persaudaraan dalam islam
TRANSCRIPT
Persaudaraan dalam Islam
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Perbandingan orang-orang yang beriman tentang perasaan kasih sayang, berbelas kasihan dan bersimpati mereka adalah seperti satu tubuh badan, sekiranya salah satu daripadanya mengadu sakit, maka bersahut-sahutanlah lain-lain anggota kepadanya dengan tidak dapat tidur dan demam selesma”
Riwayat Bukhari
Rasulullah menyifatkan keadaan orang beriman
• Tubuh badan manusia yang mempunyai berbagai anggota.
• Apabila salah satu daripadanya sakit, maka sakitlah semuanya
• Masyarakat Islam menjalinkan tali persaudaraan kerana sering memerlukan di antara satu dengan yang lain dan setiap masalah hendaklah diselesaikan secara bersama.
““Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu
bersaudara”
Aspek-aspek yang seharusnya menjadi asas perpaduan umat Islam yang digariskan dalam hadith ini ialah:
1. Saling mencintai sesama Islam2. Berkasih sayang3. Saling berhubung mesra
Bagaimana orang-orang Mukmin atau cara hidup
bermasyarakat yang dikehendaki Islam menurut
Hadith ini??
1. Aman damai dan saling berhubung mesra.
2. Suasana kesatuan dan saling bekerjasama serta bermaufakat
3. Persafahaman dan saling mengerti serta menyelesaikan masalah yang dihadapi.
4. Sentiasa mematuhi perintah Allah iaitu beriman dan bertaqwa.
Konsep Persaudaraan dalam Negara Kitani
Masyarakat Luar Bandar
Masyarakat Di Bandar
1. Mengekalkan Kejiranan
1. Konsep Keakuan.
2. Mengekalkan sikap bermaufakat
2. Terhakis sikap maufakat
Kesan negatif yang mungkin timbul jika hadith ini dipandang
ringan oleh masyarakat.
Kesan kepada individu:1. Disisihkan oleh masyarakat dan
kehidupannya tidak dipedulikan2. Menjadikan dia sombong dan
bongkak sekiranya mendapat kesenangan.
Kesan kepada masyarakat:1. Mewujudkan kasta dalam masyarakat
( kedudukan dan taraf mereka diukur dari segi kekayaan)
2. Masyarakat akan menjadi mundur kerana tidak wujud kesatuan yang boleh bekerjasama bagi meningkatkan kemajuan
3. Masyarakat berada dalam porak peranda kerana di kalangan anggota masyarakat saling curiga mencurigai dan akhirnya berlaku perpecahan.
Pengajaran Hadith1. Hadith ini membayangkan gambaran hidup
orang-orang Islam yang bersatu padu dan bermaufakat.
2. Umat Islam adalah bersaudara tanpa mengira warna kulit, bangsa, keturunan dan sebagainya.
3. Islam tidak suka kehidupan yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan masalah yang dihadapi oleh orang lain.
4. Orang-orang Islam pada masa ini wajib bersatu dan bermaufakat untuk menguatkan kedudukan mereka dalam lapangan ekonomi, pelajaran, kemasyarakatan dan kebahagiaan.
5. Pelajar-pelajar sekolah hendaklah mengamalkan dasar hidup “ bersatu bertambah mutu, bermaufakat bertambah berkat, bersatu teguh, bercerai roboh”
AKTIVITI 1
RENUNG SAHABATMU
AKTIVITI 2
WASIAT BUAT
SAHABATKU
Jawap soalan berikut:-
1. Terjemahkan hadis di atas ke dalam bahasa melayu.
2. Nyatakan cara hidup bermasyarakat mengikut pandangan Islam
3. Jelaskan apakah kesan negatif yang akan timbul jika sekiranya umat Islam tidak mengamalkan apa yang tersirat di dalam hadis ini.
4. Berikan 3 sahaja pengajaran yang dapat diambil daripada hadis yang tersebut diatas.