perlaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif … · atau disertasi bagi pengajian secara kerja...
TRANSCRIPT
PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DALAM
PENGAJARAN DI INSTITUT PERGURUAN TAWAU, SABAH.
ZULKARAMI BIN MOHD JOHAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o
JUDUL: PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF
DALAM PENGAJARAN DI INSTITUT PERGURUAN TAWAU, SABAH
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya _ZULKARAMI BIN MOHD JOHAN_____
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: EN. HASSAN BIN HUSHIN
Nama Penyelia
No 66, Taman Pulai Jaya,
Jalan Langgar, 05460,
Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tarikh: _____________ Tarikh: _________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ..........................................................................................
Nama Penyelia : EN. HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh : 11 MEI 2011
i
PERLAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DALAM
PENGAJARAN DI INSTITUT PERGURUAN TAWAU, SABAH.
ZULKARAMI BIN MOHD JOHAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : ZULKARAMI BIN MOHD JOHAN
Tarikh : MEI 2011
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang
Dan selawat serta salam buat Nabi junjungan
Teristimewa
Untuk ibu dan ayah yang tercinta
“terima kasih atas segala doa, restu yang diberikan”
Untuk keluarga yang di kasihi
“terima kasih kerana memberi dorongan untuk terus belajar”
Buat teman-teman seperjuangan
“hanya Tuhan yang dapat membalas jasa anda semua”
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah segala puji kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia
serta hidayah-Nya, maka penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang telah
dirancangkan. Tidak lupa juga selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W dan juga para sahabat Baginda.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penyelia
penyelidikan saya iaitu Encik Hassan Bin Hushin yang telah sudi menghulurkan
sumbangan tidak kira dari segi masa dan tenaga beliau untuk membimbing saya
sepanjang tempoh untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tunjuk ajar, nasihat serta
dorongan daripada beliau amat berguna dalam menyiapkan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga sejambak penghargaan kepada Pengarah Institut Perguruan
Tawau, Sabah kerana sudi membenarkan kajian dijalankan di institutnya. Selain itu,
ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah di institut tersebut dan juga
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini.
Akhir sekali ucapan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga, saudara mara
dan rakan-rakan yang banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kajian ini. Tanpa pertolongan daripada kalian semua, saya tidak mungkin
dapat menyiapkan penyelidikan ini pada masa yang sepatutnya. Sekian.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif (KBSK) dalam pengajaran pensyarah di Institut Perguruan Tawau, Sabah.
Objektif kajian yang dikaji adalah dari segi aspek kesediaan pensyarah, pelaksanaan
konsep pemikiran kreatif, kaedah pengajaran dan kekangan yang dihadapi dalam
menerapkan KBSK semasa pengajaran dan pembelajaran. Seramai 52 orang pensyarah
terlibat sebagai responden kajian. Instrumen kajian adalah berbentuk borang soal selidik.
Data dianalisa dengan menggunakan perisian komputer SPSS dan dipersembahkan
dalam bentuk peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap kesediaan pensyarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan minat adalah sangat
tinggi. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan responden menggunakan konsep
pemikiran kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Para responden juga
mengamalkan pelbagai kaedah pengajaran dalam menerapkan KBSK semasa mengajar.
Seterusnya dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat halangan atau kekangan yang
besar dalam menerapkan KBSK dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa
cadangan telah dikemukakan bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan
KBSK dalam pengajaran dan pembelajaran.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to make a survey about the implementation of
creative thinking skills in lecturer’s teaching at Institut Perguruan Tawau, Sabah. The
objectives of this study are based on the aspect of the lecturer’s preparedness,
implementation of creative thinking concept, teaching methods and the problem faced in
order to apply creative thinking skills during teaching and learning process.52 lecturers
involved as the respondents. Questionnaires were used as the instrument and data was
analyzed by using SPSS software and will be presented in percentages, mean standard
deviation. This study showed that the level of lecturer’s preparedness in knowledge,
skills, and interests aspect were high. Based on the result also show that most of the
lecturers used creative thinking skills in teaching and learning process. The respondents
also practice various types of teaching methods in applying creative thinking skills
during their lessons. In applying creative thinking skills during their teaching and
learning process, the respondent do not encounter major problems. Some suggestions
have been proposed to improve the quality of the implementation of creative thinking
skills during teaching and learning process.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Kemahiran Berfikir 9
viii
1.8.2 Pengajaran 10
1.8.3 Pensyarah 10
1.8.4 Perlaksanaan 11
1.8.5 Konsep 11
1.8.6 Kesediaan Pensyarah 11
1.8.7 Kekangan 11
1.8.8 Kaedah Pengajaran 12
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Kesediaan Pensyarah 14
2.2.1 Pengetahuan 14
2.2.2 Kemahiran 15
2.2.3 Minat 15
2.3 Kemahiran Berfikir 16
2.4 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 19
2.5 Berfikir Secara Kreatif 20
2.6 Kaedah Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif 23
2.6.1 Kaedah Bersyarah 24
2.6.2 Kaedah Soalan Aras Tinggi 25
2.6.3 Kaedah Konsep 29
2.6.4 Kaedah Pemetaan Minda 30
2.6.5 Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah 31
2.6.6 Kaedah Dapatan 33
2.6.7 Kaedah Pembelajaran Koperatif 34
2.6.8 Kaedah Perah Otak 36
2.6.9 Kaedah Perbincangan 36
2.7 Kekangan Dalam Pengajaran Kemahiran Berfikir 38
2.8 Kajian-kajian Terdahulu 39
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Tempat Kajian 42
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42
3.5 Instrumen Kajian 43
3.6 Kesahan Soal Selidik 48
3.7 Kajian Rintis 49
3.8 Prosedur Kajian 50
3.9 Analisis Data 51
3.9.1 Soal Selidik 51
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 54
4.2 Analisis Data dan Dapatan Kajian 54
4.2.1 Profil Responden Kajian 54
4.2.2 Mengenal pasti Kesediaan Pensyarah
Untuk Melaksanakan KBSK di dalam
Pengajaran 56
4.2.3 Mengenal pasti Perlaksanaan Konsep
Pemikiran Kreatif di dalam Pengajaran 58
4.2.4 Mengenal pasti Kaedah Pengajaran dalam
Menerapkan KBSK di dalam Pengajaran 60
4.2.5 Mengenal pasti Kekangan Untuk
Menerapkan KBSK di dalam Pengajaran 65
x
BAB V PERBINCANGAN DAN PENUTUP
5.1 Pendahuluan 67
5.2 Rumusan Kajian 68
5.3 Kesimpulan Kajian 68
5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 71
5.5 Cadangan Untuk Meningkatkan Perlaksanaan
KBSK 76
5.5.1 Pensyarah 76
5.6 Kajian Lanjutan 77
RUJUKAN 78
LAMPIRAN 85
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.4.3 Teknik Soalan Bertumpu dan Bercapah 28
3.1.0 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B
(Persoalan Kajian 2 dan 3) 44
3.2.0 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B
(Persoalan Kajian 1 dan 4) 45
3.3.0 Konsep Pemikiran Kreatif 45
3.4.0 Taburan Item Berkaitan Kaedah Pengajaran KBSK 46
3.5.0 Taburan Item Kesediaan Pensyarah 47
3.6.0 Taburan Item Kekangan Dalam Menerapkan KBSK 48
3.8.0 Pemeringkatan Skor Min, Tahap dan Justifikasi bagi
Persoalan Kajian 2 dan 3 52
3.9.0 Pemeringkatan Skor Min, Tahap dan Justifikasi bagi
Persoalan Kajian 1 dan 4 53
4.1.0 Taburan Kekerapan dan Peratusan Pembolehubah
Latar Belakang Responden 55
4.2.0 Taburan Peratusan dan Skor Min Responden Terhadap
Kesediaan Pensyarah Untuk Melaksanakan KBSK
dalam Pengajaran 56
4.3.0 Taburan Peratusan dan Skor Min Responden Terhadap
Perlaksanaan Konsep Pemikiran Kreatif 59
4.4.0 Taburan Peratusan dan Skor Min Responden Terhadap
Kaedah Pengajaran dalam Menerapkan KBSK 61
4.5.0 Taburan Peratusan dan Skor Min Responden Terhadap
Kekangan Untuk Menerapkan KBSK dalam Pengajaran 65
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.3.1 Komponen-komponen Berfikir 18
2.4.1 Dua Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 19
2.4.2 Fungsi-fungsi Penyoalan 26
3.7.0 Pembahagian Skala Likert Kepada Tiga Tahap 52
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSK Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
FPN Falsafah Pendidikan Negara
PBM Pembelajaran Berasaskan Masalah
KBKK Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
KHB Kemahiran Hidup Bersepadu
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Jadual Analisis Kebolehpercayaan 85
B Borang Soal Selidik 90
C Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 97
D Surat Pengesahan Instrumen Kajian 98
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dalam kalangan dunia
ketiga tetapi untuk perjalanan yang akan datang, guru memainkan peranan yang penting
untuk menentukan serta membentuk generasi kedua. Proses modenisasi dan
perkembangan teknologi membawa bersamanya pelbagai perubahan yang mana ianya
memerlukan tenaga manusia yang cekap, cekal dan boleh berfikir. Menurut Ibrahim
(1993), masyarakat berfikir ialah masyarakat yang mempunyai daya intelektual yang
tinggi dan dapat mencorakkan perubahan sosial, moral dan ekonomi. Dalam proses
melahirkan masyarakat berfikir yang berilmu dan berakhlak mulia, pendidikan adalah
perlu sebagai asas pembentukan dan pembangunan minda dalam masyarakat. Hasrat ini
juga dinyatakan dalam wawasan 2020, cabaran yang keenam ada menyatakan tentang
mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif serta
memandang jauh ke hadapan. Masyarakat yang mempunyai daya perubahan dan
memandang ke hadapan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
2
Justeru itu sistem pendidikan di Malaysia sekarang ini tidak lagi hanya
menekankan kepada 3M sahaja iaitu membaca, menulis dan mengira tetapi perlu
ditekankan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi. Pelbagai
program sedang dirancang dan akan dilaksanakan sebagai contoh “Sekolah Bestari”
adalah pada dasarnya berasaskan kemahiran-kemahiran tersebut. Kemahiran Berfikir
secara Kreatif (KBSK) akan dijadikan asas penguasaan ilmu dan kemahiran. Begitu
juga, para pensyarah di institut perguruan perlulah mempunyai pelbagai kemahiran
untuk membimbing guru pelatih bagi menguasai kemahiran ini. Memandangkan KBSK
ini adalah satu bidang yang baru, maka pensyarah haruslah menerapkannya kepada guru
pelatih dengan cara yang berkesan untuk mendapat hasil yang baik bagi meneraju
pendidikan di Malaysia ke tahap yang tinggi. Ilmu dan kemahiran dalam KBSK memang
merupakan salah satu subjek wajib kepada semua guru pelatih di institut perguruan
(BPG, 1995).
Menurut Som Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (2000), berfikir selalunya
dikaitkan dengan akal dan dalam Al-Quran perkataan yang merujuk kepada „aqal‟ di
sebutkan sebanyak 40 kali. Allah S.W.T. menempelak manusia yang tidak mahu berfikir
dan ini terbukti dalam ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan kebesaran dan kuasa
Allah. Dengan ini jelaslah bahawa dalam Islam juga mementingkan manusia berfikir
dalam kehidupan seharian mereka untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Kemahiran Berfikir secara Kreatif dapat diajar dengan pelbagai strategi yang
memberikan penekanan kepada cara penyampaian yang menggalakkan guru pelatih
berfikir dan menguasai kemahiran serta isi pelajaran yang sedang disampaikan. Oleh itu
strategi pengajaran dan pembelajaran akan memberikan tumpuan kepada cara
penyampaian Kemahiran Berfikir secara Kreatif, perancangan untuk mengajar
Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan
dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah di dalam bilik kuliah dan didedahkan
kepada pelajar selaras dengan sukatan pelajaran kemahiran generik : kemahiran berfikir
dalam ilmu pendidikan (BPG, 2006).
3
Pensyarah-pensyarah yang kreatif perlu menjadi pengamal budaya ilmu yang
tulen serta sesuai dengan sumbangan mereka sebagai arkitek pembangunan dan ejen
perubahan masyarakat menjelang wawasan yang dijangkakan akan memiliki pelbagai
pengetahuan yang menyamai taraf dunia. Untuk itu mereka tidak mempunyai pilihan
lain kecuali terus menanamkan semangat untuk membentuk kreativiti dan merebut
peluang mendalami segala bentuk latihan yang boleh mengangkat darjat daya fikiran ke
tahap yang paling cemerlang. Pensyarah-pensyarah juga mestilah memberi penekanan
kearah membentuk kreativiti guru pelatih berdasarkan pemikiran yang kreatif sehingga
menimbulkan rasa minat untuk menerokai teknologi yang boleh mendahului zaman,
sepertimana yang dilakukan oleh Munshi Abdullah. Perkara tersebut bukanlah sesuatu
yang mustahil.
Daripada penyataaan-penyataan di atas jelaslah bahawa pensyarah-pensyarah
serta guru-guru pelatih harus mempunyai daya pemikiran yang kreatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjanakan hasrat Wawasan 2020 dan
melahiran insan yang seimbang dalam semua aspek seperti yang diwar-warkan dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Para pensyarah harus sedar bahawa dalam membekalkan
ilmu pengetahuan, mereka haruslah memiliki daya pemikiran yang kreatif agar
berupaya melahirkan guru-guru pelatih yang cemerlang serta tinggi pemikirannya.
Secara tidak langsungnya akan dapat melahirkan guru-guru pelatih yang dapat
melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran kreatif dan apabila keluar di alam
persekolahan nanti dapat menyumbang bakti kepada pembangunan negara di masa
hadapan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Mohd Azhar, Mohd Koharuddin dan Muhamed Fauzi (2006), walaupun
reformasi pendidikan negara mahu melahirkan pelajar yang boleh berfikir, namun
4
setakat ini masih tidak terdapat tanda yang jelas menunjukkan wujudnya budaya
kreativiti, reka cipta dan inovasi yang menyeluruh pada peringkat nasional.
Kajian menunjukkan perkembangan kemahiran berfikir pelajar masih lagi berada
ditahap yang rendah (Munir dan Azman, 2001). Menurut Philips (1997), antara
sebabnya ialah kebolehan guru. Ramai guru tidak begitu yakin tentang kaedah mengajar
kemahiran berfikir berikutan kurang penekanan yang diberi pada peringkat latihan
perguruan. Dalam satu seminar peringkat antarabangsa mengenai literasi yang diadakan
pada awal 2001, beberapa peserta yang terdiri daripada guru-guru telah menyuarakan
kesukaran yang mereka hadapi untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam mata
pelajaran yang diajar (Munir dan Azman, 2001).
Menurut Wan Zah (1994), budaya menghafal dan hanya menunggu maklumat
dari pensyarah telah sebati dengan diri guru pelatih kerana mereka beranggapan budaya
ini lebih mudah dari berfikir. Budaya ini bukan sahaja berlaku di institut perguruan
malahan ianya berlanjutan di institusi pengajian tinggi serta di sekolah. Malahan para
pelajar di institusi pengajian tinggi pun masih gagal dilatih untuk berfikir dengan
berkesan. Mereka lebih terdorong untuk menguji kecekapan menghafal. Maka, lahirlah
guru-guru kita yang dikatakan tidak produktif, inovatif dan kreatif. Mereka tidak
langsung didedahkan kepada tatacara bagaimana berfikir untuk memahami konsep
pembelajaran ilmu yang disampaikan. Oleh itu maka lahirlah guru yang hanya sekadar
belajar mengetahui tanpa memahami apa yang dipelajari. Manakala lahir pula tenaga
kerja yang hanya sekadar makan gaji tetapi gagal membawa pembaharuan terhadap
majikannya, dengan lain perkataan “ ia hanya mampu menambahkan kuantiti tetapi
gagal meningkatkan kualiti kerja serta produk.”
Pensyarah yang menguasai kemahiran berfikir sudah tentu akan berfikir terlebih
dahulu sebelum sesuatu tindakan itu dibuat. Dengan ini kemahiran berfikir akan mampu
memandu pensyarah menggunakan bahasa yang baik dan menghasilkan idea-idea yang
bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang kreatif. Di samping itu pensyarah juga
5
berkeupayaan untuk membuat pertimbangan dan penilaian tentang kebaikan dan
keburukan sesuatu itu dari segi amalan, nilai, sikap dan norma hidup dalam konteks
negara kita. Dengan adanya kemahiran berfikir juga diharapkan para guru pelatih dapat
menghadapi cabaran-cabaran terkini dan mampu menangani cara hidup yang sesuai
dengan cara perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih tanpa
mengorbankan nilai dan amalan yang baik sesuai dengan rakyat Malaysia.
Guru pelatih pada masa sekarang tentunya akan menjadi guru pada masa akan
datang. Oleh itu dengan menyediakan guru pelatih yang berfikiran kreatif,
berketrampilan, berilmu pengetahuan, dan yang mengamalkan nilai dan sikap yang
positif diharapkan dapat menaikkan sistem pendidikan di negara kita pada tahap yang
terbaik dan seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran kreatif pada
masa hadapan.
1.3 Penyataan Masalah
Peranan pensyarah adalah sangat penting untuk melahirkan guru pelatih yang
mempunyai pemikiran kreatif, tetapi persoalan yang masih belum terjawab ialah sejauh
manakah pelaksanaan KBSK dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah mampu
melahirkan guru pelatih yang kreatif untuk menghasilkan pelbagai idea dan penemuan
baru, berdaya saing dan seterusnya dapat melahirkan juga pelajar yang berfikiran kreatif.
Dapatan kajian tentang pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah masih menunjukkan bahawa guru-guru kurang pengetahuan
dan tidak mahir mengaplikasikan kemahiran berfikir (Gambidau, 2000; Zamri Mohamad
& Jamaludin Badushah, 2000; Fatimah Maaroff & Wan Azman, 2005). Hal ini memberi
impak kepada pensyarah di institut pendidikan guru, kurang memberi penekanan kepada
aspek kemahiran berfikir secara kreatif ketika dalam latihan perguruan.
6
Pihak Kementerian Pelajaran telah menjalankan pelbagai kursus dan modul-
modul untuk membantu pensyarah dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bilik
kuliah, untuk membolehkan penerapan kemahiran berfikir (KBSK) kepada guru pelatih
berlaku di institut-institut perguruan. Semua yang diharapkan meleset kerana kemahiran-
kemahiran ini tidak berlaku pemindahan ilmu Kemahiran Berfikir secara Kreatif dalam
sistem pendidikan di sekolah-sekolah waktu sekarang. Dalam kajian Zaharah et al.,
(1999) terhadap guru-guru dalam melaksanakan kemahiran berfikir menghadapi masalah
kekurang masa untuk membuat persediaan mengajar. Situasi ini berlaku kerana guru-
guru jarang didedahkan KBSK semasa latihan perguruan dan juga dalam kursus dalam
perkhidmatan. Dapatan kajian Zaharah et al., adalah selari dengan kajian Ainon dan
Abdullah (1998) di mana dapatannya menunjukkan bahawa guru-guru tidak diberi
latihan kemahiran berfikir secara formal dan tiada pendedahan dan pengetahuan tentang
ilmu kemahiran berfikir. Pada hal kemahiran berfikir memang merupakan komponen
penting dalam Kurikulum Kemahiran Generik:Kemahiran Berfikir (Bahagian
Pendidikan Guru, 2006) yang diajar kepada semua guru pelatih semasa belajar di institut
perguruan.
Dari penyataan di atas timbul minat penyelidik untuk mengetahui sejauh
manakah Kemahiran Berfikir secara Kreatif diberikan oleh pensyarah kepada guru
pelatih di dalam pengajaran dan pembelajaran di institut perguruan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk :-
i. Mengenal pasti kesediaan pensyarah untuk melaksanakan Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif di dalam pengajaran di Institut Perguruan Tawau, Sabah.
7
ii. Mengenal pasti pelaksanaan konsep pemikiran kreatif di dalam pengajaran dan di
Institut Perguruan Tawau, Sabah.
iii. Mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam menerapkan
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif di dalam pengajaran di Institut Perguruan
Tawau, Sabah.
iv. Mengenal pasti kekangan untuk menerapkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
di dalam pengajaran di Institut Perguruan Tawau, Sabah.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi menentukan objektif kajian dicapai, penyelidik mengemukakan beberapa
persoalan kajian iaitu:-
i. Adakah pensyarah bersedia untuk melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif di dalam pengajaran di Institut PerguruanTawau, Sabah?
ii. Adakah pensyarah melaksanakan konsep pemikiran kreatif di dalam pengajaran
di Institut Perguruan Tawau, Sabah?
iii. Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam menerapkan Kemahiran
Berfikir Secara Kreatif di dalam pengajaran di Institut Perguruan Tawau , Sabah?
iv. Apakah kekangan untuk menerapkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif di
dalam pengajaran di Institut Perguruan Tawau, Sabah?
8
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan kepada pensyarah yang mengajar di Institut Perguruan
Tawau, Sabah. Peringkat pengajian di institut perguruan dipilih adalah kerana pada
peringkat inilah guru pelatih harus didedahkan dengan sepenuhnya dengan kemahiran
berfikir secara kreatif supaya guru pelatih tidak mendapat masalah setelah tamat
pengajian diperingkat ini dan apa yang dipelajarinya akan diaplikasikan bila mereka
menjadi seorang guru kelak. Oleh itu tanggungjawab pensyarah di institut perguruan
adalah sangat penting bagi memastikan guru pelatih mempunyai kefahaman yang kukuh
terhadap kemahiran berfikir secara kreatif.
Seramai 52 orang pensyarah akan dipilih secara rawak dari Institut Perguruan
Tawau, Sabah untuk penyelidik membuat kajian ini. Pensyarah-pensyarah ini mengajar
semua kursus yang ditawarkan di institut perguruan tersebut. Hanya soal selidik
digunakan untuk memungut data. Oleh kerana kajian ini hanya dijalankan di sebuah
institut perguruan, maka dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada institut
perguruan yang lain.
1.7 Kepentingan Kajian
Diharapkan hasil dari kajian ini akan dapat memberi gambaran tentang suasana
sebenar pengajaran dan pembelajaran yang pensyarah jalankan untuk menerapkan
kemahiran berfikir secara kreatif di dalam bilik kuliah. Di samping itu penyelidik
berharap hasil kajian ini dapat membantu pensyarah membuat penilaian apakah elemen-
elemen kreatif yang seharusnya diterapkan dalam diri guru pelatih semasa pengajaran
dan pembelajaran di institut perguruan. Ini adalah supaya hasil yang akan pensyarah
berikan kepada guru pelatih, dapat melahirkan bakal- bakal guru yang berfikiran kreatif
dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang kreatif di masa hadapan.
9
1.8 Definisi Istilah Dan Operasional
Definisi-definisi istilah yang akan diterangkan di bahagian ini adalah istilah yang
berkaitan kajian penyelidikan mengenai pendidikan.
1.8.1 Kemahiran Berfikir
Definisi kemahiran berfikir ialah proses menggunakan minda untuk mencari
makna dan pemahaman terhadap sesuatu. Menerokai pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan dan membuat pertimbangan yang sewajarnya, bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap
proses yang dialami.
Menurut Swartz dan Perkin (1994), kemahiran berfikir ialah satu kecekapan yang
menyumbang kepada sesuatu jenis pemikiran. Manakala menurut Som dan Dahalan
(2000), proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan
yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Dalam kajian ini, kemahiran berfikir difokuskan kepada satu jenis kemahiran
sahaja iaitu kemahiran berfikir secara kreatif.
1.8.1.1 Kemahiran Berfikiran Secara Kreatif
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan
menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu
yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
Dalam kajian ini, penyelidik ingin memastikan adakah Kemahiran Berfikir secara
10
Kreatif diterapkan oleh pensyarah kepada guru pelatih semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
1.8.2 Pengajaran
Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran
ilmu atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan
menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang
berkesan. Pengajaran dalam konteks masa kini boleh ditafsirkan sebagai suatu proses,
komunikasi, sains dan seni (Mok Soon Sang 2000).
Mengikut Thomas F.Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan
kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Dalam
kajian ini, pengajaran bermaksud bagaimana pensyarah mengajar dengan melaksanakan
pelaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif. Dalam kajian ini, pengajaran bermaksud
bagaimana pensyarah mengajar dengan melaksanakan kemahiran berfikir secara kreatif.
Dalam kajian ini, pengajaran difokuskan kepada proses penyampaian pensyarah
dalam pengajaran di Institut Perguruan Tawau dari segi pendekatan, strategi, kaedah,
teknik, kemahiran dan aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan kefahaman para
guru pelatih.
1.8.3 Pensyarah
Menurut Kamus Dewan (1996), pensyarah bermaksud guru atau tenaga pengajar
atau orang yang mengajar sesebuah intitusi pengajian. Di dalam kajian ini, pensyarah
yang dimaksudkan adalah kakitangan akademik yang ditugaskan sebagai tenaga
pengajar di Institut Perguruan Tawau, Sabah.
11
1.8.4 Perlaksanaan
Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] (1994) mendefinisikan “perlaksanaan”
sebagai perihal atau perbuatan melaksanakan, menjalankan atau mengusahakan sesuatu
rancangan, tugas dan sebagainya. Dalam kajian ini, pelaksanaan bermaksud
menjalankan kemahiran berfikir secara kreatif yang dilakukan oleh pensyarah di Institut
Perguruan Tawau sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa pengajaran
kelas teori dan amali.
1.8.5 Konsep
Menurut Kamus Dewan (2007), konsep ialah pengertian, pendapat yang
terbentuk dalam fikiran tentang sesuatu, tanggapan, gagasan, idea. Namun dalam kajian
ini konsep bagi kemahiran berfikir secara kreatif adalah merujuk kepada paradigma,
sifat, sikap, situasi seperti yang diterangkan dalam Mohd. Azhar (2001;2004) selain
Intellectual Standards yang telah diperkenalkan oleh Elder dan Paul (2006).
1.8.6 Kesediaan Pensyarah
Kesediaan bermaksud kebolehan atau kemampuan membuat sesuatu (kamus
Dewan, 2007). Dalam kajian ini, kesediaan pensyarah adalah dari aspek pengetahuan,
kemahiran dan minat pensyarah untuk melaksanakan kemahiran berfikir secara kreatif
serta mampu menyebarkannya tanpa sebarang masalah.
1.8.7 Kekangan
Kekangan menurut Kamus Dewan (2007) bermaksud aral, gangguan atau
rintangan. Dalam kajian ini , kekangan merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh
pensyarah untuk melaksanakan kemahiran berfikir secara kreatif di Institut Perguruan
Tawau, Sabah.
12
1.8.8 Kaedah Pengajaran
Menurut Mok Soon Sang (1992), kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu
objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Dalam kajian ini, kaedah
pengajaran merujuk kepada kaedah atau cara mengajar yang digunakan oleh pensyarah
untuk melaksanakan kemahiran berfikir secara kreatif di Institut Perguruan Tawau,
Sabah.