pernyataan sebelum pbs

Upload: cianlitan

Post on 08-Jan-2016

252 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pernyataan Sebelum PBS

TRANSCRIPT

Pernyataan Sebelum PBS

Sekolah dipandang sebagai sesuatu institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat. Oleh itu, fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Sebagai kesimpulannya, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir untuk meneruskan perkembangan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, saya dan kawan-kawan akan melaksanakan Program Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS) di SJK(C) Bercham dari 14 September 2015 hingga 18 September 2015. PBS kali ini merupakan pengalaman yang ketiga bagi saya. Saya akan melaksanakan Program PBS dengan rakan sekelas saya iaitu Chin Han Min, Tee Yih Chiann, Tan Yuan Shuang dan Ow Wei Khim.Sebelum PBS, kami semua dari unit P telah dikumpulkan untuk diberi taklimat berkaitan dengan perkara yang perlu dilakukan dan diambil berat sepanjang Program PBS ini. Dalam taklimat tersebut, Encik Nakhaie dari unit praktikum telah memberi penerangan di atas beberapa perkara. Antaranya konsep PBS, objektif PBS, tempoh perlaksanaan PBS, penempatan bagi program PBS, prosedur perlaksanaan, aktiviti semasa PBS, kehadiran dan status perlaksanaan PBS serta peranan dan tanggungjawab pelajar, sekolah, unit penyelaras dan jabatan major / elektif.

Wakil kelas kami bagi program PBS telah merumuskan tugasan-tugasan sepanjang PBS dan membuat sebuah senarai semak supaya semua ahli dalam kelas kami lebih memahami apa yang harus dilalukan sebelum, semasa dan selepas PBS. Program PBS kami dijalankan sebelum cuti. Saya dan rakan sekelas telah saling berhubung untuk mendapat maklumat terkini mengenai program PBS ini sebelum PBS bermula.

Dalam proses persediaan PBS, saya telah berbincang dengan kawan-kawan saya mengenai apa yang perlu dilakukan oleh saya sebelum menghadirkan diri ke sekolah. Saya mengetahui bahawa kami perlu melakukan segala persediaan sebelum pergi ke sekolah seperti menyediakan soalan temu bual yang akan ditanyakan kepada individu yang ditemui. Masalah yang kedua yang dihadapi oleh saya adalah kekurangan kertas semasa saya ingin mencetak borang. Masalah ini berlaku semasa saya masih berada di asrama sebelum PBS. Tetapi akhirnya saya tetap mendapat bantuan daripada kawan yang telah membantu saya untuk mencetak borang-borang tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan saya.

Ini merupakan kali ketiga saya melaksanakan program PBS, saya berharap PBS kali ini dapat berjalan dengan lancar. Walaupun ini merupakan kali ketiga bagi saya untuk menjalani program PBS, tetapi saya tetap akan bersiap sedia supaya dapat melakukan yang terbaik semasa di sekolah SJK(C) Bercham nanti. Secara ringkasnya, semasa PBS saya akan melaksanakan aktiviti harian yang telah dirancang untuk mengumpul data yang dikehendaki dan membuat rekod. Penganalisisan data akan dilakukan sebaik sahaja data dikumpul, kemudian penilaian akan dijalankan berdasarkan hasil analisis dan laporan direkodkan. Tambahan pula, saya juga berharap saya dapat berkomunikasi dengan pengetua, guru pembimbing, mentor dan juga para pelajar dengan baik semasa di sekolah nanti.

Akhir kata, saya berharap saya dapat melaksanakan tugasan PBS kali ini dengan lancar serta sempurna dan seterusnya saya juga dapat mendapat pengetahuan dan ilmu setelah melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah(PBS) kali ini.

Harapan semasa PBS