pernyataan profesional

3
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP (SEBELUM) Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Sepanjang tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat kepemimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada seorang mentor. Selain itu, saya juga perlu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa sepanjang berada di sekolah nanti. Namun, waktu pengajaran pada kali ini telah dikurangkan kepada dua hingga empat waktu sahaja untuk memberi ruang masa melaksanakan dan menyiapkan segala projek yang telah dirancang sebelum memulakan Internship di sekolah masing-masing. Penyediaan rancangan pengajaran pada kali ini juga adalah lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis ringkasan rancangan mengajar mengikut ringkasan yang dibua toleh guru di sekolah. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa bagi membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik dan lancar. Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin terutama dalam aspek

Upload: fajrinahasbullah

Post on 04-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pernyataan Profesional Internship Sebelum

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP

(SEBELUM)

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang

bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar

dikehendaki untuk merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti

yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar

bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya

sekolah. Sepanjang tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan

sifat kepemimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan

bimbingan daripada seorang mentor.

Selain itu, saya juga perlu menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran seperti biasa sepanjang berada di sekolah nanti. Namun,

waktu pengajaran pada kali ini telah dikurangkan kepada dua hingga

empat waktu sahaja untuk memberi ruang masa melaksanakan dan

menyiapkan segala projek yang telah dirancang sebelum memulakan

Internship di sekolah masing-masing. Penyediaan rancangan pengajaran

pada kali ini juga adalah lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis

ringkasan rancangan mengajar mengikut ringkasan yang dibua toleh guru

di sekolah. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa bagi

membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik dan

lancar.

Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba

pengalaman sebanyak mungkin terutama dalam aspek pengurusan

sesuatu program atau aktiviti yang akan menjadi kebiasaan kepada saya

apabila menjadi bakal guru yang sebenar kelak. Saya juga berharap agar

dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada sepanjang menjalani

praktikum pada semester yang lalu terutama dari aspek komunikasi

antara saya dengan murid serta guru-guru.

Page 2: Pernyataan Profesional

Di samping itu, saya juga berharap agar sepanjang tempoh

Internship ini, saya dapat menjalankan hubungan yang baik dan mesra

dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Raja Di Hilir Ekram. Saya dan

rakan-rakan Internship berharap agar dapat bekerjasama dengan

semuawarga sekolah bagi melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran serta projek yang ingin dijalanka sepanjang berada di

sekolah nanti. Kerjasama yang diberikan oleh warga sekolah dapat

membuatkan saya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk terus

berkhidmat kepada sekolah dan menunjukkan prestasi terbaik. Harapan

saya juga agar saya sentiasa konsisten datang awal ke sekolah pada

setiap hari sepanjang Internship..

Akhirnya, say aberharap agar program Internship ini dapat memberi

peluang dan membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk

meningkatkan tahap keyakinan diri, ketahanan mental dan fizikal dalam

menghadapi cabaran sebagai seorang bakal guru kelak, membentuk sifat

kepemimpinan serta akhlak yang baik serta dapat memupuk dan

menerapkan nilai profesionalisme keguruan dalam usaha melahirkan

bakal guru yang produktif serta efektif kepada bangsa dan negara.