pernyataan profesional

12
Pernyataan Profesional Sebelum Program Pengalaman Berasaskan Sekolah Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Ia juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi serta berinteraksi dengan komuniti sekolah. Pelajar juga berpeluang memahami bagaimana guru mengajar dan mengurus tugasnya, murid belajar serta pengurus sekolah mengurus dan mentadbir sekolah. Program PBS ini dijalankan di sekolah rendah yang dipilih sendiri oleh guru pelatih masing-masing. Program PBS ini dijalankan supaya guru pelatih dapt mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut masing-masing disamping membiasakan diri mereka dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan tunjuk ajar untuk melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir. Tujuan tugasan yang telah diberikan adalah supaya guru pelatih: a) Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. b) Menghayati kerjaya sebagai seorang guru. c) Memeroleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah. d) Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid. e) Memahami pengurusan dan strategi pengajaran dan pembelajaran. f) Membina kemahiran interaksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. g) Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran serta pembelajaran dan budaya sekolah. h) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. i) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan. j) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru. 1

Upload: fikri-mosleh

Post on 21-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PBS 1

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional

Pernyataan Profesional

Sebelum Program Pengalaman Berasaskan Sekolah

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program

untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran

Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar

tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Ia juga memberi peluang

kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan

guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi serta

berinteraksi dengan komuniti sekolah. Pelajar juga berpeluang memahami

bagaimana guru mengajar dan mengurus tugasnya, murid belajar serta pengurus

sekolah mengurus dan mentadbir sekolah.

Program PBS ini dijalankan di sekolah rendah yang dipilih sendiri oleh guru

pelatih masing-masing. Program PBS ini dijalankan supaya guru pelatih dapt

mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut

masing-masing disamping membiasakan diri mereka dengan suasana di sekolah

serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus

utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan

tunjuk ajar untuk melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian

dan laporan akhir.

Tujuan tugasan yang telah diberikan adalah supaya guru pelatih:

a) Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.

b) Menghayati kerjaya sebagai seorang guru.

c) Memeroleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah.

d) Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid.

e) Memahami pengurusan dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

f) Membina kemahiran interaksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.

g) Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran serta

pembelajaran dan budaya sekolah.

h) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis

dan analitikal.

i) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

1

Page 2: Pernyataan Profesional

j) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.

k) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa

sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

Oleh itu, saya telah memilih sekolah lama saya yang berada di daerah

Klang, Selangor iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai . Saya memilih sekolah

tersebut untuk menjalani PBS saya kerana saya pernah belajar di sekolah ini pada

tahun 2000 hingga 2006. Selain itu, sekolah ini juga antara yang terdekat dengan

rumah saya dan ini mempermudahkan perjalanan saya untuk pergi dan balik.

Sebelum memulakan PBS di sekolah tersebut, saya mendapatkan maklumat

sekolah terlebih dahulu seperti alamat lengkap, nombor telefon serta alamat e-mel

sekolah untuk rujukan pihak insitut.

Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar

tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya

telah menyediakan draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum

bermulanya PBS. Misalnya menyediakan topik-topik yang ingin dipertanyakan

apabila mengadakan sesi temubual dan sebagainya.

Dalam pada itu, setiap perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS

disediakan dengan laporan refleksi yang akan direkodkan selepas sahaja selesai

melakukan sesuatu perkara tersebut. Ini bertujuan untuk motivasi diri dan membaiki

kelemahan yang terdapat dalam diri ketika melakukan sesuatu perkara.

2

Page 3: Pernyataan Profesional

Kontrak Aktiviti

Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan

beberapa aktiviti yang telah dirancang dan berpandukan senarai semak tugasan

yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di

sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah saya lakukan

sepanjang tempoh PBS di SK Sungai Binjai.

Bil. Tarikh Tindakan

1. 1 April 2013 - Menghadiri perhimpunan mingguan sekolah.

- Melapor diri pada Guru Besar.

- Guru Besar mengenalkan saya kepada guru

pembimbing sementara. (PK1 menghadiri

mesyuarat di luar sekolah.)

- Mendapatkan maklumat umum daripada guru

pembimbing.

- Meminjam buku pengurusan sekolah

daripada guru pembimbing untuk dijadikan

rujukan.

- Meninjau keadaan P&P sekolah secara

keseluruhan.

- Memulangkan semula buku pengurusan

sekolah.

2. 2 April 2013 - Melapor diri dengan Guru Penolong Kanan

1(GPK 1).

- Mengadakan sesi temubual pendek bersama

GPK 1.

- GPK 1 mengenalkan saya kepada Ketua

Panitia Bahasa Inggeris dan dibawa ke Bilik

Guru.

- Menemuramah seorang guru.

- Mengumpul makumat sekolah:

Sejarah

3

Page 4: Pernyataan Profesional

Visi dan Misi

Kemudahan

3. 3 April 2013 - Memantau sesi P&P yang dijalankan di kelas

Tahun 4.

- Mengambil gambar persekitaran sekolah.

- Menemuramah GPK 1 dan GPK HEM.

4. 4 April 2013 - Mengambil gambar kemudahan yang

disediakan disekolah.

- Memantau sesi P&P yang dijalankan di kelas

tahun 6.

- Meninjau keadaan di dapur sekolah.

5. 5 April 2013 - Menyemak bahan-bahan yang telah

diperolehi.

- Memulangkan semula bahan-bahan rujukan

yang telah dipinjam.

- Mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk

pengesahan kehadiran sepanjang tempoh

PBS.

- Mendapatkan borang Penilaian

Perkembangan Pelajar daripada Guru Besar.

- Mengucapkan terima kasih kepada pihak

sekolah atas kerjasama yang telah diberikan.

4

Page 5: Pernyataan Profesional

Penilaian Dan Laporan

Setelah menjalani PBS selama seminggu di sekolah, saya mula

melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu Pernyataan Profesional. Tugasan ini

memerlukan gabungan dapatan yang terperinci untuk menyiapkan laporan PBS

yang telah dilaksanakan berdasarkan senarai semak yang telah disediakan.

Setiap aktiviti yang saya telah jalankan sepanjang tempoh PBS tersebut telah

direkodkan dan dianalisis. Agak sukar bagi saya untuk menggabungkan hasil

dapatan saya kerana ia merupakan kali pertama bagi saya dalam menjalankan

aktiviti sedemikian serta dalam menguruskan hasil dapatan yang begitu banyak

seorang diri. Walaubagaimanapun, masalah tersebut selesai dengan serta merta

setelah saya berbincang dengan rakan-rakan saya serta bertanya kepada

pensyarah yang berkaitan.

Berikut merupakan tindakan yang saya ambil setelah saya selesai

menjalankan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah sebelum arikh

penghantaran.

Bil. Tarikh Tindakan

1. 15 April 2013 - Mengumpul semua dapatan untuk diasingkan

mengikut keperluan tugasan.

- Menaip teks temuramah yang diperoleh.

2. 16 April 2013 - Memilih gambar-gambar yang diperlukan

sebagai rujukan.

- Menaip draf dan mengumpulkan rekod-rekod

kolaborasi.

3. 17 April 2013 - Menggunting pernyataan gambar.

- Menyediakan muka depan tugasan.

- Menyemak kembali kekurangan pada tugasan.

- Memperbetulkan kesalahan yang dikenalpasti.

4. 18 April 2013 - Menyediakan folio.

- Mencetak tugasan yang telah siap.

- Meneliti hasil tugasan.

5. 19 April 2013 - Menghantar tugasan.

Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan

5

Page 6: Pernyataan Profesional

Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan semasa berada di SK Sungai

Binjai, saya telah mengambil gambar-gambar yang berkaitan sebagai instrumen

pelengkap tugasan.

Rujuk bahagian Lampiran.

Temu Bual

Bagi mendapatkan pandangan dan maklumat yang berkaitan dengan

tugasan, saya turut menemu bual beberapa orang kakitangan sekolah. Temu bual

tersebut telah saya catatkan dalam borang kolaborasi yang telah disediakan.

Rujuk bahagian Kolaborasi

Senarai Semak

Saya mendapatkan bahan-bahan dan melengkapkan data yang diperlukan

berdasarkan kepada senarai semak yang telah disediakan. Melalui senarai semak

tersebut, saya dapat mencari instrumen yang diperlukan dengan lebih teliti dan

teratur.

Rujuk bahagian Senarai Semak

Kolaborasi

6

Page 7: Pernyataan Profesional

Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama

beberapa orang kakitangan sekolah ke dalam boring kolaborasi yang disediakan

berserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa, kolaborasi adalah

penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di samping meningkatkan

kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan keyakinan diri

ketika berinteraksi pada PBS akan datang

Rujuk Lampiran Kolaborasi pada muka surat sebelah.

Ilmu Pengetahuan Baru

7

Page 8: Pernyataan Profesional

Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, saya mendapat pengalaman

tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan

bahawa suasana di sekeliling sekolah yang penuh dengan peluang utuk murid-murid

menerima ilmu amat sesuai sekali disebabkan sifat murid-murid yang masih

berkembang serta menanam sifat ingin tahu ke dalam diri mereka untuk belajar lagi.

Selain itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih

sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding

pengurusan yang lemah ataupun yang pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada

pengurusan sekolah yang terdahulu yang mana proses perkembangan dalam

beberapa aspek agak lambat berbanding pengurusan yang ada sekarang.

Dari segi disiplin pula, saya amat berpuas hati dengan keadaan disiplin yang

tinggi dalam kalangan pelajar di SK Sungai Binjai. Para pelajar menunjukkan nilai

kerjasama dan sikap hormat yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan oleh

pihak sekolah. Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap selamat kepada

guru selepas tamat waktu sekolah, malah ada juga yang turut memberi salam serta

mencium tangan guru. Ini merupakan satu budaya yang perlu ditekankan dan

diteruskan bagi membentuk modal insan yang cemerlang.

Pengalaman di Bilik Darjah

8

Page 9: Pernyataan Profesional

Saya berpeluang untuk memasuki kelas dan memantau guru mengajar

sepanjang saya menjalani PBS. Saya mengambil peluang ini untuk mengambil nota

mengenai cara guru itu mengajar dan sama ada ia boleh membantu saya untuk

mengajar pada masa akan datang.

Di samping itu, saya berasa seronok kerana begitu tertarik dengan suasana

bilik darjah yang begitu menarik dan unik. Saya dapat merasakan bahawa keadaan

kelas yang tenang dan bersih menjadikan pelajar lebih bersemangat dan selesa

serta dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka ketika sesi P&P.

Tidak kurang juga terdapat pelajar yang sedikit nakal terutamanya pelajar

Tahun 4 yang suka membuat bising dan mengganggu sesi P&P. Ini menjadi

tanggungjawab guru untuk membuat teguran kepada pelajar supaya tidak

mengulanginya lagi. Guru menegur mereka dengan cara yang lembut supaya pelajar

tidak hilang minat untuk belajar.

Seterusnya, saya mendapati setiap kelas tidak mempunyai kemudahan ICT

seperti Pemancar LCD. Dengan kekurangan ini, murid-murid kehilangan minat untuk

belajar kerana mereka menganggap cara mengajar yang tradisional bosan dan tidak

cukup menarik bagi mereka.

Refleksi

9

Page 10: Pernyataan Profesional

Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar-pelajar dibimbing untuk menaakul,

memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri.

Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan

profesionalisme keguruan secara efektif.

Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap

tugasan yang dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan refleksi sebagai

asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara

berterusan. Di samping itu, saya akan mampu memperkembangkan keupayaan celik

akal bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

Secara langsung juga, refleksi dapat meningkatkan kualiti insan guru yang

mempunyai ilmu professional keguruan yang tinggi.

Rujuk Amalan Refleksi di muka surat sebelah.

Laporan Akhir

10

Page 11: Pernyataan Profesional

Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat menyempurnakan tugasan yang

perlu dilaksanakan sepanjang menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah

iaitu menyediakan portfolio sebagai koleksi dokumen yang memberi gambaran

mengenai seorang profesional dari segi pengetahuan , kemahiran, pengalaman,

kelayakan serta maklumat dan pencapaian.

Pada 1 hingga 5 April 2013, saya telah menjalani Program Pengalaman

Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Klang, Selangor yang

merupakan sekolah lama saya menuntut ilmu semasa peringkat sekolah rendah.

Pada mulanya, saya berasa amat takut dan gementar tetapi pada masa yang sama

teruja untuk menjejakkan kaki saya ke sekolah itu semula. Apabila saya melangkah

kaki saya ke sekolah berkenaan, saya berasa amat terkejut kerana tidak terdapat

perubahan yang banyak sejak saya meninggalkan sekolah itu. Hanya sebuah blok

bangunan yang baru telah dibangunkan serta persekitaran sekolah yang lebih

menarik dan cantik.

Sepanjang tempoh PBS, saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil

gambar setiap sudut bahagian sekolah, membuat catatan penting ketika menemu

bual pihak pengurusan sekolah dan mengumpul data yang penting untuk

dimasukkan ke dalam portfolio. Saya sangat berpuas hati dengan kerjasama yang

telah diberikan oleh pihak sekolah. Selain itu, saya juga turut sempat untuk

memerhati kelas ketika sesi Pembelajaran dan Pengajaran.

Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya lihat di sekolah ini

termasuk usaha-usaha setiap guru dalam memastikan sekolah sentiasa menjadi

antara sekolah yang terbaik di daerah ini. SK Sungai Binjai telah banyak mencapai

kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.pencapaian ini bukan sahaja

dalam bidang kokurikulum, malah dalam bidang akademik juga. Perkara ini telah

saya perhatikan sejak saya masih bersekolah disini lagi. Kerjasama antara guru-

guru dan murid-murid adalah kunci kejayaan kepada pencapaian ini.

Pernyataan Selepas PBS

11

Page 12: Pernyataan Profesional

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah saya yang pertama telah saya

jalankan di SK Sungai Binjai pada 1 hingga 5 April 2013. Matlamat yang saya ingin

capai telah berjaya dijalankan. Sepanjang PBS ini, saya telah mendapat banyak ilmu

dan pengalaman yang berguna pada saya apabila saya berkhidmat sebagai seorang

guru kelak.

Saya telah menjalankan pemerhatian dari pelbagai segi antaranya termasuk

aktiviti, sekitar dan kawasan sekolah. Selepas pemerhatian, saya mendapati bahawa

setiap kelas tidak dilengkapi dengan kemudahan ICT seperti projektor untuk

dijadikan alatan bantuan ketika mengajar. Setelah saya bertanya dengan guru-guru,

saya mendapat tahu bahawa untuk menggunakan kelengkapan tersebut, guru boleh

menggunakannya di makmal komputer.

Sepanjang menjalani PBS ini, kefahaman saya tentang kerjaya sebagai

seorang guru semakin bertambah kerana sebelum ini saya sangkakan bahawa

tugas seorang guru merupakan tugas yang mudah dan tidak mencabar. Namun

selepas menjalani PBS, saya dapati terdapat banyak perkara yang perlu saya

pelajari terutamanya cara untuk melaksanakan proses P&P yang baik sekaligus

dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

12