraian perjanjian

    (undang-undang) serta dalam bidang pendidikan. Dalam pada itu banyak kitab-kitab agama

    yang berbentuk sejarah, hikayat, falsafah dan lain-lain lagi ditulis dengan menggunakan

    tulisan Jawi. Kelahiran ulama dari Tanah Melayu juga telah menarik minat masyarakat dari

    dalam dan luar negeri pada ketika itu untuk datang belajar ilmu agama dan juga tulisan Jawi

    (Ahmad Farid Abdul Jalal, 2005). Peranan yang dimainkan oleh tulisan Jawi dalam

    memartabatkan bangsa Melayu sangat besar. Kini, tulisan jawi telah menjdai salah satu

    identiti masyarakat Melayu, terutamanya di Malaysia.

  • 7/29/2019 Perkembangan Tulisan Jawi Di Tanah Melayu

    2/5

    Sebagaimana yang telah diterangkan oleh penulis sebelum ini bahawa tulisan Jawi telah

    wujud di Tanah Melayu bermula dari abad kesepuluh Masihi lagi. Pernyataan ini telah

    dibuktikan dengan penemuan batu nesan di Permatang Pasir, Pekan (419H/1028M) dan juga

    Batu Bersurat Terengganu (702H/1303M). Keadaan ini telah menunjukkan kepada kita

    bahawa tulisan Jawi telah mula dikembangkan peranannya. Ia bukan lagi sekadar alat yang

    digunakan untuk mencatat undang-undang (merujuk kepada kerajaan kesultanan MelayuMelaka yang menguasai jalan perdagangan laut), bahkan turut digunakan untuk mencatat

    sesuatu peristiwa-peristiwa penting berlaku dalam masyarakat. Kemudian tulisan Jawi ini

    mula berkembang penggunaannya dikalangan masyarakat dan di Tanah Melayu.

    Perkembangan ini adalah sebagaimana berikut :

    Alat Penting Dalam Urusan Pentadbiran Istana dan Adat Istiadat Raja Melayu

    Tulisan Jawi juga turut digunakan dalam urusan pentadbiran dan adat istiadat raja-raja

    Melayu (Muhd. Bukhari Lubis, 2006:3). Pihak istana pada zaman dahulu juga menggunakan

    tulisan Jawi sebagai alat perakam segala aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran,perundangan, bahasa, hubungan dangangan antarabangsa dan diplomatik. Oleh itu tidak

    hairanlah istana menjadi tempat perkembangan persuratan Melayu seperti manuskrip dan

    kitab-kitab agama berjalan dengan rancaknya dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini

    dapat dibuktikan dengan wujudnya pusat-pusat penulisan manuskrip di istana-istana raja dan

    raja-raja tersebut mempunyai jurutulis yang akan menulis jikalau mendapat perkenan

    daripada raja tersebut. Manakala dalam urusan perdagangan pula, tulisan Jawi digunakan

    untuk mencatat sesuatu perjanjian disamping menulis undang-undang kanun dalam

    pemerintahan mereka.

    Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

    Setelah sekian lama dijajah oleh bangsa asing, akhirnya Tanah Melayu telah diberi

    kemerdekaan oleh British pada tahun 1957. Kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini

    adalah hasil penat lelah para pejuang kemerdekaan yang lantang dan berani melawan pihak

    penjajah dari terus bermaharajalela di bumi kita ini. Bagi merealisasikan impian tersebut,

    seramai lima orang delegasi negara kita yang dketuai oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul

    Rahman Putra al-Haj telah berlepas ke London dan mengadakan rundingan dengan pihak

    British. Hasilnya, Malaysia telah diisytiharkan merdeka dengan rasminya pada tanggal 31

    Ogos 1957. Apa yang menariknya, dokumen pengisytiharan kemerdekaaan telah ditulis

    dalam dua bentuk tulisan, iaitu satu dalam tulisan rumi dan satu lagi dalam tulisan Jawi.

    Penggunaan tulisan Jawi dalam surat pemasyhuran tersebut jelas menunjukkan kepada kitabahawa tulisan Jawi bukan sahaja digunakan untuk tujuan penulisan pada kitab-kitab agama

    dan tujuan tradisional sahaja, bahkan ianya juga digunakan untuk menulis satu dokumen yang

    memberi erti yang sangat besar kepada kita rakyat Malaysia (Mohd. Alwee Yusoff, 2005:26).

    Penulisan Akhbar dan Majalah

    Selain digunakan untuk menulis dokumen pemasyhuran kemerdekaan dan alat penting dalam

    sistem penradbiran, akhbar dan majalah juga turut ditulis dalam ejaan jawi. Utusan Melayu

    merupakan antara akhbar yang terawal di negara kita yang ditulis dengan ejaan jawi. Selain

    dari akhbar, banyak juga majalah-majalah yang ditulis dengan ejaan jawi antaranya ialah

    majalah Mastika (Mohd. Alwee bin Yusoff, 2005:26).

  • 7/29/2019 Perkembangan Tulisan Jawi Di Tanah Melayu

    3/5

    Tulisan Jawi di Sekolah

    Sistem pendidikan awal negara kita adalah bermula dengan penggunaan tulisan Jawi. Buku-

    buku atau teks-teks yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan

    jawi dan ada juga yang ditulis dengan bahasa Arab (Nik Rosila Nik Yaacob, 2007:162).

    Institusi pendidikan formal dan tidak formal juga lebih menekankan penggunaan tulisan Jawidalam sistem ejaan mereka. Bagaimanapun selepas negara mencapai kemerdekaan, sistem

    pendidikan telah dibentuk berdasarkan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak. Penyusunan

    semula kurikulum dan program pelajaran yang berteraskan perkembangan semasa yang lebih

    ke arah sekular seolah-olah ingin menngantikan tulisan rumi sebagai tulisan utama dalam

    sistem pendidikan. Bermula dari sini, banyak buku-buku teks telah dicetak dalam tulisan

    rumi. Hal ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencapai matlamat serta objektif

    Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ingin memperkukuhkan perpaduan antara kaum (Ahmad

    Farid Abd Jalal, 2005).

    KEPENTINGAN TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN ISLAM

    Di Tanah Melayu, dan kemudiannya Malaysia, apabila tulisan Jawi sedikit demi sedikit

    kehilangan pengaruh berikutan perkembangan tulisan Rumi, isu memartabatkan tulisan Jawi

    mula hangat diperkatakan. Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan Jawi dilatari dengan

    kewajipan mempelajari ilmu agama yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Namun begitu,

    keistimewaan tulisan Jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam

    kalangan masyarakat bukan Islam.

    Tulisan Jawi Sebagai Medium Asas Pengajaran Pendidikan Islam

    Tulisan Jawi merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari huruf-huruf Arab.

    Kebanyakan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut kesusaian lidah orang Melayu bagi

    memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara huruf-huruf yang diubah suai

    seperti huruf Ga ( ) ) dan Cha ). Untuk itu, tulisan Jawi telah dijadikan sebagai mediumasas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada

    hari ini, terutamanya dalam pembelajaran al-Qur'an. Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk

    melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan

    pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam (Nik Rosila Nik Yaacob,

    2007:162).

    Mengatasi Masalah Penguasaan Dalam Pembacaan Teks Jawi Dikalangan Pelajar

    Sekolah

    Kelemahan penguasaan Jawi dalam kalangan murid bukan lagi perkara baru malahan banyak

    kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti punca berlakunya keadaan tersebut. Tidak

    ketinggalan kajian-kajian turut dijalankan untuk melihat tahap penguasaan murid-murid

    dalam kemahiran. Pengenalan Program j-QAF dengan satu model khusus untuk pemulihan

    jawi telah mula dilaksanakan pada tahun 2005. Salah satu dari model yang terkandung dalam

    kurikulum j-QAF ialah Model Pemulihan Jawi yang memberi penekanan untuk memberi

    pemulihan terhadap murid yang tercicir dalam Jawi (Hj Maimun Aqsha Lubis, 2010:1).

    Kaedah yang ditekankan bagi melaksanakan P&P Model Pemulihan Jawi ini adalah untuk

    memperkasakan pelajar dalam bidang tilawah al-Quran, bidang aqidah, ibadah, Sirah

    Nabawi, akhlak dan jawi agar ianya lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan dalamkehidupan.

  • 7/29/2019 Perkembangan Tulisan Jawi Di Tanah Melayu

    4/5

    Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam

    Banyak khazanah intelektual masyarakat lama disimpan, didokumentasikan, dan ditulis

    dalam tulisan Jawi. Malah, terdapat pemindahan budaya dan pengetahuan dari negara Islam,terutama negara Arab, seperti kesusasteraan, ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu agama, dan

    ilmu matematik, yang diterjemahkan ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori kemajuan dan

    inovasi budaya masyarakat Asia dan Asia Tenggara. Banyak juga kitab-kitab lama yang

    ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi, tetapi kebanyakannya ditulis

    dengan menggunakan sistem ejaan jawi lama.

    Menjadi Lambang Kesenian dan Identiti Umat Islam

    Tulisan Jawi mempunyai sistem ejaan dan tulisan yang paling mudah, ringkas, dan tepat.

    Tulisan Jawi turut mempunyai nilai estetika yang tinggi, menarik, unik, dan klasik. Tulisan

    ini dapat dilentur dan digayakan mengikut kemahiran, kecekapan, dan ketelitian seseorang.Tulisan Jawi mempunyai kaitan yang penting dengan literasi agama dan kehidupan beragama

    dalam masyarakat Melayu. Rujukan utama bagi mengukuhkan akidah masyarakat Islam

    berasaskan al-Quran, hadis, sunah, kitab, dan sebagainya yang ditulis dalam tulisan Jawi atau

    bahasa Arab. Kelemahan generasi muda dalam tulisan Jawi menyebabkan literasi agama

    dalam kalangan generasi itu merosot. Banyak golongan muda Melayu tidak dapat membacadan memahami kandungan al-Quran dan tidak dapat menggarap pengetahuan agama Islam

    dengan baik kerana kebanyakan mereka buta jawi.

    Pemesongan akidah dan kedangkalan pengetahuan agama dapat berlaku kerana

    kelemahan dalam tulisan Jawi. Kelemahan yang dihadapi oleh generasi muda menjadi amat

    kritikal apabila pengajaran dan pemelajaran agama Islam di sekolah tidak lagi mengutamakan

    tulisan Jawi, sebaliknya disampaikan dengan menggunakan tulisan Rumi. Ada juga guru

    agama yang buta Jawi, iaitu tidak tahu dan tidak cekap menulis dan membaca bahan agama

    dan ayat al-Quran dalam tulisan Jawi. Kelemahan yang berlaku ini tidak mendapat perhatian

    serius daripada ibu bapa Melayu dan guru agama yang bertanggungjawab terhadap

    pendidikan agama, tidak dinilai dan dipantau, serta dibiarkan sebagai amalan biasa sehingga

    pendidikan agama di sekolah sekarang mempunyai berbagai-bagai kepincangan dan

    kelemahan yang sukar diatasi.

    Sebagai Nadi Bagi Masyarakat Melayu Yang Sinonim Dengan Agama Islam

    Kepupusan tulisan Jawi sebagai pengantar intelektual dan tradisi keilmuan masyarakatMelayu mempunyai kesan yang amat besar dalam proses pembinaan jati diri bangsa Melayu

    dan pengukuhan sosiobudaya bangsa itu di negara ini. Tulisan Jawi merupakan khazanah

    intelektual, jati diri budaya, wacana pemikiran dan kesusasteraan, serta estetika bahasa yang

    penting kepada pembinaan kekuatan bangsa Melayu. Tulisan itu turut menjadi medium yang

    menjalin keintiman hubungan dan siratulrahim ummah dan sebagai genre bahasa yang

    mempunyai kaitan yang amat unggul dan penting kepada jati diri dan unsur Islam yang

    mendasari kekuatan dan kekukuhan jati diri Melayu.

    Sejak berabad lamanya, tulisan Jawi telah memainkan peranan yang amat penting

    dalam mendukung perjuangan kemelayuan dan keislaman. Tulisan itu bukan sahajamempunyai kekuatan dari segi jati diri kebangsaannya, malah kekuatan simbolisme terhadap

  • 7/29/2019 Perkembangan Tulisan Jawi Di Tanah Melayu

    5/5

    perkembangan budaya dan bahasa Melayu. Tulisan Jawi, dari segi sejarah penakatan dan

    perjuangan Melayu, telah memberikan sumbangan yang besar dan banyak kepada perubahan

    dan kemajuan bangsa Melayu. Pendidikan Melayu berkembang dan dapat disampaikan

    kepada orang Melayu, khususnya generasi tua dahulu, melalui tulisan Jawi. Walau

    bagaimanapun, tulisan itu semakin pupus apabila mula dipinggirkan daripada sistem

    pendidikan negara yang mengutamakan tulisan Rumi. Secara beransur-ansur, tulisan Jawidiketepikan dan tidak lagi menjadi pengantar dalam pengajaran dan pemelajaran di sekolah.

    RUJUKAN

    Ahmad Farid Abdul Jalal, Yaakob Isa. 2005. Tulisan Jawi : Sejarah Seni dan Warisan. Pekan:Lembaga Muzium Negeri Pahang.

    Dr. Wan Ali Wan Mamat. 2006. Sejarah dan Pertumbuhan Skrip Jawi. Dlm. Muhammad Bukhari

    Lubis, Fatimah Salleh, Husniyati Ali, Huzaimah Ismail & Siti Fatimah Sudin (pnyt). Tulisan

    Jawi Sehimpun KajianShah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

    Hj Maimun Aqsha Lubis, Sabariah Sulaiman & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Aplikasi

    Teknik Permainan dan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Modul Pemulihan

    Jawi di Bilik Darjah. Kertas Kerja Persidangan di Institut Agama Islam Negeri Medan

    Sumatera Utara Indonesia. Kerjasama UKM-IAN, 2 April.

    Mohd. Alwee Yusoff. Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam di

    Malaysia.

    Nik Rosila Nik Yaacob. 2007. Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian

    Pelajar Dalam Pendidikan Islam.Jurnal Pendidik dan Pendidikan 22:161172.

    http://generasipendidik2u.blogspot.com/2011/02/perkembangan-tulisan-jawi-di-tanah.html