permainan tgfu jaring dinding complete (1)

6
Tajuk Permainan “Bouncing Ball ”. Matlamat Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menyediakan perancangan awal sebelum melakukan ujian amali permainan kanak-kanak. Setiap peraturan dan cara permainan dilaksanakan akan dicatat dengan rapi bagi melancarkan perjalanan amali. Objektif Pada akhir penyediaan kertas kerja : 1. Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan. 2. Dapat merangsang minda dengan mereka permainan baru berdasarkan permainan sedia ada dan menepati tajuk yang telah diberikan iaitu jaring/dinding. 3. Dapat melibatkan koordinasi otot- saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum 4. Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

Upload: seowchiy-ng

Post on 02-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan TGFU Jaring Dinding Complete (1)

Tajuk  

Permainan “Bouncing Ball ”.

Matlamat

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menyediakan perancangan awal

sebelum melakukan ujian amali permainan kanak-kanak. Setiap peraturan

dan cara permainan dilaksanakan akan dicatat dengan rapi bagi melancarkan

perjalanan amali.

Objektif

Pada akhir penyediaan kertas kerja :

1.    Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti

kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.

2.    Dapat merangsang minda dengan mereka permainan baru berdasarkan

permainan sedia ada dan menepati tajuk yang telah diberikan iaitu

jaring/dinding.

3.    Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan

daya tahan secara maksimum 

4.    Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang

diberi. 

Page 2: Permainan TGFU Jaring Dinding Complete (1)

Prosedur Pelaksanaan Permainan

1.    Bahagikan pelajar kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdapat 4 orang

pelajar.

2.    Kawasan setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 zon, iaitu Zon A dan Zon B.

3.    Setiap zon terdapat 2 orang pelajar dengan memegang guni.

Garisan Merah: “Playing Line”

Garisan Biru: “Servis Line”

Garisan Hijau: “Zon Line”

4.    Permainan dimulakan dengan servis dari kumpulan A kepada kumpulan B.

5.    Servis dibuat di kawasan servis Kumpulan A ke kawasan servis Kumpulan B

dan tidak boleh melepasi “Servis Line”. Sekiranya bola tidak sampai di

kawasan servis pihak berlawan atau keluar daripada “Playing Line”, maka

servis dikira batal dan markah akan diberi kepada pihak lawan.

6.    Setiap kumpulan hanya dibenarkan melambung bola sebanyak 2 kali pada

zon kumpulan sendiri sebelum melambung bola kepada pihak lawan.

7.    Mata akan diberi kepada kumpulan yang berjaya menghantar bola ke dalam

gelanggang lawan dan pihak lawan gagal membalas hantaran tersebut. 

8.    Sekiranya bola jatuh di kawasan larangan atau keluar daripada “playing line”,

maka pihak lawan akan mendapat mata.

9.    Pertukaran servis berlaku apabila pihak servis gagal mendapat mata.

10. Kumpulan yang berjaya mendapat 3 markah berterusan akan mendapat

peluang untuk pusingan bonus.

11. Untuk pusingan bonus, pihak menang diberi 1 kali peluang untuk melambung

bola ke kawasan pihak lawan. Sekiranya bola jatuh dalam bulatan, maka 2

Page 3: Permainan TGFU Jaring Dinding Complete (1)

mata akan diberi dan 1 mata akan diberi jika bola jatuh dalam zon pihak

lawan. Tiada mata diberi jika bola jatuh dalam kawasan larangan atau keluar

daripada “playing line”

Warna merah: 2 markah                                      Warna biru: 1 markah

12. Kumpulan yang berjaya mendapat 15 mata dahulu akan dikira menang 1 set.

Kumpulan yang menang 2 daripada 3 set adalah pemenang akhir.

Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

                                                                                                                             

Garisan Merah:

“Playing Line”Garisan Biru: “Servis Line”

Garisan Hijau: “Zon Line”

Peraturan dan Syarat-syarat Permainan

Peraturan Permainan

a.    Ahli kumpulan dalam zon A dan B hanya boleh bergerak dalam zon sendiri

sahaja.

Page 4: Permainan TGFU Jaring Dinding Complete (1)

b.    Bola tidak boleh disambut tanpa menggunakan guni.

c.    Setiap kumpulan hanya dibenarkan melambung bola sebanyak dua kali

dalam pasukan sendiri.

d.    Ahli kumpulan tidak dibenarkan keluar dari zon kawasan permainan

masing-masing semasa pertandingan dijalankan.

e.    Semasa melambung bola,pemain tidak dibenarkan mengubah posisi untuk

menghantar bola kembali ke pihak lawan.

f.     Service dimulakan dari pemain zon A ke zon A pihak lawan, atau dari

pemain zon B ke zon B pihak lawan.

g.    Sekiranya pihak penerima servis tidak dapat membalas bola dan bola

terkena lantai,pihak membuat servis mendapat satu mata.

h.    Sekiranya bola yang dilambung atau dibalas keluar daripada garis

sempadan yang ditentukan,  pihak lawan mendapat satu mata.

i.      Jika pemain melambung bola tidak melepasi jaring dan kawasan larangan,

mata akan diberi kepada pihak lawan.

j.      Cara pemegang guni adalah bebas antara peserta.

k.    Permainan akan dimulakan dengan membaling wang syiling untuk

menentukan pasukan A dan pasukan B.

Sistem Permainan

a.    Sistem permainan dijalankan secara kalah mati. Pasukan yang gagal akan

dikira kalah.

Sistem Pemberian Mata

a.    Sekiranya bola yang dilambung oleh pemain terkeluar daripada kawasan

pemainan, pihak lawan akan mendapat mata dan begitu juga sebaliknya.

b.    Permainan akan dijalankan dalam 3 set di semua peringkat iaitu pasukan

yang memenangi 2 set dikira menang.

c.    Pasukan yang mendapat 3 mata berturut-turut akan memasuki pusingan

bonus dimana jika bola berjaya memasuki bulatan melepasi jaringan akan

mendapat 2 mata dan 1 mata diberi jika di luar bulatan tetapi dalam

kawasan permainan.

d.    Kumpulan yang mendapat mata ke 15 dahulu dikira sebagai pemenang.

Page 5: Permainan TGFU Jaring Dinding Complete (1)

Pertukaran Pemain

a.    Pertukaran boleh dilakukan sebelum dan semasa perlawanan dijalankan

mengikut peraturan melalui pengadil . Selepas itu, segala pertukaran tidak

akan dibenarkan.