perppaduan melalui an campur

11
PERPPADUAN MELALUI PERKAHWINAN CAMPUR Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dalam Wawasan 2020). Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969). Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar ' padu' , yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan. Perpaduan ialah satu proses yang menyatu padukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap- tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini termasuklah membenarkan perkahwinan campur dilakukan di dalam Malaysia selagi tidak melanggar rukun negara. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.

Upload: sontoloyodasubaan

Post on 04-Jul-2015

2.157 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perppaduan Melalui an Campur

PERPPADUAN MELALUI PERKAHWINAN CAMPUR

Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang

membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dalam Wawasan 2020).

Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman

penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969).

Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi

pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana

struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah

dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu

prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti

dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat.

Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar 'padu' , yang bermaksud

bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding

dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada

kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan.

Perpaduan ialah satu proses yang menyatu padukan anggota masyarakat dan negara

keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk

satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak

merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita.

Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini termasuklah membenarkan

perkahwinan campur dilakukan di dalam Malaysia selagi tidak melanggar rukun negara. Tanpa

perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan

menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.

Terma perkahwinan campur telah diperkenalkan oleh pihak Gereja Katholik untuk

menggambarkan perkahwinan antara penganut Katholik dan bukan Katholik. Tapi kini terma

perkahwinan campur juga membawa maksud perkahwinan antara dua pihak yang berlainan

Page 2: Perppaduan Melalui an Campur

agama, bangsa dan warganegara. Perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari

golongan berbeza sama ada berlainan agama atau bangsa juga dipanggil eksogami. Dapat

disimpulkan bahawa perkahwinan campur dalam Islam pula adalah perkahwinan di antara dua

pihak yang berlainan latar belakang bangsa,agama atau kewarganegeraan.

Perkahwinan campur di Malaysia juga telah dipraktikkan sebelum Malaysia mencapai

kemerdekaan. Pada masa itu, Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Penghijrahan

kaum India dalam jumlah yang besar ke Tanah Melayu adalah pada akhir kurun-19 semasa

Tanah Melayu dijajahi oleh orang Portugal dan Belanda.

Menurut Datuk Haji Omar Hashim, pengerusi Jawatakuasa Eksekutif Persatuan Sejarah

Malaysia (PSM) dalam temu ramahnya yang bertajuk Rentetan Sejarah Kedatangan Kaum India,

kaum India datang secara sukarela kerana India ketika itu menghadapi masalah kemiskinan, oleh

itu mereka datang sebagai buruh dan telah melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian

dagangan, pertahanan dan perdagangan. Kahwin campur antara kaum India dan kaum Cina juga

amat dikenali dalam Malaysia, malah generasi yang dari keluarga kahwin campur ini dikenali

sebagai Chindian.

Sejak tahun 1882, orang Sikh telah menjejakkan kaki ke Sabah apabila pasukan polis

ditubuhkan ketika Kompeni Borneo Utara menubuhkan Constabulari Bersenjata Borneo Utara.

Oleh sebab kaum Sikh amat pegang kuat kepada agama, maka pihak yang ingin berkahwin

dengan kaum Sikh mestilah memahami serta memeluk agamanya. Perkahwinan campur antara

orang Sikh dengan orang Cina dan Kadazan telah mewujudkan sebuah komuniti yang dikenali

sebagai komuniti peranakan Punjabi.

Selain daripada yang atas, di Malaysia juga terdapat komuniti India muslim di Pulau

Pinang yang membentuk Jawi Peranakan hasil daripada perkahwinan antara lelaki India Muslim

dari Selatan India dan perempuan Melayu di Pulau Pinang. Seterusnya komuniti Ceti yang

menganut agama Hindu di Melaka hasil daripada perkahwinan pedagang India Selatan dengan

wanita pribumi.

Page 3: Perppaduan Melalui an Campur

Sebagai contoh, sekiranya seorang muslim melayu berkahwin dengan seseorang yang

berbangsa Inggeris yang pada asalnya merupakan penganut agama lain, perkahwinan itu

bolehlah dikira sebagai perkahwinan campur. Oleh itu, kahwin campur boleh dikelaskan kepada

3 kategori iaitu, kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur

antara agama.

Sebagai contoh, perkahwinan ‘Antara kaum’ adalah seperti perkahwinan antara seorang

muslim berbangsa Melayu dengan seorang muslim berbangsa Cina. Ia juga terjadi ‘Antara

negara’ iaitu perkahwinan antara seorang muslim berbangsa melayu dengan seorang muslim

berbangsa Arab yang berasal dari Dubai. Manakala yang terakhir adalah perkahwinan ‘Antara

agama’ seperti perkahwinan antara seorang muslim dengan seseorang yang beragama Kristian.

Kahwin campur antara kaum melibatkan dua individu yang berlainan kaum, sebagai

contoh seorang lelaki India berkahwin dengan seorang perempuan Cina. Di Malaysia,

perkahwinan antara kaum banyak didengari dalam kalangan masyarakat. Malaysia sendiri

merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Perkahwinan sebegini sama ada

antara Melayu dengan Cina, India atau bangsa lain senegara melahirkan generasi kacukan yang

dibesarkan dalam pertembungan dua budaya. Secara lazimnya, golongan berbangsa lain yang

kebiasaannya merupakan penganut agama lain termasuk agama Kristian, Buddha atau Hindu

akan memeluk agama Islam untuk membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Dari

segi bahasa, kedua-dua jenis bahasa diamalkan dalam keluarga mereka. Anak-anak pula lebih

bersikap berfikiran terbuka dan dilihat memperolehi gen-gen yang baik daripada ibu bapa

mereka. Yang menariknya, dilihat pengambilan kedua-dua budaya turut diamalkan kedua-dua

pihak pasangan dan anaknya. Hal ini dapat dilihat melalui sambutan perayaan yang disambut

oleh kedua-dua pasangan yang berlainan bangsa/kaum. Ini membuktikan indentiti atau jati diri

sebuah bangsa atau kaum tidak terhapus walaupun telah berkahwin campur.

Secara tidak langsung, fenomena ini dapat mewujudkan perpaduan dalam pertembungan

dua kaum berbeza yang disatukan melalui perkahwinan campur melalui penerimaan unsur

budaya serta tahap sosial yang berbeza. Dua kaum ini dapat mempelajari unsur-unsur tolak ansur

sesama mereka demi memberikan kebaikan serta bagi memelihara kesejahteraan kedua belah

pihak.

Page 4: Perppaduan Melalui an Campur

Selain itu, kahwin campur antara negara yang melibatkan kewarganegaraan juga dilihat

sebagai satu medium penting bagi melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Sebagai contoh, seorang muslim yang berbangsa Melayu berkahwin dengan seorang muslim

yang berbangsa Arab. Ini dapat mewujudkan penyatuan antara dua buah negara yang berbeza

dari segi budaya, kepercayaan ataupun rutin harian masing-masing.

Di dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka sendiri, bagi mengeratkan hubungan

diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po

dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po,

Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri

China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang

pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya

kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina

dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan

Nyonya pada hari ini. Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik

kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah Melayu

amnya (kini Malaysia), khususnya di negeri Melaka.

Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan

mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh

kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di

persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara

kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi seterusnya memanggil

mereka sebagai "Baba".

Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang

memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian. Setelah bermustautin di Tanah Melayu dan

menjiwai kebudayaan Melayu akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok

masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu. Selain itu, anak hasil kahwin campur akan mendapat

kebaikan daripada pendedahan terhadap budaya ini dan mereka boleh mahir dalam sekurang-

Page 5: Perppaduan Melalui an Campur

kurangnya tiga atau empat bahasa termasuk bahasa ibunda ibu bapa serta juga bahasa

Inggeris selain boleh menikmati pelbagai masakan kaum masing-masing. Ini telah

memperlihatkan bahawa betapa besarnya pengaruh perkahwinan campur dalam meresapkan

nilai-nilai perpaduan di dalam jiwa individu atau masyarakat amnya.

Perkahwinan campur yang ketiga adalah melibatkan kahwin campur antara agama yang

melibatkan dua idividu yang menganut agama berbeza, sebagai contoh, seorang seorang Hindu

berkahwin dengan seorang Buddha. Bukan itu sahaja, dalam Islam sendiri ada mendalilkan

bahawa, "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan

lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-

isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa’ - Ayat 3 ) Sabda

Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu

(mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana

sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal

dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia

berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". (Riwayat Muslim)”.

Menerusi dalil- dalil tersebut dapat kita rumuskan bahawa Allah SWT telah

mengsyariatkan ibadat perkahwinan atau munakahat kepada umat Islam. Terdapat juga

fenomena istimewa di Malaysia yang melibatkan seorang warganegara yang beragama selain

Islam yang telah pun berkahwin dan akhirnya memeluk agama Islam walaupun pasangan dan

keluarga tidak turut serta. Ini merupakan salah satu contoh perkahwinan campur yang terdapat di

negara kita.

Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan Hakim Mahkamah Tinggi dalam ucap

tamanya dalam sebuah konferens perundangan kekeluargaan antarabangsa mengatakan

perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf dengan pasangannya tetap wujud walaupun satu

pihak telah memeluk Islam. Ini menunjukkan bahawa perkahwinan campur antara agama tetap

wujud seterusnya mewujudkan nilai-nilai perpaduan sesama masyarakat. Walaupun wujud

beberapa halangan serta tentangan terhadap kahwin campur melalui agama, tetap terselit

Page 6: Perppaduan Melalui an Campur

keistimewaan bagi situasi itu. Pendedahan terhadap budaya dan amalan kaum lain akan

membuatkan individu terbabit memahami dengan lebih baik kebudayaan dan tradisi orang lain.

Perkahwinan campur di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia khususnya

meninggalkan impak bukan sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung, tetapi

juga terhadap masyarakat sekililing dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat

dilihat dari dua sudut, iaitu sudut positif dan sudut negatif.

Melihat kepada sudut positifnya, secara individu, pasangan dan ahli keluarga yang

terlibat dapat mengetahui dan mempelajari bangsa dan budaya lain. Selain itu, kadar maksiat

seperti bersekedudukan juga dapat dikurangkan. Dari aspek masyarakat pula, kahwin campur

dapat menyebarkan dakwah keagamaan, misalnya agama Islam. Ini kerana, apabila seseorang

yang bukan Muslim ingin berkahwin dengan seorang Muslim, beliau mesti menukar agamanya

kepada agama Islam. Dengan itu, dapatlah ajaran Islam yang murni dapat diajarkan kepada

bukan Muslim tersebut dengan harapan beliau akan mendapat hidayah daripada Allah.

Secara tidak langsung, anak-anak yang lahir dari hasil perkahwinan itu juga beragama

Islam. Tambahan lagi, generasi yang lahir dari perkahwinan campur juga tidak bersikap

perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya lain. Disebabkan terdapatnya variasi dalam

keluarga, baka yang dihasilkan akan lebih berkualiti dari segi fizikal dan mental.

Dari aspek negara, kahwin campur dapat memupuk sikap perpaduan dan keharmonian di

antara kaum-kaum di negara ini. Di samping itu, ekonomi juga dapat dijana melalui pelbagai

upacara perkahwinan yang dijalankan.

Secara idealnya, perkahwinan campur dapat memupuk persefahaman antara pelbagai

kaum namun realitinya konflik kadang-kadang terjadi sekiranya pasangan tidak dapat

mengadaptasi perbezaan budaya, ditambah pula dengan tiadanya tolak ansur di antara kedua-dua

belah pihak. Pegangan agama juga mudah goyah dan sesat disebabkan terikut-ikut budaya asing

yang lebih terbuka. Berkemungkinan juga akan timbulnya masalah komunikasi antara pasangan

dan ahli keluarga dan kadangkala akan timbul pula masalah, khususnya bagi kita umat Islam.

Jika pasangan tersebut bukan Muslim tentulah sukar bagi kita untuk menerima sesetengah adat

Page 7: Perppaduan Melalui an Campur

serta amalan yang mereka lakukan. Misalnya, meminum arak, pergaulan bebas, berzina, berjudi

adalah di antara amalan biasa dalam era globalisasi ini.

Dari aspek masyarakat, akan wujud masalah perbalahan kaum disebabkan oleh sikap

etnosentrik dan prejudis terhadap kaum lain. Tambahan lagi, jika terdapat halangan keluarga, di

mana keluarga pasangan tidak mahu pasangan bertukar agama. Contohnya, hubungan

kekeluargaan yang erat dianggap penting dalam masyarakat Melayu justeru, mereka lebih gemar

membina hubungan perkahwinan dalam kelompok mereka sendiri.

Masyarakat Melayu tidak menggalakkan anak mereka mengahwini orang luar seperti

bangsa India atau Serani kerana dikhuatiri akan kehilangan anak serta sering dipukul atau didera.

Mereka juga khuatir jika anak-anak mahu berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam.

Mereka tidak mahu anak-anak ini terpengaruh dengan ajaran agama lain dan yang paling

membimbangkan mereka ialah anak-anak akan hilang akidah lalu menganut agama lain. Antara

risiko yang mungkin dihadapi juga adalah, peningkatan kadar penceraian dan masalah sosial,

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kajian

ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara ini antara 1995

hingga1998 mendapati dalam setiap sepuluh perkahwinan campur, hanya tiga berjaya.

Ringkasnya, bertambahnya kesedaran terhadap bangsa lain, warna kulit tidak lagi dilihat

sebagai adanya perbezaan.Perkahwinan antara bangsa berlainan adat, budaya dan agama ini

semakin diterima rakyat secara keseluruhan. Ikatan perkahwinan tidak kira sama ada yang

sebangsa atau pun tidak, masalah biasa alam perkahwinan tetap timbul.Setiap individu perlu

bersikap rasional dalam menangani masalah tersebut serta mencari jalan penyelesaian yang

terbaik.

Jika kita lihat senario hari ini, perkahwinan campur adalah satu tekanan besar terhadap

pasangan serta keluarga masing-masing dan memerlukan sikap toleransi semua pihak yang

terbabit, bukan hanya suami dan isteri berkenaan saja. Oleh itu, kahwin campur mempunyai

kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Aspek agama misalnya mestilah mengatasi segala

perkara. Bagi budaya, ia satu elemen yang mewarnai kehidupan pasangan kahwin campur.

Page 8: Perppaduan Melalui an Campur

Perbezaan dari segi budaya, tradisi dan amalan keluarga pihak suami serta isteri sebenarnya akan

menceriakan kehidupan, mengeratkan ikatan hubungan pasangan berkenaan dan anak-

anakmereka seterusnya mewujudkan perpaduan antara satu individu dengan individu lain yang

akhirnya menular kepada masyarakat di sekeliling mereka.

Dari segi saintifik dikatakan bahawa perkahwinan campur ini akan melahirkan generasi

yang lebih genius. Kahwin campur sebenarnya memberi satu sinar dan keceriaan bagi mereka

yang bijak mengadaptasi kelebihan ini dalam rumah tangga dengan sentiasa cuba mempelajari

dan mengenali amalan, budaya serta tabiat keluarga pasangan masing-masing.

Pemikiran akan lebih terbuka dan positif selain dapat menerima dan memahami adat

resam masing-masing. Namun, apa yang paling penting dan menjadi keutamaan adalah asas

agama kerana ia adalah tiang seri kepada kerukunan sebuah rumah tangga. Jurang perbezaan

yang begitu ketara terutama adat dan budaya menjadikan mereka tewas dalam melayari

perkahwinan yang bahagia.

Perkahwinan campur telah menjadi trend yang meningkat pada masa kini. Jika dahulu,

perkahwinan campur jarang kita dengar ataupun sering mendapat tentangan keras keluarga serta

masyarakat umum. Namun sekarang, perkahwinan campur bagaikan perkara yang lumrah.

Masyarakat dalam bangsa apa sekalipun dapat menerima trend perkahwinan campur kerana

anjakan paradigma pemikiran masyarakat yang lebih terbuka.

Mengikut perangkaan, trend perkahwinan campur semakin meningkat. Pergaulan di

antara perempuan dan lelaki, dari latar belakang yang berbeza banyak menyumbang kepada

trend ini. Bangsa, agama dan darjat bukanlah sesuatu yang menjadi kayu ukuran dalam mencari

pasangan pada masa kini di kalangan pasangan-pasangan muda. Ini dapat disimpulkan bahawa

perkahwinan campur di Singapura atau Malaysia merupakan sesuatu yang dapat terima umum

sesuai dengan usaha pemerintah dalam menggalakkan keharmonian kaum.

Perkahwinan merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan etnik dan dalam konteks

1Malaysia, ia adalah langkah positif kerana perangkaan perkahwinan campur (inter-etnik)

semakin meningkat dari tahun ke tahun.Melalui maklum balas yang diterima, ramai yang tidak

menganggap kahwin campur sebagai satu masalah malah menggalakkannya kerana boleh

memperkayakan masyarakat dan mengeratkan perhubungan serta perpaduan kaum, agama

Page 9: Perppaduan Melalui an Campur

ataupun negara. Bahkan, ramai yang menganggap anak-anak hasil dari kahwin campur lebih

unik, cantik dan mendapat gen positif ibu dan bapanya, menjadikannya lebih pintar dan bijak.

Kesimpulannya, bertambahnya kesedaran terhadap bangsa lain dan berkembang pesatnya

budaya metropolitan di Singapura dan Malaysia, warna kulit tidak lagi dilihat sebagai adanya

perbezaan. Perkahwinan antara bangsa berlainan adat, budaya dan agama ini semakin diterima

rakyat secara keseluruhan. Ikatan perkahwinan tidak kira sama ada yang sebangsa atau pun tidak,

masalah biasa alam perkahwinan tetap timbul. Setiap individu perlu bersikap rasional dalam

menangani masalah tersebut serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Page 10: Perppaduan Melalui an Campur

Rujukan

Shamsul Amri Baharuddin, (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Kling (ed) (1977). Masyarakat Melayu: Antara Tradisi dan Perubahan, Kuala

Lumpur: UP&D.

S. Husin Ali (ed.)(1984). Kaum, kelas dan Pembangunan, Kuala Lumpur: Institut Sains

Sosial Malaysia.

Tan Chee Beng. 1988. The Baba of Melaka: culture and identity of a Chinese peranakan

community in Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Jaswant Kaur. 1987. Sikap komuniti Sikh terhadap perkahwinan campur: satu kajian kes

di Ipoh, Perak. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yap Eng Moi. 1989. Komuniti Ceti Melaka: satu pengenalan. Jurnal Antropologi dan

Sosiologi 17: 55-72

Daljeet Kaur. 1986. Ritus perpeloncoan dalam komuniti Sikh: satu kajian etnografi.

Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.