persamaan dan perbezaan antara penyata razak dan l

10
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA PENYATA RAZAK DAN LAPORAN RAHMAN TALIB KUMPULAN 4 : TERRY THOR YI YING HENG JIA YEE THARCHIAYENEE A/P PADMANATHAN PERSAMAAN : AHLI 1 Persamaan antara kedua-dua laporan ini adalah untuk memupuk perpaduan antara kaum. Untuk memupuk perpaduan, bahasa Melayu telah dipentingkan dalam laporan ini. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai bahasa penyatuan untuk negara. Hal ini kerana, masyarakat dalam Malaysia adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agamadan bahasa. Bahasa Melayu digalakkan dan bukannya bahasa ibunda kaum masing-masing dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.Contohnya, Penyata Razak telah menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Laporan Rahman Talib mencadangkan bahawa setiap calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum memasuk ke sekolah Menegah. Dengan ini, perpaduan kuam dapat dipupuk kerana mempunyai bahasa komunikasi yang sama. Kedua-dua laporan ini mempunyai persamaan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang berakhlak mulia. Hal ini kerana remaja merupakan modal insan negara dan akhlak mereka adalah amat penting dalam membina sebuah negara yang aman dan mulia. Salah satu aset berharga dan agen penggerak kemajuan negara pada masa

Upload: john-maynard

Post on 14-Dec-2015

1.966 views

Category:

Documents


60 download

DESCRIPTION

penyata razak

TRANSCRIPT

Page 1: Persamaan Dan Perbezaan Antara Penyata Razak Dan l

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA PENYATA RAZAK DAN LAPORAN RAHMAN TALIB

KUMPULAN 4 : TERRY THOR YI YING

HENG JIA YEE

THARCHIAYENEE A/P PADMANATHAN

PERSAMAAN : AHLI 1

Persamaan antara kedua-dua laporan ini adalah untuk memupuk perpaduan antara

kaum. Untuk memupuk perpaduan, bahasa Melayu telah dipentingkan dalam laporan ini.

Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai bahasa penyatuan untuk negara.

Hal ini kerana, masyarakat dalam Malaysia adalah masyarakat majmuk yang berbeza

kepercayaan, amalan, budaya, agamadan bahasa. Bahasa Melayu digalakkan dan

bukannya bahasa ibunda kaum masing-masing dalam semua komunikasi awam dan

terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.Contohnya, Penyata

Razak telah menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Laporan Rahman

Talib mencadangkan bahawa setiap calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum

memasuk ke sekolah Menegah. Dengan ini, perpaduan kuam dapat dipupuk kerana

mempunyai bahasa komunikasi yang sama.

Kedua-dua laporan ini mempunyai persamaan yang bertujuan untuk mewujudkan

masyarakat yang berakhlak mulia. Hal ini kerana remaja merupakan modal insan negara

dan akhlak mereka adalah amat penting dalam membina sebuah negara yang aman

dan mulia. Salah satu aset berharga dan agen penggerak kemajuan negara pada masa

hadapan ialah golongan remaja yang keseluruhannya terdiri daripada para pelajar. Ini

menunjukkan bahawa peranan dan sumbangan pelajar sangat diharapkan bagi

memastikan kesinambungan pembangunan yang dinikmati kini. Sekiranya pelajar

mengalami keruntuhan akhlak, maka sesebuah negara akan semakin runtuh. Oleh itu,

kedua-dua laporan ini amat mementingkan pendidikan akhlak pelajar. Contohnya,

dalam Laporan Rahman Talib,pendidikan akhlak untuk pelajar-pelajar bukan islam akan

dimasukkan dalam sukatan mata pelajaran wajib mulai Darjah 4 hingga Tingkatan 5.

Page 2: Persamaan Dan Perbezaan Antara Penyata Razak Dan l

Persamaan kedua-dua laporan ini dalam kurikulum adalah mewujudkan sistem

pendidikan yang cekap. Sistem pendidikan yang cekap dapat membantu dalam

melahirkan modal insan yang lebih berpengetahuan, berkemahiran, bertanggungjawab

dan berakhlak mulia. Hal ini kerana sistem yang cekap dapat memberi pendidikan yang

lebih sempurna dan sesuai kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, kurikulum , sukatan

pelajaran dan peperiksaan yang seragam telah diwujudkan kepada semua kaum.

Dengan keseragaman ini, kerajaan dapat lebih mudah mengurus perkara yang berkaitan

dengan pendidikan. Dengan ini, tatacara pengurusan pendidikan dapat dilicinkan dan

jurang perbezaan antara kaum juga dapat dirapatkan kerana kurikulum semua sekolah

adalah sama. Selain itu, dalam kedua-dua laporan ini, Jemaaf Nazir juga dicadangkan

untuk ditubuh supaya dapat memantaukan keberkesanan sistem pendidikan negara.

Kedua-dua laporan ini amat mementingkan peranan guru. Hal ini kerana guru akan

menyampaikan kemahiran dan ilmu kepada anak muridnya. Oleh itu, latihan perguruan

dititik beratkan. Menerusi perancangan yang sistematik, kurikulum latihan perguruan

yang seragam dan amalan–amalan pedagogi di bilik- bilik darjah yang bersesuaian ,

maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri- ciri tingkahlaku

dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila masyarakat Malaysia.Contohnya,

dalam penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, guru – guru yang mengajar di

sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang sama.

PERBEZAAN : AHLI 2

1. Tujuan

Penyata Razak 1956 diperkenalkan pada zamn sebelum kemerdekaan.

Jadi, tujuan penubuhannya adalah untuk memupuk perpaduan antara

bilangan kaum Tanah Melayu. Hal ini disebabkan, pada masa tersebut,

pihak penjajahan Inggeris mengemukkan satu syarat iaitu jika penduduk

Tanah Melayu dapat bersatu pada dan berkerjasama antara mereka maka

kemerdekaan Tanah Melayu boleh diberikan. Jadi, pemerintah Tanah Melayu

berharap mewujudkan perpaduan masyarakat tempatan melalui biang

pendidikan dan Penyata Razak diperkenalkan. Hal ini demikian, Penyata

Page 3: Persamaan Dan Perbezaan Antara Penyata Razak Dan l

Razak 1956 boleh dikatakan sebagai titik permulaan menyatupadu kanak-

kanak yang berbilangan kaum. Contohnya, kerajaan Tanah Melayu telah

memperkenalkan Sekolah Kebangsaan untuk semua tanpa mengira

perbezaan antara satu sama lain. Justeru, Pendidikan Penyata Razak juga

bertujuan untuk memenuhi keperluan negara merdeka dan

memperkembangkan sistem pendidikan.

Sebaliknya, Laporan Rahman Talib 1960 diperkenalkan selepan zaman

kemerdekaan. Pada masa tersebut , Tanah Melayu merupakan negara yang

baru mempunyai kuasa bekerajaan sendiri. Jadi, tumpuan perkembangan

ekonomi negara dan pembangunan sosial telah diberikan perhatian

supaya membolehkan negara mencapai kemajuan dan membuktikan

kebolehan negara kita. Namun begitu, Laporan Rahman Talib 1960 bertujuan

untuk mengkaji semula syor-syor dalam Penyata Razak. Syor-syor Penyata

Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Hal ini

disebabkan penyataan yang terdapat dalam Penyata Razak telah

membangunkan penentangan masyarakat tempatan terhadap sistem

pendidikan negara. Contohnya, orang Melayu menunjukkan perasaan tidak

puas hati kerana kedudukan bahasa Inggeris yang tinggi telah menggugat

dan membahayakan kedudukan bahasa Melayu. Selain itu, orang Cina dan

India juga menentangkan dasar-dasar yang disyor dalam Penyata Razak

kerana kedua-dua kaum ingin mempertahankan bahasa dan kebudayaan

masing-masing.

2. Jenis Sekolah

Penyata Razak 1956

Dalam Penyata Razak, kategori sekolah dibahagi kepada Sekolah

Umum dan Sekolah Jenis Umum. Sekolah Umum adalah menjadikan

Page 4: Persamaan Dan Perbezaan Antara Penyata Razak Dan l

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala Sekolah Jenis

Umum menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

Namun, Sekolah Umum diberikan bantuan oleh kerajaan secara

penuh manakala Sekolah rendah yang bukan umum hanya terus

diberikan bantuan oleh kerajaan dalam tempoh peroleh sahaja.

Dengan ini, walaupun bahasa ibunda dibenarkan menjadikan bahasa

pengantar di sekolah tetapi secara tidak langsung bahasa ibunda

tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara. Jadi, masyarakat cina dan

india menentang Laporan Razak kerana takut dengan terlaksananya

laporan tersebut, kemajuan sekolah Cina, Tamil akan terencat. Selain

itu,layanan bantuan pendidikan yang tidak sama juga menimbulkan

penentangan daripada masyarakat cina dan india.

Laporan Rahman Talib 1960

Dalam Laporan Rahman Talib 1960, kategori sekolah dibahagi

kepada Sekolah Kebangsaan(SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan

(SJK). Laporan Rahman Talib 1960 adalah berperanan mengkaji semula

semua Laporan Razak. Walaupun, Kategori sekolah masih dibahagi

kepada dua jenis sekolah namum belanja pengajaran di sekolah rendah

ditanggung oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Oleh itu,

layanan yang adil dan saksama telah mengurangkan penentangan

masyarakat tempatan. Di samping itu, penubuhan sekolah kebangsaan

dan sekolah jenis kebangsaan juga memperkasakan kedudukan

bahasa kebangsaan tetapi dalaam masa yang sama, bahasa dan

budaya kaum lain juga dipentingkan.

2. Yuran Sekolah Rendah

Dalam Penyata Razak 1956, yuran persekolahan rendah diamalkan

manakala yuran persekolah dimansuhkan dalam Laporan Rahman

Page 5: Persamaan Dan Perbezaan Antara Penyata Razak Dan l

Talib. Hal ini disebabkan belanjaan pengajaran sekolah rendah bukan

semua dibiayai oleh kerajaan kecuali Sekolah Umum. Jadi, pelajar

diminta membayar yuran untuk mendapatkan pendidikan. Namun begitu,

permintaan yuran amat membebankan pembelajaan masyarakat

tempatan dan menyebabkan bukan semua pelajar boleh menerima

pendidikan. Jadi pengenalan Laporan Rahman Talib pada tahun 1962,

pelajaran rendah percuma untuk semua kanak-kanak.

3. Umur Berhenti Persekolahan

Penyata Razak 1956 vs Laporan Rahman Talib

Umur berhentian sekolah ditetapkan dengan 12 tahun dalam Sistem

Pendidikan Penyata Razak manakala umur berhentian sekolah dinaikkan

kepada 15 tahun dengan mengadakan sekolah pelajaran lanjutan

dalam Laporan Rahman Talib. Jadi, perlaksanaan ini boleh

membolehkan murid-murid menyambung pelajaran selama tiga tahun

lagi dengan penekanan kepada pelajaran seni perusahaan. Dengan

peningkatan tiga tahun bagi umur berhenti sekolah , pelajar diberikan

ruang lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk

menjawat perkerjaan. Hal ini disebabkan, Laporan Rahman Talib adalah

bermatlamat memperkembangkan ekonomi negara supaya

melahirkan tenaga mahir dalam seni perusahaan bagi

merangsangkan ekonomi negara.

PERBEZAAN : AHLI 3

Salah satu perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman talib

adalah dari aspek pendidikan. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan

matapelajaran yang wajib ambil dalam Penyata Razak. Manakala Bahasa

Kebangsaan merupakan matapelajaran yang wajib lulus dalam Sijil Rendah

Pelajaran mulai 1902. Hal ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu

dititikberatkan dalam kedu-dua falsafah tetapi dalam Penyata Razak, Bahsa

Page 6: Persamaan Dan Perbezaan Antara Penyata Razak Dan l

Melayu hanya wajib belajar sebagai satu mata pelajaran. Malah, dalam Laporan

Rahman Talib taraf Bahasa Melayu ditingkatkan lagi dengan pelajar wajib lulus

Bahasa Melayu dalam Sijil Rendah Pelajaran. Contohnya, Bahasa Melayu tidak

begitu lama menjadi lingua franca di Malaysia dan di seluruh Nusantara

Indonesia dengan nama lain. Lalu Bahasa Indonesia Berjaya menjadi Bahasa

kebangsaan Republic Indonesia. Maka dengan itu, Penyata Razak 1956 berupa

untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaa, Bahasa

perpaduan dan Bahasa pengantar di sekolah. Seterusnya, ia ditingkatkan

sebagai Bahasa kebangsaan di Laporan Rahman Talib.

Selain itu, perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib juga

dapat dilihat dari aspek sekolah. Dalam Penyata Razak Sekolah rendah

dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis

Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat

iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan

pra-U (2 tahun). Manakala dalam Laporan Rahman Talib satu lagi sekolah

ditambah iaitu sekolah teknik dan vokasional. Penubuhan Sekolah Pelajaran

Lanjutan yang menawarkan kursus vokasional selama 3 tahun adalah bagi

murid-murid yang gagal memasuki sekolah akademik. Pendidikan Teknikal dan

Vokasional juga dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai

kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga

kerja dalam bidang industri negara. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah

menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains

Pertanian dan Perdagangan. Dasar ini juga menjadi penekanan kerana mereka

mahu memastikan modal insan yang mencukupi dan tidak bergantung kepada

tenaga asing yang berkelayakan di samping memastikan generasi masa

depannya terus terbina sebagai masyarakat berpengetahuan teknologi tinggi.

Tambahan pula, perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman

Talib dapat dilihat dari aspek latihan guru. Dalam Penyata Razak semua guru

Page 7: Persamaan Dan Perbezaan Antara Penyata Razak Dan l

dilatih di bawah rancangan yang sama dan guru-guru sekolah harus

berkelayakkan. Contohnya guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah

Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh

masa 2 tahun. Manakala, dalam Laporan Rahmna Talib pula, menambahkan

guru terlatih terutama yang mengajarkan mata pelajaran vokasional dan guru

Bahasa Melayu. Penambahan guru terlatih terutama yang mengajarkan mata

pelajaran Vokasional adalah kerana pendidikan vokasional merupakan

pendidikan yang baru dilaksanakan dalam Laporan Rahman Talib. Oleh itu,

terdapat kekurangan guru yang berpengetahuan tentang vokasional untuk

mengajarkan pendidikan vokasiona di sekolah.

Akhirnya, perbezaan antara Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib juga

dapat dilihat dari segi peperiksaan. Dalam Laporan Razak, pada Sekolah

menengah rendah, Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 iaitu peperiksaan

bersama dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki

sekolah menengah atas. Seterusnya pada peringkst Sekolah menengah atas

peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah

Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate. Pada

peringkat Pra-U pula peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil

Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti. Manakala dalam

Laporan Rahman Talib, semua peperiksaan adalah dalam Bahasa rasmi. Hal ini

adalah untuk mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama

walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas.